Thursday 28 June 2012

petua Kemutan faraj


etua Kemutan Faraj

Kemutan faraj yg berkesan akan memberi kenikmatan yg tak terhingga semasa jima', baik kepada isteri maupun suami. Latihan kemutan faraj boleh dilakukan secara sedar setiap hari. Untuk melakukan latihan kemutan luar, cuba fokus seolaholah sedang menahan kencing iaitu dgn menarik otot punggung ke dalam. Ulang sebanyak 20 kali sedaya-upaya serta tahan kemutan itu 7 saat pada setiap kali dilakukan. Utk melakukan latihan kemutan dalam, lakukan seolah-olah mahu menahan dan mahu memasukkan semula tahi ke dalam dubur. Ulangi 20 kali dan buat setiap hari selama beberapa minggu. Teknik kemutan ini dapatmeningkatkan kebahagiaan suami isteri.

Petua Senaman Istimewa Wanita

1. Senaman Tupai

Senaman istimewa ini dapat membantu mengetatkan faraj dan mengurangkan masalah keputihan. Caranya Duduk di atas kedua tumit kaki. Tegakkan badan. Tangan kanan hendaklah ke belakang utk memegang ibu jari kaki kiri. Tarik nafas, kemut faraj sambil menarik ibu jari kaki kiri ke atas selama 5 saat dgn kuat, lepaskan nafas dgn kemutan perlahan-lahan. Lakukan senaman ini sebanyak tiga kali. Tukar posisi dan ulangi senaman ini. Gerakan ini boleh membantu mengetatkan semula otot-otot faraj dan mengurangkan masalah keputihan.

2. Senaman Kiambang

Senaman ini dapat membantu menguatkan otot faraj. Caranya Duduklah dgn keadaan bersila rapat dan badan
ditegakkan. Betis dan peha kanan diletakkan di atas peha kiri agar kedua lutut menghala ke hadapan dan dalam keadaan serapat mungkin antara satu sama lain. Pastikankedua belah tapak kaki menghala ke belakang. Tarik nafas dan kemut faraj selama 5 saat sambil menekan tapak kaki ke belakang. Lepas nafas, kemutan dan kaki perlahan- lahan. Lakukan senaman ini sebanyak 8 kali. Kemudian, tukar posisi dgn meletakkan betis dan peha kiri pula di atas peha kanan. Lakukan senaman-senaman di atas mengikut kesesuaian badan pada setiap pagi dan setiap malam sebelum tidur.


3. Senaman Klasik Kemutan Faraj

1. Kemut 20 kali perlahan-lahan otot faraj dan otot punggung dalam keadaan berdiri (peha dan kak dirapatkan). Lakukan senaman ini pada waktu pagi, tengahari, petang dan malam.
2. Kemut perlahan-lahan 20 kali otot faraj dan otot punggung dalam keadaan duduk tegak (lutut bertemu lutut) pada waktu pagi, tengahari, petang dan malam.

Proses Pengemutan

1. Tahan nafas selama 5 saat semasa mengemut
2. Lepaskan nafas dan kemutan perlahan-lahan secara serentak. Kemut seperti menahan air kencing.

Saranan - Digalakkan melakukan senaman ini pada setiap hari pada waktu terluang seperti semasa memasak,menonton dan sebagainya

Petua Kekal Langsing

Zaman moden ini banyak jenis makanan yg mengandungi mudarat jika dimakan berlebihan. Makanan yg diproses dan juga makanan segera sering menjadi pilihan. Namun adakah kita prihatin dengan kesan sampingannya pada tubuh badan? Makanan yg ada di pasaran sering mengandungi gula dan lemakyg tersembunyi.
 




Pengambilan secara berlebihan akan membawa kepada masalah kegemukandan obesiti. Sebelum masalah ini terjadi pada kita, sewajarnya kita mengambil sikap berhati-hati. Manakala bagi mereka yg sedang berperang dengan masalah berat badan, jangan khuatir dan cepat putus asa kerana petua yg disarankan di bawah adalah petua yg mudah dan boleh diamalkan semua. Yang penting adalah keazaman untuk menjayakannya dan diamalkan secara berterusan dan bukan sekerat jalan. Selain itu, senaman dan mengawal nafsu makan yg keterlaluan adalah jalan terbaik untuk gaya hidup sihat.

A) Caranya ialah mengubah cara pemakanan yang diamalkan daripada kebiasaan kepada satu kaedah yang baru iaitu

1. Apa yang kita ambil untuk sarapan diwaktu pagi ditukar kepada apa yang sepatutnya dimakan ditengah hari dibawa dan dimakan diwaktu pagi.
2. Pada waktu tengah hari jangan makan makan yang mengenyangkan, cukup sekadar buahbuahan atau jangan makan langsung.
3. Makan malam diawalkan dan diambil dalam lingkungan waktu jam 7.00 malam.
4. Jangan makan selepas pukul 9.00 malam walaupun anda belum makan apa apa sebelumnya.
Jika perlu juga cukup sekadar segelas susu atau buah- buahan atau makanlah sedikit tetapi
jangan mengambil makanan yang telah dimasak (makan berat).

B) Cara yang kedua sebagai amalan tambahan, berpuasa 2 kali seminggu (setiap hari Isnin dan Khamis), mesti
berpuasa dengan niat diwaktu malam yang kita hendak berpuasa pada hari esok. Bukan menahan lapar sahaja
yang diikuti dengan makan sedikit atau minum. Pada hari ketika kita berpuasa sangat elok kita melakukan
senaman. Walaupun manusia itu tahu bagaimana untuk menguruskan badannya, walaupun manusia itu memang sedar bahawa kegemukan itu mudah mengundang penyakit, namun manusia mudah lupa dan tidak berdaya untuk melakukannya lantaran tiadanya disiplin. Jadinya salahkanlah diri sendiri kerana "sikap adalah menghukum diri".

C) Ada satu lagi petua yg mudah diikuti. Setiap kali bangun pagi, waktu tengahari dan sebelum masuk tidur di sebelah malam, amalkan meminum secawan teh cina (hijau) yg dicampurkan dengan limau nipis atau kasturi.
Insyaallah,anda akan lihat kesannya selepas 7-14 hari mengamalkannya.

Melunakkan Suara

Petua 1

Petua ini sering diamalkan oleh penyanyi tradisional lama serta qari dan qariah. Caranya ambil sebiji limau nipis dan perah ke dalam gelas berisi air suam. Air limau itu perlu dicampur dengan sedikit gula batu, kemudian minumlah ia sebagai minuman biasa. Sebaik-baiknya minum air itu sebelum gosok gigi di sebelah pagi. Selain itu utk menjaga suara, jgn minum air batu atau air bergas tetapi amalkan minum air suam atau air masak sahaja.



Petua 2

Sediakan secawan air pada waktu malam, biarkan semalaman. Apabila bangun pagi minum air tersebut sebelum
membasuh muka atau gosok gigi dahulu.


Mengharumkan Badan

Petua 1

Kisar sehingga 15 hingga 20 helai daun pandan. Tapis dan ambil jusdaun pandan untuk dujadikan sebagai mandian. Campurkan dengan airbiasa. Lakukan sekali seminggu. Ia baik untuk mengatasi masalah bau badan yang tidak enak hingga menjejaskan hubungan suami isteri.Gosokkan jus ini dibawah ketiak dan ia akan mengeluarkan bau yang harum. Amalkan dan InsyaAllah masalah anda akan selesai.


Petua 2

Cincang halus-halus kulit buah oren. Kemudian celur ke dalam secawan air panas yg telah mendidih. Biarkan sehingga menjadi kuning dan berminyak. Sapukan air limau tersebut ke seluruh badan setiap kali selepas mandi. InsyaAllah tubuh anda akan berasa sungguh segar dan berbau harum.

Melunakkan Suara

Petua 1

Petua ini sering diamalkan oleh penyanyi tradisional lama serta qari dan qariah. Caranya ambil sebiji limau nipis dan perah ke dalam gelas berisi air suam. Air limau itu perlu dicampur dengan sedikit gula batu, kemudian minumlah ia sebagai minuman biasa. Sebaik-baiknya minum air itu sebelum gosok gigi di sebelah pagi. Selain itu utk menjaga suara, jgn minum air batu atau air bergas tetapi amalkan minum air suam atau air masak sahaja.



Petua 2

Sediakan secawan air pada waktu malam, biarkan semalaman. Apabila bangun pagi minum air tersebut sebelum
membasuh muka atau gosok gigi dahulu.

Melembut Dan Melicinkan Kulit

Ambil sedikit susu tepung bayi. Campurkan dengan sedikit air dan madu. Biar pekat. Lumurkan ke wajah dan seluruh badan. Biarkanselama 5-10 minit. Setelah itu, bersihkan wajah dan badan dengan air suam dan selawat ke atas Nabi 3 kali. Amalkan seminggu sekali untuk hasil yang memuaskan.

Meningkatkan Penghadaman

1. Makan dalam keadaan tenang.
2. Beri masa untuk kita makan, jangan sama sekali makan terburu buru atau gelojoh.
3. Kunyah makanan sehingga benar benar lumat, barulah ditelan.
4. Makan jangan terlalu kenyang, dan jangan disulami dengan kerap meminum air.


5. Makan apabila terasa lapar, itu pun kalau perut terasa lapar ketika adalam waktu makan yang sebenarnya. Jika perut terasa lapar tetapi bukan dalam waktu makan tidak perlu makan.
6. Lebih kerap mengambil makanan yang mudah dihazamkan atau tidak perlukan penghazaman seperti bubur, madu, glukos, yogut dan lain lain.
7. Kurangkan makanan yang lambat hazam seperti lemak, protein dan karbohidrat.

RAHSIA KEKUATAN DAN KENIKMATAN JIMAK
Saudara yang budiman,

Didalam kehidupan harian yang serba moden ini, banyak amalan-amalan serta petua petua melayu lama telah dilupakan. Ini disebabkan sesetengah
dari ilmu ini tidak diperturunkan dari generasi kegenerasi , maka secara tidak langsung, segala ilmu-ilmu yang berharga ini lenyap dari muka bumi
ini. Ini merupakan satu kehilangan yang tidak ternilai harganya buat kita semua.

Oleh itu, untuk mengelakkan segala ilmu-ilmu yang berharga ini lenyap dari pengetahuan kita semua, saya telah mengumpulkan petua-petua dan
amalan –amalan dalam ilmu jimak ini dari pelbagai sumber dan dibukukan dalam bahasa yang mudah difahami manjadi "Rahsia Kekuatan dan
Kenikmatan Jimak".

Kesejahteraan rumahtangga suami isteri adalah terletak kepada perhubungan suami isteri yang sempurna zahir dan batin dengan penuh
keseimbangan. Kepuasan jimak bagi suami isteri adalah paling penting. Ramai pakar – pakar motivasi memperkatakan masa yang terbaik untuk
membincangkan segala masalah rumahtangga ialah ketika selepas berjimak, tetapi jika kepuasan bersama tidak dicapai, bagaimana pula untuk
menyelesaikan masalah-masalah lain. Oleh itu ilmu jimak adalah penting bagi menjaga keharmonian rumah tangga , dan juga penambahan zuriat
kita.

Didalam buku ini, pelbagai rahsia ilmu jimak dibincangkan dimana sesetangah tidak pernah terfikir oleh kita. Ini termasuk teknik-teknik mengawal
pancutan mani supaya kedua-dua pasangan yang melayarkan bahtera sampai kedestinasinya bersama, dan tidak pada sesetengah suami sampai
dahulu manakala si isteri masih kehausan ditengah lautan. Isi kandungan yang terdapat didalam buku ini adalah seperti berikut ;-

Apakah yang dimaksudkan dengan mati pucuk 
Disini penulis membincangkan 4 jenis mati pucuk yang amat ditakuti oleh semua lelaki

Ilmu Kemutan Faraj 
Kemutan faraj yang berkesan akan memberikan nikmat yang tidak terhingga semasa melakukan jimak bukan sahaja pada suami malah kepada
isteri juga. Jika dilakukan dengan betul, ianya dapat melambatkan pancutan mani suami. Penulis akan membincangkan teknik-teknik latihan
kemutan dengan cara yang betul untuk menjadikan kemutan yang bertenaga, otot -otot kemutan yang kuat dapat mencerut batang dan kepala
zakar suami, dan menolong suami melambatkan pancutan mani. Dua jenis latihan akan dibincangkan, iaitu latihan kemutan luar, dan latihan kemutan
dalam.

Mengenal Ghairah Faraj , dan kesediaan untuk dijimak. 
Untuk mencapai kepuasan yang optimum bagi kedua-dua pasangan, suami perlu tahu diperingkat manakah faraj itu sedia untuk dijimak. Ini kerana,
jika isteri belum mencapai keghairahannya, dan faraj belum sedia untuk dijimak, kepuasan sepenuhnya tidak dapat dicapai oleh isteri.

Nafsu Jimak seseorang perempuan 
Umumnya terdapat 9 tempat nafsu kegairahan jimak perempuan, dan dari jumlah ini hanya 3 sahaja yang mampu dikendalikan oleh suami melalui
sentuhan dan geselan, iaitu nafsu dalam, nafsu luar dan nafsu badan. Penulis akan membincangkan rahsia dan teknik membuka kunci nafsu jimak
ini.

Rahsia Bahagian Kiri Wanita 
Setiap wanita adalah kejadian yang kiri, dimana kanan adalah kekuatannya , dan kiri adalah kelemahannya. Walaupun nafsu isteri beredar
mengikut waktu, tetapi dengan teknik-teknik ransangan sebelah kiri, pintu nafsu dapat dibuka.

Zakar yang sentiasa bertenaga 
Zakar yang sentiasa bertenaga berpunca daripada tubuh serta minda yang sihat. Saiz zakar tidak penting , yang penting ialah pengetahuan
bagaimana untuk menjaga zakar agar sentiasa sihat dan segar. Penulis akan membincangkan petua-petua pemakanan penjagaan badan, amalan
seharian serta senaman-senaman untuk menguatkan zakar , dan melambatkan pancutan mani.

Teknik -teknik membangkitkan shawat suami 
Bagi suami yang dingin shawatnya, isteri boleh membantu meransangkan shawat suami agar suami berupaya melakukan jimak. Penulis
membincangkan teknik-teknik ini bagi membantu isteri merangsangkan suami.

Apakah faktor-faktor yang menyebabkan pancutan mani sebelum masanya 
Penulis membincangkan faktor-faktor yang menyebabkan pancutan mani sebelum masanya, dan boleh digunakan sebagai panduan dalam
memperbaiki kekuatan jimak.

Rahsia melambatkan pancutan mani 
Mengawal pancutan mani tepat pada masanya adalah penting kearah kesejahteraan bersama suami isteri. Oleh itu, pihak suami harus mengetahui
petua-petua melambatkan pancutan mani.

Petua-petua memilih jantina 
Disini, penulis membincangkan teknik-teknik jimak bagi mendapatkan anak lelaki ataupun perempuan. Sebagai manusia, kita perlu berusaha
namum begitu, kita perlu mengambil iktibar tuhan yang maha kuasa menentukan segala-galanya.

Cara mengetahui kesuburan isteri 
Seseorang suami perlu tahu bilakah tempoh kesuburan isteri. Terdapat 4 kaedah dibincangkan disini seperti kaedah suhu badan, pengunaan test
tape, perasaan cubitan kesuburan dan kepekatan mazi isteri.

Ramuan-ramuan penguat tenaga batin 

Ramuan-ramuan tradisional seperti madu, halia dan sebagainya yang boleh menguatkan tenaga batin. Juga diberikan disini petua-petua
menggunakan ramuan-ramuan ini bagi menambahkan nikmat jimak, dan petua-petua pemakanan untuk menyempitkan faraj.

Tertib Bergurau Senda suami isteri sebelum menghampiri jimak 

Teknik-teknik menghampiri jimak yang perlu diketahui oleh semua pasangan suami isteri, dimana dengan mengamalkan teknik-teknik ini, kepuasan
jimak yang optimum dapat dicapai. Berikut adalah petikan dari buku ini:-

TERTIB BERGURAU SENDA SUAMI ISTERI SEBELUM MENGHAMPIRI JIMAK.
Islam menggalakan umatnya untuk bersenda-gurau ketika mahu berjimak , semasa berjimak dan selepasnya. Apabila seorang lelaki hampiri
isterinya, hendaklah ia menyukai isterinya dengan bergurau senda kerana pahalanya besar dan banyak faedahnya. Sebagai seorang suami, beliau
patut mengetahui tempat-tempat yang patut dirangsang pada badan isterinya bagi menolong mempercepatkan ghairah dan inzal. Berikut, sebagai
panduan adalah tempat rangsangan dan cara merangsangnya:-

Tempat rangsangan Cara merangsangTelapak kaki kanan - Garu dengan Perlahan
Betis sebelah kanan - Gosok dengan kuat
Lutut kanan - Gosok dengan agak kuat
Peha kanan - Sentuh dengan peha suami
Pada ari-ari dan bibir faraj - Garu kuat pada tepi bibir faraj
Ketiak - Garu dengan perlahan
Bahagian dada - Dakap perlahan-lahan
Buah dada kanan- Ramas agak kuat
Bibir mulut- Cium dengan agak kuat
Leher - Temukan leher, usap serta cium
Mata - Cium pada mata
Kening - Cium dengan perlahan
Dahi - Cium dengan perlahan pada dahi
Ubun-ubun - Gosok dengan agak kuat
Seluruh tubuh- Dakap usap dan cium

Suami perlu tahu bilakah faraj isteri berada didalam keghairahan dan bersedia untuk dijimak. Ini penting bagi suami menjimak isteri tepat pada
masanya untuk memastikan nikmat dan kepuasan jimak sepenuhnya dapat dicapai. Perlu diingat , masa yang diambil oleh faraj untuk ghairah
adalah lebih lama, begitu juga masa untuk mengendur berbanding dengan zakar.Proses peningkatan ghairah faraj dapat dilihat bilamana ianya
mengembang dan menjadi bengkak-bengkak. Biji kelentit akan menjadi tegang dan bibir faraj akan membesar. Mazi iaitu sejenis cecair yang
sangat licin dan tidak berwarna akan keluar dari dalam dinding-dinding faraj. Ianya juga diikuti dengan badan isteri yang bergerak-gerak serta
nafas isteri yang kencang.

Tanda-tanda diatas menunjukkan masa untuk menjimak isteri telah sampai, maka jalankan kerja-kerja jimak pula. Sebagai ringkasan nya,
tertib-tertib dalam ilmu jimak ini adalah seperti berikut:-

Masa – Pilihlah masa dan saat yang baik 
Tempat – Tempat sunyi, cahaya yang tidak terlalu terang, dan tidur dibawah satu selimut 
Belaian – Belaian dapat meningkatkan shawat kedua-dua pasangan 
Kesopanan – Lakukanlah kerja rangsangan dan jimak dengan penuh sopan dan tidak rakus. Adalah lebih baik bagi suami meminta izin dari
isterinya jika ia hendak mencabut zakarnya dari faraj isteri ketika ataupun selepas jimak. 
Pemuasan – Jika suami inzal dahulu, adalah tanggungjawab suami menginzalkan isteri dengan menggunakan teknik-teknik yang lain.Suami
perlu tahu bilakah inzal isteri supaya kedua-duanya dapat inzal pada masa yang sama. Secara amya apabila isteri mencapai inzal yang
"teragung", nafasnya semakin memuncak, badannya menjadi tegang seketika seolah-olah tidak sedarkan diri, dan tiba-tiba terhenti, badan
menjadi kendur semula seolah-olah tali putus. Pada ketika itu, faraj akan mengemut-ngemut dan dengan kejutan kecil, biasanya berakhir
lebih kurang 2 minit. Untuk mengetahui isteri benar-benar puas dari inzal yang dicapainya, badan isteri akan menjadi sejuk setelah inzal itu. 

PETUA ORANG ORANG TUA

Ini adalah himpunan petua orang orang tua yang cukup berguna untuk kehidupan anda. Kebanyakan nya berkisar mengenai apa yang anda buat di dapur.
orang tuaHilangkan Pahit Sayur Peria
Peria memang pahit. Kalau hendak menghilangkan pahitnya, potong peria dan rendam didalam air berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, sejat dan masaklah peria tadi. Insya’allah, mesti berkesan.
Cara Masak Air Dengan Cepat
Kadang-kadang kita terlupa memasak air. Oleh itu untuk memasak air dengan lebih cepat masukkan satu sudu besi bersih yang kecil di dalam cerek bersama air kemudian masak. Mungkin air anda akan masak dengan lebih cepat. Selamat mencuba.
Cara Masak Air Cepat Dengan Gula
Tiba-tiba rumah anda dikunjungi tetamu tetapi ia mahu segera berangkat pulang kerana ada sesuatu hal yang mustahak, sedangkan dia meminta sedikit minuman, bila dibuka tarmus air anda kecewa kerana air panas telah kehabisan. Jika anda dalam keadaan demikian jangan cepat panik, anda bukalah api dapur, ambil sedikit air sejuk dan jerangkan, untuk cepatkan lagi ia mendidih masukkan beberapa sudu gula mengikut kadar air tadi. Kerana air yang dicampurkan dengan gula akan lebih cepat mendidihnya dari keadaan biasa. Disamping itu anda juga akan merasa lebih mudah apabila ingin membancuh minuman tidak perlu lagi dimasukkan gula. Selamat mencuba.
Cara Cuci Bersih Sayuran Dari Kekotoran Dan Ulat
Walaupun kita biasanya berhati-hati ketika mencuci sayuran, khususnya sayuran berdaun hijau kita biasanya merasa bimbang dikhuatiri masih ada telur-telur bahkan ulat-ulat terdapat bersarang dibelakangnya yang tidak kita lihat. Rasa bimbang itu menyebabkan kita mengambil masa yang panjang untuk mencuci sayur dan sudah pasti akan menggunakan air yang banyak. Disini saya syorkan anda mengikuti cara ini yang dirasakan pasti anda tidak akan lagi merasa bimbang atau khuatir, terutama jika memakan sayuran yang berupa ulam, termasuklah ulam raja, mahupun kangkong serta bayam. Caranya mudah aja, setelah anda bersihkan sayuran tadi dengan air sepintas lalu, lalu anda rendamkan sayur tadi sehingga tenggelam dengan air dalam sebuah mangkuk besen yang semuatnya. Kemudian anda masuklah garam dan cuka.Biarkan beberapa ketika sayuran tadi terendam, Hasilnya anda pasti mendapati kekotoran keluar dari sayuran tadi termasuk ulat-ulat, kutu dan sebagainya. Ulat-ulat tadi terlepas dari daun dan ini akan memudahkan lagi untuk anda mencucinya dan anda tidak perlu bimbang lagi.
Kekalkan Warna Hijau Sayur-sayuran
Mudah saja, masukkan sedikit gula apabila memasak sayur hijau seperti sawi, bayam dan lain-lain.
Hilangkan Bau Dalam Peti Sejuk
Ambil beberapa helai daun pandan, masukkan ke dalam peti sejuk (bukan di dalam freezer). Biasanya tiada bau yang tidak disenangi lagi. Selamat mencuba.
Atasi Masalah Tangan Pijar Kerana Cili
Mungkin ada antara anda yang tidak tertahan dengan pijar cili khususnya jika terpaksa memegang cili untuk ditumbuk atau sebagainya, tambah-tambah lagi jika digiling. Rasa panas atau pijar ini boleh diatasi segera dengan menyapukan sedikit garam ataupun minyak kelapa sekelilingnya dan dekatkan pada bahagian api. Memang mulanya anda terasakan begitu panas bagaikan terbakar. Tetapi akhirnya pasti akan segera hilang. Sudah itu barulah dicuci dengan sabun dan air bersih.
Atasi Masalah Hanyir Ikan, Ayam & Daging
Semasa hendak membasuh ikan, ayam atau daging, campurkan segenggam tepung gandum, biarkan seketika. Selepas itu basuh dengan air bersih. Insya’allah. Selamat mencuba.
Cara Hilangkan Hanyir Ikan
Ikan terutamanya haruan dicampurkan dengan air asam jawa pekat. Kemudian rendamkan selama 1 jam. Akhir sekali basuh dengan air biasa.
Hilangkan Hanyir Ikan & Makanan Laut
Ikan yang telah dipotong hendaklah diperam dengan tepung gandum lebih 10 minit sebelum dimasak. Biar seluruh hirisan atau badan ikan tadi dibaluti tepung gandum. Saya rasakan petua ini lebih mujarab daripada memeram dengan air asam jawa.
Agar Daging Cepat Empuk
Untuk mendapatkan daging yang mudah empuk dan menjimatkan masa, anda hanya perlu meletakkan beberapa helai daun nangka ke dalam masakan anda.
Cara Kurangkan Kemasinan Gulai
Biasanya anda akan merasa risau jika gulai yang dimasukkan terlalu masin. Untuk menghilangkan rasa masin itu anda bolehlah ikut petua ini. Ambil hampas kelapa yang anda telah gunakan dan masukkan kedalam kain dan ikat kuat-kuat. Kemudian masukkan hampas yang berikat ini kedalam periuk yang berisi
gulai, biarkan beberapa minit sebelum diangkat.
Cara Membersihkan Kerang
Rendam kerang di dalam air. Kemudian ambil pelepah daun pisang. Buangkan daunnya sahaja. Potong pelepahnya halus-halus dan diramas-ramas dengan kerang. Kulit kerang tadi akan bersih dan putih.
Cara Atasi Hamis Pada Kuali
Setelah digunakan, seperti menggoreng ikan atau telur, kuali anda berbau hamis. Oleh kerana selalu digunakan kuali anda didapati sukar hendak menghilangkan baunya. Untuk mengatasinya, ambil limau nipis, gosoklah merata-rata setiap kali habis menggoreng. Kuali anda tidak berbau lagi.
Cara Tanggalkan Kesan Kopi, Teh dan Darah
Kesan-kesan teh, kopi atau koko yang terkena pada pakaian boleh dihilangkan dengan menyiramkan air yang mendidih ketempat terdapat kesan-kesan itu. Sekiranya masih terdapat kesan-kesan itu maka hendaklah ditampal dengan serbuk pencuci yang dilekatkan dengan air dikawasan itu. Biarkan begitu selama satu jam sebelum dicuci. Bagi menanggalkan kesan darah pada pakaian, rendamkan pakaian dalam air biasa (sejuk) yang berisi garam. Rendamlah hingga kesan itu tanggal. (1 sudu makan garam – 1 pain air).
Agar Kulit Telur Lekang Dengan Mudah
Biasanya telur ayam itik yang baru saja dipungut dari reban (telur baru) begitu sukar hendak kita tanggalkan kulitnya selepas direbus. Kulitnya tidak mudah lekang. Jika dicuba juga menanggalkan kulitnya, isi telur akan menjadi rosak. Jika anda gemarkan kecantikan isinya, mungkin untuk hiasan dalam masakan di majlis tertentu cubalah amalkan petua ini.Sebelum merebus, bersihkan telur-telur itu. Ketika air mendidih, masukkan sedikit garam dan kemudian tutup rapat-rapat. Setelah rebusan cukup masak, kupaskan telur-telur tadi. Hasilnya, kulit-kulit telur amat mudah ditanggalkan.
Menghapuskan Bena Sayuran
Cara untuk menghapuskan bena yang biasanya terdapat pada sayuran seperti bayam, daun geti dan daun asin-asin (cekur) ialah dengan merendam sayuran tadi kedalam air beras sebelum ia disiang.
Kurangkan Kemasinan Ikan Asin / Kering
Caranya dengan merendamkan ikan kering dengan sabut buah kelapa. Rendam selama 2 jam kemudian basuh dan jemurkan di tengah panas.
Cara Elak Semut Memasuki Bekas Gula
Untuk mengelakkan gula daripada dimasuki semut bubuhlah diantara 3 atau 4 biji bunga cengkih kedalam gula itu. Bunga cengkih ini juga akan memberikan keharuman kepada gula itu.
Meratakan Garam Pada Kerepek
Terdapat pelbagai jenis kerepek yang mudah dibuat sekarang ini. Walau bagaimanapun kadang-kadang terjadi kerepek yang tidak rata garamnya. Untuk memudahkan garam rata pada semua kerepek yang digoreng, masukkan air garam pada minyak panas ketika sedang menggoreng kerepek. Cara ini bukan sahaja menjimatkan penggunaan garam malah kerepek anda tidak akan lagi terasa terkurang atau terlebih masin.
Cara Membuat Roti Canai Lembut – Versi 1
Kebanyakan suri rumah mendapati agak sukar untuk membuat roti canai yang lembut seperti yang didapati dikedai-kedai mamak. Dengan mencuba petua ini puan-puan tidak perlu bimbang lagi. Ketika puan-puan mahu membuat adunan elok dicampur dengan sedikit air kelapa kemudian baru diuli seperti biasa.
Cara Membuat Roti Canai Lembut – Versi 2
Ini Pengalaman Saya sendiri. Roti canai kalau nak lembut, pastikan semasa hendak membakar roti canai kuali haruslah cukup panasnya. Kalau kuali cukup panas dan adunan cukup sebati, roti canai anda pasti lembut. Kuali tak cukup panas tak payah cakap handal macamana pun roti canai tetap keras.
Menghilangkan Kesan / Kerak Susu Dalam Botol
Selain dari menggunakan berus, untuk menghilang kesan-kesan susu yang tertinggal didalam botol selepas anak-anak puan-puan menghisapnya, atau puan-puan merebusnya di dalam air panas, ini ada satu cara yang baik. Jika hendakkan kesan susu itu segera hilang. Ambil garam makan yang kasar 1 camca teh, dan masukkan dalam botol, tuangkan air, tutup botolnya goncangkan botol itu. Insya’allah akan bersih dan segera, lebih baik lagi, kalau dituangkan air panas, kuman-kumannya pun mati.
Merangupkan Acar Mentimun
Hirisan mentimun hendaklah direbus dalam air garam hampir setengah jam sebelum campuran bahan lain seperti lobak dan bawang dicampur bersama air gula dan cuka secukup rasa.
Agar Getah Pisang Tidak Melekat Pada Tangan
Selalunya getah akan melekat-lekat pada kedua belah tangan anda jika anda mengupas kulit pisang muda tanpa menggunakan petua atau cara tertentu. Sebelum mengupas kulit pisang muda. Sediakan sebesen air yang telah dilarutkan dengan garam. Masukkan pisang muda yang hendak dikupas kedalam besen. Dengan menggunakan kedua belah tangan anda, kupaslah kulit pisang tersebut tatkala ia masih didalam air garam. InsyaAllah dengan cara ini, getah pisang tidak akan melekat-lekat pada kedua belah tangan anda.
Cara Elak Jag Kaca Pecah Kerana Minuman Panas
Menghidang minuman panas di dalam jag kaca tampak lebih menarik selera anda. Bagi mengelakkan jag itu pecah akibat suhu kepanasan air, ambil sebatang sudu logam dan masukkan ke dalam jag. Tuangkan air panas dan jangan kuatir kerana haba yang dibebaskan akan diserap oleh sudu logam tersebut. Insya’allah. Selamat mencuba!
Agar Buah Epal Tidak Berubah Warna Setelah Dikupas
Setiap kali anda memotong buah epal untuk dihidangkan kepada tetamu atau kepada anak-anak suatu perkara yang sering memeningkan kepala anda ialah kelihatan epal tersebut yang bertukar warnanya menjadi ke coklat-coklatan. Ada satu cara untuk anda mengelakkan epal tadi supaya tidak bertukar warna sebaliknya menjadi lebih menarik untuk dihidangkan, caranya amat mudah sekali iaitu setiap kali selepas mengupas atau memotongnya anda rendamlah ia terlebih dahulu dalam air garam. Biarkan hirisan atau potongan epal ini terendam seketika sebelum diangkat untuk dihidangkan. Cubalah anda pasti tidak akan kecewa.
Hilangkan Bau Nasi Hangit
Kebiasaannya nasi yang hangit kurang sedap dimakan. Untuk menghilang bau hangit itu letakkan dua tangkai lada kering ke dalam periuk dan panaskan sekejap selama dua minit. Insya’allah bau hangit akan hilang.
Supaya Ayam Cepat Empuk
Bagi anda yang masak menggunakan ayam pekan ataupun ayam pasar mengikut istilah orang-orang sekarang tentulah anda tidak menghadapi masalah ayam yang keras dan tidak mudah dimakan. Tetapi bagi anda yang menggunakan ayam kampung ataupun ayam yang anda pelihara sendiri, masalah ayam keras, liat dan sukar dimakan memang menjadi masalah. Bagaimana pun dibawah ini diperturunkan beberapa cara yang dirasakan sesuai untuk anda jadikan panduan untuk melembutkan daging ayam kampung tadi. Caranya ambil daun pepaya secukupnya lalu bungkuslah ayam yang sudah disiang dan dicuci tadi sambil diramas-ramas dan didiamkan beberapa ketika sebaik-baiknya 15 minit. Setelah itu daun papaya tadi diambil dan dibuang serta dibersihkan ayam itu. Setelah bersih barulah boleh dimasak mengikut resepi yang anda rasakan sesuai. Biasanya ayam yang terkena getah betik atau papaya tadi akan cepat lembut setelah dimasak.
Agar Peti Sejuk Tidak Berbau
Letakkan seketul kayu arang yang belum dibakar didalam bekas dan letakkan di dalam peti sejuk. Insya Allah peti sejuk tidak akan berbau. Bila hendak memakan nenas kulitnya jangan dibuang malah boleh diletakkan di dalam peti sejuk juga untuk menyingkirkan bau yang kurang menyenangkan.
Agar Tauge Segar Selalu
Untuk menjadikan tauge segar walaupun disimpan beberapa lama, masukkan tauge yang dibeli ke dalam air yang dicampur sedikit garam kemudian simpan di dalam peti sejuk. Insya’allah tauge akan segar dan tidak masam.
Agar Kacang Hijau Cepat Empuk
Biasanya untuk merebus kacang hijau hingga empuk kita memerlukan masa yang panjang. Bila saja kacang hijau dijerang, masukkan satu camca kecil minyak masak dan satu camca kecil garam.
Elakkan Terung Menjadi Hitam Apabila Sudah Dipotong
Pada mereka yang gemar makan masakan terung, apa yang menjadi masalah ialah apabila kita sudah memotong terung ini dan lambat memasaknya pasti terung itu akan menjadi hitam. Untuk mengelakkannya, ambil garam dengan sedikit air dan rendamlah terung tersebut. Kalau tak mahu air, gunakan garam saja pun boleh.
Atasi Nasi Mentah
Untuk mengatasi masalah nasi mentah, apa yang anda harus lakukan ialah dengan merenjiskan sedikit air yang telah bercampur garam ke atas nasi tersebut. Kemudian nasi itu dibalik-balikkan dan tutup hingga nasi itu berwap.

BAYI SEMBELIT

Untuk bayi yang 2 atau 3 bulan usianya.
Masaalah : sukar nak buang air besar selama 2 atau 3 hari
Petua 1
  1. Beberapa helai daun kunyit di layur atas api sehingga layu
  2. Letak daun kunyit yang dah di layur itu di atas perut bayi
Petua 2
  1. gaulkan sedikit asam jawa dengan  air biasa
  2. jadikan nya  sedikit pekat
  3. sapukan di ubun-ubun
  4. sapukan di pusat

Ubat Sakit Dada

Ambil beberapa ulas halia.

Tumbuk hingga lumat

Perah airnya

Ambil satu biji telur ayam kampung

Keluarkan kuningnya sahaja

Campurkan bersama madu lebah

Kacau sehingga rata

Minum setiap pagi sebelum sarapan

Amalkan sehingga 40 hari

Selamat mencuba ( jangan lupa check docktor sekali sebab takut ada penyakit lain seperti serangan jantung ... Nauzubillah)


Monday, 14 May 2012

Paling simple


In The Name of ALLAH, The Most Merciful, The Most Beneficial 
ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ 

Ruam Rashes



Ruam lampin lazimnya berlaku di sekitar bahagian yang ditutupi seperti punggung, kelangkang, paha dan kemaluan. Nama sains adalah “Diaper Dermatitis” merujuk kepada ruam pada bahagian kulit bayi yang dipakaikan lampin (diaper area).

Kulit di sekitar bahagian-bahagian tersebut akan berbintik-bintik kemerahan dan membuatkan bayi tidak selesa.

Tetapi masalah ruam ini tidak terhad kepada tempat-tempat terpencil sahaja. Ia boleh juga berlaku di badan dan dimuka bayi.

Masalah ruam lampin biasanya terjadi apabila jangkitan bakteria dan kulat ataupun disebabkan alahan kulit. Faktor-faktor seperti jangkitan kulit atau bahan yang boleh menyebabkan iritasi lebih membuatkan ruam ini seakan-akan hidup.

Ia menyebabkan permukaan kulit bayi menjadi merah, menggelupas, berbintik-bintik, gatal dan seterusnya menjadi luka.

Terdapat banyak punca yang menyebabkan berlaku ruam di kalangan bayi. Antaranya adalah pendedahan kulit bayi kepada kelembapan secara berpanjangan (prolonged wetness). Perubahan pH kulit kepada lebih berasid yang disebabkan oleh air kencing dan poo bayi. Pemakanan bayi: Bayi yang menyusu badan kurang mendapat ruam lampin (kerana poo kurang berasid) berbanding bayi yang sudah boleh makan. Alergi makanan. Diarrhea. Perubahan diet ibu yang menyusukan. Luka pada kulit. Jangkitan kulat. Pergeselan berterusan kulit bayi dengan lampin.
Kulit jenis sensitif.

Masalah ruam tetap akan berlaku sama ada bayi minum susu secara campuran iaitu susu ibu dan susu formula ataupun menyusu badan. Ini kerana berkemungkinan bayi terbabit mengalami alahan kepada susu formula yang diambil juga daripada pemakanan si ibu.

Cara kampung mengubat ini adalah melumurkan tepung ubi dibahagian ruam selepas mandi. Ada yang menggunakan tepung beras juga. Pastikan sasaran serangan ruam kena dengan tepung ini.

Selamat mencuba.



Saturday, 12 May 2012

Buasir

Nie sebenarnya dipetik dari kisah benar.

Seorang pemuda cina mencabar seorang anak muda mengenai kebenar Islam.

Katanya, jika benar Islam ada semua nya dari aspek kehidupan, macam mana Islam boleh bantunya dalam masalah buasir.

Jawab anak muda berkenaan, setiap kali encik makan, hendaklah encik kunyah sebanyak 40 kali sebelum telan. Ini hendaklah dilakukan setiap kali suapan dan setia kali makan.

Selang sebulan, pemuda cina ini datang kembali bertemu anak muda berkenaan.

"Benar, kata awak. Kini buasir saya telah susut dan hampir kembali seperti biasa". Soalnya kepada anak muda, " dari mana kamu tahu tentang itu?". Anak muda menjawab, "dari ayahku, yang belajar dari atukku, yang belajar dari atuknya. Dan ilmu itu diperolehi dari seorang ustaz masa itu."

Tanya pemuda cina ini lagi, "siapa yang memberitahu ustaz tersebut?" ..... Dipendekkan cerita, ilmu tersebut ustaz-ustaz-ustaz .... Berkenaan dapat dari ajaran hadis Nabi SAW.

"siapakah Nabi itu?" tanya balas pemuda cina tadi.

Dengan lelehan air di kelopak mata, anak muda berkenaan tidak menjawab pertanyaan pemuda cina itu.

Selang enam bulan dari peristiwa tadi, mereka bertemu kembali secara tidak dirancang.

Kali ini pemuda cina berkenaan telah berkopiah dan terus memeluk anak muda itu. Pemuda cina mengucapkan berbanyak terima kasih kerana memperkenalkan Nabi SAW kepadanya.

Sebenarnya lelehan air dikelopak mata telah membuatkan pemuda cina tercari-cari maklumat mengenai Nabi SAW.

Sekarang, nampak tak hikmah kunyahan 40 kali yang telah diajarkan ar Rasul nabi kepada kita semua.

Wallahualam


Sent from my iPad

Wednesday, 9 May 2012

Angin Ahmar

Angin Ahmar adalah penyakit serangan angin secara tiba-tiba. Herannya kebanyakkannya terjadi samada ketika dalam bilik air atau ketika keluar dari bilik air.

Dari kacamata sainsnya:

Angin ahmar atau strok ialah masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak diganggu. Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang mencukupi dan oleh itu, sel-sel otak akan rosak atau mati, dan mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak itu tidak berfungsi. Angin ahmar ialah kecederaan saraf yang serius dan gejalanya ialah kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba.

Dari kacamata Islam:

PENYAKIT Angin Ahmar ialah penyakit mati sebahagian badan, yang biasanya datang dengan tiba-tiba dan sukar pula untuk diubati. Walau bagaimanapun, dengan rahmat dan belas kasihan Allah swt kepada hamba-hambaNya maka melalui Nabi Muhammad s.a.w., umat Islam dikurniakan doa yang sangat mustajab dan besar faedahnya bagi menjauhi penyakit tersebut disamping lain-lain penyakit berbahaya dan bala bencana.
Dari segi hakikatnya, perselisihan antara roh kita dengan roh jin meninggalkan kesan BISA kepada roh kita. Jadi untuk menghilangkan kesan BISA tersebut, jadikan amalan berikut sehingga hidup kembali seperti sediakala setiap hari.
Langkah Pertama:
Bacakan ayat berikut di kedua-dua telinga sebanyak 313 kali disetiap telinga. Mulakan dengan telinga sebelah kanan dahulu. Petikan dari surah yasin …


Kemudian tiup dan baca lagi sehingga cukup 313 kali disebelah kanan telinga. Ulang langkah ini kesebelah telinga kiri pula.
Langkah Kedua:
Bacakan ayat yang sama juga tapi kali ini dengan memicit anggota berdaging badan yang sudah keras akibat dari angin ahmar. Baca dan picit sehingga bahagian berkenaan menjadi lembut. Ini adalah tempat yang terkena BISA berkenaan.
Langkah Ketiga:
Amalkanlah membaca doa ini selalu, paling kurang sekali seumur hidup. Dengan mematuhi kaedah dan adab-adab berdoa disamping berikhtiar, Insya Allah, mudah-mudahan doa kita dikabulkan dan kita terhindar dari penyakit yang berbahaya ini.
Maksudnya:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; dan dengan-Nya kami memohon pertolongan; dan dengan Allah; dan dari Allah; dan kepada Allah; dan segala pujian tertentu bagi Allah; dan tiada Tuhan melainkan Allah; dan Allah Maha Besar, yang Maha Mulia dan Maha Agung; yang aku takut dan bimbang terhadap-Nya. Allah Maha Besar dengan segala kebesaran-Nya; segala pujian tertentu bagi Allah, sebanyak-banyak pujian. Dan Maha Suci Allah pagi-pagi dan petang-petang. Dengan nama Allah yang menyembuhkan, dengan nama Allah yang mencukupkan; dan dengan nama Allah yang menyihatkan; dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada memberi mudharat sesuatu apa jua di bumi dan di atas langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan Kami turunkan sesetengah dari Al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat untuk orang-orang yang beriman.
Ya Allah, aku yang menjampi dan Engkau yang menyembuhkan. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah Engkau takdirkan. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Aku berlindung dengan Allah, Tuhanku dan Penciptaku, Pembentukku dan Pencipta Rupabentukku dan Pemberi Rezeki sekalian manusia. Aku berlindung dengan Allah daripada sekalian kebinasaan, dan segala maksiat, bala bencana, penyakit dan segala kesakitan, kemalasan, kemunduran dan kebinasaan.
Ya Allah, lindungilah penanggung (pengguna) suratku ini dengan nama-Mu yang Maha Mulia dan Maha Agung; dan sifat-sifat-Mu yang sempurna, wahai Yang Mempunyai Kebesaran dan Kekayaan. Wahai Tuhan yang memiliki kerajaan dan alam malakut; wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kegagahan. Maha Suci Engkau, alangkah besarnya Engkau wahai pencipta segala langit dan bumi. Wahai Tuhan tempat berlindung mereka yang menyesal (akan dosa-dosa mereka); wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang-orang miskin; wahai Tuhan pemilik kebesaran dan kekuasaan, wahai Tuhan yang mempunyai belas kasihan dan memberi kebajikan dan Ihsan; wahai Tuhan yang banyak kasih sayang, wahai Tuhan yang banyak memberi; wahai Tuhan yang Maha Gagah dan tiada sesiapapun yang mampu mengalahkan-Nya; wahai Yang Melindungi dan Dia tidak memerlukan perlindungan, aku berlindung dengan-Mu dari azab ke atas badan dan kesempitan; dan aku berlindung dengan-Mu dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit yang besar yang menimpa ke atas diri dan roh, darah dan daging, tulang dan kulit, urat dan urat saraf.
Maha Suci Engkau; yang apabila Engkau menghendaki sesuatu maka Engkau hanya mengatakan “Jadilah! Maka jadilah ia”. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Wahai Tuhan yang menjadikan; wahai Tuhan yang membuat kebajikan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai Tuhan yang Maha Adil, wahai Tuhan yang Berdiri dengan Keadilan, wahai Tuhan yang mendengar tangisan orang-orang yang meminta pertolongan. Wahai Tuhan yang memulakan (dari tiada kepada ada), wahai Tuhan yang mengembalikan, wahai Tuhan yang menolak, wahai Tuhan yang Mencukupkan. Wahai Tuhan yang menyembuhkan, wahai Tuhan yang meng’afiatkan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan terhadap orang yang memohon pertolongan.
Wahai Tuhan yang menerima kesyukuran, wahai Tuhan yang banyak memberi balasan atas kesyukuran. Wahai Tuhan yang Maha Kasih Sayang, wahai Tuhan yang Maha Belas Kasihan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Agung, wahai Tuhan yang mendahulukan, wahai Tuhan yang mengkemudiankan. Wahai Tuhan yang hidup, wahai Tuhan yang berdiri dengan sendiri-Nya, yang membalas mereka yang jujur dengan balasan ke atas tiap-tiap diri dengan apa yang mereka usahakan. Wahai Tuhan yang memerintahku, wahai Tuhanku yang memiliki aku, wahai Tuhan yang memberi perlindungan.
Wahai yang Maha Mengetahui sesuatu yang kami sembunyikan dan kami dedahkan; wahai Hakim yang menjatuhkan hukuman, wahai Tuhan yang memerintah sekalian orang-orang yang beriman; wahai Tuhan pembantu orang-orang yang dhaif dan miskin; wahai Tuhan yang Mencukupi keperluan orang-orang yang bertawakkal.
Wahai Tuhan yang mendatangkan malam ke atas siang dan siang ke atas malam; wahai Tuhan yang Gagah (mengalahkan) setiap syaitan yang sangat durhaka, wahai Tuhan yang mengalahkan setiap orang yang sombong lagi degil; wahai Tuhan sebaik-baik Pemerintah; wahai Tuhan yang sebaik-baik memberi pertolongan, wahai Tuhan yang memberi rezeki kanak-kanak yang kecil, wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang tuan (yang sangat tua), wahai Tuhan yang memerintah orang-orang yang beriman; wahai Tuhan bagi orang-orang yang dahulu dan orang-orang yang kemudian; wahai Tuhan yang pengasih kepada orang-orang yang bertaubat, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari kalangan yang mengasihi. Wahai Tuhan sebaik-baik pengampun dari yang mengampuni; wahai Tuhan sebaik-baik pewaris; wahai Tuhan sebaik-baik Pemberi Keputusan; wahai Tuhan yang memerintah pada Hari Pembalasan.
Ya Allah, hanya Engkaulah yang aku sembah dan hanya kepada Engkaulah aku memohon pertolongan. Dan kepada-Mu aku bertawakkal. Dan kepada-Mu aku gemar dengan apa yang ada di sisi-Mu. Kepada-Mu aku berharap dan hanya Engkau yang aku takuti. Ya Allah, peliharalah aku dari segala kepayahan hidup dan penyakit-penyakit dan segala kesakitaan dan kesusahan dan darah hitam.
Ya Allah, peliharalah aku dari penyakit yang merbahaya dan dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit darah kuning, dan segala kebinasaan dan segala maksiat dan pengsan, dan kerungsingan dan kesedihan dan dukacita dan dari di penjara. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan binatang buas, dan binatang yang melata, serta permusuhan (benci membenci) orang awam, dan dari kekalahan dan kejahatan syaitan; dan raja, kemarau, kemahalan barang keperluan, dan gempabumi, dan bala bencana, dan keruntuhan bangunan, dan serangan musuh. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tipudaya orang-orang yang melampau, dan dari sesuatu yang silih berganti atasnya oleh malam dan siang melainkan yang datang itu adalah dengan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan setiap kejadian yang Engkaulah pemegang ubun-ubunnya; sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang tegak dan lurus. Engkau ialah Tuhanku dan di atas Engkau jua aku bertawakkal, dan Engkaulah yang Mencukupkan aku, dan sebaik-baik yang Mewakili, sebaik-baik Pemerintah dan sebaik-baik yang Memberi Pertolongan. Dan tiada daya upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Dan cukuplah kami oleh Allah, dan sebaik-baik yang mewakili sebagai Pemerintah dan Engkau sebaik-baik pemberi pertolongan. Allah yang mencukupkan, Allah yang menyembuhkan, Allah yang memberi a’fiat. Dan ucap selawat oleh Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya; selamat sejahtera; dan segala pujian bagi Allah Tuhan Pemerintah Seluruh Alam. 

Saturday, 28 April 2012

Sihat atau Sakit

Ini adalah petua untuk mengetahui samada kita sihat atau sakit.

Mudah sahaja ...

Ukuran ini diambil dari keluaran kumuhan kita sendiri iaitu air kencing.

Jika air kencing kita sehari semalam kurang dari 1 liter memberikan gambaran yang tubuh kita tak mendapat bekalan air secukupnya.

Sebaliknya jika air kencing kita sehari semalam lebih dari 2 liter juga memberikan gambaran yang tubuh kita terlebih bekalan air.

Kurang atau terlebih air ini memberi impact negative pada semua element-element dalam badan.

Jika air kencing kita sehari semalam berada diantara 1 liter dengan 2 liter, KITA ADALAH ORANG SIHAT.

Hujah nya adalah disini. Iaitu sabda Nabi S.a.w. Yang memberi erti bersederhana dalam segala hal adalah yang terbaik.

Wallahualam.

Friday, 20 April 2012

Elak anak kencing malam

Elak Kencing Malam Untuk Anak Kecil
Perah beberapa titik pati air lemon diatas sudu kecil. Masukkan madu lebah dan terus hirup.
Amalkan sebelah pagi dan sebelum masuk tidur, insyallah
Lagi satu kaedah adalah urut labu betis anak sebelum tidur. Yang saya buat adalah urutan menaik menggunakkan apa-apa minyak urut seperti minyak gamat atau minyak tuna. Cuba lah.
Lagi satu yang adalah cara zaman susah dulu iaitu bangun pukul 3 pagi dan aturkan kencing anak. Bukannya lama - 3 minit kencing ajer! Lakukan ini selama 40 hari. Nanti insyallah anak akan bangun sendiri. Jangan lupa pasang lampu bilik air. Jika tidak kita pun kena bangun sekali.
Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment