Wednesday 18 July 2012

Khasiat sayur-sayuran


Khasiat sayur-sayuran


Sayur-sayuran dan buah-buahan memang telah lama diketahui dari segi khasiatnya kerana kandungan nutrition seperti vitamin, mineral, lemak, protein dan karbohidrat. Pengamal sayur-sayuran dan buah-buahan telah dikenali pasti hidup lebih sihat berbanding mereka yang makan jenis makanan yang lain.
Jika dahulu sayur-sayuran dan buah-buahan hanya menjadi santapan ruji penghuni-penghuni kuil, tetapi kini kebanyakan negara maju seperti Britain, Amerika Syarikat dan Jepun turut menjadikannya sebagai menu utama mereka. Ini kerana, mereka telah mengenal pasti bahawa dengan mengamalkan makan makanan seperti ini dapat meningkatkan kualiti hidup.
Para penyelidik juga telah menyedari sebahagian daripada sayur-sayuran dan buah-buahan ini mengandungi komponen yang boleh membantu menangani masalah kesihata serta menyediakan hidup yang lebih sihat. Pengkajian yang secara mendalam oleh pakar-pakar sains telah membuktikan kandungan dalam sayur-sayuran dan buah-buahan ini telah berjaya mengatasi masalah seperti kancer, penyakit hati, kencing manis serta darah tinggi di mana keempat-empat penyakit ini merupakan penyakit yang telah dikenal pasti yang mencatatkan kematian yang paling tinggi.
Secara amnya, setiap sayur-sayuran dan buah-buahan ini mengandungi pelbagai kandungan yang boleh memuajarabkan pelbagai jenis penyakit . Malahan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan ini dapat mengurangkan pengambilan ubatan sintetik yang mempunyai kesan sampingan.
Walau bagaimanapun, ramai di kalangan kita masih kurang mengetahui khasiat yang diperolehi akibat pengamalan sayur-sayuran dan buah-buahan ini, kerana kurangnya pendedahan yang diberikan. Di sini terdapat beberapa jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang telah dikenal pasti mempunyai khasiat dari segi perubatan.

BUAH KELO
 Ramai yang menggemari buah kelo kerana rasanya yang enak. Tetapi ramai yang kurang mengetahui yang buah ini mempunyai khasiat dari segi kesihatan dan perubatan. Nama saintifiknya adalah Moringa oleifera dan buah ini amat baik untuk jantung, saraf dan peredaran darah.Buah kelo amat berkesan untuk meredakan demam panas.
Air perahan daun kelo bukan sahaja kaya dengan vitamin A, vitamin C dan kalsium, malahan juga mengandungi asid amino yang bersifat antibakteria yang membantu menambahkan darah dan menentang berbagai jenis penyakit.Jus buah kelo digunakan untuk tujuan melawaskan kencing serta membantu menghilangkan rasa kembung dan senak akibat ketidakcernaan.

DAUN SALAD
 Daun salad bukan sahaja digunakan untuk menghiaskan makanan, malahan juga enak dimakan begitu sahaja.Peranan daun salad bukan sahaja berhenti begitu sahaja kerana daun ini juga mempunyai kepentingan dari segi perubatan. Daun salad atau nama sainsnya Lactuca sativa, merupakan penawar kepada masalah insomia atau gangguan tidur. Tumbuhan ini kaya dengan zat besi, kalsium,fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C, mangnasium dan zink itu mengandungi sejenis kompaun yang dikenali sebagai lactucarium yang bertindak sebagai sedatif.
Daun salad ini juga bertindak menenangkan dan melapangkan fikiran, sekali gus menghilangkan segala keresahan yang melanda.Daun ini juga mengandungi karotin, seraf dan air yang dapat menghilangkan rasa dahaga dan juga bertindak melancarkan sistem pernafasan .

KOBIS
Brassica oleracea merupakan nama sains bagi bunga kobis dan sayur ini berasal dari keluaraga Brassica. Sayur ini mengandungi belerang, iaitu sejenis zat galian yang penting untuk kesihatan. Kobis bukan sahaja berkesan untuk mengubati
penyakit ulser dan barah malahan juga berkesan untuk mengubati masalah –masalah lain di usus.
Kobis yang kaya dengan kalsium, fosforus, zat besi, sodium, potasium dan vitamin A, B- Kompleks dan C dapat meredakan masalah di bahagian perut dan hati seperti yang dialami oleh mereka yang lali arak. Kompaun belerang dalam kubis dapat menghindarkan pengeluran carcinogen, sejenis bahan kimia berbahaya dalam tubuh badan. Amalan memakan kobis dapat menghalang carcinogen daripada bergabung menjadi sel-sel darah. Selain itu asid amino yang mengandungi belerang dalam kubis juga bertindak menurunkan paras kolestrol , meredakan saraf dan menenangkan fikiran dan sekaligus membantu seseorang itu tidur dengan selesa pada waktu malam.

TIMUN
Di setengah- setengah tempat, timun juga dikenali sebagai mentimun atau nama saintifiknya ialah Cucumis sativus .Ia mengandungi 0.65% protein, 0.1% lemak dan karbohidrat sebanyak 2.2%. Selain itu timun juga mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A,vitamin B1, vitamin B2 dan vitamin C.
Biji timun mengandungi racun alkoloid jenis hipoxanti ,yang berkesan untuk merawat kanak-kanak yang kecacingan. Bagi mereka yang menhidapi sakit tekak apabila diserang batuk , penyakit ini dapat dirawat dengan biji timun dimana sedikit biji timun dicampurkan dengan sedikit garam dan dikumuh beberapa kali sehari. Pengamalan ini dapat mengembalikan suara yang hilang.
Selain itu, penyakit sampu pucat iaitu sejenis penyakit pening-pening yang berterusan sehingga dapat menurunkan berat badan dapat diatasi dengan pengamalan makan timun mentah atau yang telah dimasak. Timun juga dapat mengubati penyakit disesteri iaitu keluar darah semasa membuang air besar.

KUCAI
 Kucai adalah sejenis sayuran yang menyerupai pokok bawang yang berasal dari keluarga Lili. Tumbuhan ini tengik baunya tetapi enak dimakan samada sebagai sayur atau ulam.
Kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang. Ia dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit.
Kucai bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus. Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah. Cara penggunaannya adalah menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian dikacau dengan air panas lalu diminum. Penggunaannya adalah lebih mujarab sekiranya diminum setiap pagi.

ASPARAGUS
Berasal dari keluaraga liliaceaedan dikenali sebagai Asparagus officinalis dari segi sainsnya. Sayur ini kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan niasin.
Bagi mereka yang menghadapi masalah kulit yang berpunca daripada pengumpulan asid yang berlebihan dalam darah yang menyebabkan wujudnya masalah-masalah seperti jerawat,
ekzema atau lebih dikenali sebagai kudis , asparagus merupakan jawapan yang tepat bagi mereka.Ini kerana kandungan alkali yang tinggi dalam jus asparagus boleh mengatasi masalah-masalah kulit.
Selain itu asparagus juga mengandungi eleman –eleman yang baik untuk kelenjar tiroid, pineal dan adrenal, jantung, hati, paru-paru, limpa, pankreas dan kulit.

SELERI
 Merupakan sejenis sayur yang berbatang lembut yang kaya dengan zat besi, fosforus, sodium, potsium,karotin,vitamin A, B-Kompleks dan C dan magnesium. Dikenali sebagai Apium graveolens dan berasal dari keluarga Dulce umbelliferae, adalah merupakan penawar bagi menurunkan tekanan darah tinggi.Terdapat belbagai cara untuk menggunakan seleri sebagai ubat untuk mengubati tekanan darah tinggi dan cara yang paling berkesan adalah dengan memasukan sedikit daun seleri yang dipotong kecil-kecil dan ditumbuk halus bersama-sama dengan sedikit air dan gula. Untuk keberkesanan yang lebih baik ia hendaklah diminum 3 kali sekali.
Selain itu, seleri juga dapat mengubati keracunan yang berpunca daripada jangkitan bakteria. Antaranya adalah seperti terpijak paku berkarat, jangkitan kuman di bahagian luka atau dalam saluran kencing dan kes melecur teruk menyebabkan keracuanan darah dikenali sebagai sepsis atau septicemia.Kandungan garam galian dalam seleri memulihkan sifat alkalin dalam darah dan membantu menghentikan pembiakan kuman.

LOBAK PUTIH
 Masalah perut meragam sering kali berlaku akibat ketidakhadaman makanan dan keadaan ini sungguh menyakitkan seluruh badan.Ramai yang tidak mengetahui yang lobak putih mempunyai
kandungan khasiat yang tinggi dan sayur ini dapat menyelesaikan masalah penghadamanBrassica rapa adalah nama saintifiknya dan beasal dari keluarga Crucifera. Sayur ini mengandungi kandungan air , glukos, sokros dan fruktos yang banyak. Ia juga kaya dengan asid ferulik, asid benzo-pyruvik dan asid amino.

PUDINA
 Merupakan sejenis herba yang berasal dari keluarga Labiatae dan ia tergolong dalam spesies mentha.Terdapat berbagai jenis pudina di seluh dunia, antaranya:
  • mentha spicata "moroc-can" yang berkesan dalam meredakan kekejangan otot,
  • mentha aquatica untuk merawat cirit-birit
  • mentha arvensis yang boleh melegakan demam selsema dan menghilangkan rasa loya.
Pudina bertindak sebagai perangsang dan membantu penghadaman serta mengurangkan flatulens. Ia juga bersifat antiseptik, antiparasit dan antivirus. Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan mengeluarkan peluh.
Daun pudina juga digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selsema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan. Minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan konsestrasi.

PASLI
 Sayuran ini berasal dari keluarga Umbelliferae dan kaya dengan vitamin dan zat galian seperti kalsium, magnesium dan klorofil.
Daun pasli yang diramas dengan air dapat bertindak sebagai tonik bagimenjaga kesihatan rambut. Air ramasan ini juga bertindak melawaskan kencing dan menurunkan tekanan darah.
Pasli juga dapat meredakan penyakit sengal-sengal tulang, membantu pencernaan makanan dan menguatkan semula otot-otot rahim selepas melahirkan anak.

KACANG BUNCIS
 Kacang buncis atau nama saintifiknya adalah Phaseolus vulgaris mengandungi pelbagai khasiat yang tidak terdapat pada tumbuhan sekelurga dengannya.
Sayur yang kaya dengan protein dan vitamin ini membantu menurunkan tekanan darah serta mengawal metabolisme gula dalam darah dan amat sesuai dimakan oleh mereka yang menghidapi penyakit kencing manis atau darah tinggi.
Bagi mereka yang khuatir kerana mempunyai berat badan yang keterlaluan , kacang ini dapat membantu mengatasi masalah mereka. Ini kerana ujian makmal telah menunjukkan kacang ini mengandungi serat dan enzim yang boleh membantu menurunkan berat badan.

PERIA
Peria atau dikenali sebagai kanbas atau nama sainsnya Momordica charantia adalah sejenis sayur yang rasanya amat pahit,tetapi di sebalik kepahitan itulah tersembunyi seribu satu khasiat untuk menjaga kesihatan tubuh badan.
Sayur ini adalah penawar kepada pesakit yang menghidapi penyakit kencing manis. Kandungan bahan yang menyerupai insulin didapati berkesan dalam menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing. Peng- hidap kencing manis mestilah menjadikan jus peria ini sebagai satu jus minuman harian, terutama sekali sebelum sarapan.Selain itu peria juga dapat menyembuhkan penyakit batuk yang menyerang kanak-kanak.

BAYAM
 Adalah sejenis sayuran hijau yang kaya dengan vitamin A, C dan E serta zat besi seperti fosforus, besi, sodium potasium, magnasium mangan dan zink.Dikenali sebagai Spinacia oleracea dari segi saintifiknya.
Jus bayam mengandungi zat besi secukupnya untuk mengatasi masalah-masalah seperti anemia sejenis penyakit kurang darah. Kaedahnya adalah dengan mengisar daun bayam dengandengan segelas air dan diminum dua kali sehari.
Wanita seringkali kekurangan zat besi kerana didatangi haid pada setiap bulan. Jus bayam yang dicampurdengan jus lobak merah atau jus tomato boleh membekalkan zat besi secukupnya untuk menambah tenaga mereka kerana jus bayam mengandungi asid aksalik dan penambahan jus-jus lain dapat mengatasi kesan-kesan keasidannya.

KADUK
 Merupakan sejenis sayuran tempatan yang mudah ditemui. Tumbuhan ini dikenali sebagai Piper sarmentosum roxb dan berasal dari keluarga Piperaceae.
Air yang direbus dengan akar pokok ini dapat melawaskan kencing. Daunnya mujarab untuk merawat demam malaria dengan minum air rebusannya.air rebusan ini juga berkhasiat bagi melegakan batuk-batuk, selsema ,sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang.

DAUN KARI
Tumbuhan renek ini berasal dari keluarga Rutaceae dan daripada spesies Murraya koeniggi, mengeluarkan daun-daun kecil berwarna hijau. Daun kari ini biasanya digunakan dalam menambahkan keharuman masakan dan masyarakat India merupakan pengguna terbanyak daun ini.
Dari segi perubatanya, daun ini amat berkesan dalam mengatasi masalah-masalah haid dan gonorea, menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita yang mengandung dan menyembuhkan penyakit cirit-birit dan penyakit berak darah.Selain itu daun ini juga baik untuk peredaran darah dan boleh bertindak sebagai sedatif.
  
KAPSIKUM
 Merupakan sejenis cili yang berisi tebal berwarna hijau atau merah. Adalah dari spesies Kapsikum annuun yang berasal dari keluaraga Solanaceae.Ia kaya dengan vitamin C, vitamin A dan zat-zat besi seperti kalsium, fosforus, sodium, dan potasium.Sayur ini dikatakan dapat
meredakan kesakitan yang ada kaitan dengan kegemukan.Ia juga baik untuk pengedaran darah dan boleh mengtasi masalah sakit kerongkong.
Kapsikum juga mengandungi sejenis bahan yang menghalang sel-sel darah daripada bergumpal, sekali gus menghalang sejenis penyakit darah beku yang dikenali sebagai trombosis.

TOMATO
 Nama sainsnya adalah Iycopersicon esculentum.Merupakan sayur yang digemari oleh orang ramai dan boleh dimakan secara mentah atau dimasak.Berasal dari kelurga Solanaceae, kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C dimana diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan.Ia juga baik untuk melicinkan kulit dan merupakan salah satu bahan awet yang penting .
Satu kajian terbaru di amerika syarikat telah menunjukkan bahawa pigman merah yang terdapat pada kulit tomato mengandungi sejenis bahan yang dikenali sebagai Iycopene yang mana boleh mengurangkan risiko di kalangan kaum lelaki daripada mendapat penyakit barah prostat.Dalam kajian tersebut, amalan memakan 10 biji tomato seminggu boleh kurangkan risiko sehingga 45%.

KENTANG
 Berasal dari keluarga Solanaceae, dan merupakan sejenis sayuran yang paling popular di selurug dunia. Terdapat berbagai jenis ubi kentang di seluruh dunia.Ubi kentang kaya dengan karbohidrat dan zat galian terutamanya dibahagian kulit.
Sayur ini berkesan untuk merawat penyakit batu karang dan juga mengatasi masalah jerawat dan bisul.Caranya adalah dengan mengadun udi kentang dengan sedikit air kemudian disapu ke atas jerawat atau bisul yang sudah pecah sebelum ditutup dan dibalut dengan kain bersih. Cara rawatan yang sama juga digunakan bagi merawat kudis atau luka.

TERONG PIPIT
Merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika.Biasanya dimakan secara mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam. Dikenalai sebagai Solanum torvum ,dalam nama sainsnya.
Daripada kajian, terong ini mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat serta mengandungi fosforus, sedikit zat besi, banyak vitamin A dan C dan sedikit vitamin BI.Terong ini juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai soladin dengan kandungan sebanyak 0.84%.
Buah ini mengandungi banyak khasiat. Antaranya dengan meminum air rebusan buah ini dapat meredakan kesakitan akibat sakit perut yang berterusan.Selain itu akarnya pula dapat mengubati retak kulit pada kaki.

BAWANG PUTIH
 Dikenali sebagai Allium sativum dan mempunyai kegunaan yang banyak dan khasiat yang tinggi.Bawang ini telah dikenal pasti dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darah dan kolesterol ini dikenal pasti sebagai punca kepada penyakit darah tinggi.Ia juga membantu menyegarkan pernafasan sekalipun tempat yang banyak karbon monoksida (asap kenderaan).
Sayuran ini juga dapat menghindarkan seseorang daripada diserang kanser kerana kandungan mineralnya membantutkan ketumbuhan tumor dalam tubuh badan.Selain itu bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, kuman tersebut dapat dibunuh dengan menumbuk bawang putih serta menepekkannya di bahagian yang berjerawat.

MANGGA
Berasal dari kelurga Anacardiaceae dan nama saintifiknya dikenali sebagai Mangifera Indica. Jus buah ini mengandungi khasiat yang tinggi dan berkesan untuk mengubati pelbagai penyakit. Minuman ini, kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium dan magnesium dan vitamin A dan C.
Penyakit hernia atau burut merupakan sejenis penyakit yang menyebabkan isi perut turun ke bawah dan kantung kemaluan menjadi bengkak. Amalan meminum jus buah mangga merupakan amalan berkesan untuk mereda dan menyembuhkan penyakit ini.Ini kerana kandungan karbohidrat dan enzim yang tinggi dalam mangga akan mempercepatkan proses penyembuhan di dalam dan di luar badan.
Selain itu, jus buah mangga ini juga digunakan sebagai agen penghilang dahaga untuk mengatasi masalah penyidratan atau kekurangan cecair dalam tubuh badan.
Petua berkesan adalah dengan menyedut perlahan-lahan jus buah mangga dengan menggunakan straw dan bukannya dengan meminum terus. Memandangkan kandungan gula yang tinggi hanya secawan sahaja dihadkan dan bagi mereka yang menghidapi penyakit kencing manis dan alahan adalah dinasihati membataskan penggunaannya.

AVOKADO
 Adalah sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi protein, zat besi, fosforus, kalsium,sodium, potasium, vitamin A dan C dan niasin.Dikenali sebagai Persea americana dan buah ini berasal dari keluarga Lauraceae.
Sebiji avokado dipercayai mengandungi kira-kira 300 kalori, dengan 88% daripadanya terdiri daripada lemak. Ia bertindak dengan berkesan sebagai pelincir semula jadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan, pinggul dan lutut sekali gus dapat menghindarkan penyakit sengal-sengal tulang.
Di samping itu, amalan memakan buah ini setiap hari boleh menurunkan paras kolestrol di samping mengekalkan paras lipoprotein iaitu sejenis kolestrol yang baik yang bertindak melindungi seseorang itu daripada diserang sakit jantung.
Isi avokado yang kaya dengan vitamin A, minyak dan riboflavin amat berkesan untuk memulihkan kesegaran dan kelicinan kulit serta mengatasi masalah kulit kering.

LEMON
Dikenali sebagai Citrus limon dari segi saintifiknya dan boleh ditemui pada bila-bila masa sepanjang tahun.Buah ini seperti buahan lain kaya dengan vitamin C yang berkesan untuk menghindarkan penyakit-penyakit kelamin seperti gonorea, siflis dan klamidia. Ini kerana ia bertindak membunuh kuman bakteria, sekali gus mempertingkatkan daya tahan badan.
Kandungan vitamin C dalam jus lemon, yang turut mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, potasium,magnasium dan vitamin B-Kompleks, juga bertindak membunuh sejenis bakteria dikenali sebagai stafilokokus.Bakteria ini menjadi punca beberapa jenis penyakit seperti keracunan makanan, radang paru-paru dan jangkitan jangkitan lain.

DELIMA
 Merupakan sejenis buah yang berasal dari kawasan Mediterrane. Dikenali sebagai Punica granatum dan mengandungi asid tannin yang amat muajarab untuk hapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak.
Selain daripada asid tannin , buah ini juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnasium, vitamin A dan vitamin C. Ia berkesan untuk meredakan cirit-birit yang kronik, termasuk cirit-birit berdarah dan enteritis atau bengkak usus.
Penyakit buasir juga dapat dirawat dengan buah delima ini .Airnya yang bertindak sebagai astringen, disapu ke bahagian yang bengkak dan dilakukan beberapa kali sehingga sembuh.

BELIMBING BULUH
Buah ini mempunyai rasa yang masam dan juga digunakan dalam pelbagai jenis masakan tempatan seperti sambal belacan dan masak lemak. Dikenali sebagai Averrhoa belimbi linn dan berasal dari keluarga Oxalidaceae dan mempunyai nilai yang tinggi dari segi perubatan.
Jus buah ini berkesan untuk melegakan penyakit darah tinggi, kencing manis dan pitam. Selain itu ia juga berkesan untuk melicinkan kulit muka serta mengatasi masalah jerawat dan merawat sakit gigi. Bagi mereka yang menghidapi batuk yang berterusan, adalah dinasihati merebus buah ini dan minum air rebusan ini setiap pagi dan petang.

PISANG
Antara buah tempatan yang digemari ramai adalah pisang atau dikenali sebagai Musa sapientum dari segi sainsnya.Pisang kaya dengan vitamin A dan C, kalsium, fosforus, potasium dan besi .Ia juga merupakan salah satu daripada beberapa jenis buah yang mengandungi kromium, iaitu sejenis bahan yang merangsangkan aktiviti enzim dalam metabolisme glukos yang penting untuk memberi tenaga.
Selain itu, pisang juga merupakan jawapan yang tepat bagi mereka yang menghadapi masalah sembelit, dan juga dapat melegakan penyakit ulser dan penyakit gastritis atau radang perut.

NANAS
 Berasal dari keluarg Bromeliaceae dan nama sainsnya ialah Ananas comosus. Buah ini mempunyai kandungan vitamin A, B, da C yang tinggi.
Jus nanas ini bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat atasi masalah kekeringan di bahagian bibir dan di bahagian muka.Amalan minum jus nanas, juga berkesan untuk atasi masalah kencing tidak lawas. Enzim yang terdapar pada buah nanas boleh meredakan bengkak-bengkak, kuatkan daya tahan badan serta hapuskan fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok. Selain itu buah ini juga melancarkan perjalanan haid serta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan tubuh badan.

TEMBIKAI
 Buah tropika ini kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C, asid folik dan zink. Dikenali sebagai Citullus vulgaris dan mempunyai khasiat yang tinggi.
Jus buah ini amat muajarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti demam, masalah perut kembung, sakit kepala dan penyakit paru-paru. Jus ini juga memberi tenaga dan kekuatan di kalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh badan yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit . Selain itu penyakit artritis, gout serta
keracunan uremik yang berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan dapat diatasi dengan pengamalan minum jus buah ini.

PLUM
 Berasal dari keluarga Rosaceae dan mengandungi khasiat yang tinggi.Buah ini mengandungi sejenis bahan yang dikenal pasti sebagai diphenylisation yang bertindak sebagai julap. Bahan ini bukan sahaja mencuci perut, malahan juga mengatasi masalah sembelit. Di samping itu, ia juga sesuai diamalkan oleh mereka yang mengalami masalah kolesterol keranadiphenylisation yang membantu menurunkan paras serum dalam darah. Buah ini mengandungi serat ,iaitu salah satu daripada zat-zat makanan penting yang diperlukan dalam pemakanan harian untuk menjaga kesihatan.
Buah ini juga merupakan penawar bagi mengubati penyakit gastritis akibat inflamasi pada lapisan mukus dalam perut akibat pengambilan terlalu banyak makanan berempah, arak dan ubat-ubat aspirin.

KESIMPULAN
Secara ringkasnya, kita telah mengenal pasti beberapa sayur-sayuran dan buah-buahan yang bukan sahaja mengandungi kandungan khasiat yang tinggi malahan juga mempunyai nilai-nilai perubatan yang amat muajarab. Walau bagaimanapun masih terdapat banyak lagi sayur-sayuran dan buah-buahan yang belum dikaji potensinya sebagai radas kesihatan manusia.Sekecil-kecil cili padi sekalipun mungkin mengandungi kompaun yang berguna untuk menyelamatkan manusia. Jika kita masih melengah-lengahkan usaha pengkajian ke atas tumbuh-tumbuhan ini, mungkin banyak lagi nyawa yang akan terkorban akibat pelbagai jenis penyakit.
Fenomena ini perlu diberi perhatian oleh semua pihak.Dunia ini dicipta lengkap dengan segala unsur pro dan kontra. Apabila tuhan mencipta penyakit, Dia juga mencipta ubatnya

daun kari




Khasiat daun kari





Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah, hari ini Laman-Seri berkesempatan untuk berkongsi info tentang tumbuhan yang tidak asing bagi masyarakat kita iaitu daun kari.
Pokok kari adalah tumbuhan tropika hingga sub-tropika, yang berasal India. Tumbuhan renek ini yang adalah daripada spesies murraya koeniggi dalam keluarga rutaceae yang mengeluarkan daun-daun kecil berwarna hijau dan berbunga putih. Tumbuhan ini agak lasak walaupun sebenarnya ia menyukai tanah yang subur dan kaya dengan mineral. Nama spesies herba murraya koenigii yang diambil sempena memperingati ahli botani Johann König.

Pokok kari juga dikenali sebagai 'kariveppilai' dalam bahasa Tamil, juga dikenali sebagai karipulei, kari-kari, veppu-neem dan daun ilai. Dalam bahasa Kannada, ia dipanggil ‘neem hitam’, kerana daunnya mirip dengan pohon neem yang pahit, walaupun ia tiada kaitan langsung dengan pokok neem. Pokok kari juga tiada berkaitan dengan daun salam (bay leaf) dan daun kemangi (basil leaf) iaitu daun yang aromatik dari Mediterranean.

Pokok kari
Pokok kari boleh tumbuh sehingga ketinggian antara 4 hingga 6 meter, dengan ukur lilit batang yang boleh membesar sehingga 40cm. Daunnya menyirip dengan 11-21 helaian pada satu-satu sirip atau lebaran, setiap helaian daun berukuran antara 2-4 cm panjang dan 1-2 cm lebar. Daun kari sangat aromatik.

Pokok kari biasanya ditanam di halaman rumah kerana kegunaan sebagai rempah dalam masakan terutamanya dalam masakan kari. Daun kari mempunyai aroma yang kuat dan mempunyai rasa agak pahit. Ia disebut daun kari kerana digunakan untuk membuat kari dan ia digunakan secara meluas dalam kebanyakan masakan di Tamil Nadu di selatan India. Ia tidak hanya digunakan dalam masakan kari tetapi dalam masakan lain seperti rasamvadathoran, chutney, kadhi, murukku dan lain-lain lagi.

bunga pokok kari
Bunganya kecil berwarna putih kekuningan dan mempunyai aroma yang sangat harum. Buahnya kecil, sebesar terung pipit, berwarna hijau ketika muda dan bertukar ke ungu berkilau setelah matang. Buahnya boleh dimakan, tetapi biji benihnya dikatakan beracun. Agaknya, sebab itulah buahnya yang ranum ini tidak diganggu serangga atau burung...

Pokok kari boleh membiak melalui biji benih, keratan batang dan anak yang tumbuh dari akarnya. Selain ditanam di halaman rumah kerana daunnya ia juga ditanam sebagai tumbuhan hiasan.

Hasil kajian mendapati daun kari mengandungi:
  • 66.3% kelembapan
  • 6.1% protein
  • 1.0% lemak
  • 16.0% karbohidrat
  • 6.4% fiber
Daun kari juga mengandungi mineral dan vitamin seperti kalsium, fosforus, zat besi, asid nikotinik dan vitamin C. Ia juga mengandungi volatile oil dan sejenis glukosid yang dipanggil koenigiin.

Daun kari mempunyai khasiat perubatan yang tinggi dan digunakan dengan meluas dalam perubatan Ayurveda di India. Daun kari mempunyai nilai sebagai antioksidan, anti-diabetes, antimikrob, anti-inflamasi, Hepatoprotektor, anti-hiperkolesterolemia dan lain-lain lagi. Daun kari juga dikatakan baik untuk penjagaan rambut yang panjang dan sihat. Selain dari itu daun kari juga dapat mencegah uban. Kulit pokok, daun dan akar pokok daun kari digunakan sebagai tonik. Pucuk daun muda juga boleh dibuat ulam.

Daun kari boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan sebagailaksatif (julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit birit dan buasir.

Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loyadan pening terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan. Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis. Daun kari juga berkesan dalam mengatasi masalah haid dan penyakit gonorea (gonorrhea)menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita mengandung.

Air rebusan kulit batangnya yang kering dapat digunakan untuk mengubat diabetes. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.

Buah kari di rumah KJ
Buahnya yang didihkan dengan minyak kelapa hingga kehitaman boleh dihancurkan dan digunakan untuk merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa. Daunnya yang dihancurkan dan dijadikan pes boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak dengan cara menampalnya pada bahagian yang sakit.

Daun kari juga berkesan menyembuhkan penyakit cirit-birit dan penyakit berak darah yang juga disebut disentri. Daun kari dan akarnya juga dikatakan baik untuk peredaran darah dan boleh bertindak sebagai sedatif.

Walaupun terdapat pelbagai kegunaan tumbuhan ini, namun penggunaannnya perlu mendapat nasihat daripada pengamal perubatan untuk mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak


Khasiat Daun Kari

daun kari,khasiat daun kariIni Ialah Gambar daun kari 


Tumbuhan renek ini berasal dari keluarga Rutaceae dan daripada spesies Murraya koeniggi, mengeluarkan daun-daun kecil berwarna hijau. Daun kari ini biasanya digunakan dalam menambahkan keharuman masakan dan masyarakat India merupakan pengguna terbanyak daun kari ini.

Pokok kari juga dikenali sebagai 'kariveppilai' dalam bahasa Tamil, juga dikenali sebagai karipulei, kari-kari, veppu-neem dan daun ilai. Dalam bahasa Kannada, ia dipanggil ‘neem hitam’, kerana daunnya mirip dengan pohon neem yang pahit, walaupun ia tiada kaitan langsung dengan pokok neem. Pokok kari juga tiada berkaitan dengan daun salam (bay leaf) dan daun kemangi (basil leaf) iaitu daun yang aromatik dari Mediterranean.

Bunga Pokok Daun Kari
Bunganya kecil berwarna putih kekuningan dan mempunyai aroma yang sangat harum. Buahnya kecil, sebesar terung pipit, berwarna hijau ketika muda dan bertukar ke ungu berkilau setelah matang. Buahnya boleh dimakan, tetapi biji benihnya dikatakan beracun. Agaknya, sebab itulah buahnya yang ranum ini tidak diganggu serangga atau burung...

Pokok kari boleh membiak melalui biji benih, keratan batang dan anak yang tumbuh dari akarnya. Selain ditanam di halaman rumah kerana daunnya ia juga ditanam sebagai tumbuhan hiasan.

Hasil kajian mendapati daun kari mengandungi:

* 66.3% kelembapan
* 6.1% protein
*1.0% lemak
*16.0% karbohidrat
*6.4% fiber

Daun kari juga mengandungi mineral dan vitamin seperti kalsium, fosforus, zat besi, asid nikotinik dan vitamin C. Ia juga mengandungi volatile oil dan sejenis glukosid yang dipanggil koenigiin.

Daun kari mempunyai khasiat perubatan yang tinggi dan digunakan dengan meluas dalam perubatan Ayurveda di India. Daun kari mempunyai nilai sebagai antioksidan, anti-diabetes, antimikrob, anti-inflamasi, Hepatoprotektor, anti-hiperkolesterolemia dan lain-lain lagi. Daun kari juga dikatakan baik untuk penjagaan rambut yang panjang dan sihat. Selain dari itu daun kari juga dapat mencegah uban. Kulit pokok, daun dan akar pokok daun kari digunakan sebagai tonik. Pucuk daun muda juga boleh dibuat ulam.

Khasiat Daun Kari Penawar cirit birit dan buasir
Daun kari boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit birit dan buasir.

Khasiat Daun Kari Atasi masalah loya dan pening.
Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan. Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis. Daun kari juga berkesan dalam mengatasi masalah haid dan penyakit gonorea (gonorrhea), menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita mengandung.

Air rebusan kulit batangnya yang kering dapat digunakan untuk mengubat diabetes. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.

Khsaiat Daun Kari dalam perubatan. 
Dari segi perubatannya, khasiat daun kari amat berkesan dalam mengatasi masalah-masalah haid dan gonorea, menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita yang mengandung dan menyembuhkan penyakit cirit-birit dan penyakit berak berdarah. Selain itu khasiat daun kari juga baik untuk peredaran darah dan boleh bertindak sebagai sedatif.

buah daun kariBuah Kari

Buahnya yang didihkan dengan minyak kelapa hingga kehitaman boleh dihancurkan dan digunakan untuk merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa. Daunnya yang dihancurkan dan dijadikan pes boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak dengan cara menampalnya pada bahagian yang sakit.

Walaupun terdapat pelbagai kegunaan tumbuhan ini, namun penggunaannnya perlu mendapat nasihat daripada pengamal perubatan untuk mengelakkan kemudaratan


Khasiat daun Kari mnejadi ubat penyakit diabetis
Jika keluarga anda mempunyai masalah turun menurun penyakit diabetis cuba amalkan memakan pucuk daun kari selama 3 bulan tanpa memasak atau merebusnya, buat sebagai ulam Insya-Allah akan sembuh penyakit tersebut.

Lebih elok memakan mentah seperti anda makan salad atau pegaga kerana ia akan tercerna dalam abdomen anda secara semulajadi. Amalan memakanya tidak perlu direbus kerana akan mematikan kandungan enzim dan menjadi tidak berkesan.

Khasiat Daun Kari untuk Kecantikan & Kesihatan Diri

Manfaatkan Khasiat Daun Kari untuk kecantikan & kesihatan diri dengan cara yang murah & lebih selamat.
  • Minum air rebusan daun,akar,kulit kayu,batang dan bunga kari.Ia akan melegakan sebarang gangguan dalam perut.
  • Makan daun kari secara mentah untuk mengatasi cirit-birit.
  • Buat teh daripada daun kari yang kering dan minum airnya.Khasiatnya dapat menambah selera makan dan mengurangkan muntah-muntah.
  • Jika terkena patukan ular,minum campuran daun kari yang telah dikisar dengan kunyit mentah dan garam.Ini adalah langkah awal sementara mangsa dibawa ke hospital.
  • Untuk kanak-kanak yang mengadu sakit perut,minumlah campuran jus daun kari.
  • Campurkan satu sudu makan minyak kelapa dengan segenggam daun kari.Masakkan ia sehingga hangus.Setelah sejuk gunakan ia sebagai tonik rambut untuk menghitamkan rambut dan mencegah uban.
  • Untuk menghilangkan loya bagi wanita mengandung,campurkan campuran jus daun kari dan dua sudu teh jus limau nipis serta sesudu teh gula.
  • Untuk menghilangkan sembelit,rendamkan daun kari dengan air panas.Kemudian campurkan dengan madu sebelum diminum.
kredit ujanasihat.com

Info Tambahan Khasiat Daun Kari
1. Daun Kari Bagus untuk menghitamkan rambut.
2. Perawatan untuk bengkak di tubuh badan.
3. Khasiat Daun Kari Baik untuk mencegah kencing manis.
4. Khasiat Daun Kari dapat Mengurangkan kolestrol dalam badan.
5. Baik untuk penghadaman.
6. Mengatasi masalah alahan bagi wanita mengandung.
7.Selain dari itu, Daun kari boleh digunakan untuk menghalau lalat.

ktedit http://herba-tihara.blogspot.com

Petua dari kaum India:
Untuk mendapatkan anak atau meramaikan anak, makan daun karipulei ini setiap hari samaada pucuknya untuk dibuat ulam atau daunnya yangg tua dicampur dengan banyak dalam gulai kari


Read more: http://www.oldtraffords.com/2011/02/khasiat-daun-kari.html#ixzz20xiRrldv

daun sup


SADERI ADA RASIAH TERSENDIRI

Nama Tempatan: Daun sop
Nama Latin: Apium graveolens
Nama Lain: Saladri (Jawa), Celery fruit, smallage, wild celery (Inggris), qinchi, han-ch’in (Cina), Kintsay (Filipin) Phak chee (Taiwan)
Kegunaan: Penambah cita rasa pada makanan, aroma daunnya, Tangkai dan daunnya dijadikan ulam.
Bahagian digunakan: Daun, akar, buah (biji)
Tinjauan herba:
Apium graveolens adalah spesies tumbuhan dari keluarga Apiaceae, biasanya dikenali sebagai saderi [celery (var. Dulce)] atau celeriac (var. rapaceum), bergantung kepada sama ada batangnya (petioles) atau akarnya dimakan.
Tumbuhan saderi hari ini berkembang kepada purata dua hingga tiga kaki tinggi. Batang langsing menghasilkan sehingga 5 daunan berwarna hijau gelap dengan cabang-cabang seperti sepasang sayap (pinat to bipinnate) berbentuk  ketupat terbelah (rhombic leaflets) 3-6 cm panjang dan 2-4 cm lebar,
Bunganya yang halus. seperti berkrim putih, 2-3 mm, dihasilkan dalam jambangan berata-di atas (umbels) yang padat. Biji benihnya berbentuk bujur luas kepada bundar (broad ovoid to globose), 1, 5-2 mm panjang dan luas.
Biji benih tumbuhan saderi datang dari bunganya, dan mempunyai aroma yang kuat, tapi menyenangkan. Biji benihnya bersaiz sangat kecil dan warnanya boleh dari terang hingga ke coklat gelap. Biji benih saderi-mempunyai rasa yang agak pahit, tetapi digunakan untuk menambah rasa yang berbeza kepada persediaan hidangan makanan tertentu, seperti sup, casseroles, campuran rempah dan sos salad. 
Saderi (Celery) ialah herba pencernaan (alimentary herb) serta tumbuhan ubatan khas. Daun saderi digunakan sebagai hiasan (spicing-up) makanan dan minuman seperti koktel. Minyak (volatile oil) yang diekstrak dari sayur-sayuran ini boleh digunakan untuk tujuan perubatan dan juga sebagai ramuan untuk minyak wangi pelbagai.
Perihal herba saderi



Biasanya, daun saderi (Apium graveolens) digunakan dalam membuat salad, menghias (spicing) makanan yang mengandungi daging, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, akar, daun dan biji benih saderi digunakan bagi maksud terapeutik dalam merawat dan mencegah penyakit. Dalam bidang perubatan, daun sadri telah digunakan seawal Greek Purba apabila ia mempunyai nilai yang sangat tinggi sebagai perangsang libido (aphrodisiac)serta ciri-ciri perubatan lain. Dalam masa yang sama saderi juga telah digunakan sebagai herba perhiasan oleh orang Rom, yang menggunakan daunnya untuk dijadikan sebagai "Mahkota Pemenang" mereka.
Dalam perubatan tradisional saderi telah digunakan untuk menghapuskan parasit usus. Perubatan Cina pula mengesyorkan saderi sebagai ubat merawat tekanan darah tinggi disebabkan kestabilan komponennya. Apium graveolens pada mulanya berkembang biak diatas tanah lembap di Eropah dan Asia. Permulaan abad ke-19, saderi mula berkembang di Amerika Syarikat. Pada masa kini sayuran ini lebih digunakan dalam makanan dan lauk pauk, kerana kekayaan rasanya. Ia juga berguna dalam merawat penyakit perut, penyakit sendi, kegemukan dan penyakit pundi kencing, saderi menyimpan penawarnya dalam keadaan terbaik apabila ia dimakan secara ulaman mentah. Sama ada ia dimakan sebagai snek` atau sebagai ubatan, saderi menyah-toksin dari badan, dan merangsang sistem saraf dan mengujudkan mineral (mineralizes) didalam badan.  
SEJARAH
Daniel Zohary dan Hopf Maria mencatatkan bahawa daun saderi dan mayangnya  (inflorescences) adalah sebahagian daripada kalungan yang dijumpai dalam makam firaun Tutankhamun (meninggal dunia pada 1323 SM), dan kuntuman saderi yang dibelah dua (mericarps) yang bertarikh abad ketujuh SM ditemui dalam kubur Heraion of Samos.
M. Fragiska menyatakan arkeologi mendapati saderi yang bertarikh abad ke-9 SM, di Kastanas; bagaimanapun, bukti sastera Yunani kuno adalah jauh lebih banyak. Dalam Homer's Iliad , kuda Myrmidons meragut saderi liar yang tumbuh di paya di Troy, dan di Odyssey, terdapat sebutan padang rumput saderi ungu dan saderi liar di sekeliling gua Calypso.
Gambaran Budaya


Simbol chthonian di kalangan orang Greek purba, saderi dikatakan telah tumbuh dari darah Kadmilos, bapa kepada Cabeiri, dewa chthonian diraikan di SamothraceLemnos dan Thebes. Bau pedas dan warna daun yang gelap menjadi kegemaran pengikut persatuan kematian (cult of death). Dalam klasik Greece, daun saderi telah digunakan sebagai kalungan untuk yang mati, dan bunga saderi  sebagi penabur bagi pemenang pemenang Sukan di Isthmian (Isthmian Games) pada pertama kalinya sebelum digantikan dengan mahkota yang diperbuat daripada pokok Ru pine. Menurut Pliny the Elder dalam Achaea, kalungan yang dipakai oleh pemenang pada Sukan Nemean (Nemean Games) berbentuk keagamaan juga diperbuat daripada daun sadri. koloni Purba Yunani Selinous (Greek: Σελινοῦς, Selinoūs), di Sicily, telah dinamakan semperna  pasli liar (wild parsley) yang tumbuh merata; duit syiling Selinountian digambarkan dengan daun parsli sebagai simbol bandar.
Nama "saderi" [“celery”] di jejaki jalur jalannya yang diterima pakai kedalam masakan bangsa Eropah, seperti"saderi" [“celery”]  Bahasa Inggeris (1664) yang ambil dari  céleri dalam bahasa Perancis yang berasal dari  istilah Lombard (Lombard term), seleri, datang  dari bahasa Latin selinon, yang dipinjam daripada bahasa Greek. Saderi [“celery] Mediterranean  masih diperingati dalam ungkapan bahasa Perancis céleri d'Italie.
Taksonomi
Saderi seperti yang diterangkan oleh Carl von Linné  dalam Jilid satu buku beliau Spesis Tumbuhan (Species Plantarumdalam tahun 1753Apium bermejoi yang berkait rapat dari kepulauan Minorca adalah salah satu tumbuhan yang jarang ditemui di Eropah, dengan kurang daripada 100 tumbuhan tertinggal.
Penanaman dan Penuaian
Akar, daun sadri, atau celeriac, juga digunakan sebagai sayur-sayuran.

Di Amerika Utara, pengeluaran komersial saderi dikuasai oleh pelbagai (variety) yang dikenali sebagai Pascal saderi. Pekebun boleh menanam pelbagai kultivar, kebanyakan nya berbeza sedikit daripada spesies liar, terutamanya yang mempunyai batang - daun kasar. Ia digulungkan di bawah dua kelumpok, putih dan merah; kultivar putih umumnya berperisa terbaik, yang paling ranggup dan lembut. Tangkainya ketat lurus menegak dan bertandan selari, dan biasanya dipasarkan secara segar, tanpa akar dan daun hijau sedikit baki.
Bentuk saderi liar dikenali sebagai yang kontot "smallage". Ia mempunyai tangkai yang berkerut dengan daun berbentuk baji (wedge-shaped), keseluruhan tumbuhan mempunyai rasa yang kasar, dan bersahaja (earthy taste), dan memiliki bau yang tersendiri. Kebiasaannya tangkainya tidak dimakan (kecuali dalam sup atau masakan tumis bersama daging dan ikan (stews) dalam masakan Perancis), tetapi daunnya digunakan dalam salad, dan biji benihnya dijual sebagai rempah.
Nilai dan Khasiat



Saderi berkhasiat sebagai antirematik, penenang (sedatif), bersifat meluruhkan air kencing (duiretik) dan antiseptic. Khasiat lain membantu pengeluaran asam urat dari tubuh, pembersih darah, menghentikan pendarahan dan menurunkan tekanan darah.

Seratus gram saderi mempunyai nilai tenaga hingga 18 kalori.  Ia mengandungi vitamin A, B1, B2, B6, C, E, K, PP dan mineral seperti besi, kalsium, fosforus, magnesium dan zink. Vitamin C yang terkandung dalam saderi menguatkan sistem immunologic dan pada masa yang sama menjadikan badan lebih tahan terhadap penyakit baru. Kalsium, kalium dan magnesium bertindak ke satu matlamat yang sama, menguatkan tubuh badan. Bersama-sama dengan magnesium dan besi ia berkesan pada mengurangkan kesan anemia. Saderi mempunyai kuantiti yang ideal untuk besi dan magnesium bagi menghentikan penyakit Onkologi dari terus aktif.
Tumbuhan ini memiliki sifat diuretik dan kesan dichloride yang berguna dalam pemasalahan buah pinggang (seperti renal colic dan renal lithiasis) dan masalah jantung. Dalam keadaan ini akar saderi digunakan. Disebabkan sifat menyah toksik (depurative), penggunaan saderi disyorkan untuk individu yang mempunyai gaya hidup yang serba cepat dan tidak mampu mengekalkan diet yang sihat. Kerana sifat-sifat ini - diuretik dan depurative – maka saderi merupakan ramuan yang ideal untuk diet yang berdasarkan berat badan. Diet yang berdasarkan pada saderi mempunyai tenaga dan kesan menguatkan ke atas badan disebabkan rangsangan pada kelenjar buah pinggang, pengurangan hormon tekanan (stress hormone) dan mengurangkan kadar degupan jantung.
Tetapi saderi juga mempunyai sfat mengurangkan gula dalam darah (hypoglycemic), ia bermakna ia juga boleh digunakan dalam merawat kencing manis. Sifat lain seperti: pengering kahak (expectorant), pelembut kulit(emollient)(berkesan terhadap bronkitis), ia menyesuaikan kefungsian hormone  (hormonal dysfunctions) (senggugut, ketidaksuburan, gangguan disebabkan monopos, pelbagai bentuk jerawat, alahan kulit (allergic dermatosis)); menghilangkan parut (cicatrizing)(baik untuk luka, calar, pembentuk ulser (ulcerations))

Khasiat Biji Benih Saderi

Senjak zaman purba lagi, Biji saderi telah digunakan dalam banyak bahagian dunia sebagai herba terapeutik, walaupun ia masih belum menemui kubu kuat sebenar sebagai ubat herba di bahagian Barat dunia. Beribu-ribu tahun, ia telah digunakan untuk merawat Artritis, gejala-gejala yang disebabkan oleh virus Selsema dan sejuk, penyakit pencernaan, dan juga masalah dengan limpa dan hati.  
Tidak ramai orang di dunia Barat tahu tentang biji saderi, walaupun ia telah digunakan sebagai ubat untuk beribu-ribu tahun di bahagian-bahagian lain di dunia. Ketika zaman purba, perubatan Ayurveda India dan Unani menggunakan benih saderi untuk merawat selsema, pengekalan air (water retention), pencernaan lemah, pelbagai jenis artritis, dan penyakit-penyakit tertentu hati dan limpa.

Kini, biji saderi digunakan terutamanya sebagai ubat diuretik, maknanya ia meningkatkan pengeluaran air kencing membantu badan menyingkirkan air yang berlebihan. Biji saderi juga kadang-kadang digunakan merawat artritis dan gout, dan membantu mengurangkan kekejangan otot, menenangkan saraf, dan mengurangkan keradangan. Walau bagaimanapun, tidak ada kajian saintifik secara menyeluruh keatas manusia menunjukkan sama ada biji saderi benar-benar membantu merawat keadaan atau mana-mana orang. Kajian ada menunjukkan bahawa biji saderi bertindak sebagai penghalau nyamuk. Beberapa kajian haiwan menunjukkan bahawa ekstrak biji saderi boleh membantu merendahkan tekanan darah dan kolesterol, serta melindungi hati daripada bahan-bahan yang merosakkan seperti acetaminophen pelega kesakitan (Tylenol). Tetapi sekali lagi, para penyelidik tidak ada kepastian sepenuhnya.
Saderi dimakan sebagai bahan diuretik dan merangsang membuang air besar (laxative) bagi mereka yang mempunyaimasalah tertahan kencing (urinary retentions) atau mengalami masalah buah pinggang, ia juga berkesan dalam kes-kes kehilangan tenaga tanpa sebab(asthenia), masalah hidung, masalah suara garau, reumatisme,kulit menjadi pucat / kuning (icterus ), gout, artritis, radang, masalah kulit (dermatosis), diabetes, dan obesiti. Individu yang mempunyai kolesterol yang tinggi perlu menambah saderi kepada diet mereka. Selain itu, seleri berkesan bagi mereka yang mempunyai kekurangan selera makan. Berikut adalah beberapa campuran yang berdasarkan saderi:
 Jenis jenis biji yang boleh didapati:



Biji saderi (Celery Seedboleh didapati dalam bentuk tablet, kapsul, yang dipenuhi dengan minyak dari biji saderi, dan seluruh biji kering atau segar. Terdapat juga ekstrak Biji saderi, yang dihasilkan dengan mengekstrak bahan aktif dengan penggunaan gliserin atau alkohol.
Penggunaan Biasa.
Biji saderi dikaitkan dengan sifat perangsangan (stimulant), sifat pelepasan gas (carminative) dan yang ditetapkan (prescribed) sebagai sedatif sejenis ubat penenang saraf dan tonik. Bijinya merangsang, sebagai tonik yang menghangatkan (cordial tonic), (carminative diuretic), sebagai agen melancarkan haid (emmenogauge), dan digunakan dalam masalah paru-paru (bronchitis).
Rebusannya merupakan ubat isi rumah yang popular untuk reumatisme dan dikatakan berguna juga pada masalah  hati dan limpa. Bijinya menunjukkan kesan ketenangan keatas haiwan kajian yang mencadangkan kepelbagaian kegunaan rawatan psikiatri, penyakit-penyakit seperti epilepsi; ia ditetapkan sebagai rebusan atau sebagai ekstrak cecair. Minyak lemak daripada biji digunakan dalam persediaan ubat-ubatan sebagai perangsang antispasmodic dan saraf.
Akar pokok saderi dikaitkan dengan sifat diuretik;  ia ditetapkan dalam rawatan membengkak berair (anasarca) dan kesakitan perut (colic).  
Kesan Farmakologi



Minyak pati yang diperolehi dari bijinya menunjukkan kandungan aktiviti ketenangan (tranquilizing) dan anti-menggeletar (anti-convulsant). Ia juga menunjukkan aktiviti tekanan (depressant) sederhana terhadap tikus. Minyaknya menunjukkan aktiviti anti-kulat yang ketara terhadap beberapa jenis kulat.
Minyak biji saderi adalah salah satu agen perisa yang paling berharga dan digunakan dengan meluas untuk memberi rasa panas, aroma dan cita rasa untuk sos masakan dan produk pemakanan yang pelbagai jenis seperti sup dan daging dalam tin. Minyak pati dan minyak campuran (oleoresin) yang digunakan sebagai pelapis gambar (fixative) dan sebagai ramuan minyak wangi dan arak (liqueurs).
a)   detoksifikasi badan
b)   penglihatan (eyesight)
c)   membersihkan darah
d)   arthritis
e)   membersihkan buah pinggang
f)    jangkitan pundi kencing
g)   diuretic
h)   sakit reumatik
i)     melangsingkan dan penurunan berat badan
j)    merendahkan tekanan darah
k)   Daunnya diramas dijadikan shampoo untuk melebatkan rambut
l)     Daunnya dibuat jus sebagai minuman kesihatan
m) Sebagai rawatan kecantikan seperti mengurangkan muka berminyak, meyuburkan rambut, membersihkan kotoran enamel gigi
Cara pengambilan:

Untuk kanak-kanak: Doktor dan pakar herba tidak mencadangkan penggunaan biji saderi untuk mana-mana penyakit kanak-kanak, tidak ada kajian keberkesanan atau kesan-kesan sampingan jika digunakan pada kanak-kanak.  
Untuk Orang Dewasa: Untuk ekstrak Habbatus saderi, sukatan biasa bagi orang dewasa adalah ¼  ke  ½  sudu teh tiga kali setiap hari, atau mengikut arahan doktor anda. Ekstrak Habbatus Saderi perlu diambil pada waktu makan, bersama banyak cecair, seperti jus atau air.  
Sukatan (Dos) normal yang disyorkan untuk kapsul minyak Habbatus saderi atau Biji tablet saderi mana-mana dari satu hingga dua tablet atau kapsul, diambil tiga kali setiap hari. Walaupun ini adalah dos yang biasa, anda perlu mengikut arahan doktor anda.

Biji saderi keseluruhan boleh dibancuh (be brewed) ke dalam teh. Air mendidih atau yang sangat panas, dicurahkan kedalam 1-3 gram serbuk biji, dan dibiarkan selama 10-20 minit. Bagi tujuan perubatan, pengguna boleh meminum tiga cawan teh sehari, atau seperti yang diarahkan oleh pakar kesihatan atau pakar herba.  
Anda boleh memaniskan minuman kesihatan anda dengan madu, jika anda menghendaki yang sedemikian, dan sedikit jus lemon segar juga boleh meningkatkan rasa..
Langkah Berjaga-Jaga:

Walaupun herba merupakan bahan semulajadi dan kebiasaannya memiliki kesan sampingan yang amat rendah daripada ubat-ubatan farmaseutikal, langkah berjaga-jaga masih perlu diambil apabila menggunakannya. Herba mempunyai bahan yang berpotensi mendatangkan kesan sampingan, dan yang boleh berinteraksi dengan bahan-bahan yang terdapat dalam herba-herba yang lain atau ubat-ubatan tertentu.
Biji saderi boleh menyebabkan reaksi alahan kepada setengah-tengah orang, walaupun ini amat jarang berlaku. Reaksi alahan boleh termasuk ruam, kegatalan hidung dan mata, dan pada kes yang teruk, kejutan anaphylactic. Selain reaksi alahan, biji saderi juga mempunyai sifat pemekaan emosi semulajadi (photo sensitizing nature), maka orang yang mengambilnya dalam apa jua bentuk perlu mengguna pelindung matahari (sunblock) sebelum melakukan aktiviti dibawah matahari. Kemungkinan biji saderi menipiskan darah, maka ia tidak baik diambil oleh mereka yang sedang menggunakan penipis darah yang lebih kuat ia itu Warfarin. Mereka yang mengamal pengambilan ubatan diuretik farmaseutikal tidak seharusnya memakan Biji saderi. Selain ini tidak ada sebarang laporan lain melaporkan tindak balas negativf biji saderi dengan mana-mana jenis ubat-ubatan lain.  
Adalah tidak dinasihatikan menggambil atau memakan biji saderi terus dari bungkusannya khusus pada benih yang di khaskan untuk ditanaman, kerana benih-benis ini dirawat dengan bahan kimia dan bukan untuk kegunaan masakkan. Biji saderi terdiri daripada Asid linoleik, minyak meruap, coumarins, flavonoid, dan bahan-bahan lain. 
Disebabkan nilai diuretik dan sifat sifat lain, tidak semua orang digalakkan menggunakan Biji saderi, harus mendapat nasihat pakar terlebih dahulu. Ini termasuk wanita hamil, dan mereka yang berpenyakit buah pinggang yang aktif, seperti keradangan ginjal.
Rendaman (Infusion) Serbuk Saderi
Untuk menyediakan rendaman (infusion);
1)   Empat sudu serbuk saderi dimasukkan ke dalam 1 liter air didihan, kemudian di tapis dan diminum 1 cawan sehari untuk merawat suara serak, gas usus atau untuk mendapat sifat julap / diuretiknya.
2)   Rendaman yang disediakan dari didihan dua sudu serbuk saderi dapat merangsang sistem saraf pusat. Infusi ini diambil setiap hari dalam jumlah yang kecil.
3)   Jika satu sudu serbuk di masukkan kedalam satu gelas air dan dibiarkan sehingga ia kembang dan diambil sebelum setiap waktu makan dapat merawat gangguan selera (anorexia). Infusi ini perlu diperbaharui setiap hari
v  Hanya menggunakan bahan herba jika anda yakin 100% bahawa ia benar-benar adalah herba yang dimaksudkan.
v  Jika anda sakit atau mempunyai sebarang masalah kesihatan, berunding dengan pengamal kesihatan anda.
v  Jangan minum rendaman yang sama berterusan. Penggunaan maksimum adalah selama 10 hari, kemudian hentikan untuk 5 hari berikutnya sebelum disambung semula.
v  Hanya minum satu cawan rendaman herba setiap hari, kecuali semasa tempoh amat memerlukan (akut) - seperti apabila anda mempunyai demam atau selsema, kemudian anda boleh mempunyai tiga kali sehari, tetapi untuk maksimum 4 hari.
v  Apabila anda menggunakan ubat rawatan herba, ketahui bahawa ia boleh menjadi sangat berkesan, dan jika anda mempunyai sebarang kesan sampingan apabila mengambilnya, hentikan dengan serta-merta dan runding dengan pengamal kesihatan anda dengan segera.


Rebusan (Decoct) Saderi
 Dua puluh lima (25)gram saderi direbus dalam 1 liter air, cukup bagi menyediakan satu campuran. Rebusan ini di ambil dalam kuantiti yang kecil amat berguna untuk  penyakit sendi, batuk dan suara serak. Rebusan yang lebih pekat (yang mengandungi antara 30 dan 40 gram akar saderi dalam 1 liter air) mempunyai kesan meningkat  kekerapan buang air kecik(diuretic) dan kesan membuang kekotoran (depurative), merawat penghadaman perlahan, obesiti, gout, reumatisme. 
 Jus saderi
Jus saderi cemerlang dalam merawat reumatisme, alahan (allergies), masalah perut, menyingkirkan toksik, merangsang penghadaman dan selera makanan, melaraskan fungsi seksual (merawat kedinginan seks dan mati pucuk). Sukatan (Dos) yang ideal untuk diambil ialah 3 gelas sehari. 
Amaran
Untuk wanita hamil pengambilan saderi perlu dibuat dalam kuantiti yang sangat kecil. Saderi boleh menyebabkan reaksi pada kes yang sangat jarang berlaku, alahan terhadap sesetengah individu (kes yang berlaku di Eropah Tengah 


Kimia / Chemistry
Polyacetylenes boleh dijumpai dalam sayur-sayuran Apiaceae seperti saderi di mana ia menunjukkan aktiviti sitotoksik (cytotoxic).
Kandungan Pembentukan Kimia dalan Saderi Segar, terdapat 20 persenyawaan yang didapat dan dikenal pasti seperti;
i)               falcariondiol (1),
ii)             (9Z) 1,9-heptadecadiene-4,6-diyne-3,8,11-triol (2),
iii)            oplopandiol (3),
iv)            bergapten (4),
v)             5,8-dimethoxy psoralen (5),
vi)            isofraxidin (6),
vii)          eugenic acid (7),
viii)          trans-ferulic acid (8),
ix)             trans-cinnamic acid (9),
x)              p-hydroxyphenylethanol ferulate (10),
xi)            caffeoylquinic acid (11),
xii)          5-p-trans-coumaroylquinic acid (12),
xiii)         sedanolide (13),
xiv)         lunularin (14),
xv)          lunularic acid (15),
xvi)         2-(3-methoxy-4-hydroxyphenol)-propane-1,3-diol (16),
xvii)        D-allitol (17),
xviii)       beta-sitosterol (18),
xix)         benzolic acid (19),
xx)          succinic acid (20).


Senyawa aktif:
Flavonoid (Apigenin, apiin, isoquercitrin), kaumarin (apigravin, apiumetin, bergapten, celerin, celereoside, isoimperatorin, isopimpinellin, osthenol, rutaretin, seselin, umbelliferon, 8-hydroxy-5-methoxypsoralen), minyak asiri (limonene, selenine, santalol, α-eudesmol, 3-α-butyl phthalide, sedanenolide).


Empiris (empirical)


Bukti Ilmiah
Saderi digunakan dalam diet untuk mengurangkan berat badan, di mana ia menyediakan serat sebahagian besar diet rendah kalori. Saderi sering dikatakan menjadi "makanan kalori negatif" yang berdasarkan andaian bahawa ia mengandungi kurang kalori daripada yang diperlukan untuk mencerna; Walau bagaimanapun, kenyataan ini tidak mempunyai merit saintifik

Antihipertensi: Saderi terbukti berhasil menurunkan tekanan darah tinggi kerana aktivitinya sebagai calcium antagonis yang berpengaruh pada tekanan darah. Ini bermakna senyawa aktif dalam saderi berkerja pada reseptor pembuluh darah yang hasil akhirnya memberi kesan ketenangan dan santai. Pada pesakit hipertensi saat tekanan darah naik maka pembuluh darah akan menegang. Padahal normalnya hanya berdenyut sahaja. Kerana ia memberi kesan ketenangan, pengambilan saderi mengurangi ketegangan pada pembuluh darah.
Antibakteri: Minyak biji saderi mampu mengatasi serangkaian bakteria seperti Streptococcus faecalis, Bacillus pumilus, salmonella typhi, pseudomonas solanacearum, Staphyllococcus typhi, Staphyllococcus albus. Senyawa yang dianggap berperanan aktif dalam aktiviti ini ialah phthalide.
Anti-radang: Ekstrak daun saderi menunjukkan kesan anti-inflamasi pada tikus yang dijadikan edema


Resipi
Hipertensi
Sediakan 20 batang saderi, apium graveolens cuci bersih. Masukkan dalam panic bersama 2 gelas air. Rebus hingga tersisa ¾ nya. Angkat dinginkan lalu minum 2 kali sehari bersama hampasnya.
Penyubur Rambut
Sebanyak 10-15 tangkai saderi Apium graveolens dicuci, lalu hiris halus. Setelah diramas, calitkan tumbuhan saderi kekulit kepala dan rambut. Lakukan urutan ringan. Kemudian balut kepala dengan serkup kepala. Biarkan selama kurang lebih ½ jam. Setelah itu bilas hingga bersih. Lakukan secara teratur beberapa kali seminggu
Reumatik
Batang dan daun saderi, apium graveolens dicuci sebanyak 1-2 genggam. Cuci bersih, potong kecil kecil lalu direbus dalam 2 gelas air sehingga tersisa 1 gelas. Angkat dinginkan lalu tapis. Minum sekaligus hingga habis. Selain itu gunakan saderi sebagai ulaman.
Wajah berminyak
Sediakan 3 batang saderi apium graceolens. Cuci bersih kemudian iris kecil kecil, masukkan kedalam peti ais. Menjelang waktu tidur malam sapukan pati sari saderi kewajah yang sudah bersih. Setelah kering baru bilas muka hingga bersih. Lakukan dengan teratur.
Saderi, mentah
Nilai pemakanan bagi setiap 100 g (3.5 oz)

 Pokok Daun Sup aka Pokok Saderi


Pencarian berakhir di Nabana No Sato... jumpa juga dengan pokok daun sup! Memang setiap kali pergi home centre (di sini home centre menjual semua jenis barangan keperluan rumah termasuk pokok bunga, benih, pasu, tanah segala bagai) akan jenguk cari pokok daun sup tapi tak ada, biasanya pokok saderi yang banyak.

Punyalah belek setiap ceruk kedai yang ada kat situ, dengan misi mencari daun sup! E-na jumpa ni pun dah di letak kat bahagian pokok2 yang menunggu masa je nak menghabiskan riwayatnya. Ada 3 pokok je, daun dah kekuningan dan tanah pun dah kering....kesian...terus cakap dgn pokok tu "takpe nanti ikut E-na balik kita duduk dalam bekas besar sikit dan minum puas-puas ye, biar cepat sihat dan hidup subur!"


E-na beli 2 pokok..on the way back rasa kesian pulak pada pokok yang satu lagi tu., huhuuuu..kalau ambik je semua pun ok...68yen je sepokok!

Setelah hampir 2 weeks di belai, nampaknya daun sup dah bertambah hijau dan segar. Yang E-na tau daun sup atau saderi ni ada 3 jenis. Pertama yang jenis daun dan batangnya sedap di makan. Di malaysia kita panggil daun sup. Kedua yang batangnya sahaja sesuai di makan iaitu saderi dan yang ketiga jenis yang ubinya yang sesuai di makan...errmmm nama dah lupa, nak tahu minta tolong mr. google cari ye...

TIPS : Menanam dan Menjaga Pokok Daun Sup aka Pokok Saderi
  1. Rendam di dalam air selama 1 hari. Potong 1-2 inci batangnya dari pangkal pokok. Tanam di tempat yang redup dan selalu basahkan tanahnya biar lembab.
  2. AWAS jangan terlebih air nanti batangnya mudah lembik!
  3. Bila sudah hidup alihkan ke tempat yang ada pancaran matahari / panas.
  4. Bila nak guna ambil setakat mana yang nak guna sahaja, jangan di cabut semua ye.
  5. Lebih elok ambil daun yang lama dahulu dan biarkan daun baru di pokok supaya terus segar...

UPDATE 16.06.2010
> Khasiat daun saderi boleh menurunkan paras TEKANAN DARAH.
  • Digg
  •  
  • Del.icio.us
  •  
  • StumbleUpon
  •  
  • Reddit
  •  
  • RSS