Tuesday 7 August 2012

Minyak Kelapa Dara Nufera


1. Dihantar pada 30hb Mac 2005, 12:14:37 tghari    [Edit]
NIKMATI KEHEBATAN 'NUFERA' Rahsia Alam Semulajadi " MAKANAN BERFUNGSI LENGKAP "

Nufera adalah minyak kelapa dara yang dihasilkan secara bioteknologi, pemprosesan tanpa haba dan kimia. Ia bersih dan selamat dimakan. Nufera adalah hasil penyelidikan bersama oleh Bio Neutraceutical dan Universiti Putra Malaysia (UPM) selama lapan tahun.

DIBUKTIKAN BERKESAN OLEH RAMAI SAINTIS DIDUNIA KERANA KEASLIAN NUTRISNYA : 

Tidak mengandungi Kolestrol. Berupaya mengurangkan berat badan
Bersifat antivirus, antibakteria dan antifungus Antioksida meningkatkan sistem imunisasi Pemangkin metabolisma tubuh Kandungan Monolorinya menyamai kekuatan susu ibu Amat berkesan untuk rawatan rambut

BOLEH DIMAKAN BEGITU SAHAJA 2 hingga 4 Sudu besar sehari. Menggalakkan kadar metabolisma yang tinggi secara semulajadi.

Dikilang melalui proses bioteknologi dengan menggunakan kelapa matang bermutu tinggi. Kandungan semulajadi minyak kelapa dara dipelihara.

Testimoni: Pengalaman pengguna nufera;

Suami saya telah menggunakan Nufera selepas saya dan anak2 menggunakannya dan ini adalah testimoni diri beliau:-

1. Bengkak2/jerawat kecil dikepala

Beliau selalu mengalami jerawat atau bengkak2 kecil di kepala yang apabila tergaru akan berdarah dan sakit sekali, selepas memakan Nufera (2 sudu, 2x sehari) ternyata tiada lagi jerawat atau bengkak2 tersebut di kepala beliau dan ianya susut dengan ketara sekali.

2. Keguguran rambut (botak)

Suami saya mengalami keguguran rambut yang serius sejak 2 tahun lalu mengakibatkan bahagian tengah kepalanya botak teruk. Beliau pernah cuba sejenis produk untuk merawatnya tapi ternyata kesannya menghampakan. Selepas makan Nufera (2 sudu, 2x sehari) saya menyedari bahawa anak2 rambut telah tumbuh dengan lebatnya dibahagian kepala beliau yang botak itu. Pada mulanya beliau ingat saya mempermainkan beliau tetapi apabila beliau merasa dengan tangan bahagian tersebut yang kini sedang rancak ditumbuhi anak rambut, barulah beliau yakin saya tidak bergurau.

3. Berdarah hidung

Kekerapan hidungnya berdarah menyebabkan saya rungsing ditambah pula beliau tidak mahu ke doktor untuk memeriksa akan sebab musababnya. Kadangkala darah meleleh dengan banyaknya tanpa henti terutama jika hari terlampau panas. Sejak makan Nufera (2 sudu, 2x sehari) pendarahan tersebut nyata beransur pulih dengan sangat ketara, kini walaupun hari panas terik sekalipun, shukur alhamdullilah, hidungnya tidak berdarah lagi.

4.Migraine(sakit kepala melampau)

Suami saya kerap diserang sakit kepala yang melampau atau migraine terutama jika sedang stress (kerja berlambak) atau cuaca panas terik. Tetapi saya perhatikan sejak mengamalkan Nufera, sakit kepala tersebut jarang beliau hidapi lagi dan tidak lagi bergantung kepada ubat tahan sakit (painkiller) untuk melegakannya.

5. Sakit sendi lutut

Dulu beliau kerap mengadu sakit sendi lutut, hampir setiap hari menyapu minyak urut selepas pulang dari pejabat. Kesannya, sakit itu hilang sekejap, tapi akan datang balik menjelang tengah malam, membuatkan beliau tak dapat tidur nyenyak, asyik terjaga menahan sakit.Tetapi saya perhatikan sejak mengamalkan Nufera, sakit tersebut berkurangan dengan ketara sekali dan beliau tidak lagi mengadu sakit sendi lutut walaupun terperangkap dalam kesesakan jalanraya, tidur pun semakin nyenyak kerana tidak lagi kesakitan.

6. Kelimumur/Gatal kulit kepala

Dulu beliau berkelimumur dan sering gatal2 di kepala, ini ditambah kerana beliau bersongkok setiap hari ke pejabat, tetapi sejak memakan Nufera (beliau tidak pula menyapu Nufera dikepala sebab tidak selesa) nyata sekali kelimumur makin berkurangan, begitu juga kegatalan di kepala,ini membuatkan beliau berasa selesa bekerja. 

Kami sekeluarga bershukur kehadrat Allah kerana mendapat kesan positif dari Nufera dan berharap pengguna lain turut mendapat menafaat darinya, insya-Allah...


Misai Kucing ialah pokok herba renek tropika


Teh Misai Kucing...

Salam,

 khasiat minuman teh misai kucing. Saya ada menanam pokok ini di laman rumah dan pokoknya memang senang nak tumbuh. Paling saya suka ialah bunganya yang cantik. 



Menurut Wikipedia, Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga "Lamiaceae" yang terdapat di Malaysia.  Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 meter. Nama sainsnya Orthosiaphon stamineus, Benth.

Ia merupakan sejenis pokok berbunga dan sering ditanam sebagai pokok perhiasan. Bunga terdapat pada 'verticil' lebih kurang 16 cm panjang. Bunga berwarna putih kebiru-biruan dengan filamen yang panjang, seperti misai kucing. Memang cantik pun..kalau berbunga lebat..ambik gambar, confirm macam kat oversea!

Herba Misai Kucing boleh ditanam sepanjang tahun dan ia boleh tumbuh setinggi 0.3 hingga 1 meter. Misai Kucing mempunyai bunga yang berwarna putih dan keseluruhan tumbuhan ini boleh digunakan sebagai ubat. Daun pokok Misai Kucing juga digunakan sebagai herba perubatan untuk merawat penyakit kencing manis.


Herba Misai Kucing digunakan untuk memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang dan bagi membantu mengelakkan penyakit batu karang. Mengikut kajian yang sudah dibuat, daunnya yang sudah dikeringkan adalah bersifat diuretik dan membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan.

Daunnya memang berkhasiat terutamanya untuk kaum lelaki. Sebab kaum Adam ni selalu kena batu karang. Jadi, galakkanlah suami-suami untuk minum air rebusan daun misai kucing. 


Kalau nak tanam, ambil setangkai pokok misai kucing dan cucuk di atas tanah. Siram..Insya Allah tumbuh..

Caranya...
  • Petik daun-daun misai kucing...
  • Basuh bersih-bersih dan toskan airnya
  • Keringkan daunnya di bawah sinaran mentari sampai bertukar jadi warna coklat
  • Bila kita boleh hancurkan dengan tangan itu menandakan dah pun kering
  • Masukkan air ke dalam periuk kaca / tanah..jangan guna periuk besi sebab khasiatnya akan hilang
  • Bila dah agak panas, masukkan dedaun misai kucing yang dah kering tu kemudian tunggu sampai mendidih
  • Bila dah mendidih, tapis dan tuangkan ke dalam cawan/mug/teko...nak lebih feel..tak payah tapis..jadi dapatlah kita gigit2 daun-daun tu..
  • Kalau nak manis tambahkan gula..tapi lagi elok tak payah sebab pahit itu ubat.
Dan minumlah..itulah minuman paling disukai keluarga saya.. homemade Purple Cat's Whiskers tea.

ini rupanya bila sudah dikeringkan..

ini proses seterusnya...iaitu merebus daun untuk dibuat ayaq

jom kita minum dulu!

Herba di Malaysia


enis-jenis Herba di Malaysia

Balik Adap
Nama Saintifik:Mussaenda villosa wall
Famili: Rubiaceae
Nama Biasa: Balik adap
Lokasi dijumpai:
Disemak-semak dan belukar
Keterangan
Tumbuhan ini biasa dijumpai di kampung-kampung di kawasan belukar. Daunnya terdiri dari campuran daun yang berwarna hijau dan putih. Bunganya ada yang berwarna oren dan ada yang berwarna putih. Daunnya biasa dijadikan ulam oleh penduduk kampung.
Kegunaan
Ia digunakan untuk mengubati demam dengan cara meramas daunnya ke dalam sebesen air sama seperti yang dilakukan dengan menggunakan daun bunga cina. Air ini digunakan untuk menjarang (membasahkan) kepala pesakit untuk menurunkan suhu badannya.



Bangun-bangun
Nama Saintifik: Solenostemon amboinicus
Famili: Labiatae
Nama Biasa: Bangun-bangun
Nama lain: Ati-ati hijau, allspice
Lokasi dijumpai: Di tanam sebagai rempah dan ulam
Keterangan
Pokok bangun-bangun atau dikenali juga dengan ati-ati hijau biasa ditanam sebagai ulaman dan penyedap rasa dalam masakan. Pucuk mudanya dijadikan ramuan untuk sambal tempoyak. Ia juga dijadikan ramuan untuk nasi ulam. Bangun-bangun senang membiak melalui keratan batang dan daun. Medium pilihan ialah tanah gembur yang mempunyai pengaliran air yang baik dan terdedah kepada cahaya matahari.
Kegunaan
Bangun-bangun terkenal dalam perubatan melayu dan cina terutamanya untuk menjadi penawar kepada batuk, mual-mual,sakit kepala dan masalah pencernaan. Caranya sehelai daun bangun-bangun diseduh dengan air panas dan dimasukkan sedikit gula batu sebelum di minum. Jusnya pula boleh dijadikan ubat untuk asma, batuk dan bronkitis. Daunnya yang dilumatkan dapat menjadi penawar kepada gigitan serangga berbisa dan kulit melecur dengan cara menampal daun lumat yang telah menjadi seperti pes pada bahagian yang terlibat.



Bebuas
Nama Saintifik: Premma Cordiflora
Famili: verbenaceae
Nama Biasa: Bebuas
Lokasi dijumpai: Tumbuh meliar di tepi hutan
Keterangan
Bebuas banyak dijadikan ulam oleh masyarakat melayu . Pucuknya yang rangup dan mempunyai rasa sedikit pahit menambahkan lagi selera makan.
Kegunaan
Antara khasiat pokok bebuas bila dimakan mentah sebagai ulam ialah ia dapat membuang angin dalam badan dengan cepat. Air rebusan pucuk bebuas pula boleh menolong untuk mengatasi masalah kecacingan dan menambah air susu ibu.



Cempaka telur 
Nama Saintifik: Michelia Pumila/Talauma pumila Bl
Famili: Magnoliaceae
Nama Biasa: Cempaka telur
Nama lain: Dwarf magnolia, cempaka gondok, magnolia coco, egg magnolia
Lokasi dijumpai:Tumbuhan liar dan hiasan
Keterangan
Tumbuhan ini mempunyai batang berkayu dan boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang. Bunganya berbentuk bulat seperti telur dan mempunyai bau yang amat wangi terutamanya diwaktu malam. Ia boleh mencapai ketinggian antara 3-6 kaki (1-2 meter). Jika ditanam di dalam pasu ia perlu disiram setiap hari supaya tanahnya tidak kering. Tumbuhan ini tidak boleh terlalu terdedah kepada cahaya matahari terus tetapi memerlukan cahaya yang cukup untuk membesar dan berbunga
Kegunaan
Bunganya boleh digunakan untuk mengubati keputihan, batuk berkahak, insomania dan kecederaan traumatik



Bunga Cina / Melur Cina
Nama Saintifik: Gardenia Augusta
Famili:Rubiaceae
Nama Biasa: Bunga Cina / Melur Cina
Nama lain: Kacapiring, gardenia
Lokasi dijumpai: Di halaman rumah, taman-taman bunga
Keterangan
Bunga cina atau nama saintifiknya Gardenia augusta, Merr dari famili Rubiaceae banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan atau sebagai pagar kerana daunnya yang rimbun dan mempunyai banyak cabang. Bunganya yang berwarna putih berbentuk seperti bunga mawar dan berbau harum. Warna putih akan berubah menjadi kekuningan selepas bunga mekar sepenuhnya.Tumbuhan ini boleh tumbuh di tempat sejuk atau panas dan ia merupakan tumbuhan yang senang dijaga. Tempat yang paling sesuai untuk pertumbuhannya adalah ditempat yang beriklim agak sejuk seperti dikawasan pergunungan dengan ketinggian lebih kurang 400 meter dari paras laut. Pokok ini boleh mencapai ketinggian 1 - 2 meter. Ia membiak melalui keratan batang dan semaiannya boleh dilakukan dengan memilih ranting yang agak tua, buang kesemua daunnya dan tanamkan di dalam polybag berisi pasir. Pastikan air mencukupi bagi menggalakkanpertumbuhan akar. Pokok ini mempunyai potensi untuk di komersialkan sebagai minyak wangi kerana bau bunganya yang sangat harum.
Kegunaan
Boleh digunakan untuk mengubati penyakit kencing manis, seriawan, demam dan sembelit. Caranya untuk kencing manis ambil 12 helai bunga cina direbus dengan 2 gelas air sehingga tinggal satu gelas dan diminum sekali sehari. Untuk seriawan pula, ambil 7 helai daunnya diramas dengan secawan air lalu ditapis dan dicampurkan dengan 2 sudu makan madu dan seketul gula batu. Minum 2 kali sehari. Manakala untuk demam pula, ramas 7 helai daunnya dengan secawan air yang dicampur dengan gula batu lalu diminum 2 kali sehari. Bagi merwat sembelit pula ambil 3 biji buahnya direbus dengan 2 gelas air sehingga mendidih yang berbaki hanya satu gelas sahaja.



Cekur 
Nama Saintifik: Kaempferia galangal
Famili: Zingiberaeceae
Nama Biasa: Cekur
Nama lain: Kencur
Lokasi dijumpai: Di pinggir hutan
Keterangan
Sejenis herba dan tumbuh melebar di atas tanah. Daun licin, berbentuk tirus, tersusun padat dlm pasangan yang bertentangan. Hujung daun runcing, lebih kurang 16cm panjang, 8 cm lebar. Daunnya mempunyai sedikit aroma. Cekur tidak berbatang, mengeluarkan bunga berwarna putih-ungu. Akar/rizomnya bercabang-cabang, beraroma dan isinya berwarna kuning oren. Cekur bukan bahan penting dalam masakan orang Malaysia tetapi berperanan besar dalam masakan Indonesia, Thailand, Vietnam dan India.
Kegunaan
Di Asia Tenggara, rizom cekur dicampurkan dengan lada sulah, kayu manis dan madu untuk mengubati selsema. Ia dijadikan tonik untuk mengubati batuk kering dan bronchitis. Cekur juga dijadikan losyen untuk merawat sakit mata, sakit tekak, bengkak, demam, sakit dan sengal tulang. Untuk wanita baru bersalin, cekur mengucupkan rahim dan menggalakkan pembuangan angin. Di Indonesia, akar cekur digunakan untuk merawat keracunan makanan, ulser mulut, batuk dan selsema. Akar cekur yang dikunyah dan ditelan boleh membuat seseorang itu khayal. Di India, wangian daripada cekur digunakan untuk melindungi pakaian daripada serangga. Di Filipina, air rebusan akar cekur digunakan untuk merawat sakit perut disebabkan pencernaan makanan yang kurang baik. Air rebusan turut digunakan untuk membasuh rambut bagi mengatasi masalah kelemumur dan menghilangkan rasa gatal dan pedih akibat digigit ulat bulu. Di Thailand, cekur digunakan untuk merawat sakit kepala.



Cempaka telur
Nama Saintifik:Michelia Pumila/Talauma pumila Bl
Famili:Magnoliaceae
Nama Biasa:Cempaka telur
Nama lain:Dwarf magnolia, cempaka gondok, magnolia coco, egg magnolia
Lokasi dijumpai:Tumbuhan liar dan hiasan
Keterangan
Tumbuhan ini mempunyai batang berkayu dan boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang. Bunganya berbentuk bulat seperti telur dan mempunyai bau yang amat wangi terutamanya diwaktu malam. Ia boleh mencapai ketinggian antara 3-6 kaki (1-2 meter). Jika ditanam di dalam pasu ia perlu disiram setiap hari supaya tanahnya tidak kering. Tumbuhan ini tidak boleh terlalu terdedah kepada cahaya matahari terus tetapi memerlukan cahaya yang cukup untuk membesar dan berbunga
Kegunaan
Bunganya boleh digunakan untuk mengubati keputihan, batuk berkahak, insomania dan kecederaan traumatik



Dukung Anak
Nama Saintifik:Phyllanthus Niruri
Famili:Eurphorbiaceae
Nama Biasa:Dukung Anak
Nama lain:Kelek anak, meniran(indonesia),Bhuaionla, kiranelligida(india)
Lokasi dijumpai:Di tepi longkang dan di kawasan pertanian
Keterangan
Dikenali dengan nama meniran bagi masyarakat indonesia , tumbuhan in termasuk dalam famili Eurphorbiaceae. Selalunya tumbuh di kawasan yang tanahnya agak keras, seperti di celah retakan simen. Juga boleh didapati di kawasan kebun-kebun sayur dan tanah terbiar. Daun pokok ini adalah dari jenis majmuk bipinat, daunnya kecil berwarna hijau yang agak gelap dan tersusun berselang seli dengan jarak lebih kurang 6-10mm. Ia adalah herba tahunan(annual) dengan ketinggian lebih kurang 30-60 cm. Ia mempunyai bunga yang berwarna putih kekuningan dan satu tangkai bunga mempunya bunga-bunga kecil yang banyak . Terdapat dua jenis bunga; bunga jantan dan betina. Kapsul bijinya sangat kecil, berpermukaan licin dan dari jenis 3-gonous. Kitaran dari satu biji ke biji yang berikutnya adalah 2 hingga 4 minggu. Dukung anak tumbuh di kawasan yang beriklim tropika seperti Malaysia, Indonesia,Thailand. Juga terdapat di China, India dan dalam kawasan antara Filipina dan cuba. Di kebanyakan tempat ia mendatangkan masalah kepada petani kerana selalunya tumbuh di kawasan pertanian dan dianggap rumpai yang sukar dikawal.
Kegunaan
Akar, daun, buah, jus dan keseluruhan tumbuhan ini mempunyai nilai perubatan. Perubatan ayurveda ia digunakan sebagai penghilang dahaga, bronchitis, kusta, anemia, penyakit kelenjar kencing, anuria dan asma. Boleh juga digunakan untuk mengubat penyakit berak berdarah (dysentery) yang kronik (mengikut kaedah perubatan unani dari India). Buahnya digunakan untuk mengubati luka, kerengsaan, penyakit kudis buta (scabies) dan kurap. Akarnya pula (yang masih segar) adalah penawar yang berkesan untuk penyakit kuning (jaundice) terutamanya pada bayi yang baru lahir. Daun yang telah dilumatkan dan dicampur dengan sedikit garam dapur boleh merawat jangkitan kudis buta(scabies). Jika tidak dicampur garam ia boleh ditampal pada luka dan lebam. Ia juga boleh digunakan untuk merawat bisa gigitan ular. Tumbuhan ini juga boleh digunakan sebagai tuba(racun) ikan. Kaedah perubatan ayurveda banyak menggunakan tumbuhan ini samaada dalam bentuk tumbuhan ini dikeringkan dan dijadikan serbuk atau terus menggunakan tumbuhan ini dalam bentuk tumbuhan segar.
Walaupun masih sukar untuk menentukan apakah kandungan dalam tumbuhan ini yang menyebabkan ia mempunyai nilai perubatan yang tinggi, ada kajian yang menunjukkan ia memberikan kesan positif untuk mengubati penyakit hepaptitis B, dalam satu kajian, didapati 22 daripada 37, iaitu sebanyak 59% dari pembawa virus hepatitis B yang dirawat dengan persediaan herba dari tumbuhan ini selama sebulan telah kehilangan antigen hepatitis B setelah di uji selepas 15 hingga 20 hari selepas rawatan selesai. Jika menggunakan rawatan biasa hanya 4% dari pembawa akan kehilangan antigen untuk tempoh yang sama. Persediaan herba ini hendaklah di amalkan selama sebulan atau lebih untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Jika digunakan secara biasa, tiada kesan sampingan didapati setakat ini. Namun anda dinasihatkan mendapatkan pandangan doktor sebelum memulakan rawatan. Walaupun ia membantu mengurangkan jumlah virus hepaptitis B yang dijumpai didalam darah, ia masih tidak dapat menghilangkan kesemuanya, jadi ia bukanlah penawar kepada penyakit ini, namun mengambilannya dapat mengurangkan dan mengawal pertumbuhan dan pertambahan virus hepatitis B. Kajian lanjut masih dijalankan oleh para saintis mengenai kegunaan dukung anak untuk merawat hepatitis B.



Gandarusa
Nama Saintifik:Justicia Gendarussa linn
Famili:Acanthaceae
Nama Biasa:Gandarusa
Nama lain:Daun rusa(melayu), bo gu dan(cina),gendarussa(english)
Lokasi dijumpai:Tumbuhan meliar dan tanaman hiasan
Keterangan
Tumbuhan ini boleh dijumpai tumbuh liar di kawasan semak pada ketinggian 1-500 meter dari aras laut. Ia tumbuh tegak dan boleh mencapai ketinggian hingga 2 meter. Panjang daunnya lebih kura 5-20 cm dan daunnya dari jenis daun tunggal. Dua jenis gandarusa biasa dijumpai dan dibezakan oleh warna batangnya. Ada yang berwarna hitam dan ada yang berwarna hijau. Pokok berbatang hitam lebih popular sebagai ubat dari yang berbatang hijau.
Kegunaan
Ia biasa digunakan untuk mengubat lebam akibat pukulan, tulang patah, rheumatik dan bisul. cara penggunaannya ,untuk tulang patah daunnya yang segar atau kering dikisar hingga lumat dan dicampur cuka untuk ditampal pada bahagian yang luka dengan syarat tulang telah berada pada kedudukannya yang betul. Untuk rheumatik 15-30 g daunnya yang segar direbus hingga mendidih dan airnya diminum. Untuk lebam pula daunnya dilayurkan pada api hingga layu dan ditampal pada bahagian yang lebam. Ia juga boleh digunakan untuk menurunkan panas badan, menyembuhkan lumpuh otot muka (selalunya disebabkan oleh minor stroke),sakit kepala, mata dan telinga. Amaran: Tidak boleh digunakan oleh wanita hamil.



Hati-hati 
Nama Saintifik:Coleus Blumei
Famili:Labiatae
Nama Biasa:Hati-hati
Nama lain:Nilam, bangun-bangun, ati-ati
Lokasi dijumpai:Tanaman hiasan
Keterangan
Pokok hati-hati terdapat dalam banyak warna antaranya ungu dan hijau serta campuran merah jambu dan hijau. Pokok ini banyak ditanam sebagai pokok hiasan dan tutup bumi.
Kegunaan
Daun hati-hati digunakan untuk merawat batuk terutamanya untuk orang dewasa. Caranya ialah dengan cara menumbuk beberapa helai daunnya dan dicampur dengan air, kemudian tapis airnya untuk diminum dua kali sehari. Selain itu campuran daun hati-hati, daun inai, daun jambu batu dan akar tutup bumi direbus hingga mendidih dan diminum airnya untuk mengecutkan rahim. Untuk asma pula(terutamanya pada kanak-kanak) ambil beberapa helai daun hati-hati yang berwarna hijau dan secubit kapur sirih. Ramas(upar) daun bersama kapur sirih hingga hancur dan sapu pada dada pengidap asma tadi sebelum tidur.Daun ini boleh juga direbus bersama dua cawan air hingga tinggal secawan, campurkan sedikit gula batu dan minum.



Hempedu Bumi
Nama Saintifik: Andrographis Paniculata
Famili:Acanthaceae
Nama Biasa:Hempedu bumi
Nama lain:Akar cerita, sambilata,nivalembu,king of bitter, maha tita
Lokasi dijumpai:Malaysia, Thailand, India, Indonesia
Keterangan
Pokok Hempedu bumi juga dikenali sebagai pokok akar cerita. Pokok Hempedu bumi banyak dijumpai di India, Thailand dan paling senang di jumpai di tanah gambut. Hempedu bumi merupakan satu tumbuhan herba semusim yang tumbuh menegak. Tingginya boleh mencapai 60-70 cm. Daun Hempedu bumi berwarna hijau pekat, licin dan tersusun secara bersilang. Daun Hempedu bumi juga mempunyai bentuk bujur, runcing di hujung dan nipis di pangkal.
Kegunaan
Daun hempedu bumi ini boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi di samping merawat kencing manis. Cara menjadikannya ubat ialah merebus daun tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum. Daun ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka tersebut. Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul- molekul lemak yang ada disekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat. Air rebusan daun ini yang pahit telah merangsangnya supaya memecahkan molekul lemak. Memang suatu yang tidak boleh dinafikan bahawa rasa pahit, kelat dan masam agar sukar dipisahkan dengan alam perubatan herba tempatan. Tetapi rasa sebegitu sememangnya tidak begitu menarik minat sebahagian besar masyarakat kita. Mereka lebih gemar kepada rasa manis dan masin. Pengambilan rasa manis dan masin yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit tertentu. Tetapi jika diseimbangkan pengambilan perasa-perasa itu adalah baik untuk kesihatan. Antara herba yang mempunyai rasa pahit adalah pokok hempedu bumi (nama saintifiknya adalah Andrographis Paniculata) ataupun sesetengah orang memanggilnya sebagai akar cerita. Pokok herba ini agak senang dicari kerana ia tumbuh di sekitar rumah, longkang ataupun kawasan semak samun yang terbiar. Mungkin ia tumbuh di kawasan sedemikian, maka sebahagian besar masyarakat hari ini kurang mengetahui khasiatnya yang agak popular bagi tumbuhan ini adalah untuk merawat penyakit darah tinggi dan juga demam. Malah, tumbuhan ini juga sesuai untuk merawat kesan gigitan serangga. Cara yang paling mudah adalah ambil beberapa helai daunnya dan hancurkan. Sapulah di tempat yang terkena gigitan serangga itu. Tetapi ia lebih popular dalam merawat penyakit darah tinggi dan demam. Cara yang sering diamalkan adalah kita perlu mengambil beberapa helai daunnya dan bersihkan terlebih dahulu. Kemudian rendam daun-daun itu dalam segelas air panas dan biarkan sehingga air panas itu menjadi suam. Selepas itu, minumlah perlahan-lahan. Rasanya agak pahit, khususnya bagi mereka yang pertama kali meminumnya. Tetapi harus ingat, sebagaimana tumbuhan herba yang lain janganlah minum kerap sangat dalam sehari. Cukup untuk minum sekali sehari.



Jarum Tujuh Bilah
Nama Saintifik:Pereskia sacharosa/saecnarosa
Famili:Cactaceae
Nama Biasa:Jarum tujuh bilah
Nama lain:Bintang tujuh,Pokok kanser,Chat sim Chan
Lokasi dijumpai:Tanaman hiasan
Keterangan
Tumbuhan dari keluarga kaktus ini mungkin satu-satunya kaktus yang mempunyai daun yang sebenar. Ia merupakan genus paling primitif dalam keluarga kaktus. Pereskia berasal dari Korea tapi boleh didapati dengan mudah di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Malah ia merupakan tumbuhan yang agak lasak dan boleh beradaptasi dengan hampir semua iklim kecuali tundra. Keadaan optimum untuk pertumbuhannya adala sinar matahari yang terang dan iklim tropika. Ia adalah tumbuhan yang mudah membiak. Memiliki ciri yang hampir menyerupai pokok parisan, pokok ini juga mudah ditanam dengan kaedah cantas dan cucuk Arizal 2004. Ia juga boleh membiak melalui biji benih. Daunnya mudah gugur jika terdedah dengan keadaan kering namun mudah pula tumbuh semula apabila air mencukupi. Terdapat 15-20 spesis pereskia terutamanya dari Afrika Selatan, Amerika Tengah dan India Barat. Sepanjang batangnya terdapat tujuh batang duri yang meruncing tajam, kerana itu juga ia dipanggil jarum tujuh bilah. Daunnya yang rangup boleh dijadikan ulam atau salad.
Kegunaan
Pereskia dikatakan dapat merawat kanser terutamanya kanser kolon(usus besar), kanser hidung dan juga kanser lain. Terdapat 3 cara menggunakannya, pertama dengan memasukkan lebih kurang 2 helai daunnya ke dalam air panas dan dijadikan teh dan airnya diminum, kedua daunnya dimakan sebagai ulam sebanya 1-3 helai setiap hari dan ketiga dengan cara mengisar daunnya hingga lumat, campurkan air dan jusnya diminum. Anda dilarang dari meminum sebarang jenis minuman teh selepas mengambil herba ini kerana ia dikatakan dapat menghapuskan segala khasiat dalam badan kita. Kajian terhadap kandungan kimia yang terdapat dalam pereskia dan tindakbalas sel kanser terhadapnya sedang giatdijalankan.



Kacang Telang
Nama Saintifik:Clitoria ternatea
Famili:Kekacang
Nama Biasa:Kacang telang
Nama lain:Butterfly pea, blue pea
Lokasi dijumpai:Tumbuhan meliar
Keterangan
Kacang telang atau nama saintifiknya clitoria ternatea dari famili Fabaceae juga dikenali dengan nama butterfly pea, blue pea. Di kelantan ia juga dikenali dengan nama bunga nasi kerabu kerana ia boleh digunakan untuk mewarnakan nasi kerabu menjadi biru. Tumbuhan ini akan membiak subur dalam medium yang agak lembap (tanah yang mempunyai kandungan humus yang tinggi) dan tanah perlu lembab sepanjang masa. Ia memerlukan cahaya matahari yang secukupnya untuk membesar. Tumbuhan ini boleh membiak dengan cara keratan batang atau biji. Sifatnya yang menjalar menjadikannya sesuai untuk tanaman pada trailis ataupun sebagai tanaman untuk pasu gantung. Bunganya yang berwarna ungu kebiruan akan mekar sepanjang tahun. Untuk menyemainya, biji benih direndam dalam air selama 3 hingga 4 jam sebelum disemai dalam tanah. Selalunya benih akan mula bercambah selepas 7 hingga 14 hari. Untuk keratan batang pula semai dalam pasir yang lembap dan pastikan airnya mencukupi. Tumbuhan ini perlu selalu dipangkas (dipotong rantingnya) untuk memastikan pertumbuhan ranting baru tidak terbantut.
Kegunaan
Kacang telang telah dipercayai turun-temurun berkhasiat untuk melebat dang menghitamkan rambut. Ia juga mengilatkan rambut dan juga dapat menyuburkan kulit kepala. Selain daripada itu kepercayaan yang tidak dapat dibuktikan secara saintifik adalah untuk mengelakkan keguguran batangnya dililitkan pada pinggang perempuan hamil. Daunnya dan bunganya juga dikatakan dapat mengurangkan sakit kepala. Caranya, daun atau bunganya dimasukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan untuk tidur oleh pesakit. Bunganya juga boleh direndam dalam air panas dan diminum seperti teh untuk mengurangkan sakit akibat ulcer mulut. Ia juga dapat merawat insomnia.



Kacip Fatimah
Nama Saintifik:Labisia Pumila
Famili:Myrsinaceae
Nama Biasa:Kacip Fatimah
Lokasi dijumpai:
Malaysia, Thailand, Indochina
Keterangan
Kacip fatimah atau nama saintifiknya labisia pumila dari famili Myrsinaceae adalah sejenis tumbuhan herba yang mempunyai batang berkayu. Ia biasanya tumbuh secara liar di hutan hujan tropika pada ketinggian lebih kurang 150 kaki dari aras laut. Tumbuhan ini membiak dengan 2 cara: melalui biji benih dan keratan akar(pecahan akar). Tumbuhan ini dapat tumbuh dengan sempurna dikawasan yang akan redup dengan tanah yang mempunyai kandungan humus yang tinggi dan tidak menakung air. 3 jenis variasi yang biasa dijumpai di Malaysia ialah :Labisia pumila var. alata, L. pumila var. pumila dan L. pumila var. lanceolata.
Kegunaan
Kacip Fatimah begitu sinonim dengan wanita. Ia dikatakan dapat mempercepatkan proses kelahiran bayi disamping dapat mengembalikan kecergasan selepas bersalin. selain dari itu ia juga dikatakan dapat membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan. Kacip fatimah juga dikatakan dapat merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarkan perjalanan dan kitaran haid wanita. Ia juga dapat mengurangkan sakit senggugut ketika haid. Sekarang banyak syarikat pengeluar herba mengkomersialkan tumbuhan ini dan dijadikan tonik selepas bersalin. Cara penggunaan untuk selepas/sebelum bersalin ialah dengan merebusnya (satu pokok termasuk daunnnya) ke dalam seperiuk air (seeloknya periuk tanah) dan airnya diminum. Ia juga boleh digunakan untuk mengubat penyakit buasir(hemarroid/pile) dengan cara merebus akarnya yang telah dikeringkan. Ia juga boleh digunakan untuk merawat cirit birit, sakit sendi (rheumatism), gonorhea dan walaupun tumbuhan ini mempunyai khasiat yang begitu tinggi, satu aspek yang sering dilupakan adalah tahap ketoksidan kandungan kimia didalamnya. Kajian sedang dilakukan dengan terperinci untuk menentukan kesan sampingan dan akibat dari penggunaan produk dari bahan ini supaya dos yang sepatutnya boleh dicadangkan.



Kaduk
Nama Saintifik:Piper sarmentosum roxb
Famili:Piperaceae
Nama Biasa:Kaduk
Nama lain:Sirih duduk
Lokasi dijumpai:Di kawasan yang agak lembab
Keterangan
Kaduk ialah sejenis tanaman yang banyak digunakan sebagai perisa dalam masakan melayu seperti masak lemak terutamanya masak lemak udang dan ketam. Kaduk sedap dijadikan ulam jika direbus dan dicecah dengan sambal belacan. Ia mudah ditanam dan hidup subur terutamanya di kawasan-kawasan yang lembap dan hidup liar. Daun kaduk lembut berbentuk bujur bulat, nipis, berwarna hijau tua, berkilat dan berselang-seli manakala bunganya banyak, padat, sangat kecil dan tersusun rapat. Ia adalah tumbuhan jenis memanjat yang sesuai hidup dikawasan beriklim panas seperti tropika. Kaduk hidup meliar terutama di kawasan teduh, lembap atau di bawah sudur pokok lain manakala penanamannya menggunakan kaedah keratan batang.
Kegunaan
Air yang direbus dengan akar pokok kaduk dapat melawaskan kencing. Daunnya pula mujarab untuk merawat demam malaria dengan cara meminum air rebusannya. Air rebusan itu juga berkhasiat bagi melegakan batuk-batuk, selesema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang. Daunnya yang ditumbuk pula boleh dijadikan ubat panau dengan cara menambal pada bahagian panau itu.



Kari
Nama Saintifik:Murraya Koenigii
Famili:Rutaceae
Nama Biasa:Kari
Nama lain:Karipulei, curry leaves
Lokasi dijumpai:Diperkarangan rumah
Keterangan
Pokok kari ialah sejenis pokok renek yang mempunyai ketinggian antara 0.9 hingga 6 meter. Ia biasa ditanam dihalaman rumah kerana kegunaan sebagai rempah dalam masakan terutamanya dalam masakan kari. Daun kari mempunyai bau yang kuat dan mempunyai rasa agak pahit. Daun ini mempunyai banyak kegunaan bagi masyarakat india kerana ia tidak hanya digunakan dalam masakan kari tetapi dalam masakan lain seperti rasam, chutney , murukku dan sebagainya lagi. Berasal dari India dan Sri Lanka tumbuhan ini akan hidup subur dalam zon tropika. Tumbuhan ini agak lasak walaupun sebenarnya ia menyukai tanah yang subur dan kaya dengan mineral. Bunganya kecil berwarna putih kekuningan dan buahnya juga kecil berwarna hijau ketika muda dan ungu setelah matang. Ia membuak melalui biji benih, keratan batang dan anak yang tumbuh dari akarnya. Selain ditanam di halaman rumah kerana daunnya ia juga ditanam sebagai tumbuhan hiasan. Hasil kajian mendapati daun kari mengandungi : 66.3% kelembapan, 6.1% protein, 1.0% lemak, 16.0% karbohidrat, 6.4% fiber, Mineral dan vitamin seperti kalsium, fosforus, zat besi, asid nikotinik dan vitamin C. Ia juga mengandungi volatile oil dan sejenis glukosid yang dipanggil koenigiin.
Kegunaan
Daun kari mempunyai khasiat perubatan yang tinggi dan digunakan dengan meluas dalam perubatan india. Ia dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masaalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif(julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit. Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan. Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit birit dan buasir. Air rebusan kulit batangnya yang kering dapat digunakan untuk mengubat diabetes. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan. Selain dari itu daun kari juga dapat mencegah uban. Buahnya dididihkan dengan minyak kelapa hingga kehitaman boleh dihancurkan dan digunakan untuk merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa. Daunnya yang dihancurkan dan dijadikan pes boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak dengan cara menampalnya pada bahagian yang sakit itu.



Kenerak 
Nama Saintifik:Goniothalamus Umbrosus
Famili:Annonaceae
Nama Biasa:Kenerak
Nama lain:Selukai, selukai putih
Lokasi dijumpai:Tumbuhan liar
Keterangan
Pokok kenerak merupakan sejenis pokok renek yang boleh ditemui dihutan dan belukar yang agak tebal. Bunganya berbau sangat wangi, berwarna kuning keputihan ketika mula kembang dan akan berubah menjadi kuning. Daunnya agak besar dan lebar berukuran lebih kurang 20 cm panjang dan 7 cm lebar. Ia boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang.
Kegunaan
Secara tradisinya kenerak digunakan dalam perubatan melayu untuk merawat penyakit seperti barah rahim. Ia juga digunakan sebagai penjarak kehamilan dan tonik selepas bersalin. Secara saintifik ia terbukti merupakan tumbuhan yang mempunyai ciri anti kanser (kulit batangnya). Styrylpyrone derivative (SPD) ialah ialah bahan aktif yang diekstrak dari kenerak. Ia terbukti dapat menyeimbangkan pertumbuhan sel kanser (kanser payudara) dengan cara meningkatkan kematian sel barah. SPD dijangka akan berada dipasaran pada tahun 2005. Kajian terhadap kenerak dan SPD yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari UKM telah memenangi Pingat Emas dalam pertandingan ciptaan dan teknik baru yang berlangsung di Geneva switzerland pada tahun 2000.



Kermak Putih
Nama Saintifik:Alternanthera sessilis
Famili:Amaranthacea
Nama Biasa:Kermak putih
Nama lain:Keremak, keremah, daun tolod
Lokasi dijumpai:Di kawasan berumput
Keterangan
Kermak ialah sejenis tumbuhan yang biasa dijumpai tumbuh bersama rumput. Struktur hampir menyerupai pokok urang aring dan habitatnya juga sama. Ia boleh tumbuh dikawasan lembab dan agak berair hingga ada yang menganggapnya tumbuhan akuatik.
Kegunaan
Kermak biasa digunakan untuk mengubat cirit birit, melancarkan pembuangan najis, mengubat penyakit TB(tuberculosis) dan penyakit kuning. Ekstrak atau jus dari tumbuhan ini boleh diminum. Ia juga boleh dijadikan ulam. Sesetengah berpendapat mengatakan kermak dapat mencuci lemak dan toksid dari badan jika di makan sebagai ulam.



Senduduk
Nama Saintifik:Melastoma malabathricum
Famili:Melastomataceae
Nama Biasa:Senduduk
Nama lain:Keduduk,senggani,Straits Rhododendron
Lokasi dijumpai:Semak dan belukar
Keterangan
Pokok renek ini biasa dijumpai dibelukar dan semak yang tidak terlalu tebal. Tinggi purata pokok senduduk ialah 1 m namun ia boleh mencapai ketinggian hingga 3 m. Batangnya berwarna kemerahan dan dilitupi oleh bulu-bulu halus. Sama seperti batang daun dan buahnya juga dilitupi bulu ini. Bunganya cantik dan mempunyai 5 kelopak dengan stamen berwarna kuning ditengah-tengahnya. Bunga senduduk yang paling biasa dijumpai berwarna ungu gelap hingga ke merah jambu dan putih. Jenis berwarna putih ialah jenis yang paling jarang dijumpai tumbuh liar. Selalunya ia ditanam untuk tujuan perubatan. Bijinya berwarna hitam dan mempunyai sedikit rasa pahit dan manis dan ia boleh dimakan. Apabila dimakan ia boleh meninggalkan warna hitam pada mulut dan dari sinilah senduduk mendapat nama botaninya melastoma yang bermaksud mulut hitam dalam bahasa greek. Pucuknya boleh dijadikan ulam dengan dimakan mentah atau direbus. Ia mempunyai rasa yang agak masam kelat. Warna dari buahnya dijadikan pewarna kain disesetengah tempat sepeti di Thailand. Daunnya boleh dijadikan makanan untuk ulat sutera seperti daun kertau dan mulberi juga.Buahnya menjadi makanan kegemaran burung.
Kegunaan
Perubatan tradisional banyak menggunakan senduduk sebagai tumbuhan untuk mengembalikan kecergasan badan terutamanya selepas bersalin. Daun senduduk bersama daun mengkudu, serai wangi, pandan dan limau purut dicampur bersama air panas dan dijadikan rempah untuk mandi selepas bersalin, selalunya selama 3 pagi selepas bersalin. Daunnya yang tua dan gugur kebumi akan bertukar warna menjadi merah muda. Daun ini ditumbuk dan air tapisannya diminum untuk menyembuhkan luka dalaman selepas bersalin. Sesiapa yang pernah terkena bisa ulat bulu pasti tahu betapa sakitnya bisa itu. Daun senduduk boleh juga di gunakan untuk merawat bisa ini dengan cara menumbuk daunnya yang matang dan gugur kebumi dalam keadaan telungkup dan ditampal pada bahagian yang terkena ulat bulu tadi. Selain daripada itu senduduk juga boleh digunakan untuk merawat cirit birit, najisk berdarah dan buasir dengan cara meminum air rebusan daunnya. Pes daunnya yang ditumbuk juga boleh menghilangkan parut akibat pelentong/bertih/cacar air.



Teja
Nama Saintifik:Cinnamomum culilawan Bl
Famili:Lauraceae
Nama Biasa:Teja
Nama lain:Kayu tija(indonesia),culilawan
Lokasi dijumpai:Di hutan dan kawasan pembalakan
Keterangan
Pokok teja ialah sejenis tumbuhan renek yang senang didapati di kampung kampung. Semasa kecil ibu selalu menggunakan rebusan daun teja bersama daun, medang turus sebagai air mandian untuk menghilangkan lenguh badan. Tumbuhan saka ini adalah tumbuhan dari famili yang sama dengan kayu manis dan bentuk fizikal dari bentuk daun dan bunganya juga hampis sama. Seluruh bahagian pokok ini terutama kulit batangnya mempunyai aroma yang kuat. Bahan aktif yang terdapat didalamnya ialah minyak volatile.
Kegunaan
Walaupun teja mempunyai banyak khasiat perubatan namun ia jarang digunakan kerana pendedahan yang tidak meluas mengenai khasiatnya. Antara khasiat teja ialah untuk mengembalikan kecergasan badan dan mengilangkan lenguh-lenguh dengan cara mencampurkan daunnya bersama air suam dan dijadikan air mandian. Ia sesuai digunakan oleh ibu yang baru melahirkan.



Tutup Bumi 
Nama Saintifik:Elephantopus Scaber
Famili:Compositae
Nama Biasa:Tutup Bumi
Nama lain:Tapak leman/tapak liman,Tapak tangan, tapak tanah,tapak gajah, ku di dan (china),Prickly-leaved Elephants Foot(English),Doh , Doh Mai Rue(Thailand) Lom
Lokasi dijumpai: Padang-padang rumput
Keterangan
Rumpai ini biasa dijumpai tumbuh liar dipadang-padang bersama rumput. Ia sesuai tumbuh pada semua ketinggian hingga mencapai 1200 m dari aras laut.
Kegunaan
Untuk mengubat anaemia, batuk ,selsema dan serak tekak, radang rahim , hepatitis, bisul, penyakit kulit, cirit birit dan keputihan juga radang mata. Ia juga dikatakan dapat mempermudahkan proses kelahiran dan digunakan selepas bersalin untuk mengembalikan kecergasan badan. Bahagian yang digunakan : seluruh bahagian tumbuhan termasuk akarnya dibersihkan dan dikeringkan. Untuk penyakit hepatitis (sakit kuning), 120-180g akar yang masih segar direbus bersama daging dan air(supnya) diminum selama 4-5 hari. Untuk perut kembung pula 60g batangnya yang masih segar direbus dan diminum airnya. Untuk penyakit lain rebus 15-50 gram pokoknya yang telah dikeringkan dan minum airnya. Pucuk dan akarnya yang direbus bersama daun inai, daun jambu batu dapat mengecutkan rahim.

melebatkan rambut ialah pati santan dari sebiji kelapa.






Pengalaman rambut rontok

Na udah bener-bener berkerudung mungkin sekitar 5 tahun ini..
Berkerudung itu ternyata agak sulit, karena perawatan rambut jadi harus ekstra ketat..
Karena masalah utama berkerudung untuk rambut adalah rontok!

Awal kerasa rambut rontok itu awalnya dari sering pake hairdryer setelah keramas, soalnya kan males bagnet kalo pake kerudung dengan keadaan rambut basah, ini bakalan bikin kita super gerah, karena rambut kita yang basah lama-lamam bakalan menguap.. Bikin panas @.@

Tapi gara-gara pake hairdryer ini, rambut jadi superrr rontok,, akhirnya setelah ngerasa rambut mulai 2x lebih tipis, na baru berhenti pake hair dryer,, sedih bagnet.. T.T Kalo kalian tahu, waktu itu kepala hampir botak, bagian tengahnya itu rambutnya udah bener-bener jarang,,

Apalagi setelah keramas rambut yang rontoknya itu makin banyak, ini bikin kita ga tega buat keramasin rambut karena sedikit horor dengan rambut yang berjatuhan... Nyisir rambut juga sama aja, rambut yang nyangkut di itu sisir juga ga kalah banyak pas keramas.. fyuuh, beratnya masa-masa itu.. T__T

Waktu itu akhirnya na beranggapan mungkin seharusnya kita ga boleh sering-sering keramas dan nyisir rambut, tapi tetep aja,, rambut na masih rontok untuk sekitar 2 tahun kemarin.. sedih sedih.. :(((

Akhirnya na mulai cari tahu, penyebab dan cara ngobatin rambut rontok.. Ternyata penyebab rambut rontok itu adalah karena stres, kepanasan, atau memang turunan.. hoho setelah tahu sebabnya na ambil penyebab na rambutnya rontok adalah karena stres kuliah dan kepanasan berkerudung..  Dan na pun akhirnya banyak baca buku ini itu, dan coba banyak cara, alhamdulillah akhirnya sekarang bagian kepala yang botak itu udah tumbuh lagi rambutnya,, (Praise the Loooooord) (9gaggers bakalan tau ini :p ), oke seperti apa c aktivitas selama 1 tahun yang na lakukan itu.. hihi

1. Berdoa (lho kok??? doa?! )
haha jangan remehkan kekuatan do'a.. Daun di pohon yang berjatuhan juga karena kehendak Allah, apalagi batang rambut kita yang berjatuhan, itu pasti karena kehendak Allah, jadi kita harus berdoa meminta izin supaya diijinkan agar si rambut tumbuh kembali ama Sang Pemilik..

2. Jangan takut keramas!
Selalu keramas minimal 2 hari sekali, jangan jorok! Jangan biarin rambut jadi lepek dulu baru keramas, walaupun rambut berjatuhan pas keramas, tabahkan dirimu dan tetap bersihkan rambutmu, karena menurut yang na baca dari buku "Fantastic Cosmetic -Kim Mi Kyung", kunci utama perawatan rambut adalah tetap menjaga kebersihan rambut! Oya bersihkan dengan shampo! Jangan pake air doang,, shampo gunanya buat membersihkan kulit kepala.. Untuk yang punya kegiatan rutin di pagi hari misalnya kuliah, mendingan keramasnya sore aja, supaya paginya ga dikerudung dalam keadaan rambut basah, bisa bikin sakit kepala n pusing juga soalnya..

3. Sebelum keramas ngapain?
Sebelum keramas jangan lupa untuk selalu sisiran dulu, soalnya kalo abis keramas baru sisiran, rambut bakalah lebih rentan ketarik..

4. Keramaslah dengan air dingin :D
Hehe sebenernya paka air anget juga ga masalah, sebenernya suhu yang panas itu menyebabkan pori-pori kulit kepala jadi semakin membesar, dan sebaliknya suhu yang dingin bikin pori-pori kulit kepala lebih kecil, jadi, pakailah air dingin untuk keramas, tapi seandainya mau pake air anget, bilaslah air dingin setelahnya untuk nutup pori-pori kulit kepala. Oya selain itu juga, air dingin bisa bikin rambut kita lebih berkilau (cling.. cling.. :D )

5. Pas lagi keramas ngapain??
Bilaslah kepala dengan posisi seperti rukuk dalam sholat, katanya c ini untuk ngelancarin sirkulasi darah. Pake shapo secukupnya dan pijat-pijat halus jangan terlalu kuat..Terus bilas lagi dengan posisi yang sama kayak rukuk tadi..

6. Jangan lupa kasih nutrisi
Untuk yang rambutnya hampir botak, coba selalu pakai hair tonic setelah habis keramas, coba pake hair tonic itu setelah rambutnya setengah kering, hair toniknya langsung di ke kulit kepalain, dan pijat halus, Kalau na c pake serum Rudi Hadisuwarno, (hehe sumpah na ga dibayar buat promosi ni serum!) tapi menurut na serum ini cukup manjur, walaupun harganya mahal dan isinya dikit banget T____T
Terus baiknya coba 2 minggu sekali di creambath buat ngasih nutrisi ke rambut ama kasih cem-ceman entah itu kocokan telor yang dari kulkas (sumpah ini enak banget! dingin banget ke kepala! XD), atau kasih lidah buaya, atau minyak zaitun.. :)

7. Creambath aja di rumah
Sekarang udah banyak yang jualan krim untuk creambath,, murah kok sekitar 15-40ribuan, coba aja beli buat di rumah, jadi kita ga harus ngeluarin duit 25-100ribu cuma buat creambath.. Nah caranya keramasin dulu rambutnya, terus setelah dibilas, saat lagi basah gitu, kasih cream ke seluruh bagian rambut sambil dipijat halus supaya ngelancarin peredaran darah dan penyerapan nutrisi dari cream bisa lebih lancar.. abis semuanya kena bagian cream, tutupin kepala dengan handuk panas, kalo handuknya mulai dingin, rendem lagi handuknya ke air panas, tunggu sampai 10-15 menit, baru bilas lagi creamnya.. Creambath ini bilasnya harus sampai bersih, soalnya kalau ga bersih mungkin bisa bikin gatal-gatal karena ketombe.. huhu..

Hehe,, gampangkan cara yang na lakukan? alhamdulillah sekarang na ga takut lagi punya rambut panjang walupun berkerudung,, Tetap semangat untuk ngurus rambut ya, teman senasib.. :)
Selamat mencoba..




dan sampo nya juga banyak di pasaran sunsilk anti ketombe..(10rb ukuran kecil) rambut saya mulai tumbuh lagi dan bisa panjang.. dulu sih boro2 bisa panjang 4 cm aja, udah hebat deh...dan juga gatal2 akibat ketombe hilang sama sekali, sehingga rambut saya mulai menutupi area yang kosong2 di kepala saya, heheheh saya sekarang merasa percaya diri kembali dan kelihatan lebih mudaann.. seneng banget deh...

Oh ya..untuk minuman dari dalam, saya minum susu sapi 1 gelas sebelum tidur, karena susu banyak vitamin,kalsium dan zat besi yang berguna untuk penguatan akar rambut.
Begitu juga sebaiknya hindari dari minuman alkohol dan rokok, dan yg paling utama adalah stress yg membuat kepala jadi panas....sehingga rambut jadi mudah rontok....




Hair tonic gingseng (Ada tumbuhan gingseng didalamnya) Rp 80rb.

mudah2an pengalaman saya ini dapat berguna untuk pembaca, siapa tahu cocok juga...
kan gak ada salahnya kan mencoba... paling2 cuma habis 100rb (plus ongkir)...daripada cobaiin yg jutaan gak
numbuh2.

Lidah Buaya@ Aloevera dapat melebatkan rambut

Helloo...apa khabar semua





Hari ni EA nak berkongsi tips bagaimana nak melebatkan rambut... Mesti anda rungsing memikirkan macam mana nak lebatkan rambut semula...



masalah rambut


Caranya mudah tak perlu untuk keluar duit beribu -riban untuk pergi ke salon  wat treatmen rambut tapi anda perlu cari pokok lidah buaya atau aloevera... Erm..rasanya x da masalah kot untuk mencari pokok nie sbb ia senang nak dicari. Apa yang penting x perlu mengeluarkan banyak kos sangat...Kalo nak jimat sangat mintak kat jiran2 yang ada tanam erk...hehehehe


Kalau dah dapat cari pokok nie, biar EA yang ajar macam mana nak buat untuk kembalikan semula mahkota rambut anda untuk menjadi lebat dan bersinar -sinar....cam pakai jari pun boleh...

  1. patahkan pokok lidah buaya ni.
  2. lendir yang ada dalam batang pokok tu anda sapukan kat bahagian rambut yang sudah gugur @ botak....
  3. buat setiap hari...
  4. .insyaallahhh rambut anda akan kembali lebat seperti apa yang anda inginkan...... 

 Sebenarnya, orang cina pun menggunakan lidah buaya untuk memastikan rambut mereka terus lebat walaupun sudah meningkat usia dan sekarang ni pun banyak produk-produk yang shampoo yang menggunakan pati lidah buaya..Ini menunjukkan yang lidah buaya nie memang mujarab untuk melebatkan rambut.
                                                                                                                                                                  
Selain itu, pokok lidah buaya nie bukan sahaja boleh melebatkan rambut tapi ia juga baik untuk menyembuhkan luka..


jenis luka

Sekiranya, anak anda atau anda sendiri yang terlibat dalam kemalangan dan menyebabkan luka maka bolehlah menggunakan lendir lidah buaya  untuk disapukan dibahagian luka atau melecur. Ia juga merupakan peganti bagi iodin disamping fungsinya yang sama dimana dapat mengeringkan luka itu dengan segera. Kenapa?? anda rasa cam x caya jer ?? Ok..fine.. kalau anda nak tahu juga sebenarnya orang asli akan menggunakan lidah buaya untuk mengubati luka semasa berburu dihutan..Almaklumlah dekat hutan mana ada ada klinik atau hospital..Jadi yang ada cuma herba dan tumbuh-tumbuhan yang diciptakan oleh ilhi....Sebab tu la org asli menggunakannya,,,,tgk boleh jer survive.lalalala
aku pun sapu lidah buaya kat badan kalau memeber ak tersalah sumpit...jeng3x...

 Ok.setakat nie jer lah EA boleh kongsikan tips untuk entry kali nie...Igt kalo anda terluka atau nak lebatkan rambut....Carilah lidah buaya untuk menjadi penawar dalam menyembuhkan penyakit anda.Ingatlah setiap penyakit yang diturunkan ada penawarnya...Byee





You might also like


Petua Kurangkan Sakit Gigi?


Adakah anda mengenali Pokok Subang Nenek? Ataupun nama lainnya Pokok Butang Baju Siti Fatimah? Manakala nama saintifiknya pula ialah Sthenodesme Temtanara?

Untuk pengetahuan anda, ia merupakan sejenis tumbuhan herba yang senang tumbuh di kawasan yang lembap. Contohnya seperti di tepi-tepi longkang yang berair.

Pokok Subang Nenek(Butang Baju Siti Fatimah)
Pokok Subang Nenek(Butang Baju Siti Fatimah) - aalim @ flickr


Sungguhpun begitu, ia mampu mengurangkan sakit gigi ataupun gusi bengkak. Sementara menunggu masa nak ke klinik tu, anda bolehlah memanfaatkan khasiatnya ya.


Petuanya adalah seperti berikut;


1. Ambil beberapa helai daun Subang Nenek(Butang Baju Siti Fatimah).


Daun Subang Nenek(Butang Baju Siti Fatimah)
Daun Subang Nenek(Butang Baju Siti Fatimah



Pecah beling atau nama saintifiknya Strobilanthes crispus atau Saricocalix crispus (Acanthaceae) merupakan tumbuhan yang berasal dari Madagascar hingga ke Indonesia dan telah dikenal pasti buat pertama kalinya oleh Thomas Anderson (1832 - 1870) yang mengkelaskan tumbuhan ini di bawah Spermatophyta (tumbuhan berbunga dan gymnosperma). Daun in dikenali dengan nama pecah beling, enyoh kilo, kecibeling atau kejibeling di Indonesia. Di Malaysia, pokok ini lebih dikenali dengan nama pecah kaca, pecah beling atau jin batu. Pokok mudah ditanam dan hidup subur di Malaysia. Daunnya telah digunakan secara tradisional untuk merawat kanser, kencing manis serta batu karang dan juga sebagai agen diuretik.

Tumbuhan ini mempunyai kandungan kalsium karbonat yang tinggi dan air rebusannya bersifat alkali yang lemah. Kajian oleh Kusumoto dan rakan-rakan (1992) menyatakan bahawa ekstrak air pecah beling mempunyai kompaun atau molekul yang mampu untuk merencatkan pertumbuhan retrovirus; agen dalam jangkitan virus seperti sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) dan juga mampu untuk merencatkan pertumbuhan sel leukemia. Terdapat banyak kompaun yang telah diasingkan dan dikenal pasti seperti asid kafeik, asid p-hidroksi benzoik, asid p-voumarik, asid vanillik, asid gentinik, asid ferulik dan asid siringik.

Daripada kajian makmal yang dilakukan oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), daun pecah beling mempunyai kandungan mineral yang sangat tinggi seperti kalium (51%), kalsium (24%), natrium (24%), ferum (1%) dan fosforus (1%). Daunnya juga mempunyai kandungan vitamin C, B1, B2 yang agak tinggi dan banyak bahan yang lain seperti katekin dan tannin. Daun ini juga mengandungi kafeina, tetapi kandungannya adalah rendah. Kesemua kandungan yang dinyatakan menyumbang kepada paras jumlah antioksidan (total antioxidant activity) yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan yerbamate (teh herba) dan vitamin E (alfa-tokoferol).

Bagi kajian antikanser pula, kajian praklinikal telah dijalankan untuk menilai keberkesanan ekstrak pecah beling secara in vitro (kultur tisu) dan in vivo (kajian haiwan). Bagi kajian kultur tisu, ekstrak pecah beling bertindak secara efektif untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser kolon, kanser hati dan kanser buah dada. Ekstrak ini mampu membunuh sel kanser dengan mengaruh sel kanser ini mati secara semula jadi (apoptosis) tanpa kesan sampingan atau keradangan. Di samping itu, ekstrak pecah beling ini juga mampu untuk memendamkan gen penyebab kanser, sekali gus mengurangkan risiko dan keterukan kanser. Bagi kajian haiwan pula, ekstrak air pecah beling pada kepekatan 2.5% dan 5% mampu untuk mengurangkan keterukan kanser hati bagi tikus yang diaruh kanser hati.

Fitosterol (sterol dari tumbuhan) telah berjaya diasingkan daripada daun pecah beling ini. Bahan ini telah terbukti mampu untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser seperti yang telah disebutkan di atas. Bahan ini juga dikatakan mampu untuk menurunkan paras kolesterol darah kerana fitosterol akan bersaing dengan kolesterol di dalam usus, sekali gus menyebabkan kolesterol dari makanan tidak dapat diserap.

Ekstrak air daun pecah beling juga telah diuji keberkesanannya sebagai agen antidiabetis pada tikus yang diaruh diabetes. Ekstrak daun pecah beling pada kepekatan 5% dan 7.5% mampu untuk menurunkan paras gula darah di samping meningkatkan paras jumlah antioksidan (total antioxidant level) darah bagi tikus yang diaruh diabetes atau kencing manis. Ekstrak ini tidak mempunyai kesan ke atas paras gula darah pada tikus normal, tetapi mampu untuk meningkatkan paras jumlah antioksida (total antioxidant level). Peningkatan paras jumlah antioksidan (total antioxidant level) dalam darah adalah penting untuk melindungi badan daripada radikal bebas. Oleh itu, ekstrak ini sesuai bukan sahaja untuk mereka yang berpenyakit, tetapi juga untuk mereka yang normal.

Kami telah menyediakan formula teh daripada daun pecah beling. Teh pecah beling ini telah menunjukkan tahap antioksidan yang sangat tinggi, merencatkan pertumbuhan sel kanser buah dada dan kanser ovari dan juga berkesan untuk menurunkan paras gula darah pada tikus yang diaruh diabates atau kencing manis. Hasil yang menarik lagi ialah di mana teh pecah beling ini mampu untuk merencatkan pertumbuhan 2 daripada 9 mikroorganisma yang dikaji iaitu Streptococcus sobrinus dan Streptococcus mutans. Bakteria yang disebutkan ini adalah bakteria yang menyebabkan karies gigi.

Kesimpulannya, daun pecah beling merupakan tumbuhan yang mempunyai banyak khasiat. Ia mempunyai jumlah antioksidan yang tinggi di samping mampu untuk bertindak sebagai agen antioksidan, antikanser, antidiabetes dan juga antimikrob. Walau bagaimanapun, kajian klinikal (human study) masih perlu dijalankan untuk menentukan kesannya terhadap pesakit kanser dan juga pesakit diabetes atau kencing manis


Image

Kegunaan dan khasiat

Daun dan pucuk senduduk digunakan untuk mengubati cirit-birit. Daun yang dihancurkan dipupuk pada luka kecil untuk menghentikan aliran darah dan menyembuhkannya. 
Daun dan akar yang digiling lumat dipupuk pada kudis dan bekas cacar untuk menghilangkan parutnya. Campuran ini juga dibuat ubat untuk mengubati buasir. 

Akar senduduk dibuat ubat kumur untuk sakit gigi. Daun senduduk adalah antara ramuan mandi herba untuk ibu-ibu yang baru bersalin. Selain itu, daun senduduk juga berguna untuk merawat leukorea, iaitu penyakit keputihan pada wanita. Untuk rawatan ini, 1-2 genggam daun senduduk direbus bersama dengan gula, halia dan bonglai; air rebusan kemudiannya diminum. Buah senduduk berasa manis dan boleh dimakan. 

petua
Daun senduduk boleh digunakan untuk menghilangkan parut. Caranya ialah dengan mengambil beberapa helai daun senduduk, kemudian upar-uparkan hingga keluar air an gosok daun pada parut. Ia juga boleh menghilangkan jerawat pada muka dengan mencampurkan airnya dengan bedak sejuk.

Memelihara dan Memperbaiki Rambut 

Fasal ini pada menyatakan ubat menyuburkan rambut: Ambil anak pisang tematu yang sehasta panjangnya, kerat tiga, jangan serta umbinya; bembam masak-masak. Kemudian embunkan, buang arangnya dan ramas. Bubuh pada rambut pagi-pagi sebelum terbang lalat. 
Bab ubat menjadikan rambut lebat lagi panjang: Ambil daun labu, ramas dalam tempurung bulu, Ambil air nyiur hijau. Kemudian embunkan. Pada pagi-pagi esoknya sebelum terbang lalat, bubuh pada rambut di serata kepala. Ulangi berturut-turut selama tiga pagi. 
Bab ubat mencegah rambut luruh. Pergi pada umbi pisang benggala, gali umbinya jadikan seperti telaga. Pagi-pagi ambil air yang di dalam telaga itu, dan jaramkan di kepala se¬tiap hari. 
Bab ubat mencegah rambut luruh. Ambil gelang sambar dara, kambas, kerak nasi yang kita makan, dan daun selaput tunggul, semuanya itu perlumat. Kemudian ramas dengan santan nyiur hijau, embunkan. Tatkala belum terbang lalat, jaramkan di serata kepala. Selagi luruh rambut itu, jaramkan juga sehingga berhenti luruhnya. 
Bab ubat rambut yang tiada tumbuh: Ambil bayam dan akar batang teberau, bakar ambil abunya. Sudah itu, ambil hempedu ayam hitam asah di batu. Kemudian ambil pula minyak sapi dan minyak jarak, maka ambil ubat itu semua¬nya, campurkan dengan minyak kedua itu; bubuh dan sapu-kan di serata kepala



Petua Menjaga rambut  terutama yang rambut panjang. 

kalau nak selamatkan rambut yang berbuah dari dipotong. gunakan daun bunga raya campur air skit. nak lagi bagus tumbuk terus cam sambal yang bercampur air skit. lepas tuh letak atas rambut dan gosok kan bahagian hujung rambut yang berbuah dan biar kan beberapa minit dan bilas

ips Penjagaan Rambut Cara Tradisional



Tips Penjagaan Rambut Cara Tradisional,Petua Melebatkan Rambut,Kesilapan Yang Sering Dilakukan Pada Rambut,Fesyen Rambut Pengantin,Tips-gaya rambut,Gaya Rambut Selebriti Hollywood,gaya rambut, gaya rambut moden, gaya rambut cerita, gaya rambut foto, galeri gaya rambut, gaya rambut Malaysia, menunjukkan gaya rambut, gaya rambut folio, rambut gaya rambut, gaya rambut berita, acara gaya rambut, gaya rambut profil, Genetic Koleksi,fesyen rambut masa kini,gaya remaja,Jaga Rambut, Kesilapan Menjaga Rambut, Penjagaan Rambut, Rambut cantik, Rambut Kelumumur, Rambut putus.



kacang hijau

1. Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh.
lidah buaya /daun bunga raya

2. Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya.Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu.

 telur ayam kampung

3. Ambil daun bunga raya yang bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dengan sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dengan tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu. selamat mencuba!

Cara-cara melebatkan tumbuh rambut


1.     Potong pokok pisang dan batang yang tertinggal itu dibuat lubang di atasnya seperti tempurung. Pagi-pagi esoknya bubuh bair yang betul-betul sejuk ke dalam lubang itu dan dibiarkan beberapa minit.Kemudian terus ambil air dari lubang itu dan digosokkan ke atas kepala yang botak.Buatlah sedemikian setiap hari.
2.     Apa yang anda perlukan untuk melebatkan rambut ialah pati santan dari sebiji kelapa. Pati santan kelapa adalah bahan penting dalam usaha untuk melebatkan rambut secara tradisional. Basahkan rambut anda dahulu dan lumurkan pati santan ke kesluruhan kepala sehingga ke akar rambut. Bungkus kepala dengan tuala bersih dan kering selama setengah jam. Kemudian bilas keseluruhan kepala anda dengan air suam.Amalkan petua ini 2-3 kali seminggu.
3.      Sapukan minyak bijan di akar rambut / kulit kepala sebelum tidur. Paginya, bersyampu dan bilaslah rambut seperti biasa. p/s : anda boleh dapatkan minyak bijan di kedai mamak.
4.      Daun lidah buaya digunakan bersama daun bunga raya putih untuk dijadikan resipi bagi mengurangkan rambut gugur. Kalau tak ada daun lidah buaya, gunalah daun bunga raya putih sahaja. Itupun sudah memadai.
5.      Ambil sedikit daun inai. Tumbuk hingga halus dan campurkan sedikit air asam jawa. Cuci rambut hingga bersih dan bilas dengan air daun inai tadi sambil memicitkan kepala. Biarkan selama setengah jam. Kemudian bilas rambut sampai bersih. Amalakan seminggu 2 kali, Insyalah , anda tidak akan mengalami masalah keguguran rambut.
6.     Ambil beberapa helai daun rambutan yang muda, kemudian bersihkan. Ramaskan daun itu bersama air sehingga keluar lendirnya. Kemudian sapukan lendir itu pada rambut. Biarkan selama 20 minat, selepas itu bilas dengan air bersih, Lakukan 2 hari sekali dan nikmati hasil.