Thursday 28 June 2012

4 Petua Penjagaan Kecantikan


4 Petua Penjagaan Kecantikan Muka Wanita dan Lelaki

This web page is not available.

Th

This web page is not available.

The web page at http://www.facebook.com/plugins/like.php?
Penjagaan muka sering kali dikaitkan dengan wanita. Tetapi lelaki juga sepatutnya menitik beratkan penjagaan muka. Supaya muka kita nampak bersih, tidak berminyak dan sentiasa terjaga. Peliharalah nikmat kecantikan yang Allah sudah bagi. Setiap insan suka memandang akan kecantikan, tidak menjadi suatu isu jika kita sentiasa menitik beratkan nilai kecantikan selagi kita mengikut batas-batas yang telah ditetapkan dalam Islam.
Tips-tips di bawah merupakan cara tradisional atau alternatif yang boleh anda gunakan untuk menjaga kecantikan wajah anda. Selamat mencuba!
Petua mencerah menghalus dan melicin kan kulit
Cara pertama, sebiji timun di buang kulitkemudian di ‘blend’kan. Selepas itu tapiskan hasil ‘blend’ tersebut dan sapukan pada kulit muka. Biarkan selama 20 minit supaya ia dapat meresap jauh ke dalam kulit. Seelok-eloknya dilakukan sebelum tidur.
Antara cara lain ialah dengan menggunakan air nasi. Ambil air nasi yang ditanak sebelum ia kering sebanyak 2 sudu. Semasa ia masih suam lumurkan pada muka. Tunggu sehingga muka anda kering dan kemudian bilas.
Atau anda boleh menggunakan kentang sebagai salah satu teknik untuk melicinkan muka anda. Ambil sebiji kentang yang telah dibuang kulitnya. Campurkan dengan kuning telur dan lumurkan pada muka anda. Tunggu sehingga kering kemudian bilas dengan air suam.
Tangani masalah jerawat
Ambil sebatang daun lidah buaya yang sudah dibersihkan. Rebuskan daun lidah buaya tersebut dengan menggunakan api yang kecil sahaja. Lendir dari daun tersebut dikeluarkan dan disapukan pada bahagian muka yang mempunyai jerawat. Lakukannya sebelum anda tidur.
Kulit kering dan penyeri wajah
Ambil air embun bunga mawar. Sapukan pada muka dan sebaiknya berselawat. Ambil bunga tersebut dan ramas sehingga lumat. Letakkan pada muka anda dan tidak perlu dibilas.
Kurangkan parut jerawat
Jangan sekali-kali anda picit jerawat kerana ia akan menyebabkan jangkitan kuman. Dan kulit akan menjadi bertambah teruk dan menyebabkan jerawat bertambah pada muka anda.
Anda hanya perlu mengambil sebiji timun yang sudah dibuang kulitnya. Kisar dan tapis. Hampasnya digunakan dan ditempekkan pada muka. Tunggu selama 30 minit dan kemudian bilas. Lakukan 3 kali setiap minggu.
Kaedah yang digunakan di atas adalah kaedah tradisional yang boleh anda lakukan dalam kehidupan seharian anda. Sekiranya anda tidak yakin dengan produk-produk yang dihasilkan di pasaran, tidak salah anda menggunakan kaedah yang telah lama nenek moyang kita gunakan.

No comments:

Post a Comment