Tuesday, 10 July 2012

tunjuk langit


“Tidakkah kamu melihat bahwasanya Allah menurunkan hujan dari langit lalu Kami hasilkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam jenisnya" - Faathir:27

Fruit and leaves of Swieteniamacrophylla

Kingdom:
(unranked):
(unranked):
(unranked):
Order:
Family:
Genus:
Swietenia
Jacq
Species
Elutheria M.Roem.
Mahagoni Adans.
Roia Scop.
Suitenia Stokes, orth. var.[1]


Swietenia merupakan genus pokok dari keluarga chinaberry, Meliaceae. Genus ini dinamakan sempena nama seorang doktor Austria - Belanda Gerard van Swieten (1700-1772).

Genus ini telah diperkenalkan kepada beberapa buah negara Asia sebagai gantian sumber kayu mahogany apabila ia telah dihadkan dinegara asalnya pada penghujung 1990-an. Fiji dan India adalah pengeksport terbesar perladangan mahoni.

Buah Swietenia macrophylla dipanggil sebagai "buah tunjuk langit", kerana ia seolah-olah tergantung terbalek diatas pokok. Pati sari buah tunjuk Langit dijual sebagai penawar semulajadi yang dikatakan dapat meningkat peredaran darah dan kulit. Ia juga dikatakan mempunyai sifat seperti Viagra mengenai disfungsi erektil. Penggunaan pekat buah langit yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.




Buah Tunjuk Langit (Swietenia macrophylla.) juga dikenali sebagai Sky-fruit atau Buah Mahagony merupakan sejenis tumbuhan herba yang terdapat di Asia Tenggara.Swietenia macrophylla, Mahogani Daun Besar atau Mahogani Honduras adalah tumbuhan liar yang berasal dari jenis pokok Meliaceae (keluarga pokok Mahogani atau Mahoni). Pokok ini tumbuh di kawasan hutan hujan tropika yang bersuhu kering dan lembap terutamanya di Amerika Selatan, India Barat, Kepulauan Indonesia, Fiji, Honduras, Kepulauan Solomon dan juga Malaysia. Ia digelar Raja Swietenia atau Raja Mahogani oleh kerana mutu kayunya yang tinggi di pasaran dunia sejak beratus tahun yang lalu. pokok tunjuk langit ni berbuah setahun sekali sahaja.

Buahnya mempunyai nilai perubatan yang tinggi, disahkan melalui kajian saintifik oleh ahli Biokimia Amerika, Dr Larry Brookes (1996). Kebelakangan ini ia telah digunakan oleh pakar perubatan dan doktor dalam bidang perubatan dan diiktiraf sebagai antara makanan kesihatan terbaik. Buah tunjuk langit secara semulajadi, mengandungi nutrien yang tinggi kerana akarnya mencecah 20 kaki ke dalam tanah, tidak mengandungi kesan sampingan walaupun diambil dalam tempoh masa yang lama.

Pokok Tunjuk Langit mempunyai akar yang serumpun, berwarna merah dan memiliki rasa lemak. Ia mudah tumbuh di kawasan lembah yang lembab dan agak teduh. Kebiasannya herba ini boleh didapati berhampiran dengan kampung dan kebun kecil getah di bahagian utara Semenanjung.Pokok Tunjuk Langit digunakan sebagai ubat tradisi untuk membuat ubat periuk bagi wanita selepas bersalin. Manakala pucuknya dijadikan sayur dan kadang kala dimakan bersama sirih. Jauh daripada itu rizomnya pula digunakan untuk merawat batuk, penyakit siplis, caranya dimakan bersama sirih dan juga dijadikan tonik. Bagi batangnya yang tua pula boleh digunakan untuk menganyam tikar.

Pada tahun 1996, sekumpulan pakar teknologi Bio-Kimia dari Amerika Syarikat telah berjaya menperolehi suatu penemuan yang penting tentang SKY FRUIT, iaitu ia mengandungi kandungan Flavonoids dan Saponins yang tinggi.

Tumbuhan ini terkenal sebagai penawar sakit lemah syahwat iaitu dengan cara meminum air rebusan keseluruhan tanaman tersebut. Dalam pembuatan ubat-ubatan tradisional untuk penyakit batuk rejang, paku-pakis ini sangat penting kerana rizomnya apabila ditumbuk sampai halus serta dikunyah dengan buah pinang dan seterusnya dimakan dapat mengubat penyakit tersebut. Akarnya pula boleh digunakan untuk mengubati penyakit disentri iaitu dengan meminum air rebusan daripada akar tersebut yang telah ditumbuk halus.

BAHAN AKTIF PENTING UNTUK KESIHATAN DALAM BIJI TUNJUK LANGIT
Tiga bahan aktif yang utama

1. FLAVONOIDS seperti yang terdapat dalam Gingko biloba dan tongkat ali. Ia merangsang pembukaan pembuluh darah, membekalkan oksigen dan nutrisi keseluruh badan, agen anti –pengoksidaan.

2. SAPONINS seperti yang terdapat ginseng Panax. Enzim yang bertindak seperti sabun /pelincir yang mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding salur darah.Ia menguatkan fungsi jantung dan sistem imuniti .

3. BITTER ALKOLOID rasa pahit adalah kerana kandungannya yg tinggi, dapat merencatkan pertumbuhan virus dan bakteria. Ia membantu membina sel darah putih dan menguatkan imuniti badan.





1.
  1. Flavonoids
Flavonoid adalah kompaun phenolic yang terdiri daripada lima belas karbon yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan tanah, termasuk bryophytes (hornworts, liverworts, lumut) dan tumbuhan vaskular (paku-pakis, gymnosperms, dan angiosperms). Terdapat lima jenis utama flavonoid:

i) anthocyanin,

ii)flavones,

iii) flavonols,

iv) isoflavonoids, dan

v) proanthocyanidins.

Flavonoid –falvonoid ini semua disintesiskan kedalam satu sitoplasma (cytoplasm) dan kemudiannya dikumpul kesatu tumpukan (vacuoles) kecil yang dicantumkan (fius) dengan tumpukan pusat dalam kedua-dua lapisan kulit (epidermis) dan tisue luaran (korteks).

Fungsi asal flavonoid dalam sel-sel tumbuhan adalah sebagai pertahanan, memberikan perlindungan terhadap serangan serangga, kulat, dan virus dan untuk dimakan oleh herbivor invertebrat dan vertebrat. Melalui evolusi masa, fungsi tumbuhan menjadi pelbagai. Pigment /Warna (Anthocyanins) dalam tisu bunga dan sayuran merangkumi pelbagai warna dari kuning hingga ke biru. Ia yang ditemui didalam kelopak dan butiran debunga bunga menarik serangga pendebunga dan burung yang melawat untuk mencari makanan.

Flavonoid didalam sel-sel kulit luaran (epidermal cells), seperti flavones dan flavonols yang jelas kelihatan tanpa berwarna, berkhidmat sebagai perisai ultraungu (ultraviolet shields) bagi sel-sel asas. Asas utama rantai polymer flavonoids (Proanthocyanidins) berkumpul dalam vacuoles sel-sel kortikal, kot benih dan tisu sekunder seperti kulit kayu, di mana mereka membentuk campuran pigmen hitam coklat kemerahan yang dipanggil tannin pekat dalam dinding. Isoflavonoids dan flavones dirembeskan ke dalam lapisan tanah sekitar dan berfungsi sebagai isyarat dalam interaksi antara akar tumbuhan dan bakteria pengikat nitrogen untuk membentuk ketulan (nodules).

Semakin terkenal di kalangan para saintis dunia dengan keupayaannya meninggikan dan neningkatkan taraf kesihatan manusia. Ia terdapat di dalam pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan termasuk tumbuhan herba yang dikenali ramai iaitu Ginkgo Biloba dan Eurycoma Longifolia (Tongkat Ali). Bahan Flavonoids yang tinggi dalam buah Tunjuk Langit mengandungi enzim semulajadi yang dapat merangsang pembukaan pembuluh darah bagi melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan serta membekalkan nutrisi dan oksigen lalu bertindak sebagai enzim anti pengoksidaan.

-Melancarkan pengaliran darah terutamanya mencegah saluran darah daripada tersumbat-Mengurangkan kandungan tahap kolestrol serta mengurangkan penimbunan lemak pada dinding saluran darah.

Keadaan isi buah tunjuk langit

-Mengurangkan kadar risiko penyakit koronari jantung.

- Tindakan anti-inflamasi yang berkesan, menggalakkan pertumbuhan anti inflamasi dalam system tubuh badan yang berkenaan.

-Membantu mengurangkan kesakitan, pendarahan, lebam dan juga mengurangkan kecederaan tisu baban.

-Bertindak sebagai anti pengoksidaan.-Mempunyai fungsi penyingkiran Radikal Bebas (Free Radical)


FUNGSI-FUNGSI UTAMA FLAVONOIDS DAN BIOFLAVONOIDS.


· Mengurangkan paras gula dalam darah dan

· menyeimbangkan kandungan gula dalam darah.

· Memperbaiki kelancaran peredaran darah.

· Menyingkirkan radikal bebas dalam tubuh badan.

· Memperbesarkan dan menguatkan keanjalan saluran darah.

· Mengurangkan kandungan kolesterol yang tidak baik LDL dalam darah.

· Bioflavonoid semulajadi ini mampu membesarkan saluran darah serta memperbaiki peredaran darah

· Bertindak sebagai anti pengoksida.

2. SAPONINS –
Enzim semulajadi seperti sabun atau pelincir yang membantu melicinkan perjalanan darah keseluruh tubuh badan. Saponins di dalam buah Tunjuk Langit dapat mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding saluran darah bagi melancarkan perjalanan darah. Keadaan ini akan membantu menguatkan fungsi jantung di mana meningkatkan sistem imuniti dan pengurangan tahap pembekuan gula dalam darah. Kandungan Saponins yang tinggi ini juga boleh didapati di dalam makanan herba yang disanjung dunia iaitu herba Ginseng Panax.

-Menjadi agen penghalang penyakit barah dan mengurangkan lemak badan / kolestrol.-Meningkatkan system imuniti dan mempertingkatkan kecergasan.

-Mengurangkan pembekuan darah dan tahap gula dalam darah.

-Menguatkan fungsi jantung dan melambatkan proses pembekuan darah. Di samping itu, SKY FRUIT juga mengandungi pelbagai sumber semulajadi seperti protiem, mineral, vitamin, enzim, karbohidrat, asid lemak perlu dan beberapa zat-zat penting yang diperlukan oleh tubuh badan.

Keistimewaan SKY FRUIT adalah kandungan semula jadi yang diperolehi mudah terhadam dan diserap oleh tubuh badan untuk mengekalkan kesihatan.

Fungsi-fungsi Utama Saponins

 
· .Mempertingkatkan daya imuniti tubuh badan.

· .Merangsangkan perembesan insulin dari pankreas.

· .Meningkatkan fungsi pembinaan darah.

· .Menangani kekejangan otot di dalam saluran pernafasan.

· .Melancarkan sistem saluran pernafasan.

· .Meningkatkan daya penghasilan sperma lelaki.

· .Memperbaiki sistem peredaran darah.

· .Menyah toksid dalam badan (Detoksifikasi)

· .Mengelakkan kemabukan dan keracunan.

· .Mententeramkan fikiran dan otak.

· .Menghilangkan kelesuan minda.

· .Melambatkan proses penuaan.

· .Memperbaiki isomnia.

· .Menguatkan hati.

BITTER ALKOLOIDS –
Adalah unsur organik yang mempunyai sifat perubatan semulajadi. Biji Tunjuk Langit adalah pahit jika dimakan begitu saja. Rasa pahit adalah disebabkan oleh kandungan bitter alkoloids yang tinggi di mana ini membuatkan darah di dalam badan terasa pahit dan membantutkan pertumbuhan pelbagai jenis virus dan bakteria yang menjadi penyebab utama kepada pelbagai jenis penyakit. Ini akan membantu pembinaan secara matang sel-sel darah putih di dalam tubuh manusia untuk mengukuhkan sistem imunisasi tubuh badan bagi menghalang dari serangan organisma-organisma yang tidak baik.

Faedah-faedah lain:

Menghilangkan sembelit / penghadaman,
Gastrik
Saraf
Mencegah ketumbuhan Tumor
Kecantikan kulit
Jerawat
Rheumatism
Lelah
Nyanyuk

No comments:

Post a Comment