Thursday, 9 August 2012

Petua Melebatkan Rambut


Petua Melebatkan Rambut

Petua 1 untuk melebatkan rambut:


Tahukah anda bahawa sekepal nasi dan 1/2 biji limau nipis boleh melebatkan rambut ? Ini caranya...rendamkan sekepal nasi dan 1/2 biji limau nipis di dalam secawan air dan sebuku garam. Kemudian diembunkan pada waktu malam. Pagi esoknya perahlah limau nipis tersebut bersama bahan yang diembunkan tadi. Selepas itu bilas dengan air campuran tadi dan biarkan selama 3 jam. Kemudian barulah dibilas dengan air bersih. Selamat mencuba.


Petua 2:


Untuk melebatkan rambut, ambik daun bunga raya ramas2 dlm air,biar semalaman (urg dulu2 selalu diembunkan,skrg ni masih ada embun ker?)..lendir tu sapu n usap2kan rambut,selain melebatkan rambut,i juga utk menghitamkan rambut dan menghilangkan sakit kepala dan menurunkan panas badan


Petua 3:


Walaupun pelbagai teknologi canggih diperkenalkan bagi merawat serta mencantikkan rambut, masih ramai wanita yg suka mengamalkan petua orang tua2 untuk menjaga mahkota mereka. 


Antara petua yg paling terkenal di kalangan org Melayu kita ialah penggunaan santan. Khasiatnya memang terkenal utk melembut serta melebatkan rambut. Caranya mudah, ambil kelapa tua & perah pekat2. Biarkan sejam agar patinya naik, baru disapu pada rambut. Gunakan jari atau sikat bergigi jarang. Balut dgn tuala bersih & perap setengah jam. 


Selain itu, minyak kelapa yg dibuat sendiri juga baik utk merawat rambut kering, pecah hujung serta mudah gugur. Caranya mudah, perah santan dpd 2 atau 3 biji kelapa tua. Ambil yg pekat saja (2 kali perah). Kemudian jerang di dlm kuali besar tebal. Sebaik2nya guna dapur kayu kerana tempoh memasak minyak kelapa ini sgt lama (hampir sehari suntuk). Kemudian biarkan ia sejuk & baru dijaram pada kepala. 


Selain itu, minyak bijan juga elok utk melebatkan rambut. Agar lebih harum, campur minyak dgn bunga melur atau bunga melati & daun pandan. Bagi mengelakkan hapak, pastikan sisa minyak dibasuh bersih. 


Wanita Jawa pula gemar menggunakan abu batang padi utk mencuci rambut. Biasanya batang padi yg baru dituai, dibakar. Kemudian direndam semalaman, baru ditapis. Guna hampas tapisan batang padi utk mencuci rambut, kemudian bilas dgn air rendamannya. Selepas itu baru dicuci dgn air biasa sebersih2nya. Bagi menghilangkan kelemumur, campur air perahan limau nipis dgn sedikit air & genyeh pada kulit kepala. Ada juga yg rajin mengumpul embun pada awal pagi & diusap2 pada pangkal rambut. Ia dipercayai mempercepatkan pertumbuhan rambut serta mengelakkan sakit kepala. 


Selain itu, lendir daun bunga raya atau gel lidah buaya elok disapu pada kulit kepala utk menyejukkan serta mengelakkan rambut gugur. Ia juga bertindak sbg perapi. Di kalangan wanita barat, penggunaan minyak buah pic, ginseng & minyak bunga kesumba digunakan dgn meluas utk mengatasi rambut gugur. Ada juga yg menggunakan gel pokok kektas & daun lidah buaya. 


Wanita Cina & Jepun pula menyukai pelbagai jenis akar ginseng, teh herba Cina & halia utk merawat rambut. Sebenarnya wanita dari negara berbeza mempunyai cara tersendiri utk merawat masalah kecantikan. Tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, bunga & daun kayu yg digunakan juga berbeza, bergantung kpd keadaan geografi serta cuaca & musim di negara berkenaan. 


Beberapa petua mudah yg boleh dicuba bagi merawat rambut bermasalah & mencantikkannya lagi. 


-RAMBUT KERING- Cuba rawat menggunakan minyak, sebaik2nya minyak sayur-sayuran. Hangatkan minyak, kemudian gunakan jari & sapu pada seluruh kulit kepala & rambut. Kukus tuala seketika agar lembap & hangat. Kemudian balut. Biar 20 minit. Basuh bersih dgn syampu. 


-RAMBUT BERMINYAK- Sediakan secawan air suam kemudian campurkan spenutup penuh syampu & kuning telur. Pukul seketika. Gunakan campuran ini utk mencuci rambut. Kemudian bilas sebersih2nya. 


-MELINDUNGI RAMBUT DPD MATAHARI- Ambil 50gm bunga cammomile, rebus bersama 300ml air & sejukkan. Selepas itu tambah perahan air limau & gunakan air ini utk membilas rambut. 


-SYAMPU SEMULAJADI- Jika kehabisan syampu, cuci rambut (jenis berminyak) dgn telur yg dipukul hingga kembang & dicampur perahan limau. Bagi rambut yg lembut & halus, cuci dgn campuran air & bunga cammomile. 


-KHASIAT MINYAK JOJOBA- Minyak tumbuhan dari gurun ini mengandungi sebatian lilin. Elok digunakan utk melembapkan rambut sekaligus membuatkan ia bersinar. Ia tidak melekit & mudah meresap ke dalam epidermis (kulit kepala). 


-SYAMPU HERBA- Tumbuk beberapa helai daun salam, campur bunga cammomile kering & sedikit bunga rosmarie. Masukkan ke dlm mangkuk, tuang air panas & biarkan beberapa minit. Kemudian tapis & campurkan secamca teh sabun cecair. Gunakan ia sbg syampu. 


-MEWARNA RAMBUT- Gunakan daun inai yg ditumbuk lumat & titiskan air utk mewarnakan rambut. Menurut pakar, inai dari Iran adalah yg terbaik kerana ia lebih merah. Cara menginai rambut mudah - ambil anggaran segenggam daun inai, kemudian tumbuk atau giling hingga halus & titiskan air. Utk warna yg lebih cantik, titiskan sedikit air teh pekat. Kemudian lumurkan pada rambut & balut dgn plastik. Biarkan beberapa jam atau semalaman. Cuci sehingga bersih & ulangi beberapa kali sehingga warna rambut bertukar. 


-RAMBUT HARUM- Jika ingin rambut sentiasa segar & harum, cuba gosok kulit kepala dgn hirisan limau nipis & biar ia seketika melitupi seluruh rambut. 


-HILANGKAN KELEMUMUR- Ambil beberapa titis minyak bunga rosmarie, campur 2 camca besar bijan & lumurkan pada kulit kepala. Kemudian syampu rambut spt biasa & bilas. 


-TONIK TAIRU- Ambil setengah mangkuk kecil tairu tanpa perasa, campur telur. Pukul hingga kembang. Kemudian campur parutan kulit limau & gaul rata. Lumur pada rambut & pakai serkup plastik mandi & biarkan lebih kurang 40 minit. Syampu & bilas bersih. Selain itu, utk mendapatkan rambut yg bersinar, cuba amalkan mencampur beberapa titis air perahan limau ke dalam air bilasan rambut. Gunakan ia utk membasahkan rambut bagi menyerlahkan sinarnya. 


SELAMAT MENCUBA Petua melebatkan rambut dan petua rambut gugur. Wassalam

limau kasturi


Khasiat limau kasturi – apa khasiat limau kasturi?


Khasiat limau kasturi. Tahukah anda apa khasiat limau kasturi atau nama saintifiknya Citrus Microcarpa? Untuk pengetahuan anda perahan jus limau kasturi memang diakui mampu menambahkan keenakan rasa sesetengah minuman dan masakan. Namun keistimewaan buah limau kasturi tak terhenti setakat itu sahaja. Sebenarnya terdapat banyak lagi khasiat limau kasturi yang mungkin belum anda ketahui.

Ini kerana bukan hanya jus limau kasturi, malah kulit limau kasturi ni pun boleh anda gunakan untuk mengurangkan sesetengah penyakit seperti lelah, sakit tekak dan juga pening kepala. Tak lupa juga, ia dikatakan dapat mengatasi masalah badan berbau dengan menggunakan buah limau kasturi.
Bagi memudahkan anda, saya akan senarai khasiat limau kasturi ini satu persatu mengikut kegunaan beserta dengan cara menggunakan buah limau kasturi sekali.
1. Limau Kasturi Mengurangkan Lelah
- Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.
- Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi.
Anda boleh meminum jus limau kasturi pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalami lelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara meminum jus limau kasturi seminggu sekali.
2. Limau Kasturi Melegakan Pening Kepala
- Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya.
- Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.
Sebagai tambahan, anda juga boleh memakan kulit buah limau kasturi secara mentah.
3. Limau Kasturi Mengatasi Masalah Badan Berbau
- Amalkan selalu memakan kulit limau kasturi secara mentah.
4. Limau Kasturi Menyembuhkan Sakit Tekak
Biasanya buah limau kasturi digunakan bagi menyembuhkan sakit tekak akibat lendir dan kahak.
- Bagi orang dewasa, anda campurkan jus limau kasturi dengan sedikit lada hitam.
- Kacau campuran jus limau kasturi tersebut hingga rata dan minum.
- Jika kanak-kanak pula, anda boleh campurkan jus limau kasturi tu dengan sedikit madu. Tujuan menggantikan lada hitam dengan madu adalah untuk mengelakkan daripada kanak-kanak tu mengalami kepanasan.
5. Limau Kasturi Menghilangkan Kesan Minyak pada Pakaian
- Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.
- Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam.
- Kemudian, gosokkan campuran jus limau kasturi dan garam tadi pada bahagian pakaian yang terkena minyak.
- Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti.
Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.
Begitulah 5 fungsi limau kasturi yang boleh anda manfaatkan dalam kehidupan seharian. Mudah-mudahan ia dapat membantu anda menangani masalah yang dinyatakan di atas dengan berkesan. Sambil tu dapat gak berjimat, kan?

Keramak Pokok keramak


Keramak ubat tradisional

Posted by: admin In: Keramak



Pokok keramak atau nama saintifiknya Alternanthera sessilis merupakan sayuran tradisional amat digemari masyarakat desa.Herba ini tidak ditanam tetapi tumbuh liar di tepi sungai, paya darat, sawah padi dan tempat lembap dan berair. Penggemar sayuran ini sering memungut pucuk herba ini untuk dibuat sayur. Pucuk muda dimasak lemak, ditumis atau dibuat kerabu.
Penggemar sayur menganggap memakan sayur






alternanthera-sessilis-ponnagani-meenagani-1

Alternanthera sessilis
photo



Pokok keramak atau nama saintifiknya Alternanthera sessilismerupakan sayuran tradisional amat digemari masyarakat desa.Herba ini tidak ditanam tetapi tumbuh liar di tepi sungai, paya darat, sawah padi dan tempat lembap dan berair. Penggemar sayuran ini sering memungut pucuk herba ini untuk dibuat sayur. Pucuk muda dimasak lemak, ditumis atau dibuat kerabu.
Penggemar sayur menganggap memakan sayur keramak sebagai ubat tradisional. Air rebusannya dikatakan dapat menyembuhkan demam.
Keramak herba merayap atau menjalar, dan tumbuh liar sehingga menutup kawasan yang lembap dan berair. Daunnya tumbuh roset pada buku ruas, bergaris bentuk elips hingga oblong, 1.3 - 5 sentimeter (sm) panjang, 0.7 - 2.5 sm lebar, tepi daun bergerigi halus, berwarna hijau tua. Infloresen pada aksil daun, bersesak-sesak membentuk kepala bunga dan berwarna putih.
Tidak banyak diketahui mengenai khasiat makanan herba ini. Dalam tiap 100 gram (g) bahagian yang boleh dimakan keramak mengandungi: Protein 2.0 g, lemak 0.3 g, karbohidrat 8.9 g, serat 2.7 g, fosforus 27 mg, kalium 474 mg dan kalsium 65 mg.

daun mangkuk untuk botak


Pokok Ðaun Mangkuk















Nama tempatan: Daun mangkuk, semangkuk, Daun Belangkas, Shield aralia
Nama Saintifik: Polyscias scutellaria (Burm. f.) Fosberg


Pokok Ðaun Mangkuk atau nama botaninya polyscias scutellaria merupakan sejenis tanaman yang bukan sahaja cantik dijadikan pokok hiasan, malah boleh dijadikan sebagai tumbuhan ubatan. Tergolong dalam keluarga araliaceae, pokok Ðaun Mangkuk dikatakan berasal dari kepulauan Jawa. Kini ia banyak ditanam di serata kawasan tropika dan subtropika.

Ðikenali juga dengan nama pokok Ðaun Belangkas, Saucer leaf (Inggeris), platito (Filipina), Ðinh Lang Ðia (Vietnam), Ndosir (Kepulauan Vanuantu), Ðanidani (Kepulauan Fiji), Tagitagi (Kepulauan Samoa0 dan Yuan Ye Nan Yang Shen (China) ini, pokoknya tidak banyak cabang dan daunnya adalah jenis ringkas. Ðaunnya terletak dalam susunan berpilin-pilin, berbentuk seperti mangkuk, membulat atau seperti jantung tetapi lebar membulat.

Bentuk daunnya yang seperti mangkuk ini jugalah membuatkan tanaman hiasan ini mendapat gelaran pokok Ðaun Mangkuk. Ðisebabkan itu juga, bahagian daunnya turut digunakan sebagai mangkuk ataupun alas kuih seperti dodol.

Pokok Ðaun Mangkuk ditanam dengan menggunakan keratan ranting ataupun dahan. Kaedah tut juga boleh digunakan. Keratan mudah tumbuh dengan memacaknya terus ke tanah. Tumbuhan ini biasanya amat cepat membesar. Ðaun Mangkuk sesuai ditanam di dalam pasu ataupun di atas tanah secara tunggal, dalam satu baris, berjalur atau berkelompok.

Seluruh bahagian pokok Ðaun Mangkuk mengandungi musilaj, tannin, karbohidrat, serabut dan mineral. Musilaj yang terdapat dalam pokok ini dikatakan mampu melegakan tisu yang bengkak atau gatal di luar dan dalam tubuh, menghalang jangkitan, mengurangkan masalah gastrik, cirit dan perut memulas. Pokok Ðaun Mangkuk juga turut mengandungi polusciasaponon P1, kalsium oksalat, peroxidase, amygdalin, fosfat, bersi, lemak, protein, vitamin A, B1 dan C.

Pokok Ðaun Mangkuk juga mempunyai khasiat dalam perubatan tradisional. Ramai yang tidak mengetahui pucuk muda pokok ini boleh dimakan sebagai ulam dengan mencelurnya terlebih dahulu.

Kurangkan kebotakan

Bagi mereka yang menghadapi masalah pembuangan air kecil, anda boleh menggunakan pokok Ðaun Mangkuk untuk merawatnya. Caranya adalah dengan memasukkan daun segar ke dalam air mendidih buat seketika. Keluarkan daun ini dan tampalkan pada perut untuk merangsang masalah pembuangan air kecil.

Jika anda mengalami masalah ulser dan rambut gugur, anda juga boleh menggunakan daunnya untuk mengatasi masalah tersebut. Caranya dengan menampal pokok Ðaun Mangkuk yang telah ditumbuk lumat pada bahagian yang mengalami ulser dan kulit kepala yang mengalami kebotakan.

Bagi wanita yang mengalami masalah pembengkakan payudara, anda boleh merawat masalah ini dengan meminum air rebusan daun yang telah matang. Ðaun yang matang dan segar ditumbuk bersama dengan kunyit segar, digaulkan dengan minyak kelapa dan kemudian ditampal pada buah dada yang bengkak. Cara ini dikatakan boleh digunakan untuk merawat masalah pembengkakan payudara.

Melawas pembuangan air kecil

Selain daun, akar pokok Ðaun Mangkuk juga boleh digunakan untuk tujuan perubatan tradisional. Air rebusan akarnya dikatakan boleh diminum untuk melawaskan pembuangan air kecil dan merangsang tubuh supaya segera berpeluh.

Ði Kepulauan Vanuatu, jus yang diekstrak daripada daun pokok Ðaun Mangkuk boleh diminum oleh ibu selepas bersalin untuk merangsang pengeluaran uri.

Walaupun pokok Ðaun Mangkuk memiliki pelbagai khasiat ubatan yang dikatakan mampu melegakan penyakit dan masalah kesihatan, namun begitu penggunaannya perlulah mendapatkan nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak