Monday, 25 June 2012

adat hidup


Adat hidup membuka diri,
kelebihan orang ia fahami
ilmu orang ia hormati
budi orang ia santuni
petuah amanah ia ingati
mana yang salah ia baiki
bersangka baik dan tahu diri
bercakap benar laku terpuji
berkata lurus sampai ke hati
adat hidup membuka diri,
lahir batin menahan uji
bercakap tidak meninggi
bergaul tidak mengiri
tahu lemah dan bodoh diri
pendapat orang ia hormati
pada yang benar ia berdiri
pada yang hak ia mati
muka jernih hatinya suci
kepada Allah berserah diri
adat hidup berterus terang,
budi bahasa jangan dibuang
adat hidup berterus terang,
syarak dijunjung adat dipegang
adat hidup berterus terang,
pantang bersikap menghina orang
adat hidup berterus terang,
pantang sekali berlaku temberang
adat hidup berterus terang,
niat tidak membinasakan orang
adat hidup berterus terang,
bijak menimbang perasaan orang
adat hidup berterus terang,
bukan mencari kesalahan orang
adat hidup berterus terang,
mulut dijaga, nafsu dikekang
adat hidup berterus terang,
bercakap tidak sewenang-wenang

adat hidup berterus terang,
ingat kepada pantang dan larang

adat hidup berterus terang,
pantang membuka aib malu orang
adat hidup berterus terang,
berkata benar tidak mengarang
adat hidup berterus terang,
pantang sekali main belakang
adat hidup beterus terang,
dengki dan iri harus dibuang
adat hidup berterus terang,
tidak menjatuhkan air muka orang
berbuka kulit tampak isi,
bukan membalas sakit hati

berbuka kulit tampak isi,
disimpai dengan budi pekerti

berbuka kulit tampak isi,
niat elok hati pun suci
berbuka kulit tampak isi,
niat tidak lesi melesi
berbuka kulit tampak isi,
niat tidak sakit menyakiti
berbuka kulit tampak isi,
niat tidak iri dan dengki
kalau mau beterus terang,
mulut manis akal pun panjang
kalau mau berterus terang,
niat ikhlas dada pun lapang
kalau mau berbuka-bukaan,
aib dan malu sama ditaha

Petua Menjaga Mahkota


Petua Menjaga Mahkota


 

Bahan-bahan

Caranya

Walaupun pelbagai teknologi canggih diperkenalkan bagi merawat serta mencantikkan rambut, masih ramai wanita yg suka mengamalkan petua orang tua2 untuk menjaga mahkota mereka. Antara petua yg paling terkenal di kalangan org Melayu kita ialah penggunaan santan. Khasiatnya memang terkenal utk melembut serta melebatkan rambut. Caranya mudah, ambil kelapa tua & perah pekat2. Biarkan sejam agar patinya naik, baru disapu pada rambut. Gunakan jari atau sikat bergigi jarang. Balut dgn tuala bersih & perap setengah jam. Selain itu, minyak kelapa yg dibuat sendiri juga baik utk merawat rambut kering, pecah hujung serta mudah gugur. Caranya mudah, perah santan dpd 2 atau 3 biji kelapa tua. Ambil yg pekat saja (2 kali perah). Kemudian jerang di dlm kuali besar tebal. Sebaik2nya guna dapur kayu kerana tempoh memasak minyak kelapa ini sgt lama (hampir sehari suntuk). Kemudian biarkan ia sejuk & baru dijaram pada kepala. Selain itu, minyak bijan juga elok utk melebatkan rambut. Agar lebih harum, campur minyak dgn bunga melur atau bunga melati & daun pandan. Bagi mengelakkan hapak, pastikan sisa minyak dibasuh bersih. Wanita Jawa pula gemar menggunakan abu batang padi utk mencuci rambut. Biasanya batang padi yg baru dituai, dibakar. Kemudian direndam semalaman, baru ditapis. Guna hampas tapisan batang padi utk mencuci rambut, kemudian bilas dgn air rendamannya. Selepas itu baru dicuci dgn air biasa sebersih2nya. Bagi menghilangkan kelemumur, campur air perahan limau nipis dgn sedikit air & genyeh pada kulit kepala. Ada juga yg rajin mengumpul embun pada awal pagi & diusap2 pada pangkal rambut. Ia dipercayai mempercepatkan pertumbuhan rambut serta mengelakkan sakit kepala. Selain itu, lendir daun bunga raya atau gel lidah buaya elok disapu pada kulit kepala utk menyejukkan serta mengelakkan rambut gugur. Ia juga bertindak sbg perapi. Di kalangan wanita barat, penggunaan minyak buah pic, ginseng & minyak bunga kesumba digunakan dgn meluas utk mengatasi rambut gugur. Ada juga yg menggunakan gel pokok kektas & daun lidah buaya. Wanita Cina & Jepun pula menyukai pelbagai jenis akar ginseng, teh herba Cina & halia utk merawat rambut. Sebenarnya wanita dari negara berbeza mempunyai cara tersendiri utk merawat masalah kecantikan. Tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, bunga & daun kayu yg digunakan juga berbeza, bergantung kpd keadaan geografi serta cuaca & musim di negara berkenaan. Beberapa petua mudah yg boleh dicuba bagi merawat rambut bermasalah & mencantikkannya lagi. -RAMBUT KERING- Cuba rawat menggunakan minyak, sebaik2nya minyak sayur-sayuran. Hangatkan minyak, kemudian gunakan jari & sapu pada seluruh kulit kepala & rambut. Kukus tuala seketika agar lembap & hangat. Kemudian balut. Biar 20 minit. Basuh bersih dgn syampu. -RAMBUT BERMINYAK- Sediakan secawan air suam kemudian campurkan spenutup penuh syampu & kuning telur. Pukul seketika. Gunakan campuran ini utk mencuci rambut. Kemudian bilas sebersih2nya. -MELINDUNGI RAMBUT DPD MATAHARI- Ambil 50gm bunga cammomile, rebus bersama 300ml air & sejukkan. Selepas itu tambah perahan air limau & gunakan air ini utk membilas rambut. -SYAMPU SEMULAJADI- Jika kehabisan syampu, cuci rambut (jenis berminyak) dgn telur yg dipukul hingga kembang & dicampur perahan limau. Bagi rambut yg lembut & halus, cuci dgn campuran air & bunga cammomile. -KHASIAT MINYAK JOJOBA- Minyak tumbuhan dari gurun ini mengandungi sebatian lilin. Elok digunakan utk melembapkan rambut sekaligus membuatkan ia bersinar. Ia tidak melekit & mudah meresap ke dalam epidermis (kulit kepala). -SYAMPU HERBA- Tumbuk beberapa helai daun salam, campur bunga cammomile kering & sedikit bunga rosmarie. Masukkan ke dlm mangkuk, tuang air panas & biarkan beberapa minit. Kemudian tapis & campurkan secamca teh sabun cecair. Gunakan ia sbg syampu. -MEWARNA RAMBUT- Gunakan daun inai yg ditumbuk lumat & titiskan air utk mewarnakan rambut. Menurut pakar, inai dari Iran adalah yg terbaik kerana ia lebih merah. Cara menginai rambut mudah - ambil anggaran segenggam daun inai, kemudian tumbuk atau giling hingga halus & titiskan air. Utk warna yg lebih cantik, titiskan sedikit air teh pekat. Kemudian lumurkan pada rambut & balut dgn plastik. Biarkan beberapa jam atau semalaman. Cuci sehingga bersih & ulangi beberapa kali sehingga warna rambut bertukar. -RAMBUT HARUM- Jika ingin rambut sentiasa segar & harum, cuba gosok kulit kepala dgn hirisan limau nipis & biar ia seketika melitupi seluruh rambut. -HILANGKAN KELEMUMUR- Ambil beberapa titis minyak bunga rosmarie, campur 2 camca besar bijan & lumurkan pada kulit kepala. Kemudian syampu rambut spt biasa & bilas. -TONIK TAIRU- Ambil setengah mangkuk kecil tairu tanpa perasa, campur telur. Pukul hingga kembang. Kemudian campur parutan kulit limau & gaul rata. Lumur pada rambut & pakai serkup plastik mandi & biarkan lebih kurang 40 minit. Syampu & bilas bersih. Selain itu, utk mendapatkan rambut yg bersinar, cuba amalkan mencampur beberapa titis air perahan limau ke dalam air bilasan rambut. Gunakan ia utk membasahkan rambut bagi menyerlahkan sinarnya. SELAMAT MENCUBA Wassalam

Khasiat Herba Dan Rempah Ratus


Khasiat Herba Dan Rempah Ratus

 Herba dan rempah ratus adalah antara bahan masakan penting yang sudah menjadi sebahagian daripada sajian masyarakat di seluruh dunia sejak beribu tahun lamanya.  

Tumbuhan itu adalah warisan yang tidak ternilai kepada manusia kerana selain menyedapkan lagi hidangan, herba juga mempunyai banyak khasiat berguna untuk penjagaan kesihatan badan dan kecantikan.

Untuk masyarakat tempatan, kita memang tidak dapat lari daripada beberapa bahan seperti lengkuas, halia, kunyit, bawang serta serai yang sememangnya sentiasa ada di dapur.

Halia
Halia atau nama botaninya, Zingiber officinale, digunakan sebagai bahan untuk merawat luka dan mencegah jangkitan parasit, tetapi kerana kurang pendedahan mengenai khasiatnya, sebahagian besar generasi masa kini mengenali halia hanya sebagai satu rempah ratus masakan.

Tumbuhan ini dikatakan berkesan untuk merawat loya dan mual, namun untuk ibu yang hamil, pengambilannya tidak digalakkan. Ia juga membantu untuk melegakan kesakitan perut selain mengelakkan kekejangan akibat cuaca panas.

Di Asia Tenggara, halia sebenarnya banyak digunakan untuk membantu menangani beberapa jenis penyakit seperti berkaitan penghadaman, angin serta memanaskan badan kerana ia kaya dengan pati minyak, oleoresin, protein, lemak, asid organik serta vitamin A, B, dan C.

Kunyit
Pokok kunyit pula sememangnya unik kerana ia mempunyai pelbagai kegunaan. Daun kunyit biasanya digunakan untuk memberi aroma serta warna kuning kepada masakan seperti rendang, gulai selain dijadikan sebagai pembalut ikan atau daging yang dibakar. Dalam perubatan, kunyit atau nama botaninya, Curcuma domestica digunakan sebagai antioksidan, antibakteria dan antiradang. Ia dikatakan membantu menyembuhkan luka di dalam badan, membantu proses pencernaan serta menghilangkan selesema. Kajian menunjukkan peranan kunyit dalam perubatan sudah dikenal pasti sejak 3,000 tahun lalu. Bagi masyarakat Melayu, kunyit sering digunakan sebagai jamu untuk ibu selepas bersalin bagi mengecutkan rahim serta mencuci darah. Masyarakat Cina pula percaya isi kunyit boleh membantu melancarkan darah, menghilangkan kesan lebam dan darah beku.

Masyarakat India menggunakan kunyit sebagai bahan utama dalam masakan rempah kari serta acar pedas dan ilmu perubatan India mengesyorkan kunyit sebagai pes untuk mengubati penyakit kulit, gatal-gatal dan depilatori. Lebih menarik, masyarakat di negara jiran, Thailand, mempercayai kunyit dapat merawat bisa patukan ular tedung dan dikatakan ada penyelidikan yang membuktikan herba itu membantu untuk menguatkan pundi hempedu, menyekat pembekuan darah serta mengurangkan toksin pada
Lengkuas
Tanaman herba yang biasa ditanam di sekitar rumah, lengkuas atau nama saintifiknya, Alpinia galanga, pula tidak kurang hebatnya daripada segi khasiat.

Tergolong dalam keluarga Zingiberaceae, lengkuas dipercayai mempunyai khasiat untuk menambahkan selera makan serta membantu membersihkan darah, mencairkan kahak, merawat penyakit limpa bengkak dan mempunyai ciri afrodisiak, penyebab utama ia banyak dijadikan sebagai salah satu bahan dalam menguatkan tenaga.
 

Asam Gelugur
Asam gelugur juga mempunyai banyak kebaikan kepada kesihatan badan. Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, asam gelugur atau nama saintifiknya Garcinia atroviridis yang mengandungi asid hydroxycitris dianggap antara ejen terbaik mengurangkan kolesterol.

Asam gelugur dipercayai dapat membantu mengurangkan asid lemak selain meningkatkan pengeluaran glikogen di hati serta meningkat suhu badan.

Bawang Putih
Bawang putih atau Alium sativum pula memang sudah menjadi bahan dapur utama ketika memasak kerana aroma dan rasa yang dihasilkan menambah perisa pada setiap hidangan. Penggunaan bawang putih sebenarnya bukan sekadar untuk menyedapkan makanan semata-mata kerana ada kajian yang mendapati khasiat bawah putih untuk kesihatan. Penduduk awal Amerika menggunakan bawang liar untuk merawat demam, batuk dan asma manakala dalam perubatan Cina, bawang banyak digunakan untuk menangani masalah batuk, jangkitan bakteria serta masalah pernafasan.

Masyarakat Syria dikatakan mencampurkan bawang putih ke dalam minuman untuk mengubati demam, cirit-birit dan menahan sakit semasa bengkak. Ia juga dipercayai membantu untuk menguruskan badan, menurunkan paras kolesterol serta tekanan darah tinggi dan menambah kepekatan darah. Kandungan bawang putih bukan saja menghasilkan antibodi, tetapi turut membentuk sistem kawalan secara semula jadi untuk membunuh kuman bagi meredakan demam kepialu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut menyokong penggunaan bawang untuk mereka yang mengalami masalah kurang selera makan serta mencegah atherosclerosis selain dapat membantu meredakan masalah batuk, asma dan bronkitis.

Serai
Serai pula boleh didapati dalam dua jenis utama iaitu untuk dimakan dengan nama saintifik Cymbopogen citratus dan serai wangi, Cymbopogen nardus. Menurut laman web Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), tanaman serai makan dilaporkan berasal dari Sri Lanka dan tersebar luas di kawasan tropika, termasuk Malaysia, Indonesia, Tanzania, Brazil, Guatemala serta China.

Di Malaysia, serai makan terutama batangnya digunakan sebagai bahan perisa dalam masakan tradisional seperti masakan rendang, tom yam, kerabu, masak lemak cili padi dan asam pedas kerana aroma serta rasanya yang unik dapat meningkatkan selera. Di sesetengah negara, serai makan diusahakan khas untuk pengeluaran minyak pati yang berwarna kuning hingga coklat kemerahan dan berbau limau atau lemon. Serai wangi pula banyak digunakan untuk rawatan selepas bersalin dan pening kepala. Caranya adalah dengan menggunakan air rebusan serai wangi sebagai mandian atau dibasahkan kepala dan dilapkan pada seluruh badan. Ia juga banyak digunakan dalam menghasilkan minyak urut untuk mengatasi masalah kebas-kebas, lenguh-lenguh, gigitan serangga dan kembung perut. Bagaimanapun, di kebanyakan negara, serai wangi ditanam khas untuk pengeluaran minyak pati yang dikenali sebagai citronella di pasaran antarabangsa. 

Limau Purut
Limau purut juga mempunyai banyak khasiat dan kegunaan. Daunnya banyak digunakan dalam masakan seperti tom yam kerana bau dan rasanya yang unik. Daripada aspek kesihatan, limau purut banyak digunakan sebagai ramuan ubatan dan bahan untuk mandi wap kerana ia dipercayai membantu untuk merawat kulit kepala, luka, lebam dan gigitan serangga berbisa.

Khasiat Daun Lidah Buaya (Aloe Vera)

Aloe vera daripada famili Liliaceae ataupun lebih dikenali sebagai lidah buaya atau lidah jin mengandungi banyak khasiat. Kebiasaannya, ia terdapat di kawasan tanah yang berpasir dan bercuaca panas serta kering.

Pada masa kini, lidah buaya dijadikan sebagai tanaman untuk perhiasan yang ditanam di dalam pasu atau di halaman rumah. Selain cantik untuk perhiasan, ia juga mempunyai pelbagai kegunaan terutamanya dari segi perubatan.

Apabila diramas, daun lidah buaya akan mengeluarkan jeli yang mana dapat digunakan sebagai bahan kosmetik untuk mengurangkan kedutan terutamanya pada kulit muka dan tangan. Ia juga dapat dijadikan sebagai bahan pelembab dan pelembut untuk kulit dan rambut serta dapat digunakan untuk menyubur dan menghitamkan rambut.

Malah, tidak hairanlah “tanaman ajaib” ini telah digunakan sejak zaman Firaun di Mesir lagi untuk merawat kecantikan ratu-ratu Mesir. Dan kini, terdapat pelbagai produk Aloe vera untuk kecantikan di pasaran seperti Mustika Ratu, Sari Ayu, Ratu Ayu Solo dan sebagainya.

Di samping itu, jeli lidah buaya yang sejuk dan segar itu dapat digunakan untuk mengubati luka-luka kecil, terbakar, bengkak dan edema. Ia juga digunakan untuk mengubati penyakit sembelit, gatal-gatal pada kulit, pembengkakan salur darah pada anus dan pemikiran yang tidak dapat dikawal.

Walaupun rasanya pahit, lidah buaya sebenarnya berguna untuk mengubati penyakit leukimia (lebihan sel darah putih dalam badan) dan barah paru-paru iaitu dengan memakan bahagian dalamnya yang berjeli. Bagi kanak-kanak, ia boleh digunakan untuk mengubati penyakit-penyakit yang disebabkan oleh jangkitan yang mengakibatkan batuk kokol dan gatal-gatal pada saluran pernafasan.

Ia juga boleh disapu pada badan untuk mengurangkan panas dan bahang. Selain itu, daun lidah buaya juga dapat digunakan sebagai anti-biotik, anti-bakteria dan anti-kulat serta mengubati kecederaan tisu disebabkan oleh radiasi

Sansevieria atau Lidah Mertua Tumbuhan Penyerap Racun


Sansevieria atau Lidah Mertua Tumbuhan Penyerap Racun

Sansevieria atau lidah mertua merupakan salah satu tumbuhan yang mampu menyerap racun (polutan) berbahaya di udara. Tanaman sansevieria atau Lidah Mertua mampu bertindak sebagai pembersih udara dengan menyerap dan menetralisir polutan (racun) dari udara.
Tanaman penyerap racun yang mempunyai bentuk khas dan mudah dikenali ini merupakan sebuah genus dengan nama Sansevieria yang terdiri atas sekitar 70 spesies (jenis).
Selain dikenal dengan Sansevieria, tanaman ini dikenal juga dengan nama lidah mertua atau lidah jin. Nama tumbuhan ini dalam bahasa Inggris, selain dikenal dengan Sansevieria juga dinamai snake plantmother-in-law´s tonguedevil’s tonguejinn’s tongue, dan bow string hemp.
Sansevieria trifasciata
Sansevieria trifasciata; salah satu jenis sansevieria
Diskripsi Tumbuhan Sansevieria. Secara umum sansevieria (lidah mertua) dapat dikelompokkan menjadi dua jenis. Jenis dengan daun pendek (sekitar 8 cm) dan jenis dengan daun panjang (50-70 cm).
Sansevieria memiliki daun yang berwarna beragam, mulai hijau tua, hijau muda, hijau abu-abu, perak, dan warna kombinasi putih kuning atau hijau kuning. Motif alur atau garis-garis yang terdapat pada helai daun juga bervariasi, ada yang mengikuti arah serat daun, tidak beraturan, dan ada juga yang zig-zag.
Ciri sansevieria (lidah mertua) secara umum lainnya memiliki rimpang, berdaun tebal, serta ujung daunnya runcing atau berduri. Mampu menyimpan air dalam jumlah yang banyak pada seluruh bagian tubuh. Mampu hidup di daerah yang kering dan tandus sekalipun.
Macam jenis sansevieria bisa mencapai 70 spesies. Bahkan jika termasuk jenis hibrida macamnya bisa mencapai dua kali lipat lebih. Beberapa spesies sansevieria antara lain;Sansevieria angustiflora , S. cylindrica, S. dawei, S. ehrenbergii, S. grandis, S. hyacinthoides, S. kirkii, S. metallica, S. trifasciata, dan lain-lain.
Tumbuhan Penyerap Racun. Sansevieria atau lidah mertua merupakan salah satu tanaman istimewa lantaran mempunyai kemampuan sebagai penyerap racun (polutan) di udara. Berbagai jenis racun yang mampu diserap oleh Sansevieria antara lain karbonmonoksida, nikotin, benzene, formaldehyde, trichloroethylene, hingga dioksin.
Berdasarkan penelitian Badan Antariksa Amerika Serikat (NASA; National Aeronautics and Space Administration), sansevieria atau lidah mertua mempunyai kemampuan menyerap hingga 107 jenis unsur berbahaya (racun atau polutan). Riset lainnya menyimpulkan bahwa dengan 5 helai daun sansevieria dewasa mampu menyerap dan membersihkan ruangan seluas 100 m3 dari berbagai jenis polutan.
Manfaat Lain Lidah Mertua. Selain sebagai tumbuhan penyerap racun, Sansevieria atau lidah mertua ternyata mempunyai berbagai khasiat lain. Manfaat itu antara lain seperti; penutup luka, antiseptik, obat wasir, cacar, cacing, penyakit mata dan telinga, dan juga sebagai bahan minuman penyegar tubuh. Beberapa jenis sansevieria juga berkhasiat sebagai anti malaria, anticendawan, antikolesterol, sampai antikanker.
Menilik manfaat dan kemampuan sansevieria sebagai tanaman penyerap racun, keknya tumbuhan ini wajib ditanam terutama buat yang tinggal di daerah perkotaan dengan tingkat pencemaran udara yang tinggi. Apalagi tanaman ini dapat juga ditanam di pot dalam ruangan sekalipun.

POKOK LIDAH JIN @ LIDAH MERTUA


 BUKAN SEKADAR HIASAN


Pengkelasan saintifik :

Alam                :   Tumbuhan
Divisi                :   Magnoliophyta
Kelas               :   Liliopsida
Order               :   Asparagales
Famili               :   Ruscaceae
Genus               :   Sansevieria Thunb

Pokok lidah atau sansevieria dalam bahasa Inggeris merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai lebih daripada 70jenis spesies tumbuhan berbunga yang digelar sebagai Lidah mertua, lidah hantu, lidah jin, tali busur hemp (bow string hemp), tumbuhan ular dan lidah ular. Ia tergolong dalam genus Dracaena, yang asal dari ruscaceae.


Spesies yang terkenal ialah:

  1. Sansevieria aethiopica
  2. Sansevieria angustiflora
  3. Sansevieria arborescens
  4. Sansevieria aubrytiana
  5. Sansevieria braunii
  6. Sansevieria canaliculata
  7. Sansevieria concinna
  8. Sansevieria cylindrica
  9. Sansevieria dawei
  10. Sansevieria deserti
  11. Sansevieria dooneri
  12. Sansevieria ehrenbergii
  13. Sansevieria fasciata
  14. Sansevieria gracilis
  15. Sansevieria grandicuspis
  16. Sansevieria grandis
  17. Sansevieria hyacinthoides
  18. Sansevieria intermedia
  19. Sansevieria kirkii
  20. Sansevieria liberica
  21. Sansevieria longiflora
  22. Sansevieria metallica
  23. Sansevieria parva
  24. Sansevieria phillipsiae
  25. Sansevieria raffillii
  26. Sansevieria roxburghiana
  27. Sansevieria senegambica
  28. Sansevieria singularis
  29. Sansevieria stuckyi
  30. Sansevieria subspicata
  31. Sansevieria suffruticosa
  32. Sansevieria trifasciata
  33. Sansevieria zeylanica 

spesies Lidah dikenali kerana aktiviti anti radang, sifat menahan sakit (analgesic property), anti-oksida dan aktiviti anti-mikrob. Aktiviti antitumor Sansevieria roxburghiana rhizome berbanding Ehrlich ascites carcinoma dalam uji kaji keatas tikus oleh Haldar menunjukkan bahawa ekstrak S. roxburghiana rhizome melihatkan aktiviti antitumor yang luar biasa pada tikus Swiss yang disebabkan oleh mekanisme endogen penambahan antioksidan. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk menilai potensi antikanser dari  daun S. roxburghiana.


Disebabkan kekurangan ubat-ubatan yang berkesan, ditambah dengan kos kemotherapeutic yang mahal  dan kesan sampingan dari ubat-ubatan antikanser, menyebabkan kanser menyumbang kepada  kematian. Terdapat melebih 100 jenis Kanser, penyakit yang mengancam kehidupan. 


Usaha masih terus dijalankan bagi mencari anticarcinogen yang berkesan dari sumber  semula jadi yang dapat  menghalang, melambatkan atau membantut perkembangan penyakit kanser.  Tumbuh-tumbuhan mempunyai tempat yang istimewa dalam rawatan kanser. Adalah dianggarkan bahawa tumbuhan membentuk sebatiannya  lebih daripada 50% dari ejen antikanser. 


Penerangan


Lidah Jin (Sansevieria roxburghiana) dari  keluarga Dracanaceae, biasanya dikenali sebagai bowstring hem, akar  berkumpul (piles root). Kegunaan perubatan pada spesies Lidah ini termasuk rawatan untuk sakit perut, sakit telinga, cirit birit dan buasir (hemorrhoids). 


Rumpun ini diberi nama sempena penghormatan kepada Raimondo di Sangro (1710-1771) putra San Severo di Italy. Ejaan 'Sansveria' dan 'Sansviera' biasanya digunakan, kekeliruan ini berlaku daripada ejaan yang diguna pakai berdasarkan pada daerah di Italy.


Daun Sanseveria biasanya tumbuh  secara lilitan (rosette) di sekeliling titik tumbuh-besar, walaupun sesetengah spesies yang sama tidak semestinya berkeadaan sama. Terdapat perbezaan  yang besar dalam bentuk dedaunan dari  genus Lidah. Semua spesies Lidah boleh dibahagikan kepada salah satu daripada dua kategori asas berdasarkan pada daunnya : spesis daun  Keras dan spesis daun lembut. Biasanya, spesis daun keras berasal dari iklim panas kering, manakala spesis daun lembut  berasal daripada kawasan tropika dan subtropika. Tumbuhan ini merupakan tumbuhan berwarna hijau berjalur kuning di tepinya serta keras. Ia tidak mempunyai batang. Ia boleh tumbuh setinggi 4 kaki dan lebar 2.75 inci. Bunganya pula bewarna putih kehijauan.
Di Afrika, daun Lidah Jin digunakan untuk menghasilkan serat. Lidahehrenbergiisap tumbuhan mempunyai ciri-ciri antiseptik dan daunnyadigunakan sebagai pembalut kecederaan dalam pertolongan cemastradisional.
Sesetengah spesies merupakan tumbuhan perhiasan rumah yang terkenal di beberapa buah negara, dengan jualan Sansevieria trifasciata yang paling banyak disemai. 


KEGUNAAN
1. Flu, Batuk
2. Radang Saluran Nafas (Bronchitis)
3. Bengkak Akibat Terseliuh
4. Di Gigit Ular Berbisa
5. Bisul
6. Penyubur Rambut


SIFAT dan KHASIAT


Lidah mertua bersifat sejuk, berkhasiat antibiotic, dan rasanya masam.


Bahagian yang di gunakan


Daun 


KANDUNGAN KIMIA
Daunnya mengandungi abamagenin, kardenolin, saponin dan polifenol.


PENYEGAR UDARA 


Seperti  pokok Golden Pothos (Epipremnum aureumdan pokok  Jagung(DRACAENA fragrans), spesies Lidah dipercayai bertindak sebagai pembersihudara yang baik dengan membuang toksik seperti formaldehid, xilen dantoluena dari udara, dengan itu mendapat gelaran sebagai penawar sindrombangunan sakit. Ada laporan mencadangkan bahawa Lidah menghasilkanoksigen pada waktu malam, menjadikan ia sesuai sebagai tanaman dalam bilik tidur.


FENG SHUI


Kerana daunnya membesar menegak, Lidah dianggap baik sebagai tujuanFeng ShuiAda yang mempercayai  bahawa meletak pokok Lidah berhampirankanak-kanak (seperti di dalam bilik belajar) membantu mengurangkangangguan makhluk halus, sementara ada yang mencadangkan meletak pasu pokok Lidah berhampiran tangki tandas agar menahan getaran parit  (drain-down vibrations).


AKTIVI  ANTIKANSER PADA SEL KANSER HATI  


kajian menunjukkan bahawa ekstrak methanolic  dari daun S.roxburgiana sebanyak  125 μg / ml adalah tidak toxik kepad sel-sel normal dan jugamempunyai kedua-dua aktiviti antikanser dan aktiviti antiproliferativeterhadap sel barahKajian ini menunjukkan kemampuan antikanser padaekstrak metanol keatas daun S.roxburghiana. Kajian lanjutan diperlukan keatas tumbuhan ini untuk mengenal pasti dan untuk pengasingan prinsipaktif anti-kanserHasil kajian ini juga akan perlu disahkan  dengan menggunamodel in - vivo.


Photomicrograph HepG2 sel selaras akawalan negatifb) Sel dirawat dengan 125ìg/mlekstrak metanolcSel dirawat dengan 250 μg / ml ekstrak metanoldSel dirawatdengan 500 μg / ml ekstrak metanol daun S. Roxburghiana, e) PC kawalancyclophosphamidepositive.

PROFIL-TERDEKAT (PROXIMATE) DAN FITOKIMIA (Phytochemical)

Komposisi profil- terdekat dan fitokimia Lidah liberica Gérôme dan daun Labroy telah dikaji. komposisi profil-terdekat termasuk kelembapan (56,10%), serat mentah berat basah (5,88% ) dan berat kering (13,39%), jumlah karbohidrat berat basah (4,09% ) dan berat kering (9,32 %), protein mentah  berat basah (21,88%) dan berat kering (49,84%), jumlah abu berat basah (2,95%) dan berat kering (6.72%), lipid mentah berat basah (0.10%) dan berat kering (0,23%) dan nilai kalori (104,78% berat basah dan berat kering (238,68%).

Pesaringan fitokimia mendedahkan kehadiran alkaloid, karotenoid, flavonoid (catechins dan flavones), phytates, saponin dan tanin, dengan berat 0,72% berat basah dan 1.64% berat kering karotenoid, berat basah phytates, 2,20%  dan 5,01% berat kering, basah berat saponin  0,40% dan 0.91% berat kering, dan berat basah tanin 0.01% dan 0.02% berat kering.

Keputusan ini menyokong penggunaan ubat tumbuhan, dan di samping itu, mendedahkan berkemungkinan ia bertindak sebagai satu sumber berpotensi nutrien makanan dan nutraseutikal.

BIOAKTIF STEROID SAPONIN YANG BARU DARI LIDAH CYLINDRICA

Steroid Saponin yang baru terberjaya diasingkan daripada daun Lidah cylindrica. Strukturnya telah dirangkakan sebagai (3β, 12β, 15α, 25S) -26 - (β-D-glucopyranosyloxy)-22-hydroxyfurost-5-en-3-YL 12-O-(6-deoxy α-L-mannopyranosyl )-15-O (6 deoxy-α-L-mannopyranosyl)-β-D-glucopyranoside. Pengenalan struktur dilakukan dengan menggunakan analisis terperinci 1H dan 13c spektrum NMR termasuk teknik 2D NMR spektroskopi (Cosy, HETCOR, HMBC dan HMQC) dan penukaran kimia. Steroid Saponin menunjukkan tiada kesan hemolitik di dalam ujian in- vitro dan menunjukkan perencatan aktiviti kebolehtelapan rerambut
 (capillary permeability activity).



Gamabar beberapa jenis pokok Lidah Jin / Mertua;




















  • Digg
  •