Tuesday, 10 July 2012

Cekur dan Nama Saintifik


Cekur

Cekur

Nama Tempatan:Cekur
Nama Saintifik:Kaempferia galangal
Nama Lain:Kencur
Famili:Zingiberaeceae
Lokasi dijumpai:
Asal:

keterangan:

Sejenis herba dan tumbuh melebar di atas tanah. Daun licin, berbentuk tirus, tersusun padat dlm pasangan yang bertentangan. Hujung daun runcing, lebih kurang 16cm panjang, 8 cm lebar. Daunnya mempunyai sedikit aroma. Cekur tidak berbatang, mengeluarkan bunga berwarna putih-ungu. Akar/rizomnya bercabang-cabang, beraroma dan isinya berwarna kuning oren. Cekur bukan bahan penting dalam masakan orang Malaysia tetapi berperanan besar dalam masakan Indonesia, Thailand, Vietnam dan India.

kegunaan:

Di Asia Tenggara, rizom cekur dicampurkan dengan lada sulah, kayu manis dan madu untuk mengubati selsema. Ia dijadikan tonik untuk mengubati batuk kering dan bronchitis. Cekur juga dijadikan losyen untuk merawat sakit mata, sakit tekak, bengkak, demam, sakit dan sengal tulang. Untuk wanita baru bersalin, cekur mengucupkan rahim dan menggalakkan pembuangan angin. Di Indonesia, akar cekur digunakan untuk merawat keracunan makanan, ulser mulut, batuk dan selsema. Akar cekur yang dikunyah dan ditelan boleh membuat seseorang itu khayal. Di India, wangian daripada cekur digunakan untuk melindungi pakaian daripada serangga. Di Filipina, air rebusan akar cekur digunakan untuk merawat sakit perut disebabkan pencernaan makanan yang kurang baik. Air rebusan turut digunakan untuk membasuh rambut bagi mengatasi masalah kelemumur dan menghilangkan rasa gatal dan pedih akibat digigit ulat bulu. Di Thailand, cekur digunakan untuk merawat sakit kepala.

Keembung

Keembung atau nama botaninya impatiens balsamina adalah sejenis pokok tanaman hiasan yang banyak dijumpai di serata negara, sama ada beriklim tropika ataupun sederhana. Dikenali juga dengan nama bunga Tabo, Inai Air (melayu) dan Garden Balsam (Inggeris), keembung adalah tumbuhan semulajadi di negara India dan Myanmar.

Keembung adalah pokok jenis herba. Batangnya mempunyai banyak air dan menghasilkan beberapa dahan kecil. Daun pokok keembung adalah jenis ringkas, susunannya berselang-seli dan berbentuk mata lembing. Di kedua-dua hujung daun adalah runcing dan bergerigi halus. Daunnya juga bertangkai pendek.

Bunga keembung dihasilkan secara tunggal atau beberapa bunga pada tangkai jambak bunga. Ia dihasilkan di ketiak daun. Bunganya ada jenis berwarna putih, kuning pucat, merah jambu, merah dan ungu. Lazimnya bunga keembung mempunyai lima kelopak tetapi ada jenis yang berganda.

Buah keembung adalah jenis kapsul berbentuk bulat memanjang. Buah yang masak akan merekah secara meletup dan menebarkan biji. Biji buah keembung bersaiz kecil dan berwarna kehitam-hitaman.

Pokok tanaman hiasan daripada keluarga balsaminaceae ini turut mempunyai khasiat ubatannya yang tersendiri. Bahagian yang digunakan untuk tujuan perubatan tradisional adalah daun, bunga, biji dan batang. Seluruh bahagian pokok ini kecuali akarnya dikatakan boleh direbus dan dijadikan ubat bagi merawat busung, demam kuning, hepatitis dan kembung air.

Daun pokok keembung dikatakan boleh direbus dan digunakan untuk mencuci dan melebatkan rambut. Ia juga boleh ditumbuk halus dan kemudiannya ditampal pada luka, penyakit kulit, sakit di atas, sekeliling atau dalam kuku, kulit lekang, bernanah dan kulit bengkak. Boleh juga ditampal pada kepala apabila sakit kepala.

Batang pokok keembung boleh ditumbuk sampai hancur, airnya kemudiannya diperah dan disapu pada lebam, ketuat, kutil, kurap dan ulser yang busuk. Cecair yang diperah daripada batang ini juga boleh disapu pada kulit yang luka supaya tidak bengkak ataupun lebam. Cecair yang diperah ini turut boleh disapu sebagai losyen untuk merawat bengkak mata.

pokok-turi
Pokok turi atau nama saintifiknya sebagai Sesbania grandiflora berasal dari keluarga Leguminosae.  Tumbuhan ini juga dikenali sebagai Geti di negeri-negeri di bahagian utara seperti di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Ia sejenis sayur kampung yang enak rasanya. Masyarakat desa gemar memakan sayur ini dan biasanya dimasak lemak atau masak manis.
Pokok turi banyak ditemui di kampung-kampung dan tumbuh setinggi lima sehingga 10 meter. Ia mengeluarkan bunga berwarna merah atau putih dan kekacang sepanjang 25-50 sentimeter. Pokok turi bernilai tinggi dari segi perubatan tradisional. Kulit pokoknya ditumbuk halus dan digunakan untuk berkumur bagi merawat penyakit ulser dalam mulut. Kulit pokok turi juga boleh direbus dan airnya diminum untuk mengubati sakit perut dan cirit birit. Ia juga boleh diminum untuk melegakan masalah asid di bahagian perut.
pokok-turi2
Pokok turi ini sebenarnya pokok serbaguna yang mempunyai banyak kelebihan. Dari akar hinggalah ke pucuk, semuanya boleh dimanfaatkan. Ia digolongkan dalam keluarga kekacang. Pada akarnya terdapat bintil-bintil besar yang dapat mengikat nitrogen di udara dan dikatakan dapat meningkatkan mutu tanah.
Anda biasa guna daun turi ini dalam masakan? Di harap boleh kongsi resepi anda atau pengalaman anda menggunakan daun turi di sini. Mungkin ada petua yang anda ingin kongsikan mengenai tumbuhan ini.


Ulam-Ulaman

Posted by: admin In: @Tanaman Sayuranulam
ulam-raja
“Pucuk dicita Ulam Mendatang”. Begitulah ungkapan pepatah melayu yang menunjukkan kepentingan pucuk dan ulam dalam kehidupan suatu masa dahulu. Apakah pucuk dan ulam itu berbeza?Ulam ialah sayur-sayuran yang dimakan mentah, dicelur atau direbus sebelum dimakan. Ulam diambil dari berbagai-bagai bahagian sesuatu pokok yang boleh dimakan. Ini termasuklah pucuk, daun, umbut, biji, buah, ubi dan bahagian bunga. Biasanya ulam-ulam dicicah dengan sambal belacan, budu atau cencaluk dan dimakan bersama nasi sebagai pembuka selera. Selain itu, ulam-ulam tradisional ini juga boleh dijadikan sebagai bahan dalam penyediaan nasi ulam atau nasi kerabu. Memakan ulam-ulaman ialah suatu amalan yang baik kerana selain membuka selera, ulam-ulam mempunyai khasiat daripada segi pemakanan dan perubatan. Ini kerana, khasiat yang terkandung didalamnya dapat dikekalkan tanpa mengalami kehilangan zat disebabkan oleh proses memasak yang dikenakan haba. Jika selama ini, ulam hanya sinonim dengan penduduk di luar bandar, namun senario ini telah berubah kerana ulam juga telah menjadi santapan biasa bagi warga di bandar dan juga semakin mendapat tempat di hati masyarakat antarabangsa.
cekur
Sehingga kini, dipercayai terdapat lebih daripada 120 jenis ulam tradisional telah dikenal pasti di Malaysia. Ulam-ulam ini terdiri dari perbagai famili tumbuh-tumbuhan. Ulam boleh didapati dari tumbuhan kecil dan melata seperti pegaga, hingga pokok-pokok renek dan pokok-pokok besar seperti petai dan kerdas. Berdasarkan kebiasaannya, ulam-ulam tradisional secara amnya boleh dibahagi kepada dua kumpulan. Sayur-sayuran ini dianggap tradisional kerana mudah didapati di kawasan-kawasan kampung, kadang-kadang tumbuh dengan sendiri atau ditanam tanpa penjagaan rapi.Kumpulan ulam yang popular dan mudah didapati di pasaran, contohnya pegaga, rebung buluh, cekur manis, jering, kacang kelisa, petai, ulam raja dan sebagainya. Sementara beluntas, pucuk betik, cekur, pucuk gajus, daun tenggek burung dan beberapa jenis ulam lagi termasuk dalam kumpulan kedua iaitu ulam yang kurang terkenal dan jarang didapati di pasaran.
kacangbotol
Pada masa kini, hanya terdapat beberapa jenis ulam tradisionalsahaja yang ditanam. Itu pun secara kecil-kecilan untuk keperluan sendiri atau dipasarkan. Antara ulam-ulam tersebut termasuklah ulam raja, selom dan kacang kelisa. Kebanyakan jenis ulam sepertijering, pucuk putat, daun salam, selasih dandi dan pucuk mata pelanduk dikutip dari tumbuh-tumbuhan yang tumbuh dalam keadaan semulajadi seperti hutan atau dusun. Sebilangan besarnya pula merupakan hasil sampingan sesuatu tanaman yang ditanam untuk tujuan lain. Ini termasuklah jantung pisang, pucuk ubi, dan pucuk gajus.
selasih
Sebagaimana sayur-sayuran biasa, ulam-ulam juga mengandungi nilai pemakanan yang penting seperti karbohidrat, lemak, protein, mineral-mineral utama dan vitamin-vitamin untuk kesihatan manusia seperti karotena, vitamin A, B dan C. Kini terbuktilah, pemilihan ulam- ulaman di dalam diet harian kita adalah tepat kerana khasiat yang terkandung dalam ulam tidak dapat dinafikan kelebihannya malah ia turut mendapat perhatian pakar-pakar pemakanan antarabangsayang turut mengakui keistimewaan tumbuhan semulajadi tersebut.
Banyak lagi sebenarnya ulam-ulaman yang ada di Malaysia tidak diketengahkan lagi kepada umum. Malah kebanyakkan generasi baru hari ini  tidak mengenali dan meminati ulam-ulaman. Mereka MUNGKIN tidak mengetahui khasiat sebenarnya ulam-ulaman ini dan banyak terdedah dengan makan segera yang kurang berkhasiat. Jadi, saya sedang mengenalpasti dan mencari serta mempromosikan ulam-ulaman  yang mungkin semakin dilupai. Anda yang tinggal di kawasan kampung tentu pernah atau banyak mencuba / merasai pelbagai jenis ulam-ulaman. Di harap anda boleh kongsikan di sini…Semoga info anda dapat membuka minat dan memberi pengetahuan kepada generasi muda supaya memakan ulam-ulaman. Jadikanlah ulam-ulaman sebagai ubat bagi mencegah penyakit dan seterusnya menjaga kesihatan anda.

Nama Saintifik Tumbuhan IV

(insert high plantĀ orchid)
Salam Eugenia Polyantha
Sambung Nyawa Gynura procumbens
Sedap Malam Murraya paniculata [L] JackSehelai setahun Nervilia punctata
Selada Hygodium microphyllum
Selasih Ocimum Sanctum
Selasih dandi Stachytarpheta jamaicensis (L.) Vahl.Selom Oenanthe javanica(Blume)Sembung Blumea Balsamifera
Senduduk Melastoma malabathricum
Senduduk Paksa Clidemia Hirta
Senduduk putih Melastoma decemfidum roxb.
Senna mekah Cassia Angustifolia VahlSepang Caesalpinia Sappan L.Serai Cymbopogon citratus
Serai aceh ??
Serai Wangi Cymbopogon nardus
Setawar kalanchoe pinnata
Setawar Putih Costus speciosus
Sintok Cinnamomum sintok
Sirih Piper betle L.Sri Gading nyctanthes arbor tristisSubang nenek Sthenodesme Temtanara
Sundal malam Polianthes tuberosa
Susun kepala Tabernaemontana divarica (L) BurkTebengau Ehretia laevis
Teja Cinnamomum culilawan BlTemu hitam Curcuma aeruginosa Rosb
Temu kunci Kaempferia pandurata
Temu lawak curcuma xanthorrhiza
Tenggek Burung Euodia redlevi
Tepus Kesing etlingera coccinea
Tepus Tanah Zingiber spectabile
Teratai Nelumbo nucifera
Terung asam Solanum macrocarpon
Terung susu kambing Solanum Mammosum L.Tomato Solanum lycopersicum
Tongkat ali Eurycoma Longifolia
Tongkat Ali Hitam Polyalthia bullata
Tutup Bumi Elephantopus Scaber
Ubi jaga Smilax Myosotiflora
Ulam raja Cosmos caudatus
Ulat Bulu Passiflora foetida
Urang-Aring Eclipta Prostrata
Senarai ini dipetik dari laman web saya: http://melur.com
Written by hajiMete
Tue 18 Jul 06 at 3:14 pm
Posted in gamesho hum
Tagged with 

Nama Saintifik Tumbuhan III

(insertĀ senduduk)
Lada Hitam Piper Nigrum L.Larak pisang ??
Lemba Cucurligo Latifolia
Lempoyang gajah Zingiber zerumbet
Lemuju Plectranthus amboinicus
Lemuni Vitex Trifolia var Negundo
Lengkuas Alpinia Galanga stuntz
Lengkuas geting Alpinia conchigera
Lenjuang merah Cordyline fruticosa
letup-letup Physalis minima
Lidah buaya Aloe Vera linn.Limau Purut Citrus Hystrix
mahkota dewa Phaleria papuana
Maman Hantu Cleome gynandra LMaman Ungu Gynandropsis gynandra / Cleome gynandra LMambu Azadirachta Indica
Manggis Garcinia Mangostana L.Mas cotek Ficus deltoidea
Mata Ayam ardisia crenata/crispa
Melada pahit Rhus Chinensis
Mempelas Tetracera Indica Merr.Mengkirai Trema orientalis (L.) Blume
Mengkudu Morinda citrifolia
Mengkunyit Coscinium blumeanum
Misai ali Schizaea digitata / Actinostachys digitata
Misai kucing Orthosiphon aristatus /stamineus benth
Nam Nam Cynometra Cauliflora
Oregano Origanum Vulgare
Paku Tunjuk Langit Helminthostachys zeylanica
Pala Myristica Fragrans
Pandan wangi Pandanus Odorus
Patawali Tinospora crispa(miers)patikan kerbau Euphorbia hirta
pegaga centella asiatica/hydrocotyle asiatica
Penaga Messua Ferrea L.Perah Elateriospermum tapos
Periuk Kera Nepenthes mirabilis
Petai Parkia speciosa Hassk.
Petai belalang Leucaena leucocephala
Pokok Manjakani(mempening) Quercus infectoria Oliv
Pokok Nilam Pogostemon cablin benth.
Pokok Tea Melaleuca alternifolia
Pudina Mentha arvensis
Pulut-pulut Urena Lobata L.Putat Barringtonia racemosa (L.) Spreng
Rosemary rosemarinus officinalis
Rozel Hibiscus rosa sabdariffa
Rumput Israel Asystasia Gangetica L.
Senarai ini dipetik dari laman web saya: http://melur.com
Written by hajiMete
Tue 18 Jul 06 at 3:10 pm
Posted in gamesho hum
Tagged with 

Nama Saintifik Tumbuhan II

(insert plantĀ orkid)
Daun segugur Lepidagathis longifolia
Derhaka Mertua Plumbago Indica
Dukung Anak Phyllanthus Niruri
Durian Belanda Annona Muricata L.Ekor Anjing Plantago MajorEmbun tengahari Murdannia Nudiflora (L) Brenan
Gadis Lompat Chloranthus Erectus
Gajus anacardium occidentale
Galak tua Stemona Tuberosa Lour
Gandarusa Justicia Gendarussa linn
Garuda Ruta Angustifolia
Gelenggang Cassia Alata
Gorek Caesalpinia bonduc(L.) Roxb.Halia Zingiber Officinale
Hamba Raja Croton argyratum
Hati-hati Coleus Blumei
Hempedu beruang Thottea grandiflora
Hempedu bumi Andrographis Paniculata
Inai Lawsonia Inermis
Jarak Minyak Ricinus Communis
Jarak pagar Jatropha curcas
Jarum Mas Striga Asiatica
Jarum tujuh bilah Pereskia sacharosa/saecnarosa
Jelai Coix lachryma jobi
Jerangau Acorus Calamus
Jeremin Pelargonium radula
Jeruju ACANTHUS ILICIFOLIUS L.jerun sida rhombifolia
jintan hitam Nigella Sativa
Kacang Malabar Adathoda Vasica Nees
Kacang telang clitoria ternatea
Kacip Fatimah Labisia Pumila
Kaduk piper sarmentosum roxb
kancing baju bidens pilosa
Kantan Pheaomeria imperialis
Kari Murraya Koenigii
kayu manis cinnamomum zeylanicum
Kecubung Datura Metel Linn
Keembung Impatiens Balsamina
Keladi candik alocasia denudata Enggler
Keladi Tikus Typhonium Flagelliforme
Kelapa Cocos nucifera
Kemangi Ocimum sanctum Linn
kembang semangkuk Scaphium Macropodum
kemoyang Homalomena sagittifolia
Kemunting Rhodomyrtus tomentosa (Ait.) Hassk.Kemunting Cina Catharantus Roseus
Kenerak Goniothalamus Umbrosus
Kermak putih Alternanthera sessilis
Kesum Polygonum minus huds
Kesumba Bixa orellana L.Ketumbar jawa Eryngium foetidum L.Ketumpangan air Peperomia Pellucida
Kucing galak Acalypha Indica
Kulim Scorodocarpus Borneensis
Kunyit Curcuma longa /curcuma domestica
Kunyit Hitam Curcuma Caesia

No comments:

Post a Comment