Tuesday, 10 July 2012

lidah jin


Lidah Jin

Pokok lidah jin juga dipanggil pokok lidah mak mertua ditanam sebagai pokok pasuan. Ia mudah hidup dan senang untuk dijaga.


Bunga lidah jin yang mempunyai tangkai panjang dan ianya berbau harum!
Nama Botani : Sansevieria trifasciata
Famili : Ruscaceae

Pengenalan

Pokok lidah jin atau sansevieria trifasciata adalah tumbuhan asli dari Benua Afrika. Pokok lidah jin  mempunyai daun yang panjang dan runcing. Terdapat banyak jenis pokok lidah jin dan mudah dibezakan melalui bentuk dan corak daunnya. Pokok biasanya ditanam sebagai pokok hiasan kerana corak daunnya yang menarik dan ia mudah dijaga. Pokok lidah juga mengeluarkan bunga. Bunganya berwarna putih kekuningan, berjambak dengan tangkai yang panjang. Bunga lidah jin berbau harum. Pokok lidah jin boileh dibiakkan melalui pecahan pokok, pemisahan anak, daun atau keratan daun.

Kegunaan

Selain ditanam sebagai pokok hiasan, lidah jin juga mempunyai khasiat perubatan. Daun lidah jin yang dipanaskan dan jusnya dititiskan ke dalam telinga digunakan untuk merawat sakit telinga. Lidah jin juga digunakan sebagai herba untuk mengubati kegatalan. Jusnya dilumur pada bahagian kepala untuk meransang pertumbuhan rambut. Jus dari daun pokok ini digunakan sebagai ubat sakit gigi. Jus yang dihasilkan daripada rizomnya digunakan untuk membunuh kutu.


POKOK LIDAH JIN @ LIDAH MERTUA BUKAN SEKADAR HIASAN




Pengkelasan saintifik :

Alam                :   Tumbuhan
Divisi                :   Magnoliophyta
Kelas               :   Liliopsida
Order               :   Asparagales
Famili               :   Ruscaceae
Genus               :   Sansevieria Thunb

Pokok lidah atau sansevieria dalam bahasa Inggeris merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai lebih daripada 70jenis spesies tumbuhan berbunga yang digelar sebagai Lidah mertua, lidah hantu, lidah jin, tali busur hemp (bow string hemp), tumbuhan ular dan lidah ular. Ia tergolong dalam genus Dracaena, yang asal dari ruscaceae.


Spesies yang terkenal ialah:

  1. Sansevieria aethiopica
  2. Sansevieria angustiflora
  3. Sansevieria arborescens
  4. Sansevieria aubrytiana
  5. Sansevieria braunii
  6. Sansevieria canaliculata
  7. Sansevieria concinna
  8. Sansevieria cylindrica
  9. Sansevieria dawei
  10. Sansevieria deserti
  11. Sansevieria dooneri
  12. Sansevieria ehrenbergii
  13. Sansevieria fasciata
  14. Sansevieria gracilis
  15. Sansevieria grandicuspis
  16. Sansevieria grandis
  17. Sansevieria hyacinthoides
  18. Sansevieria intermedia
  19. Sansevieria kirkii
  20. Sansevieria liberica
  21. Sansevieria longiflora
  22. Sansevieria metallica
  23. Sansevieria parva
  24. Sansevieria phillipsiae
  25. Sansevieria raffillii
  26. Sansevieria roxburghiana
  27. Sansevieria senegambica
  28. Sansevieria singularis
  29. Sansevieria stuckyi
  30. Sansevieria subspicata
  31. Sansevieria suffruticosa
  32. Sansevieria trifasciata
  33. Sansevieria zeylanica 

spesies Lidah dikenali kerana aktiviti anti radang, sifat menahan sakit (analgesic property), anti-oksida dan aktiviti anti-mikrob. Aktiviti antitumor Sansevieria roxburghiana rhizome berbanding Ehrlich ascites carcinoma dalam uji kaji keatas tikus oleh Haldar menunjukkan bahawa ekstrak S. roxburghiana rhizome melihatkan aktiviti antitumor yang luar biasa pada tikus Swiss yang disebabkan oleh mekanisme endogen penambahan antioksidan. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk menilai potensi antikanser dari  daun S. roxburghiana.


Disebabkan kekurangan ubat-ubatan yang berkesan, ditambah dengan kos kemotherapeutic yang mahal  dan kesan sampingan dari ubat-ubatan antikanser, menyebabkan kanser menyumbang kepada  kematian. Terdapat melebih 100 jenis Kanser, penyakit yang mengancam kehidupan. 


Usaha masih terus dijalankan bagi mencari anticarcinogen yang berkesan dari sumber  semula jadi yang dapat  menghalang, melambatkan atau membantut perkembangan penyakit kanser.  Tumbuh-tumbuhan mempunyai tempat yang istimewa dalam rawatan kanser. Adalah dianggarkan bahawa tumbuhan membentuk sebatiannya  lebih daripada 50% dari ejen antikanser. 


Penerangan


Lidah Jin (Sansevieria roxburghiana) dari  keluarga Dracanaceae, biasanya dikenali sebagai bowstring hem, akar  berkumpul (piles root). Kegunaan perubatan pada spesies Lidah ini termasuk rawatan untuk sakit perut, sakit telinga, cirit birit dan buasir (hemorrhoids). 


Rumpun ini diberi nama sempena penghormatan kepada Raimondo di Sangro (1710-1771) putra San Severo di Italy. Ejaan 'Sansveria' dan 'Sansviera' biasanya digunakan, kekeliruan ini berlaku daripada ejaan yang diguna pakai berdasarkan pada daerah di Italy.


Daun Sanseveria biasanya tumbuh  secara lilitan (rosette) di sekeliling titik tumbuh-besar, walaupun sesetengah spesies yang sama tidak semestinya berkeadaan sama. Terdapat perbezaan  yang besar dalam bentuk dedaunan dari  genus Lidah. Semua spesies Lidah boleh dibahagikan kepada salah satu daripada dua kategori asas berdasarkan pada daunnya : spesis daun  Keras dan spesis daun lembut. Biasanya, spesis daun keras berasal dari iklim panas kering, manakala spesis daun lembut  berasal daripada kawasan tropika dan subtropika. Tumbuhan ini merupakan tumbuhan berwarna hijau berjalur kuning di tepinya serta keras. Ia tidak mempunyai batang. Ia boleh tumbuh setinggi 4 kaki dan lebar 2.75 inci. Bunganya pula bewarna putih kehijauan.
Di Afrika, daun Lidah Jin digunakan untuk menghasilkan serat. Lidahehrenbergiisap tumbuhan mempunyai ciri-ciri antiseptik dan daunnyadigunakan sebagai pembalut kecederaan dalam pertolongan cemastradisional.
Sesetengah spesies merupakan tumbuhan perhiasan rumah yang terkenal di beberapa buah negara, dengan jualan Sansevieria trifasciata yang paling banyak disemai. 


KEGUNAAN
1. Flu, Batuk
2. Radang Saluran Nafas (Bronchitis)
3. Bengkak Akibat Terseliuh
4. Di Gigit Ular Berbisa
5. Bisul
6. Penyubur Rambut


SIFAT dan KHASIAT


Lidah mertua bersifat sejuk, berkhasiat antibiotic, dan rasanya masam.


Bahagian yang di gunakan


Daun 


KANDUNGAN KIMIA
Daunnya mengandungi abamagenin, kardenolin, saponin dan polifenol.


PENYEGAR UDARA 


Seperti  pokok Golden Pothos (Epipremnum aureumdan pokok  Jagung(DRACAENA fragrans), spesies Lidah dipercayai bertindak sebagai pembersihudara yang baik dengan membuang toksik seperti formaldehid, xilen dantoluena dari udara, dengan itu mendapat gelaran sebagai penawar sindrombangunan sakit. Ada laporan mencadangkan bahawa Lidah menghasilkanoksigen pada waktu malam, menjadikan ia sesuai sebagai tanaman dalam bilik tidur.


FENG SHUI


Kerana daunnya membesar menegak, Lidah dianggap baik sebagai tujuanFeng ShuiAda yang mempercayai  bahawa meletak pokok Lidah berhampirankanak-kanak (seperti di dalam bilik belajar) membantu mengurangkangangguan makhluk halus, sementara ada yang mencadangkan meletak pasu pokok Lidah berhampiran tangki tandas agar menahan getaran parit  (drain-down vibrations).


AKTIVI  ANTIKANSER PADA SEL KANSER HATI  


kajian menunjukkan bahawa ekstrak methanolic  dari daun S.roxburgiana sebanyak  125 Î¼g / ml adalah tidak toxik kepad sel-sel normal dan jugamempunyai kedua-dua aktiviti antikanser dan aktiviti antiproliferativeterhadap sel barahKajian ini menunjukkan kemampuan antikanser padaekstrak metanol keatas daun S.roxburghiana. Kajian lanjutan diperlukan keatas tumbuhan ini untuk mengenal pasti dan untuk pengasingan prinsipaktif anti-kanserHasil kajian ini juga akan perlu disahkan  dengan menggunamodel in - vivo.


Photomicrograph HepG2 sel selaras akawalan negatifb) Sel dirawat dengan 125ìg/mlekstrak metanolcSel dirawat dengan 250 Î¼g / ml ekstrak metanoldSel dirawatdengan 500 Î¼g / ml ekstrak metanol daun S. Roxburghiana, e) PC kawalancyclophosphamidepositive.

PROFIL-TERDEKAT (PROXIMATE) DAN FITOKIMIA (Phytochemical)

Komposisi profil- terdekat dan fitokimia Lidah liberica Gérôme dan daun Labroy telah dikaji. komposisi profil-terdekat termasuk kelembapan (56,10%), serat mentah berat basah (5,88% ) dan berat kering (13,39%), jumlah karbohidrat berat basah (4,09% ) dan berat kering (9,32 %), protein mentah  berat basah (21,88%) dan berat kering (49,84%), jumlah abu berat basah (2,95%) dan berat kering (6.72%), lipid mentah berat basah (0.10%) dan berat kering (0,23%) dan nilai kalori (104,78% berat basah dan berat kering (238,68%).

Pesaringan fitokimia mendedahkan kehadiran alkaloid, karotenoid, flavonoid (catechins dan flavones), phytates, saponin dan tanin, dengan berat 0,72% berat basah dan 1.64% berat kering karotenoid, berat basah phytates, 2,20%  dan 5,01% berat kering, basah berat saponin  0,40% dan 0.91% berat kering, dan berat basah tanin 0.01% dan 0.02% berat kering.

Keputusan ini menyokong penggunaan ubat tumbuhan, dan di samping itu, mendedahkan berkemungkinan ia bertindak sebagai satu sumber berpotensi nutrien makanan dan nutraseutikal.

BIOAKTIF STEROID SAPONIN YANG BARU DARI LIDAH CYLINDRICA

Steroid Saponin yang baru terberjaya diasingkan daripada daun Lidah cylindrica. Strukturnya telah dirangkakan sebagai (3β, 12β, 15α, 25S) -26 - (β-D-glucopyranosyloxy)-22-hydroxyfurost-5-en-3-YL 12-O-(6-deoxy α-L-mannopyranosyl )-15-O (6 deoxy-α-L-mannopyranosyl)-β-D-glucopyranoside. Pengenalan struktur dilakukan dengan menggunakan analisis terperinci 1H dan 13c spektrum NMR termasuk teknik 2D NMR spektroskopi (Cosy, HETCOR, HMBC dan HMQC) dan penukaran kimia. Steroid Saponin menunjukkan tiada kesan hemolitik di dalam ujian in- vitro dan menunjukkan perencatan aktiviti kebolehtelapan rerambut
 (capillary permeability activity).



Gamabar beberapa jenis pokok Lidah Jin / Mertua;






















  • Digg
  •  
  • Del.icio.us
  •  
  • StumbleUpon
  •  
  • Reddit
  •  


Jun17

Pengenalan mengenai pecah beling

Pecah beling atau nama saintifiknya Strobilanthes crispus atau Saricocalix crispus (Acanthaceae) merupakan tumbuhan yang berasal dari Madagascar hingga ke Indonesia dan telah dikenal pasti buat pertama kalinya oleh Thomas Anderson (1832 – 1870) yang mengkelaskan tumbuhan ini di bawah Spermatophyta (tumbuhan berbunga dan gymnosperma). Daun in dikenali dengan nama pecah beling, enyoh kilo, kecibeling atau kejibeling di Indonesia. Di Malaysia, pokok ini lebih dikenali dengan nama pecah kaca, pecah beling atau jin batu. Pokok mudah ditanam dan hidup subur di Malaysia. Daunnya telah digunakan secara tradisional untuk merawat kanser, kencing manis serta batu karang dan juga sebagai agen diuretik.
Rupa tumbuhan pecah beling

Khasiat pecah beling

Tumbuhan ini mempunyai kandungan kalsium karbonat yang tinggi dan air rebusannya bersifat alkali yang lemah. Kajian oleh Kusumoto dan rakan-rakan (1992) menyatakan bahawa ekstrak air pecah beling mempunyai kompaun atau molekul yang mampu untuk merencatkan pertumbuhan retrovirus; agen dalam jangkitan virus seperti sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) dan juga mampu untuk merencatkan pertumbuhan sel leukemia. Terdapat banyak kompaun yang telah diasingkan dan dikenal pasti seperti asid kafeik, asid p-hidroksi benzoik, asid p-voumarik, asid vanillik, asid gentinik, asid ferulik dan asid siringik.

Kajian pecah beling dalam makmal

Daripada kajian makmal yang dilakukan oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), daun pecah beling mempunyai kandungan mineral yang sangat tinggi seperti kalium (51%), kalsium (24%), natrium (24%), ferum (1%) dan fosforus (1%). Daunnya juga mempunyai kandungan vitamin C, B1, B2 yang agak tinggi dan banyak bahan yang lain seperti katekin dan tannin. Daun ini juga mengandungi kafeina, tetapi kandungannya adalah rendah. Kesemua kandungan yang dinyatakan menyumbang kepada paras jumlah antioksidan (total antioxidant activity) yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan yerbamate (teh herba) dan vitamin E (alfa-tokoferol).

Pecah beling penyembuh kanser (cancer)

Bagi kajian antikanser pula, kajian praklinikal telah dijalankan untuk menilai keberkesanan ekstrak pecah beling secara in vitro (kultur tisu) dan in vivo (kajian haiwan). Bagi kajian kultur tisu, ekstrak pecah beling bertindak secara efektif untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser kolon, kanser hati dan kanser buah dada. Ekstrak ini mampu membunuh sel kanser dengan mengaruh sel kanser ini mati secara semula jadi (apoptosis) tanpa kesan sampingan atau keradangan. Di samping itu, ekstrak pecah beling ini juga mampu untuk memendamkan gen penyebab kanser, sekali gus mengurangkan risiko dan keterukan kanser. Bagi kajian haiwan pula, ekstrak air pecah beling pada kepekatan 2.5% dan 5% mampu untuk mengurangkan keterukan kanser hati bagi tikus yang diaruh kanser hati.
Fitosterol (sterol dari tumbuhan) telah berjaya diasingkan daripada daun pecah beling ini. Bahan ini telah terbukti mampu untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser seperti yang telah disebutkan di atas. Bahan ini juga dikatakan mampu untuk menurunkan paras kolesterol darah kerana fitosterol akan bersaing dengan kolesterol di dalam usus, sekali gus menyebabkan kolesterol dari makanan tidak dapat diserap.

Pecah beling penyembuh diabetis

Ekstrak air daun pecah beling juga telah diuji keberkesanannya sebagai agen antidiabetis pada tikus yang diaruh diabetes. Ekstrak daun pecah beling pada kepekatan 5% dan 7.5% mampu untuk menurunkan paras gula darah di samping meningkatkan paras jumlah antioksidan (total antioxidant level) darah bagi tikus yang diaruh diabetes atau kencing manis. Ekstrak ini tidak mempunyai kesan ke atas paras gula darah pada tikus normal, tetapi mampu untuk meningkatkan paras jumlah antioksida (total antioxidant level). Peningkatan paras jumlah antioksidan (total antioxidant level) dalam darah adalah penting untuk melindungi badan daripada radikal bebas. Oleh itu, ekstrak ini sesuai bukan sahaja untuk mereka yang berpenyakit, tetapi juga untuk mereka yang normal.
Kami telah menyediakan formula teh daripada daun pecah beling. Teh pecah beling ini telah menunjukkan tahap antioksidan yang sangat tinggi, merencatkan pertumbuhan sel kanser buah dada dan kanser ovari dan juga berkesan untuk menurunkan paras gula darah pada tikus yang diaruh diabates atau kencing manis. Hasil yang menarik lagi ialah di mana teh pecah beling ini mampu untuk merencatkan pertumbuhan 2 daripada 9 mikroorganisma yang dikaji iaitu Streptococcus sobrinus dan Streptococcus mutans. Bakteria yang disebutkan ini adalah bakteria yang menyebabkan karies gigi.
Kesimpulannya, daun pecah beling merupakan tumbuhan yang mempunyai banyak khasiat. Ia mempunyai jumlah antioksidan yang tinggi di samping mampu untuk bertindak sebagai agen antioksidan, antikanser, antidiabetes dan juga antimikrob. Walau bagaimanapun, kajian klinikal (human study) masih perlu dijalankan untuk menentukan kesannya terhadap pesakit kanser dan juga pesakit diabetes atau kencing manis.
Artikel oleh:
Prof. Madya Dr. Asmah Rahmat dan Mohd. Fadzelly Abu Bakar.
Jabatan Pemakanan dan Sains Kesihatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,
UPM, Serdang, Selangor, Malaysia.

Nenas Kerang
Mencuci dan melancarkan perjalanan darah, mengindari paru-paru dari sebarang penyakit akut dan menghilangkan kahak. Gunakan bunga atau daun yang segar atau telah dikeringkan, rebus dan minum.











Teh Pagar
Teh pagar ni kalau kat kampung buat pagar rumah ye dak.. huhu
1) Lemah badan, sifilis, penawar ibu selepas bersalin : minum air rebusan akar.
2) Batuk, cirit, sakit perut, merangsang peluh, merawat demam panas: rendam daun dalam air mendidih dan minum apabila telah suam.



Pokok Lidah Jin



Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sansevieria
Sansevieria ehrenbergii
Sansevieria ehrenbergii
Pengelasan saintifik
Alam:Tumbuhan
Divisi:Magnoliophyta
Kelas:Liliopsida
Order:Asparagales
Keluarga:Ruscaceae
Genus:Sansevieria
Thunb.
Spesis
Lihat teks
Pokok lidah jin atau sansevieria dalam Bahasa Inggeris merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai lebih daripada 70 spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga Ruscaceae yang semula jadi kepada negara tropika Zaman Dahulu.
Tumbuhan ini mempunyai pohon yang kecil berair dengan kehijau-hijauan daun yang tumbuh dari 20 cm hingga 3m tinggi, kebanyakannya membentuk kelompok yang dalam daripada rizom atau stolon yang disebarkan. Bunganya berwarna kelabu berputih-putihan, dihasilkan pada rasem yang ringkas atau bercabang 40-90 cm panjang. Buahnya merupakan beri yang berwarna merah atau jingga.
Jenis ini dinamakan berasaskan nama tuan putera San Severo, Raimondo di Sangro (1710-1771) di Italy. Ejaan 'Sansveria' dan 'Sansviera' biasanya dilihat juga, kekeliruan itu berasal daripada ejaan yang menyelang-nyelikan nama tempat Italy.
Spesies yang terkenal ialah:
  1. Sansevieria aethiopica
  2. Sansevieria angustiflora
  3. Sansevieria arborescens
  4. Sansevieria aubrytiana
  5. Sansevieria braunii
  6. Sansevieria canaliculata
  7. Sansevieria concinna
  8. Sansevieria cylindrica
  9. Sansevieria dawei
  10. Sansevieria deserti
  11. Sansevieria dooneri
  12. Sansevieria ehrenbergii
  13. Sansevieria fasciata
  14. Sansevieria gracilis
  15. Sansevieria grandicuspis
  16. Sansevieria grandis
  17. Sansevieria hyacinthoides
  18. Sansevieria intermedia
  19. Sansevieria kirkii
  20. Sansevieria liberica
  21. Sansevieria longiflora
  22. Sansevieria metallica
  23. Sansevieria parva
  24. Sansevieria phillipsiae
  25. Sansevieria raffillii
  26. Sansevieria roxburghiana
  27. Sansevieria senegambica
  28. Sansevieria singularis
  29. Sansevieria stuckyi
  30. Sansevieria subspicata
  31. Sansevieria suffruticosa
  32. Sansevieria trifasciata
  33. Sansevieria zeylanica
Di Negara Afrika, daunnya digunakan untuk menghailkan serat; dalam sesetengah spesies. Contohnya, Sansevieria ehrenbergii, sap tumbuhan mengandungi kualiti antiseptik dan daunnya digunakan sebagai kain pembalut dalam pertolongan cemas traditional.
Sesetengah spesies merupakan tumbuhan rumah yang terkenal di beberapa buah negara, dengan jualan Sansevieria trifasciata yang paling banyak; banyak kultivar disediakan.

[sunting]Galeri


No comments:

Post a Comment