Tenggek Burung | ||||||||||||||||||||||||
Nama Tempatan: | Tenggek Burung | |||||||||||||||||||||||
Nama Saintifik: | Euodia redlevi | |||||||||||||||||||||||
Nama Lain: | ||||||||||||||||||||||||
Famili: | Rutaceae | |||||||||||||||||||||||
Lokasi dijumpai: | Tumbuhan liar | |||||||||||||||||||||||
Asal: | ||||||||||||||||||||||||
keterangan: | ||||||||||||||||||||||||
Tenggek burung merupakan sejenis ulam yang biasa dimakan oleh masyarakat melayu. Daunnya mempunyai rasa yang agak kelat dan ianya rangup.
| ||||||||||||||||||||||||
kegunaan: | ||||||||||||||||||||||||
Digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat darah tinggi. Ia boleh dimakan sebagai ulam dengan sambal belacan. Untuk merawat darah tinggi 5-7 helai daunnya boleh dimakan sebagai ulam setiap hari.Ia juga boleh melambatkan pengeluaran mani selain dapat menyegarkan badan
| ||||||||||||||||||||||||
English Translation | ||||||||||||||||||||||||
Commmon Name: | ||||||||||||||||||||||||
Botanical Name: | Euodia redlevi | |||||||||||||||||||||||
Other Name: | ||||||||||||||||||||||||
Family:
Nama tempatan/Common name: Tenggek Burung
Nama botani/Botanic name: Scientific name: Euodia ridleyi/Euodia redlevi/Euodia ridleyi
Famili/Family: Rutaceae Kegunaan/Uses: Daun tenggek burung dipercayai boleh
Kita hanya perlu makan 6 atau 7 helai daun sekali makan. Daun yang dimakan ialah daun yang muda. Rasanya sedikit kelat dan garing, jadi sesuai dimakan sebagai ulam. Makan diwaktu malam atau siang. Kesannya agak segera, selepas 2 atau 3 jam.
TENGGEK BURUNG
Nama botani: Euodia redlevi
Famili: Rutaceae
Pengenalan
Tenggek burung merupakan sejenis ulam yang biasa dimakan oleh masyarakat melayu. Daunnya
mempunyai rasa yang agak kelat dan ianya rangup.
Khasiat dan kegunaan
Digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat darah tinggi.
Ia boleh dimakan sebagai ulam dengan sambal belacan.
Untuk merawat darah tinggi 5-7 helai daunnya boleh dimakan sebagai ulam
setiap hari.Ia juga boleh melambatkan pengeluaran mani selain
dapat menyegarkan badan.
AKAR MENGKUNYIT
Nama botani: Coscinumm Blumeanum
Famili:
Pengenalan
Mengkunyit ialah sejenis tumbuhan liar yang biasa dijumpai di hutan dan belukar.Ia merupakan sejenis tumbuhan memanjat yang dapat tumbuh hingga mencapai ketinggian sepuluh kaki (dengan memanjat pada tumbuhan lain atau sokongan). Daunnya lebar dan panjang berukuran 7 x 20 cm. Terdapat dua jenis mengkunyit iaitu mengkunyit emas dan mengkunyit perak dibezakan oleh warna daunnya.
Khasiat dan kegunaan
Mengkunyit digunakan sebagai ubat resdung yang berkesan dalam perubatan tradisional melayu. Herba ini dapat menghilangkan gatal-gatal di muka, kulit kepala dan hidung, sering bersin dan hidung berair, berjerawat di muka, gatal-gatal di kuku kaki dan tangan. Ia juga mengandungi kesan antibiotik terhadap beberapa jenis bakteria dan kulat. Kandungan flavanoid yang tinggi dalam tumbuhan ini menyebabkan fungsinya bertindak sebagai anti oksida yang dapat mengeluarkan histemin dan zat-zat alergi yang lain.
Satu lagi kelebihan herba ini ialah membantu meningkatkan kadar vitamin C dalam tubuh yang melindungi kerosakan akibat radikal bebas dan menguatkan sendi.
Nama botani: Piper sarmentosum Roxb.
Famili: Piperraceae
PengenalanHerba jenis memanjat yang terdapat di kawasan iklim panas.
Daunnya lembut berbentuk bujur bulat, nipis, berwarna hijau tua, berkilat dan berselang-seli manakala bunganya banyak, padat, sangat kecil dan tersusun rapat.
Pokok herba menjalar ini banyak terdapat di Khasiat dan kegunaan
Ulam jenis sayur ini mungkin sudah begitu dikenali, terutama di kalangan orang Melayu yang menjadikannya sebagai perisa atau campuran gulai masak lemak dengan ikan bilis.
Menjadi pembuka selera apabila direbus atau dicelur dan dimakan bersama-sama sambal belacan. Pucuk serta daun kaduk juga selalu dimakan mentah sebagai kerabu iaitu selepas ia diracik-racik halus. Air rebusan daunnya yang diminum berkhasiat untuk mengubati lemah-lemah, lenguh dan bisa badan di samping melegakan sakit tulang. Selepas menikmati kelazatan daun kaduk direbus bersama sambal belacan, air rebusannya pula boleh terus diminum begitu saja. Untuk mendapatkan khasiat sebenarnya, pastikan anda tidak merebus terlalu lama, memadai sehingga ia menggelegak. Daunnya yang telah ditumbuk pula boleh digunakan untuk melegakan sakit kepala dan ubat panau iaitu dengan menggosokkannya ke kulit yang dijangkiti
LEMPOYANG
Nama botani: Zingiber zerumbit.
Famili: Zingeberaceae
Pengenalan
Khasiat dan kegunaanIa paling popular sebagai bahan untuk dijadikan sebagai rebusan mandian wanita lepas bersalin. Rebusan daun lempoyang memang telah terbukti malah diakui ramai dapat memberi kesegaran dalaman dan luaran kepada golongan wanita. Bagaimanapun, dalam penyediaan air mandian wanita lepas bersalin, daun-daun herba lain turut dicampur dan direbus bersama untuk menambah khasiatnya. Selain popular sebagai campuran rebusan air mandian, lempoyang juga boleh membantu mengatasi masalah kurang selera makan. memberitahu, bahagian rizom atau muda dan daun lempoyang digunakan dalam perubatan tradisional. Rizom muda lempoyang dimakan sebagai ulam untuk meningkatkan selera makan. Untuk mendapatkan kesan yang baik, sekali gus menyelesaikan masalah kurang selera makan, pengambilan rizom muda perlu dilakukan berterusan. Rizom muda yang dimakan mentah baik untuk wanita yang ingin mengekalkan awet muda. Air rebusan rizom muda boleh pula membantu melegakan atau mengubati sakit perut.
GELENGGANG KECIL
Nama botani: Cassia tora
Famili: Leguminosae.
nama lain: Gelenggang
Pengenalan
Khasiat dan kegunaan
Selain mengubati sakit telinga juga boleh melegakan bengkak-bengkak badan, sakit gigi dan ulser atau seriawan mulut. Herba ini juga berkhasiat mengurangkan suhu badan, melegakan sakit kaki, gout dan seliuh.
Sakit telinga, biji gelenggang kecil digoreng tanpa minyak atau digoreng bersama pasir terlebih dahulu. Selepas digoreng, biji gelenggang itu ditumbuk sehingga halus hingga mengeluarkan minyak sebelum ia disapu atau dititikkan ke dalam telinga. Cara yang sama juga dilakukan bagi mengubati sakit gigi. Bagi sakit ulser mulut, daun gelenggang kecil direbus dan kemudian dikumur-kumurkan. Untuk mengurangkan suhu badan terutama ketika demam, air rebusan daun itu dilapkan ke seluruh badan. Bagi sakit gout, bengkak-bengkak, terseliuh dan sakit kaki, daun gelenggang kecil perlu dipanaskan atau dilayur sebelum dituam ke bahagian berkenaan.
PECAH BELING / LIDAH JIN
Nama botani: Strobilanthes Crispus
Famili: Acanthaceae.
Pengenalan
Pecah beling atau nama saintifiknya Strobilanthes crispus atau Saricocalix crispus (Acanthaceae) merupakan tumbuhan yang berasal dari Madagascar hingga ke Indonesia dan telah dikenal pasti buat pertama kalinya oleh Thomas Anderson (1832 - 1870) yang mengkelaskan tumbuhan ini di bawah Spermatophyta (tumbuhan berbunga dan gymnosperma). Daun in dikenali dengan nama pecah beling, enyoh kilo, kecibeling atau kejibeling di Indonesia. Di Malaysia, pokok ini lebih dikenali dengan nama pecah kaca, pecah beling atau jin batu. Pokok mudah ditanam dan hidup subur di Malaysia. Daunnya telah digunakan secara tradisional untuk merawat kanser, kencing manis serta batu karang dan juga sebagai agen diuretik
Khasiat dan kegunaan
Selepas dibersihkan, pokok itu yang dicabut keseluruhan batang dan akarnya boleh direbus selama kira-kira 10 minit. Biarkan ia mendidih sehingga air yang digunakan berkurangan satu pertiga daripada paras awal. Selepas air rebusan menjadi suam, bolehlah ia diminum. Ia mujarab jika selalu diamalkan. Selain mengurangkan komplikasi sakit darah tinggi, kencing manis dan batu karang, pecah kaca juga membantu merawat gejala kencing tidak lawas.
ama botani: Solesnostemon secutellaroides
Famili: Labiate.
Pengenalan Pokok ini dikategorikan sebagai herba saka yang mempunyai batang lembut sukulan dan boleh mencapai ketinggian satu meter. Dijadikan pokok hiasan kerana daunnya yang cantik berwarna merah hati keunguan. Pokok ati-ati kacukan pula mempunyai daun berwarna-warni. Khasiat dan kegunaan Selain mengubati bisul, daun ati-ati juga boleh melegakan sakit kepala, demam, batuk, lelah dan bengkak. Bagi melegakan sakit bisul, daun ati-ati dilumatkan terlebih dahulu sebelum ditampal di sekeliling tempat yang ditumbuhi bisul. Daun tersebut kemudian dibalut dengan kain dan dibiarkan sehingga kering dan mengeras. Langkah tersebut diulang sehingga bisul masak dan pecah sendiri. Selain mengurangkan sakit akibat denyutan, daun lumat yang ditampal membantu memecahkan bisul dengan sendiri apabila ia sudah kering dan keras. Langkah yang sama juga perlu dilakukan untuk mengurangkan kesakitan dan menyembuhkan bengkak. Untuk melegakan demam dan sakit kepala, daun yang telah dilumatkan dilekap dan diikat dengan kain pada dahi. Bagi sakit batuk dan lelah pula, sekeping daun ati-ati perlu dilayur di atas api dan dicampurkan kapur makan pada permukaan daun. Daun yang masih panas itu kemudian ditampal dan dibalut di leher. Langkah ini perlu diulang beberapa kali.
RUMPUT SAMBAU
Nama botani: Eleusine indica
Famili: Gramineae (Poaceae)
Pengenalan
Khasiat dan kegunaan
Rumput sambau dipercayai amat baik untuk ibu-ibu lepas bersalin di samping dapat membantu mengatasi masalah cacing, mengubati kembung perut, demam kuning dan melawaskan kencing. Selain itu, ia juga dikatakan boleh melega dan mengubati luka dan bisul. Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap memberitahu, seluruh pokok rumput sambau boleh direbus untuk dijadikan air mandian ibu-ibu yang baru bersalin. Boleh direbus begitu saja atau dicampurkan dengan herba rebusan lain seperti serai wangi, daun pandan dan lain-lain. Untuk penjagaan perut wanita lepas bersalin, rumput ini ditumbuk hingga lumat dan dicampurkan dengan beras. Setelah dilumatkan, ia kemudian dilumurkan pada perut dan selepas itu dibalut. Menurutnya, tiga rumpun akar rumput sambau pula diperlukan untuk mengurangkan kembung perut, mengubati demam kuning, mengatasi masalah cacing dan melawaskan kencing. Caranya ialah dengan merebus akar rumput berkenaan dan meminumnya setelah air rebusannya tinggal satu pertiga daripada paras asal. Untuk mengubati luka dan bisul pula, daun rumput sambau ditumbuk lumat sebelum dibalutkan pada bahagian berkenaan. Ia perlu dibiarkan dibalut seharian dan langkah ini diulangi sekurang-kurangnya satu kali sehari sehingga sakit berdenyut-denyut yang dialami berkurangan.
BAYAM DURI/ BAYAM HUTAN
Nama botani: Amaranthus spinosus
Famili: Amaranthaceae.
Pengenalan
Khasiat dan kegunaan
Selain masalah kulit muka dan jerawat, ia juga dipercayai dapat mengubati asma, demam, mengatasi masalah keputihan di kalangan wanita, melawaskan kencing dan menambah susu badan. Menurut Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap, terdapat dua cara untuk melembutkan kulit muka dan mengubati jerawat. Boleh dilakukan dengan meramas-ramas sehingga hancur terlebih dahulu daun bayam duri sebelum ia digosokkan pada muka. Juga boleh diramas terus di muka dan disusuli dengan menyental secara perlahan-lahan. Perlu diingat bahawa sama ada ia diramas dahulu atau kemudian, ia tidak boleh digosok atau disental kuat kerana ia boleh mengakibatkan kecacatan kulit muka. Proses ini dilakukan antara Tiga atau Minum air rebusannya sekurang-kurangnya empat kali sehari dengan sukatan satu gelas untuk orang dewasa dan setengah gelas untuk kanak-kanak. Bagi sakit demam atau menambahkan susu badan, air rebusan seluruh pokok bayam duri perlu diminum dengan sukatan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Manakala untuk melawaskan kencing dan mengatasi masalah keputihan, kata beliau, rebusan hanya menggunakan akar bayam duri. Akar bayam duri itu dibersihkan dan kemudian rebus sebelum meminumnya sekurang-kurangnya sekali sehari. Untuk melihat kemujarabannya, ia perlu diulangi setiap hari sehingga menampakkan kesan. Meminum air rebusan akar bayam duri sekali-sekala juga boleh mengubati sakit tekak dan lewat datang haid. Air rebusan seluruh pokok atau akar bayam duri boleh dicampurkan gula atau madu secukup rasa.
SENDUDUK
Nama lain: akar KEDUDUK HITAM, SEKENDUDUK, KENDUDUK atau KODOK.
Nama botani: Melastoma malabathricum L.
Famili: Melastomaceae
Pengenalan
Sejenis pokok renek yang bercabang. Tumbuhan ini biasanya mencapai ketinggian 3 hingga 4 inci dan sering menghasilkan bunga ketika masih kecil. Batang pokok ini berwarna kemerahan dan ditutupi oleh bulu-bulu halus. Manakala daunnya yang berukuran 1 hingga 5 inci panjang mempunyai permukaan bawah yang kasar sekiranya disentuh. Senduduk juga dikelaskan sebagai rumpai dan boleh ditemui hidup liar di kawasan terbiar.
Khasiat dan kegunaan Tumbuhan `rumpai' ini telah digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional di dalam dan luar negara. Menurut Fellow Penyelidikan Kanan Institut Asia-Eropah, Universiti Malaya, Dr. Khadijah Muhamed, senduduk juga didapati berguna untuk merawat luka luaran dan dalaman. Digunakan secara popular oleh golongan wanita yang baru bersalin untuk mempercepatkan proses penyembuhan rahim. Selain merawat cirit birit, daun dan pucuk senduduk juga boleh digunakan untuk merawat penyakit leukorea (keputihan). Bagi merawat penyakit tersebut, anda boleh merebus segenggam daun senduduk dengan sedikit gula, halia dan bonglai. Air rebusan tersebut boleh diminum untuk merawat lendir pekat dan keputihan yang keluar dari faraj. Kepada mereka yang menghidapi buasir, air rebusan senduduk juga amat mujarab untuk mengatasi masalah tersebut. Sementara itu, daun dan akarnya yang telah digiling boleh ditaburkan di atas kudis untuk mengelakkan parut. Ia juga boleh digunakan untuk mengubati bintik-bintik pada pesakit cacar. Akar tumbuhan ini juga tidak terkecuali menyumbangkan kebaikan kepada manusia. Air rebusan akar senduduk juga boleh digunakan untuk membasuh mulut bagi mengubati sakit gigi. Kepada wanita yang ingin melembutkan kaki atau mengurangkan angin badan, ia juga boleh digunakan sebagai mandian. BAWANG PUTIH Nama botani: Allium sativum Linn Famili: Liliaceae Pengenalan Khasiat dan kegunaan Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap memberitahu, bawang putih digunakan untuk melegakan sakit gigi di samping mengeluarkan duri dan besi berduri yang tertusuk di jari. Di samping itu, katanya, bawang putih berkhasiat untuk mengurangkan kolesterol dan gula serta memecahkan lemak dalam badan. Untuk sakit gigi, layurkan buahnya di atas api seketika dan gigit kuat-kuat pada gigi yang sakit. Ia dipercayai membantu melegakan sakit gigi berkenaan. Manakala buah bawang putih yang telah dilayurkan boleh digunakan untuk membuang duri atau besi dengan menekapkannya pada tempat yang tercucuk. Selalunya duri atau besi berkenaan akan tertarik keluar. Untuk mengurangkan kolesterol, gula dan memecahkan lemak, kita disyorkan memakan sebiji atau dua biji bawang putih. Kandungan allicin dan aliin di dalamnya mempunyai daya antikolesterol dan ini mencegah penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. Memakan bawang putih yang telah digoreng, direbus atau dibakar terlebih dahulu dikatakan lebih baik berbanding memakan mentah. Bawang putih juga selalu digunakan dalam bidang perubatan kerana ia bersifat antibakteria dan antiseptik. PULASARI
Nama botani: Alyxia reinwardtii Blume
Nama lain: Alyxia flavescens
Famili: Apocynaceae
Nama botani: Physalis minima @ Passiflora foetida
Pengenalan
Tumbuhan Passiflora foetida ini sering juga ditemui sebagai tanaman penutup bumi di ladang getahatau kelapa sawit. Habitat tumbuhan letup-letup ini sememangnya mudah hidup di kawasan-kawasan tanah terbiar. Walaupun habitatnya di kawasan terbiar, tetapi ia mempunyai khasiat yang baik pada sudut perubatan herba. Ia tumbuh secara menjalar. Daun berwarna hijau serta lebar.
Khasiat dan Kegunaan
Tumbuhan ini sesuai untuk merawat gatal-gatal kulit, luka dan batuk. Oleh itu tumbuhan ini adalah sesuai untuk penjagaan kesihatan. Bagi merawat gatal-gatal kulit, beberapa batang pokok letup-letup diperlukan. Iaitu ambil seluruh pokoknya, termasuk dengan akar nya sekali. Buangkan segala kotoran yang ada pada pokok itu terlebih dahulu. Kemudian rebuskannya sehingga ia menididh. Tunggulah ia suam sedikit sebelum mengambil airnya untuk digunakan sebagai air basuhan.
Dalam merawat luka, caranya adalah dengan menggunakan beberapa helai daun yang dilumatkan. Daun yang telah dilumatkan itu, dipupuk pada bahagian yang luka tersebut. Manakala bagi merawat batuk pula, dengan merebuskan beberapa batang pokok letup-letup ini. Air rebusan seluruh pokok tersebut hendaklah diminum airnya setelah air itu suam.
Sayur-sayuran dan ulam-ulaman mengandungi banyak serat (fiber) dan kurang kalori. Ia adalah kaya dengan sumber utama vitamin C, vitamin A, asid folix dan zat galian yang sangat diperlukan untuk pertumbuhan dan penjagaan tubuh badan serta minda yang sihat. Khasiat yang terdapat dalam sayur-sayuran dan ulam-ulaman ini dapat menyelenggara tisu-tisu kulit, mata, tulang dan otak. Ulam-ulaman biasanya banyak terdapat di kawasan kampung sama ada ditanam atau tumbuh sendiri di hutan-hutan yang berhampiran.
Apabila pembangunan rancak dilaksanakan, banyak kawasan hutan diteroka sekali gus menyebabkan ulam-ulaman turut pupus. Berikutan itu, ulam-ulaman sukar diperolehi di kampung-kampung dan pasar-pasar termasuk pasar tani. Namun, teknologi terkini dalam bidang pertanian membolehkan ulam-ulaman dan tumbuhan herba ditanam secara komersial dan mula dipasarkan ke seluruh negara.
Sebagai contoh, ladang satelit berkelompok yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu satu kawasan pengeluaran ulam-ulaman dan rempah ratus bagi memenuhi keperluan harian pengguna-pengguna di kawasan bandar dan menjadi suatu prasarana yang baik untuk mengenali dunia pertanian. Jika anda tinggal di kawasan kampung, anda bertuah kerana mempunyai tanah yang agak luas untuk dimanfaatkan dengan menanam tumbuhan jenis herba dan ulaman.
Bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar dan menetap di kediaman yang tidak mempunyai halaman bertanah, usah berdalih untuk mengamalkan pemakanan ulam-ulaman. Ini kerana di bandar juga terdapat banyak pasar yang menjual ulam-ulaman.
Sebagai contoh pasar Chow Kit, pasar borong Selayang dan banyak lagi. Jika tidak pun, ambil sedikit usaha untuk menanam sayur ulaman melalui penanaman edible landscape atau kebun kelompok di sekitar rumah menggunakan pasu atau bekas tin dan plastik terpakai dengan menggunakan tanah atau kompos.Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang telah mengkaji dan mengenalpasti 62 jenis sayur dan ulam meliputi 37 jenis ulam daun atau pucuk, 16 jenis buah dan 9 jenis sayur kampung. Namun, menurut kajian oleh wikipedia.org, terdapat lebih 120 jenis ulam-ulaman di Malaysia meliputi ulaman jenis pucuk, daun, umbut, biji, buah, ubi dan bunga.
Antara ulam-ulaman yang tersenarai ialah rebung, cekur manis, jering, kacang kelisa, petai, ulam raja, kerdas, jering, genuak, pucuk gajus, beluntas, pucuk betik, pucuk putat, daun selom, jantung pisang, pucuk ubi, nangka muda, daun kunyit/kunyit hidup, daun kesom, pegaga, daun kadok, daun salad, kacang panjang muda, pucuk mengkudu, buah mengkudu, batang lambok (sejenis keladi) dan banyak lagi.
Usaha menyelidik ulaman oleh FAMA ini bertujuan memperkenalkan dan memasarkan ulaman kepada masyarakat dan membantu petani di kawasan kampung meningkatkan pendapatan mereka melalui hasil jualan ulam-ulaman itu nanti. Antara sayur ulam yang kurang dikenali yang diselidik oleh FAMA ialah bayam orang putih, pucuk ara, tenggek burung, kaca lima, cemperai, mata ayam, sepayang, balik angin, umbut kelapa. Manakala jenis-jenis buah ulam pula ialah buah ara nasi, gadung, peria katak, keladan, terung, peparu dan sebagainya. Menurut Kajian Industri Herba di Malaysia yang telah dilaksanakan oleh MARDITECH dan dibentangkan di Hotel Nikko, Kuala Lumpur, nilai pasaran industri herba dunia dijangka akan mencecah US$5 trillion menjelang 2050.
Menurut Tuan Haji Mansor Puteh, Ketua Penyelaras Teknikal bagi kajian ini, pasaran dunia herba pada 1997 yang bernilai US$60 bilion akan meningkat kepada US$200 bilion pada 2008 dan seterusnya mampu mencecah US$5 trilion menjelang 2050.KHASIAT BEBERAPA JENIS ULAM Oleh kerana ulam dimakan secara langsung tanpa dimasak lama terlebih dahulu, kandungan galian seperti mineral dan vitamin utama seperti kalsium (Ca), fosforus (P), besi (Fe), natrium (Na) dan kalium (K) di dalam ulam tidak termusnah oleh haba. Sebagai contoh, daun kaduk didapati mempunyaikalsium (Ca), fosforus (P), dan besi (Fe) yang paling tinggi iaitu sebanyak 446, 50 dan 13.1 mg masing-masing bagi setiap 100g, dibandingkan dengan ulam-ulam lain. (sumber : wikipedia.org)
Ulam juga membekalkan serabut yang amat di perlukan oleh sistem penghadaman manusia. Serabut memainkan peranan sebagai pengisi pada bahan buangan dan memudahkan pergerakan najis dalam saluran usus. Ulam juga memainkan peranan penting dalam perubatan Melayu dan kini pakar pengkaji perubatan barat juga turut mengakui khasiat ulam sebagai tambahan yang baik untuk badan.
Sebagai contoh, pegaga kini telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)sebagai herba menjana kecerdasan berfikir di kalangan kanak-kanak selain dapat membantu peredaran darah dan meningkatkan kesihatan kulit. Ulam jeringmengandungi sejenis sebatian alkaloid pelawas yang boleh memberi rangsangan untuk membuang air kecil. Jering juga boleh menjadi penawar yang berkesan pesakitkencing manis sekiranya diambil secara berterusan dengan kadar yang sedikit. Ini kerana, kandungan sebatian alkaloid di dalamnya mampu meneutralkan kandungangula di dalam badan. Daun kaduk pula mempunyai kandungan kalsium yang tinggi yang diperlukan oleh badan untuk memperkuatkan tulang, dan mengelakkan daripada penyakit osteoporosis terutama di kalangan kaum wanita. Ulam pegaga dan akarnya dikatakan membantu pemulihan rahim. Jus pegaga juga senang disediakan.
Di samping itu juga, amalkan memakan pucuk kaduk. Rasanya agak lemak dan senang dibiakkan di dalam pasu. Di Sarawak pula, ibu-ibu yang berpantang akan memakan bunga kunyit. Oleh kerana rupanya yang cantik, ia juga sesuai digubah bersama dedaun dan bunga segar bagi hiasan di meja makan.Ingin menambah pengetahuan atau membuat kajian mendalam mengenai ulam-ulaman? Jangan risau kerana terdapat banyak maklumat dan data boleh diperolehi melalui internet, media cetak dan media eletronik.
Jika ada masa terluang di pejabat atau di rumah, jangan lupa untuk melayari laman web yang memuatkan data mengenai ulam – ulaman. Antara laman web yang boleh dilawati ialah
Tidak ketinggalan juga, terdapat banyak buku-buku, majalah dan tesis mengenai sayur ulam-ulaman yang terdapat di pasaran dan juga di perpustakaan – perpustakaan awam di Malaysia. Antaranya ;
Di zaman yang serba ringkas ini, manusia sentiasa mencari jalan yang singkat untuk mendapatkan sesuatu dengan mudah. Aspek pemakanan juga mengalami tempiasnya. Kebanjiran makanan segera memudahkan perjalanan harian masyarakat yang sentiasa mengejar waktu. Makanan segera yang tidak jelas status halal-haramnya bukan sahaja tidak berkhasiat malah risiko untuk mengalami obesiti adalah tinggi.
“Berat badan yang berlebihan atau obesiti boleh membunuh!” kata Setiausaha Perkhidmatan Kemanusiaan dan Kesihatan Amerika Syarikat (AS), Tommy Thompson pada satu sidang akhbar pelancaran kempen pengiklanan menggempur masalah obesiti di negara berkenaan. Apabila obes, anda mudah mendapat sakit jantung, jantung tersumbat, angin ahmar, kencing manis, ghout, sakit sendi tulang, kanser dan sebagainya.Pemakanan yang sihat melalui pengambilan ulam-ulaman amat bermanfaat.
Selain menjamin kesihatan yang stabil dan merawat kesihatan dalaman tubuh badan, ulam-ulaman juga dijamin halal dan mudah diperolehi. Namun, masyarakat Malaysia lebih gemar mengambil langkah ‘mengubati’ daripada langkah ‘mencegah penyakit’. tibalah masa untuk berubah. Amalkan makan sayur-sayur ulaman dan anda pasti memiliki kesihatan yang membanggakan.
Temulawak
| Rutaceae |
KISAH SUKA DUKA DAN LAIN-LAN DIPEROLEHI SUMBER DARI RANGKAIAN CERITA SEBAGAI HIBURAN,MAKLUMAT DAN .(BAIK DAN BURUK) SEMUA NYA DARI YANG ESA. CUMA KITA YANG MEMILIHNYA DAN MENANGGUNG AKIBAT APA YG DI LAKUKAN SELAMA INI.
Tuesday, 10 July 2012
Tenggek Burung Rutaceae
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment