Ixora atau bunga Siantan, juga dikenali sebagai Jejarum. Nama Jejarum diberikan kerana rupa bunga berkenaan sebelum berkembang seakan jarum peniti, manakala di India bunga ini dikenali sebagai Jasmin India Barat.
Bunga yang tumbuhan banyak di Asia dan kini boleh didapati di kawasan tropika di Amerika Selatan dan Tengah termasuk Florida di Amerika Syarikat yang menjadi hiasan pelengkap landskap kediaman dan kota berkenaan.
Selain Ixora, bunga ini juga dipanggil sebagai bunga jarum-jarum, rangan, kheme, ponna, chann tanea, techi, pan, santan, bunga pecah periuk, semarak hutan dan geranium hutan.
Ixora adalah tumbuhan dalam keluarga Rubiaceae, mempunyai bunga kecil yang mekar segugus antara 2 hingga 9 sentimeter yang biasanya menjadi tanaman hiasan renek dan sederhana, selain pilihan utama sebagai tanaman pagaran dan pemisah sempadan.
Pokoknya biasanya boleh membesar sehingga tiga meter dan bunganya boleh didapati dalam pelbagai warna mengikut spesies pokok dari putih, merah, jingga hingga kekuningan.
Pokok Ixora Merah dikatakan berasal dari Pulau Jawa dan spesies yang terbesar dalam keluarga pokok ini. Daun Ixora Merah juga lebih besar dibandingkan dengan Jejarum lain.
Dilaporkan ada lebih 400 spesies Ixora di seluruh dunia dan paling banyak dijumpai di Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Negara Thai dan Singapura.
Bagi negara empat musim dan sub tropika ia biasanya berbunga pada musim panas tetapi di kawasan Tropika ia berbunga sepanjang tahun, tidak mengikut musim. Ia boleh dibiakkan daripada keratan batang atau dari biji benih. Perlu ditanam dalam cahaya matahari yang cukup dengan kadar air yang sederhana.
Ixora Merah sering digunakan penganut Hindu dalam upacara keagamaan dan sudah lama menjadi ramuan dalam perubatan tradisional India terutama merawat penyakit berkaitan keputihan dan cirit-birit.
Akar pokok ini juga dikatakan menjadi ramuan masalah muntah, sedu dan anorexia manakala bunganya menjadi ramuan masalah cirit birit dan keputihan melampau.
Daun dan batang lembutnya sesuai mengatasi masalah kulit, terkehel, melecur, luka atau tercalar manakala air rebusan bunganya sesuai meredakan tekanan, masalah berkaitan haid dan kesan alahan akibat mengandung.
Di Bengal, akar pokok Ixora menjadi ramuan merawat masalah sakit perut manakala di Indo-China rebusan akar pokok ini mengatasi masalah kencing kotor.
Fakta: Spesies Ixora
Ixora finlaysoniana dikenali sebagai bunga eksotik kerana bunganya putih berbau harum dan tumbuh renek. Ia yang banyak dijumpai di Negara Thai
Ixora bukan hanya mempunyai nama yang indah tetapi rupa cantik dan baunya juga harum.
Anda boleh merasakan kemanisan madu bunga Ixora hanya dengan menyedut hujung bunga.
Bunga Ixora juga dijadikan ramuan sebagai perisa dalam makanan tradisional di Asia Tenggara seperti wajik. Baunya yang manis dan sedikit harum menjadikan ia penghias rambut dan pewangi bedak.
Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2009/08/fakta-pokok-ixora.html#ixzz20BnLA8RO
ECAH PERIUK (Ixora Jawa / Coccinea) Untuk Meredakan Demam Panas Januari 18, 2011
Pokok Pecah Periuk, juga dikenali sebagai Pokok Jejarum dan Pokok Siantan, ialah sejenis pokok renek dari keluarga Rubiaceae yang berbunga. Pokok ini banyak ditanam di kawasan perumahan serta taman-taman, dan juga sesuai untuk dijadikan tanaman pagar.
Terdapatnya dua jenis Pokok Pecah Periuk, iaitu:
Ixora jawa yang berasal dari Malaysia dan Indonesia; dan Ixora coccinea yang berasal dari Hindia Timur, tetapi kini juga boleh didapati di Malaysia dan Indonesia.
Tingginya Pokok Pecah Periuk ini sehingga tiga meter. Batangnya berwarna perang dan liat, dan daunnya berbentuk bujur. Saiz daun untuk Ixora jawa adalah lebih besar, iaitu 12 – 20 sentimeter panjang, dan 4 – 6 sentimeter lebar, berbanding dengan daun Ixora coccinea yang hanya berukuran 7 – 10 sentimeter panjang dan 3 – 5 sentimeter lebar. Bunga pokok ini adalah besar dan berjambak-jambak di hujung dahan. Warna bunga untuk kedua-dua spesies termasuk merah, jingga, kuning, dan merah jambu. Bagaimanapun, spesies Ixora coccinea juga mempunyai bunga putih. Buahnya berwarna hijau dan menjadi merah apabila masak. Ahli-ahli tumbuhan Ixora lebih suka tanah berasid dan merupakan pilihan sesuai untuk bonsai.
Walaupun semula jadi kepada kawasan bertropika di Asia, terutamanya India, Pokok Pecah Periuk sekarang tumbuh di cuaca tropika di Amerika Syarikat seperti Florida. Pokok Pecah Periuk juga dikenali sebagai West Indian Jasmine.

Bunga ixora yang berwarna merah biasanya digunakan dalam upacara sembahyang agama Hindu dan dalam membuat ubat-ubatan masyarakat orang India.
Sumber : http://ms.wikipedia.org/
Maklumat tambahan
Daunnya berbentuk elips, stipul kecil, dan berbunga merah. Ia terdapat di kawasan tanah pamah. Seluruh pokok ini digunakan untuk membuka selera makan. Tumbuhan ini direbus bersama lima biji ubi Cyperus Stoloniferus sehingga mendidih sebelum digunakannya. Selain itu tumbuhan ini juga digunakan sebagai ubat demam panas. Bahagian organ yang digunakan adalah bunga tumbuhan tersebut. Bunga ini bersama akar sagu atau akar mengkuang atau akar pisang gala direndam dan dibasuh kepala dan ini dapat menghilangkan demam panas.
Bunga Ixora (jejarum) tanaman hiasan eksotik
Bila nama Ixora disebut ramai yang mengaitkannya dengan MPV pertama nasional Proton Exora. Ironinya, nama MPV itu bukan sempena nama bunga Ixora walaupun ada yang cuba mengaitkannya, lebih-lebih lagi sebutannya hampir sama.
Ixora atau bunga siantan, juga dikenali sebagai jejarum. Nama jejarum diberikan kerana rupa bunga berkenaan sebelum kembang seakan jarum peniti, manakala di India bunga ini dikenali sebagai jasmin India barat.
Bunga yang tumbuhan banyak di Asia dan kini boleh didapati di kawasan tropika di Amerika Selatan dan Tengah termasuk Florida di Amerika Syarikat menjadi hiasan pelengkap landskap kediaman dan kota berkenaan.
Selain ixora, bunga ini juga dipanggil sebagai bunga jarum-jarum, rangan, kheme, ponna, chann tanea, techi, pan, santan, bunga pecah periuk, semarak hutan dan geranium hutan.
Ixora adalah tumbuhan dalam keluarga Rubiaceae, mempunyai bunga kecil yang mekar segugus antara 2 hingga 9 sentimeter yang biasanya menjadi tanaman hiasan renek dan sederhana, selain pilihan utama sebagai tanaman pagaran dan pemisah sempadan.
Pokoknya biasanya boleh membesar sehingga tiga meter dan bunganya boleh didapati dalam pelbagai warna mengikut spesies pokok dari putih, merah, jingga hingga kekuningan.
Pokok Ixora merah dikatakan berasal dari pulau Jawa dan spesies yang terbesar dalam keluarga ini. Daun ixora merah juga lebih besar dibandingkan dengan jejarum lain.
Dilaporkan ada lebih 400 spesies ixora di seluruh dunia dan paling banyak dijumpai di Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura.
Bagi negara empat musim dan sub tropika ia biasanya berbunga pada musim panas tetapi di kawasan tropika ia berbunga sepanjang tahun, tidak mengikut musim. Ia boleh dibiakkan daripada keratan batang atau biji benih. Ia memerlukan cahaya matahari yang cukup dengan kadar air yang sederhana.
Ixora merah sering digunakan penganut Hindu dalam upacara keagamaan dan sudah lama menjadi ramuan dalam perubatan tradisional India terutama merawat penyakit berkaitan keputihan dan cirit-birit.
Akar pokok ini juga dikatakan menjadi ramuan masalah muntah, sedu dan anorexia manakala bunganya menjadi ramuan masalah cirit-birit dan keputihan melampau.
Daun dan batang lembutnya sesuai mengatasi masalah kulit, terkehel, melecur, luka atau tercalar manakala air rebusan bunganya sesuai meredakan tekanan, masalah berkaitan haid dan kesan alahan akibat mengandung.
Di benggala, akar pokok Ixora menjadi ramuan merawat masalah sakit perut manakala di IndoChina rebusan akar pokok ini dapat mengatasi masalah kencing kotor.
Spesies Ixora
* Ixora finlaysoniana dikenali sebagai bunga eksotik kerana bunganya putih berbau harum dan tumbuh renek. Ia banyak dijumpai di Thailand.
* Ixora bukan hanya mempunyai nama indah tetapi rupa yang cantik.
* Anda boleh rasakan kemanisan madu bunga Ixora hanya dengan menyedut hujung bunga.
* Bunga Ixora juga dijadikan ramuan perisa dalam makanan tradisional di Asia Tenggara seperti wajik. baunya yang manis dan sedikit harum menjadikan ia penghias rambut dan pewangi bedak

Sumber: http://zonfiniti.blogspot.com/2011/07/bunga-ixora-jejarum-tanaman-hiasan.html#ixzz20BoNa6Q6
Sila baca lagi di http://zonfiniti.blogspot.com
No comments:
Post a Comment