Pokok Emas Cotek ataupun Mas Cotek merupakan sejenis pokok herba yang digunakan dalam bidang perubatan Melayu. Dalam perubatan Melayu pokok mas cotek ini dibahagikan kepada mas cotek jantan (berdaun kecil) dan betina (berdaun besar) .
Mas cotek atau dalam bahasa saintifiknya, Ficus deltoidea merupakan tumbuhan yang kini mula mendapat perhatian, khususnya di kalangan pengamal perubatan tradisional. Selain Tongkat Ali dan Kacip Fatimah, Mas cotek dikenali kerana khasiatnya yang dapat merawat pelbagai jenis penyakit dan baik untuk penjagaan kesihatan.
Nama Mas cotek adalah merupakan nama tempatan yang popular di pantai timurSemenanjung Malaysia. Di negeri Sabah dan Sarawak, juga Kepulauan Kalimantan, tumbuhan ini dikenali dengan nama ‘sempit-sempit’. Terdapat juga suku kaum di Sabah yang menggelarnya sebagai ‘agoluran’. Di Indonesia, tumbuhan ini dipanggil ‘tabat barito’ dan beberapa nama di daerah lain seperti ara jelatih, ara tunggal, api-api telinga gajah dan api-api telinga kera. Di Afrika pula, ia dikenali sebagai ‘Kangkalibang’. Walaupun sedemikian, nama Mas cotek adalah merupakan nama yang paling popular dan dikenali jika dibandingkan dengan nama-nama tempatan yang lain.
Nama Mas cotek diberi disebabkan oleh bintik-bintik halus berwarna emas yang terdapat pada permukaan atas setiap helaian daun tumbuhan ini. Di Malaysia, para saintis telah mengenalpasti bahawa terdapat lebih daripada 80 spesis tumbuhan tergolong di dalam keluarga Ficus deltoidea. Tumbuhan yang dikenali sebagai ara juga merupakan salah satu spesis keluarga Ficus deltoidea. Ficus deltoidea Jack atauMistleteo fig adalah di antara spesis yang diklasifikasikan secara saintifik dan ia tergolong dalam keluarga Moraceae
Khasiat
Tumbuhan herba ini mampu merawat dan mengekalkan tahap kesihatan, termasuk meningkatkan tenaga, membaiki peredaran darah, mengecutkan rahim dan merawat paru–paru berair, darah tinggi, kencing manis, lemah jantung serta cirit – birit.
[sunting]Kajian
Kajian yang pernah dibuat oleh Universiti Malaya (UM) serta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) tumbuhan ini mengandungi empat bahan aktif yang diperlukan badan manusia iaitu:
- Flavonoid
- Anti-oksida yang kuat bagi membantu mengekalan peredaran darah yang sihat
- Bertindak sebagai anti-radang dan anti-rival
- Tannis
- Menegangkan tisu yang kendur, mengeringkan perembesan air yang berlebihan (ciri-birit) dan melindungi tisu rosak seperti ekzema atau melecur
- Triterpenoids
- Membantu membuang serta mengeluarkan kahak dan membantu menyerap nutrient
- Phenols
- Membantu mengurangkan serta menghilangkan bengkak dan bertindak sebagai antiseptik
[sunting]Penyediaan herba
Hampir keseluruhan komponen pokok Mas Cotek daripada akar, batang, daun dan buah mengandungi khasiat perubatan yang tinggi. Jadi kesemua komponen bolehlah dikeringkan dan dijadikan / diamalkan dalam bentuk minuman teh herba.
Rahsia di sebalik tumbuhan Mas Cotek
"Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan penawar, dan dijadikan kepada setiap penyakit ada penawarnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram." (Riwayat Abu Daud)
Mas Cotek merupakan sejenis tumbuhan meliar dan menumpang pada pokok hutan dan kawasan perbatuan di pergunungan. Mas Cotek atau dalam bahasa saintifiknya, Ficus deltiodea dan tergolong dalam keluarga Moraceae merupakan tumbuhan yang kini mula mendapat perhatian, khususnya dalam kalangan pengamal perubatan tradisional.
Tumbuhan ini mempunyai khasiat perubatan tersendiri dan dapat merawat pelbagai jenis penyakit. Herba ini terbukti sangat baik untuk kesihatan keluarga jika diamalkan meminum air rebusannya.
Nama Mas Cotek adalah merupakan nama tempatan yang popular di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Manakala di negeri Sabah dan Sarawak dan juga Kepulauan Kalimantan, tumbuhan ini dikenali dengan nama 'sempit-sempit'. Selain itu, ada juga suku etnik di Sabah yang menyebutnya sebagai 'agoluran'. Di Indonesia, tanaman ini disebut 'Tabat Barito' dan beberapa nama di daerah lain seperti ara jelatih, ara tunggal, api-api telinga gajah dan api-api telinga kera. Di Afrika pula, ia dikenali sebagai 'Kangkalibang'. Meskipun demikian, nama Mas Cotek merupakan nama yang paling popular dan lebih dikenali jika dibandingkan dengan nama-nama tempatan yang lain.
Nama Mas Cotek diberi kerana bintik-bintik halus berwarna emas (kuning) yang terdapat pada permukaan atas setiap helaian daun tumbuhan ini.Di Malaysia, para saintis telah mengenalpasti bahawa terdapat lebih daripada 80 spesies tumbuhan tergolong di dalam keluarga Ficus deltioidea
Secara tradisi, nama tempatan dan klasifikasi jenis Mas Cotek dilakukan oleh spesies seperti delima sudip, serapat angin, telinga gajah, telinga kera, telinga beruk dan sebagainya. Di Malaysia, spesis serapat angin banyak terdapat di bahagian Pantai Timur Semenanjung, manakala spesis telinga beruk dan telinga gajah pula banyak dijumpai di bahagian Pantai Barat. Selain itu, spesis Delima sudip terdapat di kawasan Tengah dan Selatan Semenanjung, manakala telinga kera banyak terdapat di bahagian Utara Semenanjung. Menurut pengamal perubatan tradisional, Mas Cotek boleh diklasifikasikan kepada dua kategori utama iaitu Mas Cotek jantan dan Mas Cotek Betina .
Perbezaan paling ketara yang dapat dilihat antara spesis Mas Cotek jantan dan spesis Mas Cotek betina adalah dari segi rupa bentuk daunnya. Jenis yang berdaun kecil, tirus, nipis dan ringan lebih dikenali sebagai pokok Mas Cotek jantan. Bahagian belakang daun Mas Cotek jantan terdapat bintik merah. Biasanya, daun-daun ini mempunyai satu titik merah, tetapi ada juga daun yang mempunyai dua atau tiga bintik merah.
Bagi Mas Cotek jenis betina pula, rupa bentuk daunnya adalah lebih besar dan kebanyakan daunnya berbentuk bujur dan bulat serta lebih tebal jika dibanding spesies jantan. Sama seperti daun jantan, daun betina juga memiliki bintik pada bagian belakang daunnya tetapi warna bintiknya hitam. Selain itu, urat daun betina terlihat lebih jelas di bagian permukaan atas daun jika dibandingkan dengan daun jantan. Urat daun Mas Cotek betina menyerupai daun Mas Cotek jantan.
Seperti konsep 'Doctrice of signature', bentuk, warna, rasa dan bau pada setiap bahagian tumbuhan Mas Cotek menggambarkan penggunaan herba itu untuk rawatan penyakit. Emas Cotek digelar penawar segala penyakit wanita. Sangat terkenal dikalangan wanita yang bakal mendirikan rumahtangga atau wanita selepas bersalin. Tanaman herba ini tumbuh subur dikawasan bukit dan pergunungan. Bahkan ada spesies Mas Cotek yang ditemui di kawasan pantai dengan struktur daun lebih tipis berbanding spesies bukit dan pergunungan. Herba ini merupakan tumbuhan yang hidup di alam bebas.
Emas Cotek merupakan pusaka asli wanita dalam warisan perubatan Melayu. Ia diamalkan bagi mengecutkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim serta mengembalikan rahim pada kedudukan asal serta mengukuhkannya. Disamping itu, dipercayai rebusan daun Emas Cotek juga mampu memecah lemak serta membuang kolestrol berlebihan dalam saluran darah dan mengelakkan pengamal dari sakit kepala (migraine), stroke, juga berkesan untuk menyembuhkan dan memperbaiki kerosakan saraf.
Selain dicampur dengan daun jantan dan betina pelbagai jenis adalah lebih berkesan jika dapat dicampurkan dengan bahagian batang, buah dan akarnya yang dikeringkan. Air rebusan daun, batang, akar, dan buah Emas Cotek terbukti dapat menyembuhkan penyakit pneumonia (radang paru-paru), sakit pinggang, mengurangkan keletihan, dan ia juga mampu meningkatkan keinginan seks bagi pasangan suami isteri. Ia juga dipercayai dapat bertindak balas terhadap rangsangan hormon lelaki untuk meningkatkan daya ketegangan alat kelamin. Daun Emas Cotek boleh dipetik dan dikunyah semasa segar. Selain itu, ia juga boleh dikeringkan agar lebih tahan lama. Bila diperlukan, rebus daun kering tadi dan minum airnya bagi memulihkan tenaga.
Antara khasiat Mas Cotek yang lain adalah:
hasiat akar serapat
* Memperbaiki dan menegangkan tisu faraj
* Membantu menegangkan payudara
* Menegangkan dan mencantikkan kulit (awet muda)
* Menguatkan otot dan sendiri
* Memperbaiki dan menegangkan tisu faraj
* Membantu menegangkan payudara
* Menegangkan dan mencantikkan kulit (awet muda)
* Menguatkan otot dan sendiri
MAS COTEK |
Ditulis oleh Administrator |
Jumaat, 22 Julai 2011 23:59 |
PENGENALAN
Mas cotek atau dalam bahasa saintifiknya “Ficus deltoidea” dari famili “moracea” adalah sejenis pokok herba meliar yang menumpang di atas pokok lain (epifit). Biasanya dijumpai di kawasan perbatuan dan pergunungan. Sebenarnya terdapat lebih dari 80 spesies mas cotek antaranya adalah telinga beruk, telinga gajah, telinga kera, delima sudip, mas cotek kelilik kering, pitis skeleng kecil dan lain-lain. Perbezaan di antara spesies dapat dikenalpasti melalui bentuk daun, bentuk urat daunnya dan lain-lain lagi. Setiap spesies mempunyai peranan masing-masing dalam menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
Nama mas cotek diberi kerana terdapatnya bintik-bintik halus yang berwarna emas pada permukaan atas setiap helaian daunnya. Manakala pada buahnya terdapat titik yang berwarna merah muda. Benihnya pula disebar oleh burung yang memakan buahnya. Secara tradisinya mas cotek boleh dikategorikan kepada :
a) Mas cotek jantan
b) Mas cotek betina
Perbezaan yang paling jelas dapat dikenalpasti di antara spesies mas cotek jantan dan spesies mas cotek betina adalah dari segi rupa bentuk daun. Pokok mas cotek jantan mempunyai jenis daun yang kecil, tirus, nipis dan ringan manakala bahagian belakang daun terdapat bintik bewarna merah. Pada lazimnya, daun-daun ini mempunyai satu bintik merah, namun terdapat juga daun yang mempunyai dua dan tiga bintik merah.
Bagi pokok mas cotek betina pula mempunyai rupa bentuk daun yang lebih besar dan kebanyakan daunnya berbentuk bujur dan bulat serta lebih tebal jika dibandingkan spesies jantan. Sama dengan spesies mas cotek jantan, daun mas cotek betina turut mempunyai bintik pada bahagian belakang daunnya. Warna bintik pada daun betina adalah bewarna hitam bukannya berwarna merah. Urat daun mas cotek betina kelihatan lebih jelas di bahagian permukaan atas daun jika dibandingkan dengan daun jantan.
KAJIAN
Jabatan Agensi Kerajaan dan Universiti yang telah bekerjasama melakukan Research dan Development bagi produk iMas Care Koperasi Usahawan Islam Selangor Berhad
Mengikut konsep “Doctrine of signature” bentuk, warna, rasa dan bau pada setiap bahagian tumbuhan mas cotek menggambarkan kegunaan herba tersebut untuk rawatan penyakit. Secara tradisi, daun mas cotek digunakan oleh kaum wanita selepas bersalin bagi tujuan mengecut rahim, memperbaiki peredaran darah, mengembalikan tenaga, merawat masalah berkaitan peredaran darah dan dijadikan sebagai teh herba untuk kesihatan dan kecantikan.
Kajian menunjukkan bahawa lima bahan aktif yang sangat diperlukan oleh sistem tubuh badan manusia terkandung di dalam mas cotek adalah flavonoid, tannins, triterpenoids, proanthocyanins dan phenols. Bahan-bahan ini dikenalpasti berkemampuan membantu minda dalam proses mengingat dan dapat menumpukan perhatian serta dapat merawat masalah kurang daya tumpuan. Ia juga mampu melancarkan keberkesanan Vitamin C di dalam rangkaian anti-oksida, mengawal nitrit oksida dan peredaran darah, mengawal pengoksidanan lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) yang dikenali sebagai kolesterol jahat (bad cholesterol) dan dapat mengurangkan tekanan darah tinggi.
Lima bahan aktif yang terkandung didalam Mas Cotek :-
1. FLAVANOID
Anti-oksida yang tinggi dan mampu membuat pengaliran darah yang sihat, anti radang, anti virus dan melindungi hati.
2. TANNIN
Menegangkan tisu yang lemah, mengeringkan lebihan air akibat cirit birit dan melindungi tisu roasak akibat terbakar atau exzema
3. TRITERPENOIDS
Meningkatkan system ketahan badan, penyerapan nutrient
4. PROANTHOCYANNIN
Mengandungi tisu pengaliran darah untuk jantung, tangan, kaki dan mata. Ia adalah antioksida
5. PHENOL
Anti radang , anti septic
HASIL KAJIAN yang telah dijalankan oleh Agensi Nuklear dan Forest Research Institute of Malaysia
Pegawai penyelidik dari Agensi Nuklear Malaysia, Dr. SHAFIE Bin KHAMIS telah berjaya menemui beberapa keputusan khasiatnya seperti;
Cth: kanser, HIV dll
Dan diantara khasiat herba Mas Cotek yang boleh membantu didalam perawatan ialah :-
|