TOPIK JENIS SAYURAN
--- WILL BE UPDATE ---
Topik ini membincangkan tentang makanan tambahan dan
dan sampingan seperti Rumput dan Sayur sayuran serta
buah buahan yang boleh diberikan sebagai pemakanan
Arnab, dan langkah-langkah pemberiannya supaya
mendapat diet seimbang dan menghindari daripada
penyakit yang disebabkan oleh pemakanan yang tidak
terurus
Jerami Rumput(Hay)
* Jerami adalah komponen penting didalam diet seseekor arnab. Seharusnya jerami perlu ada selalu untuk arnab, seboleh-bolehnya 24/7.
* Jerami membekal serat/bahan kasar untuk membantu sistem penghadaman untuk berfungsi dengan baik dan berkesan dari menghalang rintangan/masalah usus.
* Gigi arnab tidak berhenti pertumbuhannya. Mengunyah jerami dapat membantu gigi tumbuh ditahap kepanjangan yang sesuai dan baik.
* Variasi dan kepelbagaian jenis jerami memberikan kepelbagaian pergerakan mengunyah. Untuk itu, jika boleh, beri arnab anda variasi jerami untuk tumbesaran gigi yang sempurna.
Sayuran dan Kudapan
Jika anda memilih untuk memasukkan sayuran didalam diet arnab anda, perkenalkan/beri satu jenis sayur untuk sesuatu masa. Mulakan dengan jumlah yang sedikit dahulu dan pantau bentuk/rupa najis arnab anda. Jika najis tersebut berbentuk sempurna dan bulat seperti selalu, anda boleh secara beransur-ansur meningkatkan jumlah pemberian sayuran. Jika najis arnab itu berubah rupa, menjadi lembik/cair, berhenti beri sayuran tersebut serta-merta, cuba beri sayuran dari jenis lain hanya selepas najis arnab anda kembali normal.
Perhatian!: Bertentangan dengan pendapat popular umum, lobak merah seharusnya tidak boleh dijadikan sebahagian besar kandungan diet arnab anda. Lobak merah mengandungi kandungan gula yang tinggi dan seharusnya cuma diberi sebagai kudapan/sampingan sahaja. Jadi jangan terpengaruh dengan kartun untuk memberi seratus-peratus arnab anda lobak merah, takkan boleh tukar jadi bugs bunny punya la~
Buah-buahan adalah kudapan yang paling sihat. Kudapan haruslah diberi dalam jumlah yang kecil dan minima, tidak lebih dari 1-2 sudu teh/sehari (sepotong sekali seminggu). JANGAN beri kudapan yang terlalu tinggi protin, karbohidrat dan lemak seperti biskut, sirial(koko crunch, cornflake dll), roti dan gandum seperti cikedis dan pasta. Coklat amat berbahaya dan beracun kepada arnab.
Rumput dan Sayur Sayuran
- Rumput Ulam Raja
- Rumput Napier.
- Rumput Guetemala.
- Rumput Signal (Decumbens).
- Daun dan Batang Jagung.
- Rumput Ara Songsang / Rumput Israel.
- Pokok dan Daun Pandan.
- Sayur kangkong
- Pucuk Ubi
- Daun Ulam-ulam
- Daun kailan
- Lobak / Carrot
- Rumput Hay
- Alfafa Hay
- Daun Lidah Buaya
Rumput dan Sayur sayuran elok diberi selang sehari dua
dengan Makanan Tablet Dedak.Makanan Seperti rumput dan
buah buahan juga tidak boleh diberi sebagai makanan
rutin harian kerana boleh menjejaskan penghadaman
arnab seperti penyakit sembelit.oleh itu peternak
perlu memberi diet yang seimbang kepada arnab-arnab
jagaan mereka untuk mendapat arnab yang sihat dan
aktive.
Peringatan! Daun KOBIS" tidak sesuai untuk diberi makan
kepada arnab kerana boleh menyebabkan penghadaman arnab
terjejas
Buah-buahan
- Buah Betik
- Buah Pisang
- Buah Tembikai
- Buah Anggur
- Ubi Kentang
- Ubi Keledek
- Buah Kurma
- Buah Rambutan
- Buah Manggis
- Buah Mangga
- Buah Ciku
Untuk pengetahuan semua buah buahan hanya boleh diberi
seminggu sekali sahaja untuk memberi zat tambahan.
tidak sesuai buah buahan dijadikan diet harian
kerana boleh menyebabkan arnab sakit cirit
serta menyebabkan kurang active dan bulu gugur.
Dengan mengamalkan dan mengajar arnab dengan cara-cara
permakanan yang perbagai.ini bagus untuk masa-masa
kecemasa apabila sesuatu makanan kehabisan.jika
tidak mengamal dan mengajar arnab dari kecik mungkin
apabila besar dia tidak memakan pelbagai makanan
yang mempunyai zat dan vitamin sampingan.
Pokok Alfalfa hay
Alfalfa sudah dikenali sejak berzaman sebagai galactagogue, di negara2 Barat. Menurut kellymom.com, daun alfalfa yang diambil bersama Lactuca Virosa (sejenis kubis liar) dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu antara 50-100%.
Walau bagaimanapun, alfalfa bukan sekadar makanan penambah susu. Ia ada 1001 kebaikan yang pastinya dapat dinikmati oleh semua golongan, termasuklah golongan bapa, wanita muda, lelaki dan warga emas.
Khasiat daun alfalfa, selain membanyakkan susu ibu:
Selamat datang di Topik Jenis-jenis Tumbuhan Herba yang berkhasiat
untuk Haiwan Perliharaan Anda Seperti Arnab GuniePig Hamster Kambing Lembu
Serta Haiwan pemakan dari Sumber sumber Tumbuhan yang lain.
Ditopik ini Bio Pets Akan menerangkan Serba sedikit Tumbuhan tumbuhan herba
yang Kaya dengan Protien dan Khasiatnya yang Sesuai dijadikan Sumber
permakanan dan perubatan kepada Ternakan Kesayangan Anda.
Mari Baca dan Lihat Apakah Jenis jenis Tumbuhan Herba yang Berguna
kepada Haiwan Kesayangan Anda Disini.
Pokok Gengseng Jawa Ataw Dikenali Dengan Nama Pokok Akar Som
Pokok Akar Som juga dikenali sebagai gingseng Cina sering kali digunakan dalamperubatan tradisional. Akar pokok ini dikatakan dapat membaiki pengaliran, meningkatkan sumber darah, mencergaskan dan membantu pemulihan daripada penyakit.
Di Indonesia terdapat juga tanaman yang secara morfologi dan kandungan kimianya sama dengan Ginseng Cina dan Korea iaitu Pokok Som Jawa (Talinum paniculatum Gaertn) danPokok Kolesom (Taalinum triangulare wild). Som Jawa dan Kolesom dikenali juga sebagai Ginseng Jawa. Di dalam perubatan tradisional ia dicampur menjadi menjadi pelbagai jenis ubat dan yang paling terkenal dalam bentuk campuran anggur. Kajian mengenai khasiat dan keberkesanannya telah dilakukan untuk menjadikan Som Jawa dan Kolesom sebagai Ginseng Indonesia.
Pokok Kolesom merupakan sejenis tumbuhan tropika yang terdapat di hutan Malaysiaserta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Talinum triangulare. Secara morfologi dan kandungan kimianya sama dengan pokok Akar Som.
Pokok Kolesom dan juga pokok Som Jawa dikenali juga sebagai "Ginseng Jawa". Di dalam perubatan tradisional ia dicampur menjadi menjadi pelbagai jenis ubat dan yang paling terkenal dalam bentuk campuran anggur. Kajian mengenai khasiat dan keberkesanannya telah dilakukan untuk menjadikan Som Jawa dan Kolesom sebagai Ginseng Indonesia.
Pokok Som Jawa merupakan sejenis tumbuhan yang berasal dari Amerika Utara danTengah. Nama botaninya Talinum paniculatum Gaertn. Secara morfologi dan kandungan kimianya sama dengan pokok Akar Som.
Pokok Som Jawa dan juga pokok Kolesom dikenali juga sebagai "Ginseng Jawa". Di dalam perubatan tradisional ia dicampur menjadi menjadi pelbagai jenis ubat dan yang paling terkenal dalam bentuk campuran anggur. Kajian mengenai khasiat dan keberkesanannya telah dilakukan untuk menjadikan Som Jawa dan Kolesom sebagai Ginseng Indonesia.
Khasiat GinSeng Jawa :
- khasiat daunnya (dijadikan sebagai ulam)
- dapat menambahkan selera makan dan meningkatkan kecerdasan badan .
- dapat menambahkan susu ibu/arnab betina
- ditumbuk halus dan dicampurkan dengan sedikit gula merah untuk merawat bisul.
- merawat masalah batin dalaman haiwan (arnab) dan manusia.
- khasiat akarnya
- sebagai ubat batuk dan masalah paru-paru. Contoh :- Penyakit asma.
GINSENG DAN PERUBATAN
PENGENALAN
Khasiat kesihatan ginseng telah terbukti sejak dahulu lagi dan telah disahkan juga oleh kajian sains. Masyarakat Cina telah menggunakannya sejak lima ribu tahun dahulu. Ia telah dicatatkan dalam rekod perubatan Sheng Nong Beng Cao Jing sebagai herba perubatan yang disanjung tinggi dan boleh dimakan secara berterusan dan tidak mempunyai kesan sampingan toksid.
Nama botanikal ginseng, Panax Ginseng telah diberikan oleh seorang saintis Rusia pada 150 tahun yang lalu. Panax bermaksud “panacea” iaitu Penawar untuk semua jenis penyakit. Ginseng juga dikenali kerana khasiat penyuburnya di Yuan qi iaitu tenaga penjana kehidupan, memulihkan limfa dan menguatkan fungsi paru-paru, menenangkan fikiran dan merangsang fungsi mental. Memulihkan rasa lemah badan, melancarkan perkumuhan disamping menghilangkan dahaga.
Selepas bijinya ditanam, ginseng mengambil masa sekurang-kurangnya enam tahun untuk tumbuh, berbunga, berbuah, dan matang. Para peladang memetik kudup bunga ginseng sebelum ia sempat kembang dan berbuah supaya khasiat di dalam akarnya tidak digunakan untuk bunga dan buah. Bunga dan buah ginseng akan mengurangkan saiz dan berat akar lalu menurunkan harganya. Beberapa tahun kebelakangan ini, kajian telah menunjukkan bahawa buah ginseng mempunyai khasiat kesihatan yang lebih daripada akarnya.
ASAL-USUL PENGGUNAAN GINSENG
Pada zaman dahulu, buah ginseng dihidangkan untuk raja-raja sahaja. Menurut rekod yang ada, semenjak dari Dinasti Tang lagi (618-907 sebelum Masihi), buah ginseng disajikan sebagai makanan pencuci mulut raja sahaja.
Li Shi Zhen dalam Grand Materia Medica Beng Cao Gang Mu menjelaskan,”…, akar ginseng ini berbentuk seperti manusia. Kemiripan ini menyebabkan ia dianggap mempunyai roh, lalu dinamakan ginseng, iaitu herba suci. Ia kononnya dikurniakan kuasa penghidup daripada syurga dan bumi. Ia juga dinamakan sebagai khasiat dalam tanah dan khasiat mukabumi”. Pada zaman dahulukala, manusia mengenali ginseng melalui bentuknya yang berupa manusia dan kerana kemujarabannya yang amat tinggi iaitu setinggi jarak bumi ke langit. Tu Jing Gang Mu menceritakan tentang kemujaraban ginseng, “dua orang lelaki sedia untuk berlumba lari. Seorang daripada mereka menggigit sehiris ginseng di mulutnya. Mereka berlumba sejauh 2-3 km. Lelaki yang tidak menghiris ginseng terus-terusan berusaha untuk menarik nafas, manakala lelaki yang menggigit ginseng bernafas seperti sediakala. Ini membuktikan khasiat ginseng”.
KEISTIMEWAAN BUAH GINSENG (RAJA GINSENG)
Baru-baru ini, buah ginseng telah menarik perhatian ramai kerana ia didapati mempunyai empat kali ganda lebih banyak saponin atau ginsenosides-fitokomia (kimia tumbuhan) di dalam ginseng berbanding dengan akar ginseng.Sekumpulan saponin memiliki tindakan merangsang (yang), manakala kumpulan lain mempunyai tindakan menstabilkan (Yin). Tindakan kedua-dua kumpulan saponin ini adalah diimbangi di dalam buah ginseng, yang membantu menambah kesihatan badan. Oleh kerana itu tidak dapat dinafikan kebanyakan khasiat ginseng datangnya daripada buah ginseng. Ini ditunjukkan oleh analisa berikut yang yang dijalankan oleh Profesor Kawamura daripada Pusat Penyelidikan Farmakologi Tokyo.
Kemujaraban buah ginseng bukan sahaja disebabkan oleh ketinggian kandungan saponinnya, malah kerana ketiadaan Rb l yang memanaskan. Ia memiliki saponin yang lebih berkhasiat iaitu Re yang tidak memanaskan badan. Kajian dan ujian klinikal telah membuktikan bahawa Rb l menaikkan paras kolesterol dalam darah manakala Re menurunkannya. Kajian tersebut juga menyimpulkan bahawa buah ginseng adalah mujarab untuk mengatasi sakit jantung dan masalah kepupusan fungsi otak. Ia juga berkhasiat untuk mengurangkan risiko pengerasan salur darah.
Kajian yang dijalankan oleh Universiti Hiroshima menunjukkkan bahawa buah ginseng mengandungi 30 kali ganda lebih banyak saponin Re, bila dibandingkan dengan akarnya. Re merangsang penghasilan hormon pembesaran untuk membina semula atau mengganti tisu badan, mengaktifkan macrophage, iaitu sel darah putih yang menyingkirkan toksin dan menjalankan immunoglobulin termasuklah lgA, lgG, lgM iaitu antibodi yang menentang virus serta bakteria.
Saponin ginseng khasnya Re dan Rgl meningkatkan sintesis unsur genetik : DNA dan RNA yang diperlukan untuk metabolisma sel darah dan tisu badan. Ini dapat membantu melegakan masalah anemia di samping menguatkan otot serta membaiki kulit.
Buah ginseng adalah kaya dengan asid amino, vitamin dan zat galian. Jika dibandingkan dengan akar ginseng, buah ginseng didapati mengandungi 5.4 kali lebih banyak zink, 9 kali lebih banyak zat besi dan 2.6 kali lebih banyak manganis. Buah ginseng juga mengandungi lebih banyak potassium, kalsium, magnesium dan tembaga.
Kajian telah membuktikan bahawa kandungan saponin dan khasiat yang lebih tinggi telah menyebabkan buah ginseng lebih mujarab daripada akarnya. Ginseng dianggap sebagai Raja segala Herba, manakala buah ginseng sebagai Raja ginseng.
Jadual berikut menunjukkan hasil suntikan saponin daripada buah dan akar ginseng ke atas binatang:
Perkara Ujian
|
Tanpa Sebarang Ginseng
|
Akar Ginseng
|
Buah Ginseng
|
Stamina dan ketahanan dalam ujian berenang
|
35 minit
|
74 minit
|
74 minit
|
Tempoh masa selamat semasa ketiadaan oksigen
|
68 minit
|
136 minit
|
160 minit
|
KHASIAT DARIPADA SAPONIN BUAH GINSENG DALAM PERUBATAN
MEMPERLAHANKAN PENUAAN; AGAR MUDA-REMAJA DAN CERGAS
Saponin ginseng khasnya Re dan Rg l meningkatkan sintesis DNA dan RNA yang diperlukan untuk metabolisma sel darah dan tisu badan. Ini membantu melegakan masalah anemia disamping menguatkan otot dan membaiki kulit.
Dengan menyeimbangkan elektrolit dan mencegah pengeringan cecair badan, saponin ginseng barjaya mencegah kehilangan lembapan daripada kulit.Kesemua ini bertindak untuk melambatkan penuaan dengan cara memanjangkan hayat sel sihat, mempercepatkan penukaran sel yang lanjut usia, melancarkan penghasilan hormon pertumbuhan yang diperlukan untuk metabolisma sel, merangsang pertumbuhan rambut serta menghitamkan rambut beruban.
Kajian penyelidikan yang dijalankan di Intitut Penyelidikan Perubatan dan Farmakologi Cina, Institut Penyelidikan Perembesan Endokrin Shanghai, Institut Penyelidikan Penyakit Kardiovaskular Bandar Tianjin , telah menunjukkan bahawa saponin buah ginseng membantu mengatasi masalah diabetis dan pengerasan salur darah yang menjadi punca penyakit Senile Dementia, iaitu kepupusan fungsi otak di kalangan orang yang lanjut usia. Kajian juga telah menunjukkan bahawa saponin buah ginseng berjaya meningkatkan ingatan jangka pendek, kelajuan, ketajaman dan daya konsentrasi mental.
Institut Perubatan dan Farmakologi Cina telah menjalankan penyelidikan keatas kesan ginseng di dalam memperlahankan proses penuaan di kalangan lelaki dan wanita yang berumur 50 tahun ke atas. Seramai 433 orang lelaki dan wanita mengambil 25 mg saponin buah ginseng tiga kali sehari manakal 327 orang lelaki dan wanita mengambil placebo (kapsul yang tidak mengandungi ubat). Selepas dua bulan, para penyelidik mendapati bahawa saponin buah ginseng memperlahankan proses penuaan. Ini ditunjukkan melalui peningkatan paras cAMP di dalam darah dan pengambilan oksigen di dalam otak. cAMP adalah unsur yang bertanggungjawab menghantarkan isyarat ke dalam sel untuk menggunakan oksigen dan unsur lain bagi menghasilkan tenaga.
Orang yang lanjut usia sering merungut kerana sering pening kepala, sakit dada, lesu, tiada selera makan dan sukar tidur lena. Dalam kajian yang dijalankan oleh pasukan penyelidik Istitut Perubatan dan Farmakologi Cina ke atas 1,000 orang lanjut usia yang mengambil 150 mg saponin buah ginseng setiap hari selama dua bulan, dilaporkan bahawa ia berjaya melegakan tanda-tanda sakit tersebut dengan ketara.
Dengan mengambil 150 mg saponin buah ginseng selama dua bulan :
1) Paras gula darah penghidap diabetis menurun sehingga 60% daripada paras sebelum
memakan saponin buah ginseng.
2) Mereka yang mempunyai paras kolesterol dan trigliserid yang tinggi mengalami penurunan yang ketara.
MENINGKATKAN PENGELUARAN SEL DARAH MERAH
Melalui kajian yang dijalankan ke atas kesan saponin buah ginseng terhadap masalah anemia, 75% daripada jumlah pesakit yang memasuki Hiospital Pertama yang berkait dengan Universiti Perubatan Zheijiang, telah beransur pulih.
Peningkatan kesihatan di kalangan pesakit di Sekolah Perubatan Suzhou pula dicatatkan sebanyak 52.3%. Sukatan yang diberikan ialah 100 mg saponin buah ginseng, dimakan 3 kali sehari selama 4 bulan.
MENINGKATKAN STAMINA DAN KETAHANAN
Saponin ginseng juga didapati boleh meningkatkan tenaga dan melegakan kelesuan yang kronik. Pelbagai ujian yang dijalankan ke atas ahli sukan telah menunjukkan bahawa ginseng berjaya meningkatkan prestasi mereka dengan ketara. Penyelidikan yang dijalankan oleh Profesor Widodo Prawirohardjono dari Fakulti Farmasi, Universiti Gadjah Mada telah menunjukkan saponin buah ginseng dengan ketaranya :
1) Memendekkan masa yang diambil oleh pelajar untuk menyudahkan larian turun-naik tangga.
2) Meningkatkan pengambilan oksigen semasa bernafas.
Kajian yang dijalankan oleh Profesor Dr. Masahiro Uchikee, ketua Klinik kecantikan Akupuntur Ushikee, dan ketua anggota Penyelidik di Makmal Perubatan Barat dan Timur, Universiti Perubatan Tradisional Cina, Beijing telah membuktukan bahawa saponin buah ginseng :
1) Mencegah pertambahan berat badan dengan meningkatkan kadar metabolisma, dengan itu, lebih banyak tenaga terhasil daripada makanan supaya ia tidak disimpan dalam bentuk lemak
Pelbagai kajian telah menunjukkanbahawa saponin buah inseng meningkatkan ketahanan pada altitud tinggi dengan paras oksigen yang rendah di udara.
MENCEGAH TERKENCING SEMASA TIDUR
Di dalam satu kajian yang dijalankan oleh Hospital Kilang Koc Chang Chun, seramai 20 oarang lelaki dan 22 orang wanita yang sering terkencing semasa tidur telah diberi makan saponin buah ginseng. Sukatan yang diberikan ialah 75-200 mg setiap hari, tertakluk kepada umur. Selepas dua bulan, 42% telah pulih sepenuhnya, 21% mengalami peningkatan yang ketara manakala 19% mendapati saponin buah ginseng ini membantu mengurangkan sedikit masalah terkencing semasa tidur. 18%tidak mengalami sebarang perubahan.
MEMULIHKAN MASALAH JANTUNG
Re menurunkan paras lipid ketumpatan rendah iaitu “kolesterol jahat” di dalam darah lalu mencegah timbunan lemak pada salur darah yang menghalang aliran darah serta meningkatkan risiko sakit jantung dan strok. Timbunan lemak yang dibentuk oleh kolesterol, bila beredar di dalam darah, akan melekat kepada protien. Ia bertindak bersama saponin lain untuk menormalkan tekanan darah, meningkatkan fungsi jantung serta melegakan arrhythmia, iaitu degupan jantung yang tidak teratur.
Di dalam sebuah kajian yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan dan Farmakologi Cina serta Institut Penyelidikan Penyakit Kardiovaskular Bandar Tianjin, seramai 107 orang lelaki dan wanita berusia di antara 17-79 tahun yang menghadapi masalah degupan jantung tidak teratur telah mengambil 25 mg saponin buah ginseng dua kali sehari di sepanjang tempoh dua minggu pemerhatian dibuat. Mereka yang tidak mengalami sebarang perubahan selepas dua minggu telah ditambahkan sukatannya kepada 50 mg, dan diambil dua kali sehari. Keseluruhannya dilaporkan mengalami peningkatan. 80% daripada mereka, kekerapan degupan jantung tidak teratur berkurangan sebanyak 50%. Manakala 20% daripada mereka, kekerapan
masalah itu menurun kurang daripada 50%
KESIMPULAN
Berdasarkan kepada pelbagai kajian yang telah dilakukan oleh pelbagai institut-institut penyelidikan perubatan, maka tidak dapat dinafikan bahawa ginseng mengandungi pelbagai khasiat yang boleh mencegah penyakit serta dapat menjaga kesihatan badan. Ia bukan sahaja digunakan untuk mengubati penyakit malahan dapat mengekalkan kecantikan diri seperti kulit, yang mana saponin ginseng boleh mencegah kehilangan lembapan daripada kulit serta dapat merangsang pertumbuhan rambut. Oleh kerana itu wajarlah jika ginseng ini diberi gelaran sebagai “Raja Herba” berdasarkan khasiat serta keberkesanannya dalam perubatan.
Ginseng berasal daripada perkataan sehinseng/ jen-shen/ ren-shen (bahasa Cina) yang membawa makna “tumbuhan manusia” .Ini kerana kemiripan bentuk akarnya dengan tubuh manusia .Nama ginseng dalam bahasa Latin atau sainstifik ialah Panax .Panax berasal daripada famili Araliaceae dan mempunyai hubungan yang rapat dengan famili Panacea .Panax bermaksud mengubati segala penyakit .Ginseng China lebih dikenali sebagai Panax ginseng .Selain itu ,terdapat juga ginseng liar di benua Amerika Utara yang dikenali sebagaiPanax quinquefolium .Sementara di Jepun ia dikenal sebagai Panax japonica.
Ginseng adalah terkenal di kalangan masyarakat Cina dan Korea sebagai ubat sejak 5000 tahun yang lalu .Ginseng dipercayai selama berabad –abad untuk menjaga kesihatan dan menyembuhkan penyakit serta telah berbudaya dalam kehidupan masyarakat Cina dan Korea sampai hari ini .Ginseng China dan Korea ternyata merupakan tanaman yang sama jenis iaitu Panax ginseng dari famili Araliaceae .Seiring dengan kemajuan masa kini , ginseng telah diusahakan dalam pelbagai bentuk produk untuk dipasar ke luar negeri.Antara produk yang dipasarkan ialah the ginseng ,tablet dan madu.
PERTUMBUHAN GINSENG
Ginseng ialah tumbuhan yang berumur panjang dan boleh tumbuh sehingga beratusan tahun .Ginseng liar biasanya tumbuh berlimpah di hutan –hutan pergunungan yang gelap dan daerah yang memiliki iklim 4 musim yang berbeza.Ginseng adalah tumbuh di bawah naungan pohon- pohon lain dan menghindari secara langsung dari sinar mahatari .Ginseng memang akan merana kalau tumbuh di tempat terbuka.Ginseng juga memerlukan curah hujan yang cukup dengan fluktuasi siang dan malam yang besar .Tanah yang sesuai untuknya ialah lempung berpasir .
Pertumbuhan ginseng adalah lambat sekali .Pada umur 5 tahun ,tanaman baru mulai bercabang dan berbatang dua kerana cabang itu muncul langsung dari tanah.Pada umur itu tanaman belum berbunga .Setelah berumur 10 tahun dan bercabang empat barulah ada satu cabang khusus yang ditumbuhi bunga .Ginseng akan berbunga pada setiap musim bunga .Sesebatang ginseng yang matang akan mempunyai 5 daun di tangkainya.Tiga daun berukuran besar dan dua lagi berukuran kecil.Kuntum bunga ginseng adalah berwarna kelabu dan akan bertukar menjadi gugusan buah yang berwarna merah tua pada penghujung musim panas.Bunganya berukuran kecil seperti biji kemiri.
Bentuk akarnya berbentuk seperti tubuh manusia .Akarnya bercabang dan panjang.Kulitnya kuning dan putih dalam bahagian dalaman .Panjangnya bervariasi iaitu daripada beberapa sentimeter(pada tanaman yang berumur beberapa tahun ) sampai 30 cm (pada tanaman 10 tahun ke atas ),Akarnya berbau pahit dan manis.Sari akar ginseng itu mengandungi panaksosida(sejenis glikosida saponin).
JENIS –JENIS GINSENG
Ginseng dapat dibahagikan kepada 2 jenis variasi yang asli.Yang diketahui oleh kebanyakan orang ialah Panax ginseng dan Panax quinquefolius.Panax ginseng juga dikenali sebagai ginseng Asiatic ,China atau Korea.Panax quinquefolius juga dikenali sebagai ginseng Amerika.Disamping itu ,terdapat juga ginseng lain yang dikenali sebagai Panax notoginseng,Panax pseudo-ginseng,Panax japonica,Panax trifolius,Panax zingeberinsis,Panax stipuleanatus,dan Panax vietnamensis.Semua ginseng yang asli mempunyai nama genus Panax dalam bahasa Latin ( Saintifik ) . Terdapat juga banyak variasi tumbuhan yang sama dengan ginseng tetapi bukan ginseng asli. Kesemua itu ada yang berkait dengan ginseng tetapi kebanyakan adalah tidak ada hubungan langsung dengan ginseng asli.
Antaranya ialah Eleutheroeoccus senticosis ( Serbian ginseng ) yang ada hubungan dengan ginseng asli tetapi bahan kimia adalah berlainan .Pfaffia paniculata (Brazilian,Suma atau Amerika Selatan ginseng) adalah tidak ada berkaitan dengan ginseng asli dan tidak ada bahan kimia yang sama.Di samping itu ,ginseng Korea adalah sama asalnya dengan ginseng China iaitu Panax ginseng. Kedua-duanya berasal dari Manchuria iaitu utara China dan Korea utara.Panax ginseng adalah berwarna merah kerana ginseng tersebut telah diproses dengan cara-cara rahsia oleh pencari ginseng bagi tujuan mengeringkannya. KesanPanax ginseng ke atas fisiologi badan manusia ia akan memanaskan badan manusia mengikut kepercayaan orang Cina tentang prinsip Yin Yang.
Sementara ginseng Jepun adalah mirip kepada ginseng Cina dari segi batangnya tetapi berbeza dari segi akarnya.Akar Panax japonica lebih mirip kepada akar bambu .Rasanya juga lebih pahit dan mudah harganya. Ia lebih banyak dipakai sebagai ubat batuk dan antidemam.Buah ginseng juga banyak dimanfaatkan sebagai ubat dan tidak terhad kepada akarnya.Kandungan ginsenosida lebih banyak tumpu di buahnya berbanding dengan akarnya.
Ginseng Amerika (Panax quinquefolium) mengandungi panaquilin (di Amerika disebut sang) adalah berukuran tinggi 10-20 inci .Akarnya bercabang samar seperti kaki dan tangan manusia .Selain itu , rasanya agak pahit pada permulaan dan manis kemudian .Di Amerika, ekstra akar sang dipakai sebagai adaptogen .Nilai perubatan ginseng Amerika adalah lebih tinggi daripada Panax ginseng kerana kandungan ginsenosida adalah lebih tinggi daripada Panax ginseng .Akan tetapi terdapat sesetengah jenis ginsenosida yang terkandungan di Panax ginseng adalah tidak dapat di ginseng Amerika.
KANDUNGAN GINSENG
Kandungan kimia yang telah diketahui adalah saponin dan glikosida. Glikosida pada akar ginseng dikenal sebagai ginsenosida .Selain itu, akar ginseng juga mengandungi 16jenis ginsenosida seperti minyak asiri ,panasena,resih,musilago,asam panax,fitosterol,hormon,vitamin B,kabohirat dan selulosa.Pada tahun 1960 an, sejenis sebatian yang dikenal sebagai “terpenidol glycisides” telah ditemui oleh pengkaji-pengkaji Moscow dan Tokyo.Eksperimen telah dijalankan ke atas tikus dan didapati sebatian tersebut telah membekalkan tenaga kepada tikus tersebut.Sebatian tersebut telah dikesan dan disahkan terdiri daripada molekul gula dan molekul terpenoid.Terpenoid ialah sejenis hormon tumbuhan yang serupa dengan hormon haiwan .Kemudian “terpenidol glycisides” telah dinamakan ginsenosida.Yang menjadikan ginseng terkenal sebagai “ubat segala penyakit” ialah peranan yang dimainkan oleh ginsenosida.
Jadual jenis kandungan ginsenosida dalam ginseng
Ginsenosida
|
% kandungan dalam ginseng
|
Ro
|
0.2-0.4%
|
Ra1
|
0.02%
|
Ra2
|
0.03%
|
Ra3
|
unsur surih
|
Rb
|
X
|
Rb1
|
0.37-0.5%
|
Rb3
|
unsur surih
|
Rc
|
0.13-0.3%
|
Rd
|
0.15%
|
Re
|
0.15-0.2%
|
Rf
|
0.05%
|
Rg
|
0.05%
|
Rg1
|
0.2%
|
Rg2
|
unsur surih
|
Rg3
|
unsur surih
|
Rh1
|
unsur surih
|
Rs1
|
unsur surih
|
Rs2
|
unsur surih
|
MRb1
| |
MRb2
| |
MRc
|
PEMPROSESAN GINSENG
Ginseng dapat diproses dengan pelbagai cara.Akar ginseng yang digali dari dalam tanah dinamakan watery ginseng (su-sam).Su-sam diproses menjadi akar ginseng putih (pac-sam) ,akar ginseng kuning(hwang-sam) dan akar ginseng merah(hong-sam). Akar ginseng putih diperolehi dengan mengupas su-sam dengan pisau yang dibuat daripada bambu. Setelah dibersihkan , ia dikeringkan di bawah sinaran matahari.Jika cuaca tidak mengizinkan ,maka ia perlu dikeringkan di atas api (arang) atau dalam oven .
Ginseng kuning diperolehi dengan mengupaskan atau mengkukuskan su-sam lalu ia dikeringkan .Sementara ginseng merah dibuat dengan mengstimkan su-sam selama 3-4 jam ,lalu meletakkan di ruang kering dan dipanaskan di bawah matahari.Dengan proses stim yang betul , ginseng dapat disimpan dalam masa yang lama tanpa menjejaskan khasiatnya.
Ginseng putih adalah berwarna sedikit kuning putih sementara ginseng merah berwarna bening dan coklat kemerahan.Kandungan kimia terutamanya unsur ginsenosida dan saponin kedua-kedua jenis ginseng adalah berbeza.
KHASIAT DAN KEGUNAAN GINSENG
Ginseng merupakan anugerah terbaik tuhan kepada manusia kerana untuk menjaga daya ketahanan mental dan fizikal manusia.Ginseng banyak digunakan oleh masyarakat Cina , Korea , Jepun , Eropah , Rusia dan Amerika Syarikat sebagai ubat awet muda , stimulan ,penyegar dan sebagai ubat memanjangkan umur manusia .Adalah dipercayai oleh masyarakat Cina dari segi perubatan tradisional bahawa semakin tua ginseng tersebut maka semakin khasiat ginseng tersebut dan sudah tentu lebih mahal harganya.
Di Korea , ginseng lebih terkenal sebagai ubat untuk menjaga kesihatan , mencegah timbulnya penyakit , memperbaiki kesihatan secara umum dan membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh . Hampir setiap hari mereka meluangkan masa untuk meminum teh ginseng .
Secara am, khasiat ginseng adalah untuk:
a)Menguatkan tubuh dan menyimpan energi;
b)Menguatkan fungsi jantung dan menghilangkan stress ;
c)Penawar racun dan meningkatkan ketahanan melawan penyakit ;
d)Menyempurkan diabetes dan menguatkan fungsi limpa ;
e)Mencegah masuk penyakit melalui organ pernafasan ;
f)Merangsang pembentukan darah dan memperbaiki sistem sirkulasi;
g)Menggiatkan sistem pencernaan dan membantu menjalankan fungsinya dengan baik.
Selain daripada itu , ginseng dapat digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit . Antaranya ialah :
Merawati kanser
Pengkaji-pengkaji Korea dan Rusia mendapati pesakit yang memakan dos ginseng yang ditetapkan berkemampuan menahan peningkatan penggunaan dadah anti kanser .Eksperimen telah dijalankan ke atas tikus dimana tikus yang diberi ginseng berjaya merendahkan paras klorohidrat , ubat pelali dan alkohol dalam badannya. Ahli sains juga mendapati bahawa tikus tersebut menyembuh dengan lebih pantas dan apabila dipancar dengan sinar -X, daya resisten bertambah dua kali ganda.
Menambahkan keharmonian rumahtangga
Para pengkaji mendapati ginseng mengandungi kandungan tertentu yang boleh merangsang keaktifan hormon seks dan menambahkan kekuatan lelaki dalam menjalankan tanggungjawab sebagai suami .Di Rusia , doktor mendapati bahawa ginseng dapat mengubati pesakit yang mandur dan memantapkan peredaran kitar haid .
Penuaan
Ginseng melambatkan proses penuaan yang umum dengan menjanakan proses pengaliran darah yang sihat. Ginseng mencegah penyakit kardiovaskular dan mengurangkan keletihan badan.Maka ginseng boleh dikatakan sebagai perangsang yang selamat untuk kegunaaan berterusan.Pada awal dinasti Shang , penduduk pada waktu itu telah tahu menggunakan ginseng untuk mengurangkan kesakitan pada sendi.
Diabetes
Ginseng digunakan untuk mengubati diabetes kerana keberkesanan ginseng mewujudkan satu sistem metabolisme yang sihat dan bersih .Diabetes ialah ketidakseimbangan paras glukosa dalam darah.Ginseng boleh meningkatkan glukosa dalam darah jika badan kekurangan glukosa akibat kesuntikan insulin yang berlebihan . Sebaliknya jika glukosa dalam tubuh haiwan meningkat dengan mendadak ginseng boleh merendahkannya. Inilah fungsi ginseng sebagai pengimbang aras glukosa dalam tubuh manusia. Walaubagaimanapun , ginseng hanya boleh digunakan sebagai pembantu ubat dan bukan sebagai pengganti ubat.
Mengurangkan tekanan kehidupan
Kajian yang lepas dan masa kini menunjukkan ginseng berkesan menangani masalah tekanan hidup. Kajian yang dijalankan di Korea , Rusia , Bulgaria , Amerika Utara dan London telah mendapati bahawa tikus yang diberi dos ginseng akan melengahkannya daripda tekanan hidup.Buku yang berjudul “Ginseng ,The Magical Herb of the East” yang dikarang oleh Stephen Fulder , menyatakan pengambilan ginseng membolehkan seseorang di bawah tekanan kembali kepada normal dengan cepat. Adalah menjadi tradisi bagi askar Cina membawa ginseng ke medan peperangan dengan tujuan mengurangkan tekanan dan meningkatkan kecergasan askar Cina. Sementara pengkaji China dan Korea mendapati bahawa ginseng memberikan kesan positif kepada kelenjar adrena dan aktiviti minda.
Tenaga , kecergasan dan daya ketahanan
Pada tahun 1980 an , segolongan pengkaji dari Universiti California mendapati bahawa keefisenan penghasilan tenaga dalam badan . Ketika haiwan melakukan kegiatan kecergasan seperti bersenam . Ginseng akan membekalkan lebih banyak tenaga untuk meningkatkan pencapaian seseorang itu. Di samping itu , ginseng dapat menstabilkan kadar metabolisme badan dengan menggalakkan pencernaan makanan , penghasilan tenaga dari makanan yang dicerna dan menyingkirkan toksik dalam tubuh badan.Kandungan ginsenosida dalam ginseng mungkin memanfaatkan sistem saraf dalam tubuh manusia dengan mengalirkan lebih banyak darah ke otak dan mengaktifkan neuron tranmister di otak
Menguatkan sistem keimunan
Di Jepun , para pengkaji mendapati bahawa ginseng dapat menguatkan sistem keimunan dengan mengukuhkan daya ketahanan sel darah putih yang bertindak sebagai pengawai keselamatan dan antibodi bertindak sebagai senjata yang melawan mikroorganisma.Ginseng memperbanyakkan sel darah putih dengan merangsang proses penghasilan sel darah putih di sumsum tulang.
KAJIAN SAINSTIFIK TENTANG KESAN GINSENG
Sebenarnya eksperimen sainstifik tentang keberkesanan ginseng telah banyak dijalankan dan mendapati bahawa dakwaan orang Cina tentang fungsi ginseng sebagai ubat adalah sah dan benar.Walaubagaimanapun , terdapat juga kajian yang dijalankan mendapati bahawa dakwaan tersebut adalah tidak sah . Kenyataan tersebut telah menimbulkan kekeliruan dan nyata ia perlu dijelaskan secara teliti untuk menghapuskan kemusyikiran dikalangan pengamal ginseng.
Orang Cina adalah mempercayai bahawa Panax ginseng berguna untuk memelihara kesihatan dan mencegah penyakit pada musim sejuk dan luruh .Panax ginsengmelambangkan Yang , kepanasan dan tenaga ,oleh itu ia tidak sesuai digunakan pada musim panas . Sebaliknya , ia sesuai digunakan untuk merawat dan mencegah penyakit “sejuk” seperti kekurangan peredaran darah , percernaan , pertumbuhan metabolisme lambat dan kekurangan keinginan seksual. Panax ginseng juga sesuai digunakan sebagai perangsang untuk mewujudkan tindakbalas rangsangan bagi orang yang lemah dan tua serta orang yang tidak sihat badan .
Ginseng Amerika melambangkan Yin , sejuk , dan rangsangan mempermuda.Oleh itu, ia sesuai digunakan pada musim bunga dan musim panas. Dengan kata lain , ia lebih berkesan pada cuaca panas. Menurut sesetengah orang Cina , Panax ginseng mencipta aktiviti rangsangan dan ginseng Amerika membina tenaga (Stephen Fulder- The Ginseng Book, 1996). Ginseng Amerika sesuai untuk digunakan oleh orang yang muda , sihat dan aktif badannya.
Ini semua adalah kerana orang Cina mempercayai bahawa Panax ginseng memberi kesan kepada orang yang tua brbanding ginseng Amerika yang memberi kesan kepada orang yang sihat dan aktif. Banyak kajian menunjukkan bahawa ginseng tidak memberi kesan jika pengendalian ramuan ubatnya salah terutama menurut perubatan tradisional Cina .
.Menurut kajian yang dijalankan secara rawak ke atas 120 orang termasuklah lelaki dan perempuan yang berumur antara 30-60 telah menampakkan kesan baik daripada penggunaan ginseng .Bagi golongan tua iaitu dalam lingkungan umur 40-60 , penggunaan ginseng telah mendatangkan hasil yang baik dalam memperbaiki fungsi paru-paru terutama bagi mereka yang menghidap barah paru-paru.Daripada statistik yang dikumpul , ia menunjukkan orang yang dikaji setelah menggunakan ginseng kesihatan mereka semakin baik berbanding kumpulan penawar(P.0.01-0.001) . Bagaimanapun , bagi golongan muda (umur 30-40) ia tidak menunjukkan sebarang kesan (Forgo , 1980 , Forgo et al , 1981 as quoted on The Ginsengs by Christopher Hobbs. 1996.).
KESIMPULAN
Memang tidak dapat dinafikan bahawa ginseng memainkan peranan yang penting dalam perubatan tradisional Cina bagi mencegah penyakit dan memelihara tubuh badan supaya sentiasa sihat kerana mencegah adalah lebih baik daipada mengubat. Oleh itu , sejak dulu lagi ginseng telah digunakan sebagai ubat dalam penggunaan harian dalam masyarakat Cina dan Korea.Semakin tua ginseng maka semakin bernilai ginseng tersebut dalam mengubati penyakit serta khasiatnya lebih tinggi. Ginseng juga digunakan untuk memanjangkan umur berdasarkan metos bahawa ginseng telah wujud beratus –ratus tahun .Maka orang yang makan pun akan panjang umur seperti ginseng . Ginseng adalah tidak dapat berpisah daripada masyarakat Cina dan Korea. Sekarang ginseng telah mendapat kedudukan dalam bidang perubatan Cina dan barat .
RUJUKAN
Rianti Budhipramana .1995 .Dunia Ginseng Di Korea .TRUBUS , Januari: 12 13.
Slamet Soeseno /Untung Jaya . 1995 . Ginseng Asli dan “Asli” . TRUBUS , Januari :18 19
http:// www .geocities . com / College Park / Hall / 892. / lim eng. htm
http :// www . crazy about . com / herb /ginseng . htm
Pokok Ulam Raja
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas
Pokok Ulam Raja (nama lain: Pokok kenikir) merupakan tumbuhan tropika yang berasal dari Amerika Latin, tetapi tumbuh meliar dan mudah didapati di Florida, Amerika Syarikat, serta di Malaysia dan negara-negara ASEAN. Ulam Raja adalah sejenis spesis bunga intan berayun yang berwarna unggu atau kuning dan berbunga kecil. Manakala pokok bunga yang berwarna kuning jarang digunakannya sebagai ulam, yang berwarna unggu merupakan sayuran ulam yang amat popular dimakan mentah bersama nasi atau di cicah dengan budu,sambal belacan atau tempoyak serta cincalok.
Berdasarkan kajian tempatan, ulam raja mengandungi 3 peratus protein, 0.4 peratus lemakdan karbohidrat serta kaya dengan kalsium dan vitamin A.
Herba ini adalah herba semusim mencapai ketinggian hampir satu meter. Batangnya berwarna hijau tua dan keunguan sedikit. Kebiasaannya herba ini bercabang banyak di bahagian atas.
Daunnya bergaris bentuk ovat atau segi tiga dengan anak daunnya yang runcing, kesat dan berwarna hijau tua. Bunganya bertangkai panjang, berwarna kuning keunguan. Daun herba ini mengeluarkan bau apabila diramas.
Herba ubat
Ulamnya yang digelarkan "ulam raja" telah digunakan secara tradisi untuk memperbaikiperedaran darah dan mencuci darah, serta untuk menguatkan tulang. Ulamnya mempunyai keupayaan antioksida (AEAC) yang amat tinggi, iaitu setiap 100 gram ulam yang segar mempunyai keupayaan antioksida yang sama dengan 2,400 miligram L-asid askorbik. Melebihi dua puluh jenis bahan antioksida telah dikenal pasti dalam ulam raja. Bahan-bahan antioksida yang utama disebabkan oleh kehadiran sebilangan proantosianidin yang wujud sebagai dimer, melalui heksamer, kuersetin glikosida, asid klorogenik, asid neoklorogenik,asid kripto-klorogenik, serta penangkap (+)-. Keupayaan ulam raja untuk mengurangkan tekanan oksidatif mungkin sebahagiannya terdiri daripada kandungan antioksidanya yang tinggi.
Kesimpulan
Orang Melayu daripada dahulu telahpun mengetahui khasiat dan telah menafaatkan pelbagai jenis tumbuhan yang tumbuh merata sebagai makanan harian atau sebagai ubatan. Pada masa kini, pengetahuan yang memakan masa bergenerasi untuk dikumpulkan kini terancam untuk pupus begitu sahaja. Oleh itu, marilah bersama-sama menghargai setiap tumbuhan yang terdapat disekitar serta berganding bahu untuk memelihara, memulihkannya dan merakamkan kegunaannya. Semoga apa yang kita ada akan terus berkekalan untuk tinggalan generasi yang akan datang agar mereka juga merasai nikmat yang masih kita rasai pada masa kini.
Khasiat Pokok Ulam Raja
Ulam raja mudah hidup subur di laman-laman rumah. Ia merupakan sejenis ulam yang amat sesuai dimakan mentah. Berdasarkan kajian sains ulam raja mengandungi 3% protein, 0.4% lemak dan karbohidrat. Ia juga kaya dengan kalsium dan vitamin A. Oleh kerana kandungan kalsium yang tinggi ulam raja dikatakan sesuai sebagai makanan bagi menguatkan tulang. Ulam raja juga sesuai sebagai agen pencuci darah.
Ulam raja digunakan dalam perubatan tradisional kerana khasiatnya yang dikatakan dapat mencuci darah dari bahan toksid dan juga dapat menguatkan tulang. klorofom yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi costunolide, stigmasterol, lutein dan bipyridine yang dikatakan dapat merencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus seperti candida albicans dan Bacillus subtilis dan juga E.choli.
Ulam Raja ini sangat senang ditanam dan boleh tumbuh dihalaman rumah atau didalam pasu bunga.. Kaedah penjagaan yang mudah dengan siraman air dua kali sehari akan menjadikan pokok ulam raja mudah membiak dan membesar dengan cepat. Ianya boleh dijadikan sumber sayuran atau ulaman seharian. Sangat sesuai ditanam didalam pasu sekiranya anda tinggal dirumah bertingkat seperti flat atau apartment.
Walau bagaimanapun, alfalfa bukan sekadar makanan penambah susu. Ia ada 1001 kebaikan yang pastinya dapat dinikmati oleh semua golongan, termasuklah golongan bapa, wanita muda, lelaki dan warga emas.
Khasiat daun alfalfa, selain membanyakkan susu ibu:
- Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
- Melegakan sakit sendi dan belakang.
- Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
- Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
- Memberi kelegaan semasa haid.
- Merawat arthitis
- Bagus untuk elergi dan ekzema
- Merawat asma
- Mencuci usus bagi membuang toksik
- mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkita dalam buah pinggang
- Meneutralkan asid dalam badan
- Merawat masalah keputihan pada wanita
- Membesar dan menegangkan payudara
- Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
- Memulihkan urat selepas bersalin
- Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
- Meningkatkan stamina seorang suami
- Melegakan sembelit (tapi kalau kurang minum air boleh jadi sembelit tau!)
- Dan banyak lagi untuk disenaraikan
Daun Sambung Nyawa
Daun Sambung Nyawa
Nama Saintifik : Gynura sarmentosa DC, Calacia procumbens Lour.
Nama Lain : Dawn Dewa, Leaves of the Gods, Googoolipid, Mallucan spinach, Sambung Nyawa, Daun Dewa, Am Akar, Akar sebiak, dan Kelemai merah, bai bing coa, ngokilo (Jawa), beluntas cina (Melayu), she juan jao @ fujung jao (Cina)
Famili : Asteraceae
Pengenalan
Sambung Nyawa adalah jenis tumbuhan tahunan yang banyak digunakan dalam perubatan di negara-negara asia tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand. Namun sebenarnya ia adalah tumbuhan asli Mynmar dan China. Ia boleh hidup dalam lingkungan ketinggian 1 hingga 500 meter dari paras laut. Ia mudah membiak melalui keratan batang dan mudah tumbuh di kawasan yang agak redup, intensiti cahaya pada kadar 40 – 50 %, suhu udara berkisar antara 20 – 30 C dan mempunyai kelembapan yang sederhana, dengan taburan hujan tahunan antara 1500 – 2500mm. Tumbuh dengan batang menegak, atau kadang-kadang bagian pangkalnya rebah di atas tanah dan keluar akar, berbatang basah, bercabang, berwarna keunguan. Boleh mencapai ketinggian 6 meter dan berbau harum. Daun tunggal, agak tebal, mudah dipatahkan, bertangkai serta berseling. Helaian daun berbentuk bulat telur sampai memanjang, hujung dan pangkal runcing, tepi berjerigi, berwarna hijau muda. Bunganya berwarna jingga kuning, berkelamin ganda namun ia didapati amat jarang berbunga.
Penanaman dan Pembiakan
Selain faktor-faktor persekitaran pokok sabung nyawa ini perlukan tanah yang subur, gembur dan mampu menahan air. Sebaiknya pada kadar kemasaman pH sekitar 5.5 – 7. Ia membiak melalui keratan batang. Perlukan agak banyak air, tetapi tidak terlalu basah dan bertakung.
Kandungan Kimia dan Kesan FarmakologiKandungan kimia daun sambung nyawa antara lain, flavonoid (7, 3, 4 trihidroksi-flavon), glikosida kuersetin, fenoleat asid (terdiri dari kafeat asid, penta kumarat, penta-hidroksi benzoate dan vanilat asid) triterpenoid, alkaloid, saponin dan tannin.
Tumbuhan ini bersifat dingin dan neutral. Khasiatnya antara lain ialah antineoplastik, menurunkan panas badan, mengubati sakit limpa, sakit ginjal, sakit kulit, menurunkan tekanan darah, menurunkan gula darah, antimicrobial, antikarsinogenik, sitotoksik terhadap sel kanser, hipertensi, stroke, penyakit jantung, kolesterol tinggi, diabetes, gangguan lambung, radang pita suara, radang tengkuk, batuk dan sinusitis.
Kegunaan Dan Khasiat
Daun Sambung Nyawa dapat mengurangkan kadar kolesterol dan menurunkan tekanan darah tinggi. Di Malaysia ia juga digunakan untuk merawat sembelit, kencing manis dan kanser. Ia juga digunakan untuk merawat masalah buah pinggang. Biasanya ia dimakan mentah sebagai ulam. Batang tanaman Sambung Nyawa sering digunakan untuk meredakan demam.
Ia juga, digunakan dalam penyembuhan penyakit ginjal, disentri, infeksi kerongkong. Di samping itu, ia boleh digunakan untuk menghentikan pendarahan, mengatasi ketidakseimbangan datang haid melancarkan fungsi ginjal, dan gigitan binatang berbisa. Umbinya untuk menghilangkan darah beku (haematom), bengkak, serta patah tulang.Rumput Timothy HayPhleum pratense ialah nama saintifik untuk sejenis rumput saka yang asalnya di merata benua Eropah kecuali kawasan Mediterranean. Ia tumbuh hingga 50–150 cm tingginya, dengan daunnya sampai 45 cm panjang dan 1 cm lebar. Jambak bunganya7–15 cm panjang dan 8–10 mm lebar, diisi spikelet yang lebat sekali. Phleum pratense mudah disalah sangka sebagai Alopecurus pratensis dan Phleum phleoides.Walaupun tiada nama rasmi dalam bahasa Melayu, namun tumbuhan ini bergelarrumput Timothy (Timothy-grass) sempena seorang petani Amerika bernama Timothy Hanson yang dipercayai membawanya dari New England kepada negeri-negeri selatan pada awal abad ke-18.[1][2]Subspesies
Terdapat dua subspesies: - Phleum pratense subsp. pratense. Besar, tingginya hingga 150 cm. Meluas.
- Phleum pratense subsp. bertolonii. Kecil, tingginya hingga 70 cm. Padang rumputberkapur.
Penanaman dan penggunaan
Tumbuhan jati Eropah ini diperdatangkan tanpa sengaja ke Amerika Utara oleh kaum pendatang terawalnya. Ia mula-mula diperihalkan pada tahun 1711 oleh John Hurd di New Hampshire, lalu dinamakan "rumput Hurd". Akan tetapi, seorang petani bernama Timothy Hanson mula memupuk penanaman rumput ini untuk dijadikan rumput kering sekitar tahun 1720, dan semenjak itulah rumput ini dinamai sempena nama Timothy sendiri. "Rumput Timothy" kini sudah dinaturalkan di seluruh Amerika Syarikat dan Kanada.
Phleum pratense banyak ditanam sebagai sumber suapan lembu, dan juga dijadikan rumput kering untuk dimakan kuda. Ia agak tinggi kandungan serabutnya, khususnya yang dicantas ketika matang. Rumput ini dijadikan sumber rumput kering yang biasa dan membekalkan pemakanan bermutu untuk kuda, di samping menjadi makanan utama untuk haiwan-haiwan peliharaan seperti arnab, tikus belanda, cincila, dan degu. Rumput ini juga menjadi makanan untuk sesetengah jenis beluncas (larva rama-rama), misalnya Thymelicus lineola. Ia juga tumbuh di tepi jalan dan padang terbiar, tetapi lazimnya memerlukan tanih yang kaya dengan nutrien.
Debunganya merupakan sejenis alergen yang umum; baru-baru ini, ia diguakan dalam sukatan kecil sebagai ramuan untuk sejenis vaksin rinitis alergi, Grazax yang direka untuk merapikan sistem imun badan supaya tidak bertindak balas kepada debunga.
Phleum pratense bertahan sepanjang musim sejuk, tetapi mungkin memperlihatkan batang mati berwarna jerami yang berjambak bunga seakan pepaku, untuk jangka masa yang singkat.
Keserupaan dengan spesies lain
Phleum pratense sering dikelirukan dengan Alopecurus pratensis (sejenis rumput lacang). Rumput Timothy berbunga sekitar Jun hingga Ogos, sementara rumput lacang itu berbunga dari April hingga Jun. Spikelet rumput Timothy berupa unjuran seakan sepasang tanduk yang teratur dalam bulir silinder, manakala rumput lacang ini ada jejanggut tunggal yang lembut.
Rumput
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pokok rumput (atau rumpai) kebiasaannya merupakan tumbuhan renek atau herba. Ia boleh hidup di darat, sungai atau laut. Rumpai dikelaskan mengikut cara hidup dan fisiologinya. Pada kebiasaannya rumpai dikelaskan kepada tiga kategori utama iaitu rumpai daun tirus, rumpai daun lebar dan rusiga. Rumpai daun tirus biasanya di dalam keluarga Poaceae (dahulu dikenali sebagai Graminaea)contohnya Echinochloa crus-galli. Rumpai jenis ini biasanya mempunyai batang yang bulat dan berdaun tirus. Rumpai daun lebar pula mudah dicam dengan sifat daunnya yang lebar dan besar. Terdapat banyak keluarga di dalam kumpulan ini, seperti Asteraceae, Amaranthaceae dan Rubiaceae. Contoh rumpai di dalam kumpulan ini ialah rumput tahi ayam (Ageratum conyzoides) dan bayam duri (Amaranthus spinosus). Manakala rusiga pula mudah dikenali dengan bentuk batangnya yang segi tiga. Kebanyakan rumpai kumpulan ini adalah di dalam keluarga Cyperaceae. Contoh mudah spesies yang tergolong di dalam keluarga ini ialah rumput halia hitam (Cyperus rotundus).
Di dalam bidang pertanian ia biasanya dikaitkan sebagai "tumbuhan perosak" dan selalunya di hapuskan dengan beberapa kaedah kawalan rumpai samada kaedah mekanikal, kimia, kultur dan biologi.
Dalam bidang penternakan, rumpai boleh dijadikan makanan haiwan ternakan terutaman lembu, kambing dan biri-biri.
Ia juga mempunyai banyak kegunaan didalam bidang perubatan moden atau perubatan tradisional.
Sesetengah rumpai boleh dijadikan makanan atau ulam serta sumber ubatan penting. Pucuk paku dan pucuk pegaga misalnya boleh dijadikan sayur atau ulam. Misai kucing pula terkenal sebagai ubatan dalam mencegah kencing manis dan darah tinggi.
Daftar Rumput dan Rumpai
- Letup-letup
- Janggut Adam
- Misai Kucing
- Petai Belalang
- Pokok Kapal Terbang
- Pokok Palas
- Pokok Kandung Anak
- Rumput Bulat
- Rumput Cempedak Air
- Rumput Israel
- Rumput Kerbau
- Rumput Padi Burung
- Rumput Sarang Buaya
- Rusiga Anak Emas
- Rusiga Telur Ikan
- Rumput Sambau
- Selaput Tunggul
- Pokok Semalu
- Pokok Semalu Gajah
- Pokok Senduduk
- Pokok Senduduk Bulu
- Rumput Jarum Emas
- Rumput Permaidani
- Rumput Mutiara
Paku Pakis
- Paku Lipan
- Paku Resam
- Paku Merah
- Paku Gajah
Ara Songsang, Rumput IsraelAra Songsang, Rumput Israel, Akar ruas-ruas, atau Pengorak merupakantumbuhan yang banyak terdapat ditepi-tepi jalan, belukar dan ladang. Ia dianggap sebagai rumpai perosak utama di ladang-ladang getah dan kelapa sawit di Malaysia. Di bidang penternakan ia boleh dijadikan makanan binatang ternak terutamanyalembu, kambing dan biri-biri. Selain itu ia juga boleh dijadi ubat-ubatan dalam perubatan tradisional.Daunnya nipis seperti kangkung, dengan urat daunnya yang berselang seli tetapi ada yang bertemu urat. Batangnya lembut berwarna hitam dan berair. Habitatnya menjalar dan menguasai tumbuh-tumbuhan yang berada disekitarnya.
Pokok kemangi / Lemon BasilDaun kemangi ini berkhasiat untuk arnab, juga bagi manusia..tidak kira lelaki mahupun wanita..Saya senaraikan khasiat-khasiatnya :-Bagi Arnab- mengatasi masalah batin (jantan), membanyakkan susu (betina)Bagi Wanita- Berkhasiat menyembuhkan gangguan pencernaan, masalah payudara, gangguan menstruasi- Bahan penjagaan tubuh seperti sabun mandi, minyak wangi, pelembab tubuh, dan minyak aroma terapi. Namun penggunaan kemangi sebagai minyak urut sebaiknya tidak diaplikasikan terhadap wanita hamil.- Jika dicampur dengan lulur, kemangi dapat merangsang peredaran darah di tubuh sehingga kulit lebih halus dan berkilau, serta mengatasi masalah jerawat keguguran rambut.
Bagi Lelaki-Dapat mengatasi masalah ejakulasi prematur, boleh meningkatkan daya tahan sperma serta mencegah kemandulan.
Khasiat lainnya- Kemangi juga boleh mengatasi influenza, sakit telinga dan sakit kepala / migrain, jangkitan usus, dan gangguan saraf, menghalang gigitan nyamuk.
- Kemangi juga kaya akan betakaroten dan magnesium, mineral penting yang berfungsi menjaga dan memelihara kesihatan jantung.
- Mengatasi masalah perut kembung dan masuk angin, menyapukan rebusan kemangi bersama bawang merah dan minyak kelapa pada bahagian perut, dada dan punggung.
- Mengatasi masalah bau badan dan bau mulut dengan cara meminum air rebusan kemangi.
Napier Grass (Taiwan & India)
About Napier GrassWikipedia - Pennisetum purpureum (Elephant Grass, Napier Grass orUganda Grass) is a species of grass native to the tropical grasslands of Africa. It is a tall perennial plant, growing to 2-4.5 m tall (rarely up to 7.5 m), with razor-sharp leaves 30-120 cm long and 1-5 cm broad. It has a very high productivity, both as a forage grass for livestock and as a biofuel crop. The name Elephant grass derives from it being a favourite food of elephants.
- Rumput Napier India,
Kandungan Nutrient Rumput Napier (Click to Enlarge)
Silaj Rumput Napier Taiwan & Kandungan Nutrien
No comments:
Post a Comment