Monday 25 June 2012

Sundal Malam


Polianthes Tuberosa - Sundal Malam
[ 18hb September, 2006 ]

Nama : Sundal Malam

Nama Saintifik: Polianthes Tuberosa

Nama Lain: Tuberose

Famili: Amaryllidaceae/Agavaceae

Lokasi Dijumpai:

Asal:

Keterangan:
Bunga Sundal Malam atau dikenali juga dengan nama Tuberose berasal dari Amerika Tengah. Nama saintifiknya ialah Polianthes Tuberosa, tergolong dalam famili Amaryllidaceae/Agavaceae .

Sudal Malam ialah jenis pokok berumpun yang dikategorikan sebagai lili sama seperti amaryllis dan pokok spider lily atai bakung.Kebanyakan bunga yang berbau wangi akan kehilangan atau berkurangan bau wanginya selepas dipetik dari tangkainya, namun sundal malam mempunyai sifatnya berbeza.

Sama seperti bunga melur walaupun setelah dipetik, bunganya sendiri masih lagi menghasilkan bau wangi yang akan terus kekal hingga ianya kering dan layu.

Sesetengah ahli botani mengklaskan tumbuhan ini sebahagai tumbuhan semusim (annual) manakala yang lainya pula mengkelaskannya sebagai tumbuhan yang kekal lama (perennials).

Dalam keadaan yang optimum tumbuhan ini boleh kekal hidup dan menghasilkan bunga hingga bertahun-tahun. Sama seperti tumbuhan lili yang lain sundal malam membiak dengan ubi atau bebawang. Bebawangnya boleh disimpan lama sebelum ditanam jika dikeringkan.Tumbuhan ini memerlukan pendedahan terus pada cahaya matahari.

Kegunaan:
Sundal Malam digunakan di India sebagai bunga untuk menumbulkan mood romantik terutamanya untuk pengantin baru. Di india juga gadis2 yang belum berkahwin dilarang dari mencium harumannya pada waktu malam kerana dikhuatiri ini akan merangsang aktiviti seksual mereka.

Di India juga bunga ini dikenali dengan nama Ratkirani yang bermaksud mistress of the night. Ia dikatakan dapat menambah dan meransangkan tenaga chakra yang boleh membuatkan seseorang itu mempunyai kuasa psikik (tidak diketahui sejauh mana kebenarannya).

Minyak pati dari bunga ini sangat mahal. Ada tempat yang menjualnya dengan harga USD100 untuk 5ml dan digunakan untuk pemulihan emosi. Ia mendatangkan ketenangan hati dan perasaan. Bunga ini banyak ditanam secara kormisial di Mexico , Hawaii , U.S.A

Untuk mendapatkan stok bekalan Sundal Malam boleh hubungi blogger :
pancasinar2u@yahoo.com
Beri Ulasan

1 COMMENTS:

At 3:37 AMBlogger myherba2u said...
Penawar Kanser: Pokok Harum Sundal Malam
(Berita dari Mingguan Malaysia Isnin 6 Dis 04)
Melaka 5 Dis - Sejenis tumbuhan dikenali Pokok Harum Sundal Malam yang ditanam di halaman rumah kediaman di negeri ini akan dikaji keberkesanannya selepas dikatakan mampu dijadikan penawar mengubati penyakit kanser.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa Dan Pertanian Negeri; En.Yunus Md. Hussein berkata, pihak Jabatan Biotek Negeri diarah menjalankan kajian secara saintifik bagi menguji keberkesanan tumbuhan tersebut untuk mengubati kanser.

Menurutnya, kajian yang dijalankan oleh jabatan itu kelak melibatkan fungsi kandungan yang terdapat dalam pokok tersebut bagi dijadikan penawar kanser.


Idea bagi mengkaji khasiat Pokok Harum Sundal Malam ini datang dari Ketua Menteri; Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang percaya tumbuhan ini mampu dijadikan penawar mengubati penyakit kanser.
Katanya ketika dihubungi di sini , hari ini.

Setakat ini menurut Md. Yunus, pokok itu hanya ditanam sebagai penghias halaman rumah kediaman di negeri ini terutama di kawasan perumahan di Melaka Tengah.

Artikel

No comments:

Post a Comment