Monday 25 June 2012

Panduan menanam cili dalam Pasu


Panduan menanam cili dalam Pasu/Polybag.
Sayuran cili menjadi salah satu ramuan dalam kebanyakan resepi masakan mampu hidup lebih subur didalam pasu sekiranya ditanam mengikut kaedah penanaman yang betul. Berikut adalah kaedah penanaman didalam pasu yang boleh dijadikan panduan. * Gunakan tanah campuran yang mengandungi tiga bahagian tanah, satu bahagian tahi ayam reput atau kompos dan satu bahagian pasir. isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5cm dari permukaan pasu. * Semai terus3 atau 4 biji benih kedalam pasu sedalam 2 hingga 5 cm. Tinggalkan hanya sepokok setiap satu dua minggu selepas menanam. * Siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali pada hari hujan. * Tabur sebanyak satu sudu teh atau 5 gram baja di sekeliling pokok setiap minggu. * Gunakan juga rumput-rumput kering yang diletakkan di sekeliling pokok sebagai kompos semulajadi. * Hasil tuaian lada selalunya dapat dikutip selepas kira-kira 12 minggu ditanam. Anggaran hasil mengikut kaedah ini adalah diantara 0.8 - 15 kilogram sepokok. Bagaimanapun bagi mereka yang mempunyai tanah yang luas, panduan berikut boleh diikuti. * Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15-22 cm. Sediakan batas berukuran 1.2 meter lebar dan 22 - 30 cm tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan manakala jarak antara batas pula ialah 45 cm. Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 25 kg bagi 50 meter persegi kawasan. PENYEDIAAN ANAK BENIH Semaian anak benih cili * Sediakan kotak semaian berukuran 45 cm panjang, 22 cm lebar dan 10 cm tinggi. Isikan kotak semaian dengan tanah campuran mengandungi tiga bahagian tanah, satu bahagian tahi ayam reput dan satu bahagian pasir. * Semai lima gram biji benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutp benih dengan lapisan nipis tanah. Jarak tanaman adalah 5 cm antara baris dan 2 cm antara pokok. * Siram dengan penyiram yang mempunyai semburan halus dua kali sehari. * Kotak semaian mesti dilindungi daripada cahaya matahari dan air hujan yang berlebihan. * Ubah anak benih ke ladang 3 - 4 minggu selepas disemai . * Sebelum diubah ke ladang, dedahkan anak benih kepada cahaya matahari selama 3-4 hari untuk mengeraskannya. MENANAM * Anak benih yang berumur enam minggu boleh diubah terus ke batas. * sebelum mencabut basahkan kotak semaian supaya anak benih senang digali. Kemudia, gali anak beni dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas. * Jarak tanaman adalah 90 cm antara pokok dan 150 cm antara baris. PENJAGAAN * Tabur baja di keliling pokok dengan kadar satu sudu besar atau 10 gram sepokok setiap dua minggu. * Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan. * Bersihkan batas daripada rumpai menggunakan tanah, cangkul atau tajak. TUAIAN HASIL Tuaian hasil cili merah * Cili boleh dipetik lapan minggu selepas diubah ke ladang dan pungutan hasil dibuat setiap tiga atau empat hari. * Anggaran hasil dari kawasan 50 meter persegi adalah 100-200 kg. 

marzuwan- 02-17-2008
Cili Minyak
Sesiapa yang berminat untuk mengusahakan penanaman boleh mencuba dengan cili minyak YTF. hasilnya pasti memuaskan.

En. Rhoma Irama- 03-04-2008

marzuwan.. boleh citer skit pasal cili minyak YTF

marzuwan- 03-31-2008

En Rhoma Cili minyak YTF adalah keluaran Chiap Hup Agriculture tel 06-9515737 kebaikan -pokok tahan penyakit -pokok boleh hidup lama -buah cantik dan berkilat -buahnya berkulit tebal dan berat ini adalah dari penelitian saya

En. Rhoma Irama- 03-31-2008

tanam cara fertigasi ke. Kalau boleh tahan penyakit dlm tanah boleh tanam atas tanah je

marzuwan- 04-02-2008

tanam atas tanah, jimat kos sikit

En. Rhoma Irama- 04-03-2008

bagaimana dgn penyakit dr dlm tanah... takut nant banyak masalah dikemudian hari

areyoon- 07-29-2008

Salam.. Nak tanya, kalau dalam skala besar. Apa kaedah terbaik utk memetik cili. Kena guna gunting ke atau boleh dipetik terus dengan menarik buah cili dari tangkainya.. p/s: tak pernah tanam pokok cili sebelum ni

petaniman- 10-07-2008

50meter persegi tu berapa ekar? agak-agak 1/4 ekar ke.

malayahero- 10-13-2008

Berikut adalah senarai peralatan menyukat dan baja yang dijual oleh kami SENARAI METER UNTUK KEGUNAAN MENYUKAT EC Meter – Hanna HI 98304 = RM 260 pH Meter – Hanna HI 98107 = RM 250 Lux-meter – Hanna HI 97500= RM 620 Digital Thermo-Hygro – China = RM 170 Termometer Maksimum-Minimum - China = RM 80 Humidity & Temperature Meter – Brannan UK = RM 100 Refractometer – ATAGO RM 700 – RM 850 (utk gula) – bergantung kepada julat bacaan RM 800 – RM 1000 (utk garam) – bergantung kepada julat bacaan Sila email untuk mendapatkan maklumat lanjut. LARUTAN BUFFER pH 4 – Hanna , 1 liter = RM 80 pH 7 – Hanna , 1 liter = RM 80 pH 10 – Hanna , 1 liter = RM 85 BAHAN KIMIA UNTUK BAJA Kami ada menjual pelbagai jenis bahan kimia gred makmal (lab gred). Sila hubungi atau email jenis baja yang diperlukan untuk mendapatkan maklumat berkenaan harga. Penggunaan bahan kimia gred makmal lebih menjimatkan walaupun harganya agak tinggi tetapi boleh digunakan untuk tempoh yang lama. Teknik pencairan yang betul perlu diketahui sebelum boleh digunakan pada tanaman. Hubungi – Ismail untuk maklumat lanjut 017-2960300 tengku.ismail@yahoo.com

No comments:

Post a Comment