Monday 25 June 2012

etua Mencerahkan Kulit


Petua Mencerahkan Kulit - Edisi SUNBURN!!!


Akhirnya terkeluar jugak idea menyapukan kulitku yang dah tanned itu dengan buah tomato.

Rasanya sebelum ni aku pernah buat menggunakan cara tu. Muka nampak cerah selepas ditenyeh dengan jus tomato asli.

Buka peti ais. Nasib baik ada lagi sebijik tomato kat dalam tuh. Stok lama tapi tak kisah la bukan nak buat makan pun.

Aku belah dua, then aku ambik separuh dan separuh aku tinggalkan kat dalam peti ais. Lalu aku mula picit buah tomato tu perlahan-lahan,sambil aku dab dab perlahan-lahan ke seluruh wajah - buat dengan perlahan-lahan risau kulit jadi sakit akibat sunburn tuh.

Biarkan sehingga dia betul-betul kering kat muka, then basuh dengan air biasa jer. Dah bersih aku ambik pulak air sejuk kat dalam peti ais - takdernye air sejuk kat dalam peti ais - apa yang aku buat, ambik ais ketul, letak dalam besen, pastu masukkan air tapis ke dalam besen tu, goyang goyang goyang......dapatla air yang sangattt terrrr....sejuknyerrr.....

Lalu aku lalukan air yang sejuk tu kat muka. Buat sampai habih air sejuk tadi. Aku tak lap air tu, biar kering sendiri.

Then apa jadi? Jadi ker???

Hmmmm..jadi.........kalau sebelum tu aku nampak kulit macam dah seperti udang galah dibakar - kemerah-merahan kat bahagian apple pipiku, tapi lepas aku buat aktiviti kat atas tu, alhamdulillah hilang semuanya. Esoknya kulit kembali normal sudaaa - normal kembali....

amaran : jus tomato ni mungkin akan menyebabkan kulit anda gatal2 semasa diletakkan kat muka. So, hati-hati ladies! Jangan garu2 pulak, kang susah pulak diriku ini nak kena cari petua menghilangkan luka akibat garuan anda itu.
 
Why not u try maaa???? 


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua.

Seperti yang kita semua sedia maklum, pelembab wajah sangat penting dalam penjagaan wajah seharian kita. Namun begitu, kepada beberapa individu, mendapatkan pelembab yang sesuai adalah sangat sukar. Seperti kes saya, dah berapa banyak krim pelembab saya beli dan cuba, namun tiada satupun yang rasanya sesuai dengan saya. Ada yang terlalu berminyak, terlalu kering, menyebabkan jerawat tumbuh dengan banyak dan pelbagai masalah lain, sehingga akhirnya saya rasa malas untuk mengenakan sebarang jenis pelembab.

Namun sejak akhir-akhir ini, saya telah berjaya menemui satu petua semulajadi yang menjadikan kobis serta madu asli sebagai ramuannya. Saya telah 2 hari menggunakan petua ini, dan insyaallah nampaknya petua pelembab wajah semulajadi ini berkesan terhadap kulit wajah saya.

Berikut adalah bahan-bahan dan cara-cara menggunakan pelembab semulajadi ini :

Bahan-bahan :

1) Kobis yang dikisar dengan pengisar dan ditapis serta diambil airnya sahaja
2) Madu lebah (jangan terlalu banyak kerana ia akan menyebabkan kulit wajah mengelupas jika anda mempunyai kulit sensitif seperti saya)

Selain enak banget dibuat goreng, kobis juga bagus untuk kecantikan kulit. ..Gambar ehsan SINI














Caranya :

Kobis yang telah dikisar dan diambil airnya tadi akan dicampur dengan madu lebah. Kacau sehingga sebati, kemudian basuh muka dengan ramuan ini. Biarkan ia kering diwajah selama lebih kurang 5-10 minit sebelum dicuci dengan air suam-suam kuku.

Cubalah, dan lihat keberkesanannya kepada diri anda pula. Kongsikan hasilnya di sini nanti ya!

FRIDAY, MAY 20, 2011

Maajun Anggun Bistari

Sesungguhnya, sejak dari dulu lagi saya percaya akan betapa mujarabnya, betapa berkesannya amalan yang diamalkan oleh nenek moyang kita sejak dahulu kala.

Antara amalan yang masih segar dan digunakan sehingga sekarang adalah amalan memakan jamu-jamu terpilih. Bagi orang seperti saya yang tidak begitu gemar dengan konsep 'kesetiaan jenama', saya sering bertukar-tukar antara satu jamu dengan jamu yang lain. Sebelum ini saya amalkan jamu yang diadun oleh mak bidan dari kampung saya sendiri, yang mana sebelum dari itu, saya amalkan jamu mak dara terutama ketika menyusu badan. Tetapi kini, saya amalkan pula Maajun Anggun Bistari.

Review dari saya : rasanya yang sangat sedap, selain membuang angin dan membuatkan badan terasa ringan, maajun ni juga dibuat khas supaya ibu-ibu dapat menjarakkan kehamilan. Maknanya 'pil perancang' yang semulajadi. Nih ada rahsia lagi, pssttt...rupa-rupanya maajun ini dapat 'mengetatkan' bahagian-bahagian yang dah 'longgar-longgar'. Hehe..perkara ini juga diakui oleh rakan-rakan saya yang lain.

Jika anda sukakan ulam-ulaman dan sayur-sayuran, anda tentu sukakan rasa maajun ni, dan baunya-- wangi...sangat.

Anda boleh dapatkan maajun ini di mana-mana kedai jamu online. Saya dah browse kt google, insyaallah ramai yang menjual produk ini. Dengan harga serendah RM 15 untuk sebulan, anda akan mendapati hasil yang sangat memberangsangkan.

Apa kata anda mulakannya hari ini. Ingat, walau berapa sahaja usia anda, masih belum terlambat untuk memulakan sesuatu yang baik.

Sehari Bersama 'Petua Saya'
Sehari Bersama Saya. Itu sebenarnya tajuk posting yang nak saya letakkan pada hari ini. Untuk posting ini, saya akan dedahkan semua amalan saya sehari-harian dalam usaha saya untuk kekal sihat, Insyaallah. Tujuan utama saya adalah untuk berkongsi amalan yang saya lakukan selama ini dalam proses menjaga kesihatan tubuh badan dan kulit. Saya takut kelihatan tua sebelum masanya.

Kita bermula di waktu pagi sampailah ke waktu malam :

6.15 pagi :

- Mula-mula saya akan susukan anak saya, Umar telebih dahulu. Ini untuk mengelak dia dari terjaga semasa saya melakukan senaman ringan selepas itu.
- Sebaik susukan Umar, saya tak terus bangun dari tempat tidur. Sebaliknya saya akan baca selawat 3 kali, hembus dan sedut hembusan tadi sambil usap wajah. Saya juga buat senaman ringan posisi duduk terlebih dahulu. Saya memilih untuk melakukan posisi yoga kerana ia lebih senyap.
- Selesai senaman yoga posisi duduk, saya akan bangun dari katil dan buat senaman yoga yang memerlukan saya berdiri. Anda juga boleh buat yoga ni.. Mudah sangat. Pergi la ke mana-mana kedai jual CD, mesti ada CD senaman yoga. Pilih senaman yang khas untuk 'beginner'
- Sebenarnya saya tak sempat nak buat semua posisi yoga yang diajar dalam CD tu. Kesuntukan masa. Tapi bagi saya, better late than never. Lebih baik buat skit dari tak buat langsung.
- Lebih kurang 10 minit gitu, selesai la senaman ringan saya. Saya kira senaman ni cukup 'ringan' sebab saya ambil masa terlalu singkat untuk selesaikannya. Apa nak buat, kene kejar masa. Heheh (Saya bercita2 untuk bangun seawal 5.30 pagi mulai bulan Mac ni untuk buat aerobic. CD dah beli)
- Selesai yoga, saya terus capai tuala, ambik ice cube dalam freezer dan terus ke bilik mandi. Apa nak dibuat dengan ice cube tu?? Ha. Inilah rahsianya. Ramai celebrity yang buat macam ni. Ice cube tu gunanya untuk diusap2kan ke kulit wajah. Tujuannya untuk menegangkan kulit wajah dan supaya mudah untuk letak mekap nanti.
-Lepas mandi terus solat, pakai baju keje dan mekap. Keje mekap ni jadi sangat mudah sekiranya sebelum mandi tadi kita dah segarkan kulit muka dengan ice cube tadi.

7.40 pagi :
- Sebelum bertolak keluar, saya akan makan madu Khaula 1 sudu kecil + HPA Stoma K + HPA Paramaria Plus + HPA Tuju Angin. Saya percaya dengan produk HPA ni. Kesannya pun memang memberangsangkan. Nak tau lebih lanjut, emel je saya.
- Kemudian hantar danial ke tadika dahulu, then terus pegi keje. Masa keje tu, keje sungguh2 supaya petang nanti rasa berbaloi datang keje. Baru hati rasa tenang. Bila hati rasa tenang badan pun sihat je....
-Lunch biasanya saya akan cari tempat makan yang ada ulam-ulaman. Selain memang sangat sedap untuk dimakan, ulam juga dapat membantu kita menjaga kesihatan dan mencantikkan struktur kulit. Tak caye, tanya aunty Sarimah.

5.30 ptg :
- Lepas punch out, terus ke kelas aerobic. Have fun selepas seharian penat bekerja. Dulu saya memilih untuk buat sauna sekali dalam masa sebulan. Tapi aerobic ni lagi best sebenarnya. Boleh berseronok2, hehe..4 kali buat aerobic, berat saya turun 3 kg.

7.00 ptg :
- Sebaik habih sesi aerobic, terus balik rumah. Mana taknya, si kecil pasti mengamuk kalau lewat skit. Sbb tu lepas ni saya ingat nk wat aerobic waktu awal pagi je, so petang blh balik awal. Paling tidak nnati, saya hanya akan hadir ke kelas aerobic sekali dalam seminggu. Bukan apa, menari beramai2 sebenarnya lagi syok.

9.00 mlm :

- Lepas solat isyak, baca quran, then ajar danial mengaji, kemudian gilir2 dengan husband untuk ajar danial siapkn keje sekolah.

10.00/11 mlm :
- Tidur....zzzzzzzz. Waktu tidur ni fleksibel, ikut Umar. Tapi paling lewat pun dalam pukul 10.30. Budak kecik ni nak kene ajar tidur awal, kalau tak dia pakai ikut dia je.....Susah mamanya nanti. Eh! Lupa lak. Sebelum tidur, makan madu Khaula lagi + HPA Paramaria Plus + HPA Herba Tuju Angin

TUESDAY, FEBRUARY 2, 2010

Saya memang jenis yang suka pada kecantikan semulajadi,tetapi selalu mencari alternatif lain sekiranya ada untuk enhance keadaan kulit yang sihat. Saya akan sentiasa alert dengan apa-apa petua yang saya baca, mahupun produk-produk kecantikan yang boleh meningkatkan tahap kecantikan kulit sehingga ke tahap paling masksima. Bagi saya, kalau kita berkehendakkan sesuatu, tak mustahil kita akan dapatkannya suatu hari nanti, asalkan kita rajin berusaha, mencari info, bertanya dan mencuba.

Kira-kira 8 bulan lepas, saya menonton satu rancangan berkaitan hikmah kejadian manusia oleh seorang ustaz yang saya tak ingat siaran apa dan rancangan yang mana. Tapi satu perkara yang diucapkannya secara tidak sengaja berkaitan kecantikan adalah, manusia ini diciptakan daripada tanah. Dengan berseloroh dia berkata "Mungkin sebab itu ada perempuan yang apabila mengenakan produk kecantikan yang dihasilkan daripada tanah, terus jadi cantik kulitnya, hilang segala jerawat dan kedut". Entah kenapa sejak dari itu, jenaka ustaz tu sentiasa terngiang-ngiang di kepala saya. Dan saya terus mencari kalau-kalau ada produk kecantikan yang dperbuat daripada tanah liat terutamanya.

Tak saya sangka, selang beberapa bulan selepas itu, terdengar khabar tentang satu sabun yang dikatakan 'ajaib' yang diperbuat daripada 'moor'atau tanah liat. Mulanya saya agak kurang percaya dengan produk-produk seperti ini, dengan harga yang agak mahal untuk permulaan dan sebagainya.

Tah macam mana, suatu hari tu saya ke Gamat Healin untuk dapatkan produk kesukaan saya, sunblock dari AG2000. Tuan kedai tu bersungguh-sungguh promote produk sabun ajaib Eumora tu kat saya. Yang paling membahagiakan adalah dia juga ada jual dalam bentuk kecil 1 bar dipotong kepada 4 bahagian dengan harga RM 30 untuk 1/4 bahagian tersebut. Dan bagi saya tak salah mencuba.

Sebelum tu, saya nak bgtau tentang condition kulit muka saya kepada semua. Sebenarnya tak adelah masalah sangat, cuma yang ketara kedut (maybe masa tu tengah kemarau teruk kat Kedah nih). So, kulit muka saya nampak sangat ketara kedutnya.

Okeh, kembali kepada testimonial Eumora. Minggu pertama pakai sabun ni kulit jadi sangat kering, tapi tak mengelupas. Kata kakak tuan kedai tu, kulit akan mengelupas jika sekiranya pengguna pernah guna produk yang ada agen pengelupasan dan yang mengandungi banyak bahan kimia.

Masuk minggu ke-2, kulit wajah saya telah improve. Kedut-kedut banyak yang kurang, kulit jadi sekata dan nampak cantik sangat, sampaikan ramai yang tegur kulit muka saya nampak'porcelain' gitu. Seronok sangat.......

Then saya beli 1 bar sabun tu untuk harga RM 95. Pada masa tu, saya dah tak kisah pasal harga sebab saya dah yakin sangat dengannya.

Habih jer 1 bar eumora, tetiba ia telah dibuat penjenamaan lain dan diberi nama lain iaitu Amoorea. Dikatakan produk Amoorea ni lagi berkesan dari eumora, tak ada kekeringan pada kulit. Memandangkan saya dah bertekad nk stay dengan sabun ni, jadi saya pun amik 1 bar sabun Amoorea. Dan ya. Amoorea ni lebih moist la. Tak ada langsung kekeringan pada kulit.

Dan sehingga sekarang, saya masih menggunakan sabun ni. Berbaloi. Tak perlu guna mask atau scrub muka lagi. Saya nak maintain jer dengan sabun ni.

Saya dah pun jadi ahli. So, kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan produk ajaib ini, silalah emel saya e.norhayati at (gantikan at dengan @)gmail.com atau order ajer kat shoutbox sebelah kanan blogger ni. Anda boleh dapatkan 1 bar dengan harga RM 90 termasuk kos pos. 1 bar ni untuk 2 bulan.. Saya akan ajar macam mana nak bagi dia tahan sehingga 2 bulan kepada pembeli sahaja. :)

"Quick Fix" Tips

Apa Quick Fix? Oleh kerana dah banyak permintaan yang rasanya tak sempat saya nk post satu-satu, jadi saya masukkan semua jawapan mengenai petua kepada soalan-soalan yang diutarakan pada shoutbox di sebelah. Kepada adik-adik dan kakak-kakak yang bertanyakan soalan, tetapi tiada jawapannya di sini, saya minta maaf banyak2. Sebab, ada antara persoalan yang ditanyakan tidak dapat saya jawab, mungkin kerana saya sendiri tidak pernah mengalami masalah tersebut ataupun saya masih belum bertemu dengan mana-mana sumber bagi mendapatkan petua tersebut.

Petua 1 : Petua Lain Bagi Mengatasi Masalah Keguguran Rambut

i) Sapukan minyak bijan di akar rambut / kulit kepala sebelum tidur. Paginya, bersyampu dan bilaslah rambut seperti biasa. p/s : anda boleh dapatkan minyak bijan di kedai mamak

ii) Daun lidah buaya digunakan bersama daun bunga raya putih untuk dijadikan resipi bagi mengurangkan rambut gugur. Kalau tak ada daun lidah buaya, gunalah daun bunga raya putih sahaja. Itupun sudah memadai. Lagi satu petua, gunakan lendir daun rambutan untuk lebatkan rambut. Petua daun rambutan ni saya amalkan masa kecik-kecik dulu. Insyaallah, kalau buat selalu, berkesan...

Petua 2 : Merawat Bibir Yang Hitam

Bibir hitam kerana lipstik itu sendiri. Saya pun baru jer tahu hal ni. Ada satu petua untuk membeli lipstik supaya bibir tidak hitam selepas menggunakannya. Menurut salah seorang rakan saya, lipstik yang menyebabkan bibir hitam mempunyai bau (wangi atau apa2 bau). Oleh sebab itu, sebelum memilih lipstik kesukaan anda, cium dahulu lipstik tersebut. Kalau ada apa-apa bau, maknanya jangan ler beli. Kalau tak ada apa-apa bau, maknanya selamatlah lipstik tu. Saya pun sekarang dah tak pernah beli lipstik yang mempunyai apa2 bau.Tambah2 lagi yang berbau wangi seperti bau buahan2an tu, memang sure hitam bibir.

Ok, berbalik kepada persoalan petua tadi. Antara petua yang saya dapat untuk memerahkan kembali bibir anda yang telah hitam kesan penggunaan lipstik yang salah :

i) Sapukan madu ke bibir selama lebih kurang 15 minit. Kemudian bilas dengan air. Kalau nak biarkan pun ok juga. Cuma mungkin kita akan rasa kurang selesa atau mungkin juga bibir akan digigit semut nanti:P

ii) Sapukan ubat gigi ke bibir 3 minit sebelum mandi. Di samping memerahkan bibir, ubat gigi ni juga boleh membuang semua kesan lipstik pada bibir anda.

Petua 3 : Petua Kuruskan Badan (lari tajuk sikit)

Saya hanya amalkan dua petua "jangan" ini untuk maintain berat badan. Pertama, jangan minum ais langsung, amalkan meminum air suam sahaja setiap hari. Kedua, jangan makan melebihi 7.00 malam. Mudah ajer kan. Cuma nk mengamalkannya ajer yang agak berat. Kuatkan semangat, bulatkan tekad, pasti boleh!

No comments:

Post a Comment