Monday 25 June 2012

Petua Untuk Merawat Telinga Bernanah





Petua Untuk Merawat Telinga Bernanah

  
1. Ambil sehelai daun lembiaga.
2. Layurkan ia di atas api.
3. Apabila permukaan daun itu agak basah, perahkan daunnya.
4. Air perahan itu hendaklah dititiskan ke dalam telinga yang bernanah

Petua Untuk Mata Terang Sampai Tua

  
Untuk menjaga mata agar sentiasa dapat melihat dengan baik hingga tua, amalkan membaca Surah 4 Kul ketika membasuh muka selepas bangun daripada tidur sambil berniat kepada-Nya agar diterangkan mata. Surah-surah 4 Kul tersebut adalah Surah Nas, Surah Falaq, Surah Ikhlaas dan Surah Kafiroon


Apa Ubat Telinga Bernanah?

Posted by oktant at Rabu, November 24, 2010 
Telinga ni bernanah pulak. Ada tak ubat untuk menyembuhkannya? Bila sakit, tentu anda tercari-cari cara nak sembuhkannya.

Jadi, petua kali ini dikhaskan untuk anda yang telinganya bernanah. Anda boleh mengubatinya dengan menggunakan daun lembiaga. Kalu anda nak tahu nama saintifik lembiaga, jawapannya adalah Calotropis Gigantea.


Cuba anda lihat imej di bawah untuk lebih jelas mengenainya. :)


Pokok Lembiaga - Wikipedia



Berikut adalah proses merawat telinga bernanah menerusi penggunaan daun lembiaga:


1. Ambil sehelai daun lembiaga.

2. Layurkan ia di atas api.

3. Apabila permukaan daun tadi agak basah, perahkan daunnya.

4. Air perahan itu hendaklah dititiskan ke dalam telinga yang bernanah


Sebarang penyakit, tidak kenal usia. Setiap penyakit yang kita alami, mudah-mudahan menjadi kafarah untuk menebus segala dosa-dosa lalu seperti dijanjikan Allah.


Berkaitan gambar di atas ialah gambar pokok lidah jin. Pokok lidah jin memiliki hampir 70 spesis. Maka, terdapat pelbagai jenis dan rupa. Namun, bentuk daunnya adalah hampir serupa. Pokok ini terdapat pelbagai kegunaan untuk merawat penyakit sakit telinga (bernanah @ keluar air bisa).

Oleh itu, dapatkan daun lidah jin sama ada di nursery atau ambil lidah jin yang tumbuh meliar. Jika kita mengambil daun lidah jin yang tumbuh meliar, asasnya haruslah kita memohon kebenaran terlebih dahulu dengan niat untuk mengubati penyakit. Bagi yang memahami perkaitan konsep kehidupan di alam nyata dan alam ghaib akan mengetahui tujuan memohon kebenaran tersebut. Hidup biar bersopan dan memahami hak orang lain!

Setelah itu, daun itu disalai kulit hijau itu hingga keperangan. Perah dan ambilkan airnya. Titiskan air daun lidah jin ke dalam telinga 3 kali sehari. Air tersebut berfungsi sebagai antibiotik yang cukup mujarab.

Itulah anugerah alam (flora & fauna) milik Allah SWT kepada manusia tetapi manusia seolah mengabaikannya..




Lidah Jin

(Senseviera)
Asal : Sansevieria trifasciata berasal dari tropika Afrika Barat.
Kegunaan : Pokok Hiasan Pagaran yang padat, membiak melaui rizom yang menjalar, tinggi 70–90 cm dan lebar daun 5–6 cm
Lidah Jin (Sansevieria roxburghiana) dari  keluarga Dracanaceae, biasanya dikenali sebagai bowstring hem, akar  berkumpul (piles root). Kegunaan perubatan pada spesies Lidah ini termasuk rawatan untuk sakit perut, sakit telinga, cirit birit dan buasir (hemorrhoids).




Pokok Lidah Jin

Lidah Jin MyKebun

Pokok Lidah Jin di MyKebun


Terdapat 2 jenis pokok lidah jin yang Hang Kebun tanam iaitu jenis berbelang kuning dan jenis yang tak berbelang. Nama spesis taktau sebab Hang Kebun bukan pakar dalam bidang herba mahupun agrotek. Disini Hang Kebun nak bagitau serba sikit tentang pokok lidah jin. 


Lidah Jin jenis berbelang kuning


Pokok lidah jin atau sansevieria merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai lebih daripada 70 spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga Ruscaceae. Tumbuhan ini mempunyai pohon yang kecil berair dengan warna kehijau-hijauan. Daunnya boleh menjangkau ketinggian dari 20 cm hingga 3 meter.


Lidah Jin jenis tidak berbelang


Lidah jin biasanya tumbuh  secara lilitan (rosette) di sekeliling titik tumbuh-besar, walaupun sesetengah spesies yang sama tidak semestinya berkeadaan sama. Terdapat perbezaan  yang besar dalam bentuk dedaunan dari  genus Lidah. Semua spesies Lidah boleh dibahagikan kepada salah satu daripada dua kategori asas berdasarkan pada daunnya : spesis daun keras dan spesis daun lembut. Biasanya, spesis daun keras berasal dari iklim panas kering, manakala spesis daun lembut  berasal daripada kawasan tropika dan subtropika. Tumbuhan ini merupakan tumbuhan berwarna hijau berjalur kuning di tepinya serta keras. Ia tidak mempunyai batang. Terdapat juga yang jenis berbunga/buah dan bunganya berwarna kelabu keputih-putihan. Buahnya merupakan beri yang berwarna merah atau jingga.

Kononnya dikatakan nama sansevieria diberikan sempena nama tuan putera San Severo, Raimondo di Sangro (1710-1771) di Italy. Kemudian ejaan nama San Severo menjadi  'Sansveria' dan 'Sansviera' akibat kekeliruan. 


 Anak pokok lidah jin yang baru ditanam
 

Di Negara Afrika, daun lidah jin digunakan untuk menghasilkan serat. Dalam sesetengah spesies, Contohnya, Sansevieria ehrenbergii, sap tumbuhan mengandungi kualiti antiseptik dan daunnya digunakan sebagai kain pembalut dalam pertolongan cemas traditional.

Tumbuhan ini merupakan tumbuhan berwarna hijau berjalur kuning di tepinya serta keras. Ia tidak mempunyai batang. Ia boleh tumbuh setinggi 4 kaki dan lebar 2.75 inci. Bunganya pula bewarna putih kehijauan. Lidah jin bersifat sejuk, berkhasiat antibiotic, dan rasanya masam.
Daunnya mengandungi abamagenin, kardenolin, saponin dan polifenol. Zat-zat ini adalah penawar bagi flu, batukradang saluran nafas (bronchitis), bengkak akibat terseliuhgigitan haiwan berbisa, bisul dan pentubur rambut. Kegunaan perubatan pada spesies lidah jin ini termasuk rawatan untuk sakit perut, sakit telinga, cirit birit dan buasir (hemorrhoids). 



Seperti  pokok Golden Pothos (epipremnum aureum) dan pokok jagung, spesies lidah jin dipercayai bertindak sebagai pembersih udara yang baik dengan membuang toksik seperti formaldehid, xilen dan toluena dari udara, dengan itu mendapat gelaran sebagai penawar sindrom bangunan sakit. Ada laporan mencadangkan bahawa Lidah menghasilkan oksigen pada waktu malam, menjadikan ia sesuai sebagai tanaman dalam bilik tidur.




Kerana daunnya membesar menegak, lidah jin dianggap baik sebagai tujuan Feng Shui. Ada yang mempercayai bahawa meletak pokok Lidah berhampiran kanak-kanak (seperti di dalam bilik belajar) membantu mengurangkan gangguan makhluk halus, sementara ada yang mencadangkan meletak pasu pokok Lidah berhampiran tangki tandas agar menahan getaran parit  (drain-down vibrations)



Pelbagai jenis lidah jin


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
ADA menganggap lidah jin atau nama saintifiknya, sansevieria hanyalah tanaman biasa untuk meleng�kapkan taman.
Pokok yang tidak mempu�nyai batang dan berasal dari Afrika itu mudah ditanam. Ia boleh dimanfaatkan sebagai tanaman sempadan atau pagaran, selain reka letak dalam pasu atau ditanam bersama pokok lain.
Lidah jin lebih senang hidup di kawasan redup atau suhu 10 darjah celsius dengan dedahan cahaya yang cukup selain bertahan untuk tempoh lama.

Ia juga sesuai ditanam dalam rumah tetapi perlu diletak berhampiran tingkap bagi mendapat cahaya matahari untuk proses fotosintesis dan tumbesarannya.


Sanseveria yang turut dikenali dengan nama lidah ibu mentua (mother-in-law’s-tongue) di negara Barat.

Pokok itu memerlukan tanah yang sesuai dan menggunakan kaedah penyediaan tanah campuran membabit�kan kandungan kompos.

Proses berkenaan penting untuk menggalak pertumbuhan akar dan meningkatkan kesuburan. Media tanaman selain tanah ialah longgokan batu sungai bersaiz kecil dengan sedikit air yang diletakkan di dalam balang kaca bersaiz besar atau sederhana, sesuai ditempatkan di meja hiasan atau almari.

Penanaman dalam rumah memerlukan sedikit pengurusan iaitu semburan halus air pada daunnya dan gunakan kapas untuk menyapu habuk serta membantu menyerlahkan daunnya yang berkilat.


Spesies sansevieria:

1. Sansevieria cylindrica bojer:

● Memiliki daun berbentuk silinder, tegak panjang dan tajam hujung puncak daun dalam ukuran dua hingga tiga sentimeter lebar.

● Daunnya berwarna hijau tua berbelang-belang kelabu.

● Daun boleh menyimpan sedikit air walaupun keras.

● Bunganya kurang menarik dan wujud dalam kuntuman kecil dan berjambak.

● Tangkai bunga keluar secara memanjang daripada celahan daun tengahnya.


2. Sansevieria hahnii:

● Spesies paling diminati kerana bentuknya yang padat dan rendah.

● Ukuran panjang daun hingga enam sentimeter.

● Sesuai ditanam dalam pasu kecil dan kebanyakannya digunakan untuk menyerikan dekorasi taman batu.


3. Sansevieria trifasciata prain:

● Mempunyai daun panjang yang tajam, tebal dan keras.

● Warnanya kelabu berbelang-belang hijau tua.

● Pertumbuhan yang subur berupaya menyerlahkan bentuk daunnya yang berpintal-pintal.


4. Sansevieria trifasciata:

● Pokoknya kelihatan lebih tegap dengan keindahan warna daun kelabu berbelang-belang hijau tua yang diserikan de�ngan jalur kuning muda pada keseluruhan tepi daun.


Cara menanam dan membiak:

● Lidah Jin mudah dibiakkan sama ada menggunakan kaedah belahan rumpun dengan pemasuan semula, memisahkan anak daripada pokok atau kaedah keratan daun.

● Ia mudah berakar jika meng�gunakan pasir sebagai media tanaman.

● Daunnya yang panjang boleh dipotong dengan membuat tanda khas pada bahagian bawah bagi memudahkan proses penyemaian.

● Penggunaan pasir yang boleh mengalirkan air keluar daripada bekas semaian disyorkan kerana bekalan air berlebihan boleh menyebabkan daun menjadi reput.

● Keadaan itu boleh menggang�gu proses pengakaran dan pertumbuhan anak benih baru.

● Anak semaian perlu ditempatkan di kawasan yang redup atau terlindung daripada cahaya terbuka atau hujan lebat.

● Penjagaan itu perlu dilakukan dalam tempoh sebulan hingga anak benih baru mampu berdikari dan tahan lasak sebagaimana induknya.

Rahsia orang dulu kala

Hairan kan orang dulu-dulu.. takde hospital dan klinik..
tapi ada je cara diorang untuk cari ubatnya..
rupa-rupanya banyak ubat diorang sumbernya dari alam semula jadi..

pagi tadi mira pergi melawat Taman Herba,Simpang Pulai..
tiket masuk berharga RM 2 dewasa dan RM1 bagi kanak-kanak 13 tahun ke atas.

pada mulanya kami diberi taklimat dan muqaddimah menganai taman herba dan
kami juga diperkenalkan dengan beberapa tanaman yang menjadi ubat buat penyakit tertentu

Banyak sebenarnya bahagian-bahagian dalam Taman Herba ni.. tapi tadi yang sempat cuma tiga bahagian je
iaitu Laman Warisan 1&2 serta Laman Aromatik (huhu.. tak sempat nak peri ke Laman Kosmetik tadi)

Jom tengok antara pokok-pokok di sekeliling kita tapi kita tak sedar pon sebenarnya pokok tu adalah pokok herba...

Bunga Kertas
Kegunaan: Melancarkan perjalanan haid, penyakit keputihan dan mengubati hepatitis.
Cara guna: Keringkan bunga dan batangnya dan dibuat teh untuk diminum.
Kiambang
1) merawat bengkak, buasir,radang, gonorea dan sifilis : hancurkan daun dan tampal
2) merawat batuk berdarah dan kencing manis: minum air rebusan daun
3)merawat asma dan batuk: minum air rebusan daun yang dicampur gula dan air ros
4)memudahkan pembuangan air besar : minum air rebusan akar
Lidah Jin
 Merangsang pertumbuhan rambut dan membunuh kutu kepala. Cara guna; lendir lidah jin disapukan di kepala.
Nenas Kerang
Mencuci dan melancarkan perjalanan darah, mengindari paru-paru dari sebarang penyakit akut dan menghilangkan kahak. Gunakan bunga atau daun yang segar atau telah dikeringkan, rebus dan minum.
Teh Pagar
Teh pagar ni kalau kat kampung buat pagar rumah ye dak.. huhu
1) Lemah badan, sifilis, penawar ibu selepas bersalin : minum air rebusan akar.
2) Batuk, cirit, sakit perut, merangsang peluh, merawat demam panas: rendam daun dalam air mendidih dan minum apabila telah suam.
Kucai
1)merawat sakit gigi: pokok ditumbuk lumat dan ditampal pada gigi yang sakit
2)merawat sakit usus, tumor : rebus pokok kucai, minum air dan makan rebusan pokok

Rasanya.. cukup la kot.. sebanarnya banyak lagi nak kongsi.. yang saya tunjuk ni semua dari Laman Warisan 1... ha.. belum masuk yang Laman Warisan 2 dengan Laman Aromatik lagi..
huhu.. kalau nak tahu lebih lanjut.. datanglah ke Taman Herba kat Perak ni~~
berkelah sambil melihat pemandangan
POKOK LIDAH JIN @ LIDAH MENTUA  Sansevieri
 
Pengkelasan saintifik :
Alam                :   Tumbuhan
Divisi                :   Magnoliophyta
Kelas               :   Liliopsida
Order               :   Asparagales
Famili               :   Ruscaceae
Genus               :   Sansevieria Thunb
 
Pokok lidah jin atau sansevieria dalam Bahasa Inggeris merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai lebih daripada 70 spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga Ruscaceae yang semula jadi kepada negara tropika Zaman Dahulu.
Tumbuhan ini berherba pada pohon yang kecil berair selama-lamanya dengan kehijau-hijauan daun yang tumbuh dari 20 cm hingga 3m tinggi, kebanyakannya membentuk kelompok yang dalam daripada rizom atau stolon yang disebarkan. Bunganya berwarna kelabu berputih-putihan, dihasilkan pada rasem yang ringkas atau bercabang 40-90 cm panjang. Buahnya merupakan beri yang berwarna merah atau jingga.
Jenis ini dinamakan berasaskan nama tuan putera San Severo, Raimondo di Sangro (1710-1771) di Italy. Ejaan 'Sansveria' dan 'Sansviera' biasanya dilihat juga, kekeliruan itu berasal daripada ejaan yang menyelang-nyelikan nama tempat Italy.
Spesies yang terkenal ialah:
  1. Sansevieria aethiopica
  2. Sansevieria angustiflora
  3. Sansevieria arborescens
  4. Sansevieria aubrytiana
  5. Sansevieria braunii
  6. Sansevieria canaliculata
  7. Sansevieria concinna
  8. Sansevieria cylindrica
  9. Sansevieria dawei
  10. Sansevieria deserti
  11. Sansevieria dooneri
  12. Sansevieria ehrenbergii
  13. Sansevieria fasciata
  14. Sansevieria gracilis
  15. Sansevieria grandicuspis
  16. Sansevieria grandis
  17. Sansevieria hyacinthoides
  18. Sansevieria intermedia
  19. Sansevieria kirkii
  20. Sansevieria liberica
  21. Sansevieria longiflora
  22. Sansevieria metallica
  23. Sansevieria parva
  24. Sansevieria phillipsiae
  25. Sansevieria raffillii
  26. Sansevieria roxburghiana
  27. Sansevieria senegambica
  28. Sansevieria singularis
  29. Sansevieria stuckyi
  30. Sansevieria subspicata
  31. Sansevieria suffruticosa
  32. Sansevieria trifasciata
  33. Sansevieria zeylanica
Di Negara Afrika, daunnya digunakan untuk menghasilkan serat; dari sesetengah spesies. Contohnya, Sansevieria ehrenbergii, sap tumbuhan mengandungi kualiti antiseptik dan daunnya digunakan sebagai kain pembalut dalam pertolongan cemas traditional.
Sesetengah spesies merupakan tumbuhan rumah yang terkenal di beberapa buah negara, dengan jualan Sansevieria trifasciata yang paling banyak; banyak kultivar disediakan.
Penerangan
Tumbuhan ini merupakan tumbuhan berwarna hijau berjalur kuning di tepinya serta keras. Ia tidak mempunyai batang. Ia boleh tumbuh setinggi 4 kaki dan lebar 2.75 inci. Bunganya pula bewarna putih kehijauan.
Sifat dan khasiat
Lidah mertua bersifat sejuk, berkhasiat antibiotic, dan rasanya masam.
Kandungan kimia
Daunnya mengandungi abamagenin, kardenolin, saponin dan polifenol.
Bahagian yang di gunakan
Daun
Kegunaan
1. Flu, Batuk
2. Radang Saluran Nafas (Bronchitis)
3. Bengkak Akibat Terseliuh
4. Di Gigit Ular Berbisa
5. Bisul
6. Penyubur Rambut

Lidah Jin

Pokok lidah jin juga dipanggil pokok lidah mak mertua ditanam sebagai pokok pasuan. Ia mudah hidup dan senang untuk dijaga.

 
Bunga lidah jin yang mempunyai tangkai panjang dan ianya berbau harum!
Nama Botani : Sansevieria trifasciata
Famili : Ruscaceae

Pengenalan

Pokok lidah jin atau sansevieria trifasciata adalah tumbuhan asli dari Benua Afrika. Pokok lidah jin  mempunyai daun yang panjang dan runcing. Terdapat banyak jenis pokok lidah jin dan mudah dibezakan melalui bentuk dan corak daunnya. Pokok biasanya ditanam sebagai pokok hiasan kerana corak daunnya yang menarik dan ia mudah dijaga. Pokok lidah juga mengeluarkan bunga. Bunganya berwarna putih kekuningan, berjambak dengan tangkai yang panjang. Bunga lidah jin berbau harum. Pokok lidah jin boileh dibiakkan melalui pecahan pokok, pemisahan anak, daun atau keratan daun.

Kegunaan

Selain ditanam sebagai pokok hiasan, lidah jin juga mempunyai khasiat perubatan. Daun lidah jin yang dipanaskan dan jusnya dititiskan ke dalam telinga digunakan untuk merawat sakit telinga. Lidah jin juga digunakan sebagai herba untuk mengubati kegatalan. Jusnya dilumur pada bahagian kepala untuk meransang pertumbuhan rambut. Jus dari daun pokok ini digunakan sebagai ubat sakit gigi. Jus yang dihasilkan daripada rizomnya digunakan untuk membunuh kutu

No comments:

Post a Comment