Monday 25 June 2012

penyakit yang boleh sembuh dengan berjalan kaki


8 penyakit yang boleh sembuh dengan berjalan kaki

Jika  anda  selama  ini malas untuk berjalan , fikirkanlah kembali. Menurut
satu  kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh
menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang.
Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya. Berikut 8
jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan yang bertumpu pada
kaki tersebut.

1. Serangan Jantung : Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung.
Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner )
agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.
Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan
sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap
kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.
Tidak banyak cara di luar dapat mengubat seperti ini. Berjalan dengan cepat
boleh menurunkan risiko serangan jantung.


2. Stroke : Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School
of Public Healthyang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam
seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.


3. Membakar Lemak : Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme
tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki,
kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian
kenaikan berat badan tidak terjadi.


4. Melangsingkan Badan : jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk
rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat
badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan
berjalan kaki secara rutin selama satu jam.
5. Kanser : Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin
jalan kaki. Kanker yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar
(colorectal carcinoma).


Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang
air  besar  lebih  lancar.  Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama
dalam  saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh
menurunkan risiko terkena kanser payudara.


6.  Mencegah  Osteoporosis  :  Sering  berjalan bukan hanya otot-otot badan
menjadi  sihat,  rangka  atau  tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi
sihat dan kuat.


Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium
yang  banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling
kurang  15  minit  dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari
osteoporosis.


7.  Mencegah  Kencing Manis : Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam,
dalam  tempuh  sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes tipe
2,  khususnya  pada  mereka  yang  bertubuh  gemuk  (National  Institute of
Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).


Selagi  gula  darah  boleh  dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk
walking),  ubat  tidak  diperlukan.  Anda  hanya memerlukan berjalan secara
rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.


8. Depresi : Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti
depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai
sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah
depresi. Sorotnews/Tulahan

Sumber :

Petua Awet Muda :: Amalan yang boleh dilakukan untuk mengekalkan muka supaya kelihatan muda dan berseri;

Petua Awet Muda ::

Amalan yang boleh dilakukan untuk mengekalkan muka supaya kelihatan muda dan berseri;

 •Selepas bangun tidur, amalkan minum air suam segelas dan selawat sebanyak tiga kali. Amalkan setiap hari akan membantu muka anda berseri-seri dan kekal awet muda.
•Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di dagu. Pusing-pusingkan jari ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. akukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.


•Gambir ditimbuk sehingga halus. Kemudian campurkan dengan perahan air limau kasturi. Sapukan pada muka dan biarkan kering. Setelah itu, bilas dengan air. Lakukan setiap hari atau berselang-seli. Hasilnya kulit akan bertambah halus dan awet muda.

•Campurkan dua biji telur penyu mentah dengan air perahan dua biji limau kasturi, madu lebah pekat dan juga sebiji telur ayam kampung. Gaul hingga sebati. Sesudah itu, minum sehingga habis. Amalkan setiap pagi sebelum sarapan pagi.

•Pucuk gajus yang telah dibersihkan dimakan begitu sahaja sebagai ulam ketika makan nasi ataupun diminum air rebusannya.

•Makan daun pudina mentah setiap hari. Jadikan sebagai ulam ketika makan nasi. Amalkan selalu.

 Sumber :

7 TIPS kurangkan pengambilan lemak tepu


  
7 TIPS kurangkan pengambilan lemak tepu

1. Kurangkan makan daging merah. Especially kat bahagian berlemak seperti tulang rusuk dan bacon. .. .Optionnya, sila ganti dgn ayam (daging putih), tapi ingat bahagian peha dan kepak biasanya byk lemak.   

2. Gunakan lebih banyak minyak zaitun di dalam masakan. Minyak zaitun mengandungi lemak tak tepu yang mana boleh membantu menurunkan kadar kolesterol serta boleh menggantikan lemak tepu dalam masakan anda. 

3. Ketahui berapa jumlah lemak yang anda perlukan 

4. Elakkan makanan beku. kalau rasa tak dpat nak elak langsung.. sekurang2nya kurangkan.. tahukan anda frozen food cthnya nuget,sosej,etc mengandungi kandungan lemak tepu yang sangat tinggi. 

5. Panggang daging yang anda ingin makan.  Tahukah anda, kalau anda menggoreng daging, daging tersebut akan menyerap semula lemak dan minyak yang digunakan untuk menggoreng. Sebaliknya, apabila anda memanggang daging, lemak pada daging tersebut akan mengalir keluar dan tidak akan diserap semula. 

6. Tambahkan suplemen Omega-3 dlm diet harian. Omega-3 adalah sejenis asid lemak yang baik. Ia mengurangkan radang sendi, menguatkan jantung, membantu penglihatan yang baik plus bakar lemak  . Omega-3 ini boleh didapati dari beberapa jenis ikan seperti salmon, ikan kembung, tuna,..Apa kata cuba suplemen Shaklee Omega guard. Ia kaya dgn Omega-3....  

7. Kurangkan pengambilan harian produk tenusu. keju, susu full cream  mengandungi lemak tepu tinggi.. Bukan minyak sahaja yg ada lemak tepu  Kalau masih perlukan keju, pilih keju yg berasaskan susu rendah lemak
 
 
 Sumber :
 

Isnin, 27 Februari 2012

Taman Taman Syurga Kebaikan madu

Taman Taman Syurga  Kebaikan madu

1. BAYI/KANAK-KANAK:
a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.

2. IBU MENGANDUNG
a. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
b. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.

3. ANAK DALAM KANDUNGAN
a. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman-kuman.
b. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin.
c. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh kuasa dalam madu asli.
d. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
e. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.

4. BAGI BAYI YANG BARU LAHIR
a. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
b. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
c. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
e. Mengelak dari kembung perut bayi.

5. BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
a. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
b. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.

CARA MENGGUNAKANNYA

1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.
4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)
5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.
7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.

Minum Air Waktu Sahur

Minum Air Waktu Sahur

Dari Perspektif Perubatan

Bersahur itu sangatlah dituntut kepada kita para Saim (orang-orang
yang berpuasa). Diriwayatkan Ahmad dari Abu Sa'id bahawa Rasulullah
SAW bersabda yang maksudnya: "Bersahur itu adalah suatu keberkatan.
Maka janganlah kamu meninggalkannya walaupun dengan hanya seteguk
air, kerana Allah dan para Malaikat berselawat atas orang-orang yang
bersahur"

Sunnah bersahur ini membezakan puasa cara Islam dengan puasa agama
dan bangsa lain di dunia ini. Diriwayatkan oleh Muslim dari Amer
Ibn 'Ash, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Yang
menceraikan antara puasa kita dengan puasa Yahudi dan Nasrani (ahli
kitab) ialah makan sahur."

Begitu kuat penekanan dari Rasulullah SAW kepada kita agar bersahur
sehingga kalau rasa tidak boleh makan kerana kenyang atau lain-lain
sebab cukuplah dengan hanya seteguk air.

Apa Fungsi Air kepada kita?

Penekanan tegas Nabi SAW agar seteguk air pun baik untuk bersahur
jika kita rasa tidak hendak makan menunjukkan bahawa kehadiran air
dalam tubuh kita telah diketahui sangat pentingnya oleh Rasulullah
SAW dan sains perubatan telah lama mencatitkan ini dalam buku-buku
perubatan.

Air dan Fungsinya.

Air sangat penting kepada tubuh. Air boleh berfungsi
sebagai 'pelarut' dan juga sebagai 'pengakutan nutrien' tak organik.
Air diperlukan dalam pembentukan struktur tisu seperti darah
sempurna, otot dan tulang.

Minum Air waktu Sahur.

Penyejatan air dari kulit dan penghembusan keluar air ke udara dari
peparu penting untuk pengawal aturan suhu tubuh. Air memindahkan
suhu dari satu bahagian tubuh ke bahagian lain, di mana perpindahan
air ini menstabilkan suhu tubuh. Tubuh menggunakan air untuk
membolehkan buah pinggang berfungsi secara normal. Kebanyakan bahan
kumuhan tubuh dikumuhkan melalui buah pinggang.

Cecair tubuh menjadi medium (pengantara) untuk enzim dalam keadaan
larut, hormon dan koenzim. Enzim ialah protein yang memulakan dan
mencepatkan tindakbalas. Hormon ialah rembesan kelenjar yang
bertindak sebagai pengutus kepada organ tubuh dengan merangsangkan
beberapa proses kehidupan dan merencatkan yang lain.

Koenzim ialah sebahagian enzim yang diperlukan untuk pengaktifan
molekul protein untuk membentuk satu enzim yang sempurna. Air juga
menolong menyelenggarakan imbangan elektrolit dan juga bertindak
sebagai pelincir dalam pencernaan serta proses-proses lain dalam
tubuh.

Air Liur.

Air liur memudahkan pengunyahan dan penelanan. Kadar air liur
sentiasa mesti cukup. Kadar pengaliran air liur yang rendah (kadar
air liur rehat secara purata ialah 0.208 ml/minit, dapat
meningkatkan kejadian karies (caries) kerana ia mengganggu
pembuangan sisa-sisa makanan kariogenik di dalam mulut.
(karies=kebusukan dan luluhan bahan pada gigi).

Air liur yang dirembeskan dalam keadaan biasa sedikit sahaja
mengandungi glukosa dan tidak ada sukrosa. Apabila makanan yang kaya
dengan gula dimakan kepekatan gula dalam air liur meningkat lebih
daripada 1 mg/ml sehingga menghasilkan pH yang cukup rendah untuk
memulakan pendemineralan gigi.

Dengan itu, pengambilan makanan yang kaya dengan gula dan kadar
pengaliran air liur yang rendah membuatkan gula menjadi tersedia ada
kepada mikroorganisma dalam jangka masa yang panjang sehingga dapat
menghasilkan asid yang cukup untuk membolehkan karies gigi
berkembang. Di sinilah saranan Rasulullah SAW agar kita berbuka
dengan sedikit juadah manis seperti kurma adalah satu saranan yang
baik untuk kesihatan tubuh sekaligus merupakan saranan yang
saintifik.

Minum Air Waktu Sahur.

Memandangkan betapa pentingnya air dalam kehidupan manusia, tidaklah
hairan mengapa tanpa air dalam beberapa hari boleh menyebabkan maut.
Kita mungkin sudah terbaca berita bagaimana beberapa orang mangsa
gempa bumi di Turki suatu waktu dahulu ditemui masih hidup walaupun
sudah tertimbus dalam tanah dan runtuhan bangunan lebih sepuluh
hari, mereka itu masih hidup kerana dapat minum air sedikit dari
pengaliran dan titisan air hujan yang ada.

Malah di Taiwan mangsa gempa bumi yang ditemui masih hidup dalam
keadaan yang sama menceritakan bagaimana mereka terpaksa minum air
kencing sendiri selain dari titisan air dalam bumi. Ini menunjukkan
bahawa manusia boleh bertahan hidup tanpa makan tapi mesti ada air.

Dalam keadaan normal, sebanyak tiga liter air hilang daripada tubuh
setiap hari. Sebahagiannya dikeluarkan sebagai air kencing, ada
melalui kulit, paru-paru dan najis. Oleh itu, kira-kira tiga liter
perlu diambil setiap hari untuk menggantikan apa yang telah
dikumuhkan. Sumber air adalah daripada minuman, hasil pengoksidaan
makanan dan makanan basah. Air daripada pengoksidaan makanan dan
bahan makanan basah dirujukkan sebagai air metabolik.

Minum Air Sihatkan Tubuh-Jauhkan Penyakit.

Kajian sains menunjukkan bahawa walaupun satu daripada sebab sesuatu
penyakit dalam tubuh kita adalah kerana kehadiran kuman, bakteria
dan lain-lain unsur luar. Tapi punca akar umbinya ialah kerana
sistem perparitan dalam tubuh yakni sistem aliran darah dan lain-
lain sistem perkumuhan telah tersumbat dengan banyaknya bahan toksid
dan lain-lain bahan kotor yang wujud kerana makan terlalu banyak
sehingga tidak sempat dihazamkan, kurang minum air, kurang makan
sayur dan buah-buahan. Cara yang paling baik ialah minum air bersih
setiap hari dan minum jus buah-buahan (buat sendiri di rumah untuk
elakkan campuran bahan lain di kedai.)

Meminum air yang banyak boleh menyebabkan sistem yang tersumbat
dalam tubuh dibersihkan dan terkeluarnya bahan yang tidak diperlukan
termasuk bahan toksid. Orang yang puasa hendaklah banyak minum air
ketika sahur dan berbuka. Kurangnya air dalam tubuh boleh
menyebabkan dehaidrasi (dehyration)-kekeringan tubuh.

Maka itulah sebabnya agama Islam memastikan bahawa perintah puasa
bersesuaian dengan sunnah penciptaan manusia, hanya berpuasa dari
Subuh hingga Maghrib. Ini sekaligus mengelakkan dari bahaya
dehaidrasi dan lain-lain penyakit.

Inilah sebabnya kita disuruh berbuka dengan minum air dan makan
bahan makanan manis sedikit. Dan inilah juga yang membezakan puasa
umat Islam dengan puasa bangsa-bangsa lain. Berpuasalah sebagaimana
Nabi kita berpuasa pasti kita selamat dan sihat.

PANTANG LARANG

PANTANG LARANG

Bahaya Kerap Meminum Air Batu
*Merosakkan perjalanan usus-usus
*Merosakkan pembuluh darah (urat putih)

  --------------------------------
Perkara-perkara Yang Menyebabkan Sembelit
*Makan yang terlalu kurang Fiber (serabut)
*Kurang pergerakan badan. (senaman)
*Mempunyai penyakit apendiks.
*Ketegangan perasaan.
*Barah.
*Pengambilan dadah atau ubatan.
*Kehamilan.
*Umur yang meningkat lanjut.
*Lula atau penyakit di bahagian dubur.

  --------------------------------
Bahaya Merokok
*Kepada wanita……………membawa kepada kemandulan, membawa kepada putus haid
lebih awal dan memendekkan umur.
*Kepada lelaki………, membawa kepada kemandulan, pergerakan sperma menjadi lemah, melemahkan tenaga batin dan boleh menghilangkan daya rangsangan seks lama kelamaan.
  -----------------------------
Larangan Yang Boleh Merosakkan Badan
*Tidak boleh sama sekali berjimak ketika berada dalam keterlaluan kenyang
atau terlalu lapar.
*Mandi setelah selesai makan.
*Memakan daging arbuk.
*Beristerikan perempuan tua dan berjimak dengannya.
*Sentiasa berkeluh-kesah dan berdukacita.
*Berada dalam keadaan terlalu lapar.
*Banyak minum air yang bercampur dengan air liur kita sendiri.
*Memakan makanan yang serba masam.
*Bercakap banyak.
*Tidur banyak.
*Makan banyak.

  --------------------------------------
Larangan Selepas Makan
*Dilarang keras tidur sebaik saja lepas makan.
*Hendaklah berjalan sekurang-kurangnya 40 langkah sebelum berehat.
*Bersembahyanglah kerana makanan mudah hadam.

  -----------------------------
Waktu dilarang memimum air
*Selepas bersenam, bersukan atau bekerja berat.
*Antara makan.
*Selepas memakan buah-buahan.
*Selepas keluar dari bilik mandi.
*Sebaik saja terjaga dari tidur.

  -----------------------------------
Melemahkan Daya Ingatan dan Kefahaman.
*Melihat perkara yang haram.
*Bermain mata dengan perempuan (zina mata)
*Melancap.
*Membuang air semasa menggosok gigi.
*Tidak membaca Al Quran dalam seharian.
*Meminum atau memakan yang haram atau diperolehi dengan cara yang haram.
*Tidak membaca Al quran dalam sehari.
*Meminum atau memakan yang diperolehi dengan cara haram.
*Mengadu dumba atau mengumpat. Terlalu memikir tentang wanita atau
sebaliknya.
*Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.

  ---------------------------------
Bahaya tidur di siang hari.
*Mendatangkan penyakit kulit.
*Merosakkan warna kulit.
*Melemahkan jantung.
*Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
*Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
*Melemahkan kecerdasan akal.

  --------------------------------
Waktu Dilarang tidur
*Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
*Selepas waktu asar.
*Tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan.

KOLEKSI PETUA BERGUNA

Elak ikan melekat ketika digoreng
- Seringkah anda menghadapi masalah ketika mengoreng ikan? Anda hanya perlu memasukkan beberapa keping asam keping bersama ikan yang sedang digoreng.
Selamat mencuba.

Menjadikan wajah berseri
- Kebiasaannya setiap orang mahukan wajah licin terutamanya kaum wanita. Anda tidak perlukan modal yg besar. Basuh beras dan tuskan airnya. Goreng tanpa minyak hingga hangus kemudian tumbuk halus seperti serbuk. Simpan di dalam botol. Apabila hendak digunakan ambil sedikit dan campurkan dengan air
limau nipis. Gosok pada muka dan biarkan kering. Setelah itu cuci muka hingga bersih.

Merawat bengkak usus
- Penyakit bengkak usus jika dibiarkan amat merbahaya. Jika anda ingin merawatnya, potong sebuku kunyit hidup (dimesin), sedikit garam, sedikit gula merah dan sedikit perahan air limau nipis. Campurkan semua bahan didalam segelas air suam dan diminum. Amalkanlah.
                                                        
Mengilatkan periuk
- Untuk mengilatkan periuk anda, ambil sedikit sabun mandi dan lekatkan pada berus periuk. Selepas itu berus periuk tersebut dengan kuat. Akhir sekali bilas dengan air. Pasti periuk kesayangan anda berkilauan.
                             
Menghilangkan jerawat batu
- Kulit yang berjerawat batu mungkin akan merosakkan kecantikan muka terutama bagi kaum wanita. Untuk menghilangkannya, ambil beras, tumbuk hingga halus dan campurkan sedikit air. Gunakan pada waktu hendak tidur tiga
kali seminggu. Insyaallah jerawat batu anda akan hilang.
                            
Rawatan jika terkena minyak atau air panas
- Ambil sedikit kicap dan garam halus. Kemudian sapukan kedua-dua bahan tadi di tempat yg terkena minyak atau air panas. Sebelum itu berselawatlah keatas Nabi S.A.W sebanyak 3 kali.
                         
Mengelakkan gula dimasuki semut
- Masukkan kulit kayu manis ke dalam bekas simpanan gula. Insyaallah semut akan lari.
             
Menghilangkan demam campak
- Caranya sebelum merebak keseluruh badan, pesakit itu hendaklah diberi minum air kelapa dan kemudian mandikan dengan air kelapa itu (boleh dicampur dengan air).
            
Karipap lebih rangup
- Ramai suri rumah merungut apabila kulit karipap yang mereka buat liat dan keras. Cara mengatasi masalah ini mudah iaitu sebelum mengadun marjerin bersama tepung gandum, panaskan marjerin yang telah disukat bersama 1/2 cawan minyak masak. Biarkan mendidih. Tuangkan minyak tadi kedalam adunan tepung, kemudian ulilah seperti biasa. Dengan ini karipap anda akan
rangup dan enak.
           
Melegakan selsema bayi
- Ambil sebiji kunyit, patahkan, potong atau tumbuk. Kemudian sapukan pada batang hidung bayi anda. Insyaallah jika selalu diamalkan, hidung bayi anda tidak akan tersumbat dan dia akan tidur nyenyak.
           
Melembutkan daging
- Caranya ialah rebuskan daging yang telah siap dicuci dengan satu camca serbuk soda bikarbonat. Setelah daging lembut bolehlah dicuci dengan air bersih sebelum digunakan untuk memasak sup atau rendang. Juga boleh direbus bersama daun nangka jika tiada serbuk soda.
          
Menghilangkan parut luka
- Bekas parut yang berwarna hitam selalu mengganggu penampilan kita. Usahlah bimbang, ada cara untuk menghilangkannya. Ambil sebiji ubi kentang dan kukus
dan apabila sudah masak, lumatkan hingga halus dan tempelkan pada parut tersebut. Biarkan hingga kering dan bekas parut itu akan hilang dengan sendirinya. Amalkan sehingga kesan parut hilang.
              
Memudahkan mengopek kerang
- Memakan makanan memanglah suatu yang melazatkan tetapi untuk mengatasi cara pemakanannya adalah suatu yang membosankan dan menyusahkan terutamanya kerang. Suri rumah tentu mengeluh apabila isi rumah ingin memakan atau
meratah makanan ini. Di sini ada petua untuk memudahkan mengopek kerang. Caranya ialah apabila anda merebus kerang, campurkan sesudu minyak masak kedalam air rebusan. mudah-mudahan kerang itu akan terbuka sedikit dan memudahkan anda mengopeknya.
            
Merawat penyakit buasir
- Kebanyakkan kaum lelaki mengalami masalah ini. Cara untuk mengatasinya ialah ambil sebiji kelapa gading yang kecil berwarna kuning, bakar atau panaskan hujungnya. Kemudian tekapkan pada bahagian yang sakit. Lakukan berulang kali sehingga berasa selesa.
            
Mengatasi bayi demam selepas disuntik
- Bagi ibu yang mempunyai anak dan sering demam setiap kali disuntik, bolehlah mencuba petua ini. Selepas anak anda disuntik, sapukan bawang kecil yang dipotong pada tempat yang disuntik. Seeloknya bawang tersebut hendaklah dibawa setiap kali anda keklinik. Insyaallah dengan cara ini dapat mengatasi demam anak.
     
Menghilangkan gatal getah keladi
- Sebelum menyiang keladi pastikan tangan tidak basah. Lumurkan beberapa keping asam keping (asam gelugur) pada tangan. Insyaallah tangan tidak gatal lagi. Seperkara lagi semasa menyiang keladi iaitu semasa menanggalkan kulit nipis dibahagian luarnya, janganlah batang keladi direndam dengan air.
Setelah siap kesemuanya, barulah dibasuh bersih dan masukkan bersama beberapa keping asam gelugur jika masih terdapat kegatalan. Kembali ke kandungan Mempercepatkan pembekuan agar-agar
- Puding sejuk dan agar-agar kadang-kadang lambat membeku jika terlebih airnya. Untuk mempercepatkan pembekuan, loyangperlu disejukkan didalam peti sejuk tingkat teratas. Apabila cukup sejuk, isikan agar-agar didalamnya.Pasti hasilnya amat memuaskan.
     
Mengelak kain batik daripada luntur
- Untuk mengelakkan kain batik daripada luntur warnanya dan mudah pudar, eloklah digunakan daun betik agar warna kain tetap cantik dan nampak baru.Caranya ialah ambil beberapa helai daun betik dan rebus bersama air. Ketika air rebusan masih panas, masukkan kain batik dan rendam semalaman. Setelah itu bolehlah dicuci seperti biasa. Insyaallah, kain itu tidak akan luntur
lagi.
  
Memudahkan bayi buang air besar
- Jika bayi anda sukar buang air besar, cubalah ambil sedikit asam jawa dan gaul atau ramas dengan sedikit air biarkan ia agak pekat kemudian sapulah pada bahagian ubun-ubun bayi anda juga pada pusatnya. Cubalah petua ini dan amalkan setiap hari. Insyaallah bayi anda tiada masalah sebu perut.

Cara merawat penyakit panau
- Jika anda ada panau, tentu memalukan. Apatah lagi jika panau ketara pada muka. Cuba petua ini. Ambil sepotong halia, tumbuk lumat kemudian tempelkan pada tempat berpanau. Insyaallah anda akan perolehi hasilnya.

Menghilangkan bau nasi hangit
- Untuk menghilangkan bau nasi hangit, caranya ialah ambil beberapa helai daun limau purut, carik-carikkan dan masukkan di dalam nasi hangit - tutup semula tudung periuk. Pasti nasi berbau harum.

Merawat cirit-birit dan menghilangkannya
- Bagi mereka yang mengalami cirit-birit, bolehlah mengamalkan makan pucuk jambu batu. Caranya: rendam pucuk jambu batu itu di dalam air panas bersama sedikit garam untuk membersih kekotoran pada pucuk jambu itu. Setelah agak layu, bolehlah terus dimakan. Insyaallah perut tidak lagi sakit dan usus-usus berfungsi dengan baik semula.

Menghentikan hidung berdarah
- Cuaca terlalu panas boleh mendatangkan kemudharatan. Antaranya, berlaku pendarahan melalui hidung. Untuk menghentikan segera pendarahan, ambil sehelai daun sirih, gulung hingga kecil dan sumbatkan ke dalam hidung yg berdarah. Insyaallah darah akan cepat berhenti.

Kacang hijau cepat empuk
- Apabila kita merebus kacang hijau, masukkan sedikit minyak ke dalam periuk dan letakkan atas api. Banyakny aminyak masak terletak pada banyaknya kacang hijau yang di rebus. Kalau sekilo kacang, masukkan setengah camca minyak.Insyaallah akan cepatlah empuk, lepas tu bolehlah masukkan santan dan gula
seandainya membuat bubur kacang.

Cara membersih botol susu hingga berkilat
- Menghadapi masalah mencuci botol susu terutamanya yang berbentuk unik? Berus yang tercipta khusus pun tidak mampu mencuci hingga ke celahnya. Cubalah petua ini. Masukkan sedikit beras di dalam botol susu, di campur dengan air panas atau sejuk. Goncang-goncang botol susu itu. Hasilnya bukan saja botol bersih, puting susu juga turut hilang dakinya. Petua ini boleh
juga di cuba untuk membersihkan botol air plastik yang lain.

Adab berjimak mengikut Islam

Sabda Rasullah s.a.w. "Wahai Ali! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a.s"

1.Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis.

2.Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.

3.Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua berwuduk. Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan
bakhil tangan.

4.Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya.

5.Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta - minta.

6.Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar) Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat kebinasaan kepada banyak manusia.

7.Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.

8.Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq.

9.Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.

10.Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak) Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, sunglap dan menghendaki dunia daripada akhirat.

Jumaat, 8 April 2011

PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA



Asas 5 jari

Jari telunjuk : usus

Jari tengah : Jantung

Jari Manis : Imuniti 

Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang


cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya
badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh
menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system
dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking
kita.kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur,
keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin.cube cek tapak tgn
masing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab
itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau
lembab ke???
jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.

jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami
masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada
urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.

selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan,
sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau
tekanan dalam kehidupan sehariannya..

seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya
kita sebagai seorang wanita.cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari
anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna
anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

.tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna
putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang
sihat..insya allah...

Khamis, 7 April 2011

Magical Health Benefits of Garlic

What is Garlic?



Garlic (Allium Sativum) is a plant with a very strong and bitter flavor which has been used for both culinary and medical purposes for hundreds of years.
The key medicinal ingredient in garlic is allicin, which is known to have wonderful anti-bacterial, anti-viral, anti-fungal and anti-oxidant properties.

Uses of Garlic

Allergies
Garlic is known to have antiviral properties, which helps the body fight against allergies. Simply take one tablet of garlic supplement each day 2 or 3 weeks before the usual allergy season begins.

Coughing
Garlic's antibacterial properties make it a wonderful treatment for coughs and other throat irritations. Garlic may also reduce the severity of upper respiratory tract infections.

Diabetes
Garlic is considered to regulate blood sugar levels by increasing the release of insulin in diabetics. Therefore an effective remedy is to take one capsule or tablet of garlic everyday.

High Blood Pressure
Clinical studies have shown that people with high blood
pressure who took garlic capsules daily for up to five months lowered their blood pressure levels as effectively as patients taking prescription blood pressure drugs. A suggested dosage is 600-900mg garlic capsules once daily.

High Cholesterol
Studies have shown that taking 600-900mg of garlic
everyday lowers cholesterol levels and reduces arterial plaque formation
by 5–18%. Therefore, an effective natural remedy is to take one garlic
tablet or capsule (600-900mg) once per day.

Toothaches
Garlic's antibacterial, analgesic, and anesthetizing properties can help cure toothaches. Simply put some garlic oil or a piece of crushed garlic clove directly onto the affected tooth and the gum for instant relief.

Warts
Garlic's ability to fight infections and bacteria makes it an effective cure for warts and other skin problems.

* Take a fresh clove of garlic and cut its tip off.
* Rub the cut area of the clove directly onto the wart for a few seconds.
* Repeat this each night before going to bed until the wart disappears.

If you feel any kind of irritation or strong burning sensation, simply rinse the area with water.

7 kinds of garlic, 7 judges, but, amazingly, a certain amount of consensus and a couple clear favorites. To browse through the different garlic we tasted,
click on the play button in the frame below, or use your arrow keys.

The Physiological Effects of Eating Garlic

Studies by competent multi-degreed scientists have shown beyond any reasonable doubt that consuming garlic generally has the following physical effects:

* Garlic lowers blood pressure a little. (9% to 15 % with one or two medium cloves per day.)
* Garlic lowers LDL Cholesterol a little. (9% to 15 % with one or two medium cloves per day.)
* Garlic helps reduce atherosclerotic buildup (plaque) within the arterial system. One recent study shows this effect to be greater in women than men.
* Garlic lowers or helps to regulate blood sugar.
* Garlic helps to prevent blood clots from forming, thus reducing the possibility of strokes and thromboses (Hemophiliacs shouldn't use garlic.)
* Garlic helps to prevent cancer, especially of the digestive system, prevents certain tumors from growing larger and reduces the size of certain tumors.
* Garlic may help to remove heavy metals such as lead and mercury from the body.
* Raw Garlic is a potent natural antibiotic that works differently than modern antibiotics and kills some strains of bacteria, like staph, that have become immune or resistant to modern antibiotics.
* Garlic has anti-fungal and anti-viral properties.
* Garlic dramatically reduces yeast infections due to Candida species.
* Garlic has anti-oxidant properties and is a source of selenium.
* Eating garlic gives the consumer an enhanced sense of well being - it makes you feel good just eating it.
* Garlic probably has other benefits as well.

What are the Side Effects of Garlic?

For most individuals, garlic does not cause any serious side effects. However people who are allergic to garlic or who consume it in large
quantities may suffer from stomach irritation, heartburn, or flatulence. Garlic appears to be safe during pregnancy and breast-feeding. In fact,
two studies have shown that babies prefer breast milk better from mothers who regularly eat garlic.

Note that due to garlic's anti-clotting and blood thinning properties, people taking anti-coagulant drugs or who are scheduled for surgery should check with their doctor before taking garlic supplements.

Where and How to Buy Garlic
Fresh garlic and garlic powder can be bought at regular grocery stores. Garlic supplements are available in the form of tablets, capsules, extracts, and oils and can be purchased at most health food stores.

No comments:

Post a Comment