Monday 25 June 2012

Peranan Biji khasiat cili


Khasiat Cili

n
cili
Cili, cabai, atau lada merupakan jenis sayuran yang amat popular di negara ini. Cili dipanggil paprika atau pimiento di Hungary dan Sepanyol. Cili termasuk dalam keluarga solaneceae seperti tomato dan kentang. Di negara ini cili merupakan salah satu bahan makanan yang banyak digunakan oleh masyarakat pelbagai kaum untuk kegunaan harian dan perusahaan.  Cili kaya dengan vitamin A, B, dan C kompleks, serta komposisi vitamin lain seperti protein, karbohidrat, serta karotin. Kepelbagaian cili memberi kepedasan kepada si pemakan. Ia dinamakan capsaicin, lagi tinggi kandungan capsaicin, cili semakin pedas. Dipercayai capsaicin yang terkandung di dalam cili dapat berfungsi sebagai agen pelindung melawan penyakit ulser peptic serta agen penghalang kepada kimia-kimia carcinogens yang menyebabkan penyakit barah.
cili-padi
Jika menurut rujukan yang saya buat,  buah cili yang masak boleh ditumbuk dan disapu pada kurap. Buah cili padi boleh dicampur dengan sedikit cuka dan diminum bagi merawat sakit perut dan taun. Buah cili padi boleh direbus dan air rebusannya diminum bagi merawat demam, busung , gout, kepialu, sakit kuning, sakit ulu hati dan penghadaman yang tidak sempurna. Air rebusan buahnya juga boleh juga dibuat berkumur bagi merawat sakit tekak.
Saya tidak pasti sejauh mana amalan ini masih dilakukan di masa sekarang. Jika anda mengetahui atau pernah mencubanya bolehlah berkongsikan pengalaman anda di sini

Peranan Biji dalam Pembiakan Tumbuhan

Posted by: admin In: @Pembiakan Tanaman
Pada 26 Februari lalu, Norway telah membuka bank biji benihtanaman yang dikenali sebagai “Svalbard Global Seed Vault” di Pulau Spitsbergen berhampiran bandar Longyearbyen, la menempatkan biji benih tanaman dari seluruh dunia bagi kegunaan masa depan. Tempat simpanan tersebut adalah kebal daripada sebarang bentuk bencana alam dan serangan dari nuklear serta mampu bertahan sehingga 200 tahun dalam keadaan beku sekiranya berlaku pemanasan global atau kerosakan mekanikal dalam sistem penyejukan. Kira-kira 100 juta biji benih dari 100 buah negara didunia telah ditempatkan di sini Biji benih yang disimpan terdiri daripada tanaman yang menjadi makanan asasi negara-negara di dunia seperti beras, jagung, gandum, barli, kentang dan tumbuhan kekacang.
Tumbuhan berbunga membentuk kumpulan tumbuhan pengeluar biji yang terbesar. Tumbuhan ini, yang dikenali oleh ahli botani sebagai angiosperma, termasuk sebahagian besar pokok, pokok renek yang dikenali sebagai gimnosperma. Kebanyakan gimnosperma mengeluarkan kon. Biji tumhuhan yang berlainan jenis berbeza-beza saiznya. Pokok kelapa dubel mengeluarkan biji yang paling besar, yang beratnya sehingga 23 kilogram. Sebaliknya, biji orkid adalah terlalu halus, hinggakan 800 000 biji orkid beratnya kurang daripada 30 gram. Biji terdiri daripada tiga bahagian, iaitu embrio, tisu penyimpan makanan dan kulit biji. Embrio ialah bahagian biji yang tumbuh menjadi tumbuhan matang. la mengandungi bahagian-bahagian yang tumbuh menjadi akar primer, iaitu akar pertama yang tumbuh; batang; dan daun pertama pada tumbuhan baru. Embrio juga mempunyai satu atau lebih struktur khusus, bak daun yang dikenali sebagai kotiledon.
Biji terbentuk hasil daripada pembiakan seks apabik sperma (sel seks jantan) bersatu dengan telur (sel seks betina). Pengeluaran sel-sel sperma dan telur dalam tumbuhan biji melibatkan beberapa langkah yang rumit Mula-mula organ pembiakan jantan dan betina pada tumbuhan mengeluarkan sel-sel mikroskopik yang dikenali sebagai spora. Spora menjadi gametoflt, yang sebenarnya ialah tumbuhan yang hidup dalam organ pembiakan tumbuhan induk. Organ pembiakan pada angiosperma berada dalam bunganya. Organ pembiakan betina dikenali sebagai pistil. Ovari, yang mengandungi dua atau lebih ovul, membentuk tapak pistil yang bulat. Tiub yang dikenali sebagai stall menganjur ke atas dari ovari dan berakhir dalam hujung yang rata yang dikenali sebagai stigma. Organ pembiakan jantan dikenali sebagai stamen. Stamen mempunyai hujung yang membesar dikenali sebagai anter. Pertumbuhan biji bermula dengan pembahagian sel dalam ‘ovul dan dalam anter. Pembahagian sel ini mengeluarkan spora. Pada kebanyakan tumbuhan, satu spora dalam setiap ovul menjadi tumbuhan betina yang halus ini mengeluarkan satu sel telur.
Biji ialah sumber makanan utama untuk berjuta-juta manusia di seluruh dunia. Biji bagi bijirin seperti jagung, oat, padi dan gandum digunakan untuk membuat banyak keluaran makanan seperti roti, bijirin sarapan dan tepung.Bagi tumbuhan yang dikenali sebagai legum yang termasuk kacang, pis dan kacang tanah juga penting sebagai sumber makanan. Minyak sayur yang digunakan dalam masakan diperoleh daripada biji tumbuhan seperti jagung, kacang tanah, kacang soya dan bunga matahari. Di samping itu, pengilang menggunakan minyak ini untuk membuat marjerin,. minyak salad dan lelemak. Perasa dan rempah ratus seperti adas, biji sawi dan lada hitam diperoleh daripada biji dan biji juga digunakan dalam pengeluaran bir, kopi, koko dan minuman lain. Biji juga digunakan dalam pembuatan banyak keluaran bukan makanan. Minyak biji ialah ramuan utama dalam bahan pencuci, sabun, cat dan varnis. Tepung jagung daripada endosperma biji jagung digunakan dalam pembuatan perekat, biji letupan, dan keluaran lain. Kebanyakan makanan haiwan ternakan juga terdiri daripada biji jagung, oat dan bijian lain. Sesetengah biji, termasuk biji deadly nightshade dan tumbuhan minyak jarah membekalkan bahan yang boleh digunakan dalam ubat.

  1. • Jangan segan untuk bertanya kepada pasangan anda mengenai corak dan tabiat kewangannya seperti cara perbetanjaan, tanggungan hutang dan sejauh mana pasangan anda tahu mengenai pelaburan.
  2. • Keluarkan sedikit bajet untuk membeli dan ambit masa untuk membaca buku-buku mengenai pengurusan kewangan atau berjumpalah dengan pakar perancangan kewangan untuk memperbaiki corak anda dan pasangan menguruskan kewangan.
  3. • Anibil masa untuk berbincang tentang impian kewangan anda berdua serta bagaimana anda dan pasangan mahu menghadapi waktu-waktu persaraan kelak.
  4. • Selain itu, anda dan pasangan perlulah berbincang tentang cara-cara bagaimana mahu meningkatkan hasit pendapatan dan bagaimana cara yang terbaik untuk mengurangkan perbelanjaan serta banyakkan menyimpan untuk masa depan.

• Apa yang paling penting ialah bagaimana anda dan pasangan anda ,boleh melindungi diri dan keluarga jaminan apabila berlakunya musibah yang tidak dapat dielakkan. Contohnya mengambil  perlindungan insurans seperti insurans kemalangan, insurans perubatan dan  sebagainya.

• Bekerjasamalah untuk  kewangan anda dan jangan mengharapkan seorang ' sahaja yang menguruskannya.

• Tetapkan tarikh setiap bulan untuk mesyuarat bajet kewangan.

 

Pencinta Pokok Herba

Posted by: admin In: Artikel
Sejak saya mengadakan kajiselidik mengenai tumbuhan herba ini, ramai yang memberi respon yang baik. Salah seorang daripadanya ialah kak mia_izura. Cerita dan celotehnya yang panjang amat menarik untuk saya paparkan pada artikel kali ini. Terima kasih saya ucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi pengalaman. Kita ikuti kisahnya…
“Saya memang suka bercucuk tanam dan pencinta pokok-pokok herba selain pokok bunga-bungaan. Latar belakang keluarga sebagai pekebun kecil atau “pak tani” memang sebati dengan jiwa saya, kerana sedari kecil memang tidak lari dari bercucuk tanam dari sayur-sayuran, bersawah dan menanam pelbagai pokok herba seperti pokok cengkih, kayu manis, pelaga, lempuyang, cekur, bunga kantan, mas cotek, petai, tenggek burung, limau purut, limau nipis, limau kasturi dan pelbagai lagi pokok-pokok herba. Pendek kata di sekeliling rumah memang dikelilingi pokok-pokok renek dan besar nan menghijau dan kesemua herba tersebut jadi sebahagian pendapatan keluarga dengan menjualnya di pasar tani.
Kini saya ada beberapa tumbuhan herba yang memang saya tanam di taman (mini) rumah saya iaitu pokok Sambung Nyawa, pokok Jarum 7 Bilah, pokok Kunyit (untuk masakan), pokok Kesum, pokok Cili Padi (tak pasti samada termasuk katogeri herba atau tidak), pokok Pandan Wangi, pokok Misai Kucing, pokok Kari, Serai, Kunyit Putih, pokok Jeremin dan pokok Mahkota Dewa.
Pokok Kunyit Putih dan Pokok Mahkota Dewa merupakan hadiah daripada suami saya sewaktu mengunjungi Ekspo MAHA tahun lalu. Buat masa ini masih hidup lagi tapi tumbesarannya kurang memberangsangkan. Mungkin faktor tanah atau tempat masih belum serasi lagi baginya. Sebenarnya saya berhasrat untuk membesarkannya di kampung halaman saya di Batu Pahat, jadi sementara ini biarlah saya pelihara dulu di taman mini saya ni.
Pokok-pokok herba seperti kunyit, pokok kesum, daun pandan, pokok kari, cili, serai dan sebagainya memang menjadi pilihan dan pelengkap sesetengah masakan kita seharian, terutamanya masakan Melayu. Jadi dengan adanya tanaman ini di rumah sudah tentu dapat memudahkan kerja-kerja memasak dan menjimatkan kos perbelanjaan dapur apatah lagi di zaman ekonomi yang agak lembab kini, boleh jadi penyelamat duit poket.
Selain itu, pokok-pokok herba seperti Jarum Tujuh Bilah dan Sambung Nyawa memang bagus diamalkan sebagai ulaman harian kerana mengandungi pelbagai khasiat. Khasiat Jarum Tujuh Bilah antara lain dipercayai boleh menjadi pemangkin untuk awet muda dan mencegah penyakit kanser. Bunganya juga cantik sebagai tanaman hiasan. Daunnya tidak kelat atau pahit untuk ulaman ambil bahagian pucuknya.
Pokok Sambung Nyawa, memang sesuai dengan namanya, pokok ini boleh “menolong menyambung” nyawa bagi pengidap penyakit darah tinggi, kolesterol tinggi, kencing manis dan juga boleh meredakan demam.
Bagi saya pokok ini amat istimewa dan benar-benar memberi manfaat. Ini kerana baru-baru ini, suami saya disahkan oleh doktor pakar, mengidap darah tinggi dan kadar kolesterol yang agak tinggi. Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk mengkaji keberkesanan penggunaan Pokok Sambung Nyawa ini. Caranya saya ambil 7 helai daun, rendamkan dengan secawan air panas dan beri minum pada pesakit selama beberapa hari, berselang dengan ubat yang dibekalkan oleh doktor. Hasilnya, tekanan darah tinggi kembali normal, kadar kolesterol tidak pasti pula sebab kena buat ujian darah dulu.
Selain itu, daunnya juga sedap dimakan sebagai ulam, rangup, tidak pahit atau kelat malah anak saya seusia 7 dan 11 tahun pun mengemarinya. Jadi semaikanlah amalan memakan ulam-ulaman kepada anak-anak generasi baru ini supaya ada penjaga dan pencinta pokok-pokok ini kelak.
Pokok Jeremin – Pokok ini dah lama saya mengidamkannya dan akhirnya dapat juga saya miliki hasil kunjungan saya di sebuah nursery di Ulu Choh, Pontian. Kenapa saya tanam pokok Jeremin? Mudah saja…untuk menghalau nyamuk! Saya letakkan pokok ni di taman mini dalam rumah (air well). Buat masa ini belum ketara hasilnya, tapi yang pasti nyamuk seperti berkurangan. Daun Jereminkalau diusap daunnya akan menghasilkan satu aroma yang unik namun harum seakan-akan gabungan aroma serai wangi dan vanilla. Apa yang pasti serangga seperti semut halus akan melarikan diri bila terbau aroma ini ketika saya menenyeh daunnya pada pasu!
Pada hemat dan pengalaman saya, menanam, mengguna dan mencintai pokok-pokok herba adalah sesuatu yang menguntungkan dan membahagiakan. Bak kata pepatah “berbudi pada tanah, kita akan dapat hasilnya”. Malah selain berbakti pada tanah, boleh juga mengeluarkan peluh-peluh dan membakar lemak-lemak dalam badan ketika kita “berkebun” ni. Semaikanlah minat anak-anak kitadengan menggalakkan mereka turut sama bercucuk tanam dan beri peluang anak-anak menanam sendiri pokok kegemarannya serta perkenalkan mereka dengan pokok-pokok herba terutamanya yang hampir-hampir pupus kerana bimbang suatu hari nanti tiada lagi pokok-pokok herba yang berkhasiat di bumi ini.

Pokok cili pada hari ke-65




pertumbuhan pokok agak perlahan, disebabkan tidak mendapat cahaya secukupnya disebabkan terlindung dr bangunan.... hmm.. harap2 bleh pegi lagi... putik bunga dah start keluar, pembajaan sudah mula ditukar dr 15:15:15 kepada 12:12:17

30 april, 2007

pokok cili pada hari ke-37

Dalam masa yang sama, percubaan menanam pokok kailan dan broccoli menunjukan hasil..hu hu.

Pada hari ini, ketinggian pokok adalah dari 10-15cm. pada asalnya, ada 50 pokok. tapi disebab kan pokok ditimpa bencana alam+ kesilapan teknikal, hanya ini sahaja yg dapat diselamatkan.. ini untuk eksperimen jek.. penggunaan medium, baja dan lain2 adalah berlainan sebab nak tengok yg mana paling berhasil tinggi...










PANDUAN TANAM CILI DALAM PASU/ POLIBAG


Sayuran cili menjadi salah satu ramuan dalam kebanyakan resepi masakan mampu hidup lebih subur didalam pasu sekiranya ditanam mengikut kaedah penanaman yang betul.
Berikut adalah kaedah penanaman di dalam pasu yang boleh dijadikan panduan.
  • Gunakan tanah campuran yang mengandungi tiga bahagian tanah, satu bahagian tahi ayam reput atau kompos dan satu bahagian pasir. isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5cm dari permukaan pasu.
  • Semai terus3 atau 4 biji benih kedalam pasu sedalam 2 hingga 5 cm. Tinggalkan hanya sepokok setiap satu dua minggu selepas menanam.
  • Siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali pada hari hujan.
  • Tabur sebanyak satu sudu teh atau 5 gram baja di sekeliling pokok setiap minggu.
  • Gunakan juga rumput-rumput kering yang diletakkan di sekeliling pokok sebagai kompos semulajadi.
  • Hasil tuaian lada selalunya dapat dikutip selepas kira-kira 12 minggu ditanam. Anggaran hasil mengikut kaedah ini adalah diantara 0.8 - 15 kilogram sepokok.



x

SISA TUMBUHAN SUBURKAN POKOK

Pelbagai cara orang dulu gunakan sama ada dari segi teknik atau bahan bagi menyuburkan tanaman. Kalau masa dulu di kampung, mana ada baja atau bahan yang diproses siap untuk menyuburkan pokok bunga. Jadi cara biasa ialah dengan menggunakan air basuh beras, ikan atau menggunakan najis haiwan ternakan seperti ayam.

Namun, ada satu cara lagi iaitu menjadikan sisa tumbuhan sebagai bahan utama untuk menyuburkan pokok. Mudah, sisa tumbuhan seperti dedaun kering yang luruh atau rumput yang sudah dipotong perlu direndam terlebih dulu di dalam bekas takungan yang sesuai.

Tetapi, anda perlu pastikan sisa ini cukup kering kerana jika tidak mungkin jiran atau ahli keluarga kurang senang dengan baunya.

Paling baik, pilih bekas yang mempunyai penutup bagi mengelak pembiakan jejentik. Rendaman sisa tumbuhan ini perlu dilakukan selama satu hingga dua minggu, namun ia bergantung kepada berapa banyak sisa tumbuhan dan air yang dicampur.

Bagi mendapat tahu jika air rendaman sisa tumbuhan sudah sedia untuk digunakan, ia akan bertukar warna kekuningan atau sedikit coklat. Jika ini berlaku, anda boleh menggunakan air ini untuk disiram pada pokok bunga di laman anda.

Tanpa wang, anda boleh menyuburkan tanaman anda dengan sendirinya berdasarkan cara ‘orang lama’...Selamat mencuba!


Panduan tanam cili

CILI ialah sejenis sayuran berbuah yang popular di kalangan penduduk negara ini.
Cili muda dibuat jeruk dan ulaman, ia juga mengurangkan sakit sendi tulang, demam, ulser mulut, demam. Cili mempunyai khasiat makanan yang tinggi, terutamanya vitamin A dan vitamin C.
Pembiakan dan penanaman
Biji benih cili perlu disemai terlebih dahulu sebelum melakukan penanaman, kerana ia memerlukan penjagaan yang rapi di peringkat awal pertumbuhan.
Semai biji benih didalam dulang penyemaian, gunakan peat grow sebagai media percambahan atau campuran kompos dan peat grow, Letak biji benih setiap sel dan diletak dirumah semaian yang mempunyai sekurangnya 50 peratus lindungan antara empat dan lima minggu, disiram setiap hari.
Anak semaian boleh disembur dengan baja foliar setiap minggu bagi menambah kesuburan dan pembesaran pokok.
Tahap pH yang sesuai ialah di antara 5.5 dan 6.5.
Nilai pH yang rendah akan menyebabkan pertumbuhan cili terencat.
Kawasan penanaman disediakan dengan membajak dan menggembur dua minggu sebelum penanaman dilakukan.
Batas dibuat dengan ukuran satu meter lebar dan panjang batas mengikut kesesuaian kawasan.
Batas ditambak dengan bahan tahi ayam atau kompos dengan kadar satu hingga tiga kg/meter persegi dan ditutup dengan agrosheet atau jerami kering sebagai sungkupan.
Sungkupan perlu bagi memudahkan penyelenggaraan tanaman, mengekalkan kelembapan dan mengurangkan hakisan.
Jarak tanaman yang disyorkan ialah antara 50 dan 60 sm antara pokok dan 60 dan 100 sm antara barisan, tanaman boleh ditanam satu atau dua baris setiap batas.
Anak benih dipindahkan ke ladang bila berumur antara tiga dan empat minggu dan telah ada empat dan lima helai daun sebenar.
Sebelum pemindahan lakukan proses pengerasan di buat dengan mendedahkan kepada cahaya matahari secara beransur ansur.
Penyulaman/penyediaan sokongan
Setelah seminggu penanaman, anak benih yang mati atau kurang sihat perlu disulam dengan yang baru.
Kayu sokongan dipancang pada pokok bagi mengelakkan ia tumbang bila cili telah mengeluarkan hasil.
Pengairan
Pengairan amat perlu pada peringkat awal penanaman sehingga penuaian hasil dilakukan, tanaman perlu disiram sekurangnya sehari sekali, kaedah pengairan secara manual atau menggunakan pengairan renjis atau titis.
Bagi kawasan yang menghadapi masalah saliran, perparitan perlu dilakukan bagi menyalirkan air yang berlebihan ke parit utama.
Pemangkasan
Pemangkasan tidak perlu dilakukan kecuali jika terdapat cabang sisi yang berlebihan, atau terdapat serangan penyakit atau perosak.
Pengawalan rumpai
Bagi memastikan tanaman hidup subur, kawalan rumpai perlu dilakukan. Rumpai di atas batas dibuang secara manual dan antara lorong tanaman rumpai boleh dikawal dengan menggunakan racun rumpai yang disyorkan.
Pastikan semasa penyemburan racun ia tidak mengenai tanaman.
Pembajaan
Baja yang disyorkan ialah 70 kg N: 140 kg P2O5: 200 kg K2O setiap hektar, tetapi ia bergantung pada keadaan tanah di satu satu kawasan.
Penggunaan baja NPK Hijau 15:15:15 untuk pembajaan pertama boleh di gunakan dengan kadar 30gm/pokok dan ditabur keliling dengan jarak 15-20 sm dari rumpun pokok serta dikambus.
Pembajaan ulangan kedua dan ketiga boleh menggunakan NPK biru 12:12:7 dengan kadar 40-50 gm/pokok diselangkan setiap dua minggu.
Kawalan perosak
Pendekatan yang paling sesuai dalam pengurusan perosak ialah secara kawalan bersepadu iaitu secara manual, amalan kultura, mekanikal atau kawalan secara kimia, dan ia adalah sebagai pilihan terakhir.
Serangga yang biasa menyerang pokok cili ialah kutu daun,kutu trip,ulat pengorek buah, lalat buah,hamama, ulat ratus dan lalat putih.
Penyakit yang biasa menyerang cili ialah antraknos buah,bintik daun,hawar pucuk,reput pangkal, lecuh anak benih,layu ystem dan mozek daun.
Pastikan daun dan buah yang rosak diserang penyakit di cantas dan di musnahkan. Pembajaan dibuat mengikut jadual supaya pokok boleh membina daya tahan dari serangan penyakit dan perosak. Kebersihan kawasan perlu dipastikan supaya tiada perosak yang bersembunyi.
Penuaian hasil
Cili mula berbunga antara 60 dan 75 hari selepas ditanam di ladang, buah akan masak di antara 30 dan 35 hari selepas berbunga. Buah yang masak berwarna merah dan dituai tiga atau empat hari sekali.
Tempoh pengeluaran hasil antara dua atau tiga bulan selepas penuaian hasil pertama, jumlah hasil bergantung kepada varieti cili.
Pengendalian lepas tuai
Selepas memetik hasil operasi diteruskan dengan pemilihan, pembersihan, penggredan dan pembungkusan.
Penggredan dibuat berdasarkan warna, kesegaran, tahap kecederaan dan serangan penyakit dan perosak.





3
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bertemu kita kembali. Harap maaf kerana tidak sempat update blog selama sebulan kerana sibuk menguruskan kebun. Alhamdulillah projek tanaman cili padi kampung 2000 pokok dan bendi 2000 pokok telah siap disempurnakan. Dijangka bulan 4 nie bolehlah mula menuai hasil.
 Tanaman cili padi kampung dan bendi ini ditanam secara berperingkat iaitu 3 fasa. Antara sebab utama adalah faktor benih cili yang belum cukup besar, cuaca panas terik  dan pekerja sambilan yang tidak sempat datang. Nak tanam sesorang memang tak sempat  :-) . Lagipun waktu sekarang taburan hujan di sini amatlah kurang sehinggakan kolam air hampir kering.
Ini adalah gambar sebahagian benih cili padi kampung yang telah disemai bulan disember tahun lepas:
Kerja-kerja penyediaan tanah (rotor) sebelum menanam juga mengambil masa yang lama disebabkan tiada jentera yang masuk disebabkan hujan pada bulan disember. Oleh itu, kerja-kerja penyediaan tanah perlu dilakukan manual menggunakan cangkul. Mujurlah ada pekerja sambilan yang sanggup  menggembur tanah selama 3 minggu sebelum menanam. Selama seminggu pula kerja-kerja pemasangan plastik silvershine dijalankan. Mamang letih sangat masa tu sebab bos pun kena kerja juga :-) .
Berikut adalah sebahagian gambar yang sempat tangkap. Maaf ya kualiti gambar kurang cantik.

Gembur tanah secara manual
Persiapan untuk memasang plastik atas batas
Plastik ditanam kiri dan kanan batas
Sambil kerja-kerja penyediaan tanah dijalankan, saya telah menyemai bendi 800 pokok dalam bekas untuk dipindahkan atas batas selepas seminggu. Kalau ikutkan campak terus benih dalam tanah lagi mudah. Tetapi memandangkan cuaca yang panas dan hujan tak turun-turun, semai dulu ditempat lain adalah langkah terbaik. Sebabnya peratus tanaman yang tumbuh adalah tinggi. Jika anda ingin menyemai terus ke tanah perlulah menyiram setiap hari. Kalau tak memang tak tumbuh atau benih bantut.
Gunakan tanah semai (holand peat) untuk menyemai benih dalam bekas. Selepas isikan tanah dalam bekas, masukkan benih 2 atau 3 biji dalam lubang bekas tersebut. Takut tak tumbuh kalau letak satu sahaja. Selepas siap semua siram benih tersebut. Jangan lupa campur sekali racun semut (plasbon) dan baja daun dalam air. Selepas seminggu boleh lah pindahkan benih atas batas.
Gambar-gambar benih bendi yang di semai
Ok, setakat nie dahulu post dari saya. Jumpa lagi post akan datang tentang pemindahan anak benih cili padi kampung dan bendi. Terima kasih.



PANDUAN MENANAM CILI
PENYEDIAAN TANAH:
Di Ladang – Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm ( 6-19 inci). Sediakan batas berukuran 1.2m (4 
kaki) lebar dan 22 hingga 30 cm (9-12 inci) tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah
45 cm (1.5 kaki). Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 25kg bagi 50 meter persegi (500 kaki persegi) kawasan.
Dalam Pasu atau Bekas – Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau
kompos dan 1 bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm (2 inci) dari permukaan
pasu.
Nota: Digalakkan menggunakan baja organik bukan berasaskan najis haiwan untuk penanaman cili.
MENYEDIA ANAK BENIH
Bagi tanaman di ladang, sediakan kotak semaian berukuran 45 cm (18 inci) panjang, 22 cm (9 inci) lebar dan 10 cm(4 
inci) tinggi. Isikan kotak semaian dengan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput
dan 1 bahagian pasir. Semai 5g biji benih dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih dengan lapisan nipis
tanah. Jarak tanaman ialah 5 cm (2 inci) antar baris dan 2 cm (1 inci) antara pokok. Siram dengan penyiram yang 
mempunyai semburan halus dua kali sehari. Kotak semaian mesti dilindungi daripada cahaya matahari dan air hujan
yang berlebihan. Ubah anak benih ke ladang 3 hingga 4 minggu selepas disemai. Sebelum diubah ke ladang. 
Dedahkan anak benih kepada cahaya matahari selama 3 hingga 4 hari untuk mengeraskannya.
PENANAMAN
Di Ladang – Anak benih boleh terus diubah ke batas. Sebelum mencabut, basahkan kotak semaian supaya anak
benih senang di gali. Gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas. Jarak tanaman ialah 90 cm 
(36 inci) antara pokok dan 150 cm (60 inci) antara baris.
Dalam Pasu atau Bekas – Semai terus 3 atau 4 biji benih kedalam pasu sedalam 2 hingga 5 cm. Tinggalkan hanya
sepokok setiap pasu selepas 2 minggu ditanam.
PENJAGAAN
Menyiram – Siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali hari hujan.
Membaja
DiLadang – Tabur baja NPK Blue Special (12:12:17:2) di keliling pokok dengan kadar 1 sudu besar atau 10g sepokok
setiap 2 minggu.
Dalam Pasu atau Bekas – Tabur sebanyak 1 sudu the atau 5 g baja NPK Blue Special (12:12:17:2) sepasu di kelliling
pokok setiap minggu.
SUNGKUPAN
Di Ladang - Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan. Selalunya sungkupan plastik di
gunakan di ladang.
Dalam Pasu atau Bekas – Gunakan rumput-rumput kering atau sabut kelapa.
MERUMPUT
Bersihkan batas atau pasu daripada rumpai dengan mencabut, menggunakan cangkul atau tajak.
KAWALAN SERANGGA DAN PENTAKIT
Bintik Daun – Sembur racum kulat Benomyl
Antraknos Buah – Sembur racun kulat seperti mancozeb
Kutu Daun – Sembur racun serangga chlorphyrifos atau Imidachloprid
Hamama Merah – Sembur racun seperti dicofol atau malathion
Kerekot Daun dan Mozek Daun – a) Penyakit ini disebar oleh kutu daun.Oleh itu kawalan kutu daun adalah penting.
b) Buang dan bakar pokok yang berpenyakit
Layu Pokok (Layu Bakteria) – Tiada kawalan kimia yang berkesan. Buang dan bakar pokok yang berpenyakit. 
Tentukan saliran tanah yang baik.PENUAIAN:
Di Ladang – Cili boleh dipetik selepas 8 minggu dubah ke ladang. Pungutan dibuat setiap 3 atau 4 hari. Anggaran hasil
dari kawasan 50 m (500 kaki) persegi ialah 100 – 200 kg.
a) Cili Hijau – Anggaran harga antara RM4 – RM6 sekilo
b) Cili Merah – Anggaran harga antar RM5 – RM8 sekilo.
Dalam Pasu atau Bekas – Cili boleh di petik selepas 12 minggu ditanam. Anggaran hasil ialah 6 hingga 10kg sepokok.





Lada Jeruk ( Cili Jeruk )

Salam sejahtera semua…… hari ni saya terfikir nak buat lada atau cili jeruk memandangkan stok cili hijau dalam peti sejuk agak banyak…. Kami sekeluarga suka sangat makan lada jeruk ni lebih-lebih lagi jika dimakan dengan mee atau kue teow goreng…..  Ada beberapa cara nak buat lada jeruk ni tetapi saya suka buat ikut cara emak saya…..  Waktu kecil-kecil dulu saya selalu melihat emak saya mencelur cili potong kemudian mencampurkan dengan air cuka yang telah dicampur dengan gula dan garam. Kemudian kami makan dengan pelbagai jenis masakan mee. Saya pula sangat suka cili padi yang dibuat  jeruk kerana lebih pedas…. Suami dan anak-anak pula suka cili hijau potong…. jika saya buat cili jeruk, saya akan mencampurkan kedua-dua jenis cili ni…. Boleh pilih ikut suka bila nak makan nanti!!!….. Jom…. mari belajar buat cili jeruk!!!  resepinya di bawah!!! Selamat mencuba!!!
Resepi Lada atau Cili Jeruk
20-30 biji cili hijau ( anggaran ) atau jika suka boleh gunakan cili padi
1/2 cawan gula
1 sudu makan penuh garam
2 cawan air panas
3/4 cawan cuka ( atau 1 cawan jika mahu lebih masam )
Cara Penyediaan
1. Cili hijau di potong-potong tapi tak perlu nipis-nipis. Kasar-kasar je!.
2. Letakkan cili tadi di dalam mangkuk yang sesuai saiznya kemudian curahkan air panas. Rendam selana 2-3 minit.
3. Kemudian toskan airnya. Masukkan dalam botol bertutup kemudian buat air cukanya.
4. Satukan gula, garam dengan air panas. kacau hingga larut. Kemudian masukkan cuka makan tadi.
5. Tuang air cuka kedalam botol bertutup yang mengandungi cili yang telah di celur dengan air panas tadi.
6. Tutup dan biarkan sehingga warnanya bertukar ( dalam 2-3 jam ). Bolehlah dihidangkan dengan Mee goreng atau kue teow.
*** Jika lama di simpan air cuka akan mula berubah warna…. keluarkan cili, tapis semula dan buang air cuka yang lama tu….Buat air cuka yang baru guna resepi yang sama….. masukkan semula cili tadi dalam air cuka baru…. dan simpan dalam bekas semula.

Cili Jeruk

ASSALAMUALAIKUM..




CILI JERUK

Bahan :
7 -8 bj cili hijau ~ boleh guna cili merah/hijau
1 cawan air
1 cawan cuka
2 -3 sudu besar gula

Cara :
Basuh cili dan toskan.
Kemudian hiris tp jangan terlalu nipis.
Masak air bersama cuka dan gula hingga mendidih. Biarkan hingga sejuk.
Masukkan cili ke dalam botol yg bersih dan tuangkan air cuka yg dimasak tadi.
Tutup botol dan biarkan sehingga 2 - 3 hari baru lah sedap dimakan bersama mee rebus/goreng dan sebagainya.






No comments:

Post a Comment