Monday, 25 June 2012

Panduan Menanam Cili Dlm Pasu/Polybag dan Pantang Larang Tanam Pokok


Panduan Menanam Cili Dlm Pasu/Polybag

Sayuran cili menjadi salah satu ramuan dalam kebanyakan resepi masakan mampu hidup lebih subur didalam pasu sekiranya ditanam mengikut kaedah penanaman yang betul.




* Berikut adalah kaedah penanaman didalam pasu yang boleh dijadikan panduan.



* Gunakan tanah campuran yang mengandungi tiga bahagian tanah, satu bahagian tahi ayam reput atau kompos dan satu bahagian pasir. isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5cm dari permukaan pasu.


* Semai terus3 atau 4 biji benih kedalam pasu sedalam 2 hingga 5 cm. Tinggalkan hanya sepokok setiap satu dua minggu selepas menanam.


* Siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali pada hari hujan.


* Tabur sebanyak satu sudu teh atau 5 gram baja di sekeliling pokok setiap minggu.


* Gunakan juga rumput-rumput kering yang diletakkan di sekeliling pokok sebagai kompos semulajadi.


Hasil tuaian lada selalunya dapat dikutip selepas kira-kira 12 minggu ditanam. Anggaran hasil mengikut kaedah ini adalah diantara 0.8 – 15 kilogram sepokok

Cara menanam cili padi/cili kampong.

CARA-CARA MENYEMAI
1. Dapatkan benih cili padi dengan membeli anak benih dari kedai atau tanaman yang sedia ada.
2.Cili padi tersebut hendaklah di kering kan terlebih dahulu dengan cara di jemur di bawah cahaya matahari.
3.Setelah kering cili tersebut hendaklah dipecahkan untuk mengeluarkan bijinya dan kemudian direndam didalam air lebih kurang 4 jam .
4.Kemudian ianya di toskan dan dikeringkan di kawasan yang teduh dan kemudian di biarkan selama 2 hari supaya ianya betul-betul kering dan disimpan didalam bekas yang kedap udara seperti botol yang bertutup.
5.Dapatkan tanah bakar yang telah di simpan selama seminggu(ini perlu kerana tanah bakar yang baru akan mengakibatkan pokok tanaman menjadi kering kerana ianya masih panas)
6.Dapatkan baja organik dan tanah pasir(baja organik terdiri dari baja asli seperti tahi ayam,itik atau lembu)
7.Sediakan bekas untuk penyemaian biji benih dengan mendapatkan bekas seperti tin minyak yang telah dibelah 2 dan ditebuk di bawah permukaanya(tin perlu ditebuk menggunakan paku untuk mendapatkan permukaan yang berlubang supaya air dapat mengalir keluar semasa proses penyiraman biji benih).
8.Bahan seperti tanah bakar,baja organik dan tanah pasir hendaklah dicampurkan didalam bekas tadi dan kemudianyan disiram supaya ianya lembap(campuran tersebut mengikut nisbah 1:1:3 )
9.Biji benih yang telah disediakan hendaklah ditabur dipermukaan tanah tersebuh dan kemudianya di siram tiap-tiap hari dan hasilnya akan nampak setelah seminggu.
CARA MENANAM
1.Biji benih yang telah tumbuh itu hendak lah di biarkan selama 1 bulan di dalam bekas semaian sehingga mencapai ketinggian 150cm atau 6 inci.
2.Kemudian iaya hendaklah dipindah kan kedalam polybag yang di isi dengan campuran seperti penyediaan tapak semaian,setelah dipindahkan ianya hendaklah disiram setiap hari sehingga dewasa dan kemudianya barulah dipindahkan ke kawasan tanaman atau kedalam pasu besar.
3.Cili padi adalah sayuran yang perlu untuk semua masyarakat dalam penyediaan makan harian mereka oleh itu disamping untuk keguaan sendiri kita juga boleh memasarkanya untuk pendapatan sampingan


Pantang Larang Tanam Pokok

Jangan Tanam Pokok Sembarangan
   Orang tua-tua seringkali mengaitkan perkara tahyul dengan pokok tanaman, pokok bunga, batang, daun dan akar kerana dipercayai memberi makna-makna tertentu kepada orang yang menanamnya. Ia memberi petanda samada keuntungan atau kerugian pada pemiliknya.

   Dibawah ini perturunkan perkara-perkara tahyul itu sebagai sebahagian renungan atau kajian, sekurang-kurangnya sekadar untuk pengetahuan. Wallahua’lam


1. Disarankan menanam pokok bunga Cempaka. Kononnya pemilik rumah yang menanam pokok cempaka di halaman rumah akan merasa tenteram dan damai dalam kehidupan hariannya bersama keluarga.

2. Dilarang menanam bawang. Menanam bawang di halaman rumah akan memberi pengaruh yang menyedihkan iaitu pemiliknya akan selalu ditimpa kesusahan.

3. Dilarang menanam pokok lada. Pokok lada di halaman rumah akan memberi pengaruh kepada pemiliknya seperti pertengkaran dan perselisihan diantara ahli keluarga.

4. Disaran menanam pokok pinang merah. Orang yang menanam pokok pinang merah, dikatakan memperolehi keuntungan dan rezeki. Selain itu boleh dijadikan tangkal terutama kepada orang yang bermaksud tidak  baik seperti  ilmu hitam, tuju-tuju, ubat guna-guna dan sebagainya.

5. Disarankan menanam pokok bunga matahari. Kerana ia dapat memberi kebahagian dan kedamaian serta  keharmonian rumahtangga kepada orang yang menanamnya.

6. Dilarang menunujukkan bunga pokok-pokok buah-buahan. Perbuatan itu akan membuatkan bunga-bunga tersebut berguguran dan pokok tidak akan berbuah.

7.Dilarang menanam pokok betik di halaman rumah. Menanam pokok tersebut di halaman rumah akan mengakibatkan pemilikya mendapat sial. Segala  hasil usaha tuan rumah akan merosot hari demi hari.

8. Dilarang menanam pokok anggur di sekitar rumah. Perbuatan ini dikatakan akan membawa akibat pada tuan rumah iaitu kehilangan mata pencarian.

9. Dilarang menanam pokok belimbing. Pemilik rumah akan selalu diganggu roh halus yang jahat.

10. Dilarang menanam pokok jagung dihalaman rumah. Pemiliknya akan selalu dapat penyakit dan selalu bertengkar dengan tetangga ataupu keluarga sendiri.

11. Dilarang menanam pokok kemboja di halaman rumah. Selain daripada menimbulkan kesan yang menyeramkan seperti terasa berada di tanah perkuburan. Ia juga akan mengundang roh jahat datang menggangu.

12. Dilarang menebang pokok buluh waktu tengahari. Buluh yang akan digunakan akan cepat rapuh dan patah.

13. Disaran menanam pokok ciku kerana pemilik rumah akan selalu dihormati masyarakat.

14. Disaran menanam pokok kenanga, melor dan halia kerana ia berguna sebagai penangkal untuk ilmu hitam seperti sihir, tuju-tuju, guna-guna dan sebagainya.

15. Dilarang menanam pokok beringin di halaman rumah kerana dipercayai menjadi tempat bersemayam roh-roh jahat.

16. Disaran menanam pokok wijaya kusumah (terdapat di puncak gunung). Dikatakan memberi rezeki yang banyak kepada pemilik rumah terutama jika sedang mekar.

17. Disaran menanam bunga mawar kerana ia dapat memberi rezeki yang banyak kepada pemilik rumah.

18. Memiliki bunga kemboja yang berkelopak ganjil juga dikatakan dapat memberi rezeki yang banyak kepada pemilik rumah.

19. Memiliki buluh tidak berubang dianggap sebagai penangkal kepada ilmu hitam.

20. Menggantungkan daun sirih ketika menghadapi seseorang. Khabarnya orang yang ditemui itu akan mendengar apa yang kita cakap.

21. Memasukkan daun sirih ke dalam kasut untuk dipijak ketika mengikuti ujian dapat menimbulkan ketenangan dan meninggalkan rasa simpati pada diri kekasih dan calon mertua.

22. Menanam pokok keladi besar di empat penjuru rumah dapat menghindari pencuri masuk rumah.

23. Jika anda seorang peniaga dilarang menanam anggur dihalaman rumah maknanya segala perniagaan anda akan jatuh bangkrap.

24. Disaran menanam halia di halaman rumah untuk tujun menghalau roh halus.

Begitulah antaranya perkara-perkara tahyul yang berkaitan dengan tanaman, pokok bunga dan sebagainya. Maka jadikanlah ia sebagai renungan dan bukannya amalan atau kepercayaan.

No comments:

Post a Comment