Monday, 25 June 2012

30 TAHUN SENGSARA PENYAKIT TELINGA!


30 TAHUN SENGSARA PENYAKIT TELINGA!


Sehari sampai 20 kali buat macam ini!! - foto ehsan google 



Kjee nak kongsi kisah ini dengan korang semua. Maaflah story ini  agak peribadi dan mungkin ada yang tidak suka membacanya. Tetapi Kjee rasa Kjee bukan keseorangan mengalami masalah ini.




Sejak hampir 30 tahun lalu, Kjee telah mengalami masalah di telinga. Kalau tidak silap Kjee, ia bermula dengan telinga sebelah kanan. Ia berlaku ketika Kjee berlakon dalam satu drama (dah lupa judul). Hanya Kjee ingat ia antara drama swasta pertama RTM. Pengarahnya Aziz satar.

Dalam drama itu, Kjee (berlakon sebagai orang terencat akal) kononnya jatuh dari atas bukit. Kemudian kononnya kepala terhentak batu lalu mati. Mekap artis drama itu bubuhlah darah pelsu kat kepala Kjee. Darah itu dibuat dengan campuran kopi pekat, pewarna dan madu.

Memang cantik kaler darah itu. Macam real. Tetapi malangnya, Kjee tak perasan masa shooting, ada darah pelsu itu mengalir masuk ke dalam telinga Kjee. Lepas scene tu habis Kjee ke sungai berhampiran dan cuci saki baki darah pelsu tanpa perasan ada dah masuk dalam telinga.

Tak lama selepas itu, telinga Kjee mula gatal. Apa lagi, Kjee pun gunalah cotton buds untuk bersihkan telinga (ala2 menggaru jugaklah). Kjee rasa setakat 30 tahun ni Kjee dah guna satu kontena cotton buds! Serius!!

Dah guna 1 kontena selama ini agaknya. Hehehe
Gatalnya tak boleh nak cakap. Bila gatal jer, Kjee guna cotton buds. Kalau ke klinik, doktor marah guna cotton buds. Dia kata telinga Kjee terlalu 'bersih' sebab itu mudah kena infection! Pulak. Bukan kotor ke infection senang merebak?!!!

Kjee juga cuba ubat secara tradisional. Malah, Kjee pergi sampai ke kaki Gunung Ledang di Johor. Ada orang beritahu, ada satu perempuan tua tinggal dekat satu rumah buruk di sebuah kampung di kawasan itu. Dia boleh ubatkan. Dan dia ni kononnya dayang Puteri Gunung Ledang!

Hmmm hampeh. Makcik tu tak mengaku dia dayang Puteri Gunung Ledang pun! Dia suruh Kjee cari orkid liar yang tumbuh melata, ambil 'biji' kat orkid itu, bakar dan titiskan airnya ke dalam telinga. Kononnya, madu yang digunakan untuk buat darah pelsu tu panas.

Okaylah. Kjee dah ikhtiar macam2 selama 30 tahun. Deritanya hanya Allah yang tahu.

Tetapi yang paling teruk sejak dua tahun lepas. Dua2 telinga sudah berjangkit. Gatalnya tidak terhingga. Kemudian mula keluarkan cecair dan menanah! Kjee redho. Bagaimanapun, sejak 6 bulan lalu, Kjee dah kena sumbat tisu atau kapas atau cotton wool untuk elak 'cecair' mengalir keluar dari telinga.

Sampai satu ketika, Kjee punyalah kecewa. Terfikir dalam hati. Belum mati lagi telinga dah kena sumbat kapas!!

Kalau telinga gatal, Kjee sampai menggigil untuk menahan kegatalannya!!

Kemudian Kjee nekad. Dua bulan lalu Kjee sms Dr Tamilselvan, pakar kesihatan 4Life, grup Champions. Kjee dah tak malu lagi. Lantaklah Dr Tamil nak kata apa pasal penyakit Kjee ini. Malunya tak sehingga sebab mana ada orang ada nanah dan telinga boleh berair!! Beliau balas sms Kjee dan suruh makan 2 biji Transfer Factor Plus selama 3 minggu!

Kjee tak buang masa. Maklumlah. Kita kena ikhtiar. Dan ini ikhtiar terakhir Kjee. Kalau tak baik, maknanya tak ada jalan lain lagi dah.

Semasa 3 minggu Kjee makan TF Plus, Kjee perasan bulu kening Kjee mula gugur. Tinggal separuh jer! Alamak. Kawan2 di 4Life kata TF Plus memang panas. Kena minum banyak air. Nasib baik boleh sorok 'kecatatan' kening itu dengan mekap!

Tapi dalam masa 3 minggu, kegatalan di telinga tak hilang. Malah semakin teruk. Kjee korek guna cotton buds sampai berdarah! Lepas 3 minggu Kjee stop makan TF Plus sebab Dr Tamil kata 3 minggu jer. Memang tak ada harapan dah.

Kjee ada appointment dengan Pakar ENT Hospital Ampang. Tiap kali jawapan yang mereka beri jawapan sama. Telinga Kjee okay. Cuma bersih sangat! Maunya tak bersih kalau satu hari dikorek (dibersihkan) sampai 20 kali!!

Dua bulan sudah berlalu. A miracle suddenly happened! 

Sejak Isnin lepas (hari Kjee dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh kerana mild stroke), hingga ke hari ini Kjee baru guna 2 cotton buds! Telinga Kjee dah tak gatal DAN yang paling menakjubkan ialah telinga Kjee dah tak ada keluarkan air dan nanah!!!

Unclepali terkejut sebab Kjee dah tak sibuk mintak dia ambilkan cotton buds yang Kjee campak merata2 dalam rumah!

Ini adalah kisah benar. A true story!

Kjee ingatkan Kjee akan mati bersama2 penyakit di telinga ini. Tetapi dengan izinNya, kini hidup Kjee tenang tanpa masalah kegatalan dalam telinga. Penyakit yang doktor, pengamal perubatan tradisional dan jugak dayang Puteri Gunung Ledang pun tak boleh tolong!

Syukur alhamdullilah. Satu masalah besar dalam kesihatan Kjee telah berjaya Kjee atasi. Kalau korang ada masalah yang sama, korang tahu lah kan apa nak buat.  TF Plus berharga RM232 dan mengandungi 90 kapsul setiap botol. Nak beli, call Kjee 0126780501.

Betul rupa2nya Transfer Factor Plus boleh ubat luka2 dalaman. Patutlah ianya disarankan untuk pesakit kanser, fibroids dan tumbuhan dalaman.

Transfer Factor Plu

No comments:

Post a Comment