Monday, 25 June 2012

Petua Mengurangkan Rambut Gugur


Petua Mengurangkan Rambut Gugur

Fuyoohhh...Selama beberapa minggu saya keputusan bekalan (internet masalah!), banyak soalan yang dikemukakan dalam blog ni. InsyaAllah saya akan cuba berkongsi petua-petua yang anda telah request di ruangan "shoutbox" yang terdapat pada bahagian sebelah kanan blog ini.

Namun begitu, ada juga request petua yang telah sedia saya post. Mungkin beberapa orang di kalangan anda tidak perasan petua yang anda minta itu telahpun saya postkan. Jadi bagi memudahkan anda, saya telah menambahkan sesuatu yang baru di blog ini iaitu ruangan menu (lihat pada sidebar sebelah kiri blog). Di situ, saya telah himpunkan menu-menu yang boleh anda nampak dengan mudah. Saya harap anda dapat temui apa yang anda cari di situ.

Semoga anda semua mendapat manfaat daripada petua-petua yang dipaparkan di sini. Saya akan cuba postkan petua yang saya tahu berdasarkan permintaan yang telah anda buat di blog ini. Saya akan mulakan dengan petua untuk rambut (mengurangi masalah rambut gugur, melicinkan dan menambahkan volume pada rambut anda)

Petua Mengurangkan Rambut Gugur :

Saya juga menghadapi masalah rambut yang gugur dan berkelemumur. Tapi setelah mencuba petua ini, saya dapati rambut yang gugur telah berkurangan dengan kadar yang segera. Anda sendiri boleh mencubanya kerana ianya mudah sahaja.

Caranya adalah dapatkan daun lidah buaya, ambil lendirnya sahaja. Kemudian campurkan lendir daun lidah buaya ini bersama dengan bunga raya putih dan juga daun bunga tersebut. Ketiga-tiga bahan ini dimasukkan ke dalam blender dan blend menggunakan sedikit air (sedikit sahaja). Setelah itu sapukan ramuan yang telah siap tadi ke akar rambut anda. Pastikan ia kena pada seluruh kulit kepala. Biarkan selama lebih kurang 30 min, kemudian mandi dan bilaslah rambut anda seperti biasa. Bagi mereka yang mempunyai masalah kelemumur, syampu rambut anda menggunakan jus buah limau purut. Hasilnya, hmmmm....anda akan dapat lihat sebaik sahaja rambut anda mula mengering. Yang pasti, anda akan merasa cukup selesa selepas itu. 

p/s : bagi yang sukar untuk mendapatkan bunga raya putih dan daun lidah buaya, saya nasihatkan mulalah menanam pokok-pokok ini di rumah anda, walaupun hanya menggunakan pasu sahaja.

Petua Menghaluskan Kulit Badan

Saya agak terlewat dari jadual pada malam ini untuk melakukan post yang seterusnya. Makteh saya baru menghembuskan nafas terakhir lebih kurang pukul 10 mlm tadi. Semoga Allah mengampunkan segala dosa arwah dan menempatkannya di kalangan hamba-hambaNya yang beriman. Amin.

Baiklan untuk post malam ini, saya akan masukkan petua yang telah lama digunakan oleh nenek moyang kita untuk menghaluskan kulit badan. Ada dua pilihan petua yang saya postkan di sini. Semoga ia sedikit sebanyak dapat membantu anda yang tercari-cari petua ini selama ini

Petua 1 (menghaluskan dan menanggalkan daki di badan)
Bahan-bahan : daun sirih, beras

Cara : Blend segenggam beras sehingga halus. Kemudian tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat. Campurkan kedua-dua bahan tadi dan kacau sehingga sebati. Sebelum mandi, lumurkan dahulu campuran sirih & beras tadi ke seluruh tubuh badan. Kemudian gosok-gosokkan ia dengan perlahan sehingga semua bahan yang telah dilumur tanggal dari badan. Petua ini bukan sahaja menjadikan kulit badan anda halus, malahan ia juga akan membantu menanggalkan daki dan mengharumkan serta menyegarkan bau badan anda.

Petua 2 

Gorengkan beras tanpa minyak sehingga keperang-perangan,kemudian dikisar. Then tumbuk hingga hancur 1 inci kunyit hidup. Kemudian gaulkan beras dan kunyit tadi bersama-sama segenggam asam jawa yang telah dibancuh dengan sedikit air. Ramuan ini perlu diperapkan dahulu selama lebih kurang sejam.

Apabila hendak mandi, gosokkan bahan-bahan tadi ke seluruh badan selama 5 minit. Bahan-bahan ini berupaya untuk menanggalkan sel-sel kulit mati dan juga daki. Kemudian bilas dengan menggunakan air biasa. Petua ini elok jika diamalkan seminggu sekali.
BULATAN HITAM BAWAH MATA

Hancurkan/tumbuk daun pudina segar dan letakkannya di sekitar bahagian mata. Biarkannya selama 10 minit sebelum mencucinya menggunakan air sejuk.

MATA SEMBAB

Mata sembab boleh dikurangkan dengan menggunakan potongan ubi kentang segar. Caranya adalah dengan meletakkan potongan ubi kentang di atas mata selama beberapa minit.

KELETIHAN MATA

Lembabkan 2 uncang teh ke dalam air panas. Setelah itu, sejukkan uncang teh tadi dengan memasukkannya ke dalam peti ais. Setelah ia sejuk, letakkannya ke atas mata selama lebih kurang 15 minit.

WEDNESDAY, MARCH 28, 2007

Petua Hilangkan Parut

Ini ada satu petua untuk menghilangkan parut. Sebenarnya petua untuk menghilangkan parut ni mungkin telah ramai yang tahu dan pernah buat.

Petua ini menggunakan daun lidah buaya untuk membantu memudarkan parut (tak kira parut jerawat ke atau parut di badan)

Caranya adalah dengan mengambil daun lidah buaya, buang duri di kiri dan kanan daun. Kemudian buang sedikit kulit daun tersebut untuk mendapatkan lendirnya. Sapu lendir daun lidah buaya tersebut pada parut di muka atau badan. InsyaAllah parut akan cepat sembuh terutama sekali parut yang masih baru. Ingat, jangan tunggu lama-lama, jangan biar luka/parut dah jadi kehitaman baru nak cari daun lidah buaya ni yer...

p/s : Semoga petua di atas dapat membantu rakan kita, Ida sedikit sebanyak.

Siri Petua Jerawat – Jom Kongsi Pengalaman!

Saya ingin menceritakan bagaimana saya get rid of jerawat selama ni. Semoga ia boleh dijadikan panduan dan idea kepada mereka yang sedang mengalami masalah ini.

Dahulu, bagi saya jerawat adalah musuh paling utama. Pantang naik jerawat, pasti saya akan berasa susah hati. Kebiasaannya jerawat, jika ada hanya satu pun, pasti ia akan mencacatkan wajah dan keseluruhan penampilan. Saya memang benci jerawat!

Wajah saya mula ditumbuhi jerawat sekitar usia saya 18 sehingga 24 tahun. Lama kan? Sepanjang tempoh itu, pelbagai ubat dan produk telah saya cuba. Pantang dengar kawan-kawan bercakap mengenai sesuatu produk, pasti esoknya saya akan cari sampai dapat. Tapi malangnya, semua produk yang telah saya cuba selama 7 tahun itu gagal mengatasi masalah jerawat yang saya alami.

Dipendekkan cerita, selepas berkahwin, saya jadi agak sibuk melayan suami sehingga ter’leka’ seketika dengan masalah jerawat saya. Lama juga saya tidak mencuba apa-apa produk sehinggalah pada suatu hari saya terjumpa dengan artikel dalam satu majalah yang memaparkan petua menghilangkan jerawat. Petua tersebut menyarankan agar menggunakan serbuk kacang hijau sebagai ganti kepada pembersih muka.

Memang pada mulanya saya agak ragu-ragu dengan petua tersebut. Tetapi setelah mencubanya selama sebulan, saya telah dapat melihat kesannya. Walaupun pada masa itu saya hamil, namun kulit muka saya dapat dijaga dengan baik dan terhindar daripada jerawat menggunakan petua kacang hijau ini. Suami saya juga mengiyakan keajaiban kacang hijau ini kerana kebiasaannya kulit wanita hamil lebih mudah mengeluarkan minyak dan berjerawat. Tetapi keadaan tersebut tidak berlaku kepada saya.

Bagaimana rutin penjagaan kulit saya pada masa itu? Ianya amat mudah dan ringkas. Saya mencuci muka dengan serbuk kacang hijau pada sebelah pagi dan kemudian terus mengenakan sunblock(Body Shop White Range) sebelum memakai bedak serbuk (Reena’s ). Menurut kakak kat kiosk yang menjual produk penjagaan muka yang saya temui, wanita yang mempunyai kulit berminyak dan berjerawat tidak perlu menggunakan pelembab. Sunblock dah mencukupi. Dan lagi satu, adalah sangat tidak digalakkan untuk mengenakan sebarang jenis foundation dan bedak selain bedak serbuk pada muka. Ia akan menutupi pori-pori kulit wajah dan akan mengurung lebih banyak minyak dalam pori-pori tersebut, yang akhirnya akan menghasilkan jerawat.

Itulah rutin penjagaan wajah yang mudah yang saya amalkan sehingga kini. Kacang hijau, sunblock, bedak serbuk. Pada sebelah malam pula, saya hanya akan membasuh muka dengan kacang hijau sebelum masuk tidur.

Tapi perlu diingatkan di sini. Kepada sesiapa yang ingin mengamalkan petua mencuci muka dengan kacang hijau, tekstur kacang hijau tersebut mesti benar-benar halus. Jika tidak, ia akan menyebabkan kulit wajah anda kering dan mengelupas.

Bagaimana pula dengan anda. Apa kata klik ruangan “comment” di bawah dan ceritakan pengalaman anda dalam menangani masalah jerawat yang pernah anda alami.

MONDAY, MARCH 26, 2007

Siri Petua Jerawat : Siri 2

Petua kali ini menggunakan kulit timun.

Kupas kulit sebiji timun dan kemudian tumbuk hingga lumatBersihkan wajah terlebih dahulu dan lapkan wajah sehingga kering. Selepas itu, pupurkan kulit timun yang telah ditumbuk tadi pada jerawat yang terdapat di wajah anda.

Biarkan ia mengering selama 1/2 jam pada wajah sebelum dicuci dengan air bersih. Petua ini elok jika diamalkan pada setiap hari supaya jerawat yang tumbuh cepat mengering dan tidak meninggalkan bekas.
Minggu ini saya akan memaparkan pelbagai petua jerawat yang pernah saya perolehi. Semua yang dipaparkan di sini pernah dicuba oleh saya, rakan-rakan atau ahli keluarga. Semoga ia dapat memanfaatkan semua pembaca

Petua Jerawat Siri 1 :

Petua ini menggunakan buah tomato sebagai penawar kepada masalah jerawat. Caranya ialah dengan menyapukan buah tomato yang telah dibelah ke wajah sebelum masuk tidur. Setelah agak kering, buangkan biji-biji tomato yang melekat pada wajah anda. Ramuan ini boleh dipakai semalaman atau jika anda terasa gatal atau pedih, anda boleh membersihkannya dengan air bersih sebaik sahaja ia mengering. Amalkan petua ini sekali seminggu.

Di samping menyembuhkan jerawat, petua tomato ini juga akan membuatkan wajah kelihatan lebihcerah dan lebih berseri.

No comments:

Post a Comment