Kucing Galak
Nama Saintifik: | Acalypha indica L. |
Sinonim: | A.hispida, A. lanceolata, A. wilkesiana |
Kegunaan: | Rawatan untuk lepas bersalin, penyakit sengal tulang, menguatkan tenaga batin, penyakit kulit seperti kurap dan kudis, sakit badan akibat terlebih rembesan hempedu, kecacingan dan sebagai julap. |
Rujukan: | Kamarudin Mat-Salleh, A. Latiff, 2002. Tumbuhan Ubatan Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi in collaboration with Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. 797 pp. van Valkenburg, J.L.C.H. and Bunyapraphatsara, N. (Editors), 2002. Plants Resources of South-East Asia No. 12(2). Medicinal and poisonous plants 2. Prosea Foundation, Bogor, Indonesia. 782 pp. Musa Yaacob, Azimah Abdul Kadir K., Zaharah Hassan. (2009): Tumbuhan Ubatan Popular Malaysia. Serdang: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI |
Sejenis pokok herba yang membuat kucing menjadi ghairah selepas menghidu atau memakannya, kini sedang dikajiselidik di Perlis untuk memberi lebih "oomph" kepada orang lelaki.
Para penyelidik kini sedang mengkaji sama ada pokok Kucing Galakselamat untuk dimakan. Pokok tersebut, yang tumbuh bebas, mungkin menjadi satu alternatif kepada Tongkat Ali dan ginseng.
Menteri Besar Perlis, Shahidan Kassim berkata, penyelidikan itu sedang dijalankan di pusat bio-teknologi mini di Sungai Batu Pahat dekat Kangar yang mendapat geran RM2 juta dari kerajaan pusat.
"Penyelidikan awal menunjukkan setiap kali kucing menghidu atau memakan pokok ini, keghairahannya memuncak. Kami mahu menyelidik nilai perubatan pokok tersebut dengan tujuan untuk memperkenalkannya," katanya dalam akhbar The Star hari ini.
"Kita ingin tahu mengapa pokok itu membuat kucing ghairah," katanya dalam satu sidang akhbar selepas majlis mengangkat sumpah 15 ahli Majlis Perbandaran Kangar semalam.
Shahidan berkata, penyelidikan awal menunjukkan herbal tersebut sesuai untuk mengubat mereka yang menghadap masalah mati pucuk atau kurang daya seks.
Oleh itu, beliau berharap pokok tersebut boleh menjadi alternatif yang lebih baik untuk tujuan tersebut.
"Pada ini, pokok itu masih diuji ke atas kucing. Kami perlu melihat reaksinya kepada manusia," katanya, sambil menambah penyelidik dari Universiti Sains Malaysia akan turut membantu.
Kucing Galak
- MONDAY, 12 DECEMBER 2011 13:44
- ADMINISTRATOR
- HITS: 530
There are no translations available.
Nama saintifik : Acalypha indica
Nama biasa : Indian copperleaf, India acalypha
Nama tempatan : Kucing Galak, Cika Mas
Famili : Euphorbiaceae
Pendahuluan:
Tumbuhan ini boleh didapati di kawasan negara Afrika yang beriklim tropika dan juga boleh ditemui di Afrika Selatan. Manakala di sebelah Afrika Timur dan Barat, tumbuhan ini digunakan sebagai herba ubatan. Di bahagian Afrika Barat, daun tumbuhan ini dimasak dan daunnya dijadikan sebagai ulaman. Daunnya juga merupakan makanan kegemaran lembu di Afrika. Tumbuhan ini juga disanjung tinggi sebagai herba ubatan tradisi masyarakat Tamil Siddha dan dipercayai boleh merawat awet muda.
Ciri - Ciri Tumbuhan:
Tumbuhan ini tidak kekal lama, tumbuh secara menegak dan boleh mencapai ketinggian sehingga 1 m tinggi. Panjang daun adalah antara 2.5cm - 7.5cm berbentuk 'ovate' dan 'rhomboid-ovate'. Bunganya banyak dan lembut, tumbuh secara menegak dan memanjang. Bunga jantan bersaiz kecil, berkelompak di bahagian tangkai manakala bunga betina tumbuh secara bertabur.
Tabiat Tumbuhan:
Pokok ini tumbuh meliar di kawasan terbuka khususnya di kawasan yang agak kering. Di Semenanjung Malaysia, tumbuhan ini boleh didapati di kawasan penempatan perumahan.
Bahagian Yang DigunakanAkar dan DaunAmalan Tradisi PerawatanAir rebusan keseluruhan pokok digunakan sebagai ubat pencuci perut. Ia juga amat berkesan untuk merawat buasir. Akarnya digunakan untuk membuang cacing dalam perut kanak-kanak dengan meminum di waktu pagi semasa perut masih kosong. Daunnya yang dilumatkan dengan kunyit digunakan untuk merawat jerawat di muka.
Bahagian Yang DigunakanAkar dan DaunAmalan Tradisi PerawatanAir rebusan keseluruhan pokok digunakan sebagai ubat pencuci perut. Ia juga amat berkesan untuk merawat buasir. Akarnya digunakan untuk membuang cacing dalam perut kanak-kanak dengan meminum di waktu pagi semasa perut masih kosong. Daunnya yang dilumatkan dengan kunyit digunakan untuk merawat jerawat di muka.
POKOK KUCING GALAK
(Pokok Kucing Galak yang tumbuh liar)
Pokok Kucing Galak atau nama saintifiknya 'Acalypha Indica' ini berasal dari India dan senang tumbuh meliar di negara-negara sebelah sini. Pokok ini adalah dari jenis berbatang lembut dan berdaun dan berbuah hijau.
Ia menjadi salah satu kegemaran kucing memakannya untuk menambah tenaga terutama kucing jantan yang mampu melayan berapa banyak kucing betina. Kucing betina pula memakan daun dan buahnya tertama selepas melahirkan bagi mengembalikan kekuatan.
Keseluruhan pokok kucnig galak bermula dari daun, buah dan akarnya amat berguna dalam perubatan Homeopathy yang boleh digunakan bagi merawat asma, batuk dan bronkaitis. Jika diamalkan memakan pucuknya, ia dikatakan boleh menambah 'tenaga'.
Walau apapun, berjumpa dan meminta nasihat doktor adalah langkah yang terbaik.
Pokok kucing galak boleh dibiakkan melalui biji benih. Buahnya akan mencambahkan biji apabila telah matang iaitu apabila matang, buah itu akan meletus dengan sendiri.
Acalypha indica
Tumbuhan yang dikenali sebagai "Kucing Galak" ni berasal dari India. Telah lama digunakan di India sebagai tumbuhan herba untuk merawat masalah Bronchitis. Seperti mana namanya, akar tumbuhan ini memberi kesan terangsang pada kucing.
Khasiat:
Memiliki bahan antibiotik, anti bengkak dan pelawas, sesuai untuk mereka yang demam dan mengalami masalah sembelit.
Bagi mereka yang ada masalah sakit sendi, jus segar dari tumbuhan ini boleh ditambah dengan air perahan limau dan disapu pada sendi-sendi untuk mengurangkan bengkak.
Penggunaan:Untuk merangsang kucing. Kesan nya seperti Catnip
Antara tumbuhan yang NH beri kepada arnab sebelum mengawan
Catnip yang terdapat di Malaysia...
Okay.. entry yang lepas aku ade post sal vaksin tuk kucing2 kan? ari ni aku nak post sal 'vaksin' kucing tapi cara tradisional.. huhu meh aku kenalkan korang dgn 'vaksin' tradisional ni.. POKOK KUCING GALAK..
Pokok Kucing Galak atau nama saintifiknya 'Acalypha Indica' ini berasal dari India dan senang tumbuh meliar di negara-negara sebelah sini. Pokok ini adalah dari jenis berbatang lembut dan berdaun dan berbuah hijau.Okay.. entry yang lepas aku ade post sal vaksin tuk kucing2 kan? ari ni aku nak post sal 'vaksin' kucing tapi cara tradisional.. huhu meh aku kenalkan korang dgn 'vaksin' tradisional ni.. POKOK KUCING GALAK..
Ia menjadi salah satu kegemaran kucing memakannya untuk menambah tenaga terutama kucing jantan yang mampu melayan berapa banyak kucing betina. Kucing betina pula memakan daun dan buahnya dimakan selepas melahirkan bagi mengembalikan kekuatan.
Catnip yang terdapat di luar negara
Nepeta cataria nama pokok tu.. Rasanya pokok ni ada jugak ditanam kat cni cuma kita je yang taktau itu juga adalah catnip.. pokok ni bukan je berguna kepada kucing-kucing tapi jugak kepada manusia.. ni kalo tak caya sila baca info kat cni... http://en.wikipedia.org/wiki/Nepeta_cataria .. kat situ ada cerita pasal kelebihan pokok ni.. meh tgk cane rupa bentuk pokok ni..
tengok ni.. da nak jadi bunga da.. haaa.. penah tengok kan pokok ni? ini lah pokoknye.. huhu..
meh kite tgk betapa galaknya kucing-kucing bila dapat pokok-pokok ni.. keh3
haaa... yang 4 keping gambar ni kucing aku sendri.. nampak tu.. berselera dorg ni... keh3
yang dua ni.. amik kat tenet sebab kat umah tade pokok ni.. jadi amik kat tenet aje la.. hehehe
Khasiat Pokok Kucing Galak
Menurut Dr. Mohd Said Saad(Ketua Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains UPM), khasiat pokok kucing galak ini terletak pada bahagian akar dan daun.
Korang boleh menggunakan salah satu daripadanya untuk mengubati penyakit kulit, merawat ulser mulut, kuatkan tenaga batin (ni yang tak leh blah ni.. misti ramai nak try ni... hahaha) dan menambahkan kekuatan badan.
Hah..misti korang tertanya-tanya cane nak guna pokok ni kaannn? meh aku btau.. hehehe
1. Ambil bahagian akar atau daun pokok kucing galak (pilih salah satu aje).
2. Bersihkannya terlebih dulu.
3. Rebuskan akar atau daun tadi sampai ia mendidih.
4. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu suam.
Pastu, korang teruskan dengan langkah berikut mengikut tujuan yang dikehendaki:
Ulser Mulut
Gunakan air rebusan tersebut untuk berkumur. korang rajin2 la berkumur-kumur dengan air rebusan itu sebanyak 2 kali sehari. Iaitu pada waktu pagi dan sebelum masuk tidur.
Amalkan sampai korang sembuh.koranganda yang mengalami penyakit kulit. Lakukan petua ini setiap hari dan teruskan sehingga anda benar-benar sembuh.
Penyakit Kulit
Basuh kawasan tubuh korang yang mengalami penyakit kulit. Lakukan petua ini setiap hari dan teruskan sehingga korang benar-benar sembuh.
Menguatkan Tenaga Batin dan Badan Kuat (yaaahh!!! ni yang korang carikan? hahaha)
korang tapis dan minumlah air rebusan akar atau daun pokok kucing galak tadi. Amalkan meminumnya secara sederhana atau hanya apabila perlu. Sebagai contoh, minumlah segelas sebelum korang melakukan kerja berat dan tujuan lain yang seumpama dengannya. :)
haaa.. amacam? ada bran nak cube? keh3 pape pun kalo sakit, g jumpa doc je senang... hahaha selamat mencubaaa!!! daaa~~!
kucing galak
4 Khasiat Air Rebusan "Kucing Galak"
Kucing Galak (Acalypha Indica) merupakan satu lagi tanaman herba yang berkhasiat. Malah akarnya dikatakan boleh dihidu oleh kucing walaupun dari jauh. Ini kerana ia ibarat ubat kuat kepada kucing. Mungkin senario tersebut secara tak langsung menyebabkan tumbuhan herba ini dinamakan sebegitu.
Pokok Kucing Galak (Acalypha Indica)
Tapi apa pula khasiatnya kepada manusia?
Menurut Dr. Mohd Said Saad(Ketua Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains UPM), khasiat pokok kucing galak ini terletak pada bahagian akar dan daun.
Anda boleh menggunakan salah satu daripadanya untuk mengubati penyakit kulit, merawat ulser mulut, kuatkan tenaga batin dan menambahkan kekuatan badan.
Ohh... kalau begitu, bagaimana pula kaedah untuk saya mendapatkan khasiatnya?
Secara umumnya, anda ikutilah langkah berikut;
1. Ambil bahagian akar atau daun pokok kucing galak (pilih salah satu aje).
2. Bersihkannya terlebih dulu.
3. Rebuskan akar atau daun tadi sampai ia mendidih.
4. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu suam.
Kemudian, anda teruskan dengan langkah berikut mengikut tujuan yang dikehendaki:
Ulser Mulut
Gunakan air rebusan tersebut untuk berkumur. Anda berkumur-kumurlah dengan air rebusan itu sebanyak 2 kali sehari. Iaitu pada waktu pagi dan sebelum masuk tidur.
Amalkan sehingga anda sembuh.
Penyakit Kulit
Basuh kawasan tubuh badan anda yang mengalami penyakit kulit. Lakukan petua ini setiap hari dan teruskan sehingga anda benar-benar sembuh.
Menguatkan Tenaga Batin dan Badan Kuat
Anda tapis dan minumlah air rebusan akar atau daun pokok kucing galak tadi. Amalkan meminumnya secara sederhana atau hanya apabila perlu. Sebagai contoh, minumlah segelas sebelum anda melakukan kerja berat dan tujuan lain yang seumpama dengannya. :)
Para penyelidik kini sedang mengkaji sama ada pokok Kucing Galakselamat untuk dimakan. Pokok tersebut, yang tumbuh bebas, mungkin menjadi satu alternatif kepada Tongkat Ali dan ginseng.
Menteri Besar Perlis, Shahidan Kassim berkata, penyelidikan itu sedang dijalankan di pusat bio-teknologi mini di Sungai Batu Pahat dekat Kangar yang mendapat geran RM2 juta dari kerajaan pusat.
"Penyelidikan awal menunjukkan setiap kali kucing menghidu atau memakan pokok ini, keghairahannya memuncak. Kami mahu menyelidik nilai perubatan pokok tersebut dengan tujuan untuk memperkenalkannya," katanya dalam akhbar The Star hari ini.
"Kita ingin tahu mengapa pokok itu membuat kucing ghairah," katanya dalam satu sidang akhbar selepas majlis mengangkat sumpah 15 ahli Majlis Perbandaran Kangar semalam.
Shahidan berkata, penyelidikan awal menunjukkan herbal tersebut sesuai untuk mengubat mereka yang menghadap masalah mati pucuk atau kurang daya seks.
Oleh itu, beliau berharap pokok tersebut boleh menjadi alternatif yang lebih baik untuk tujuan tersebut.
"Pada ini, pokok itu masih diuji ke atas kucing. Kami perlu melihat reaksinya kepada manusia," katanya, sambil menambah penyelidik dari Universiti Sains Malaysia akan turut membantu
Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/2010/03/4-khasiat-air-rebusan-kucing-galak.html#ixzz205BPbeef
No comments:
Post a Comment