Thursday, 5 July 2012

bebuas dan daun dewa












The herbs in the Taman Herba of my school are not merely planted for people to see. There are actually teachers and staff who come and pluck the herbs use as medicine or as ingredients for their meals. This afternoon, Puan Bazuaniza plucked the Bebuas leaves. She said that she would be making ulam for her family. Besides the Bebuas leaves, she also plucked the Kaduk leaves which would also be added to the ulam.
When eaten as a salad or ulam, the bebuas helps to rid the body of wind. So don't be overly worried if you start breaking wind after eating this herb. To get rid of worms from the body, one can drink the water of the bebuas shoots which have been boiled. Drinking the water would also help nursing mothers to produce more milk for their babies.

MAKLUMAT HERBA

Nama Tempatan: Bebuas
Nama Saintifik: Premna Cordiflora
Famili:Verbenaceae


Keterangan:Bebuas banyak dijadikan ulam oleh masyarakat melayu terutamanya. Pucuknya yang rangup dan mempunyai rasa sedikit pahit menambahkan selera makan. Pokoknya sederhana besar tetapi ada yang boleh mencapai ketinggian 7 -8m. Daunnya tumbuh tunggal dari batang dan dahan. Bersaiz sederhana beerbentuk hati dan warnanya hijau muda. Pucuk rangup dan mempunyai rasa pahit untuk menambahkan selera makan.

KEGUNAAN:
Sebagai ulam dengan cara mencelur dahulu. Berkhasiat membuang angin dalam badan dengan cepat, masalah kecacingan, menambah susu ibu.

Antara khasiat pokok bebuas bila dimakan mentah sebagai ulam ialah ia dapat membuang angin dalam badan dengan cepat, masalah cacing, menambah susu ibu.  Air rebusan pucuk bebuas pula boleh menolong untuk 



Pokok Bebuas

Sekali lihat daunnya mirip bunga raya. Bahasa kampungnya, tumbuhan ini dikenali dengan nama pokok bebuas. Baunya agak keras tetapi menyenangkan bagi sesetengah orang. Daun muda atau pucuk pokok ini boleh dibuat ulam dengan cara merebusnya. Ada juga orang yang memakan secara mentah. Antara khasiat tumbuhan ini, dipercayai dapat mengurangkan tekanan darah tinggi.
Bunganya seakan-akan bunga dan buah cenerai.


Bahagian pucuk yang dibuat ulam.


Pokok Bebuas dapat mengatasi masalah angin

Posted by: admin In: Buas-buas

Buas-buas atau bebuas dengan nama saintifiknya Premma cordifloramempunyai pelbagai khasiat yang tersendiri. Pokok Buas-buas dipercayai dapat membuang angin dalam badan, mengatasi masalah cacing pada kanak-kanak dan menambah air susu ibu. Selain itu, ia juga digunakan untuk menghilangkan hanyir ikan.
buas-buas
buas-buas2

Cara yang biasa digunakan ialah dengan meminum air rebusan atau dijadikan sebagai ulaman dan dimakan bersama nasi.
Unik tak pokok ini? Bila tengok pokok ni keluarkan buah memang cantik.. tak pasti pulak buah pokok ni boleh makan ke tak.. Anda ada tanam ke pokok ni di depan rumah anda. Boleh kongsikan cerita di sebalik pokok ini..

daun dewa / Gynura divaricata

daun dewa


Daun Dewa (Gynura divaricata) adalah daun yang bisa digunakan untuk penyakit kulit seperti flek hitam pada wajah.


Cara penggunaannya sangat sederhana yaitu dengan mengambil daunnya yang mempunyai getah lalu getahnya dioleskan pada flek hitam tersebut. Masih banyak manfaat bagi daun dewa tersebut. Seperti mengobati kencing manis, diabetes, dan penyakit dalam yaitu dengan cara meminum air rebusan daun tersebut yang sudah dikeringkan.daun dewa juga dapat digunakan sebagai obat penyakit kutil. cara penggunaan yaitu potong2 daun dewa lalu tempel pada kutil anda,ikat dengan kain atau hansaplast. niscaya kutil anda akan hilang.



Senarai Pautan mengenai Maklumat tentang Ulam

http://www.melur.com/myherba.asp

Senarai Ulam-ulaman dari Pokok Kecil dan Besar

Ulam merupakan gelaran kepada tumbuhan yang dimakan secara mentah, dicelur, atau direbus sebelum dimakan bersama nasi. Ulam juga biasanya dimakan bersama dengan perasa seperti budu, cencaluk, atau sambal belacan. Ulam diambil dari berbagai-bagai bahagian tumbuhan yang boleh dimakan. Ini termasuklah pucuk, daun, umbut, biji, buah, ubi dan bunga.

Di Malaysia terdapat lebih daripada 120 jenis tumbuhan telah dimakan sebagai ulam yang terdiri daripada tumbuhan kecil dan melata jenis semusim seperti pegaga sehinggalah kepada pokok-pokok renek dan pokok- pokok besar jenis saka seperti petai, jering dan dan kerdas. Berikut adalah senarai ulam yang biasa dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya orang-orang Melayu:

Senarai Ulam dari Pokok Renek dan Saka
  1. Ara Nasi (buah dimakan mentah)
  2. Asam Gelugor/Asam Keping (pucuk dimakan mentah)
  3. Bebuas (pucuk dimakan mentah, dicelur atau direbus)
  4. Beluntas (pucuk dimakan mentah)
  5. Beka/Molar
  6. Betik (pucuk direbus)
  7. Gajus (pucuk dimakan mentah)
  8. Ganda Rusa/Daun Rusa
  9. Geti Bunga Merah (pucuk direbus dan bunga dicelur)
  10. Geti Bunga Putih (pucuk direbus dan bunga dicelur)
  11. Jering (buah dimakan mentah)
  12. Kayu Manis (pucuk dimakan mentah)
  13. Kedondong/Amra (pucuk dimakan mentah)
  14. Keladan (bunga dimakan mentah)
  15. Kelat Paya (pucuk dimakan mentah)
  16. Keman (pucuk direbus)
  17. Kerdas/Genuak (buah dimakan mentah)
  18. Lemak Ketam/Mata Itik merah (pucuk mentah)
  19. Lemak Ketam/Mata Itik putih (pucuk mentah)
  20. Mengkudu Besar (pucuk direbus)
  21. Mengkudu Kecil (pucuk direbus)
  22. Mengkudu Siam (pucuk direbus)
  23. Nangka (buah muda direbus)
  24. Paku Rawan (bunga direbus)
  25. Pala (pucuk dimakan mentah)
  26. Peparu
  27. Petai Belalang (buah dimakan mentah)
  28. Petai Gajah (buah dimakan mentah
  29. Petai Padi (buah dimakan mentah
  30. Pina-pina
  31. Pucuk Ara (pucuk dimakan mentah)
  32. Putat Kampung/Putat Ayam (pucuk dimakan mentah)
  33. Putat Hutan (pucuk dimakan mentah)
  34. Salam/Serai Kayu/Samak (pucuk direbus)
  35. Salang (pucuk direbus)
  36. Sepayang
  37. Setang
  38. Tebengau (pucuk dimakan mentah)
  39. Tenggek Burung/Cabang Tiga (pucuk dimakan mentah)
  40. Timba Tasik

Senarai Ulam dari Pokok Tutup Bumi dan Pokok Kecil
  1. Akar Som/Ginseng Jepun (pucuk mentah)
  2. Balik Angin
  3. Batang Lambok (sejenis keladi)
  4. Bangun-bangun (pucuk dimakan mentah)
  5. Bayam (daun dicelur)
  6. Bayam Pasir (daun dicelur)
  7. Bayam Itik (daun dicelur)
  8. Bayam Duri (daun dicelur)
  9. Bayam Merah (daun dicelur)
  10. Bendi (buah direbus)
  11. Betik (bunga direbus)
  12. Cakar Cikri (daun dicelur)
  13. Cemperai
  14. Cemumar/Semeru
  15. Cekur (daun dimakan mentah)
  16. Cekur Manis/Asin-asin (pucuk direbus)
  17. Cili Bulat (buah dimakan mentah)
  18. Daun Kari/Daun Karipulay (pucuk mentah)
  19. Gelam Tikus
  20. Geli-geli
  21. Getang Kerabu
  22. Jantung Pisang (direbus)
  23. Kaca Lima
  24. Kaduk (pucuk dimakan mentah atau direbus)
  25. Kangkung Air (pucuk direbus)
  26. Kangkung Darat (pucuk direbus)
  27. Keledek (pucuk direbus)
  28. Kelor/Munggal/Munggai
  29. Kemahang
  30. Keman (pucuk direbus)
  31. Kuncur
  32. Kacang Botor (buah dimakan mentah)
  33. Kacang Panjang (buah direbus)
  34. Kemangi (pucuk dimakan mentah)
  35. Keramak Merah (pucuk direbus)
  36. Keramak Putih (pucuk direbus)
  37. Kesom (pucuk dimakan mentah)
  38. Ketumbar Jawa
  39. Kunyit (bunga dimakan mentah)
  40. Kobis Bulat (daun dimakan mentah)
  41. Lobak Merah (ubi dimakan mentah)
  42. Mata Ayam
  43. Manguk (daun dicelur atau dimakan mentah)
  44. Maman
  45. Mulberi (pucuk dimakan mentah)
  46. Murukia
  47. Pegaga Brunei (daun dimakan mentah)
  48. Pegaga Embun (daun dimakan mentah)
  49. Pegaga Gajah (daun dimakan mentah)
  50. Pegaga Kampung (daun dimakan mentah)
  51. Pegaga Nonya (daun dimakan mentah)
  52. Peppermint (daun dimakan mentah)
  53. Peria/Peria Katak (buah direbus)
  54. Peria Pantai/Lelada (daun dicelur atau dimakan mentah)
  55. Pudina (daun dimakan mentah)
  56. Paku (pucuk direbus)
  57. Paku Miding (pucuk direbus)
  58. Paku Putih/Paku Uban/Paku Kubuk
  59. Paku Rawan (pucuk dan bunga direbus)
  60. Pisang (jantung direbus)
  61. Pucuk Paku (pucuk direbus)
  62. Sabung Nyawa/Akar Sebiak merah (pucuk dimakan mentah)
  63. Sabung Nyawa/Akar Sebiak hijau (pucuk dimakan mentah
  64. Saderi/Saderi Cina (daun dimakan mentah)
  65. Salad (daun dimakan mentah)
  66. Selada
  67. Semangi
  68. Sekentut (pucuk direbus)
  69. Selasih (pucuk dimakan mentah)
  70. Selom (pucuk dimakan mentah)
  71. Temu Kunci
  72. Temu Pauh
  73. Terung (buah direbus)
  74. Terung Pipit (buah dicelur)
  75. Terung Telunjuk (buah direbus)
  76. Tomato ((buah dimakan mentah)
  77. Tong Ho
  78. Timun/Timun Cina (buah dimakan mentah)
  79. Timun Tikus (buah dimakan mentah)
  80. Ubi Kayu (pucuk direbus)
  81. Ulam Raja (pucuk dimakan mentah)



MONDAY, OCTOBER 18, 2010

Ulam yang Enak dari jenis Pokok Saka dan Renek

Tebengau















Pokok tebengau adalah pokok jenis saka yang tumbuh biasanya di tepi-tepi sungai. Ia merupakan sejenis pokok yang boleh mencapai ketinggian sehingga 10 meter. Kulit batangnya berwarna coklat kelabu.

Pucuk mudanya berwarna kemerah-merahan boleh dimakan secara mentah. Rasanya sedikit manis dan sedikit kelat tetapi rangup.

Pokok tebengau sesuai ditanam di dalam pasu untuk kawasan yang kecil. Pokok tebengau boleh dibiakkan dengan menggunakan keratan dahan atau kaedah tut. Pertumbuhan pucuk pokoknya agak cepat, maka ia perlu sentiasa dipangkas.


Putat














Pokok putat biasanya ditemui tumbuh di lembah-lembah, tepi sungai dan kawasan tanah lembap. Ketinggian pokok putat mencapai sehingga 28 meter. Daun putat berbentuk bujur, panjang dan tebal dengan bahagian tepi bergerigi kecil. Daun muda di bahagian pucuk berwarna merah keunguan dan apabila matang daunnya berubah menjadi hijau tua.

Pucuk dan buah putat biasanya dibuat ulaman, kerabu atau sebagai ulaman dalam laksa. Rasanya enak dan sedikit kelat.

Cara pembiakan putat adalah dengan menyemai biji benih atau kaedah tut.


Gajus

Poko gajus adalah rendang yang biasanya ditanam di tepi sawah untuk teduhan. Ia mempunyai daun yang lebar dan licin. Pucuknya boleh dimakan dan sering diambil bagi dimakan dengan dicicah budu. Rasanya yang lemak-lemak dan kelat.

Pokok gajus dibiakkan dengan menggunakan biji benih atau kaedah tut. Ia boleh ditanam di dalam pasu.


Bebuas















Pokok bebuas adalah tumbuhan renek berbatang lembut. Ulam bebuas dijual biasanya di pasar-pasar tani. Pokok ini mudah tumbuh di tepi pagar.

Pucuk mudanya berwarna hijau muda dan boleh dimakan mentah atau direbus untuk dijadikan ulam. Pucuknya rangup dan mempunyai rasa sedikit pahit boleh menambahkan selera makan terutamanya jika dicicah dengan sambal belacan.

Antara khasiat bebuas ialah ianya dapat membuang angin di dalam badan, mengatasi masalah kecacingan dan menambah susu badan bagi kaum ibu.

Pokok bebuas boleh dibiakkan dengan menggunakan keratan dahan atau kaedah tut.


Tenggek burung
















Pokok Tenggek Burung hidup biasanya hidup meliar di kawasan ladang dan belukar. Daunnya bercabang tiga. Sebab itu ia juga dinamakan juga sebagai pokok cabang tiga.

Pucuk muda tenggek burung boleh dimakan mentah. Rasanya amat sedap, rangup dan sedikit pahit


Category :  Polypodiaceae
Scientific Name : Syngramma alysmifolia
Local Name :  Panah arjuna
Kegunaan:
Tenaga batin
Kaedah:
Air rebusan akarnya diminum.
Habitat:
Di kawasan tanah pamah dan bukit cangkat rendah
Ciri-Ciri Istimewa:
Pokoknya dari jenis resam. Akar dan pelepahnya  berwarna hitam. Daunnya berbentuk mata anak panah. Warna daunnya hijau berkilat.
Kaedah Pembiakan:
Anak benih

No comments:

Post a Comment