PENJAGAAN KESIHATAN MATA
Share |
Mata dan fungsinya
Mata adalah organ deria yang amat penting kepada manusia. Ia membolehkan kita menerima persepsi terhadap bentuk, saiz, struktur, warna, kedudukan dan jarak antara sesuatu objek dengan kita. Ia membolehkan kita mengenal alam dan diri kita sendiri.
Antara fungsi fungsi terpenting mata adalah:
- Ketajaman penglihatan (Visual acuity)
- Penglihatan binokular & stereoskopik
- Persepsi warna
- Keseimbangan badan dalam mobiliti
Ketajaman penglihatan membolehkan kita melihat secara menyeluruh (fine and detail) sesuatu objek yang kita lihat. Penglihatan binokular membolehkan kita melihat sesuatu objek dalam tiga dimensi yang membolehkan kita mengetahui jarak dan kedalaman objek. Persepsi bidang penglihatan menyebabkan kita mengetahui dan sedar (aware) kedudukan kita dengan objek di persekitaran. Ini memberikan kita keseimbangan badan yang memudahkan kita bergerak.
Menjaga kesihatan mata bererti kita perlu menjaga keseluruhan fungsi penglihatan tersebut. Maka setiap kali kita membuat pemeriksaan mata, kita perlu mengetahui apakah kesemua fungsi penglihatan kita dalam keadaan yang sempurna.
Jadi pada setiap kali kita membuat pemeriksaan mata, kita perlu memastikan fungsi tersebut telah diperiksa dengan teliti dan dapatkan maklumat tersebut dari pakar yang membuat pemeriksaan (Optometris).
Gangguan terhadap salah satu fungsi pebglihatan menyebabkan ketidakselesaan. Antara simtom gangguan fungsi penglihatan adalah:
- Pening kepala
- Pedih mata
- Cepat mengantuk
- Hilang kosentrasi
- Kabur penglihatan
- Mata berair
Kebanyakan kita yang membuat pemeriksaan mata terutamanya dikedai kedai optikal hanya memeriksa satu sahaja dari fungsi penglihatan tersebut iaitu ketajaman penglihatan. Jadi, maklumat kesihatan mata secara menyeluruh tidak didapati.
Terdapat banyak kes yang keadaan ketajaman penglihatan normal tetapi masih mengalami masalah dengan fungsi penglihatan seperti mata berair dan silau.
mata, kesihatan, kesihatan mata, penjagaan, penjagaan kesihatan, fungsinya, mata fungsinya, kita, atom penjagaan, penglihatan, yang, fungsi, optometris, clear, optical, clear optical, mata adalah, pada, deria, deria yang, manusia, membolehkan, membolehkan kita, objek, fungsi penglihatan, dapatkan, perkhidmatan, jalan, utama, dengan, ketajaman, ketajaman penglihatan, tersebut, kali, membuat, pemeriksaan, membuat pemeriksaan, mata atom, persepsi, antara, sesuatu, sesuatu objek, dalam, mengetahui, perlu, kita perlu, pemeriksaan mata, selangor, juruoptik, contact, lense, contact lense, terhadap, warna, kedudukan, jarak, binokular, penglihatan binokular, keseimbangan, badan, keseimbangan badan, melihat, kita melihat, secara, menyeluruh, secara menyeluruh, kita mengetahui, menyebabkan, menjaga, penglihatan tersebut, setiap, setiap kali, kali kita, kita membuat, mata kita, keadaan, jadi, maklumat, dari, yang membuat, gangguan, satu, berair, mata berair, bandar, ampang, batang, batang kali, lagenda, heights, lagenda heights, sungai, besar, tips, menggunakan, tips menggunakan, menggunakan contact, kesanya, Mata, organ, deria, penting, manusia, bentuk, saiz, struktur, warna, kedudukan, jarak
No comments:
Post a Comment