Monday, 2 July 2012

Kisah Tukang Pancung Terkenal


Abdallah Said Al- Bishi…Kisah Tukang Pancung Terkenal Di Arab Saudi


July 1st, 20120 CommentsInfo
Beliau antara tukang pancung paling masyhur di negara itu. Stesen televisyen Lebanon, LBC TV, pernah menyiarkan wawancara khas dengan Encik Abdallah pada 4 November 2006. Antara ‘khidmat’ Abdallah termasuk memancung warga Indonesia, Ruyati Satubi, tidak lama dulu.
Pelaksanaan hukuman mati itu dijalankan di kota Makkah dan mencetuskan bantahan di Indonesia. Ruyati, 54 tahun, disabit kesalahan membunuh majikan perempuannya dengan pisau potong daging.
Abdallah memulakan tugas pertamanya pada 1991, seminggu setelah ayahnya meninggal dunia. Beliau berusia 32 tahun waktu itu. Pada hari pertama bertugas, beliau memancung tiga orang. Pedang bernama ‘Sultan’ warisan ayahnya itu melengkung seperti bulan sabit dan panjang setengah meter. Encik Abdallah mengaku gugup saat pertama memenggal kepala orang.
”Setiap orang akan gugup ketika memulakan pekerjaan baru kerana takut gagal,’ katanya.
 Buat Duit Dengan Denaihati
Beliau mengaku telah memancung lebih 100 kepala. Semasa kecil, Encik Abdallah pernah menyaksikan ayahnya memenggal kepala seorang pembunuh di depan gerbang Raja Abdul Aziz. Beliau mengikuti ayahnya menjalankan tugas kerana ingin melihat organ pencernaan, sebagaimana dipelajari di sekolah.
” Namun, yang saya lihat ialah kepala manusia melayang. Dari lehernya darah mengalir seperti telaga. Cukup dan saya tak tahan lagi,”  ujarnya.
Malamnya, beliau susah tidur dan bermimpi ngeri. Arab Saudi mengenakan hukuman pancung ke atas pesalah kes bunuh. Hukuman itu biasanya dibatalkan jika keluarga mangsa memaafkan pesalah, yang diharuskan membayar diyat (wang pengganti) yang ditetapkan keluarga mangsa.
Menurut ahli psikologi daripada Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi, Dr Turki Al-Atyan, syariat Islam memerintahkan hukuman mati dilaksana dengan cara memenggal kepala, bukan gantung atau tembak.
Bagi memuluskan tugasnya,  Abdallah memakai hanya pedang buatan Jowhar yang dibuat dari besi keras agar tidak mudah patah dan memang khusus bagi memancung kepala. Jowhar sebuah kota kecil di Somalia, sekitar 90 kilometer sebelah utara ibu kota Mogadishu.
Ayah tiga anak itu berkata beliau tidak berasa apa-apa perbezaan ketika memancung pesalah lelaki atau perempuan. Bahkan, beliau mengaku pernah memenggal kepala temannya yang dikenakan hukuman mati. Selain memenggal kepala, Abdallah melaksana hukuman potong tangan atau kaki. Pesalah potong tangan dibius dulu.
Abdallah berkata, syarat utama menjadi tukang penggal ialah seseorang itu tidak boleh berasa belas terhadap orang yang akan dipancung
” Jika saya kasihan akannya, dia akan menderita. Apabila hati ini berasa kasihan, tangan bakal gagal,” katanya. — Agensi.

No comments:

Post a Comment