Monday, 2 July 2012

Herba


HALIA BARA (Zingiber Officinale Var Rubrum Rosc.) KECUTKAN RAHIM Mei 20, 2010

Filed under: Herba — zainura66 @ 7:29 pm
Tags: 
 

MEMPISANG (Goniothalamus Sp.) UBATI KANSER PAYUDARA Mei 18, 2010

Filed under: pokok hutan — zainura66 @ 9:35 pm
Tags: 


Pokok mempisang mampu ubati kanser payu dara

Oleh MUHAMAD ZAID ADNAN
KUCHING 18 Jan. – Sekumpulan penyelidik dari Fakulti Sains Sumber dan Teknologi Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) mendapati pokok mempisang dari jenis Goniothalamus Velulinus mampu menghasilkan penawar yang berpotensi mengubati kanser payu dara dan paru-paru.
Ketua penyelidik bagi kajian itu, Profesor Madya Dr. Fasihuddin Badruddin Ahmad berkata, penawar tersebutdiperoleh melalui penyelidikan terhadap ekstrak akar dan kulit pokok mempisang itu atau secara umumnya dikenali sebagai kayu tas hitam atau bahasa Ibannya Selukai’.
“Proses mengekstrak tersebut mengandungi bahan kimia dari kumpulan alkaloid di mana sebatian daripada bahan kimia itu berpotensi untuk merawat barah payu dara dan paru-paru,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya, melalui penyelidikan yang dilakukan ke atas sel tumor tikus makmal, ia berjaya mele-nyapkan ketulan tumor yang terdapat pada tikus tersebut.
Jelasnya, kajian tersebut dimulakan sejak tahun 1995 dan merupakan yang pertama dilakukan ke atas pokok tersebut yang hanya terdapat di kepulauan Borneo.
“Penemuan itu berpunca daripada proses kaji selidik yang kerap dilakukan terhadap jenis-jenis pokok yang terdapat di hutan.
“Kita mengambil tumbuhan itu untuk memisahkan bahan kimia yang ada sebelum menentukan aktiviti biologi seperti anti kanser, anti Human Immunodeficiency Virus (HIV), anti bakteria dan Iain-lain aktiviti yang terdapat dalam tumbuhan tersebut,” katanya.
Beliau berkata, terdapat 40 spesies pokok mempisang yang berlainan jenis di Sarawak dan sebahagian daripadanya tidak terdapat di Semenanjung Malaysia.
Sementara itu, Fasihuddin memberitahu, pokok mempisang digunakan oleh pengamal perubatan di Sarawak untuk merawat demam dan menggugurkan janin.
Katanya, selain itu batang pokok mempisang atau kayu tas hitam itu juga digunakan sebagai ubat menghalau nyamuk bagi penduduk di luar bandar.
Dalam pada itu, Fasihuddin berkata, beliau berhasrat untuk menghasilkan ubat-ubatan daripada pokok mempisang itu untuk dimanfaatkan oleh penduduk pada masa hadapan.
Petikan : akhbar Utusan Malaysia, 19 Jan 08
 

GALAK TUA (Stemona Curtisii Lour.) MEMBANTU PESAKIT DIABETES Mei 17, 2010

Filed under: Herba — zainura66 @ 1:17 am
Tags: 
Pokok Galak Tua adalah sejenis pokok yang terdapat di hutan Malaysia. Ia juga dikenali sebagai Ubi Kemili, Pokok Seratus, Stemona, Pecah Kelambu.
Pokok Galak Tua merupakan sejenis herba menjalar yang mepunyai ubi yang lembut. Daunnya seakan -akan daun ubi jaga; bezanya daun galak tua lebih bulat dan daun ubi jaga lebih lonjong. Ubinya berwarna putih dan bersaiz lebih kurang sebesar pensil dengan panjangnya lebih kurang 1 meter. Ia boleh dikunyah seperti tebu dan mempunyai rasa manis dan pedas. Mengandungi alkaloid stemona.
Pokok ini berasal dari Madagaskar atau Afrika tropika dan tersebar hingga ke Sri Lanka, Thailand, Malaysia dan Indonesia. Ia adalah sejenis herba saka berumpun, setinggi 60 hingga 90 sm dan ditanam sebagai tanaman semusim. Batangnya lembut, semi-sukulen, bersegi empat, pubesen, melentur atau menegak dan tumbuh pada buku ruas bahagian bawah pohon yang ditumbuhi akar.
Daunnya ovat hingga sub-orbikular, bes kuneat, tepi daun bergerigi kasar, berukuran 2 hingga 6 sm panjang, 1.5 hingga 4 sm lebar dan berwarna hijau muda. Daun ini beraroma apabila diramas. Infloresen terminal, berjambak tegak, berbunga banyak, kecil dan berwarna keunguan.
Herba ini berubi dan rupanya seakan-akan ubi kentang. Ubi ini berukuran 2 hingga 4 sm panjang, 0.5 hingga 2 sm lebar, berwarna hitam keperangan dan isinya berwarna putih susu.
Ubi kemili mengandungi khasiat makanan yang agak sederhana. Dalam setiap 100 g, bahagian yang boleh dimakan ubinya mengandungi: Air 75 g, protein 1.6g, lemak 0.1 g, karbohidrat 21.7 g, serat 0.7 g, kalsium 51 mg, fosforus 27 mg, ferum 1.1 mg, natrium 7 mg, kalium 338 mg, vitamin 0, vitamin B1 0.16 mg, vitamin B2 0.07 mg, niasin 2.0 mg vitamin C 8.1 mg.
Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/
 

GENGGAM FATIMAH (Selaginella Lepidophylla) MENAMBAH TENAGA Mei 16, 2010

Filed under: Pokok liar — zainura66 @ 4:57 pm
Tags: 
Pokok Genggam Fatimah atau nama sainsnya Selaginella lepidophylla adalah tumbuhan herba gurun dalam keluarga spikemoss. Pokok Genggam Fatimah terkenal kerana keupayaannya untuk hidup hampir kekeringan sepenuhnya; semasa musim panas di habitat tempatannya, rantingnya merengkok menjadi bebola ketat dan kembali kembang apabila terdedah kepada kelembapan (Lebkuecher 1993). Ia tumbuhan tempatan bagi padang pasir Chihuahuan.
Dalam perubatan tradisional Melayu, Genggam Fatimah digunakan bagi menambah tenaga.
Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Genggam_Fatimah
KEGUNAAN LAIN :
1. Mengecutkan, merapatkan dan mengetatkan otot rahim menerusi pengambilan yang betul dan secara konsisten.
2. Senggugut, keputihan dan ketidakkesuburan
3. Membetulkan kitaran haid, merawat luka dalaman dan mengempiskan perut
4. Melangsingkan badan.
5. Gout : genggam fatimah mampu menyingkirkan toksin dalam badan
6. Melancarkan perjalanan darah
7. Menghilangkan kebas kaki dan tangan
8. Membuang angin dalam badan
9. Melawaskan air kencing dan besar
10. Membuang lemak dalam badan
PERINGATAN :
1. “Setengah orang mungkin berasa pening ketika baru mengambil air rebusan genggam fatimah. Ini mungkin kerana bahan berkenaan sedang membetulkan atau menyingkirkan toksin dalam badan” Kata Syed Ali Zuhari Syed Mohammad Noor Alam Shah dari Pulau Pinang.
2. Wanita yang sedang hamil dilarang mengambil herba ini.
3. Jangan minum terlalu banyak air rebusan genggam fatimah kerana boleh menyebabkan kesukaran untuk tidur.
 

JUANG PASIR HERBA BAGI MASALAH TENAGA BATIN Mei 15, 2010

Filed under: Herba — zainura66 @ 2:08 am
Tags: 
 

JELITI TANGLONG UNTUK BARAH DAN KAYAP Mei 15, 2010

Filed under: Herba — zainura66 @ 2:05 am
Tags: 
 

SETAWAR BARAH (Gynura Divaricata) MENGUBATI KANSER ? Mei 14, 2010

Filed under: Pokok liar — zainura66 @ 8:50 am
Tags: 
Keterangan:
Pokok daun dewa atau dikenali juga dipantai timur dengan nama setawar barah merupakan sejenis tumbuhan herba dengan batang yang lembut. Ia mempunyai daun yang permukaannya di litupi oleh rerambut halus yang lembut. Bahagian tepi daunnya bergerigis dan seolah-olah mempunyai garisan luar yang berwarna ungu. Ia biasa ditanam untuk dijadikan ulam di kampung-kampung di Malaysia. Ia membiak menggunakan ubinya dan pecahan rumpun.
Kegunaan:
Menurut kajian yang dijalankan oleh Fakultas Farmasi UGM dan Badan Tenaga Nuklir Nasional (BATAN) Indonesia, etanol yang terdapat pada ekstraknya didapati dapat menghalang pertumbuhan sel kanser paru-paru pada tikus.
Kajian juga dilakukan oleh sekumpulan mahasiswa sebuah universiti di Indonesia terhadap pertumbuhan pembuluh darah pada telur ayam. Mereka mendapati telur ayam yang diberikan ekstrak daun dewa menunjukkan pembentukan pembuluh darah yang lambat berbanding biasa. Khasiat daun dewa di perolehi dari daun dan ubinya.
Daunnya boleh dimanafaatkan untuk mengubati ketuat dan tumor. Untuk mengubati ketuat daunnya dihancurkan dan letakkan pada ketuat dan biarkan semalaman. Basuh pada keesokkan harinya.
Lakukan hingga ketuat mati. Untuk membantutkan pertumbuhan tumor daunnya boleh dimakan mentah sebagai ulam. Untuk mengubati bisul pula kaedah yang digunakan ialah dengan menampal daun yang dilumatkan pada bisul. Ubinya pula boleh digunakan untuk mengubati lebam kerana ia boleh menghilangkan darah beku.
Untuk pengubatan kanser pula antara ramuan yang biasa dibuat ialah dengan memcampurkan 30g daun dewa dengan 20g temu putih dan 30 g rumput jombang atau lebih kita kenali dengan nama dandelion. ketiga-tiga tumbuhan ini direbus dengan 600ml air sehingga ia hanya tinggal 300ml. Air rebusannya ditapis dan diminum apabila suam setiap hari sehingga penyakit berkurang.
Ubinya yang dihancurkan juga boleh dijadikan penawar gigitan ular.
Sumber : http://herba.berita1.com/
 

GREGES OTOT (Equisetum Debile Roxb) UNTUK TULANG PATAH Mei 13, 2010

Filed under: Pokok liar — zainura66 @ 7:12 pm
Tags: 
Sporofit berbeza jelas antara akar, batang dan daun. Merupakan tumbuhan herba bebas yang tumbuh tegak atau hampir tegak. Batang agak lemah, dengan rongga di dalamnya yang disebut saluran pusat; batang itu bercabang-cabang dan semuanya berwarna hijau. Daun berupa sisik-sisik yang tumbuh berkelompok di bahagian buku batang. Sporangium terkumpul dalam strobilus yang terbentuk kun dan didukung oleh sporangiofor pada hujung-hujung bercabang;; Akar serabut keluar dari rizom dan merayap di bawah tanah.
Penggunaan : Bahagian-bahagiannya yang di atas tanah dipotong dan ditumbuk halus dan dikenali dalam bahasa Jawa sebagai ‘ greges’. Greges ini apabila dicampur dengan ‘ parem’ dapat menyembuhkan rasa pegal-pegal dan ngeri dalam persendian-persendian tulang seperti kaki dan penggang dengan cara digosokkan pada bahagian tersebut. Paku-pakis ini juga digunakan untuk membersihkan perkakas rumah kerana cabangnya mengandungi silika ( Verdoom,1938, Lawrence,1968).
Sumber: http://pkukmweb.ukm.my/
Uraian :
Tumbuh ditempat terbuka atau sedikit ternaungi, berkumpul pada tanah lembah berpasir dan berbatu-batu yang banyak digenangi air, sepanjang aliran air di pegunungan, tepi sungai, selokan atau di rawa-rawa. Herba ini dapat ditemukan dari 300-2.700 m dpl. Tanaman pakuan yang tumbuh tegak atau tumbuh ke atas diantara tumbuhan lain, tinggi sekitar 1 m. Pangkal kadang merayap, ujung berjuntai, batang agak lemas, berongga dengan diameter 2-10 mm, bergaris-garis, beruas panjang. Cabang-cabang berkarang keluar dari buku-bukunya, selalu hijau dengan akar rimpang yang merayap. Daun keluar di atas buku, tersusun berkarang, kecil, lancip, berbentuk sisik dan merupakan sebuah kelopak tipis. Kantong spora terletak di ujung batang, berupa bulir, panjang 1-2,5 cm bentuknya lonjong dengan ujung yang tajam. Daun spora berbentuk perisai segi enam, bertangkai, di tengah-tengah berangkai dan susunannya berkeliling. Perbanyakan dengan spora.

Penyakit Yang Dapat Diobati
 : Radang mata, Influenza, demam, diare, radang usus, hepatitis; Kencing atau berak berdarah, bengkak, tulang patah, wasir; Rematik;
Pemanfaatan :
BAGIAN YANG DIPAKAI:
Seluruh herba. Tanaman dicuci bersih, dipotong-potong seperlunya. Jemur untuk disimpan.
KEGUNAAN: 
- Radang mata merah (acute conjunctivitis).
- Radang saluran air mata (ductus lacrimalis).
- Menghambat pembentukan selaput pada mata (pterygium).
- Influenza, demam.
- Diare, radang usus. Hepatitis.
- Kencing berdarah (hematuria), berak darah, darah haid banyak.
- Kencing kurang lancar, bengkak (edema).
- Tulang patah, rematik.
- Wasir (hemorrhoid).
PEMAKAIAN: 
Untuk minum: 10-15 g herba kering, rebus.
Pemakaian luar: Dibuat parem. Digunakan untuk sakit pada persendian, digosokkan pada anak untuk memperkuat anggota gerak dan obat luka.
CARA PEMAKAIAN:
1. Tulang patah:
Bila kedudukan tulang baik, ambil 2 batang herba segar seutuhnya,
dicuci lalu ditumbuk halus, remas dengan air garam secukupnya.
Ramuan ini dipakai untuk menurap bagian yang cedera, lalu dibalut.
Diganti 2 kali sehari.
2. Hepatitis, wasir: 30 g herba,greges otot direbus, minum sebagai teh.
3. Acute conjunctivitis, radang mata:
Greges otot, biji boroco (Celosia argentea L.), bunga chrysant
(Chrysanthemum indicum), kulit sejenis jangkrik (Cryptotympana
atrata = cicada), masing-masing 10 g, rebus. Setelah dingin
disaring, minum.
4. Reumatik:
15 g herba kering dan sebutir asam (Tamarindus indica) direbus
dengan 3 gelas air bersih sampai tersisa 1 gelas. Setelah dingin
disaring, minum pagi dan sore hari, sampai sembuh.
5. Wasir:
30 g herba segar greges otot dicuci bersih lalu digiling halus.
Tempelkan pada wasirnya.
CATATAN : Pemakaian lama, dapat mengganggu fungsi ginjal.
Komposisi :
SIFAT KIMIAWI DAN EFEK FARMAKOLOGIS: Manis, sedikit pahit, netral. Anti radang, peluruh kencing (diuretik), pengobatan radang mata, menghilangkan angin dan panas, astringent, antihemorrhoid, menghentikan perdarahan. KANDUNGAN KIMIA: Asam kersik 5%-10%, asam oksalat, asam malat, asam akonitat (equisetic acid), asam tanat, kalium, natrium, thiaminase dan saponin.
Sumber : http://www.iptek.net.id/ind/
 

ANJING TINGGONG BAGI YANG LEMAH TENAGA BATIN Mei 13, 2010

Filed under: Herba — zainura66 @ 6:41 pm
Tags: 
 

DALU-DALU (Salix Babylonica L.) UNTUK PENYAKIT KULITMei 13, 2010

Filed under: Landskap — zainura66 @ 6:32 pm
Tags: 
Pengenalan
Pokok jenis berkayu yang sederhana tinggi, hujung dahan lembut dan lampai atau berjuntai ke bawah.
Daun jenis ringkas dalam susunan berpilin-pilin, berbentuk linear iaitu tirus memanjang, 5-15 sm panjang dan 1-2 sm lebar, berwarna hijau muda da bergerigi di sepanjang bahagian tepi daun.

Kandungan

Seluruh bahagian : salisinas, salisikosid dan vitamin C.
Ekstrak dalu-dalu mempunyai sifat insektisid, fungisid dan membunuh bakteria jenis Staphylococcus.
Taburan
Dalu-dalu berasal dari negara China. Kini ia ditanam di serata negara yang beriklim sederhana dan tropika.
Penanaman
Dalu-dalu boleh ditanam dengan menggunakan keratan dahan atau pun ranting ataupun kaedah tut. Tiada banyak masalah untuk menanam pokok ini. Ia paling sesuai ditanam di sekitar tepi kolam, tasik ata pun sungai. Pokok ini memerlukan tanah subur dan cahaya matahari tidak terlalu terik.
Penyakit/ Perosak
Masalah utama ialah ulat serangga yang memakan daun dalu-dalu. Paling biasa ditemui ialah ulat ratus.

Khasiat makanan

Kayu : Kulitnya direbus dalam campuran pelbagai herba lalu airnya diminum.
Khasiat ubatan
Nota *** Dalu-dalu dan dedalu merujuk kepada beberapa spesisi tumbuhan . Salix juga ada beberapa spesis. Untuk tujuan ubat herba hanya spesis yang tercatat dimaksudkan.
Akar : Dibakar hangus dan abunya dicampur minyak dan digunakan sebagai ubat sapu pada bisul di mulut.
Air rebusan akar dan kulit kayunya digunakan sebagai air mandian untuk merawat penyakit kulit yang disebabkan parasit. Air rebusan ini sesuai diminum untuk merawat demam kuning , demam panas, gonorea dan reumatisme.
Biji : Serabut biji ditampal pada kudis bernanah dan bisul.
Daun : Air rebusannya digunakan untuk mencuci bisul, kudis, kudis campak, ulser dan penyakit kulit. Air rebusan daun dan kulit kayunya diminum sebagai astrigen, tonik dan rawatan demam panas yang berulang.
Kayu : Air rebusan kulitnya sesuai diminum untuk menyingkirkan cacing dalam perut dan usus.
Pokok : Gam daripada batangnya ditampal pada kudis bernanah dan bisul.
Ranting : Air rebusannya diminum untuk merawat gonorea dan sakit reumatisme

No comments:

Post a Comment