Ekor Kucing Untuk Si Kencing Manis Jun 26, 2012
Filed under: Herba — zainura66 @ 12:07 am
Tags: Herba, Landskap, Lepas bersalin, minuman, penawar penyakit, ubat tradisional
Tags: Herba, Landskap, Lepas bersalin, minuman, penawar penyakit, ubat tradisional
Pokok ini biasanya masyarakat Melayu jadikan minuman bagi pesakit kencing manis. Daunnya akan dikeringkan terlebih dahulu dan rendam 2 – 3 helai daun tersebut ke dalam air panas. Minum setelah suam.
Ada juga yang menggunakan pokok ini untuk dibuat mandian, terutama bagi wanita selepas bersalin. Selain dari itu, jika pesakit yang mengalami sengal-sengal badan juga boleh mandi dengan daunan herba ini.
Betik Sekaki (Carica Papaya) Jun 25, 2012
Filed under: Buahan — zainura66 @ 9:43 pm
Tags: awet muda, Buahan, makanan, masalah kulit, penawar penyakit
Tags: awet muda, Buahan, makanan, masalah kulit, penawar penyakit
Betik (Carica papaya) merupakan sejenis tanaman buah-buahan yang popular di Malaysia. Betik juga dipanggil sebagai Papaya, Gandul dan pelbagai nama di seluruh dunia. Pada tahun 2010 dianggarkan seluas 3,125 hektar tanaman betik di usahakan di Malaysia dengan anggaran pengeluaran sebanyak 49,500 mt. Antara kawasan utama tanaman betik ialah di Pahang (Daerah Rompin seluas 688 ha), Negeri Kedah (Daerah Padang Terap – 395 ha) dan Daerah Muar , Johor (182 ha) pada tahun 2009. Dengan jarak penanaman betik disyorkan pada 1.8 meter x 2.7 meter (Eksotika dan Subang memberikan sebanyak 2,000 pokok sehektar. Anggaran hasil pula antara 8 mt/ha (Tahun ke 2 dan Ke 3) dan 32 mt/ha (pada tahun ke 4-5). Betik Sekaki (dikenali juga sebagai Betik Hong Kong) merupakan sejenis betik yang sangat popular ditanam oleh petani komersial. Nama Betik Sekaki diberi atas alasan panjang betik sehingga mencapai 1 kaki dan pasaran utamanya adalah Negara Hong Kong. Ada yang mengatakan disebut sekaki kerana pokok yang rendah dan mampu berbuah sekaki dari aras tanah. Penanaman betik sekaki bermula tahun 1990-1991 di Batang Padang Perak dan terus merebak keseluruh negara. (lagi…)
Pokok Kanser (Pereskia Sacharosa) Jun 24, 2012
Filed under: Herba — zainura66 @ 5:38 pm
Tags: Herba, Landskap, minuman, penawar penyakit, seni taman, taman bunga, ubat tradisional
Tags: Herba, Landskap, minuman, penawar penyakit, seni taman, taman bunga, ubat tradisional
Jarum Tujuh Bilah, jarum tujuh, pokok kanser atau Chat Sim Chan merupakan sejenis pokok yang terdapat di Malaysia dan negara Asean lainnya. Nama saintifiknya ialah Pereskia sacharosa/saecnarosa. Tumbuhan dari keluarga kaktus (Cactaceae) ini mungkin satu-satunya kaktus yang mempunyai daun yang sebenar.Ia dipercayai berasal dari Brazil, Paraguay, Uruguay dan Argentina dan pokok ini merupakan genus paling primitif dalam keluarga kaktus. Malah ia merupakan tumbuhan yang agak lasak dan boleh beradaptasi dengan hampir semua iklim kecuali tundra. Keadaan optimum untuk pertumbuhannya adalah sinar matahari yang terang dan iklim tropika Ia adalah tumbuhan yang mudah membiak. (lagi…)
Jarum Tujuh Bilah, jarum tujuh, pokok kanser atau Chat Sim Chan merupakan sejenis pokok yang terdapat di Malaysia dan negara Asean lainnya. Nama saintifiknya ialah Pereskia sacharosa/saecnarosa. Tumbuhan dari keluarga kaktus (Cactaceae) ini mungkin satu-satunya kaktus yang mempunyai daun yang sebenar.Ia dipercayai berasal dari Brazil, Paraguay, Uruguay dan Argentina dan pokok ini merupakan genus paling primitif dalam keluarga kaktus. Malah ia merupakan tumbuhan yang agak lasak dan boleh beradaptasi dengan hampir semua iklim kecuali tundra. Keadaan optimum untuk pertumbuhannya adalah sinar matahari yang terang dan iklim tropika Ia adalah tumbuhan yang mudah membiak.
Memiliki ciri yang hampir menyerupai pokok parisan, pokok ini juga mudah ditanam dengan kaedah cantas dan cucuk. Ia juga boleh membiak melalui biji benih. Daunnya mudah gugur jika terdedah dengan keadaan kering namun mudah pula tumbuh semula apabila air mencukupi. Terdapat 15-20 spesis pereskia terutamanya dari Afrika Selatan, Amerika Tengah dan India Barat. Sepanjang batangnya terdapat tujuh batang duri yang meruncing tajam, kerana itu juga ia dipanggil jarum tujuh bilah. Daunnya yang rangup boleh dijadikan ulam atau salad.
Morfologi
Pokok renek separa berkayu, bersaiz besar dan boleh tumbuh sehingga 5 m tinggi sekiranya tidak dicantas. Batang berwarna hijau ketika muda, bertukar coklat selepas matang, mempunyai 7 batang duri panjang, halus sperti jarum yang keluar berhampiran tangkai daun. Daun tunggal, susunan berpilin, bentuk bujur dengan hujung serta pangkalnya tirus, pucuk muda berwarna kemerahan dan bertukar warna menjadi hijau, permukaan berkilat, lembut dan rangup jika diramas serta berlendir, mempunyai urat daun berselang-seli dan ada yang bertemu di bahagian pangkal daun sementara urat sebelah belakang daun pula berwarna ungu serta mudah bertunas. Daun mudanya elok dimakan begitu saja sebagai ulam; rasanya seperti pucuk paku.

Bunga tunggal, bersaiz sederhana besar, keluar di hujung dahan, banyak kelopak (8 – 12 kelopak) bersusun berlapis-lapis, berwarna jingga, kuning kemerahan , merah jambu atau ungu dengan stigmanya berwarna putih. Bunga tujuh duri ini terbit di bahagian pucuk dahan.
Buah sederhana besar, berbentuk bulat rata di atasnya seakan buah teratai, hijau ketika muda, kuning setelah tua, mengandungi beberapa biji hitam bersaiz sederhana besar.
Buah sederhana besar, berbentuk bulat rata di atasnya seakan buah teratai, hijau ketika muda, kuning setelah tua, mengandungi beberapa biji hitam bersaiz sederhana besar.
Kandungan
Daun – air, karbohidrat, serat, gula, alkaloid, protein, kalsium, kalium, musilaj dan vitamin (rujukan : Wikipedia)
Daun – air, karbohidrat, serat, gula, alkaloid, protein, kalsium, kalium, musilaj dan vitamin (rujukan : Wikipedia)
Khasiat dan Perubatan
Pencegah barah Secara tradisionalnya, untuk mendapatkan khasiat Jarum Tujuh Bilah ini, daunnya yang matang dipetik sebanyak satu atau dua helai dan dimakan sebagai ulam bersama-sama dengan nasi atau dimakan secara mentah begitu sahaja. Ðaun Jarum Tujuh Bilah ini mengandungi lendir, tetapi lendir ini tidak pahit. Jika diamalkan memakan daun ini secara berterusan, khasiat daun ini dikatakan mampu atau mungkin boleh melindungi tubuh daripada pelbagai jenis barah. Walaupun begitu, kajian lanjut masih amat diperlukan untuk menilai keberkesanannya terhadap pesakit barah. Melalui kajian yang telah dilakukan, dikatakan daun Jarum Tujuh Bilah mempunyai jumlah antioksidan yang tinggi. Walaupun nilai aktiviti antioksidannya tidak setinggi vitamin C dan vitamin E, tetapi nilainya masih dianggap tinggi dan sesuai untuk dimakan sebagai ulam bagi meningkatkan paras aktiviti antioksidan di dalam tubuh seseorang. Ðaun Jarum Tujuh Bilah ini juga dikatakan mengandungi sebatian fenolik yang sederhana tinggi. Sebatian fenolik memang telah diketahui menunjukkan aktiviti antioksidan di samping menghapuskan radikal bebas. Amalan memakan daun pokok Jarum Tujuh Bilah juga dikatakan mampu menghindarkan seseorang daripada menghidap gout, darah tinggi ,kencing manis dan masalah buah pinggang . Selain memakan daun pokok Jarum Tujuh Bilah untuk dijadikan ulam, anda juga boleh meminum air rendaman daun ini untuk dijadikan minuman seperti air teh. Anda juga boleh mengisar daun ini menjadi lumat dan dijadikan sebagai jus minuman. Rasa jus ini agak pahit tetapi khasiatnya dikatakan mampu mengurangkan tekanan darah tinggi dan juga diabetes.
Kegunaan lain Jarum Tujuh Bilah dikatakan boleh membantu dalam rawatan penyakit kanser terutamanya kanser kolon (usus besar), kanser hidung dan juga kanser lain.
Ada tiga cara menggunakannya, pertama dengan memasukkan lebih kurang dua helai daunnya ke dalam air panas dan dijadikan teh dan airnya diminum, kedua daunnya dimakan sebagai ulam satu hingga tiga helai setiap hari dan ketiga dengan cara mengisar daunnya hingga lumat, campurkan air dan jusnya diminum. Anda dilarang dari meminum sebarang jenis minuman selepas mengambil herba ini kerana ia dikatakan dapat menghapuskan segala khasiat dalam badan kita. Kajian terhadap kandungan kimia yang terdapat dalam pereskia dan tindakbalas sel kanser terhadapnya boleh didapati di http://www.moste.gov.my Walaupun terdapat pelbagai khasiat pokok Jarum Tujuh Bilah, namun begitu sebelum menggunakannya untuk tujuan perubatan, anda perlulah mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak
KUCING GALAK Menguatkan Tenaga Batin Julai 1, 2012
Filed under: Herba — zainura66 @ 9:29 am
Tags: Herba, masalah kulit, penawar penyakit, seks, tenaga batin, tonik, ubat tradisional
Tags: Herba, masalah kulit, penawar penyakit, seks, tenaga batin, tonik, ubat tradisional
Pokok Kucing Galak atau nama saintifiknya ‘Acalypha Indica‘ yang tumbuh liar ini berasal dari India dan di negara-negara sebelah sini. Pokok ini adalah dari jenis berbatang lembut dan berdaun dan berbuah hijau.
Ia menjadi salah satu kegemaran kucing memakannya untuk menambah tenaga terutama kucing jantan yang mampu melayan berapa banyak kucing betina. Kucing betina pula memakan daun dan buahnya terutama selepas melahirkan bagi mengembalikan kekuatannya.
Keseluruhan pokok kucnig galak bermula dari daun, buah dan akarnya amat berguna dalam perubatan Homeopathy yang boleh digunakan bagi merawat asma, batuk dan bronkaitis. Jika diamalkan memakan pucuknya, ia dikatakan boleh menambah ‘tenaga’.
Buahnya yang hijau dan lembut mengandungi biji yang lembut juga. Walau apapun, berjumpa dan meminta nasihat doktor adalah langkah yang terbaik.
Pokok kucing galak boleh dibiakkan melalui biji benih. Buahnya akan mencambahkan biji apabila telah matang iaitu apabila matang, buah itu akan meletus dengan sendiri.
Tapi apa pula khasiatnya kepada manusia?
Menurut Dr. Mohd Said Saad (Ketua Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains UPM), khasiat pokok kucing galak ini terletak pada bahagian akar dan daun.
Anda boleh menggunakan salah satu daripadanya untuk mengubati penyakit kulit, merawat ulser mulut, kuatkan tenaga batin dan menambahkan kekuatan badan. Secara umumnya, anda ikutilah langkah berikut;
1. Ambil bahagian akar atau daun pokok kucing galak (pilih salah satu aje).
2. Bersihkannya terlebih dulu.
3. Rebuskan akar atau daun tadi sampai ia mendidih.
4. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu suam.
2. Bersihkannya terlebih dulu.
3. Rebuskan akar atau daun tadi sampai ia mendidih.
4. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu suam.
Kemudian, anda teruskan dengan langkah berikut mengikut tujuan yang dikehendaki:
Ulser Mulut
Gunakan air rebusan tersebut untuk berkumur. Anda berkumur-kumurlah dengan air rebusan itu sebanyak 2 kali sehari. Iaitu pada waktu pagi dan sebelum masuk tidur. Amalkan sehingga anda sembuh.
Gunakan air rebusan tersebut untuk berkumur. Anda berkumur-kumurlah dengan air rebusan itu sebanyak 2 kali sehari. Iaitu pada waktu pagi dan sebelum masuk tidur. Amalkan sehingga anda sembuh.
Penyakit Kulit
Basuh kawasan tubuh badan anda yang mengalami penyakit kulit. Lakukan petua ini setiap hari dan teruskan sehingga anda benar-benar sembuh.
Basuh kawasan tubuh badan anda yang mengalami penyakit kulit. Lakukan petua ini setiap hari dan teruskan sehingga anda benar-benar sembuh.
Menguatkan Tenaga Batin dan Badan Kuat
Anda tapis dan minumlah air rebusan akar atau daun pokok kucing galak tadi. Amalkan meminumnya secara sederhana atau hanya apabila perlu. Sebagai contoh, minumlah segelas sebelum anda melakukan kerja berat dan tujuan lain yang seumpama dengannya.

No comments:
Post a Comment