Sayur-sayuran dan ulam-ulaman mengandungi banyak serat (fiber) dan kurang kalori. Ia adalah kaya dengan sumber utama vitamin C, vitamin A, asid folix dan zat galian yang sangat diperlukan untuk pertumbuhan dan penjagaan tubuh badan serta minda yang sihat. Khasiat yang terdapat dalam sayur-sayuran dan ulam-ulaman ini dapat menyelenggara tisu-tisu kulit, mata, tulang dan otak. Ulam-ulaman biasanya banyak terdapat di kawasan kampung sama ada ditanam atau tumbuh sendiri di hutan-hutan yang berhampiran.
Apabila pembangunan rancak dilaksanakan, banyak kawasan hutan diteroka sekali gus menyebabkan ulam-ulaman turut pupus. Berikutan itu, ulam-ulaman sukar diperolehi di kampung-kampung dan pasar-pasar termasuk pasar tani. Namun, teknologi terkini dalam bidang pertanian membolehkan ulam-ulaman dan tumbuhan herba ditanam secara komersial dan mula dipasarkan ke seluruh negara.
Sebagai contoh, ladang satelit berkelompok yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Kedah iaitu satu kawasan pengeluaran ulam-ulaman dan rempah ratus bagi memenuhi keperluan harian pengguna-pengguna di kawasan bandar dan menjadi suatu prasarana yang baik untuk mengenali dunia pertanian. Jika anda tinggal di kawasan kampung, anda bertuah kerana mempunyai tanah yang agak luas untuk dimanfaatkan dengan menanam tumbuhan jenis herba dan ulaman.
Bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar dan menetap di kediaman yang tidak mempunyai halaman bertanah, usah berdalih untuk mengamalkan pemakanan ulam-ulaman. Ini kerana di bandar juga terdapat banyak pasar yang menjual ulam-ulaman.
Sebagai contoh pasar Chow Kit, pasar borong Selayang dan banyak lagi. Jika tidak pun, ambil sedikit usaha untuk menanam sayur ulaman melalui penanaman edible landscape atau kebun kelompok di sekitar rumah menggunakan pasu atau bekas tin dan plastik terpakai dengan menggunakan tanah atau kompos.Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang telah mengkaji dan mengenalpasti 62 jenis sayur dan ulam meliputi 37 jenis ulam daun atau pucuk, 16 jenis buah dan 9 jenis sayur kampung. Namun, menurut kajian oleh wikipedia.org, terdapat lebih 120 jenis ulam-ulaman di Malaysia meliputi ulaman jenis pucuk, daun, umbut, biji, buah, ubi dan bunga.
Antara ulam-ulaman yang tersenarai ialah rebung, cekur manis, jering, kacang kelisa, petai, ulam raja, kerdas, jering, genuak, pucuk gajus, beluntas, pucuk betik, pucuk putat, daun selom, jantung pisang, pucuk ubi, nangka muda, daun kunyit/kunyit hidup, daun kesom, pegaga, daun kadok, daun salad, kacang panjang muda, pucuk mengkudu, buah mengkudu, batang lambok (sejenis keladi) dan banyak lagi.
Usaha menyelidik ulaman oleh FAMA ini bertujuan memperkenalkan dan memasarkan ulaman kepada masyarakat dan membantu petani di kawasan kampung meningkatkan pendapatan mereka melalui hasil jualan ulam-ulaman itu nanti. Antara sayur ulam yang kurang dikenali yang diselidik oleh FAMA ialah bayam orang putih, pucuk ara, tenggek burung, kaca lima, cemperai, mata ayam, sepayang, balik angin, umbut kelapa. Manakala jenis-jenis buah ulam pula ialah buah ara nasi, gadung, peria katak, keladan, terung, peparu dan sebagainya. Menurut Kajian Industri Herba di Malaysia yang telah dilaksanakan oleh MARDITECH dan dibentangkan di Hotel Nikko, Kuala Lumpur, nilai pasaran industri herba dunia dijangka akan mencecah US$5 trillion menjelang 2050.
Menurut Tuan Haji Mansor Puteh, Ketua Penyelaras Teknikal bagi kajian ini, pasaran dunia herba pada 1997 yang bernilai US$60 bilion akan meningkat kepada US$200 bilion pada 2008 dan seterusnya mampu mencecah US$5 trilion menjelang 2050.KHASIAT BEBERAPA JENIS ULAM Oleh kerana ulam dimakan secara langsung tanpa dimasak lama terlebih dahulu, kandungan galian seperti mineral dan vitamin utama seperti kalsium (Ca)fosforus (P)besi (Fe)natrium (Na) dan kalium (K) di dalam ulam tidak termusnah oleh haba. Sebagai contoh, daun kaduk didapati mempunyaikalsium (Ca)fosforus (P), dan besi (Fe) yang paling tinggi iaitu sebanyak 446, 50 dan 13.1 mg masing-masing bagi setiap 100g, dibandingkan dengan ulam-ulam lain. (sumber : wikipedia.org)
Ulam juga membekalkan serabut yang amat di perlukan oleh sistem penghadaman manusia. Serabut memainkan peranan sebagai pengisi pada bahan buangan dan memudahkan pergerakan najis dalam saluran usus. Ulam juga memainkan peranan penting dalam perubatan Melayu dan kini pakar pengkaji perubatan barat juga turut mengakui khasiat ulam sebagai tambahan yang baik untuk badan.
Sebagai contoh, pegaga kini telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)sebagai herba menjana kecerdasan berfikir di kalangan kanak-kanak selain dapat membantu peredaran darah dan meningkatkan kesihatan kulit. Ulam jeringmengandungi sejenis sebatian alkaloid pelawas yang boleh memberi rangsangan untuk membuang air kecil. Jering juga boleh menjadi penawar yang berkesan pesakitkencing manis sekiranya diambil secara berterusan dengan kadar yang sedikit. Ini kerana, kandungan sebatian alkaloid di dalamnya mampu meneutralkan kandungangula di dalam badan. Daun kaduk pula mempunyai kandungan kalsium yang tinggi yang diperlukan oleh badan untuk memperkuatkan tulang, dan mengelakkan daripada penyakit osteoporosis terutama di kalangan kaum wanita. Ulam pegaga dan akarnya dikatakan membantu pemulihan rahim. Jus pegaga juga senang disediakan.
Di samping itu juga, amalkan memakan pucuk kaduk. Rasanya agak lemak dan senang dibiakkan di dalam pasu. Di Sarawak pula, ibu-ibu yang berpantang akan memakan bunga kunyit. Oleh kerana rupanya yang cantik, ia juga sesuai digubah bersama dedaun dan bunga segar bagi hiasan di meja makan.Ingin menambah pengetahuan atau membuat kajian mendalam mengenai ulam-ulaman? Jangan risau kerana terdapat banyak maklumat dan data boleh diperolehi melalui internet, media cetak dan media eletronik.
Jika ada masa terluang di pejabat atau di rumah, jangan lupa untuk melayari laman web yang memuatkan data mengenai ulam – ulaman. Antara laman web yang boleh dilawati ialah
Tidak ketinggalan juga, terdapat banyak buku-buku, majalah dan tesis mengenai sayur ulam-ulaman yang terdapat di pasaran dan juga di perpustakaan – perpustakaan awam di Malaysia. Antaranya ;
  • Ayob Ismail, 2001. Herba Sumber Perubatan Tradisional Merawat Pelbagai Penyakit. Kuala Lumpur : Golden Books Centre.
  • Carlson Wade (diterjemah oleh Zarina Musa), 1998. Ensiklopedia Makanan Penawar Untuk Kesihatan Tubuh. Kuala Lumpur : Thinkers Library.
  • Ismail Saidin, 2000. Sayuran Tradisional, Ulam dan Penyedap Rasa. Bangi : Penerbit UKM.
  • M. Syarif, 1989. Hasil Obat2an dari Daun. Kuala Lumpur : Victory Agency.
  • Muhammad Zakaria, 1992. Tumbuhan dan Perubatan Tradisional. Kuala Lumpur : Penerbitan Fajar Bakti.
  • Norhayati Ismail, 1999. Tumbuh-tumbuhan Ubat Malaysia : Pencirian dan Pengenalpastian. Pulau Pinang : Penerbit USM.
  • Ong Hean Chooi, 2004. Buah Khasiat Makanan & Ubatan. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
  • Ong Hean Chooi, 2004. Sayuran Khasiat Makanan & Ubatan. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
  • Ong Hean Chooi, 2004Tumbuhan Liar ; Khasiat Ubatan & Kegunaan Lain.Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
  • Ong Hean Chooi, 2006. Tanaman Hiasan: Khasiat Makanan & Ubatan. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
  • Shamsiah Sabarudin, 1993. Ulam-Ulaman. Kuala Lumpur : Pustaka Bakti Wira.
  • Zainon Abu Samah, “Pala Menyingkir Angin Berlebihan”, dlm. Dewan Budaya, Jil. 24, Bil.1, hlmn. 30-31, Januari 2002. (juga terdapat artikel tentang asam jawa, lengkuas, kayu manis, selasih, legundi, lada hitam, cengkih pegaga, hempedu bumi, misai kucing dan banyak lagi dalam Dewan Budaya, Jilid 23 dan 24, tahun 2001 dan 2002)
  • “Seminar dan Pameran Perubatan Melayu” pada 23 dan 24 Ogos 2003 bertempat di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
  • Mohd Anuar Ibrahim, 2001. “Tumbuhan Sebagai Ubat : Tumpuan Kepada Daun dan Pucuk dalam Perubatan Tradisional Melayu”. Latihan Ilmiah Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
  • Rahman Badri, 1985/86. “Tumbuh-tumbuhan dalam Perubatan Tradisional Melayu : Satu Kajian Kes di Pekan Parit Raja”. Latihan Ilmiah Jabatan Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • Rusnita Pechok, 1991. “Tumbuh-tumbuhan Sebagai Ubat (Tumpuan Kepada Akar Kayu)”. Latihan Ilmiah Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Di zaman yang serba ringkas ini, manusia sentiasa mencari jalan yang singkat untuk mendapatkan sesuatu dengan mudah. Aspek pemakanan juga mengalami tempiasnya. Kebanjiran makanan segera memudahkan perjalanan harian masyarakat yang sentiasa mengejar waktu. Makanan segera yang tidak jelas status halal-haramnya bukan sahaja tidak berkhasiat malah risiko untuk mengalami obesiti adalah tinggi.
“Berat badan yang berlebihan atau obesiti boleh membunuh!” kata Setiausaha Perkhidmatan Kemanusiaan dan Kesihatan Amerika Syarikat (AS), Tommy Thompson pada satu sidang akhbar pelancaran kempen pengiklanan menggempur masalah obesiti di negara berkenaan. Apabila obes, anda mudah mendapat sakit jantung, jantung tersumbat, angin ahmar, kencing manis, ghout, sakit sendi tulang, kanser dan sebagainya.Pemakanan yang sihat melalui pengambilan ulam-ulaman amat bermanfaat.
Selain menjamin kesihatan yang stabil dan merawat kesihatan dalaman tubuh badan, ulam-ulaman juga dijamin halal dan mudah diperolehi. Namun, masyarakat Malaysia lebih gemar mengambil langkah ‘mengubati’ daripada langkah ‘mencegah penyakit’. tibalah masa untuk berubah. Amalkan makan sayur-sayur ulaman dan anda pasti memiliki kesihatan yang membanggakan.

Temulawak

Temu lawak

Temulawak
Bunga temu lawak
Nama Tempatan:Temu lawak
Nama Saintifik:curcuma xanthorrhiza
Nama Lain:Nama farmaseutikal-Rhizoma Curcuma xanthorrhizae,shu kuat keung wong(kantonis),giant curcuma, false turmeric, temu lawak, temulawak, dilaw, dilao,temu putih
Famili:Zingiberaceae
Lokasi dijumpai:India, southern part of China, Africa and south east Asia
Asal:

keterangan:

Tumbuhan hampir menyerupai kunyit ini mempunyai bau yang wangi pada keseluruhan tumbuhan terutama rizomnya.Ia boleh mencapai ketinggian hingga 2m dan biasa didapati dikawasan belukar yang tidak terlalu tebal. Bila dimakan ada sedikit rasa pahit dan manis. mengandungi sebatian volatile oil(6-11%),curcuminoids(62%) dan starch(30-40%). Tumbuhan ini membiak melalu pecahan rizom dan sukakan tempat yang agak lembab dan mempunyai pendedahan terus kepada cahaya matahari. Temu lawak banyak digunakan dalam perusahan kosmetik hari ini kerana ia dikatakan dapat menjadi agen pencegah penuaan dan menjadi penawar masalah sakit puan bagi wanita

kegunaan:

Dalam perubatan herba temulawak banyak digunakan untuk mengubat penyakit-penyakit seperti:
1.Rheumatik dan kesakitan pada otot.
2.Ubat demam( anti-pyretic)
3.Masalah hati, demam kuning dan penyakit batu karang
4.Penyakit kulit
5.Menghilangkan kekejangan dan mengelaknya dari berulang
6.Buasir dan masalah kerengsaan pada rektum
7.Berak berdarah(bloody diarrhea) dan disentri.Juga merawat masalah sembelit
8.Batuk dan demam pada kanak-kanak.
9.Masalah keputihan dan jangkitan kulat sepeti candida albican pada vagina.
10.Penyakit kencing manis.
11. Gastrik dan gas berlebihan
Capa penggunaan ialah dengan mengambil 3-9 g rizomnya yang segar(kering 1-5 g) dan direbus sekejap supaya minyak sarinya tidak hilang dan rizomnya dimakan setiap kali sebelum makan. Ini juga akan melancarkan penghadaman makanan.selain itu ia juga dikatakan dapat menjadi ubat pada kanser pangkal rahim dan mengembalikan kecergasan tubuh badan ** peringatan, jangan sesekali menggunakan tumbuhan ini ketika hamil kerana ia boleh menyebabkan contraction rahim dan boleh membawa kepada keguguran janin diperingkat muda kehamilan.Kegunaan yang berlarutan(dalam masa yang panjang) mungkin akan menyebabkan ulser pada usus.