Tuesday 10 July 2012

Sambung Nyawa



pokok lima ringgit

Click here to view picture in a new window

sambung nyawa

Ni memang daun sambung nyawa la .. rasanya lemak dan sedikit manis (mungkin kandungan glukosa kut).. bapa angkat aku Tok Batin Sungai Lesung pernah cerita ... dulu-dulu ada orang sakai yang kelaparan dan keletihan pernah makan daun ni lalu ia rasa bertenaga semula ... tu sebab dipanggil sambung nyawa !



Sambung Nyawa

Pokok sambung nyawa

Nama Botani : Gynura procumbens Lour.
Famili : Asteraceae

Pengenalan

Pokok sambung nyawa adalah tumbuhan yang berasal dari Myanmar dan China. Pokok sambung nyawa ini juga dikenali dengan nama akar sebiak, kelemai merah dan daun dewa. Ia mempunyai perubatan yang sangat tinggi dan banyak digunakan di Malaysia, Indonesia dan Thailand. Pokok ini mampu tumbuh sehingga 6 meter sekiranya mendapat sokongan atau memanjat pokok lain. Tanpa sokongan atau memanjat pokok lain, pokok sambung nyawa akan menjalar di atas tanah. Terdapat dua jenis sambung nyawa iaitu sambung nyawa hijau (rujuk foto) dan sambung nyawa ungu (dikenali sebagai daun dewa). Ia menyukai kawasan yang redup dan berkelembapan sederhana. Pokok ini boleh dibiakkan melalui keratan batang. Bunga sambung nyawa berwarna jingga kekuningan tetapi ia sangat jarang berbunga.


Kegunaan 
Daun sambung nyawa mengandungi flavonoid, glikosida kuersetin, fenoleat asid, triterpenoid, alkaloid, saponin dan tannin. Sambung nyawa bersifat sejuk dan neutral. Ia boleh digunakan untuk menurunkan panas badan, merawat sakit limpa, sakit ginjal, sakit kulit, menurunkan tekanan darah, menurunkan kandungan gula dalam darah, antimicrobial, antikarsinogenik, sitotoksik terhadap sel kanser, hipertensi, strok, penyakit jantung, kolesterol tinggi, diabetes, radang pita suara, radang tengkuk, batuk dan sinusitis.

Daun sambung syawa berkhasiat untuk mengurangkan kadar kolestrol dan menurunkan tekanan darah tinggi. Ia juga digunakan untuk merawat sembelit, kencing manis, kanser dan masalah buah pinggang. Ia biasanya dimakan mentah sebagai ulam kerana dipercayai dapat mengurangkan risiko mendapat serangan sakit jantung. Namun begitu, pengambilan secara berlebihan daun segar atau jus segar herba ini boleh menyebabkan rasa loya, mual dan muntah kerana cecair daun ini bertindak menurunkan kandungan gula dalam darah. Bagi mereka yang mempunyai tekanan darah rendah tidak digalakkan mengamalkannya sebagai perubatan herba. Daun yang dikeringkan dihancurkan dan dicampur dengan minyak untuk digunakan sebagai minyak salap merawat ruam.

Ia juga digunakan dalam rawatan untuk penyakit ginjal, disentri, radang kerongkong, menghentikan perdarahan, resdung, mengatasi masalah haid yang tidak teratur, melancarkan fungsi ginjal dan gigitan binatang berbisa. Umbi pokok ini digunakan untuk merawat bengkak, patah tulang dan darah beku yang disebabkan oleh lebam

Sambung nyawa @ sireh Cina

Ada satu jenis pokok yang daunnya setakat ini berguna kat aku. Tapi aku tak begitu pasti apa nama pokok ni. Sekiranya aku berasa begitu 'stress' ..maka aku akan cari pokok ni. Maksudnya urat tengkuk dan bahuku akan mula terasa tegang sehingga boleh menyebabkan aku mula sakit kepala. Sakit kepala ni boleh menyebabkan aku mudah marah dan tension..Mungkin darah dah mula naik kekepala atau boleh dikatakan mula nak darah tinggi kot..

Dulu aku tak tahu tentang pokok ni dan fungsinya...kalau jumpa pun aku tak perduli. Aku cuma anggap pokok ni cuma jenis tumbuhan yang menyemakkan dunia saja. Jadi kalau jumpa pun dijamin kena tebang dan tebas olehku.

Pokok ni diperkenalkan oleh golongan veteran kat aku..Kata mereka pokok ni banyak manfaatnya walau pun rupa dan gayanya taklah cantik dan hebat. Mula-mula makan daunnya...langsung tak sedap. Rasa daunnya pahit..Tapi disebabkan rasa sakit, walaupun pahit daun tu tetap aku kunyah juga. Lepas tu daun tu ditelan sedikit demi sedikit. Setelah agak lama, rasa daun tu bertukar menjadi agak manis-manis.Hilang rasa pahit , timbul pula rasa manis. Pelik betul sifat daun ni.

Sekarang pokok tu aku tanam di tepi rumah. Mudah saja nak hidup pokok ni. Potong batang dan terus cucuk ke dalam tanah. Terus saja tumbuh..Seminggu sekali aku akan makan sehelai daunnya yang sederhana besarnya. Ambil daun tu dan bersihkan lalu terus kunyah mentah-mentah. Walau pun pahit tetapi sekarang aku dah tak kisah...alah bisa tegal biasa. Sakit yang aku alami tu dah semakin berkurangan sejak aku mula memakan daun ni. Kira okey ler..tak perlu lagi panadol dan sebagainya.

Ada orang kata nama pokok tu "sambung nyawa". Saudara aku dari Melaka kata nama pokok ni kat tempatnya dipanggil "sireh Cina". Entah ler mana yang betul. Daun pokok ni digunakan untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Setakat sekarang, daun pokok ni berkesan ..Jika ikut laman web ni:
http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=22


Nama Tempatan:Sambung Nyawa
Nama Saintifik:Gynura procumbens
Nama Lain:Dawn Dewa, Leaves of the Gods, Googoolipid, Mollucan spinach,Sambung nyawa, Daun Dewa, am Akar, Akar sebiak, and Kelemai merah, bai bing cao
Famili:Asteraceae





keterangan:

Sambung nyawa adalah jenis tumbuhan tahunan yang banyak digunakan dalam perubatan dinegaranegara asia tenggara seperti Malaysia , Indonesia dan Thailand. Ia mudah membiak melalui keratan batang dan mudah tumbuh di kawasan yang agak redup dan mempunyai kelembapan yang sedernana.

kegunaan:

Mengurangkan kadar kolestrol dan menurunkan tekanan darah tinggi.Di Malaysia ia juga digunakan untuk merawat sembelit,kencing manis dan kanser.Ia juga digunakan untuk merawat masalah buah pinggang.

No comments:

Post a Comment