Tuesday 10 July 2012

PECAH KACA


pecah_kaca
Siapa yang belum kenal lagi pokok ini dikenali dengan nama pecah kaca atau pecah beling. Kalau anda pernah pergi Hosptital Putrajaya, tentu anda pernah lihat pokok ini banyak di tanam sebagai tanaman hiasan.
Daun pecah kaca ini adalah di antara tumbuhan yang banyak khasiat.Ia mempunyai jumlah antioksidan yang tinggi di samping mampu untuk bertindak sebagai agen antioksidan, antikanser,anti-diabetes dan juga antimikrob.

POKOK PECAH KACA

Pecah beling atau nama saintifiknya Strobilanthes crispus atau Saricocalix crispus (Acanthaceae) merupakan tumbuhan yang berasal dari Madagascar hingga ke Indonesia dan telah dikenal pasti buat pertama kalinya oleh Thomas Anderson (1832 - 1870) yang mengkelaskan tumbuhan ini di bawah Spermatophyta (tumbuhan berbunga dan gymnosperma). Daun in dikenali dengan nama pecah beling, enyoh kilo, kecibeling atau kejibeling di Indonesia. Di Malaysia, pokok ini lebih dikenali dengan nama pecah kaca, pecah beling atau jin batu. Pokok mudah ditanam dan hidup subur di Malaysia. Daunnya telah digunakan secara tradisional untuk merawat kanser, kencing manis serta batu karang dan juga sebagai agen diuretik.
Tumbuhan ini mempunyai kandungan kalsium karbonat yang tinggi dan air rebusannya bersifat alkali yang lemah. Kajian oleh Kusumoto dan rakan-rakan (1992) menyatakan bahawa ekstrak air pecah beling mempunyai kompaun atau molekul yang mampu untuk merencatkan pertumbuhan retrovirus; agen dalam jangkitan virus seperti sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) dan juga mampu untuk merencatkan pertumbuhan sel leukemia. Terdapat banyak kompaun yang telah diasingkan dan dikenal pasti seperti asid kafeik, asid p-hidroksi benzoik, asid p-voumarik, asid vanillik, asid gentinik, asid ferulik dan asid siringik.


ecah Beling

Pokok pecah beling atau pecah kaca



Nama Botani : Strobilanthes Crispur Lour.

Famili : Acanthaceae


Pengenalan


Pecah beling atau juga dikenali dengan nama keji beling, pecah kaca, jin batu dan bayam karang merupakan tumbuhan yang berasal dari Madagascar. Mudah tumbuh di kawasan hutan, tebing sungai dan tanah terbiar pada ketinggian 50 hingga 1200 dari paras laut. Pokok ini boleh mencapai ketinggian sehingga 2 meter.


Kegunaan


Tumbuhan ini memiliki banyak mineral seperti kalium, kalsium dan natrium serta unsur mineral lainnya. Ia juga mengandungi asam silikat, tannin, dan glikosida. Daunnya mempunyai kandungan mineral yang sangat tinggi seperti kalium (51%), kalsium (24%), natrium (24%), ferum (1%), fosforus (1%) dan vitamin C, B1, B2 (menyumbang kepada jumlah antioksidan yang tinggi). Daunnya telah digunakan secara tradisional untuk merawat kanser, kencing manis serta batu karang dan juga sebagai agen diuretik.


Ekstrak air pecah beling mempunyai kompoun atau molekul yang mampu untuk merencatkan pertumbuhan retrovirus (AIDS) dan sel leukemia. Ia juga mampu merencatkan pertumbuhan sel kanser usus, kanser hati, kanser payudara, meningkatkan paras jumlah aktiviti antioksidan untuk melindungi badan daripada radikal bebas. Ia juga didapati berkesan sebagai anti-mikrob yang menyebabkan karies gigi.


Daun pokok pecah beling ini selain direbus untuk diminum airnya, ia juga boleh dimakan sebagai ulaman. Daun pecah beling boleh digunakan untuk mengatasi kegatalan akibat terkena ulat atau digigt semut. Untuk mengatasi kegatalan tersebut, sapukan daun pecah beling pada bahagian yang berkenaan.


Untuk mengatasi cirit birit, disentri dan batu karang, seluruh bahagian pokok ini direbus, kemudian air rebusan tersebut diminum. Memakan daun pecah beling sebagai ulaman secara teratur setiap hari dipercayai dapat merawat penyakit diabetis



No comments:

Post a Comment