Tuesday 3 July 2012

SAMBUNG NYAWA


SAMBUNG NYAWA

Nama Saintifik : Gynura sarmentosa DC, Calacia procumbens Lour.

Nama Lain : Dawn Dewa, Leaves of the Gods, Googoolipid, Mallucan spinach, Sambung Nyawa, Daun Dewa, Am Akar, Akar sebiak, dan Kelemai merah, bai bing coa, ngokilo (Jawa), beluntas cina (Melayu), she juan jao @ fujung jao (Cina)

Famili : Asteraceae

Khasiat Pokok Sambung Nyawa

TUMBUHAN HERBA: Pokok Sambung Nyawa
NAMA SANISTIFIK: Gynura Procumbeus

Tumbuhan herba yang berprestasi tinggi ini berasal dari negeri China, tak hairanlah di kebanyakan kediaman kaum cina mempunyai tanaman ini, dari segi perubatan, tumbuahan ini mempunyai nilai perubatan yang tinggi.
Terdapat dua jenis tumbuhan ini satu mempunyai batang yang agak kehitaman dan satu lagi agak kehijauan, kedua duanya mempunyai daun yang berwarna hijau dan bergerigi sedikit di bahagian tepi.

Daun pokok sambung nyawa ini agak berlendir sedikit tetapi mempunyai rasa yang lemak terutama di bahagian pucuk, ianya sesuai sekali dimakan mentah sebagai ulam ataupun digoreng sebagai sayur. Bagi masyarakat cina, daun daun itu enak dimasak sup.
Antara khsiat perubatan yang terdapat pada pokok sambung nyawa ini ialah, selain dari dibuat ulam sebagai awet muda, herba itu juga boleh menambahkan tenaga metabolisma, menurunkan tekanan darah tingi, kencing manis serta melegakan sakit kepala dan migrain, mengikut petua orang dulu2 seelok eloknya dimakan antara satu hingga tiga helai sehari (.. seperti herba jarum tujuh bilah) agar kesihatan sentiasa terpelihara.

Cara penanaman pokok ini ialah hanya menyucuk sahaja bahagian yang di kerat ke atas tanah yang agak lembab dan terlindung, seelok eloknya keratan tersebut biarlah yang sedang, tidak terlalu muda atau tua.



 

Khasiat Utama Tanaman Sambung Nyawa

Posted by  on February 2, 2012
standart facebook ico Khasiat Utama Tanaman Sambung Nyawa
Beragam fungsi dan khasiat yang didapat dari tumbuhan Sambung Nyawa sebagai herbal kesehatan yang membantu menyembuhkan macam – macam penyakit.
sambung nyawa1 Khasiat Utama Tanaman Sambung Nyawa
1. Batang tanaman Sambung nyawa sering digunakan untuk menurunkan demam. Sambung nyawa juga digunakan dalam upaya penyembuhan penyakit ginjal, disentri, infeksi kerongkongan, di samping itu digunakan pada upaya menghentikan perdarahan, mengatasi haid tidak teratur dan gigitan binatang berbisa.
2. Umbi untuk menghilangkan bekuan darah (haematom), pembengkakan, patah tulang, dan perdarahan setelah melahirkan.
Khasiat lain dari Sambung Nyawa :
1. Maag
2. Kolesterol tinggi
3. Ambeien, Lever, Tumor : Seperti Kalecterol.
4. Diabetes melitus : Seperti kolesterol.
5. Tekanan darah tinggi
6. Kena gigitan binatang berbisa
7. D
isentri : cacingan
8. Membantu mengatasi haid tidk teratur
  1. 9. Radang pita tenggorok, sinusitis : Sama seperti Tekanan darah tinggi.
Pengenalan
  •  
  • Sambung Nyawa adalah jenis tumbuhan tahunan yang banyak digunakan dalam perubatan di negara-negara asia tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand. Namun sebenarnya ia adalah tumbuhan asli Mynmar dan Cina. Ia boleh hidup dalam lingkungan ketinggian 1 hingga 500 meter dari paras laut. Ia mudah membiak melalui keratan batang dan mudah tumbuh di kawasan yang agak redup, intensiti cahaya pada kadar 40 – 50 %, suhu udara berkisar antara 20 – 30 C dan mempunyai kelembapan yang sederhana, dengan taburan hujan tahunan antara 1500 – 2500mm. Tumbuh dengan batang menegak, atau kadang-kadang bagian pangkalnya rebah di atas tanah dan keluar akar, berbatang basah, bercabang, berwarna keunguan. Boleh mencapai ketinggian 6 meter dan berbau harum. Daun tunggal, agak tebal, mudah dipatahkan, bertangkai serta berseling. Helaian daun berbentuk bulat telur sampai memanjang, ujung dan pangkal runcing, tepi berjerigi, pertulangan menyrip, berwarna hijau muda. Bunganya berwarna jingga kuning, berkelamin ganda namun ia didapati amat jarang berbunga.
  •  
  • Penanaman dan Pembiakan
  •  
  • Selain faktor-faktor persekitaran pokok sabung nyawa ini perlukan tanah yang subur, gembur dan mampu menahan air. Sebaiknya pada kadar keasaman pH sekitar 5.5 – 7. Ia membiak melalui keratin batang. Perlukan agak banyak air, tetapi tidak terlalu bash dan bertakung.
  •  
  • Kandungan Kimia dan Kesan Farmakologi
  •  
  • Kandungan kimia daun sambung nyawa antara lain, flavonoid (7, 3, 4 trihidroksi-flavon), glikosida kuersetin, fenoleat asid (terdiri dari kafeat asid, penta kumarat, penta-hidroksi benzoate dan vanilat asid) triterpenoid, alkaloid, saponin dan tannin.
  •  
  • Tumbuhan ini bersifat dingin dan neutral. Khasiatnya antara lain ialah antineoplastik, menurunkan panas badan, mengobati sakit limpa, sakit ginjal, sakit kulit,  menurunkan tekanan darah, menurunkan gula darah, antimicrobial, antikarsinogenik, sitotoksik terhadap sel kanser, hipertensi, stroke, penyakit jantung, kolesterol tinggi, diabetes, gangguan lambung, radang pita suara, radang tengkuk, batuk dan sinusitis.
  •  
  • Kegunaan Dan Khasiat
  •  
  • Daun Sambung Nyawa dapat mengurangkan kadar kolestrol dan menurunkan tekanan darah tinggi. Di Malaysia ia juga digunakan untuk merawat sembelit, kencing manis dan kanser. Ia juga digunakan untuk merawat masalah buah pinggang. Biasanya ia dimakan mentah sebagai ulam. Batang tanaman Sambung nyawa sering digunakan untuk meredakan demam.
  •  
  • Ia juga, digunakan dalam penyembuhan penyakit ginjal, disentri, infeksi kerongkong. Di samping itu, ia boleh digunakan untuk menghentikan perdarahan, mengatasi ketidakseimbangan datang haid melancarkan fungsi ginjal, dan gigitan binatang berbisa. Umbinya untuk menghilangkan darah beku (haematom), pembengkakkan, serta patah tulang.
  •  
  • Cara Penggunaan
  •  
  • Untuk ubat  yang diminum, rebus 7 hingga 12 helai daun segar, sementara untuk pemakaian luar, giling daun segar hingga lumat dan tempelkan ditempat yang sakit

No comments:

Post a Comment