Tuesday 3 July 2012

galak tua


 




galak tua yang dibincangkan disini bukannya pokok akar som seperti mana yang ditunjukkan diatas. Pokok galak tua ini merupakan sejenis tumbuhan berubi yang daunnya hampir sama dengan ubi jaga.Ia merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai tuber.Ia juga di kenali dengan nama akar manis kerana ubinya mempunyai rasa yang manis. Dulu saya ada menyimpan pokoknya tapi telah mati. Kalau dapat gambarnya lagi saya akan poskan kesini.Biasa bagi masyarakat kita menamakan pelbagai pokok yang berbeza dengan nama vernakular yang sama. Jika kita perhatikan nama saintifiknya memang jauh berbeza.harap takkan ada yang keliru dengan galak tua dengan pokok akar som atau akar ginseng seperti yang ditunjukkan di wikipedia itu.

~ Noraida Arifin




Nama Tempatan:Galak tua
Nama Saintifik:Stemona Tuberosa Lour
Nama Lain:Ubi Kemili, Pokok Seratus, stemona, Pecah kelambu
Famili:stemonaceae
Lokasi dijumpai:Tumbuhan liar
Asal:

keterangan:

Galak tua ialah sejenis herba menjalar yang mepunyai ubi yang lembut.Daunnya seakan -akan daun ubi jaga bezanya daun galak tua lebih bulat dan daun ubi jaga lebih lonjong. Ubinya berwarna putih dan bersaiz lebih kurang sebesar pensil dengan panjangnya lebih kurang 1 meter. Ia boleh dikunyah seperti tebu dan mempunyai rasa manis dan pedas. Mengandungi alkaloid stemona.

kegunaan:

Bersifat anti bakteria secara semula jadi dan boleh dijadikan racun serangga organik.Bahagian yang digunakan untuk perubatan ialah ubinya.Dalam masyarakat melayu galak tua digunakan sebagai afrodisiak dan khasiatnya sama dengan tongkat ali dan ubi jaga.

English Translation

Commmon Name:
Botanical Name:Stemona Tuberosa Lour
Other Name:

Ubi Kemili, Pokok Seratus, stemona, Pecah kelambu

tion:Galak Tua


Galak Tua  atau nama botaninya  stemona tuberosa louri  dikenali juga sebagai ubi Kemili, pokok seratus, stemona dan pecah kelambu. Ia sejenis herba menjalar yang mepunyai ubi yang lembut.Daunnya seakan -akan daun ubi jaga bezanya daun galak tua lebih bulat dan daun ubi jaga lebih lonjong. Ubinya berwarna putih dan bersaiz lebih kurang sebesar pensil dengan panjangnya lebih kurang 1 meter. Ia boleh dikunyah seperti tebu dan mempunyai rasa manis dan pedas. Mengandungi alkaloid stemona.
Di gunakan untuk rawatan.
Bersifat anti bakteria secara semula jadi dan boleh dijadikan racun serangga organik.Bahagian yang digunakan untuk perubatan ialah ubinya. Dalam masyarakat melayu galak tua digunakan sebagai afrodisiak dan khasiatnya sama dengan tongkat ali dan ubi jaga

Usage:


x


























Pokok Galak Tua adalah sejenis pokok yang terdapat di hutan Malaysia. Ia juga dikenali sebagai Ubi Kemili, Pokok Seratus, Stemona, Pecah Kelambu.
Pokok Galak Tua merupakan sejenis herba menjalar yang mepunyai ubi yang lembut. Daunnya seakan -akan daun ubi jaga bezanya daun galak tua lebih bulat dan daun ubi jaga lebih lonjong. Ubinya berwarna putih dan bersaiz lebih kurang sebesar pensil dengan panjangnya lebih kurang 1 meter. Ia boleh dikunyah seperti tebu dan mempunyai rasa manis dan pedas. Mengandungi alkaloid stemona.
Pokok ini berasal dari Madagaskar atau Afrika tropika dan tersebar hingga ke Sri Lanka, Thailand, Malaysia dan Indonesia. Ia adalah sejenis herba saka berumpun, setinggi 60 hingga 90 sm dan ditanam sebagai tanaman semusim. Batangnya lembut, semi-sukulen, bersegi empat, pubesen, melentur atau menegak dan tumbuh pada buku ruas bahagian bawah pohon yang ditumbuhi akar.
Daunnya ovat hingga sub-orbikular, bes kuneat, tepi daun bergerigi kasar, berukuran 2 hingga 6 sm panjang, 1.5 hingga 4 sm lebar dan berwarna hijau muda. Daun ini beraroma apabila diramas. Infloresen terminal, berjambak tegak, berbunga banyak, kecil dan berwarna keunguan.
Herba ini berubi dan rupanya seakan-akan ubi kentang. Ubi ini berukuran 2 hingga 4 sm panjang, 0.5 hingga 2 sm lebar, berwarna hitam keperangan dan isinya berwarna putih susu.
Ubi kemili mengandungi khasiat makanan yang agak sederhana. Dalam setiap 100 g, bahagian yang boleh dimakan ubinya mengandungi: Air 75 g, protein 1.6g, lemak 0.1 g, karbohidrat 21.7 g, serat 0.7 g, kalsium 51 mg, fosforus 27 mg, ferum 1.1 mg, natrium 7 mg, kalium 338 mg, vitamin 0, vitamin B1 0.16 mg, vitamin B2 0.07 mg, niasin 2.0 mg vitamin C 8.1 mg.

No comments:

Post a Comment