Tuesday 3 July 2012

Herba-tempatan


jerangauNama saintifik:Acorus calamus L.
Nama biasa:Sweet flag, Calamus root
Nama tempatan:Jerangau
Famili:Araceae
Pendahuluan:

Jerangau mempunyai sejarah yang sangat panjang mengenai penggunaan ubat-ubatan dan ianya digunakan dengan meluas dalam perubatan herba modern sebagai perangsang aromatik dan tonik ringan. Ia telah digunakan di Asia sekurang-kurangnya 2 abad yang lalu oleh orang-orang Cina dan India. Di Malaysia, ia ditanam di kawasan belakang rumah terutama orang Melayu dan India, di mana biasanya digunakan pada bahagian luaran sebagai bahan tuam atau losyen.

Ciri - Ciri Tumbuhan

Akar jerangau adalah herba saka yang boleh membesar dengan mencapai ketinggian sehingga 1.0 m. Ia mempunyai daun seperti rumput , panjang, tirus, menjulur naik dari rizom. Daun bersusun secara teratur, ringkas, glabrus, keseluruhan daun berwarna hijau dengan daun berbentuk bilah memanjang. Urat daun selari dan membentuk sisipan. Daun beraroma. Rizom berbau sangat wangi yang mengandungi minyak beraroma. Keratan rizomnya berwarna putih dan sangat berserabut.

Tabiat Tumbuhan

Tumbuhan ini boleh didapati di kawasan-kawasan berair seperti sungai dan terdapat juga di sekeliling kolam dan tasik.

Bahagian Yang Digunakan

  • Rizom

Amalan Tradisi Perawatan

Jerangau dilaporkan telah digunakan sebagai anti-bakteria, antiseptik, antikonvulsi (anti-kejang), dan boleh menyebabkan muntah . Rizom digunakan sebagai ubat untuk angin, kembung perut, pencernaan yg terganggu dan demam yang tidak berpanjangan, reumatis, penyakit saraf, gangguan usus, cirit-birit di kalangan kanak-kanak, jangkitan pada bronkial dan penyakit asma. Jerangau digunakan untuk penyediaan kordial minuman keras, bahan aroma , perisa bir dan membuat minyak wangi.


aloe veraNama saintifik:Andrographis paniculata
Nama biasa:Raja Pahit
Nama tempatan:Hempedu bumi
Famili:Acanthaceae
Pendahuluan:
Herba ini merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai jangkahayat yang pendek iaitu lebih kurang satu tahun. Ia berasal dari Asia Tenggara, China dan India. Disebabkan oleh keupayaan pembiakan yang tinggi ia dikatakan sebagai tumbuhan musuh di beberapa tempat. Tumbuhan ini digunakan sejak berabad yang lalu sebagai perawatan khususnya di China, India dan Jawa. Walau bagaimanapun sejak akhir-akhir ini tumbuhan ini mempunyai keupayaan sebagai tumbuhan herba dan telah memasuki pasaran farmasi. Kini tumbuhan ini menjadi herba perawatan yang boleh mengubati sakit-sakit yang ringan dan telahpun terbukti ke atas banyak gejala penyakit yang berkaitan dengan masalah kesan daripada antibodi yang telah dikeluarkan untuk melawan bahan yang sedia ada dalam badan (autoimmune)
Ciri - Ciri Tumbuhan

Merupakan sejenis tumbuhan yang tumbuh tegak dengan jangka hayat yang pendek iaitu lebih kurang satu tahun dan boleh mencapai ketinggian sehingga 60-70 cm. Mempunyai batang yang berbentuk segi empat dan mempunyai dahan yang yang banyak. Daunnya berwarna hijau, susunan daun ringkas, licin. Susunan daunnya adalah secara 'decussate' iaitu daun yang berpasangan secara bertentangan.

Tabiat Tumbuhan

Hempedu bumi umumnya dijumpai secara liar di kawasan tanah terbuka dan kawasan yang ditumbuhi rumput. Di Malaysia hempedu bumi biasanya ditanam di kawasan belakang rumah atau di dalam pasu untuk tujuan herba perubatan. Tumbuhan ini merupakan tumbuhan yang lasak dan boleh hidup dengan baik dalam berbagai jenis tanah.

Bahagian Yang Digunakan

  • Daun dan keseluruhan bahagian pokok.

Amalan Tradisi Perawatan

Tumbuhan ini merupakan tumbuhan yang boleh memberikan analgesik iaitu dapat mengurangkan rasa kesakitan, boleh dijadikan sebagai julap (ubat pencuci perut), ubat pengeluar kahak, penghadaman dan juga digunakan sebagai rawatan penyakit kencing manis, demam, jangkitan cacing, bronkitis yang kronik ( bengkak pada tiub udara di kerongkong), kusta,senak atau kembung perut, sakit perut, disentri (cirit birit) dan penyakit kulit (terbakar, luka dan ulser). Tumbuhan ini juga boleh merawat gigitan ular dan juga kitaran haid yang tidak teratur.

kayu manisNama saintifik:Cinnamomum verum
Nama biasa:Ceylon cinnamon
Nama tempatan:Kayu manis
Famili:Lauraceae
Pendahuluan:
Kayu manis berasal dari Sri Lanka. Ia merupakan rempah ratus yang tertua dan terdapat di dalam Kitab Bible.
Ciri - Ciri Tumbuhan
Pokok ini boleh membesar dan mencapai ketinggian sehingga 6 m dan kadang-kadang boleh mencapai ketinggian sehingga 12 m. Batangnya tegap dengan ukuran diameter antara 30-60 cm. Pokok yang matang mempunyai kulit yang tebal berwarna coklat kelabu. Pokok ini mempunyai dahan yang rendah dan banyak. Hujung daunnya tirus dengan bahagian pangkalnya adalah bulat dan kadang-kadang sedikit tirus
Tabiat Tumbuhan
Pokok ini biasanya ditanam di Malaysia. Pokok ini boleh dijumpai ditanam secara separuh liar di Sri Lanka di kawasan tanah pamah rendah yang lembab sehingga ketinggian 2,000 kaki. Kayu manis boleh dibiakkan secara bii benih atau keratan.
Bahagian Yang Digunakan
  • Kulit dan daun
Amalan Tradisi Perawatan
Tumbuhan ini mempunyai bahan antifungal dan antibakteria. Minyak dari tumbuhan ini mudah meruap dan ianya digunakan untuk mengawal jangkitan kuman dan  mengawal tekanan darah rendah manakala bahagian kulitnya digunakan  untuk rawatan dispepsia (ketidakhadaman makanan), kembung perut, disentri (cirit birit), bronkitis (bengkak pada tiub udara di kerongkong) dan  gangren (pereputan tisu) pada paru-paru. Kulit pokok yang diketuk dan dimasak boleh digunakan pada bahagian luar badan dengan cara menuam  bagi rawatan bisul yang bernanah. Minyaknya juga adalah mujarab untuk merawat penyakit reumatik yang teruk dan kronik. Kayu manis juga boleh merawat kekejangan urat perut , sakit gigi dan hilang daya gerak pada bahagian lidah serta boleh digunakan untuk rawatan kanser. Di China , kulit pokok dan ranting yang dikeringkan  boleh dijadikan rawatan bagi merawat kanser, tekanan darah tinggi dan masalah sakit perut dengan mencampurkan dengan bahan ubatan lain.


tutup bumiNama saintifik:Elephantopus scaber L.
Nama biasa:Elephant's foot/Solomon's seal
Nama tempatan:Tutup bumi/Tapak Sulaiman
Famili:Compositae
Pendahuluan:
Disebabkan oleh daunnya yang terhampar dan menutupi ruang atas lapisan tanah, orang Melayu mempercayai bahawa tumbuhan ini merupakan bekas tapak Sulaiman yang berperanan mengurung Jin yang terdapat di dalam tanah. Di sebabkan namanya sebagai tapak Sulaiman, secara tradisinya tumbuhan ini sangat mujarab untuk merawat semua penyakit. Buat masa ini, tumbuhan ini tidak ditanam di Malaysia tetapi dikutip secara liar oleh dukun bagi kegunaan rawatan mereka.
Ciri - Ciri Tumbuhan
Tumbuhan ini tumbuh melata dan jangkahayat yang panjang dan boleh tumbuh sehingga 50cm. Daunnya tumbuh dengan padat pada bahagian bawah batang dan susunan daunnya secara berjambak. Tepi daunnya bergerigi, dipenuhi dengan rerambut berwarna keputihan, bentuk daun pelbagai bentuk, bujur atau bulat di bahagian hujung daun dan mengecil pada bahagian pangkal daun. Tangkai daun pendek dan berbulu.
Tabiat Tumbuhan
Tumbuhan ini boleh dijumpai secara liar di tepi jalan raya, padang yang berumput dan di pinggir hutan. Tumbuhan ini boleh dibiak melalui biji benih. Biji benih boleh dikutip dengan cara menutup bunganya menggunakan sehelai kertas. Biji benihnya sangat kecil dan ringan . Oleh itu semasa menyemai biji benihnya perlu digaul bersama dengan tanah dan ditabur ke atas batas semaian. Peratus percambahan adalah lebih kurang 70-80%.
Bahagian Yang Digunakan
  • Keseluruhan pokok, akar
Amalan Tradisi Perawatan
Tumbuhan ini digunakan sebagai diuretik iaitu mengurangkan demam dan mengurangkan kencing tak lawas (anuria) dan mengurangkan pengeluaran mukusa (blennorrhagia). Lain -lain penggunaan adalah sebagai bahan antibiotik, mengurangkan bengkak, anti radang dan untuk melicinkan kulit. Dipercayai sesuai untuk merawat leucorrhea ( rembesan mukusa yang tidak normal keluar dari vagina), anaemia (tidak cukup darah disebabkan oleh kepucatan) dan digunakan semasa bersalin. Di Malaysia, herba tutup bumi digunakan untuk melawas kencing, mengurangkan rasa sakit dan digunakan di bahagian luar dengan membalut pada tempat sakit. Air rebusan  akar atau daun yang diminum  boleh dijadikan tonik untuk menghapus cacing dalam badan, merawat batuk dan  penyakit kelamin.  Air rebusan akar yang masih segar dicampur dengan sirih  digunakan untuk menghalang muntah sementara daunnya digunakan untuk merawat penyakit yang disebabkan oleh pengumpulan air dalam badan (dipanggil busung oleh masyarakat melayu).

aloe veraNama saintifik:Acalypha indica
Nama biasa:Indian copperleaf, India acalypha
Nama tempatan:Kucing Galak, Cika Mas
Famili:Euphorbiaceae
Pendahuluan:
Tumbuhan ini boleh didapati di kawasan negara Afrika yang beriklim tropika dan juga boleh ditemui di Afrika Selatan. Manakala di sebelah Afrika Timur dan Barat, tumbuhan ini digunakan sebagai herba ubatan. Di bahagian Afrika Barat, daun tumbuhan ini dimasak dan daunnya dijadikan sebagai ulaman. Daunnya juga merupakan makanan kegemaran lembu di Afrika. Tumbuhan ini juga disanjung tinggi sebagai herba ubatan tradisi masyarakat Tamil Siddha dan dipercayai boleh merawat awet muda.
Ciri - Ciri Tumbuhan
Tumbuhan ini tidak kekal lama, tumbuh secara menegak dan boleh mencapai ketinggian sehingga 1 m tinggi. Panjang daun adalah antara 2.5cm - 7.5cm berbentuk 'ovate' dan 'rhomboid-ovate'. Bunganya banyak dan lembut, tumbuh secara menegak dan memanjang. Bunga jantan bersaiz kecil, berkelompak di bahagian tangkai manakala bunga betina tumbuh secara bertabur.
Tabiat Tumbuhan
Pokok ini tumbuh meliar di kawasan terbuka khususnya di kawasan yang agak kering. Di Semenanjung Malaysia, tumbuhan ini boleh didapati di kawasan penempatan perumahan.
Bahagian Yang Digunakan
  • Akar dan Daun
Amalan Tradisi Perawatan
Air rebusan keseluruhan pokok digunakan sebagai ubat pencuci perut. Ia juga amat berkesan untuk merawat buasir. Akarnya digunakan untuk membuang cacing dalam perut kanak-kanak dengan meminum di waktu pagi semasa perut masih kosong. Daunnya yang dilumatkan dengan kunyit digunakan untuk merawat jerawat di muka.



aloe veraNama saintifik:Acalypha hispida
Nama biasa:Red hot cat's tail
Nama tempatan:Ekor kucing
Famili:Euphorbiaceae
Pendahuluan:
Tumbuhan ini berasal dari Oceania dan kemudiannya merebak sehingga ke Amerika Utara termasuk Amerika Syarikat, Mexico dan Belize.
Ciri - Ciri Tumbuhan
Tumbuhan ini boleh tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.8m - 3.7m tinggi. Merupakan tumbuhan 'dioecious' di mana tumbuhan jantan dan betina boleh dibezakan dengan mudah. Pokok betina mempunyai 'pistillate' (bahagian bunga yang mempunyai ovari bunga). Bunganya mempunyai warna yang pelbagai iaitu dari warna ungu ke warna merah cerah dan bunganya tumbuh berjuntai.
Tabiat Tumbuhan
Tumbuhan ini hidup melata dan mudah dijumpai. Ditanam menggunakan biji benih serta boleh ditanam menggunakan keratan dahan.
Bahagian Yang Digunakan
  • Akar, Bunga dan Daun
Amalan Tradisi Perawatan

Daunnya boleh digunakan secara demahan atau menuam bagi mengubati penyakit kusta. Air rebusan daun dan bunganya digunakan untuk merawat luka dan ulser dan juga sebagai pencuci perut serta merawat penyakit kelamin. Minuman bahagian kulit batangnya yang direbus boleh merawat kahak serta mengurangkan serangan asma. Daun rasanya agak kelat dan bahagian bunganya digunakan bagi merawat cirit birit


aloe veraNama saintifik:Aloe vera (L.) Burm.f
Nama biasa:Aloe vera
Nama tempatan:Lidah Buaya
Famili:Liliaceane
Pendahuluan:
Disebabkan oleh kandungan penyembuhan yang terdapat dalam tumbuhan ini, Aloe vera juga dikenali sebagai 'bunga teratai padang pasir', 'tumbuhan yang sentiasa hidup', 'tumbuhan rawatan awal' dan juga dikenali sebagai 'tumbuhan ajaib�. Tumbuahn ini juga salah satu tumbuhan yang utama dalam sejarah penggunaan dadah kasar atau dadah mentah dan masih digunakan secara meluas dalam ubatan modern masa kini.
Ciri - Ciri Tumbuhan
Aloe vera adalah merupakan tumbuhan  yang mempunyai banyak kandungan air dan juga tumbuhan yang boleh hidup lama dan boleh mencapai ketinggian sehingga 45-50 cm . Daunnya berwarna hijau muda dengan susunan roset dan  berisi pejal . Daunnya berbentuk lansolat, glabrus dan mempunyai tepi daun yang berduri, pangkal daunnya bersusun dalam bentuk sarung dengan tepi daunnya berduri.  Urat daun tidak kelihatan dan daunnya berbentuk memanjang dan berfungsi sebagai batang. Tangkai bunganya boleh mencapai ketinggian sehingga 1 m panjang  dengan penghujung tangkainya membentuk bunga yang berwarna merah kekuningan secara berjambak
Tabiat Tumbuhan
Tumbuhan ini berasal dari Tropika Afrika dan kawasan Mediteranean  di mana  ia dijumpai tumbuh secara liar di kawasan yang kering, mempunyai banyak cahaya dan di kawasan berpasir.  di Malaysia, tumbuhan ini biasanya ditanam di kawasan halaman rumah.
Bahagian Yang Digunakan
  • Daun

Amalan Tradisi Perawatan

Aloe vera digunakan secara tradisi dalam perawatan penyakit sembelit, endema, ekszema, pertusis, terkena bahan panas/ api, kesakitan atau kepedihan, kebengkakan, luka, dyspepsia (ketidakhadaman makanan), batuk, asma, penyakit saraf, leukemia (sejenis penyakit yang disebabkan oleh berlebihnya sel putih dalam darah), kanser paru-paru,  buasir dan sakit perut. Ianya juga digunakan sebagai antibiotik, antiseptik (bahan pembasmi kuman), ejen katartis (melegakan emosi) dan  purgatif (ubat pencuci perut yang kuat)



pegagaNama saintifik:Centella asiatica (L.) Urban.
Nama biasa:Asiatic Pennywort, Gotu Kola
Nama tempatan:Pegaga
Famili:Umbelliferae
Pendahuluan:
Tumbuhan ini telahpun diketahui kegunaannya sejak dahulu kala lagi  terutama  dalam perawatan Ayurvedik di India serta rawatan bagi masyarakat  Cina dan Madagaskar. Tumbuhan ini disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai salah satu tumbuhan yang sangat penting untuk dipelihara dan ditanam. Di Malaysia walaupun ia digunakan sebagai herba penyembuh tetapi ia lebih popular dijadikan sebagai ulam makanan berbanding dengan herba ubatan.
Ciri - Ciri Tumbuhan
Pegaga merupakan tumbuhan bersaiz kecil, jangkahayat yang pendek serta menjalar. Mempunyai tangkai daun yang panjang, berwarna hijau. Bentuk daunnya bulat dan licin serta berbentuk palmat. Terdapat 3 subspesies pegaga pada masa kini iaitu Pegaga salad, Pegaga kerinting dan Pegaga biasa atau Pegaga ubi. Pegaga yang mempunyai banyak kelebihan adalah Pegaga ubi.
Tabiat Tumbuhan
Pegaga tumbuh secara liar di dalam semua keadaan tanah. Sebahagiannya memerlukan sedikit teduhan dan ada juga spesies yang memerlukan cahaya sepenuhnya. Setengah pegaga boleh tumbuh dalam keadaan tanah yang agak keras seperti atas batu. Dalam keadaan liar, ia boleh dijumpai di kawasan yang lembab seperti di sekeliling kolam, di sepanjang tasik, kolam dan juga boleh didapati di kawasan sawah padi.
Bahagian Yang Digunakan
  • Keseluruhan pokok, Bahagian atas tanah, Akar
Amalan Tradisi Perawatan
Pegaga telah digunakan untuk rawatan bronkitis (bengkak pada tiub udara di kerongkong), asma, rembesan gastric, disentri (cirit birit), masalah buah pinggang dan dropsi (penyakit disebabkan oleh pengumpulan air dalam badan). Herba ini mempunyai kesan yang cepat untuk menurunkan tekanan darah dan juga dijadikan sebagai ubat penawar awet muda . Di Malaysia pegaga dijadikan sebagai ulam makanan di kalangan masyarakat Melayu dan dijadikan sebagai air minuman penyejuk badan bagi masayarakat Cina serta dijadikan sebagai tonik di kalangan masyarakat India. Masyarakat Melayu menggunakan air rebusan daun pegaga untuk tujuan rawatan kusta dan reumatik (sakit sendi). Daun pegaga yang dipanas sehingga garing atau jus daun pegaga yang dicampurkan dengan makanan digunakan untuk mengurangkan cirit birit kanak-kanak. Setengah-setengah orang menggunakan daun pegaga sebagai bahan demah atau tuam untuk merawat sakit akibat luka atau daun pegaga yang dilumatkan dan ditampal pada badan untuk rawatan demam. Jus daripada akar pegaga yang diminum dapat mencuci ulser. Setengah-setengah orang mempercayai bahawa daun pegaga adalah baik bagi ibu selepas mengandungi bagi tujuan awet muda.

No comments:

Post a Comment