Aidilfitri dibayangi warga asing
KISAH kebanjiran warga asing, khususnya yang masuk secara haram, masih berterusan walaupun sudah berbuih orang ramai mengadu.
Ketibaan Syawal tahun ini nampaknya warga asing semakin kuat mencengkam sistem sosioekonomi negara kita. Bukan sahaja sebagai peniaga yang menyedia dan menjual makanan mahupun barang keperluan raya lain, malahan tugas penjual tiket bas di kaunter juga sudah dipegang oleh warga asing.
Lebih memburukkan keadaan, apabila setiap kali ada cuti umum mereka ini akan membanjiri bandar-bandar utama sehinggakan rakyat biasa takut untuk keluar berjalan-jalan atau membeli-belah.
Peniaga tempatan juga naik rimas apabila terlalu ramai pendatang yang membanjiri sekitar premis mereka dan menakutkan pelanggan tempatan yang ingin berurus niaga.
Akhbar pula melaporkan baru-baru ini semakin banyak kes melibatkan warga asing bersikap samseng sama ada sesama mereka ataupun dengan rakyat tempatan.
Beberapa warga tempatan di Puchong baru-baru ini dibelasah warga Myanmar yang mabuk sehinggakan seorang daripadanya parah.
Kisah warga Indonesia dari Lombok yang tidak habis-habis melarikan gadis tempatan bawah umur juga tiada kesudahan dan semakin banyak dilaporkan.
Isteri rakan saya sendiri sudah tidak berani menaiki LRT Maluri-Cheras selepas kejadian dikejar warga Bangladesh yang ramai berkeliaran di kawasan itu sambil mengganggu gadis tempatan.
Ibu mertua saya yang tinggal jauh di pedalaman Kedah juga bimbang apabila warga asing sudah mula membentuk penempatan dan beranak-pinak di sana.
Bagi saya sekeluarga yang tinggal di Gombak pula, umpama tinggal di negara asing apabila kebanjiran warga Myanmar di Selayang semakin melimpah ke tempat kami. Ini ditambah pula dengan Awang Hitam yang kononnya penuntut universiti swasta memenuhi kawasan apartmen dan kondo tanpa segan- silu kerap mabuk dan mengganggu wanita tempatan.
Masyarakat Melayu, India dan Cina di sini juga sudah tidak berani keluar malam, terutamanya di kawasan warga asing berkumpul dan sering mabuk atau berbuat bising. Rukun Tetangga pula terpaksa mengumpul ahli seramai mungkin jika mahu menghalau atau menghentikan perbuatan jelek warga pendatang haram ini bagi mengelakkan mereka bertindak balas dengan agresif.
Ini belum ditambah penjenayah warga asing yang semakin hari semakin ramai dan semakin kejam dalam tindak tanduk mereka.
Jika dari bandar hingga ke kampung pedalaman pun sudah menerima kesan, sampai bila mahu dibiar berlarutan masalah ini? Ini bukan isu politik tetapi masalah keselamatan rakyat. Walaupun kerajaan Pusat mempunyai tanggungjawab, jangan lupa pembangkang yang memegang kawasan tempat tinggal kami ini.
Oleh itu, kedua-duanya wajib mengambil tindakan segera bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku dan jangan pula dijadikan bahan tuduh-menuduh atau lepas tangan.
Jangan sampai kami menggunakan undang-undang rimba dan 'menghukum' kalangan warga asing itu dengan cara kami sendiri. Rakyat pun ada had kesabarannya.
Di mana logik akalnya sampaikan penjual aiskrim di pasar raya pun dijaga lelaki Bangladesh? Apa guna diupah ramai warga Myanmar mengumpul troli barang jika mereka hanya duduk berborak dengan rakan-rakan? Apa guna mengupah pengawal keselamatan Nepal jika mereka orang pertama lari apabila ada jenayah?
Cukuplah sekadar mengambil warga asing untuk sektor bawahan seperti pencuci, buruh binaan dan pembantu rumah. Janganlah semua aspek kehidupan mahu dipenuhi dengan warga asing semata-mata kerana bayar gaji murah dan majikan untung lebih.
Hentikan idea gila untuk menambah warga asing sebagai pemandu bas, pemandu teksi, pekerja restoran makanan segera, penjaga kaunter pasar raya dan sebagainya. Janganlah sampai polis dan tentera pun mahu diganti dengan warga asing kelak. Majikan yang mahu jadi pelahap duit pun fikirlah rakyat tempatan juga.
No comments:
Post a Comment