Thursday, 26 July 2012

POKOK PERIUK KERA-Nepenthes gracilis



POKOK PERIUK KERA(NEPENTHES) 

Image 

KHASIAT :
Melebatkan rambut, sakit mata, cirit-birit, gigitan bisa, batu karang dan darah tinggi.

Caranya :-

Cecair dalam periuknya boleh melebatkan rambut dengan melumurnya ke rambut dan mengubati sakit mata. Air rebusan akar dan batang diminum untuk merawat cirit-birit, batu karang dan darah tinggi. Jus batang diminum untuk mengurangkan sengatan bisa gigitan.
 
Sumber :lamanwebHerb





Mar 5, '08 8:29 PM
for everyone


Melebatkan rambut, sakit mata, cirit-birit, gigitan bisa, batu karang dan darah tinggi.

Kaedah.

Cecair dalam periuknya boleh melebatkan rambut dengan melumurnya ke rambut dan mengubati sakit mata. Air rebusan akar dan batang diminum untuk merawat cirit-birit, batu karang dan darah tinggi. Jus batang diminum untuk mengurangkan sengatan bisa gigitan.

Habitat.

Kawasan hutan dipterokarpa bukit dan Hutan Gunung

Ciri-Ciri Istimewa.

Tanaman tumbuhan ini boleh dikatakan membawa tuah kepada warga keturunan cina

Kaedah Pembiakan : Keratan akar

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Segalanya tentang herba kesihatan > www.herbakesihatan.com


N
  

E
  

P
  

E
  

N
  

T
  

H
  

E
  

S
  

G
  

R
  

A
  

C
  

I
  

L
  

I
  

S
  

-
  

P
  

E
  

R
  

I
  

U
  

K
  

K
  

E
  

R
  

A
  

H
  

U
  

T
 2 Comments 

A
 2 Comments 

N
  


PERIUK KERA
Nama lain: periuk monyet, periuk kerengga, moyong akar dan kenchong kera.
Famili   :    Nepenthaceae
Nama saintifik  :   Nepenthes gracilis Korth.
Pengenalan
Kawasan hutan dipterokarpa bukit dan Hutan Gunung
Tanaman tumbuhan ini  boleh dikatakan membawa tuah kepada
warga keturunan cina. Spesies ini adalah dari jenis memanjat pokok lain dan batangnya pula menjalar di permukaan tanah. Kaedah pembiakan melalui keratan akar.
Daun pokok ini berbentuk bujur dan berwarna hijau terang. Keistimewaan pokok ini kerana ia mempunyai sejenis alat berbentuk uncang yang juga disebut periuk.
Saiz periuk ini ialah enam hingga 12 sentimeter panjang dan mempunyai pelbagai warna seperti hijau, coklat dan putih. Separuh daripada bahagian dalam periuk ini berisi cecair yang enzim pencernaan.
Periuk ini mempunyai penutup dan di bahagian bawahnya terdapat bahagian yang menyimpan madu yang berfungsi sebagai penarik kepada serangga.

Periuk ini agak unik kerana ia boleh memusnahkan serangga jika serangga berkenaan terjatuh atau masuk ke dalamnya. Serangga yang masuk ke dalam periuk itu akan dihancurkan oleh enzim yang terdapat di dalam periuk sebagai bahan makanan pokok berkenaan.
Malah saintis menganggap bahawa tumbuhan ini sebagai tumbuhan maging atau karnivor kerana ia memakan serangga dan haiwan kecil lain.
Khasiat dan Kegunaan
Melebatkan rambut, sakit mata, cirit-birit, gigitan bisa, batu karang
dan darah tinggi. Cecair dalam periuknya boleh melebatkan rambut
dengan melumurnya ke rambut dan mengubati sakit mata.
Air rebusan akar dan batang diminum untuk merawat cirit-birit,
batu karang dan darah tinggi. Jus batang diminum untuk 
mengurangkan sengatan bisa gigitan.
Tumbuhan ini juga diakui amat berguna dalam perubatan tradisional terutama di bahagian akar dan batangnya yang boleh mengubat penyakit cirit birit, batuk dan deman.
Caranya dengan merebus akar, batang dan daun selama satu jam sebelum diminum
Cara pengubatan adalah dengan menggunakan pokok periuk kera. Caranya ialah dengan merebus seluruh pokok periuk kera ini ikut sukatan yang berikut: Sepokok periuk kera ini digunakan untuk mendapatkan secawan air rebusan. Caranya ialah dengan rebus pokok periuk kera dengan 3 kali ganda air dari jumlah yang diperlukan. Air rebusan ini boleh diminum bila-bila masa seperti minum air teh atau kopi.
Akar dan batangnya direbus terlebih dahulu sebelum diminum bagi mengurangkan panas dan mengeluarkan kahak serta melegakan batuk. Memadai dengan meminum secawan air rebusan sehari dan baki airnya disimpan sebelum dipanaskan semula untuk digunakan keesokan harinya.
air di dalam takungan periuk kera sama ada yang ditanam atau dicari di hutan baik untuk mencuci mata. Syaratnya ialah penutup takungan itu belum terbuka.
Selepas penutup periuk kera dibuka, ia tidak boleh dibiarkan lama terdedah sebaliknya perlu terus dicurah atau dititikkan ke mata.
Jika pokok periuk kera tersebut besar dan air takungannya juga banyak, airnya bukan saja berguna mencuci mata malah boleh diminum untuk penjagaan kesihatan. (Tajuddin Abd. Manap, Pegawai laboratori Fitoubatan, UPM)



Herba Tidak Berbunga ( Khasiat Pokok Kera)

Periuk kera juga mempunyai beberapa nama lain seperti periuk monyet, periuk kerengga, moyong akar dan kenchong kera. Periuk kera merupakan sejenis tumbuhan daripada famili Nepenthaceae atau saintifiknya Nepenthes gracilis Korth.


Tumbuhan ini hidup subur  di kawasan hutan dipterokarpa, bukit dan hutan gunung. Masyarakat Cina percaya bahawa tanaman ini membawa tuah kepada sesiapa yang menahannya.  Spesies ini adalah daripada  jenis memanjat pokok  lain dan batangnya  pula menjalar di permukaan tanah. Kaedah pembiakannya  adalah melalui keratan akar.


Daun pokok ini berbentuk bujur dan berwarna hijau terang. Keistimewaannya pokok ini adalah kerana mempunyai sejenis alat yang berbentuk uncang yang juga  disebut sebagai periuk. Saiz periuk ini ialah hingga 12 sentimeter panjang dan mempunyai pelbagai warna seperti hijau, coklat dan putih.



Separuh daripada bahagian dalam periuk ini berisi cecair yang enzim pencernaan. Periuk ini mempunyai  penutup dan dibahagian bawahnya  terdapat bahagian yang menyimpan madu yang berfungsi sebagai penarik kepada serangga. Periuk kera agak unik kerana tumbuhan ini boleh memusnahkan serangga juka serangga berkenaan terjatuh atau masuk ke dalamnya. Serangga yang masuk kedalam akan dihancurkan oleh enzim yang terdapat di dalam periuk sebagai bahan makanan pokok berkenaan. Malah saintis menganggap bahawa tumbuhan ini sabagai tumbuhan maging atau karnivor kerana memakan serangga dan haiwan kecil lain.



Khasiat dan Kegunaan
Periuk kera merupakan sejenis tumbuhan yangsering digunakan untuk rawatan melebatkan rambut, sakit mata, cirit-birit, gigitan bisa, batu karang dan darah tinggi. Cecair dalam periuknya boleh melebatkan rambut dengan cara melumurnya pada rambutdan mengubati sakit mata. Air rebusan akar dan batang diminum untuk merawat cirit-birit, batu karang dan darah tinggi. Jus batang periuk kera diminum untuk mengurangkan sengatan bisa gigitan. Untuk mengubati penyakit cirit-birit, batuk dan demam, caranya adalah denga merebus akar, batang dan daun  selama satu jam sebelum airnya diminum bagi mengurangkan panas dan mengeluarkan kahak serta melegakan batuk.


Memadai dengan meminum secawan sehari. dan baki airnya disimpan sebelum dipanaskan semula untuk digunakan keesokkan harinya. Air di dalam takungan periuk kera baik untuk memcuci mata.. Selepas penutup periuk kera dibuka, cecair di dalam periuk itu tidak boleh  dibiarkan lama terdedah sebaliknya perlu terus dicurah  atau dititikkan pada mata. Jika periuk kera tersebut besar dan air takungannya banyak, airnya bukan sahaja berguna untuk mencuci mata malah boleh diminum untuk penjagaan kesihatan.


Syaratnya ialah penutup takungan itu belum terbuka. Selepas penutup priuk kera dibuka, cecair di dalam periuk itu tidak boleh dibiarkan lama terdedah sebaliknya perlu terus  dicurah atau dititikkan pada mata. Jika pokok periuk kera tersebut besar dan air takungannya juga banyak, airnya bukan saja berguna untuk mencuci mata malah boleh  diminum untuk penjagaan kesihatan. 

Periuk Kera


Periuk Kera/Periuk Beruk

Pokok periuk kera atau PERIUK BERUK memang banyak terdapat di hutan tempatan dan unik kerana mempunyai bahagian yang menakung air seakan-akan periuk di hujung daunnya.

Baca kelebihan tumbuhan ini di: Periuk Kera Legakan Demam Panas





Periuk Kera ~ nama saintifik Nepenthes mirabilis

Menyukai kawasan yang lembab dan terbuka tumbuhan unik ini biasa dijumpai tumbuh liar dikawasan hutan hujan tropika terutamanya dikawasan paya.Periuknya mengandungi sejenis bahan kimia yang dipanggil pepsin yang dapat menghadamkan serangga yang terperangkap didalamnya dan menukarnya kepada nutrien untuk tumbuhan ini.Periuknya mengandungi penutup yang menghalang air hujan dari bertakung di dalamnya.Tumbuhan ini boleh membiak melalui pecahan rumpun.Jenis Nepenthes mirabilis banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan sekarang berbanding dengan periuk kera jenis lain dan harganya boleh melebihi RM50 sepasu. Di sarawak periuknya digunakan untuk membungkus ketupat pulut yang dihidangkan di pagi raya.
Air yang terdapat didalam periuk kera ini dikatakan berkhasiat untuk mengekalkan kesihatan mata.Akarnya digunakan untuk mengubat penyakit semput atau lelah atau asma dengan cara mengasah akarnya pada pasu dan dicampurkan dengan kemenyan putih. campuran ini dididihkan dan ditapis sebelum diminum airnya.Kajian juga sedang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik untuk membuktikan khasiat tumbuhan ini sebagai penawar kepada penyakit kanser.

Kendi hutan


Periuk kera mempunyai ciri karnivorus dan terdapat di hutan Loagan Bunut.

Satu ketika dulu ramai yang takut dengan pokok ini kerana sifatnya yang pelik suka memakan serangga. Kini, tumbuhan liar yang sering dijumpai di kawasan hutan batu kapur dan lereng bukit ini menjadi rebutan ramai dan koleksi pengumpul tumbuhan eksotik. Ikuti keunikan tumbuhan ini, sehingga ada yang sanggup berbelanja lebih mendapatkannya.

HABITAT asal tumbuhan ini adalah paya gambut, hutan batu kapur dan lereng gunung. Digelar tumbuhan karnivor, periuk kera diklasifikasikan sebagai pokok insektivor kerana tabiatnya gemar memakan serangga.

Satu masa dulu, ramai yang takut dengan pokok ini kerana tabiat peliknya itu. Malah ada yang menggelarkannya pokok penuh misteri dan mempunyai kuasa mistik.

Kini, tumbuhan liar menjadi rebutan ramai terutama penggemar seni hias laman dan pengumpul tumbuhan eksotik. Nurseri bunga turut menjual pokok ini kerana permintaan terhadapnya semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Nama saintifik periuk kera ialah Nepenthes mirabilis dikategorikan sebagai tumbuhan yang sukar dijaga kerana memerlukan pengurusan rapi.
Pokok ini memerlukan siraman berjadual sekurang-kurangnya satu kali sehari dan sistem pemasuan perlu mempunyai saliran yang baik. Malah, ia memerlukan teduhan supaya dapat mengekalkan kesuburan daun dan kendinya.

Bagi mereka yang menggemari tumbuhan ini, ia dijual RM50 hingga RM70 sepasu bergantung kepada saiz dan keunikan pokoknya.

Namun, harga paling murah boleh didapati pada kadar RM20 dalam saiz kecil dan berdasarkan spesies yang mudah ditemui di negara ini.

Mereka yang menggemari pokok ini biasanya tidak kisah dengan harga yang ditawarkan kerana pokok ini sememangnya anggun digantung di balkoni rumah sebagai pokok hiasan menarik. Malah, pokok itu turut menyerlahkan status pemiliknya yang berkemampuan memiliki pelbagai spesies Nepenthes sebagai koleksi seni taman.

Ketika ini ada beberapa jenis periuk kera yang sering dijadikan hiasan iaitu Nepenthes albomarginata, Nepenthes ampullaria, Nepenthes edwardsiana, Nepenthes fusca dan Nepenthes rafflesiana kerana keunikan rupa bentuk serta warna kendi yang diserlahkan.

Tarikan utama pokok ini 100 peratus bergantung kepada keunikan kendinya yang terbentuk bukannya serlahan bunga berbanding pokok hiasan lain.

Oleh kerana pokok ini adalah spesies unik dan liar, maka pembiakan tanaman ini perlu dilakukan dengan teliti. Kebiasaannya, benih pokok ini di ambil dari hutan bersama dengan media tanahnya sekali, jika tidak ia sukar dibiakkan.

Baka induknya sukar dipindahkan. Keserasiannya dengan dunia hutan atau pergunungan menyebabkan ia gagal menyesuaikan diri dengan persekitaran baru terutama dedahan cahaya serta bahang kepanasan.

Hanya anak pokok yang tumbuh di sekitar induk boleh diambil dan dipindahkan menerusi kaedah pemindahan yang cermat termasuk tidak mendedahkannya kepada sinaran matahari pada peringkat awal pemindahan. Akar pokok juga perlu dipastikan tidak mengalami kerosakan teruk, jika tidak ia sukar untuk hidup.

Periuk kera sesuai menjadi tanaman pasu gantung dan tumbuhan penghias pergola dan wakaf, kerana sifat semula jadi yang menjalar dan memerlukan sokongan pokok lain untuk menyerlahkan keunikannya.

Dengan menggunakan pasu gantung, kendi pokok periuk kera dapat menyerlahkan dan ia nampak cantik apabila kelihatan berjuntai, bergoyang apabila ditiup angin dan sulur pautnya pula bertindak memegang dawai atau tali yang menggantungkan pasu berkenaan.

Spesies Periuk Kera


Nepenthes albormarginata

1. Nepenthes albormarginata turut dikenali N tomentella Miq yang boleh ditemui di puncak bukit rendah, kawasan terbuka bertanah gambut, kawasan batu kapur, hutan rawa atau kawasan berpasir di Borneo, Sumatera dan Semenanjung Malaysia, mampu tumbuh subur pada ketinggian 1000 meter ke bawah.

Spesies ini memiliki bingkai leher berwarna putih bersama bulu baldu di bawah peristomanya. Serlahan ini tidak dimiliki Periuk Kera lain. Kendinya pula memanjang sehingga 15 sentimeter (sm) dengan keunikan teksturnya yang kebalduan. Hijau adalah serlahan warna awal kendinya yang akan berubah menjadi merah, unggu dan berakhir dengan hitam.

Tumbuhan ini ini gemar makan anai-anai. Apa pun, sehingga kini tiada kajian terperinci bagaimana pokok ini bertindak memerangkap anai-anai kecuali hanya menemui beribu-ribu anai- anai memenuhi kendi lamanya. Kacukan (hybrids) spesies ini dikenal pasti jarang ditemui.

Nepenthes ampullaria

2. Nepenthes ampullaria juga dipanggil N ampullaceae Low memang mudah dikenali kerana kendinya berbentuk bujur telur atau lonjong bersama serlahan peristoma yang lebar dan rekahan sempit penutup/tudung kendi yang tidak pernah menutup permukaan mulut kendinya.
Spesies ini hanya ditemui memiliki kendi berwarna hijau dan sebahagian lagi ada adunan warna tompokan coklat dan ungu. Beberapa kendinya boleh ditemui di bahagian bawah dalam satu jambak yang sebahagiannya tertanam atau tertimbus dengan daun kayu reput. Kendi-kendi ini bertunas daripada susunan pucuknya dan mengeluarkan warna kilauan.

Sementara kendi pada bahagian atas boleh ditemui pada celahan daunnya atau cabang sulur paut juga dalam serlahan berjambak. Kendi ini hanya mampu bertahan dalam tempoh yang singkat serta jarang ditemui berbanding kendi di permukaan tanah. Pokok ini boleh memanjat pokok lain sehingga 15 meter.


Nepenthes bicalcarata

3. Nepenthes bicalcarata boleh dibezakan dengan spesies lain kerana ia satu-satunya pokok Periuk Kera yang memiliki duri dari tudungnya. Duri ini adalah sebahagian daripada peristomanya. Kendinya berukuran 25 sm panjang dan 16 sm lebar.

Tumbuhan ini boleh ditemui di kawasan sawah bertanah gambut sekitar ketinggian 950 meter dari paras laut dan tumbuh meliar di Sabah, Sarawak dan Brunei. Ia juga sesuai dikacuk dengan hybrid X ampullaria, X gracilis, X mirabilis dan X rafflesiana.


Nepenthes edwardsiana

4. Nepenthes edwardsiana pula hanya boleh ditemui di kawasan bukit berlumut yang ketinggian antara 1500 hingga 2700 meter dari paras laut. Kendinya memang cantik dan menarik dengan saiz 50 sm panjang dan 15 sm lebar.


Nepenthes fusca

5. Nepenthes fusca yang memiliki kendi berukuran 20 sm panjang dan 4 sm lebar juga boleh ditemui di kawasan sama, manakala Nepenthes mirabilis yang mempunyai sehingga 16 nama panggilan lain hidup subur di kawasan basah, hutan terbuka dan tepian paya terbiar.


Nepenthes rafflesiana

6. Nepenthes rafflesiana adalah spesies Periuk Kera yang besar. Kendinya boleh membesar sehingga 40 sm dengan bulu kemerah-merahan yang lazimnya berselindung disebalik susunan dedaun muda. Kendinya dikatakan sentiasa dilawati semut dan kelihatan seolah-olah bukan pokok insektivor. Bagaimanapun, cecair dalam kendinya sentiasa kelihatan likat untuk memerangkap mangsa. Spesies ini adalah tumbuhan liar yang biasa ditemui di kawasan tanah rendah di Brunei.

No comments:

Post a Comment