Wednesday, 11 July 2012

Khasiat Pegaga

Pegaga Embun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pegaga Embun
Pengelasan saintifik
Alam:Tumbuhan
Divisi:Magnoliophyta
Kelas:Magnoliopsida
Order:Apiales
Keluarga:Araliaceae
Genus:Hydrocotyle
Spesies:H. sibthorpioides
Nama binomial
Hydrocotyle sibthorpioides
Lam.
Pokok Pegaga Embun (nama saintifik Hydrocotyle sibthorpioides/sibthorpiodes/sibthorpioldes) ialah sejenis pokok renek dalam keluarga pegaga yang sering dimakan sebagai ulam. Ia bersaiz lebih besar berbanding pokok pegaga lain. Jarang terdapat dijual di pasar.
Ulam Pegaga sebagaimana tumbuhan herba hijau yang lain, kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protin, gentian, zat besi, vitamin A dan C

Khasiat Pegaga

Posted by: admin In: @Makanan KesihatanPegaga
pegaga
Pegaga merupakan sejenis ulam yang sememangnya sudah terkenal di negara kita. Kebiasaanya seluruh bahagian pegaga boleh dimakan iaitu daun, tangkai daun, batang, bunga, buah, dan akarnya. Pegagamemang sudah diketahui umum mempunyai pelbagai  khasiat yang tinggi. Masyarakat Cina menamakannya Ching Chow Sui manakala orang India pula memanggilnya valeerai dan gotu kola. Nama-nama ini telah tercatat dalam manuskrip Ayurvedic di India lebih 4,000 tahun lalu dan Shennong Herbal di China sejak 2,000 tahun.
pegaga2
Pegaga juga mengandungi banyak sebatian kimia dan bioaktiviti yang terbukti mengandungi ciri-ciri antibakteria, antipasma, antiinflamasi, hipotensif dan insektisid. Di kenali sebagai ‘makanan menjana kecerdasan otak’, tumbuhan ini amat dipercayai mampu  meningkatkan daya ingatan dan penumpuan fikiran. Seorang ahli farmasi Amerika Syarikat yang juga pakar pemakanan dan herba, Earl Mindel menyenaraikan pegaga dalam seratus herba yang berguna di dunia di dalam bukunya ‘The Herbs Bible’.
pegaga3
Pegaga juga telah lama digunakan sebagai tonik untuk membersihkan darah dan menghasilkan kulit yang sihat. Amalan meminum jus pegaga amat mujarab untuk membantu mereka yang bermasalah untuk tidur, merawat kerengsaan kulit serta tekanan darah tinggi. Pegaga juga memberi kesan kepada beberapa tingkat pembentukan tisu seperti menghilangkan parut, membina kolagen, merangsang pembentukan rambut dan kuku.


http://adrydaud.blogspot.com/2010/06/kemunting.html


Kemunting

Pokok kemunting biasanya tumbuh liar di kawasan terbuka.
Bunga kemunting berwarna merah jambu.
Buah kemunting yang telah masak dan boleh dimakan.




Nama Botani : Rhodamyrtus tomentosa
Famili : Myrtaceace



Pngenalan

Pokok kemunting merupakan tumbuhan yang hidup meliar di kawasan belukar dan tanah lapang terbiar. Pokok kemunting mencapai ketinggian hanya 2m di kawasan terlindung dengan pokok-pokok besar dan sekitar 1m di kawasan terbuka. Pokok kemunting berbunga dan mengeluarkan buah sepanjang tahun. Bunga kemunting mekar cantik dan berwarna merah jambu(rujuk foto). Buah kemunting yang masak boleh dimakan.



Kegunaan




Pucuk dan daun kemunting yang direbus dan diminum air rebusannya dipercayai dapat melegakan sakit perut. Pucuk pokok kemunting juga boleh digunakan untuk rawatan selepas bersalin. Pucuk kemunting direbus bersama-sama daun inai, daun ati-ati dan daun jambu batu dan airnya diminum untuk mengecutkan rahim. Akar dan daun pokok kemunting yang direbus dan diminum boleh digunakan untuk merawat keputihan pada wanita.


No comments:

Post a Comment