Tuesday, 3 July 2012

DAUN DURI TUJUH


KHASIAT DAUN DURI TUJUH


KHASIAT DAUN DURI TUJUH 


Khasiat jarum tujuh bilah

JARUM tujuh bilah dikategorikan sebagai tanaman herba yang turut diminati orang ramai untuk ditanam di dalam pasu dan halaman rumah. Tumbuhan dari keluarga kaktus ini mungkin satu-satunya kaktus yang mempunyai daun yang sebenar. Ia adalah genus paling primitif dalam keluarga kaktus.
Pokok ini dipercayai berasal dari Korea Selatan tapi boleh didapati dengan mudah di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Malah ia adalah tumbuhan yang agak lasak dan boleh beradaptasi dengan hampir semua iklim.
Keadaan optimum untuk pertumbuhan mesti ada sinar matahari yang terang dan iklim tropika Ia adalah tumbuhan yang mudah membiak. Memiliki ciri yang hampir menyerupai pokok parisan.
Ada 15-20 spesies pereskia terutamanya dari Afrika Selatan, Amerika Tengah dan India Barat. Sepanjang batangnya terdapat tujuh batang duri yang meruncing tajam kerana itu juga ia dipanggil jarum tujuh bilah.
Kegunaan:
Jarum Tujuh Bilah dikatakan boleh membantu dalam rawatan penyakit kanser terutamanya kanser kolon (usus besar), kanser hidung dan juga kanser lain.
Ada tiga cara menggunakannya, pertama dengan memasukkan lebih kurang dua helai daunnya ke dalam air panas dan dijadikan teh dan airnya diminum, kedua daunnya dimakan sebagai ulam satu hingga tiga helai setiap hari dan ketiga dengan cara mengisar daunnya hingga lumat , campurkan air dan jusnya diminum.
Anda dilarang dari meminum sebarang jenis minuman selepas mengambil herba ini kerana ia dikatakan dapat menghapuskan segala khasiat dalam badan kita.
Kajian terhadap kandungan kimia yang terdapat dalam pereskia dan tindakbalas sel kanser terhadapnya boleh didapati di http://www.moste.gov.my
Ia dikatakan dapat mengubat darah tinggi dan kencing manis.
Cara menanam:
· Mudah ditanam dengan kaedah cantas dan cucuk.
· Boleh membiak melalui biji benih.
· Daunnya mudah gugur jika terdedah dengan keadaan kering namun mudah pula tumbuh semula apabila air mencukupi.
· Daunnya rangup dan sedikit berlendir serta boleh dijadikan ulam atau salad


Jarum Tujuh Bilah




Kaya antioksidan, elak penyakit

Pokok Jarum Tujuh Bilah atau nama saintifiknya pereskia sacharosa adalah sejenis pokok dari keluarga kaktus yang mungkin juga satu-satunya kaktus yang mempunyai daun sebenar. Pokok Jarum Tujuh Bilah ini dipercayai berasal dari Brazil, Paraguay, Uruguay dan Argentina. Nama lain pokok Jarum Tujuh Bilah adalah Bintang Tujuh, pokok kanser dan chat sim chan.


Pokok Jarum Tujuh Bilah

Keistimewaan Jarum Tujuh Bilah adalah disebabkan ia tumbuhan yang agak lasak dan boleh beradaptasi dengan hampir semua iklim kecuali iklim tundra. Walaupun tergolong dalam keluarga kaktus, namun khasiat pokok Jarum Tujuh Bilah untuk tujuan perubatan memang tidak dapat dinafikan. Malah, disebabkan khasiat ubatannya ini jugalah membuatkan pokok herba ini turut ditanam sendiri oleh penggemarnya di rumah.

Ciri-ciri pokok Jarum Tujuh Bilah adalah hampir menyerupai pokok partisan. Pokok ini juga mudah ditanam dengan kaedah cantas dan cucuk. Pokoknya juga boleh membaik melalui biji benih. Ðaunnya mudah gugur jika terdedah dengan keadaan kering, namun mudah pula tumbuh semula apabila mendapat air yang mencukupi.

Pokok ini mendapat nama daripada tujuh batang duri yang meruncing tajam yang terdapat pada batangnya. Bunga pokok Jarum Tujuh Bilah berwarna kuning kemerahan dan mempunyai 8 hingga 12 kelopak dengan stigmanya berwarna putih.

Bunga Jarum Tujuh Bilah

Bunganya terbit di bahagian pucuk dahan. Ðaun pokok Jarum Tujuh Bilah berkilat dan berbentuk runcing pada hujung pangkal. Ðaunnya lebut dan rangup jika diramas serta berlendir. Urat daun berselang-seli dan ada yang bertemu di bahagian pangkal daun.

Erk... ni dah lebih tujuh nih...


Urat sebelah belakang daun berwarna ungu. Selain dikatakan mempunyai khasiat ubatan, daun pokok Jarum Tujuh Bilah yang rangup boleh juga dijadikan sebagai ulam atau dijadikan hidangan salad. Sekiranya mahu dimakan sebagai ulam, anda dinasihatkan supaya menceraikan daun daripada batangnya satu persatu. Ini kerana, walaupun batang mudanya lembut, tetapi masih mempunyai duri yang halus.

Pencegah barah

Secara tradisionalnya, untuk mendapatkan khasiat Jarum Tujuh Bilah ini, daunnya yang matang dipetik sebanyak satu atau dua helai dan dimakan sebagai ulam bersama-sama dengan nasi atau dimakan secara mentah begitu sahaja. Ðaun Jarum Tujuh Bilah ini mengandungi lendir, tetapi lendir ini tidak pahit.

Jika diamalkan memakan daun ini secara berterusan, khasiat daun ini dikatakan mampu atau mungkin boleh melindungi tubuh daripada pelbagai jenis barah. Walaupun begitu, kajian lanjut masih amat diperlukan untuk menilai keberkesanannya terhadap pesakit barah.

Melalui kajian yang telah dilakukan, dikatakan daun Jarum Tujuh Bilah mempunyai jumlah antioksidan yang tinggi. Walaupun nilai aktiviti antioksidannya tidak setinggi vitamin C dan vitamin E, tetapi nilainya masih dianggap tinggi dan sesuai untuk dimakan sebagai ulam bagi meningkatkan paras aktiviti antioksidan di dalam tubuh seseorang.

Ðaun Jarum Tujuh Bilah ini juga dikatakan mengandungi sebatian fenolik yang sederhana tinggi. Sebatian fenolik memang telah diketahui menunjukkan aktiviti antioksidan di samping menghapuskan radikal bebas.

Amalan memakan daun pokok Jarum Tujuh Bilah juga dikatakan mampu menghindarkan seseorang daripada menghidap darah tinggi, kencing manis dan barah. Selain memakan daun pokok Jarum Tujuh Bilah untuk dijadikan ulam, anda juga boleh meminum air rendaman daun ini untuk dijadikan minuman seperti air teh.

Anda juga boleh mengisar daun ini menjadi lumat dan dijadikan sebagai jus minuman. Rasa jus ini agak pahit tetapi khasiatnya dikatakan mampu mengurangkan tekanan darah tinggi dan juga diabetes.

BATANG pokok ini berduri seperti jarum. Durinya terbit antara lima, enam atau tujuh bilah di setiap pangkal daun, malah ada yang terbit lebih daripada tujuh batang duri. Amalan tradisi akan memilih daun yang mempunyai tujuh duri dipangkalnya.

Daunnya berkilat berbentuk runcing pada hujung dan pangkal, lembut dan rangup jika diramas serta berlendir. Urat daun berselang-seli dan ada yang bertemu di bahagian pangkal daun, sementara urat sebelah belakang daun berwarna ungu.
Daun mudanya elok dimakan begitu saja. Rasanya seperti pucuk paku. Sedap jika dimasak lemak, tetapi untuk mengekalkan khasiatnya, baik dimakan sebagai ulam.
Bunganya berwarna kuning kemerahan mempunyai lapan hingga 12 kelopak dengan stigmanya berwarna putih. Bunga tujuh duri ini terbit di bahagian pucuk dahan.
Nama saintifiknya Pereskia bleo dari keluarga Cactaceae. Batang yang tua berkilat sementara batang mudanya berwarna hijau muda bertompok-tompok putih. Batangnya jika dikerat-kerat atau dicantas akan mengeluarkan lendir. Ia mudah bertunas serta mudah ditanam melalui keratan batangnya.
Untuk tujuan ulam, anda dinasihatkan supaya menceraikan daun daripada batangnya satu persatu. Ini kerana, walaupun batang mudanya juga lembut, tetapi masih mempunyai duri halus yang berbisa. Amalan memakan daunnya dikatakan terhindar dari darah tinggi, kencing manis dan barah.

DAUN JARUM TUJUH BILAH MERAWAT KANSER DAN PENYAKIT LAIN

Assalamualaikum guys..... Korang pernah tengok daun herba nih tidak? Ini orang tua dulu2 panggil daun Jarum Tujuh Bilah. Nama pelik tapi khasiat daun ini memang terbukti boleh mengubati pelbagai penyakit terutama KANSER.  Mungkin banyak katagori kanser yang dapat pulih dari memakan daun herba ini selain herba Daun Belalai Gajah atau Sabah Snake Grassdan Keladi Tikus

Daun Jarum Tujuh Bilah ini kerana salah seorang sahabat abang ipar aku pulih dalam masa 3 bulan sahaja kerana setiap hari dia makan mentah2 daun Jarum Tujuh Bilah. Beliau mempunyai penyakit Kanser jenis Lymphoma. Herba daun Tujuh Bilah ini tidak pahit dan rasanya seakan2 macam makan jantung pisang kerana sedikit licin seperti jelly atau berlendir. Memang sedap dibuat ulam2an. Kalau di rendam dengan air suam untuk dibuat teh, daun ini akan menjadi lembut dan mudah dikunyah... 

 

Inilah pokok herba daun Jarum Tujuh Bilah yang di tanam di belakang rumah. Lebat dan kadang2 berbunga. Cantik bunga daun herba ini tapi tak sempat nak share dengan korang.

Daun herba Tujuh Bilah ini boleh dimakan begitu sahaja dengan mengambil setiap hari 3 atau 4 helai atau rendamkan ke dalam segelas air suam selama 15 minit. Dahulukan dengan bacaan AL Fatihah dan selawat Syifa, kemudian minum hingga habis dan dimakan sekali daunnya. Selepas pengambilan daun ini elakkan mengambil minuman lain selama 1 jam... 


Mak mertuaku rajin menanam herba2 yang boleh mengubati pelbagai penyakit. Selain rawatan penyakit, kami sekeluarga memang gemar makan ulaman mentah2. Lagi2 bila dapat tahu ulam itu sangat berkhasiat. Tak rugi makan ulam2an nih. Lagi sihat ada..


Zoom lagi dekat.. Amacam pernah jumpakan? Kalau korang jumpa ler daun nih pastikan korang ambil batangnya dan cucuk kat belakang rumah atau pasu. Senang dijaga dan senang hidup. Tak rugi menanamnya kerana herba ini sangat baik untuk mengubat pelbagai penyakit KANSER dan penyakit yang berjangkit. Kita mencuba dan berusaha sahaja. Selebihnya kita berdoa dan berserah pada-Nya agar penyakit2 itu dapat disembuhkan.

Nota
Selain amalan daun herba2 seperti SSG @ daun belalai gajah + keladi tikus + Jarum tujuh bilah dan sebagainya, pastikan kita juga amalkan solat2 sunat hajat + taubat + doa2 dan amalan ayat Quran yang pernah aku berikan pada post2 yang lama. Korang boleh tengok di petua / kesihatan dan berubat dengan doa

okok Jarum Tujuh Bilah

Hari Sabtu lepas baru saya terperasan yang pokok Jarum Tujuh Bilah saya sudah mengeluarkan putik bunga. Apa yang menghairankan saya ialah bunganya berwarna Ungu tidak seperti kebiasaannya berwarna Peach ataupun Orange. Saya mengagak mungkin ini dari spesies yang berlainan. Setelah saya mencari di internet saya rasa spesis ini dikenali sebagaiPereskia-grandifolia



Terdapat banyak jenis spesies Pereskia di dunia ini iaitu lebih kurang 15 hingga 20 spesies. Pereskia saecnarosa atau jarum tujuh bilah, tergolong dalam kumpulan kaktus yang merupakan pokok kecil yang boleh mencecah ketinggian 3 hingga 6 meter. Mempunyai bunga yang berwarna oren. Pokok ini dipercayai berasal dari Brazil, Paraguay, Uruguay dan Argentina. Pokok ini mempunyai daun yang pendek (lebih kurang 4 inci atau 10sm) dan mempunyai jarum yang sangat tajam pada batangnya (sama seperti kaktus). Yang menariknya, jarum yang terdapat pada sepanjang batang berjumlah tujuh bilah, yang menerangkan dengan jelas perkaitan di antara nama dan sifat fizikal pokok ini.

Secara tradisionalnya, untuk mendapatkan khasiat jarum tujuh bilah ini, daunnya yang matang dipetik (satu atau dua helai daun) dan dimakan sebagai ulam bersama-sama dengan nasi atau makan secara mentah. Daun jarum tujuh bilah ini mengandungi lendir, tetapi lendir ini tidak pahit. Jika diamalkan daun ini secara berterusan, ia mungkin boleh melindungi badan daripada pelbagai jenis barah.

Daripada kajian makmal yang dilakukan oleh pihak Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), daun jarum tujuh bilah menunjukkan jumlah aktiviti antioksidan (total antioksidan activity) yang tinggi. Walaupun nilai jumlah aktiviti antioksidannya tidak setinggi vitamin C (asid askorbik) dan vitamin E (alfa-tokoferol), tetapi nilainya masih dianggap tinggi dan sesuai untuk dimakan sebagai ulam bagi meningkatkan paras aktiviti antioksidan di dalam tubuh seseorang. Daun jarum tujuh bilah ini juga mengandungi sebatian fenolik yang sederhana tinggi. Sebatian fenolik memang telah diketahui menunjukkan aktiviti antioksidan di samping menghapuskan radikal bebas.

Bagi membuktikan sama ada jarum tujuh bilah mampu untuk mengubati atau mencegah barah, kajian praklinikal telah dijalankan untuk menilai keberkesanan ekstrak daun jarum tujuh bilah secara in vitro (kultur tisu) dan juga secara in vivo (kajian haiwan). Bagi kajian kultur tisu, ekstrak daun jarum tujuh bilah bertindak secara efektif untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser buah dada dan juga sel kanser ovari. Bagi kajian haiwan pula, ekstrak daun jarum tujuh bilah pada kepekatan 10% (100g daun jarum tujuh bilah dikisar dengan 1,000ml air) telah diuji keberkesanannya terhadap tikus yang diaruh kanser hati. Keputusannya menunjukkan bahawa ekstrak daun jarum tujuh bilah mampu untuk mengurangkan keterukan kanser hati dengan menurunkan paras enzim penanda kanser. Walau bagaimanapun, penurunan paras enzim penanda kanser tidak sampai ke paras normal yang menunjukkan bahawa ekstrak daun jarum tujuh bilah hanya mampu untuk mengurangkan keterukan kanser hati, tetapi bukannya mengubati kanser hati secara keseluruhan.

Kajian secara in vitro (kultur tisu) dan juga secara in vivo (kajian haiwan) menunjukkan bahawa daun jarum tujuh bilah tidak menunjukkan kesan toksik atau kesan sampingan yang buruk kepada sel yang normal atau tikus yang normal.

Kesimpulannya, daun jarum tujuh bilah mempunyai kesan untuk melawan atau mengubati barah, tetapi kajian lanjut masih amat diperlukan untuk menilai keberkesanannya terhadap pesakit barah atau kanser. Tiada kesan toksik dilaporkan pada sel yang normal atau tikus yang normal yang menunjukkan ia selamat untuk dimakan dalam kuantiti yang sederhana. Diharap dengan penemuan kajian ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak dan mempromosikan pemakanan ulam-ulaman tempatan bukan sahaja di Malaysia, malahan di seluruh dunia. - Profesor Madya Dr. Asmah Rahmat, (UPM)


Pokok Jarum Tujuh Bilah

Kuntum dan daun 
Bunga berwarna oren
Buah yang muda
Duri pada batangnya

Gambar diambil di kampung Pak Kholil. Pokok Jarum Tujuh Bilah ialah sejenis kaktus yang berasal dari Korea. Nama saintifiknya ialah Pereskia sacharosa/saecnarosa dan dikenali juga sebagai pokok bintang dan pokok kanser. Ia membiak secara keratan batang dan biji. Pokok ini tahan lasak dan didapati tumbuh subur di negara-negara Asia Tenggara, India dan Afrika.

Nama pokok ini diambil sempena tompokan duri-duri runcing panjang yang terdapat di sepanjang batangnya. Duri ini berbahaya jika terkena badan terutama pada kanak-kanak. Namun begitu semakin ramai orang yang menanamnya di perkarangan rumah sebagai hiasan kerana pokoknya yang menarik tambahan setelah mengetahui khasiatnya yang unik. Banyak kajian saintifik yang dijalankan telah berjaya membuktikan kehebatan tumbuhan ini.

Daun pokok Jarum Tujuh Bilah mengandungi bahan yang boleh melawan sel-sel kanser terutama yang menyerang pada usus, hidung serta anggota-anggota lain. Ada tiga kaedah yang digunakan untuk merawat penyakit ini iatu dengan merendam dua helai daun pokok ke dalam air panas kemudian air tadi diminum. Kedua, memakan 1-3 helai daun setiap hari sebagi ulam dan ketiga, menumbuk daun hingga lumat dan minum jusnya. Lendir dari daun juga boleh disapukan pada kulit yang luka. Selain itu tumbuhan dipercayai boleh merawat penyakit kencing manis dan darah tinggi

Khasiat Air Mani untuk Wanita

sel air mani lelaki

Rasanya bukan aku seorang saja yang bertanya diri sendiri kenapa orang lelaki bila dia dah berkahwin perutnya akan buncit. Selalu juga aku dengar orang cakap macam ni, “Sekarang ni kurus. Dah kawen nanti mesti gemuk.” Walaupun istilah gemuk dan buncit itu tak sama, tapi dalam konteks ini ianya membawa maksud yang serupa, iaitu perut naik. Tapi…kenapa ye? – Aku bukan kurus wei, cuma tak gemuk je haha.
Persoalan itu terjawab akhirnya selepas aku baca satu artikel dalam Majalah Maskulin edisi Ogos 2009 baru² ni. Jadi rasanya elok juga berkongsi dengan rakan² info pasal ni. Artikel yang anda akan baca nanti mungkin ada yang mencelarukan perasaan. Mungkin rangsangan dirinya sedikit terganggu. Tapi ketahuilah, aku tiada niat untuk berkata lucah ke apa kat sini. Anggaplah ianya satu info yang patut diberi perhatian bagi anda yang bergelar lelaki terutamanya. Perempuan pun sama juga. Takkanlah suami nak isterinya slim anggun menawan tapi perut suaminya boroi ke depan sampai nak tengok kaki sendiri pun tak nampak hehe. Sama²lah berusaha supaya dua² maintain slim dan bergaya.
Menurut artikel dalam kolum Info Seks majalah tersebut, lelaki yang dah berkahwin ni senang buncit disebabkan faktor kelamin sebenarnya. Orang perempuan pula perut buncit kerana kena ‘buatan orang’ hehe. Gurau². Ok. Selalu juga kita dengar lelaki yang dah berkahwin ni perut buncit sebab ada orang jaga makan minum dia. Entahlah boleh diterima ke tak. Ianya sekadar agak² orang, bukannya fakta pun. Ini faktanya yang perlu kita tahu.
Kita sambung lagi.
Kebuncitan lelaki ini berlaku apabila cecair daripada isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekaligus akan mudah membuatkan perut menjadi buncit. Faktor itu juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang. Ooo…
Namun jika hubungan kelamin tidak dilakukan dalam tempoh yang lama, perut mereka akan kembali kendur dan zakar pula akan mula mengecut. Selalunya berlaku kepada lelaki yang dah bercerai, mereka yang dah lama menduda atau selalu sibuk dengan kerja sampaikan tuntutan nafkah batin diabaikan. Kasihan ‘dia’.

KHASIAT AIR MANI UNTUK WANITA


Ada khasiat rupanya. Kepada wanita yang sudah berkahwin, dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan mempunyai mood yang lebih baik. Kulit isteri lembut hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan berkhasiat. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat, ia juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap ke dalam tubuh isteri.
Ooo patutlah wanita yang dah berkahwin ni nampak lebih gebu. Tapi rasanya awal² kahwin je kot. Dah beranak 3, mulalah kulit berlipat². Kena sama² pandai jaga badan lepas kahwin, ok?
Khasiat lain sperma untuk wanita:
  • Rambut isteri semakin hitam dan berkilat.
  • Mengurangkan jerawat.
  • Campuran sperma dalam tubuh isteri akan menghasilkan berjuta² hormon yang membuatkan wanita lebih ceria dan gembira.

EDAH DAN AIR MANI


Dalam Islam, tempoh edah diberi kepada isteri yang baru bercerai adalah untuk menghilangkan air mani bekas suami yang masih berada dalam tubuh badan isteri, supaya tak berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus melakukan hubungan seks dengan suami baru.
Ada logiknya juga. Setiap hukum dan ketentuan dalam Islam mesti mempunyai sebab yang tertentu sama ada kita tahu atau tidak. Tak perlulah buah tafsiran atau tohmahan terhadap agama sendiri hingga terjadinya murtad. Kajilah dulu kalau boleh. Memang diyakini Islam itu benar.
Itulah saja info yang baru aku dapat. Lelaki buncit lepas kahwin ni kadang² orang cakap sebab hati senang. Mungkin satu faktor lagi kot yang menyumbang. Ada orang suka lelaki berperut buncit, lagi² bila dah jadi ayah. Boleh anak² belajar mendaki ‘bukit’ hehe. Terpulanglah.


No comments:

Post a Comment