Tuesday, 3 July 2012

botak


BAGAIMANA CARA / AMALAN MENGUBATI CARA TRADISIONAL


Boleh dikatakan Keseluruhan pokok pisang ada kegunaan NYA . Dari daun buah, jantung dan batangnya. Selain dari daunnya yang digunakan untuk membungkus nasi lemak, membalut nasi himpit, lontong, kueh muih danmacam-macam lagi lah. Buah dan jantung nya yang boleh dimakan dengan berbagai cara.

Tapi ada satu petua yang pelik tapi benar sekali

Ubat untuk rambut gugur atau kepala botak

Caranya, tebang sebatang pokok pisang sebarang jenis agak-agak separas pinggang. Buatkan lubang ditengah-tengah batang pisang yang tinggal. Kemudian esoknya pagi-pagi curahkan air segar yang sejuk kedalam lubang yang dikorek tadi. Tapi Biasanya air dari batang pisang akan bertakung dalam lubang itu, jadi tambahkan sedikit air sahaja sudah memadai.


Air itu diambil dan lumurkan pada keseluruhan kepala. Buat setiap pagi. Insyaallah Tidak lama kemudian rambut yang botak akan tumbuh seperti biasa.


Jantung pisang sedap dibuat ulam cecah sambal belacan atau sambal kicap. Selain dimasak lemak cili api dan sebagainya.


POKOK DUKUNG ANAK


Dhyllanthus niruni merupakan nama botanikal kepada pokok dukung anak. Dikenali sebagai dukung anak , Amin buah atau keman jolok, oleh orang Melayu.

Air dan rebusan pokok ini diminum, mampu mengubati penyakit cirit-birit. Malah kajian sains membuktikan ia mampu menurunkan tekanan darah tinggi. Perahan air daripada pokok ini juga dikatakan mujarab mengubati kudis dan luka.

Caranya...
Semua bahagian tumbuhan itu direbus dan airnya diminum pada setiap hari untuk menurunkan tekanan darah tinggi.Kaedah yang sama juga berkesan untuk mengubati cirit-birit. Air perahan daripada pokok dukung anak juga boleh digunakan untuk mengubati luka dan kudis. Titiskan air perahan itu ke bahagian yang luka dan berkudis dengan kerap selama beberapa hari sehingga sembuh.

Bagaimanapun tidak sesuai bagi yang menghidap penyakit batu karang.


Pokok ni banyak tumbuh dikeliling rumah, cuma belum pernah guna lagi. Belum sakit:D


Kegunaan Pokok dukung anak
Dukung Anak yang banyak tumbuh meliar dikatakan amat sesuai untuk merawat penyakit Hepatitis B kerana tumbuhan herba ini boleh membersihkan darah dalam badan. Untuk menggunakannya adalah mudah. Kita hanya perlu mengambil semua sekali pokok Dukung anak itu (kira-kira lima batang pokok) dan membersihkannya. Kemudian tumbuk pokok itu sampai hancur atau lumat. Masukkan ke dalam segelas air kosong dan terus minum. Oleh kerana rasanya agak pahit, ia boleh dicampurkan dengan sirap, yogurt atau susu kambing. Berdasarkan kajian saintifik, tumbuhan ini selamat untuk digunakan dan tidak berbahaya.



                                                                terung pipit






Terung pipit atau juga dikenali sebagai terung rembang (rimbang dalam bahasa Minang), atau terung manggul adalah sejenis ulam yang terdapat di hutan ASEAN. Nama botani terung ini adalah Solanum tarvum.

Khasiat
Secara saintifik
Dalam tiap 100 g bahagian yang boleh dimakan mengandungi: air 89 g, protein 2 g, lemak 0.1 g, karbohidrat 8 g, serat 1.0 g, kalsium 50 mg, fosforus 30 mg, ferum 2 mg, vitamin A 750 I.U., vitamin B1 0.08 mg, vitamin C 80 mg.

Secara tradisi

Buahnya mengandungi banyak khasiat. Antaranya dengan meminum air rebusan buah ini dapat meredakan kesakitan akibat sakit perut yang berterusan. Selain itu akarnya pula dapat mengubati retak kulit pada kaki.

Batangnya berkayu liat, mempunyai dahan banyak dan berduri. Daunnya berpasangan dan mudah, bergaris bentuk bujur dan terdapat juga duri pada urat daunnya. Bunganya berjambak-jambak di hujung atau terminal ranting, berwarna putih.

Penggunaan

Pokok terung pipit mempunyai potensi bagi membersihkan kawasan tercemar kerana ia mampu menyerap logam berat dari tanah. Bagaimanapun, pokok yang ditanam bagi tujuan ini tidak sesuai digunakan sebagai sumber makanan bagi mengelak keracunan kepada manusia yang memakannya.

Sesetengah jenis pokok terung pipit (dari Mexico) mengandungi alkaloid glycosilated yang boleh digunakan bagi menghasilkan hormon steroid (Lewis et al., 1970; Maití et al., 1979), menjadikan spesies ini penting dari segi ekonomi., Selain itu setengah jenis terung pipit yang putik boleh menyebabkan gejala neurologikal dan sakit perut (“gastrointestinal” berpunca dari solanaceous steroidal glycoalkaloids (SGAs).

Khasiat Terung Pipit

Merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika.Biasanya dimakan secara mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam. Dikenali sebagai Solanum torvum ,dalam nama sainsnya.

Daripada kajian, terung ini mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat serta mengandungi fosforus, sedikit zat besi, banyak vitamin A dan C dan sedikit vitamin BI.Terung ini juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai soladin dengan kandungan sebanyak 0.84%.

Buah ini mengandungi banyak khasiat. Antaranya dengan meminum air rebusan buah ini dapat meredakan kesakitan akibat sakit perut yang berterusan.Selain itu akarnya pula dapat mengubati retak kulit pada kaki.





pokok maman

Nama Saintifik: Cleome gynandra
Famili: Capparidaceae

MAMAN adalah sayuran tradisional yang sangat digemari masyarakat desa. Pucuk atau daun muda yang dijeruk dimakan dengan nasi. Air jeruknya menjadi cicah ikan bakar atau dihirup seperti sup. Rasa masam jeruk maman ini merangsang selera sehingga nasi lebih enak dimakan dan lebih berselera daripada biasa.

Pucuk Maman juga menjadi sayuran penyedap rasa dalam pindang ayam atau ikan dan pelbagai resipi masakan tradisional yang digemari.








Maman, herba semusim setinggi antara 60 hingga 80 sentimeter (sm). Batangnya lembut, bercabang di bahagian atas dan berwarna hijau kemerahan. Daun kompaun palmat yang terdiri daripada 3 hingga 5 segmen berbentuk obovat. Petiol 5 hingga 10 sm panjang. Infloresen terminal rasem dengan bunganya yang berwarna putih keunguan. Buah kapsul berbentuk silinder, 3 hingga 11 sm panjang, 3 hingga 6 milimeter (mm) lebar dan hujung berparuh runcing. Pedisel 1 hingga 3 sm panjang. Buahnya mengandungi biji-biji kecil berwarna hitam keperangan.

Maman mengandungi khasiat makanan yang tinggi. Dalam tiap-tiap 100 gram (g) bahagian yang boleh dimakan, Maman mengandungi air 88.3 g, protein (4.1 g), lemak (0.5 g), karbohidrat (3.5 g), serat (1.8 g), kalsium (275 mg), fosforus (28 mg), ferum (8.1 mg), natrium (16 mg), kalium (269 mg), karotena (5,816 ug), vitamin A (969 ug), vitamin B1 (0.14 mg), vitamin B2 (0.24 mg), niasin (1.4 mg) dan vitamin C (72. mg).

Maman mudah dibiakkan dengan menyemai biji benih. Tanaman ini adalah tanaman parak dan sering ditanam selepas pembukaan tanah baru. Biji maman ditaburkan di tempat yang dibakar. Selepas 3 hingga 6 minggu atau sebelum berbunga maman ini dituai pucuknya atau dicabut terus. 



pokok pegaga

Pegaga tumbuh di kawasan tropika yang terbuka dan tumbuh melata. Antara jenis-jenisnya ialah :-
1. Pegaga cina atau pegaga nyonya yang berdaun kecil,
2. Pokok Pegaga Daun Lebar,
3. Pokok Pegaga Kelantan,
4. Pokok Pegaga Renek
5. Pokok Pegaga Salad
6. Pokok Pegaga Gajah
7. Pokok Pegaga Brunei
Khasiat
Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan.
Antara khasiat lain pegaga adalah:
* penawar alahan
* anti kanser
* melawaskan air kencing
* penawar batu karang
* penawar kencing berdarah
* penawar ulser
* merangsang peredaran darah
* merawat cirit birit
* menurunkan tekanan darah


Kebiasaannya kegunaan pegaga di rumah ni bagi masakan lemak..Tapi boleh juga dimakan begitu saja.. Ops kena basuh lah dulu nanti ada plak kena kuman plak..
Selain itu ianya boleh dijadikan sebagai ‘jus’ dengan mem’blender’ pegaga tersebut. Tapi saya tak pernah cuba lagi (rasanya ada dikomersialkan ) ..
Kepada sesiapa yang ingin melakukan penanaman taman dapur (edible garden), rasanya pegaga ini sesuai untuk dijadikan sebagai landskap memandangkan ianya tidak tinggi sebaliknya menjalar di tanah.



                                                                   ulam raja

Nama Tempatan         :        Ulam Raja 

Nama Saintifik            :        Cosmos
caudatus 

Nama Lain                   :         King
salad, Intan Berayun 

  

Ulam Raja (king salad) sebenarnya adalah tergolong dalam
jenis cosmos yang biasa ditanam sebagai pokok hiasan kerana bunganya yang
cantik dan berwarna warni. Namun yang selalu dijadikan ulam selalunya mempunyai
bunga yag kecil dan berwarna agak pucat(merah jambu pucat) atau putih.Ia juga
dikenali sebagai bokok intan berayun. biasanya ia boleh tumbuh hingga mencapai
2 meter tingginya dan ketinggian yang paling sesuai untuk pertumbuhannya ialah
pada 200 meter dari aras laut. Ia membiak melalui biji benih yang dihasilkan
selepas bunganya matang.Tumbuhan ini berasal dari Amerika latin tetapi boleh
didapati tumbuh secara liar disemua negara asean. ia mengandungi 0.3 peratus
protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat, ia juga kaya dengan laksium dan
vitamin A.

 

KHASIAT
Ulam raja digunakan dalam perubatan tradisional kerana
khasiatnya yang dikatakan dapat mencuci darah dari bahan toksid dan juga dapat
menguatkan tulang. klorofom yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi
costunolide, stigmasterol, lutein dan bipyridine yang dikatakan dapat
merencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus seperti candida albicans
dan Bacillus subtilis dan juga E.choli.
Ulam
Raja ini sangat senang ditanam dan boleh tumbuh dihalaman rumah atau
didalam pasu bunga. Kaedah penjagaan yang mudah dengan siraman air dua
kali sehari akan menjadikan pokok ulam raja mudah membiak dan membesar
dengan cepat. Ianya boleh dijadikan sumber sayuran atau ulaman
seharian. Sangat sesuai ditanam didalam pasu sekiranya anda tinggal
dirumah bertingkat seperti flat atau apartment



daun sireh
Khasiat Daun Sirih
TANAMAN bernama ilmiah Piper betle ini termasuk jenis tumbuhan merambat dan bersandar pada batang pohon lain. Permukaan daun berwarna hijau dan licin, sedangkan batang pohonnya berwarna hijau tembelek (hijau agak kecoklatan) dan permukaan kulitnya kasar serta berkerut-kerut.
Bentuk daun sirih pipih menyerupai jantung dan tangkainya agak panjang. Buah sirih berupa buah buni yang berbentuk bulat berwarna hijau keabu-abuan.
Akarnya tunggang, bulat dan berwarna coklat kekuningan. Kemampuan tanaman ini untuk memanjangkan batangnya bisa mencapai puluhan meter.  Siapa yang tidak mengenal daun sirih, tanaman yang kaya akan manfaat ini memiliki beberapa khasiat untuk kesehatan dan kecantikan. orang-orang tua juga biasa menggunakannya bersama buah pinang dan kapur untuk di kunyah atau istilahnya menyirih.
Tanaman ini cukup terkenal di berbagai belahan dunia, terutama di kawasan Asia Selatan dan Asia Tenggara. Selain itu, daun ini memiliki nama lokal di berbagai wilayah seperti betel (Perancis), betelhe, vitele (Portugal); sirih (Indonesia), suruh, sedah (Jawa), seureuh (Sunda), ju jiang (China). Sirih dapat dimanfaatkan untuk :
-Anti oksidan
Minyak atsiri dari daun sirih memiliki kandungan minyak terbang (betiephenol), seskuiterpen, pati, diatase, gula dan zat samak dan kavikol yang memiliki daya antioksidasi (mematikan kuman) dan fungisida (anti jamur). Sirih juga mengadung bahan aktif fenol dan kavikol. Daun sirih dapat dimanfaatkan untuk pestisida nabati (mengendalikan hama penghisap)
-Diare
Tumbuk secara bersamaan hingga halus 4-6 lembar daun sirih, 6 biji lada, 1 sendok makan minyak kelapa. Kemudian gosokkan bahan yang sudah halus pada bagian perut. Beberapa saat kemudian diare dijamin akan reda.
-Menghentikan pendarahan gusi
Didihkan 4 lembar daun sirih dengan dua gelas air. Setelah dingin dipakai untuk kumur, diulang secara teratur sampai sembuh.
-Menghentikan pendarahan hidung atau mimisan
Gulung 1 lembar daun sirih sambil di tekan-tekan hingga minyaknya keluar. Kemudian sumbatkan atau tempelkan pada hidup yang berdarah karena mimisan tersebut.
-Sakit gigi berlubang
Rebus 1 lembar daun sirih dengan 2 gelas air sampai mendidih. Setelah dingin pakailah untuk berkumur. Ulang terus sampai sembuh. 

- Untuk mengobati mimisan.
Saat anak anda panas dalam atau kecapean, kadang keluar darah dari hidungnya atau mimisan. kita dapat mempergunakan daun sirih untuk mengobati atau meredakannya. Ambil beberapa daun sirih, cuci dan bersihkan, lipat dan gulung2 lalu masukkan ujungnya sedikit pada salah satu lubang hidung secara bergantian, niscaya dapat meredakan mimisan pada putra putri anda.
- Mengobati keputihan
banyak wanita mengalami masalah keputihan, bau tak sedap dan gatal2 pada organ intim. cobalah untuk mengobatinya dengan khasiat antiseptik alami pada daun sirih. Ambil daun sirih secukupnya lalu rebus. pergunakan air rebusan tadi untuk mencuci organ intim atau cebok. atau bisa juga di gunakan dengan cara berendam dalam air rebusan daun sirih yang sudah hangat-hangat kuku.
-Menghilangkan bau badan
rebus beberapa lembar daun sirih, tunggu hingga dingin lalu diminum.
-. Mengobati bau mulut
Ambil 2 lembar daun sirih lalu di seduh, lakukan kumur2 setiap pagi dan sore hari.
pokok gelenggang
Nama Botani : Cassia Alata Famili : Caesalpinaceae
Pengenalan
Gelenggang adalah tumbuhan renek yang tumbuh secara meliar di kawasan terbiar terutama kawasan berdekatan dengan air seperti sungai, sawah padi dan paya. Ketinggian pokok ini mencapai sehingga 7 meter. Pokok gelenggang mempunyai bunga yang cantik berwarna kuning. Apa yang menarik, dedaun pokok gelenggang ini akan 'rehat' (tertutup) pada waktu malam. Buahnya dalam bentuk lenggai.
Kegunaan
Daun gelenggang telah digunakan sejak lama dahulu untuk mengubati kurap dan panau. Daun gelenggang yang segar dihancurkan, dicampur dengan sedikit minyak tanah dan dilumurkannya pada tempat yang berkenaan. Daun pokok ini juga dikatakan boleh digunakan untuk hilangkan jerawat.
                                                   pokok senduduk

Nama Botani : Melastoma malabthricum
Famili : Melastomaceae
Pengenalan
Pokok senduduk merupakan sejenis tumbuhan renek yang biasa dijumpai tumbuh secara liar di kawasan terbiar, padang dan ianya lebih menggemari kawasan yang terbuka. Pokok senduduk boleh mencapai ketinggian sehingga 3 meter mengikut usia dan kawasan di mana ia tumbuh. Daun senduduk mempunyai bulu-bulu halus dan ia mengeluarkan bunga berwarna ungu. Pokok ini membiak melalui biji benih dan ia juga boleh dibiakkan menggunakan keratan batang.
Kegunaan
Daun pokok senduduk sering digunakan untuk merawat luka kecil dengan caranya melumatkan daun muda senduduk dan ditampalkan pada bahagian luka. Ia berfungsi untuk menghentikan pengaliran darah dan menyembuhkan luka tersebut. Pucuk senduduk yang masih muda dimakan sebagai ulam dapat merawat cirit birit. Daun senduduk yang dikeringkan dicampur bersama herba lain direbus dan diminum air rebusan tersebut boleh mengatasi masalah keputihan bagi kaum wanita. Daun senduduk yang tumbuk halus dan ditampal pada bisul akan segera memecahkan bisul dan mengecutkan bisul tersebut.
Akar senduduk yang dilumatkan bersama daunnya dan ditampal pada cacar atau parut cacar, dipercayai dapat menghilangkan kesan parut tersebut. Akar senduduk yang dikeringkan kemudian rebus dan diminum oleh ibu lepas bersalin(semasa dalam pantang) dapat menyembuhkan luka, mengecut dan mengetatkan semula rahim.
Untuk merawat buasir, air rebusan campuran akar, daun dan batang senduduk diminum airnya. Jika air rebusan tersebut digunakan untuk berkumur, ia akan meredakan sakit gigi. Air rebusan tersebut juga boleh dijadikan mandian untuk mengatasi masalah lenguh sendi tulang, angin dan ia menyegarkan badan.
Buah senduduk sebenarnya boleh dimakan tetapi ia kurang digemari kerana mempunyai biji-biji kecil dan warna buahnya akan memberi kesan yang lambat hilang pada bahagian mulut. Buahnya sangat digemari oleh burung dan haiwan. Bunga senduduk yang mekar boleh melembutkan kulit muka dengan merendam beberapa kuntum bunga dalam dan air rendaman tersebut digunakan sebagai pembasuh muka. Biarkan seketika dan bilas dengan air suam, kulit muka akan kelihatan segar dan berseri
                                                     lempoyang
Nama botani: Zingiber zerumbit. Famili: Zingeberaceae Pengenalan
Lempoyang merupakan tumbuhan dari keluarga zingerberaceae. Ia biasa tumbuh liar tapi banyak juga yang ditanam di sekitar rumah dan kebun kerana khasiatnya dalam bidang perubatan herba. Ia mempunyai bunga berbentuk kon berwarna merah dan mampu bertahan lama.
Kegunaan Lempoyang merupakan herba utama dan dicampur dengan daun-daun herba lain untuk dijadikan sebagai rebusan mandian herba wanita lepas bersalin. Rebusan daun lempoyang terbukti dapat memberi kesegaran dalaman dan luaran kepada golongan wanita lepas bersalin. Lempoyang juga boleh membantu mengatasi masalah kurang selera makan. Rizom muda lempoyang dimakan secara berteusan sebagai ulam boleh digunakan untuk menambah selera makan. Rizom muda yang dimakan mentah baik untuk wanita yang ingin mengekalkan awet muda. Air rebusan rizom muda lempoyang membantu melegakan atau mengubati sakit perut.
                                                     
                                                                    pokok serai kayu 
Nama Tempatan:
Salam
Nama Saintifik:
Eugenia Polyantha
Nama Lain:
samak kelat, bay leaf, daun salam manting, serah, serai kayu, Daeng klua (Thai),Saramu-rihu. sinonim: Syzygium polyanthum
Famili:
myrthaceae
Lokasi dijumpai:
Tumbuhan liar
Asal:
keterangan:
Pokok salam merupakan sejenis pokok tropika yang biasa ditemui tumbuh liar. Ia boleh mencapai ketinggian hingga 90 kaki.Namun ketinggian yang biasa dijumpai ialah 60 kaki.Ia mepunyai dahan yang merimbun dan dan berbentuk ringkas. Bunganya berwarna merah jambu dan mempunyai bau yang wangi. Buahnya kecil seperti buah beri, berwarna merah yang akan bertukar menjadi coklat apabila matang sepenuhnya.Daunnya yang kering berbau wangi dan mempunyai rasa yang sedikit masam. Ia biasa digunakan sebagai rempah dalam masakan Indonesia terutamanya masakan daging.Ia dikatakan akan menghasilkan aroma yang lebih kuat selepas digoreng atau dipanaskan.Kandungan kimia utama bagi tumbuhan ini ialah :euginol, citral, tanin , flavanoid dan metachavicol.Ia membiak melalui biji benih dan keratan batang.
kegunaan:
Perubatan herba menggunakan daun salam untuk mengubat penyakit seperti kencing manis, cirit-birit dan darah tinggi.Bahagian yang digunakan termasuklah daun, akar, kulit batang dan buahnya.Untuk diabetis melitus caranya dan tekanan darah tinggi, 20 helai daun salam direbus bersama tiga gelas air hingga menjadi satu gelas. Air ini diminum dua kali sehari sebelum makan pagi dan malam.Untuk mengubat cirit birit, daunnya direbus dan disejukkan sebelum dicampur dengan sedikit garam sebelum diminum.Akar dan kulit batang salam boleh digunakan untuk mengubat kudis dengan cara ditumbuk hingga halus dan ditampal pada bahagian yang terlibat sebelum dibalut.Setengah pendapat juga mengatakan daun salam juga boleh digunakan untuk menurunkan kolestrol dengan cara merebus daunnya dan diminum airnya 3 kali sehari.
Tumbuhan dan apa kegunaannya
Pudina ~ tumbuhan ini senang ditemui ditempat lembap.  Daunnya boleh dimakan sebagai ulam.  Di Barat pudina digunakan sebagai penawar penyakit spti batuk.  Ia juga digunakan sebagai teh untuk kegunaan harian.  Dalam perubatan Cina pula pudina disifatkan sebagai tumbuhan yang mempunyai sifat sejuk.  Boleh mengubati penyakit berkaitan paru2 seperti demam selesema dan juga elok untuk membuang angin dalam badan dan juga mengubati penyakit ruam kulit.
Serai ~ untuk kegunaan masakan.  Daunnya dipercayai boleh meredakan sakit dan ketegangan kepala ~ tumbuk lumat pupuk ke dahi.  Air perahan serai berkesan mengalak gigitan nyamuk apabila disapu pada kulit.  Minum air rebusan daun dan akar serai untuk mereka yang tidak lawas membuang air besar.  Malah ia mencegah perut drp kembung.  Pati akarnya boleh digunakan pewangi, untuk syampu rambut serta mewangikan pakaian.
Dukung Anak ~ nama saintifik Phyllanthus Niruri ~ Pokok ini biasa boleh di temui di tepi2 jalan atau di serata tempat lapang.  Pokok ini byk khasiatnya.  Air rebusan pokok ini diminum mampu mengubati cirit birit.  Malah kajian sains membuktikan ianya mampu menurunkan tekanan darah tinggi.  Perahan air daripada pokok ini juga dikatakan mujarab mengubati kudis dan luka.  Bagi mengelakkan anak kecil dijangkiti demam kuning (jundice) ~ ambil secekak pokok ini dan masak dengan sedikit susu kambing.  Pokok dukung anak juga direbus bersama tebu hitam, pegaga dan gula batu untuk dijadikan ubat penawar sakit dada pada mereka yang menghidap sakit batuk berdarah.
Walaupun masih sukar untuk menentukan apakah kandungan dalam tumbuhan ini yang menyebabkan ia mempunyai nilai perubatan yang tinggi, ada kajian yang menunjukkan ia memberikan kesan positif untuk mengubati penyakit hepaptitis B.dalam satu kajian, didapati 22 daripada 37 , iaitu sebanyak 59% dari pembawa virus hepatitis B yang dirawat dengan persediaan herba dari tumbuhan ini selama sebulan telah kehilangan antigen hepatitis B setelah di uji selepas 15 hingga 20 hari selepas rawatan selesai.Jika menggunakan rawatan biasa hanya 4% dari pembawa akan kehilangan antigen untuk tempoh yang sama. Persediaan herba ini hendaklah di amalkan selama sebulan atau lebih untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Jika digunakan secara biasa , tiada kesan sampingan didapati setakat ini. Namun anda dinasihatkan mendapatkan pandangan doktor sebelum memulakan rawatan.Walaupun ia membantu mengurangkan jumlah virus hepaptitis B yang dijumpai didalam darah, ia masih tidak dapat menghilangkan kesemuanya, jadi ia bukanlah penawar kepada penyakit ini, namun mengambilannya dapat mengurangkan dan mengawal pertumbuhan dan pertambahan virus hepatitis B. Kajian lanjut masih dijalankan oleh para saintis mengenai kegunaan dukung anak untuk merawat hepatitis B.
Ati-Ati ~ nama saintifik Coleus Blumei ~ family Labiatae
Pokok ati-ati terdapat dalam banyak warna antaranya ungu & hijau serta campuran merah jambu dan hijau. Pokok ini banyak ditanam sebagai pokok hiasan dan tutup bumi.
Daun ati-ati digunakan untuk merawat batuk terutamanya untuk orang dewasa.  Caranya ialah dengan menumbuk beberapa helai daun dan di campur dgn air, kemudian tapis airnya untuk diminum dua kali sehari.  selain itu campuran daun hati-hai, daun inai, daun jambu batu dan akar tutup bumi direbus hingga mendidih dan diminum airnya untuk mengecutkan rahim.Untuk asma pula(terutamanya pada kanak-kanak) ambil beberapa helai daun hati-hati yang berwarna hijau dan secubit kapur sirih. Ramas(upar) daun bersama kapur sirih hingga hancur dan sapu pada dada pengidap asma tadi sebelum tidur.daun ini boleh juga direbus bersama dua cawan air hingga tinggal secaan, campurkan sedikit gula batu dan minum.
Bakawali ~ nama saintifik Epiphyllum anguliger ~ family Cactaceae untuk tanaman hiasan.
Tumbuhan dari famili cactus.. ianya membiak melalu keratan batang.
Kegunaan ~ belum di ketahui apa kegunaannya sebab belum buat kajian hehehee.. 
Orang kata pokok bunga ini bawa rezeki.. tapi entahlah setakat mana kebenarannya pun tak pasti..  tapi bunga ini memang kembang tepat pukul 12 malam dan wangi baunya.. kat kampung keluarga kita memang mempunyai tanaman bermacam-macam pokok bunga dan salah satu daripadanya pokok bunga bakawalii.. tapi so far aku tak ada chance tenguk dia mengembang pun hehee.. cuma kakak aku jer yang ada experience tenguk bunga ini kembang memang tepat kul 12 malam.. according to her.. ketika bunga ini mengembang.. ada satu satu benda yang keluar melompat dari kuntum bunga itu.. ha?? apa dia tu? apa kah itu pu3 detik duabelas malam keluar dari persembunyian?? Kembang bulu roma heheheee..
Patawali ~ nama saintifik Tionspora Crispa(miers)
Sejenis pokok menjalar mempunyai batang berkerutu dan berdaun lebar.  Boleh di dapati di kawasan rumah lama yang agak terbiar.  Keseluruhan tumbuhan ini mempunyai rasa pahit sekali dan selalunya disapu pada payudara untuk memudahkan bayi bercerai susu.  Batangnya yang pahit mempunyai kandungan air yang tinggi.  Tumbuhan ini biasa dijadikan sebagai bahan dicampurkan dalam minyak urut.  Bunganya berwarna hijau muda juga mempunyai enam mahkota yang berupa tunas. Bunganya kemudian akan berubah warna menjadi merah dan putih apabila matang.  Buahnya pula berwarna merah muda.  Kulit batangnya mengandungi alkaloid dan damar manakala akarnya mengandungi berberin dan kolumbin.
Untuk kegunaan perubatan ~ batangnya digunakan sebagai merawat sakit perut, demam @malaria, tekanan darah tinggi, kencing manis and juga penyakit kelamin dikenali sebagai gonorea.  Tumbuahan ini juga mujarab bagi mengatasi masalah cacing dikalangan kanak-kanak dengan cara merebus batangnya, di tapis dan diminum segelas sehari.  Air rebusannya juga boleh digunakan untuk membersihkan darah, mujarab membunuh kuman dan menyembuhkan luka.  Kajian saintifik ~ Patawali mengandungi jattrorrhizine.
Akar Ginseng Jawa ~ nama saintifik Talinum Paniculaturn Gaertn ~ family Portulacaceae ~ asal dari Amerika Tropika
Akar Ginsing Jawa yang asalnya tumbuhan liar kini mula ditanam dihalaman rumah sebagai tumbuhan hiasan dan tumbuhan ulam yang mempunyai khasiat perubatan.
Mengikut  kajian saintifik kandungan kimia dan morfologi tumbuhan ini menyamai ginseng korea dan cina.
Daunnya yang dijadikan ulam dapat menambahkan selera makan dan meningkatkan kecerdasan badan.ia juga dapat menambahkan air susu bagi ibu yang sedang menyusukan anak.akarnya pula boleh meredakan masalah batuk dan masalah paru-paru yang lain seperti asma.daunnya yang ditumbuk halu dan dicampurkan dengan sedikit gula merah boleh digunakan untuk merawat bisul dengan cara menampalnya pada bisul tersebut.
Masyarakat Melayu di Malaysia terutamanya di kelantan menjadikan akar ginseng sebagai ulam mentah.  Kaum Cina juga memanafaatkan tumbuhan ini dengan menggorengkan sebagai sayur.

Balik Adap ~ nama saintifik Mussaenda Villosa Walldari family Rubiaceae
Tumbuhan ii biasa dijumpai dikawasan belukar.  Daunnya terdiri dari campuran daun yang berwarna hijau dan putih. Bunganya ada yang berwarna oren dan ada yang berwarna putih.  Daunnya biasa dijadikan ulam oleh penduduk kampung.
Ia digunakan untuk mengubati demam dengan cara meramas daunnya kedalam sebesen air sama seperti yang dilakukan menggunakan daun bunga cina.  Air ini digunakan untuk menjarang (menbasahkan) kepala pesakit untuk menurunkan suhu badannya.

Belimbing Pasir 1 ~ nama saintifik Oxaliz Corniculata  dari family Oxalidaceae
Tumbuhan ini dari jenis dikotiledon ini mudah dijumpai tumbuh liar dikawasan lapang yang berpasir.Ia mudah menguasai sesuatu kawasan dan merupakan rumpai yang perlu dikawal dikawasan pertanian. Ia merupakan tumbuhan yang kecil dan menjalar dan boleh menjalar spenajang 12 hingg 30 cm dari akarnya. Batangnya kecil , rapuh dan mudah patah serta mempunya bulu-bulu halus.Ia mempunya bunga berwarna kuning terang manakala buahnya pula berbentuk silinder dan mempunyai banyak biji benih yang halus.Ia selalunya tumbuh dikawasan yang agak lembat dan mempunyai air yang mencukupi. Di Malaysia tumbuhan ini banyak didapati tumbuh ketika musim hujan.Bunganya mempunyai rasa yang masam kerana ia mengandungi asid oksalik. Selain daripada itu ia juga kaya dengan vitamin B, zat besi dan kalsium. Ia juga kaya dengan kalium oksalat.Daunnya pula mengandungi sedikit selulos.
Belimbing pasir banyak digunakan dalam perubatan tradisional melayu dan india untuk mengubati demam. Air rendaman daunnya yang diramas-ramas dapat menurunkan suhu badan.untuk penyakit skurvi, ia digunakan untuk rawatan dan pencegahan.air rendaman daunnya digunakan untuk tujuan ini. Untuk senak perut pula, daunnya yang disegar dimakan. Daunnya juga boleh dijadikan appetizer atau pembuka selera.Daunnya yang direbus bersama bersama mentega dan susu digunakan untuk menangani masalah berak berdarah (disentri) dan enteritis yang tidak terlalu teruk. Daun segar yang ditumbuk bersama madu atau gula juga boleh digunakan untuk tujuan ini.selain daripada itu ia juga digunakan untuk merawat penyakit kuning, dahaga melampau yang disebabkan oleh diabetis atau bahang cuaca yang terlalu panas (keadaan ini sering dialami dibeberapa tempat diindia pada musim kemarau). Ia juga digunakan untuk penyakit lain seperti masalah kulit,insomnia dan masalah mata. Oleh kerana ia mengandungi asid oksalik yang berkepekatan tinggi, pesakit gout,athritis dan rheumatik dilarang dari mengambil persediaan herba dari tumbuhan ini.
Belimibing Tanah ~ nama saintifik Tacca Integrifolia Family Taccaceae
Tumbuhan berumpun ini agak sukar ditemui namun ia biasanya didapati tumbuh liar dikawasan yang agak redup terutamanya dikebun getah.Daunnya lebar dan panjang berukuran kira-kira 15 inci panjangnya. Ia membiak melalui rizom dan pokoknya jika dilihat sekali imbas menyerupai pokok kunyit.
Digunakan untuk menurunkan tekanan darah tinggi. seluruh pokok ini termasuk akar dan buahnya direbus hingga mendidih dan airnya diminum dua kali sehari. selain dari itu tonik ini juga berupaya mengubati masalah buasir, kencing manis, lemah jantung dan buah pinggang.
Bonglai ~ nama saintifik Oroxylum Indicum and Panjanelia Longifolia family Bingnoniaceace
Bonglai ialah sejenis tumbuhan yang memainkan peranan penting dalam perubatan tradisional.  Dikampung-kampung buah bonglai yang muda dan daunnya dijadikan sayuran sungguhpun rasanya agak pahit sedikit.Masyarakat jawa turut menjadikan bunga bonglai sebagai sayuran.Buah bonglai juga sedap dijadikan kerabu setelah dibakar terlebih dahulu.Bunga bonglai kembang malam dan akan gugur pada keesokan harinya.Kelawar menjadi agen pendebungaan bonglai kerana ia tertarik pada bau yang dihasilkan oleh bunga bonglai.
Terdapat juga Bonglai putih (Aingeber cassumunar).Bonglai boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang.
Daun bonglai yang direbus boleh dijadikan minuman untuk menghilangkan ubat demam, sakit urat, menambahkan selera dan ia juga boleh digunakan untuk mengubat luka.Dalam perubatan melayu kayu bonglai merujuk kepada dua jenis tumbuhan iaitu Oroxylum indicum dan Pajanelia longifolia. Kulit kayu bonglai yang direbus boleh digunakan untuk mengubat sakit pinggang, buang angin, buasir, menguruskan badan, lemah jantung,sakit lutut kesuburan rambut, pening kepala dan jerawat.Kulitnya juga boleh dijadikan ubat sakit hepatitis.Daunnya yang ditumbuk lumat boleh ditampal didahi dan pelipis untuk menghilangkan sakit kepala.Kulit pokok bonglai mengandungi alkaloid,asid tannik,galaktos dan sitosterol. Bonglai digunakan dengan begitu meluas sekali dalam perubatan india(ayurveda).
Bonglai Putih ~ nama saintifik Zingiber Cassumunar Roxb Family Zingiberaceae
Bonglai putih, berbeza dengan pokok bonglai merupakan tumbuhan berumpun dari famili halia.Biasa dijumpai dikawasan belukar dan semak terutamanya kawasan kebun getah tumbuhan ini menyukai kawasan yang agak lembab.Bunganya berwarna merah seakan-akan bunga lempoyang. Sama seperti tumbuhan lain dalam keluarga halia ia membiak melalui pecahan rizom.
Terdapat kajian yang mendapati bahawa ekstrak dari ubi bonglai putih dapat melindungi sel dari terdedah kepada stress yang disebabkan oleh pengoksidaan.
Bunga Cina/Melur Cina ~ nama saintifikGardenia Augusta family Rubiaceae
Bunga cina atau nama saintifiknya Gardenia augusta, Merr dari famili Rubiaceae banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan atau sebagai pagar kerana daunnya yang rimbun dan mempunyai banyak cabang. Bunganya yang berwarna putih berbentuk seperti bunga mawar dan berbau harum. warna putih akan berubah menjadi kekuningan selepas bunga mekar sepenuhnya.Tumbuhan ini boleh tumbuh ditempat sejuk atau panas dan ia merupakan tumbuhan yang senang dijaga.Tempat yang paling sesuai untuk pertumbuhannya adalah ditempat yang beriklim agak sejuk seperti dikawasan pergunungan dengan ketinggian lebih kurang 400 meter dari paras laut.Pokok ini boleh mencapai ketinggian 1 - 2 meter.Ia membiak melalui keratan batang dan semaiannya boleh dilakukan dengan memilih ranting yang agak tua, buang semua daunnya dan tanamkan di dalam polybag berisi pasir. pastikan air mencukupi semasa pertumbuhan akarnya.Pokok ini mempunyai potensi untuk di komersialkan sebagai minyak wangi kerana bau bunganya yang harum.
Ia boleh digunakan untuk mengubati penyakit seperti Kencing manis (diabetes mellitus), sariawan, demam dan sembelit. carnya untuk kencing manis 12 helai daun bunga cina direbus dengan 2 gelas air hingga tinggal satu gelas dan diminum sekali sehari. Untuk sariawan pula 7 helai daunnya diramas dengan secawan air,tapis dan campurkan air itu dengan 2 sudu makan madu dan seketul gula batu.minum 2 kali sehari. Manakala untuk demam pula, ramas 7 helai daunnya dengan secawan air, tapi , capur dengan gula batu dan minum 2 kali sehari.Untuk sembelit pula ambil 3 biji buahnya, rebus dengan 2 gelas air hingga mendidih dan tinggal satu gelas, minum airnya.
Bunga Kenanga ~ nama saintifik Cananga odorata
Kenanga bukanlah termasuk dalam tumbuhan herba. Ia adalah tumbuhan saka berbatang kayu dan mempunyai ketinggian yang boleh mencapai sekitar 5-20 meter dan hayatnya boleh mencapai puluhan tahun dengan diameter batangnya lebih kurang 0.1-0.7 meter.Ia sesuai tumbuh pada ketinggian 25-1000 meter dari aras laut. Tumbuhan ini boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang. Sekarang, pokok kenanga selalunya di tut dan mula berbunga pada ketinggian satu hingga dua meter. Pokoknya juga tidak sebesar pokok yang tumbuh liar di hutan.bunganya yang berbau sangat harum dan wangi merupakan produk utama dari tumbuhan ini.
Minyak ekstrak dari bunga kenanga (essential oil) digunakan dalam perubatan aroma terapi untuk menenangkan dan merelakskan jiwa terutamanya ketika PMS (pre-menstrual syndrome). ia juga digunakan untuk melegakan kesakitan atau kekejangan yang berlaku ketika haid dan juga melancarkan kitaran haid.ia juga mampu menurunkan tekanan darah, boleh digunakan untuk mengubat darah tinggi. Minyak ini juga boleh digunakan untuk kegunaan kosmetik seperti mengurangkan garis penuaan, menggalakkan pertumbuhan sel baru, merawat jerawat, mengatasi masalah kulit kasar dan berminyak, menggalakkan pertumbuhan rambut, menghilangkan kelumumur. Ia juga boleh digunakan untuk menghilangkan tekanan dan insomnia. Ia juga dikatakan boleh digunakan untuk mengatasi masalah mati pucuk (impoten) bagi lelaki dan frigid bagi wanita.ia juga dikatakan berkesan bila digunakan ketika demam biasa atau demam malaria bronkitis dan asma .Cara menggunakan: Untuk malaria dan asma, 3 kuntum bunganya yang telah dikeringkan dimasukkan kedalam segelas air panas yag mendidih dan ditutup,tapis dan minum apabila telah sejuk.untuk sesak nafas pula, segenggam bunga kenanga direbus dengan 2 gelas air bersama segenggam gula pasir hingga tinggal segelas air tapis dan minum airnya pagi dan malam.untuk bronkitis,segenggam bunga kenanga direbus dgn dua gelas air hingga tinggal satu gelas dan diminum pagi dan malam.Oleh kerana bunga ini mempunyai bau yang amat kuat, anda dinasihatkan agar tidak menggunakannya secara berlebihan kerana ini boleh mengakibatkan loya dan sakit kepala. Dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan sebarang persediaan herba.
Bunga Lawang ~ nama saintifik Illicium verum Hooker fil
Nama cina bagi bunga lawang ialah bat gok dan ba jiao membawa maksud segilapan atau oktogon bersesuaian dengan bentuk bunga lawang yang mempunyai lapan kelopak.Bunga lawang mempunyai bau wangi dan kuat. Ia mula diperkenalkan diEropah pada awal kurun dan 17 dan mula menjadi popular semenjak itu. Minyak yang terhasil dari proses ekstrak wap dijadikan bahan perasa dalam minuman.Bunga lawang sebenarnya bukannya bunga sebaliknya adalah buah yang dihasilkan oleh sejenis pokok kecil.Tinggi pokoknya boleh mencapai hingga 8 meter. Ia mempunyai bunga yang cantik berwarna kuning.Ia membiak melalui biji benih. Buahnya dipetik sebelum ranum dan dikeringkan menggunakan cahaya matahari.
Bunga lawang dijadikan rempah untuk menyedapkan makanan sama seperti kulit kayu manis dan bunga cengkih.Untuk kegunaan perubatan pula di Asia ia digunakan untuk mengubati colic (angin) dan rheumatik (sakit sendi).Ia juga biasa dijadikan perasa untuk pelbagai jenis teh.Teh dari bunga lawang juga boleh dijadikan ubat batuk.Minyaknya juga boleh mengurangkan gejala muntah dan loya bagi ibu mengandung.
Bunga Melur ~ nama saintifik Jasminum Sambac Family Oleaceae
Bunga melur atau nama saintifiknya jasminum sambac terdir dari pelbagai variaties namun yang paling biasa dijumpai di negara kita adalah 3 jenis utama iaitu duke of tuscany, maid of orlean dan star jasmin. Maid of orlean dan duke of tuscany dikenali sebagai melur susun di negara kita bezanya duke of tuscany mempunyai lapisan yang lebih banyak dan saiz dan bentuknya menyerupai bunga ros mini, tapi baunya tidak sekuat maid of orlean dan bunga melur selapis yang biasa.Tumbuhan ini memerlukan cahaya matari yang secukupnya untuk tumbesaran dan pembungaan.Medium yang sesuai adalah dari jenis kompos dan mempunyai pengaliran yang baik. Tumbuhan ini membiak secara keratan batang. untuk menyemai,keratan batang yang agak tua direndam kedalam air suam dan ditanam kedalam tanah. Pastikan airnya mencukupi untuk pertumbuhan akarnya.Tunas baru akan muncul selepas lebih kurang 6 minggu. Bunganya berbau sangat harum dan mekar sepanjang tahun. ketinggian yang paling sesuai untuk tanaman ini adalah 800 meter dari aras laut, namun di Malaysia ia didapati dapat menyesuaikan diri untuk semua ketinggian.
Bunga melur banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaanya ialah untuk menambahkan air susu ibu.caranya daun bunga melur digilig hingga halus dan ditampal sekeliling payudara di waktu pagi sebelum mandi.cuci bersih sebelum menyusukan bayi.Untuk sakit mata(mata merah) segenggam daunnya ditubuk halus dan ditampal pada dahi. setelah kering , tampal yang lain pula.Ulang hingga berasa sedikir lega(sembuh).untuk mengubat bengkak dari gigitan lebah, segenggam bunganya diramas hingga hancur dan ditampal pada bahagian yang terkena sengatan itu.untuk demam dan sakit kepala segenggam daun dan bunganya diramas dalam air dan airnya digunakan untuk membasahkan dahi.untuk sesak nafas pula, 20 helai daunnya di rebus dengan secubit garam hingga mendidih, tapis dan minum airnya.
BungaRosJepun ~ nama saintifik Portulaca Grandiflora
Ros jepun merupakan sejenis tumbuhan hiasan yang digemari ramai kerana bunganya yang menarik dan penjagaannya yang mudah. terdapat pelbagai warna ros jepun antaranya merah jambu, merah terang, putih , kuning, ungu dan oren. terdapat juga jenis yang mempunya campuran warna seperti merah jambu dan putih. Ia merupakan sejenis tumbuhan herba yang merayap dan menyukai tanah yang poros dan bersaliran baik. Ia mudah membiak melalui jalaran akar dan boleh dibiakkan melalui keratan batang. Ia akan mengeluarkan bunga yang banyak jika mendapat pendedahan sepenuhnya kepada cahaya matahari. Bunganya akan kembang sepenuhnya pada pukul 10-11 pagi. daunnya berwarna hijau tetapi akan bertukar menjadi keperangan jika mendapat cahaya matahari yang berlebihan.
Daunnya boleh digunakan untuk merawat luka ringan dengan cara dihancurkan dan ditampal pada bahagian yang luka.
Cekur ~ Nama saintifik Kaempferia galangal
Family Zingiberaeceae
Sejenis herba dan tumbuh melebar di atas tanah. Daun licin, berbentuk tirus, tersusun padat dlm pasangan yang bertentangan. Hujung daun runcing, lebih kurang 16cm panjang, 8 cm lebar. Daunnya mempunyai sedikit aroma. Cekur tidak berbatang, mengeluarkan bunga berwarna putih-ungu. Akar/rizomnya bercabang-cabang, beraroma dan isinya berwarna kuning oren. Cekur bukan bahan penting dalam masakan orang Malaysia tetapi berperanan besar dalam masakan Indonesia, Thailand, Vietnam dan India.
Di Asia Tenggara, rizom cekur dicampurkan dengan lada sulah, kayu manis dan madu untuk mengubati selsema. Ia dijadikan tonik untuk mengubati batuk kering dan bronchitis. Cekur juga dijadikan losyen untuk merawat sakit mata, sakit tekak, bengkak, demam, sakit dan sengal tulang. Untuk wanita baru bersalin, cekur mengucupkan rahim dan menggalakkan pembuangan angin. Di Indonesia, akar cekur digunakan untuk merawat keracunan makanan, ulser mulut, batuk dan selsema. Akar cekur yang dikunyah dan ditelan boleh membuat seseorang itu khayal. Di India, wangian daripada cekur digunakan untuk melindungi pakaian daripada serangga. Di Filipina, air rebusan akar cekur digunakan untuk merawat sakit perut disebabkan pencernaan makanan yang kurang baik. Air rebusan turut digunakan untuk membasuh rambut bagi mengatasi masalah kelemumur dan menghilangkan rasa gatal dan pedih akibat digigit ulat bulu. Di Thailand, cekur digunakan untuk merawat sakit kepala.
Cempaka ~ nama sainitifk Michelia champaca Linn family MAGNOLIACEAE
Cempaka sejenis pokok berkayu yang biasanya tumbuh di hutan dengan ketinggian mencapai hingga 30 meter.Pokok ini selalunya mempunyai 3 jenis yang dibezakan oleh warna bunganya iaitu putih, kuning dan merah. Beza antara cempaka putih dan cempaka kuning ialah daun cempaka kuning mempunyai permukaan yang dilitupi oleh rerambut halus manakala daun cempaka putih mempunyai permukaan yang licin.Buahnya sedap dimakan ,mempunyai bentuk seperti jantung dengan bahagian bijinya yang agak pahit.Kayunya boleh dijadikan perabut dan peralatan rumah,cuma ia jarang digunakan mungkin kerana jarang dijumpai pokok cempaka yang begitu besar sekarang ini. Sekarang, kaedah kawin telah membolehkan cempaka ditanam sebagai tumbuhan tanaman dalam pasu,dan boleh berbunga walaupun tingginya belum mencecah 1 meter.Bunganya yang wangi mempunyak kandungan minyak volatile yang terdiri daripada cheraniol, linalol, methuleugenol, asid benzik, nerol, dan methulaethulazijnzuur.Kayu cempaka juga mempunyai bau yang sangat wangi dan biasanya minyak pati cempaka didapati dari ekstrak bunga,daun dan kayunya.
Cempaka kuning untuk wanita lepas bersalin,demam selsema dan kencing tak lawas.Untuk wanita dalam pantang caranya ambil beberapa helai daun cempaka kuning, bersihkan dan rebus hingga mendidih. Sejukkan airnya dan minum sekali sehari.Untukkencing tak lawas pula beberapa kuntum bunganya direbus hingga mendidih,disejukkan dan airnya diminum sekali sehari.Untuk demam selsema pula,akarnya dititikkan dan direbus hingga mendidih dan minum airnya apabila suam.
Cempaka putih pula mempunyai khasiat untuk merawat bisul, pitam dan radang tekak.Untuk bisul,beberapa helai daun cempaka putih yang segar ditumbuk dan hingga lumat dan ditampal pada bisul.Untuk pitam pula,beberapa kuntum bunganya direbus hingga mendidih dan minum airnya setelah suam.Manakala untuk pitam cara yang sama digunakan cuma tambahkan madu ketika hendak minum air tersebut.selain itu kulit pokoknya juga di jadikan tonik untuk menambahkan kecergasan.
Daun cempaka kuning yang direbus dan ditambah madu boleh mengubat kecacingan, rheumatik.Rebusan yang tidak ditambah madu boleh dijadikan ubat untuk nafas berbau(halitosis).Cempaka juga mempunyai peranan yang penting dalam industri kosmetik dan upacara keagamaan.Minyaknya juga dijadikan salap dan minyak rambut.Bunganya yang masih belum mekar,direbus bersama kelapa muda dikatakan boleh merawat gonorrhea.Bijinya yang dilumatkan bersama halia boleh dijadikan ubat demam terutamanya pada kanak-kanak.Kulit akarnya boleh digunakan untuk melancarkan kitaran haid dengan cara merebus kulit akarnya hingga mendidih dan airnya diminum.Kaedah yang sama digunakan untuk mempercepatkan pengeluaran uri atau plasenta.Untuk bayi yang hendak bercerai susu,bijinya yang dilumatkan boleh diletakkan di payudara , rasanya yang pahit akan menyebabkan bayi hilang keinginan untuk menyusu.
Cempaka Telur ~ nama saintifik Michelia Pumila/Talauma pumila Bl Family Magnoliaceae
Tumbuhan ini mempunyai batang berkayu dan boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang. Bunganya berbentuk bulat seperti telu dan mempunyai bau yang amat wangi terutamanya diwaktu malam.Ia boleh mencapai ketinggian antara 3-6 kaki (1-2 meter).Jika ditanam didalam pasu ia perlu disiram setiap hari supaya tanahnya tidak kering. Tumbuhan ini tidak boleh terlalu terdedah kepada cahaya matahari terus tetapi memerlukan cahaya yang cukup untuk membesar dan berbunga.
bunganya boleh digunakan untuk mengubat keputihan, batuk berkahak, insomnia dan kecederaan traumatik (traumatic injury).
Durian Belanda ~ nama sainitifik Annona Muricata L
Merupakan sejenis tumbuhan tropika yang berasal daripada amerika tropika dan diperkenalkan ke asia tenggara oleh orang-orang sepanyol.Daunnya berbentuk ringkas dan tersusun secara berselang seli pada rantungnya.daunnya berukuran 5.5-18 cm X 2-7 cm.Bunganya berwarna hijau pada mulanya dan berubah menjadi kuning pucat apabila mekar.Buahnya di litupi oleh duri yang lembut, berwarna hijau dan berukuran 15cm-35cm X 10-15 cm. Ia mempunyai biji yang banyak dan berwarna hitam serta dilindungi oleh cengkerang biji yang keras. daunnya mempunyai bau yang agak busuk dan digunakan oleh masyarakat melayu dan india untuk menghalang gangguan makhluk halus.Tumbuhan ini membiak melalu keratan batang dan biji benih.
Putiknya digunakan oleh masyarakat melayu untuk mengubati cirit birit dan berak berdarah. Di Indonesia daunnya yang dihancurkan digunakan untuk merawat bisul dan daunnya yang dikeringkan digunakan untuk membunuh serangga. Air rebusan daunnya digunakan untuk mengeluarkan cacing dari usus. Di Malaysia, terdapat persediaan herba dalam bentuk cecair yang menggunakan daun durian belanda yang digunakan untuk merawat athritis, batuk dan demam.Demah atau tuam(poultice) yang menggunakan serbuk dari daunnya yang dikeringkan digunakan untuk menghilangkan radang dan merawat penyakit kulit. Di Filipina batangnya yang muda digunakan untuk merawat luka dan menghentikan pendarahan.Air rebusan daunnya digunakan untuk berkumur bagi merawat ulser mulut dan menyembuhkan luka.Divietnam pula daunnya digunakan untuk menangani masalah kerungsingan.Walaubagaimanapun penggunaan tumbuhan ini yang banyak mengandungi tannin dan meningkatkan risiko kanser menimbulkan kebimbangan.
Ekor Anjing ~ nama saintifik Plantago Major
Tumbuhan ini merupakan sejenis rumpai yang boleh dijumpai tumbuh liar di negara kita bersama rumput dan rumpai lain.Apa yang agak menarik ada tumbuhan ini ialah bunganya yang menegak dengan ketinggian antara 6 hingg 8 inci.Tumbuhan berumpun ini merupakan tumbuhan yang boleh hidup lama dan bukan tumbuhan semusim. ia membiak melalui biji benih yang akan dikeluarkan apabila pod buahnya pecah.Ekor anjing mempunyai kandungan kalsium dan beta karotena yang tinggi. Ia juga kaya dengan asid askobik(vitamin c). Pucuknya yang muda boleh dijadikan ulam atau dimasak sebagai sayuran.
Terdapat beberapa produk dari luar negara yang menggunakan tumbuhan ini sebagai salah satu bahan untuk mengawal dan memberhentikan tabiat merokok.Perokok perlu mengunyah sedikit dari tumbuhan ini setiap kali terasa ingin merokok.Selain dari mengurangkan keinginan merokok ia juga dapat menyegarkan nafas.Selain daripada itu ekor anjing juga mempunyai ciri-ciri menyegarkan, anti-bakteria. ia juga dapat melegakan batuk dan mencairkan kahak serta membantu melegakan pernafasan bagi pesakit asma. Ia juga digunakan untuk masalah jangkitan salur kencing, kencing berdarah, bisa terkena gigitan serangga , masalah keradangan kulit dan sebagai peneutral toksid dalam badan.
Hempedu Bumi ~ nama saintifik Andrographis Paniculata
Pokok Hempedu bumi juga dikenali sebagai pokok akar cerita. Pokok Hempedu bumi banyak dijumpai di India, Thailand dan paling senang di jumpai di tanah gambut. Hempedu bumi merupakan satu tumbuhan herba semusim yang tumbuh menegak. Tingginya boleh mencapai 60-70 cm. Daun Hempedu bumi berwarna hijau pekat, licin dan tersusun secara bersilang. Daun Hempedu bumi juga mempunyai bentuk bujur, runcing di hujung dan nipis di pangkal.
Daun hempedu bumi ini boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi disamping merawat kencing manis. Cara menjadikannya ubat ialah merebus daun tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum. Daun ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka tersebut. Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul- molekul lemak yang ada disekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat. Air rebusan daun ini yang pahit telah merangsangnya supaya memecahkan molekul lemak. Memang suatu yang tidak boleh dinafikan bahawa rasa pahit, kelat dan masam agar sukar dipisahkan dengan alam perubatan herba tempatan.Tetapi rasa sebegitu sememangnya tidak begitu menarik minat sebahagian besar masyarakat kita. Mereka lebih gemar kepada rasa manis dan masin. Pengambilan rasa manis dan masin yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit tertentu. Tetapi jika diseimbangkan pengambilan perasa-perasa itu adalah baik untuk kesihatan.. Antara herba yang mempunyai rasa pahit adalah pokok hempedu bumi (nama saintifiknya adalah Andrographis Paniculata) ataupun sesetengah orang memanggilnya sebagai akar cerita. Pokok herba ini agak senang dicari kerana ia tumbuh di sekitar rumah, longkang ataupun kawasan semak samun yang terbiar. Mungkin ia tumbuh di kawasan sedemikian, maka sebahagian besar masyarakat hari ini kurang mengetahui khasiatnya yang agak popular bagi tumbuhan ini adalah untuk merawat penyakit darah tinggi dan juga demam. Malah, tumbuhan ini juga sesuai untuk merawat kesan gigitan serangga. Cara yang paling mudah adalah ambil beberapa helai daunnya dan hancurkan. Sapulah di tempat yang terkena gigitan serangga itu. Tetapi ia lebih popular dalam merawat penyakit darah tinggi dan demam. Cara yang sering diamalkan adalah kita perlu mengambil beberapa helai daunnya dan bersihkan terlebih dahulu. Kemudian rendam daun-daun itu dalam segelas air panas dan biarkan sehingga air panas itu menjadi suam. Selepas itu, minumlah perlahan-lahan. Rasanya agak pahit, khususnya bagi mereka yang pertama kali meminumnya. Tetapi harus ingat, sebagaimana tumbuhan herba yang lain janganlah minum kerap sangat dalam sehari. Cukup untuk minum sekali sehari.
Hempedu Beruang ~ nama saintifik Thottea grandiflora
Tumbuhan renek dari famili aristolochiaciae ini juga dikenali dengan nama seburut,Seburut, Kerubut, Semubut, Telinga Kalawar,Tampunek Gajah, Seperuit, Daun Lanjut atau purple Thottea mudah dijumpai di hutan hujan tropika seperti yang terdapat di malaysia.Walaupun begitu tumbuhan ini termasuk dalam kelompok tumbuhan terancam kini.
Kandungan kimia yang terdapat dalam tumbuhan ini ialah klorofom dan metanolik yang terdapat dalam ekstrak akarnya.Ia mengandungi asid aristochloric. secara tradisi tumbuhan ini digunakan untuk mengubat penyakit kencing manis dan mengubat luka atau luka bernanah yang disebabkan oleh penyakit kencing manis. Cara penggunaannya ialah dengan merebus kayu hempedu beruang dan minum airnya dua kali sehari pagi dan petang.
Kacang Telang ~ nama saintifik clitoria ternatea
Kacang telang atau nama saintifiknya clitoria ternatea dari famili Fabaceae juga dikenali dengan nama butterfly pea, blue pea. Di kelantan ia juga dikenali dengan nama Bunga nasi kerabu kerana ia boleh digunakan untuk mewarnakan nasi kerabu menjadi biru.Tumbuhan ini akan membiak subur dalam medium yang agak lembap (tanah yang mempunyai kandungan humus yang tinggi) dan tanah perlu lembab sepanjang masa.Ia memerlukan cahaya matahari yang secukupnya untuk membesar.Tumbuhan ini boleh membiak dengan cara keratan batang atau biji. Sifatnya yang menjalar menjadikannya sesuai untuk tanaman pada trailis ataupun sebagai tanaman untuk pasu gantung. Bunganya yang berwarna ungu kebiruan akan mekar sepanjang tahun. untuk menyemainya, biji benih direndam dalam air selama 3 hingga4 jam sebelum disemai dalam tanah. Selalunya benih akan mula bercambah selepas 7 hingga 14 hari. Untuk keratan batang pula semai dalam pasir yang lembap dan pastikan airnya mencukupi. Tumbuhan ini perlu selalu dipangkas (dipotong rantingnya) untuk memastikan pertumbuhan ranting baru tidak terbantut.
Kacang telang telah dipercayai turun-temurun berkhasiat untuk melebat dan menghitamkan rambut. Ia juga mengilatkan rambut dan juga dapat menyuburkan kulit kepalaSelain dain dari itu kepercayaan yang tidak dapat dibuktikan secara saintifik adalah untuk mengelakkan keguguran batangnya dililitkan pada pinggang perempuan hamil. Daunnya dan bunganya juga dikatakan dapat mengurangkan sakit kepala. Caranya, daun atau bunganya dimasukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan untuk tidur oleh pesakit.Bunganya juga boleh direndam dalam air panas dan diminum seperti teh untuk mengurangkan sakit akibat ulcer mulut.Ia juga dapat merawat insomnia.
Kacip Fatimah ~ nama saintifikLabisia Pumila

kacip fatimah atau nama saintifiknya labisia pumila dari famili Myrsinaceae adalah sejenis tumbuhan herba yang mempunyai batang berkayu. Ia biasanya tumbuh secara liar di hutan hujan tropika pada ketinggian lebih kurang 150 kaki dari aras laut. Tumbuhan ini membiak dengan 2 cara: melalui biji benih dan keratan akar(pecahan akar).Tumbuhan ini dapat tumbuh dengan sempurna dikawasan yang akan redup dengan tanah yang mempunyai kandungan humus yang tinggi dan tidak menakung air. 3 jenis variasi yang biasa dijumpai di malaysia ialah:Labisia pumila var. alata, L. pumila var. pumila dan L. pumila var. lanceolata.

 

Kacip Fatimah begitu sinonim dgn wanita. Ia dikatakan dapat mempercepatkan proses kelahiran bayi disamping dapat mengembalikan kecergasan selepas bersalin. selain dari itu ia juga dikatakan dapat membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan.Kacip fatimah juga dikatakan dapat merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarkan perjalanan dan kitaran haid wanita. Ia juga dapat mengurangkan sakit senggugut ketika haid.Sekarang banyak syarikat pengeluar herba mengkomersialkan tumbuhan ini dan dijadikan tonik selepas bersalin. Cara penggunaan untuk selepas/sebelum bersalin ialah dengan merebusnya (satu pokok termasuk daunnnya) kedalam seperiuk air(seeloknya periuk tanah) dan airnya diminum. Ia juga boleh digunakan untuk mengubat penyakit buasir(hemarroid/pile) dengan cara merebus akarnya yang telah dikeringkan. Ia juga boleh digunakan untuk merawat cirit birit, sakit sendi (rheumatism), gonorhea dan walaupun tumbuhan ini mempunyai khasiat yang begitu tinggi, satu aspek yang sering dilupakan adalah tahap ketoksidan kandungan kimia didalamnya. Kajian sedang dilakukan dengan terperinci untuk menentukan kesan sampingan dan akibat dari penggunaan produk dari bahan ini supaya dos yang sepatutnya boleh dicadangkan.

Kaduk ~ nama saintifik Piper Sarmentosum Roxb

Kaduk ilaah sejenis tanaman yang banyak digunakan sebagai perisa dalam masakan melayu seperti masak lemak terutamanya masak lemak udang dan ketam.Kaduk sedak dijadikan ulam jika direbus dan dicecah dengan sambal belacan.Ia mudah ditanam dan hidup subur terutamanya di kawasan-kawasan yang lembap dan hidup liar. Daun kaduk lembut berbentuk bujur bulat, nipis, berwarna hijau tua, berkilat dan berselang-seli manakal bunganya banyak, padat, sangat kecil dan tersusun rapat.Ia adalah tumbuhan jenis memanjat yang sesuai hidup dikawasan beriklim panas seperti tropika.Kaduk hidup meliar terutama di kawasan teduh, lembap atau di bawah sudur pokok lain manakala penanamannya menggunakan kaedah keratan batang.

 

Air yang direbus dengan akar pokok kaduk dapat melawaskan kencing. Daunnya pula mujarab untuk merawat demam malaria dengan cara meminum air rebusannya. Air rebusan itu juga berkhasiat bagi melegakan batuk-batuk, selesema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang.Daunnya yang ditumbuk pula boleh dijadikan ubat panau dengan cara menambal pada bahagian panau itu.

Mas Cotek ~ nama saintifik Ficus deltoidea

Mas cotek atau nama saintifiknya ficus deltoidea dari famili moraceae adalah sejenis tumbuhan yang menumpang diatas pokok lain(epifit). tapi ia juga boleh hidup diatas tanah seperti tumbuhan lain juga.Ia juga dikenali dengan nama telinga beruk, mas secotek dan serapat angin.Pokok ni ada pokok jantan dan pokok betinanya.Jantina pokok ini dibezakan oleh saiz daunnya, daun yang lebih besar menunjukkan pokok betina.selalunya ia tumbuh pada ketinggian lebih kurang 20 kaki dari permukaan bumi(atas pokok lain).

 

untuk perubatan pokok ini berkesan untuk menyembuh dan membetulkan kerosakan urat saraf dengan cara mengeringkan 2-3 helai daunnya (cmpuran antara pokok jantan dan betina) dan direbus dengan 3 cawan air hingga tinggal secawan. minum airnya bila suam.ia juga boleh digunakan untuk mengembalikan rahim kekedudukan asal dan mengecutkan rahim untuk perempuan baru lepas bersalin. Ia juga boleh digunakan untuk mengubat paru-paru berair.selain dari daun dan akarnya yang direbus, buahnya juga boleh dimakan untuk menyhatkan badan sebanyak 3-5 biji sehari.

Letup-Letup ~ nama saintifikPhysalis minima

Di malaysia terdapat banyak jenis pokok yang dipanggil dengan nama vernakular letup-letup. Nama panggilan ini berdasarkan sifat buah pokok-pokok ini yang akan meletup apabila matang dan melepaskan bijinya kepersekitaran untuk pembiakan. salah satu pokok yang dipanggil letup-letup ini ialah physalis minima yang biasa dijumpai tumbuh dikawasan-kawasan pertanian atau kawasan tanah terbiar. ia tergolong dalam kategori rumpai.Ia selalunya tumbuh dikawasan bertanah poros(berpasir) yang kaya dengan bahan organik.Ia merupakan sejenis tumbuhan herba kecil dengan ketinggian mencapai hingga 1.5 meter. tumbuhan ini mempunyai bau yang kuat. Daunnya berbentuk oval dan lembut. Baunya kuat.buahnya berbentuk beri dan tersimpan dalam kaliks yang mempunyai sepuluh kedutan dan tercantum diatasnya. apabila masak, buahnya akan berwarna kuning terang dan kaliks disekelilingnya akan terbuka dan menjadi kering.buahnya yang masak mengandungi jus yang kaya dengan vitamin C dan boleh dimakan serta dijadikan jem.

 

Pokok ini digunakan dalam perubatan sebagai ubat untuk  pening, sakit  pinggang  dan  kanser .

Buahnya yang muda boleh dijadikan ulam.  Buahnya yang masak dan dijadikanjus boleh digunakan untuk merawat sakit kerongkong.

Periuk Kera ~ nama saintifik Nepenthes mirabilis

Menyukai kawasan yang lembab dan terbuka tumbuhan unik ini biasa dijumpai tumbuh liar dikawasan hutan hujan tropika terutamanya dikawasan paya.Periuknya mengandungi sejenis bahan kimia yang dipanggil pepsin yang dapat menghadamkan serangga yang terperangkap didalamnya dan menukarnya kepada nutrien untuk tumbuhan ini.Periuknya mengandungi penutup yang menghalang air hujan dari bertakung di dalamnya.Tumbuhan ini boleh membiak melalui pecahan rumpun.Jenis Nepenthes mirabilis banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan sekarang berbanding dengan periuk kera jenis lain dan harganya boleh melebihi RM50 sepasu. Di sarawak periuknya digunakan untuk membungkus ketupat pulut yang dihidangkan di pagi raya.

 

 

Air yang terdapat didalam periuk kera ini dikatakan berkhasiat untuk mengekalkan kesihatan mata.Akarnya digunakan untuk mengubat penyakit semput atau lelah atau asma dengan cara mengasah akarnya pada pasu dan dicampurkan dengan kemenyan putih. campuran ini dididihkan dan ditapis sebelum diminum airnya.Kajian juga sedang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik untuk membuktikan khasiat tumbuhan ini sebagai penawar kepada penyakit kanser.

Ulam Raja ~ nama saintifik Cosmos caudatus
Ulam raja (king salad) sebenarnya adalah tergolong dalam jenis cosmos yang biasa ditanam sebagai pokok hiasan kerana bunganya yang cantik dan berwarna warni. Namun yang selalu dijadikan ulam selalunya mempunyai bunga yag kecil dan berwarna agak pucat(merah jambu pucat) atau putih.Ia juga dikenali sebagai bokok intan berayun. biasanya ia boleh tumbuh hingga mencapai 2 meter tingginya dan ketinggian yang paling sesuai untuk pertumbuhannya ialah pada 200 meter dari aras laut. Ia membiak melalui biji benih yang dihasilkan selepas bunganya matang.Tumbuhan ini berasal dari Amerika latin tetapi boleh didapati tumbuh secara liar disemua negara asean. ia mengandungi 0.3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat, ia juga kaya dengan laksium dan vitamin A.


Ulam raja digunakan dalam perubatan tradisional kerana khasiatnya yang dikatakan dapat mencuci darah dari bahan toksid dan juga dapat menguatkan tulang. klorofom yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi costunolide, stigmasterol, lutein dan bipyridine yang dikatakan dapat merencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus seperti candida albicans dan Bacillus subtilis dan juga E.choli.
Kari ~ nama saintifik Murraya Koenigii

Pokok kari ialah sejenis pokok renek yang mempunyai ketinggian antara 0.9 hingga 6 meter.Ia biasa ditanam dihalaman rumah kerana kegunaan sebagai rempah dalam masakan terutamanya dalam masakan kari. Daun kari mempunyai bau yang kuat dan mempunyai rasa agak pahit. Daun ini mempunyai banyak kegunaan bagi masyarakat india kerana ia tidak hanya digunakan dalam masakan kari tetapi dalam masakan lain seperti rasam, chutney , murukku dan sebagainya lagi. Berasal dari India dan Srilanka tumbuhan ini akan hidup subur dalam zon tropika. Tumbuhan ini agak lasak walaupun sebenarnya ia menyukai tanah yang subur dan kaya dengan mineral.Bunganya kecil berwarna putih kekuningan dan buahnya juga kecil berwarna hijau ketika muda dan ungu setelah matang. Ia membuak melalui biji benih, keratan batang dan anak yang tumbuh dari akarnya.Selain ditanam di halaman rumah kerana daunnya ia juga ditanam sebagai tumbuhan hiasan.

 

Daun kari mempunyai khasiat perubatan yang tinggi dan digunakan dengan meluas dalam perubatan india.Ia dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masaalah penghadaman.Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif(julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit.Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan.Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis.jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit birit dan buasir.Air rebusan kulit batangnya yang kering dapat digunakan untuk mengubat diabetes.Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.Selain dari itu daun kari juga dapat mencegah uban. Buahnya yang didihkan dengan minyak kelapa hingga kehitaman boleh dihancurkan dan digunakan untuk merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa.Daunnya yang dihancurkan dan dijadikan pes boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak dengan cara menampalnya pada bahagian yang sakit itu.

Yesterday, 2day, 2morrow ~ nama saintifik Brunfelsia pauciflora

Pokok renek ini boleh tumbuh pada ketinggian hingga 9 kaki. bunganya berwarna ungu tua yang akan berubah menjadi ungu muda(lavender) dan akhirnya menjadi putih. bunya mempunyai lima kelopak dan berbau harum. pokok ini biasanya dijadikan tumbuhan laman dan hiasan taman.Tumbuhan ini membiak melalui keratan batang namun ia juga boleh menghasilkan buah(jarang-jarang dijumpai). Ia memerlukan air yang banyak dan suka kepada tempat yang agak redup.

Pokok ini tergolong dalam ketagori tumbuhan beracun, jika termakan ia boleh menyebabkan pengeluaran air liur yang berlebihan ,sesak nafas,sawan, anak mata membesar dan pucat lesi

Selain dari kesan aromaterapi yang boleh menenangkan dari baunya yang harum, tiada khasiat perubatan yang diperolehi untuk spesies ini. Jika anda mempunyai maklumat mengenai khasiatnya, anda dialu-alukan mengongsinya dengan memberi ulasan.



Kacip FatimahNama saintifik:Labisia pumila Benth
Nama biasa:Selusuh Fatimah
Nama tempatan:Kacip fatimah, Kacip siti fatimah
Famili:Myrsinaceae

Pendahuluan:

Kacip fatimah merupakan salah satu bahan paling popular dan mujarab yang digunakan dalam penyediaan herba tradisional atau 'jamu' untuk penjagaan tubuh selepas bersalin. .Kacip Fatimah secara tradisinya digunakan untuk mengekalkan sistem peranakan wanita yang sihat serta untuk membantu mengetatkan bahagian peranakan dan juga untuk meningkatkan fungsi seksual. Kacip Fatimah kaya dengan �phytoestrogen� dan �isoflavones� yang mana bahan tersebut boleh melegakan gejala menopaus. Di Malaysia, Kacip fatimah juga dikenali sebagai "Selusuh Fatimah" (secara literal ialah sebagai ubat bersalin Fatimah) dan "Kacip Fatimah" (gunting sirih Fatimah). Akar Kacip fatimah juga didapati mengandungi �benzoquinone� dan �resorcinol�.

Ciri - Ciri Tumbuhan

Kacip fatimah merupakan sejenis herba renek dengan rizomnya menjalar. Daunnya yang keluar sedikit lurus dan berwarna hijau tua , manakala di tempat teduh tepi daunnya berwarna hijau muda. Tangkai daun agak pendek dan berbentuk sedikit leper. Batangnya tumbuh tegak, berwarna perang dan mempunyai bekas daun (parut) yang nampak dengan jelas. Parut tersebut mampu mengeluarkan akar dan akar boleh kelihatan menonjol keluar dari parut lama.

Tabiat Tumbuhan

Sejenis tumbuhan yang hidup subur di tempat teduh. Pancaran cahaya matahari di kawasan terbuka atau separa teduh boleh mendatangkan bahaya semasa penubuhan dan pertumbuhannya. Ia adalah sejenis herba yang agak lambat membesar. Pada kebiasannya, ia boleh dibiakkan secara biji benih di tapak semaian di bawah kelembapan yang tinggi dan mempunyai teduh.

Bahagian Yang Digunakan

  • Keseluruhan pokok

Amalan Tradisi Perawatan

Bahan tampalan yang disediakan dengan mencampur daun Kacip fatimah dan minyak kelapa disapukan pada perut bayi untuk melegakan sakit perut. Kacip Fatimah juga telah digunakan secara tradisi oleh kebanyakkan wanita Melayu semasa melahirkan anak dan ia boleh membantu memudahkan proses kelahiran dan juga dijadikan sebagai ubat selepas bersalin. Ia juga membantu saluran kelahiran, dan mampu memulih semula kekuatan tubuh, mengawal kitaran haid dan mengelakkan sakit serta mengurangkan gejala menopaus. Secara tradisinya , tumbuhan ini direbus dan perahan air diambil sebagai minuman. Kegunaan tradisi lainnya adalah untuk merawat disentri, penyakit sendi dan gonnorhoea. Tumbuhan ini juga boleh membantu menegangkan otot abdomen. Kajian saintifik mendapati bahawa ciri-ciri perubatan dan aktiviti biologinya adalah disebabkan oleh kehadiran �phyto estrogen� (estrogen tumbuhan) secara semula jadi dalam tumbuhan ini.




aloe veraNama saintifik:Eclipta alba hassk.
Nama biasa:False daisy
Nama tempatan:Keremak
Famili:Compositae
Pendahuluan:

Keremak biasanya dimakan mentah sebagai salad atau 'ulam'. Menurut sistem perubatan Ayurveda, tumbuhan ini mempunyai banyak ciri-ciri perubatannya yang 'tersembunyi' dan amat mujarab dalam membantu kesihatan jantung dan sistem peredaran darah. Ia juga merupakan herba penting yang digunakan untuk menyuburkan buah pinggang dan hati.

Ciri - Ciri Tumbuhan

Keremak merupakan sejenis herba menjalar dan bercabang yang boleh tumbuh dengan ketinggian kira-kira 15-20 cm. Daunnya ringkas, hijau, glabrus dan susunan daun dalam pasangan yang bertentangan. Daun bujur berbentuk pisau pembedah dan bergerigi cetek yang berwarna kemerahan. Mempunyai bunga yang terletak pada bahagian atas dan panjangnya kira-kira 6-8 mm

Tabiat Tumbuhan

Keremak boleh dilihat tumbuh liar di kawasan tanah lembap, di samping kawasan tepi sungai, sawah padi , di kawasan ladang-ladang tebu dan di tepi-tepi jalan.

Bahagian Yang Digunakan

  • Daun , keseluruhan pokok

Amalan Tradisi Perawatan

Tumbuhan ini digunakan untuk merawat hepatitis, demam kuning, artritis, penyakit kulit dan merangsang pertumbuhan rambut. Di Malaysia, air rebusan akar digunakan terus atau dicampur dengan biji jintan putih dan sering diminum oleh wanita Melayu selepas bersalin. Ia juga digunakan sebagai tonik rambut, boleh menyebabkan muntah, obat pencuci perut, rawatan sembelit dan gastrik. Daun yang ditumbuk biasanya digunakan untuk merawat penyakit kulit, kusta dan untut. Daun yang direbus dan disapu pada gusi untuk mengurangkan sakit gigi.

No comments:

Post a Comment