Tuesday, 24 July 2012

BUNGA TANJUNG




 
Bunga Tanjung

Assalamualaikum,

Hari ini saya masukkan entry mengenai FloraFauna, sibuk di SIM bercerita fasal "tanam pokok atau tabur bunga pada kuburan", memang sesuai sangat saya highlight sikit lagi satu pokok yang banyak di tanam di negara kita. Pokok tanjung dikatakan mampu merawat pelbagai penyakit kulit.

Pokok Bunga TanjungBunga tanjung putih berseri,
Berak bertenggung, kencing berdiri…
Eh… eh… salah… salah…

Bunga tanjung putih berseri,
Kembang jelita harum baunya;
Gagah sungguh pohonmu berdiri,
Tegap rimbun gagah perkasa.

Pokok tanjung berasal dari kepulauan Indo-China dan mempunyai taburan semula jadi di India, Sri Lanka, Myanmar, Thailand dan Malaysia. Nama saintifiknya Mimusops Elengi dan tergolong dalam keluarga sapotaceac, pokok tanjung merupakan tumbuhan liar yang tumbuh di tepi pantai, kawasan berbatu dan dalam hutn. Pokoknya boleh mencapai ketinggian sekitar 3 meter dan boleh menghasilkan batang atau kayu balak sepanjang 15 hingga 20 meter. Pokok tanjung menghasilkan banir yang sangat kecil atau besar sehingga 2 meter tinggi.

Daun pokok tanjung jenis ringkas, susunan bersilang-seli dan bahagian tepi daun beralun-alun dan bengkok ke atas. Daunnya licin dan berkilat. Bunganya pula ada jenis dwijantina. Bunganya berwarna putih dan bercampur kuning. Bunganya ini dihasilkan secara tunggal atau dalam jambak kecil.
Bunga Tanjung yang berjambak


Buahnya jenis beri berbentuk bujur telur. Sebelum matang, buahnya berwarna hijau. Buah ini akan bertukar kepada warna oren dan merah setelah masak. Apabila matang, buahnya rasa manis dan mempunyai kandungan astringen. Astringen bertindak sebagai agen yang mengcutkan tisu dan protein pada kulit dan lendir. Bunga pokok tanjung mengandungi minyak mudah meruap manakala bijinya mengandungi minyak tidak meruap. Kulit pokoknya banyak mengandungi tanin dan sedikit alkaloid. Pokoknya pula mengandungi saponin.


 
Buah Tanjung

Kuatkan gigi dan gusi

Bahagian kulit batang, daun dan bunga adalah bahagian yang banyak digunakan serta mempunyai khasiat ubatan yang tersendiri. Kulit pokok tanjung dikatakan mempunyai pelbagai kegunaan. Jika direbus, kulit pokok ini boleh digunakan sebagai air pencuci mulut. Ia mampu menguatkan gigi dan gusi serta merawat sakit kerongkong. Bukan itu sahaja, ramuan ini juga boleh digunakan untuk mengatasi masalah nafas berbau.

Jika kulit pokok tanjung dijadikan serbuk pula, ramuan ini boleh digosok atau diurut pada sendi yang sakit akibat reumatisme. Kulit pokok tanjung ini juga boleh dijadikan sebagai ubat pupuk bagi merawat masalah jerawat, gatal-gatal dan pelbagai penyakit kulit. Kulit pokok tanjung yang direbus bersama dengan kulit pokok asam jawa dikatakan boleh digunakan sebagai ubat sapu bagi penyakit kulit. Air rebusan kulit batang pokok juga boleh digunakan untuk mencuci luka.

Air rebusan kulit pokok atau bunga boleh diminum terutamanya untuk merawat demam panas dan cirit-birit. Kulit dan buah pokok tanjung yang belum masak boleh dijadikan losen untuk merawat ulser. Biji pokok tanjung yang telah ditumbuk lumat pula boleh ditelan bersama air untukmerawat cirit-birit.
Redakan sakit kepala
Daun pokok tanjung boleh ditumbuk lumat atau direbus sebelum dijadikan sebagai ubat pupuk untuk merawat sakit kepala. Jika anda mengalami masalah sakit hidung dijangkiti ulser, bolehlah menggunakan daun pokok tanjung yang telah ditumbuk serta dicampur dengan sedikit jintan hitam yang kemudiannya dijadikan ubat pupuk.

Daun pokok tanjung juga boleh dibakar dan asapnya kemudiannya dihidu untuk merawat ulser di hidung, asma dan pelbagai masalah hidung dan mulut. Pucuk daunnya boleh dibuat ulam bagi mengecutkan rahim dan mengetatkan peranakan wanita.

Bukan setakat untuk tujuan perubatan, pokok tanjung juga boleh digunakan untuk tujuan lain. Bunganya boleh direndam dalam minyak kelapa. Ramuan ini boleh dilumurkan ke rambut dan hasilnya mampu mewangikan rambut. Minyak biji pokok tanjung pula dikatakan boleh digunakan untuk memasak atau minyak pelita.

Ringkasan kegunaan :

1. Merawat ruam bernanah – Beberapa kuntum bunga tanjung direbus bersama 2 sudu besar Jintan Hitam. Air rebusan diembun semalaman. Air ditapis dan dimandikan pesakit dengan air tersebut.

2. Merawat sakit gigi dan boleh menghilangkan nafas berbau. Kulit batang pokok direbus bersama air dan dibuat kumur selama empat hari

3. Merawat luka – Air rebusan kulit batang pokok digunakan untuk mencuci luka.

4. Merawat ozena atau rhinitis – Jus daun bunga tanjung dijadikan ubat titis hidung dua kali sehari dan dilakukan sehingga sembuh.

5. Mewangikan rambut – Biasanya bunga tanjung direndam ke dalam minyak kelapa dan dilumur ke rambut.

6. Pucuk daunnya boleh dibuat ulam bagi 
mengecutkan rahim dan mengetatkan peranakan wanita
Walaupun terdapat pelbagai khasiat ubatan dan kegunaan lain pokok tanjung, namun begitu penggunaannya perlu mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudharatan di kemudian hari.


32. POKOK TANJUNG, BUNGA TANJUNG,BAKULA,INDIAN MEDDALER,BAULA,(MIMUSOPS ELENGI)



Bila sebut Bunga Tanjung teringat lagu Sharifah Aini. Mendayu-dayu lagunya.

Bunga Tanjung cantik berseri
Hiasan dara gadis rupawan
Sungguh sombongnya bungamu menari
Melenggang lengguk di hujung dahan....


Teringat aye masa mengandung, teringin sangat nak makan bunga tanjung. Pelik kan? Mengidamlah tu kononnnnnn.  Baunya yang harum itu membuatkan rasa ingin mengunyahnya dan ingin tahu apa rasanya. Mula2 tu kutip satu demi satu bunganya dan dicucuk dengan benang. ~Orang-orang tua memang suka kalau dapat bunga tanjung yang sudah dicucuk benang. Mereka akan letak dan simpan di dalam sejadah bersama telekung sembahyang. Bila tiba masa untuk solat, dibukanya sejadah, amboi mak wanginya walaupun bunga tu dah kering. Kadang2 diaorang buat hiasan sanggul~ Bunga tanjung yang dicucuk benang diberi kepada mak. Lepas tu kutip lagi dan terus masuk mulut. Kunyah pelan2 sebab nak tau rasanya. Kalau pahit mungkin terus dibuang jadi tak adalah lama rasa pahit tu. Tapi ya ampunnnn harum terasa bila kita bernafas dan rasanya sedikit manis, mungkin madu bunga. 



Masa kecik2 dulu, memang susah untuk dapatkan buah seperti sekarang. Jadi buah tanjunglah yang dimakan. Tapi makan cuma sebiji dua aje.Rasanya manis dan sedikit kelat. Sekarang budak2 dah tak kenal lagi makanan di zaman Jepun tu. 



Banyak berceloteh pulak. Jom kita tengok khasiatnya.


Bahagian yang digunakan ialah Kulit batang, daun dan bunga.

Kegunaan

1. Merawat ruam bernanah
Beberapa kuntum bunga tanjung direbus bersama 2 sudu besar Jintan Hitam. air rebusan diembun semalaman. Air ditapis dan dimandikan pesakit dengan air tersebut.

2. Merawat sakit gigi dan Boleh menghilangkan nafas berbau. Kulit batang pokok direbus bersama air dan dibuat kumur selama empat hari

3. Merawat luka.
Air rebusan kulit batang pokok digunakan untuk mencuci luka.

4. Merawat ozena atau rinitis
Jus daun bunga tanjung dijadikan ubat titis hidung dua kali sehari dan dilakukan sehingga sembuh

5. Mewangikan rambut.
Biasanya bunga tanjung direndam ke dalam minyak kelapa dan dilumur ke rambut.

SUMBER: NORAIDA. Thanks Nor.

6. Pucuk daunnya boleh dibuat ulam bagi mengecutkan rahim dan mengetatkan ********** wanita(mengikut kata mak)
 

No comments:

Post a Comment