NAMA HERBA: Bayam Pasir
NAMA SAINTIFIK : Amaranthus Viridis L./Alternanthera sessilis
BOTANI :
Tumbuh tegak dan batang tegap. Daun lebar berbentuk bujur, urat-urat daun kasar dan jelas kelihatan di permukaan bawah. Menyerupai bayam biasa tetapi daunnya lebih kasar dan batang lebih gemuk. Biasanya tumbuh liar tetapi boleh ditanam dengan biji.
KEGUNAAN:
Seluruh bahagian pokok boleh direbus dan diminum. Dapat membunuh cacing dalam perut dan usus, meredakan bengkak, melawaskan buang air kecil, merangsangkan penghasilan susu ibu, merawat masalah hati dan menghentikan cirit-birit. Bunga dan akar boleh dibancuh seperti teh lalu diminum sebagai tonik perut dan berfungsi untuk menghentikan cirit-birit (najis bercampur darah).
Bayam hutan / bayam tanah
BAYAM DURI / BAYAM HUTAN, Amaranthus spinosus
Kremah
Nama Ilmiah
Alternanthera sessilis R. Br.Nama Daerah
Lampung: Juruk demahBatak: Ormak
Melayu: Sayor udang
Sunda: Tolot soyah
Jawa: Kremah
Botani
Sinonim: Alternanthera nodiflora R. BrKlasifikasi
Divisi: SpermatophytaSub divisi: Angiospermae
Kelas: Dicotyledoneae
Bangsa: Caryophylales
Suku: Amaranthaceae
Marga: Alternanthera
Jenis: Altemanthera sessilis R. Br.
Ciri-ciri
Habitus: Semak, merambat, panjang ± 30 cm.Batang: Majemuk, berhadapan, lonjong, ujung dan pangkal runcing, panjang ± 2 cm, lebar ± 5 mm, pertulangan menyirip, hijau.
Daun: Bulat, masif, beruas-ruas, hijau kekuningan.
Bunga: Majemuk, bentuk bulir, di ketiak daun dan ujung batang, tangkai silindris, panjang + 5 mm, hijau muda, benang sari lima, tangkai sari bentuk mangkok, mahkota bentuk bulu, panjang 2-3 mm, putih kehijauan.
Buah: Kotak, kecil, coklat.
Biji: Bulat, hitam.
Akar: Tunggang, putih kecoklatan.
Khasiat
Batang bersama daun kremah berkhasiat sebagai obat perut mulas, berak darah dan obat pening kepala.Untuk obat perut mulas dipakat + 10 gram batang bersama daun segar kremah, dicuci, direbus dengan 1 gelas air selama 15 menit, setelah dingin disaring. Hasil saringan diminum sekaligus.
Alternanthera sessilis ‘Red’: Red Sessile Joyweed
Bayam | |
Nama Tempatan: | Bayam |
Nama Saintifik: | Amaranthus sp. |
Nama Lain: | Spinach,bayam hijau,bayam merah |
Famili: | Amaranthaceae |
Lokasi dijumpai: | Tanaman sayuran |
Asal: | |
keterangan: | |
Bayam ialah sejenis sayuran yang paling mudah dijumpai di Malaysia. Ia digemari pelbagai golongan masyarakat kerana rasanya yang seap. Malah lagenda masyarakat melayu seperti Raja bersiong juga memperkatakan kelazatan bayam yang menjadi santapan harian Raja bersiong.Bayam terdapat dalam dua jenis yang biasa iaitu bayam merah dan bayam hijau. Pembiakannya melalui biji benih dan tumbuhan ini tergolong dalam golongan herba semusim.Daun bayam ada yang berbentuk bujur dan ada yang berdaun bulat.Bayam boleh hidup subur ditanah gambut, beris dan tanah bekas lombong yang mempunyai PH antara 5.5 hingga 6.5.Bayam memerlukan air yang banyak untuk pertumbuhan. Siraman dibuat 2 kali sehari ketika cuaca panas dan dilakukan secara manual atau sistem pengairan renjis.
| |
kegunaan: | |
Bayam baik untuk kesihatan mata dan membantu mengekalkan kesihatan mata kita. komposisi zat dalam sayur bayam terdiri dari tenaga(paling banyak),air, protin, lemak, karbohidrat,serabut,abu,kalsium,Fosforan ,Besi,Natrium,Kalium,Beta-Karoten,Vitamin B1,Vitamin B2,Niacin,Vitamin C.
| |
English Translation | |
Commmon Name: | |
Botanical Name: | Amaranthus sp. |
Other Name: | Spinach,bayam hijau,bayam merah |
saya ada tanam bayam merah. bayam pasir lak (daun kecik-kecik), tak payah tanam, hidup sendiri dan melata. sesak-sesak, petik aje buat sayur... mamat doko woi, tak de soalan lain ke ko nak tanya. kalau tak puas hati dengan fizikal, guna yang palsu punyer la... | Amaranthaceae |
Tumis Lada Hitam Bayam Pasir Dan Cendawan
Assalamualaikum & salam sejahtera
Sayur ni sebenarnya cheq sue dah buat beberapa hari lepas dan digandingkan dengan ayam goreng nyonya. Masakan ni mudah je, macam masakan orang berpantang pun ada sebab terasa sangat halia dan bawang putihnya.
Mmmm nak tanya ni... ada ke yang tak kenal dengan bayam pasir ni? Rupanya lebih kurang sama dengan bayam biasa cuma bayam pasir ni lebih kecil dan rendah. Biasanya bayam pasir ni tumbuh di kalangan rumput2...bila cheq sue kutip ni budak2 boleh tanya...nak buat apa dengan rumput ni? He he he...ape yang budak2 tahu kan? Kalau cheq sue rasa bayam pasir ni lebih sedap dan lebih klasik. Bagi sape yang tak pernah tgk tu ada gambarnya kat bawah ni
Sebenarnya sesekali masak ringkas macam ni pun sedap...asik2 menggulai melemak aje pekena yang air2 ni pulak. Sesuai kalau nak dimakan dengan ikan masin atau ayam goreng
Kalau ada yang nak cuba, resepinya ada kat bawah ni ya...simple je tapi sedap pada selera. Wassalam...
TUMIS LADA HITAM BAYAM PASIR DAN CENDAWAN
Sumber : Cheq Sue
Bahan-bahan :
- secekak pucuk bayam pasir
- 2 kuntum cendawan tiram (dicarik kasar)
- 1 biji tomato hijau (belah 8)
- 2 biji bawang merah *
- 1 biji bawang putih *
- sedikit halia *
- 1 sudu kecil lada hitam *
- minyak, garam, air secukupnya
Cara-cara :
- tumbuk kasar bahan *
- panaskan minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk hingga wangi & sedikit garing
- masukkan bayam, cendawan dan tomato. masak sehingga layu
- masukkan air secukupnya, garam dan rasa masinnya
- masak seketika dan bolehlah dihidangkan

Bayam pasir atau bayam bunga.
Khasiat Bayam Bunga atau ada yang kata Bayam Pasir. Sedap di buat sup dan elok bagi membuang angin dalam tubuh. Cara masaknya amat mudah.
Basuh dan rendam bayam dengan sedikit garam selama beberapa saat. kemudian didihkan sediket air ikut seberapa cukup yg diperlukan. Masukkan bilis yg sudah digoreng, bawang putih, serbuk lada, garam dan beberapa titik minyak sesame oil. Bila sudah mendidih masukkan bayam dan biarkan ia mendidih beberapa saat, kemudian angkat dan hidangkan

Petua: Kalau nak merahkan kulit muka secara semula jadi makan sayur bayam tumis air selama 2 minggu. Tapi banyak sikitla sayur tu dalam 1/2 cawan lepas dimasak. ~ Zah |
betul ka kak Zah makan bayam banyak-banyak boleh merahkan muka? saya selalu makan bayam masak air. nak kata selama 2 minggu berturut-turut tu tak lah.... tapi stoknya selalu ada dalam peti ais. sekarang ni pun dah berkebun tanam bayam. tapi muka merah tu tak nampak pun.... suami tak tegur pun lagi muka jadi merah!!!! heheheheh |
Keremak penawar ruam dan gatal-gatal
Ini gambar bunga dan daun keremak dari jarak dekat.
Tak perasan pula waktu ambik gambar, sekuntum bunganya yang kat atas tu dah layu. Tak pakai cermin mata waktu ambik gambar. Huhuhu.Aku tak buang pokok2 ni kat tepi longkang rumah aku. Sekali pandang, ia nampak macam rumput liar sahaja.Tapi bagi aku, khasiatnya amat bernilai.
Sewaktu cucu aku berusia dua bulan, dia telah mendapat penyakit kulit yang amat teruk sekali. Mak dia kerja menangis kesian tengok kulit anak dah penuh dengan tompok2 merah. Lambatnya nak baik. Lepas diubatkan, esoknya ia timbul kembali. Banyak tempat dah pi berubat. Petua tradisi sudah. Klinik swasta sudah. Klinik kerajaan sudah. Pakar kulit pun sudah. Ada yang kata kudis buta. Ada yang kata alergik dari haiwan peliharaan.
Kakak kat tempat kerja aku bagi petua lumatkan daun keremak, campur bedak sejuk dan sapukan pada bahagian yang kena ruam. Dia kata dah ramai cucu dia yang dia amalkan guna daun ini sahaja.
Lepas disapukan cucu aku dengan bedak sejuk yang dicampur dengan daun ini, alhamdulillah. Penyakitnya beransur sembuh. Anak aku kata daun nilah yang lebih pakar dari yang pakar untuk kulit anak dia.
Alhamdulillah semuanya adalah dari pertolongnNya jua.
No comments:
Post a Comment