PANDUAN MENANAM BAYAM
PENGENALAN
Bayam adalah sejenis sayuran daun yang mengandungi vitamin A, B dan C dan zat-zat galian seperti kalsium dan
besi.
JENIS
Terdapat 2 jenis bayam iaitu:
Bayam berwarna hijau. Jenis ini berdaun lebar dan kadangkala berdaun bujur.
Bayam berwarna hijau keunguan dan kemerahan.
TANAH
Bayam sesuai ditanam dipelbagai jenis tanah terutama tanah gembur liat ringan dan tanah liat berpasir. Tanah yang
kaya dengan bahan organik, mempunyai saliran yang baik dan mempunyai kemasaman tanah di antar 5.5 – 6.5 adalah
paling sesuai.
PENANAMAN
Menyediakan Batas
Bajak dan gemburkan tanah sebelum menyediakan batas. Ukuran batas ialah 120 cm lebar, 20-30 cm tinggi dan 760
cm panjang. Jarak antara batas ialah 46 cm. Buat tiga alur kecil memanjang di permukaan batas.
Menanam
Bayam ditanam terus dengan menggunakan biji benih. Oleh kerana biji benih bayam berkeadaan halus, gaulkan biji
benih dengan pasir atau tanah peroi sebelum disemai. Kemudian taburkan sama rata ke dalam alur-alur di atas batas.
Selepas 2-3 hari anak benih akan bercambah. Jarakkan mengikut ukuran yang disyorkan iaitu 8-10cm antara pokok
dan 2-3 cm antara barisan. Sebanyak 6-7 kg biji benih diperlukan untuk 1 hektar.
Bayam boleh juga disemai di dalam tapak semaian sebelum di ubah ke batas. Sebelum menyemai, gaulkan biji benih
dengan racun kulat seperti Thiram dengan kadar 3 gm Thiram dengan 1000 gm biji benih untuk mencegah penyakit
melecuh. Lebih kurang 12 hari selepas menyemai, siram anak benih dengan baja larutan urea sebanyak 4 gm dalam
seliter air. Sungkupan penuh dibuat 3 hari selepas selepas menyemai. Ubah dan tanam anak-anak benih ke atas batas
yang telah disediakan selepas 3-4 minggu disemai.
PENJAGAAN
Membaja
Baja organik seperti tahi ayam boleh digunakan sebagai baja asas. Baja ini digaul kedalam batas. Lebih kurang 5 tan
metrik baja ini diperlukan untuk sehektar.
Sebagai panduan, kadar pembajaan yang disyorkan 100 kg N, 23 kg P2O5, 144 kg K2O sehektar.
pada hari ke-4 dan hari ke 10-14.
Baja-baja ini digaul dan ditabur di antara lorong-lorong pokok.
Menyiram
Bayam memerlukan air yang banyak untuk pembesarannya. Dalam musim panas siram 2 kali sehari.
Sungkupan
Sungkupan diletakkan di atas batas selepas manabur benih atau mengubah. Gunakan pelepah kelapa atau rumputrumput kering sebagai bahan sungkupan. Sungkupan boleh mengawal kehilangan air, pertumbuhan rumput rampai
serta memperbaiki struktur serta kesuburan tanah.
Merumput
Kawalan rumput rampai dilakukan sepanjang masa. Merumput boleh dilakukan dengan tangan.
MEMUNGUT HASIL
Bayam boleh dipungut 3-4 minggu selepas ditanam atau apabila pokok mencapai 20-25 cm tinggi. Kutipan dibuat 3-7
hari sekali. Pokok dicabut atau dipotong batangnya.Tanam di tanah yang mempunyai saliran
yang elok. Amalkan giliran. Elakkan
menyiram berlebihan. Gaulkan 3 gm
Thiram (80WP) dengan 100 gm biji benih
s
khasiat bayam
Adalah sejenis sayuran hijau yang kaya dengan vitamin A, C dan E serta zat besi seperti fosforus, besi, sodium potasium, magnasium mangan dan zink.Dikenali sebagai Spinacia oleracea dari segi saintifiknya.
khasiat sayur bayam
- Jus bayam mengandungi zat besi secukupnya untuk mengatasi masalah-masalah seperti anemia sejenis penyakit kurang darah.
- Wanita seringkali kekurangan zat besi kerana didatangi haid pada setiap bulan. Jus bayam yang dicampurdengan jus lobak merah atau jus tomato boleh membekalkan zat besi kerana bayam mengandungi asid aksalik
- bayam merah kaya dengan vitamin A
- bayam cina kaya dengan vitamin C , kalsium, dan zat besi
- ekstrak bayam ini mampu memperlahankan pemisahan sel dalam sel kanser perut, mengurangkan kanser kulit, dan mengurangkan insiden kanser payudara, ovari dan prostat.
- bayam kaya dengan vitamin C dan A. (menghentikan kolesterol daripada pengoksidaan sekali gus mencegah radikal bebas )
, F1 baka 423, amaranth
Bahan-Bahan: | |
250 gm bayan 1 sudu minyak makan/salad 2 ulas baeng merah (dihiris tipis) | ¼ cawan air 1 batang lada merah (dihiris tipis menyerong) Garam & serbuk perasa secukup rasa Bahan Tumbuk: 60 gm ikan bilis (dibersihkan,direndam & ditoskan ) 3 ulas bawang putih |
Cara: | |
Petik daun bayam dari batangnya. Buangkan akar & batangnya yang keras. Potong-potongkan batang yang muda supaya menjadi panjang 2.5 cm & siat kulit luarnya. Cuci & toskan sayur itu. Pijarkan minyak & masukkan bahan yang telah ditumbuk. Masukkan bawang merah & gorengkan selama 2 minit. Kecilkan api. Masukkan air,lada & serbuk perasa secukup rasa. Didihkan perlahan-lahan dengan bertutup untuk selama 1-2 minit lagi. Masukkan daun bayam & padamkan apinya. Tutup periuknya & biarkan sayurnya masak dalam wap selama 1-2 minit.sesuaikan rasanya & kacau rata-rata. Isikan ke dalam mangkuk & hidangkan dengan segera dengan nasi putih,ikan goreng & samba.HANYA 1 NYAWA YANG SELAMAT
POSTED ON MARCH 10TH, 2011 BY KAKNGAH
.
harini pun lambat ke udara. kepala tingtong la… dari malam tadi. anak-anak ajak g tengok dikir barat pun kakngah tak pergi. Abem sorang jek yang bawak diorang pergi. tak tau apa sebabnya. nak kata kene hujan.. tak pulak. lagi satu, kakngah takde pun minum nescafe. mak bedah ajak beramas mesra pun tak mendapat sahutan…
masih ingat lagi kotak semaian kakngah minggu lepas??? mari kita tengok progress minggu ini…
kotak 1 – benih kailan
dedaun anak kailan dah keluar urat daunnya.
kotak 2 – benih kangkung
haritu kan anak kangkung tak sempat bercambah sebab adief dah kokak ngan spanar. tak di sangka-sangka.. ada jugak 1 nyawa yang terselamat.
kan ada lagi 1 kotak semaian yang kosong…
yang itu Abem semai benih bayam. tah bila Abem semai pun kakngah tak perasan. alik-alik Abem bagitau anak bayam dah bercambah. tak dapat la kakngah nak snap step by step menyemai benih. kene tunggu kitaran yang akan datang la nampaknya.
3. BayamPenanaman bayam bisa langsung dilakukan di pot atau polibag. Cukup mudah. Polibag/Pot diisi dengan tanah gembur dan pupuk kandang/kompos dengan perbandingan 1 : 1. Lalu tebar langsung benih bayam dalam polibag tersebut, Setelah itu cukup disiram. ^^
Masa tumbuh bayam cukup singkat. Dalam sehari sudah mulai tumbuh benih yang ditebar kemarin
Biji ketumbar mengambil masa yang agak lama untuk bercambah tiap-tiap hari Cm siram dan jaga bagai menatang minyak yang penuh...mulanya tak sabar.....ada terlintas nak buang je bekas tu sebab penat menanti benih ni tak tumbuh tumbuh.Akhirnya Alhamdulillah... bukan satu tapi dua:)tanam
Pernah tak anda dengar mengenai sejenis tumbuhan yang diberi nama bayam duri? Ataupun sesetengah tempat menggelarkannya bayam hutan. Nama saintifiknya pula adalah Amaranthus Spinosus. Ia dikatakan mampu menghilangkan jerawat dan seterusnya melembutkan kulit muka anda.
Saya pun baru tahu mengenai perkara ni. Malah, rupa bayam duri ni pun saya tak kenal. Tapi, saya telah menjumpai dua imej yang boleh dijadikan rujukan bersama seperti di bawah.
Gambar Pokok Bayam Duri atau Bayam Hutan - Dr. John Meade
Gambar Daun Bayam Duri atau Bayam Hutan - Dr. John Meade
Bagi menghilangkan jerawat serta melembutkan kulit wajah anda dengan bayam duri ni, ada dua cara yang boleh dipraktikkan;
Cara Pertama:
1. Ambil beberapa helai daun bayam duri dan bersihkannya.
2. Ramas daun tersebut sehingga hancur.
3. Selepas itu, gosokkan daun yang telah hancur tadi ke muka anda dengan lembut atau perlahan-lahan. Buatlah lebih kurang dalam 5 ke 10 minit.
4. Akhir sekali, bilas atau cuci muka anda dengan air bersih.
Cara Kedua:
1. Ambil beberapa helai daun bayam duri dan bersihkannya dahulu.
2. Terus ramas daun tersebut ke muka anda secara berhati-hati atau perlahan-lahan.
3. Lepas dah ramas, sentalkan pula daun tadi ke muka anda. Sental dengan lembut serta perlahan-lahan yer. Lakukan proses ini selama 5 ke 10 minit.
4. Akhir sekali, basuhlah muka anda dengan air bersih.
Sekali lagi, ingin saya tekankan di sini bahawa semasa anda menggosok, meramas atau menyental daun bayam duri ke muka, pastikan ia dibuat secara lembut. Jika anda melakukannya dengan kuat, saya khuatir ia akan mencacatkan kulit muka anda pula. Jadi, pastikan anda melakukannya dengan tenang dan tak tergesa-gesa.
Petua ini boleh anda amalkan sekurang-kurangnya sekali sehari.
Kebaikan Herba untuk mata
Bilberry
Eyebright
Lutien & zeaxanthin (Marigold flowers)
Grape seed (OPC)
Wolberry fruit (Fructus Lycii)
Cassia seed, Chrysanthemum Flower & Pale Butterflybush Flowers
|
No comments:
Post a Comment