Pantang larang memakan bayam tanah
Alhamdulillah, kisah pantang larang memakan ikan kekacang dan buluh betong yang telah saya paparkan mendapat maklum balas yang amat baik daripada para pembaca. Ekoran daripada kisah pantang larang tersebut, baru-baru ini ada seorang pembaca menanyakan kepada saya, adakah saya pernah mendengar tentang pantang larang memakan sayur bayam tanah. Hairan juga saya kerana saya tidak pula pernah mendengar akan adanya “bayam tanah”, apatah lagi pantang-larang memakannya. Rupanya di Malaysia ia dikenali sebagai bayam hutan ataupun bayam duri dan nama bayam tanah ini hanya digunakan di Indonesia.
Bayam merupakan tanaman sayuran yang dikenali dengan nama ilmiahnya Amaranthus spp. Kata “amaranth”dalam bahasa Yunani bererti “everlasting” (abadi). Tanaman bayam berasal dari kawasan Tropika di Amerika Tengah. Tanaman bayam asalnya dikenali sebagai tumbuhan hiasan. Kemudiannya tanaman bayam ini dipromosikan sebagai pembekal sumber protein, terutama untuk negara-negara sedang membangun.
Keluarga Amaranthaceae memiliki sekitar 60 genera, terbahagi kepada sekitar 800 spesies bayam (Grubben, 1976). Jenis bayam dibezakan kepada 2 jenis, iaitu bayam liar dan bayam tanaman (cultivation). Bayam liar pula terbahagi kepada 2 jenis, iaitu bayam tanah (A. blitum L.) dan bayam berduri (A. spinosus L.). Ciri utama bayam liar adalah batangnya berwarna merah dan daunnya kaku (kasap)
Khasiat dan kegunaannya
Selain masalah kulit muka dan jerawat, ia juga dipercayai dapat mengubati asma, demam, mengatasi masalah keputihan di kalangan wanita, melawaskan kencing dan menambah susu badan. Menurut Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap, terdapat dua cara untuk melembutkan kulit muka dan mengubati jerawat. Ia boleh dilakukan dengan meramas-ramas sehingga hancur terlebih dahulu daun bayam duri sebelum ia digosokkan pada muka. Juga boleh diramas terus di muka dan disusuli dengan menyental secara perlahan-lahan.
Perlu diingat bahawa sama ada ia diramas dahulu atau kemudian, ia tidak boleh digosok atau disental kuat kerana ia boleh mengakibatkan kecacatan kulit muka. Proses ini dilakukan antara lima dan 10 minit sebelum dibilas dengan air bersih serta diulangi sekurang-kurangnya sehari sekali.
Daun bayam duri juga dipercayai dapat mengubati asma termasuk mengeluarkan lendir yang berlebihan iaitu dengan meminum air rebusannya. Tiga atau lima batang bayam duri direbus sekali bersama-sama daun dan bunganya dengan lima gelas air selama 10 minit. Minum air rebusannya sekurang-kurangnya empat kali sehari dengan sukatan satu gelas untuk orang dewasa dan setengah gelas untuk kanak-kanak.
Bagi sakit demam atau menambahkan susu badan, air rebusan seluruh pokok bayam duri perlu diminum dengan sukatan sekurang-kurangnya dua kali sehari.
Manakala untuk melawaskan kencing dan mengatasi masalah keputihan, kata beliau, rebusan hanya menggunakan akar bayam duri. Akar bayam duri itu dibersihkan dan kemudian rebus sebelum meminumnya sekurang-kurangnya sekali sehari. Untuk melihat kemujarabannya, ia perlu diulangi setiap hari sehingga menampakkan kesan.
Meminum air rebusan akar bayam duri sekali-sekala juga boleh mengubati sakit tekak dan lewat datang haid. Air rebusan seluruh pokok atau akar bayam duri boleh dicampurkan gula atau madu secukup rasa.
Begitulah kisah bayam tanah atau bayam hutan ini. Ia memang dikenali sejak berzaman oleh masyarakat Melayu dan Indonesia sejak berzaman kerana nilai khasiatnya dari segi perubatan. Kisah pantang larang memakannya tidak pula saya ketahui asal-usul ceritanya.

No comments:
Post a Comment