Sedikit perkongsian mengenai Asystasia Gangetica L. yang juga dikenali sebagai Rumput Israel. Rumput ini boleh diberikan kepada arnab sebagai makanan sampingan di samping pellet. Boleh juga dijadikan sebagai pengganti hay untuk mengurangkan kos penternakan.

Nama umum
Indonesia:Ara sungsang
Inggeris:Chinese violet
Melayu: Ara songsang, rumput israel
Asystasia gangetica

Klasifikasi
Kingdom: Plantae (Tumbuhan)
Subkingdom: Tracheobionta (Tumbuhan berpembuluh)
Super Divisi: Spermatophyta (Menghasilkan biji)
Divisi: Magnoliophyta (Tumbuhan berbunga)
Kelas: Magnoliopsida (berkeping dua / dikotil)
Sub Kelas: Asteridae
Ordo: Scrophulariales
Famili: Acanthaceae
Genus: Asystasia
Spesies: Asystasia gangetica (L.) T. Anders.
KETERANGAN :


Tumbuhan ini begitu mudah didapati tumbuh liar dipinggir-pinggir jalan dan tepi belukar. Ia membiak melalui keratan batang dan secara menjalar. Ia begitu cepat membiak dan dapat menjajah sesuati kawasan dengan cepat sekali.


KEGUNAAN :


Tumbuhan ini digunakan untuk mengubat luka akibat dari gigitan serangga dengan cara melumatkan daunnya dan menampalnya pada tempat luka tersebut.



ara songsang
ARA SONGSANG

Ara Songsang

Pokok ara songsang yang lebih dikenali dengan nama rumput Israel.

Nama Botani : Asytasia coromandeliana
Famili : Acanthaceae

Pokok ara songsang berasal dari Malaysia. Ramai yang mengenalinya dengan nama rumput Israel. Tumbuhan jenis rumpai ini juga dikenali dengan nama akar ruas-rusa dan pengorak. Terdapat berapa spesis pokok ara songsang yang dibezakan melalui bentuk dan saiz bunga atau pokoknya. Ia tumbuh secara meliar di kawasan terbiar, kebun, halaman rumah dan ladang. Pokok ini lebih menggemari kawasan yang terlindung daripada pancaran matahari. Ia mempunyai batang yang beruas, lembut dan berair. Ia membiak dengan cepat melalui keratan batang dan biji benih. Ara songsang dipanggil dengan nama rumput Israel kerana ia cepat membaik dan akan menguasai sesuatu kawasan dengan pantas. Tumbuhan rumpai tidak disukai oleh pekebun dan petani.


Biarpun dianggap sebagai tumbuhan perosak tetapi ia juga mempunyai  khasiat dalam perubatan herba tradisional. Daun pokok ara songsang yang dilumatkan dan ditampal pada tempat berkenaan boleh digunakan untuk merawat luka dan bengkak. Untuk melawaskan pembuangan air kecil, pokok ini direbus dan diminum air rebusan tersebut. Daun pokok ini yang ditumbuk bersama bawang digunakan untuk merawat masalah kekejangan otot. Akar pokok ara songsang yang dimakan bersama pinang dikatakan berkesan untuk mengatasi batuk. Selain berguna sebagai perubatan herba, pokok ini juga amat digemari oleh haiwan ternakan seperti lembu, kambing dan arnab



ARA SONGSANG MERAH