Monday, 2 July 2012

Pokok Emas Cotek dan bunga lawang


Pokok Emas Cotek ataupun Mas Cotek merupakan sejenis pokok herba yang digunakan dalam bidang perubatan Melayu. Dalam perubatan Melayu pokok mas cotek ini dibahagikan kepada mas cotek jantan (berdaun kecil) dan betina (berdaun besar) .
Mas cotek atau dalam bahasa saintifiknya, Ficus deltoidea merupakan tumbuhan yang kini mula mendapat perhatian, khususnya di kalangan pengamal perubatan tradisional. Selain Tongkat Ali dan Kacip Fatimah, Mas cotek dikenali kerana khasiatnya yang dapat merawat pelbagai jenis penyakit dan baik untuk penjagaan kesihatan.
Nama Mas cotek adalah merupakan nama tempatan yang popular di pantai timurSemenanjung Malaysia. Di negeri Sabah dan Sarawak, juga Kepulauan Kalimantan, tumbuhan ini dikenali dengan nama ‘sempit-sempit’. Terdapat juga suku kaum di Sabah yang menggelarnya sebagai ‘agoluran’. Di Indonesiatumbuhan ini dipanggil ‘tabat barito’ dan beberapa nama di daerah lain seperti ara jelatih, ara tunggal, api-api telinga gajah dan api-api telinga kera. Di Afrika pula, ia dikenali sebagai ‘Kangkalibang’. Walaupun sedemikian, nama Mas cotek adalah merupakan nama yang paling popular dan dikenali jika dibandingkan dengan nama-nama tempatan yang lain.
Nama Mas cotek diberi disebabkan oleh bintik-bintik halus berwarna emas yang terdapat pada permukaan atas setiap helaian daun tumbuhan ini. Di Malaysia, para saintis telah mengenalpasti bahawa terdapat lebih daripada 80 spesis tumbuhan tergolong di dalam keluarga Ficus deltoidea. Tumbuhan yang dikenali sebagai ara juga merupakan salah satu spesis keluarga Ficus deltoidea. Ficus deltoidea Jack atauMistleteo fig adalah di antara spesis yang diklasifikasikan secara saintifik dan ia tergolong dalam keluarga Moraceae

frames

Khasiat

Tumbuhan herba ini mampu merawat dan mengekalkan tahap kesihatan, termasuk meningkatkan tenaga, membaiki peredaran darah, mengecutkan rahim dan merawat paru–paru berair, darah tinggi, kencing manis, lemah jantung serta cirit – birit.

[sunting]Kajian

Air Emas Cotek yang telah dibotolkan.
Air Emas Cotek yang telah dibotolkan.
Kajian yang pernah dibuat oleh Universiti Malaya (UM) serta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) tumbuhan ini mengandungi empat bahan aktif yang diperlukan badan manusia iaitu:
  1. Flavonoid
    • Anti-oksida yang kuat bagi membantu mengekalan peredaran darah yang sihat
    • Bertindak sebagai anti-radang dan anti-rival
  2. Tannis
    • Menegangkan tisu yang kendur, mengeringkan perembesan air yang berlebihan (ciri-birit) dan melindungi tisu rosak seperti ekzema atau melecur
  3. Triterpenoids
    • Membantu membuang serta mengeluarkan kahak dan membantu menyerap nutrient
  4. Phenols
    • Membantu mengurangkan serta menghilangkan bengkak dan bertindak sebagai antiseptik

[sunting]Penyediaan herba

Hampir keseluruhan komponen pokok Mas Cotek daripada akar, batang, daun dan buah mengandungi khasiat perubatan yang tinggi. Jadi kesemua komponen bolehlah dikeringkan dan dijadikan / diamalkan dalam bentuk minuman teh herba.

Rahsia di sebalik tumbuhan Mas Cotek

alt
"Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan penawar, dan dijadikan kepada setiap penyakit ada penawarnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram."   (Riwayat Abu Daud)
Mas Cotek merupakan sejenis tumbuhan meliar dan menumpang pada pokok hutan dan kawasan perbatuan di pergunungan. Mas Cotek atau dalam bahasa saintifiknya, Ficus deltiodea dan tergolong dalam keluarga Moraceae merupakan tumbuhan yang kini mula mendapat perhatian, khususnya dalam kalangan pengamal perubatan tradisional.
Tumbuhan ini mempunyai khasiat perubatan tersendiri dan dapat merawat pelbagai jenis penyakit. Herba ini terbukti sangat baik untuk kesihatan keluarga jika diamalkan meminum air rebusannya.
Nama Mas Cotek adalah merupakan nama tempatan yang popular di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Manakala di negeri Sabah dan Sarawak dan juga Kepulauan Kalimantan, tumbuhan ini dikenali dengan nama 'sempit-sempit'. Selain itu, ada juga suku etnik di Sabah yang menyebutnya sebagai 'agoluran'. Di Indonesia, tanaman ini disebut 'Tabat Barito' dan beberapa nama di daerah lain seperti ara jelatihara tunggalapi-api telinga gajah dan api-api telinga kera. Di Afrika pula, ia dikenali sebagai 'Kangkalibang'. Meskipun demikian, nama Mas Cotek merupakan nama yang paling popular dan lebih dikenali jika dibandingkan dengan nama-nama tempatan yang lain.
Nama Mas Cotek diberi kerana bintik-bintik halus berwarna emas (kuning) yang terdapat pada permukaan atas setiap helaian daun tumbuhan ini.Di Malaysia, para saintis telah mengenalpasti bahawa terdapat lebih daripada 80 spesies tumbuhan tergolong di dalam keluarga Ficus deltioidea
Secara tradisi, nama tempatan dan klasifikasi jenis Mas Cotek dilakukan oleh spesies seperti delima sudip, serapat angin, telinga gajah, telinga kera, telinga beruk dan sebagainya. Di Malaysia, spesis serapat angin banyak terdapat di bahagian Pantai Timur Semenanjung, manakala spesis telinga beruk dan telinga gajah pula banyak dijumpai di bahagian Pantai Barat. Selain itu, spesis Delima sudip terdapat di kawasan Tengah dan Selatan Semenanjung, manakala telinga kera banyak terdapat di bahagian Utara Semenanjung. Menurut pengamal perubatan tradisional, Mas Cotek boleh diklasifikasikan kepada dua kategori utama iaitu Mas Cotek jantan dan Mas Cotek Betina .
Perbezaan paling ketara yang dapat dilihat antara spesis Mas Cotek jantan dan spesis Mas Cotek betina adalah dari segi rupa bentuk daunnya. Jenis yang berdaun kecil, tirus, nipis dan ringan lebih dikenali sebagai pokok Mas Cotek jantan. Bahagian belakang daun Mas Cotek jantan terdapat bintik merah. Biasanya, daun-daun ini mempunyai satu titik merah, tetapi ada juga daun yang mempunyai dua atau tiga bintik merah.
Bagi Mas Cotek jenis betina pula, rupa bentuk daunnya adalah lebih besar dan kebanyakan daunnya berbentuk bujur dan bulat serta lebih tebal jika dibanding spesies jantan. Sama seperti daun jantan, daun betina juga memiliki bintik pada bagian belakang daunnya tetapi warna bintiknya hitam. Selain itu, urat daun betina terlihat lebih jelas di bagian permukaan atas daun jika dibandingkan dengan daun jantan. Urat daun Mas Cotek betina menyerupai daun Mas Cotek jantan.
Seperti konsep 'Doctrice of signature', bentuk, warna, rasa dan bau pada setiap bahagian tumbuhan Mas Cotek menggambarkan penggunaan herba itu untuk rawatan penyakit. Emas Cotek digelar penawar segala penyakit wanita. Sangat terkenal dikalangan wanita yang bakal mendirikan rumahtangga atau wanita selepas bersalin. Tanaman herba ini tumbuh subur dikawasan bukit dan pergunungan. Bahkan ada spesies Mas Cotek yang ditemui di kawasan pantai dengan struktur daun lebih tipis berbanding spesies bukit dan pergunungan. Herba ini merupakan tumbuhan yang hidup di alam bebas.
Emas Cotek merupakan pusaka asli wanita dalam warisan perubatan Melayu. Ia diamalkan bagi mengecutkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim serta mengembalikan rahim pada kedudukan asal serta mengukuhkannya. Disamping itu, dipercayai rebusan daun Emas Cotek juga mampu memecah lemak serta membuang kolestrol berlebihan dalam saluran darah dan mengelakkan pengamal dari sakit kepala (migraine), stroke, juga berkesan untuk menyembuhkan dan memperbaiki kerosakan saraf.
Selain dicampur dengan daun jantan dan betina pelbagai jenis adalah lebih berkesan jika dapat dicampurkan dengan bahagian batang, buah dan akarnya yang dikeringkan. Air rebusan daun, batang, akar, dan buah Emas Cotek terbukti dapat menyembuhkan penyakit pneumonia (radang paru-paru), sakit pinggang, mengurangkan keletihan, dan ia juga mampu meningkatkan keinginan seks bagi pasangan suami isteri. Ia juga dipercayai dapat bertindak balas terhadap rangsangan hormon lelaki untuk meningkatkan daya ketegangan alat kelamin. Daun Emas Cotek boleh dipetik dan dikunyah semasa segar. Selain itu, ia juga boleh dikeringkan agar lebih tahan lama. Bila diperlukan, rebus daun kering tadi dan minum airnya bagi memulihkan tenaga.
Antara khasiat Mas Cotek yang lain adalah:
  • Memperbaiki kerosakan urat saraf
  • Mengetatkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim bg wanita selepas bersalin
  • Meningkatkan keinginan hubungan suami isteri
  • Membantu mengawal tekanan darah tinggi
  • Merawat penyakit pneumonia
  • Mampu merawat migrain, resdung, diabetes, gout, batu karang, tekanan darah tinggi / rendah
  • Kandungan flavonoid yang tinggi untuk mempertahankan keayuan dan awet muda
  • Mengurangkan tahap kolesterol dalam darah
  • Mengurangkan keletihan dan kelesuan badan
  • Membantu masalah keputihan
  • Melancarkan peredaran haid
hasiat akar serapat

* Memperbaiki dan menegangkan tisu faraj
* Membantu menegangkan payudara
* Menegangkan dan mencantikkan kulit (awet muda)
* Menguatkan otot dan sendiri

MAS COTEKPDFCetakE-mail
Ditulis oleh Administrator   
Jumaat, 22 Julai 2011 23:59

PENGENALAN
Mas cotek atau dalam bahasa saintifiknya “Ficus deltoidea” dari famili “moracea” adalah sejenis pokok herba meliar yang menumpang di atas pokok lain (epifit). Biasanya dijumpai di kawasan perbatuan dan pergunungan. Sebenarnya terdapat lebih dari 80 spesies mas cotek antaranya adalah telinga beruk, telinga gajah, telinga kera, delima sudip, mas cotek kelilik kering, pitis skeleng kecil dan lain-lain. Perbezaan di antara spesies dapat dikenalpasti melalui bentuk daun, bentuk urat daunnya dan lain-lain lagi. Setiap spesies mempunyai peranan masing-masing dalam menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Nama mas cotek diberi kerana terdapatnya bintik-bintik halus yang berwarna emas pada permukaan atas setiap helaian daunnya. Manakala pada buahnya terdapat titik yang berwarna merah muda. Benihnya pula disebar oleh burung yang memakan buahnya. Secara tradisinya mas cotek boleh dikategorikan kepada :

a)     Mas cotek jantan
b)     Mas cotek betina

Perbezaan yang paling jelas dapat dikenalpasti di antara spesies mas cotek jantan dan spesies mas cotek betina adalah dari segi rupa bentuk daun. Pokok mas cotek jantan mempunyai jenis daun yang kecil, tirus, nipis dan ringan manakala bahagian belakang daun terdapat bintik bewarna merah. Pada lazimnya, daun-daun ini mempunyai satu bintik merah, namun terdapat juga daun yang mempunyai dua dan tiga bintik merah.

Bagi pokok mas cotek betina pula mempunyai rupa bentuk daun yang lebih besar dan kebanyakan daunnya berbentuk bujur dan bulat serta lebih tebal jika dibandingkan spesies jantan. Sama dengan spesies mas cotek jantan, daun mas cotek betina turut mempunyai bintik pada bahagian belakang daunnya. Warna bintik pada daun betina adalah bewarna hitam bukannya berwarna merah. Urat daun mas cotek betina kelihatan lebih jelas di bahagian permukaan atas daun jika dibandingkan dengan daun jantan.

KAJIAN
Jabatan Agensi Kerajaan dan Universiti yang telah bekerjasama melakukan Research dan Development bagi produk iMas Care Koperasi Usahawan Islam Selangor Berhad
Mengikut konsep “Doctrine of signature” bentuk, warna, rasa dan bau pada setiap bahagian tumbuhan mas cotek menggambarkan kegunaan herba tersebut untuk rawatan penyakit. Secara tradisi, daun mas cotek digunakan oleh kaum wanita selepas bersalin bagi tujuan mengecut rahim, memperbaiki peredaran darah, mengembalikan tenaga, merawat masalah berkaitan peredaran darah dan dijadikan sebagai teh herba untuk kesihatan dan kecantikan.

Kajian menunjukkan bahawa lima bahan aktif yang sangat diperlukan oleh sistem tubuh badan manusia terkandung di dalam mas cotek adalah flavonoid, tannins, triterpenoids, proanthocyanins dan phenols. Bahan-bahan ini dikenalpasti berkemampuan membantu minda dalam proses mengingat dan dapat menumpukan perhatian serta dapat merawat masalah kurang daya tumpuan. Ia juga mampu melancarkan keberkesanan Vitamin C di dalam rangkaian anti-oksida, mengawal nitrit oksida dan peredaran darah, mengawal pengoksidanan lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) yang dikenali sebagai kolesterol jahat (bad cholesterol) dan dapat mengurangkan tekanan darah tinggi.

Lima bahan aktif yang terkandung didalam Mas Cotek :-

1. FLAVANOID
Anti-oksida yang tinggi dan mampu membuat pengaliran darah yang sihat, anti radang, anti virus dan melindungi hati.

2. TANNIN
Menegangkan tisu yang lemah, mengeringkan lebihan air akibat cirit birit dan melindungi tisu roasak akibat terbakar atau exzema

3. TRITERPENOIDS
Meningkatkan system ketahan badan, penyerapan nutrient

4. PROANTHOCYANNIN
Mengandungi tisu pengaliran darah untuk jantung, tangan, kaki dan mata. Ia adalah antioksida

5. PHENOL
Anti radang , anti septic
HASIL KAJIAN yang telah dijalankan oleh Agensi Nuklear dan Forest Research Institute of Malaysia
Pegawai penyelidik dari Agensi Nuklear Malaysia, Dr. SHAFIE Bin KHAMIS telah berjaya menemui beberapa keputusan khasiatnya seperti;

  • Mempunyai khasiat anti kanser, anti oksidan dan  anti kencing manis.

  • Kajian imuniti  keatas abstrak herba ini sedang dijalankan, bagi melihat adakah ianya berpotensi untuk membantu meningkatkan ketahanan sistem badan kita.
Cth: kanser, HIV dll

  • Kajian mendalam akan dijalankan bagi mengenal pasti adakah ianya berpotensi untuk digunakan sebagai vaksin.

  • Membantu untuk memulihkan tenaga luaran dan dalaman.

Dan diantara khasiat herba Mas Cotek yang boleh membantu didalam perawatan ialah :-

  • Mengeluarkan toksin dalam badan
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Sakit urat saraf
  • Gout
  • Kencing manis
  • Darah tinggi
  • Membuang kolestrol dan lemak
  • Buasir
  • Migraine /sakit kepala
  • Paru-paru berair
  • Pemulih tenaga batin
  • Sakit puan
  • Senggugut
  • Sakit pinggang
  • Keletihan
  • Masalah tidur
  • Rangsangan hormon lelaki
  • Mengecutkan rahim peranakan
  • Merapatkan pintu rahim
  • Sakit lutut
  • Mencantikkan dan melicinkan kulit
  • Demam/ Selesema




“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTUKESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTUKEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTUKASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNANÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”



Rahsia Mas Cotek


pokok mas cotek

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera,

Bismillah. Dalam sebuah hadis, “Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan penawar, dan dijadikan kepada setiap penyakit ada penawarnya, berubatlah tetapi jangann berubat dengan benda-benda yang haram.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Mas Cotek merupakan sejenis tumbuhan yang tumbuh meliar dan menumpang pada pokok hutan dan kawasan perbatuan di pergunungan. Mas Cotek atau dalam bahasa saintifiknya, ficus deltiodeadan tergolong dalam keluarga moraceae merupakan tumbuhan yang kini mula mendapat perhatian, khususnya di kalangan pengamal perubatan tradisional.

Tumbuhan ini mempunyai khasiat perubatan yang tersendiri dan dapat merawat pelbagai jenis penyakit. Herba ini terbukti sangat baik untuk kesihatan keluarga jika diamalkan meminum air rebusannya.

Nama Mas Cotek adalah merupakan nama tempatan yang popular di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Manakala di negeri Sabah dan Sarawak dan juga Kepulauan Kalimantan, tumbuhan ini dikenali dengan nama ‘sempit-sempit’. Selain itu, ada juga suku etnik Sabah yang menyebutnya sebagai ‘agoluran’. Di Indonesia, tanaman ini disebut ‘Tabat Barito’ dan beberapa nama di daerah lain seperti ara jelatih, ara tunggal, api-api telinga gajah dan api-api telinga kera. Di Afrika pula, ia dikenali sebagai ‘kangkalibang’. Meskipun demikian, nama Mas Cotek merupakan nama yang paling popular dan lebih dikenali jika dibandingkan dengan nama-nama tempatan yang lain.

daun mas cotek berbintik emas


Nama Mas Cotek diberi kerana bintik-bintik halus berwarna emas (kuning) yang terdapat pada permukaan atas setiap helaian daun tunbuhan ini. Di Malaysia, para saintis telah mengenal pasti bahawa terdapat lebih daripada 80 spesies tumbuhan tergolong dalam keluarga ficus deltiodea.

Mas cotek - ficus triangularis


~closed up ~


Secara tradisi, nama tempatan dan klasifikasi jenis Mas Cotek dilakukan oleh spesies seperti delima sudip, serapat angina, telinga gajah, telinga kera, telinga beruk dan sebagainya. Di Malaysia, spesies serapat angina banyak terdapat di bahagian Pantai Timur Semenanjung, manakala spesies telinga beruk dan telinga gajah pula banyak dijumpai di bahagian Pantai Barat. Selain itu, spesies delima sudip terdapat di kawasan Tengah dan Selatan Semenanjung, manakala telinga kera banyak terdapat di bahagian Utara Semenanjung. Menurut pengamal perubatan tradisional, Mas Cotek boleh diklasifikasikan kepada dua kategori utama iaitu Mas Cotek jantan dan Mas Cotek betina.

Mas cotek telinga gajah


Dalam perubatan Melayu pokok mas cotek ini dibahagikan kepada mas cotek jantan (berdaun kecil) dan betina (berdaun besar). Perbezaan paling ketara yang dapat dilihat antara spesies Mas Cotek jantan dan spesies Mas Cotek betina adalah dari segi rupa bentuk daunnya. Jenis yang berdaun kecil, tirus, nipis dan ringan lebih dikenali sebagai pokok Mas Cotek jantan. Bahagian belakang daun Mas Cotek jantan terdapat bintik merah. Biasanya, daun-daun ini mempunyai satu titik merah, tetapi ada juga daun yang mempunyai dua atau tiga bintik merah.



Bagi Mas Cotek jenis betina pula, rupa bentuk daunnya adalah lebih besar dan kebanyakan daunnya berbentuk bujur dan bulat serta lebih tebal jika dibandingkan dengan spesies jantan. Sama seperti daun jantan, daun betina juga memiliki bintik pada bahagian belakang daunnya tetapi warna bintiknya hitam. Selain itu, urat daun betina terlihat lebih jelas jika dibandingkan dengan daun jantan. Urat daun Mas Cotek betina menyerupai daun Mas Cotek jantan.





Seperti konsep ‘doctrice of signature’, bentuk, warna, rasa dan bau pada setiap bahagian tumbuhan Mas Cotek menggambarkan penggunaan herba itu untuk rawatan penyakit. Mas Cotek digelar penawar segala penyakit wanita. Sangat terkenal di kalangan wanita yang bakal mendirikan rumahtangga atau wanita selepas bersalin.

Tanaman herba ini tumbuh subur di kawasan bukit dan pergunungan. Bahkan ada spesies Mas Cotek yang ditemui di kawasan pantai dengan struktur daun lebih tipis berbanding spesies bukit dan pergunungan. Herba ini merupakan tumbuhan yang hidup di alam bebas.

Khasiat untuk kesihatan produktif wanita

Mas Cotek merupakan pusaka asli wanita dalam warisan perubatan melayu. Ia diamalkan bagi mengecutkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim serta mengembalikan rahim pada kedudukan asal serta mengukuhkannya. Di samping itu, dipercayai rebusan daun Mas Cotek juga mampu memecahkan lemak serta membuang kolesterol berlebihan dalam saluran darah dan mengelakkan pengamal dari sakit kepala (migraine), stroke, juga berkesan untuk menyembuhkan dan memperbaiki kerosakan saraf.

Selain dicampur dengan daun jantan dan betina pelbagai jenis adalah lebih berkesan jika dapat dicampurkan dengan bahagian batang, buah dan akarnya yang dikeringkan. Air rebusan daun, batang, akar dan buah Mas Cotek terbukti dapat menyembuhkan penyakti pneumonia (radang paru-paru), sakit pinggang, mengurangkan keletihan dan ia juga mampu meningkatkan keinginan seks bagi pasangan suami iseri. Ia juga dipercayai dapat bertindak balas terhadap rangsangan hormon lelaki untuk meningkatkan daya ketegangan alat kelamin. Daun Mas Cotek boleh dipetik dan dikunyah semasa segar. Selain itu, ia juga boleh dikeringkan agar lebih tahan lama. Bila diperlukan, rebus daun kering tadi dan minum airnya bagi memulihkan tenaga.

Kajian mengenai Mas Cotek

Kajian yang pernah dibuat oleh Universiti Malaya (UM) serta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) tumbuhan ini mengandungi empat bahan aktif yang diperlukan badan manusia iaitu:

Flavonoid
* Anti-oksida yang kuat bagi membantu mengekalan peredaran darah yang sihat.
* Bertindak sebagai anti-radang dan anti-rival.

Tannis
* Menegangkan tisu yang kendur, mengeringkan perembesan air yang berlebihan (ciri-birit) dan melindungi tisu rosak seperti ekzema atau melecur.

Triterpenoids

* Membantu membuang serta mengeluarkan kahak dan membantu menyerap nutrient.

Phenols

* Membantu mengurangkan serta menghilangkan bengkak dan bertindak sebagai antiseptik.

Antara khasiat Mas Cotek yang lainnya adalah :
* Memperbaiki kerosakan urat saraf
* Mengetatkan saluran peranakan dan merapatkan pintu Rahim bagi wanita selepas bersalin
* Meningkatkan keinginan hubungan suami isteri
* Membantu mengawal tekanan darah tinggi
* Merawat penyakit pneumonia
* Mampu merawat migraine, resdung, diabetes, gout, batu karang, tekanan darah tinggi/rendah
* Kandungan flavonoid yang tinggi untuk mempertahankan keayuan dan awet muda
* Mengurangkan tahap kolesterol dalam darah
* Mengurangkan keletihan dan kelesuan badan
* Membantu masalah keputihan
* Melancarkan peredaran haid

Walaupun terdapat pelbagai kebaikan dan khasiat ubatan Mas Cotek, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.


asiat pokok pandan


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, bertemu lagi dalam segmen FloraFauna. Kali ini dikongsikan pula perihal pokok pandan.

Pokok pandan merupakan sejenis pokok yang banyak kegunaannya bagi orang-orang Melayu. Ia digunakan sebagai pewangi makanan seperti air sirap, dan dalam upacara tertentu seperti sebagai bunga rampai dalam istiadat perkahwinan Melayu.

Pokok pandan merupakan sejenis tumbuhan tropika dalam keluarga genus pandanus dan digunakan dengan meluas dalam masakan di Asia Tenggara. Ia adalah pokok hijau menegak dengan daun panjang halus seperti bilah berjambak dan akar berkayu. Pokok ini adalah mandul dan jarang berbunga, dan ia membiak melalui keratan.

Kegunaannya yang pelbagai seperti dijadikan sebagai bahan perasa, pembungkus, pewarna dan pewangi telah menyebabkan daun pandan atau nama botaninya pandanus amaryllifoliusmerupakan tanaman yang paling berguna buat masyarakat Malaysia. Tanaman yang dipercayai berasal dari Bangka, Indonesia dan kini telah tersebar luas di kawasan tropika Asia Tenggara ini sebenarnya turut mempunyai khasiat ubatan yang tersendiri.

Pandan yang juga dikenali sebagai pandan wangi atau pandan rampai, fragrant screw pine(Inggeris), ban lan (Mandarin), rampe (Sri Lanka), bai toey (Thailand), la dua (Vietnam) dan ketaki(Bangladesh) adalah dari jenis tanaman bersifat saka. Tumbuhan dari keluarga pandanaceae ini adalah sekeluarga dengan pokok mengkuang. Terdapat 600 jenis spesies dalam keluarga genuspandanus yang dikenali di serata dunia.

Pokok pandan jarang terdapat secara meliar tetapi ditanam dengan meluas sebagai perisa dalam masakan. Ðaunnya digunakan segar atau dikeringkan dan terdapat secara dagangan dalam bentuk beku dikedai runcit Asia di negara di mana pokok pandan tidak tumbuh. Ia memiliki bau botani berkacang yang meningkatkan perisa masakan Asia, terutama hidangan nasi dan kuih.

Ðaun pandan kadang kala direndam dalam santan, yang kemudiannya ditambah dalam masakan. Ia boleh diikat dan dimasak bersama makanan. Ia juga boleh dianyam bentuk bakul yang digunakan sebagai bekas bagi memasak nasi. Ayam berbalut pandan, atau gai ob bai toey, adalah masakan Thailand dengan ayam dibalut dengan daun pandan dan digoreng. Ðaun ini juga digunakan sebagai perasa bagi pencuci mulut seperti kek pandan dan sirap.



Pokok pandan mudah tumbuh dan dipelihara. Pokok pandan tumbuh berumpun dan mempunyai daun yang panjang dan meruncing di hujung seperti pedang. Ðaunnya berbau wangi dan merupakan tumbuhan yang sejuk. Ðaun pandan tumbuh berlapis-lapis dan bersilang. Warnanya hijau tua di pangkal dan hijau muda di hujungnya. Pokok pandan boleh membaik melalui akar atau anak pokok. Ðaun pandan dikatakan mengandungi alkaloid, saponin, flavonoid, tanin, polifenol dan zat warna.

Terdapat dua jenis pandan wangi iaitu pandan wangi besar dan pandan wangi kecil. Kebanyakan daripada tanaman pandan wangi di negara ini adalah jenis pandan wangi kecil. Bunganya majmuk dan berwarna putih.

Pelbagai kegunaan

Bagi tujuan kegunaan sebagai perasa dan pewarna, daun pandan akan diekstrakkan sebelum digunakan. Ekstrak tersebut akan digunakan dalam pembuatan roti, kek, biskut dan kuih muih tradisional seperti kuih tepung talam, ketayap (kuih gulung), cendol, seri muka, buah melaka, bingka/bengkang (utara) serta minuman. Maka tidak hairanlah terdapat pelbagai syarikat yang menggunakan ekstrak perasa makanan pandan ini dalam produk keluaran mereka.

Ðaunnya yang dilayur, boleh digunakan untuk membuat ketupat, kuih tako atau boleh digunakan sebagai pembalut/pembungkus ayam untuk dibakar/panggang, resepi yang agak terkenal ialah 'pandan chicken'.

Ðaunnya boleh digunakan dalam bubur/pengat/serawa, nasi lemak, nasi ayam, sirap untuk menambahkan aroma yang wangi dan menyelerakan dalam masakan.

Bagi kegunaan luar, bahagian yang banyak digunakan adalah daunnya. Antara kegunaan daun pandan adalah untuk menghitamkan rambut dan menghilangkan kelemumur.

Mereka yang mahu menghitamkan rambut dikatakan boleh menggunakan daun pandan bagi membantu proses penghitaman rambut tersebut. Caranya adalah dengan mengambil 7 lembar daun pandan yang kemudiannya dicuci bersih. Setelah daun tersebut dipotong-potong kecil, rebus dengan seliter air hingga warna air berubah menjadi warna hijau. Embunkan air rebusan tadi selama semalaman. Keesokan harinya, campurkan air rebusan daun pandan tadi dengan air perahan 3 biji buah mengkudu masak. Gunakan air campuran ini untuk mencuci rambut. Lakukan 3 kali seminggu sehingga hasilnya kelihatan.

Selain itu, dikatakan daun pandan juga mampu menghilangkan masalah kepala berkelemumur. Caranya adalah dengan menggunakan ramuan air perahan daun pandan yang telah digiling halus yang kemudiannya dicampurkan dengan air. Lumurkan air perahan ini ke seluruh kulit kepala yang berkelemumur. Biarkan ramuan ini kering selama setengah jam sebelum dibilas. Lakukan setiap hari sehingga kelemumur hilang. Cara ini juga dikatakan mampu merawat masalah keguguran rambut.

Turut punyai khasiat ubatan

Untuk tujuan perubatan pula, daun juga yang menjadi pilihan. Bagi mereka yang mengalamimasalah reumatik, dikatakan daun pandan juga berkhasiat dalam merawat masalah ini. Penghidap dikatakan boleh menggunakan ubat gosok yang dihasilkan daripada 3 helai daun pandan yang diseduh dengan setengah cawan minyak kelapa yang telah dipanaskan. Aduk ramuan ini sehingga rata dan apabila sejuk, gosokkan ramuan ini pada bahagian yang bermasalah.

Masalah lemah saraf juga dikatakan mampu dirawat dengan menggunakan daun pandan. Caranya adalah dengan mengambil 3 helai daun pandan yang kemudiannya dipotong kecil-kecil. Rebus dengan 3 gelas air hingga menjadi tersisa sebanyak 2 gelas. Minumlah ramuan ini sebanyak 1 gelas pada waktu pagi dan malam.

Bagi mengatasi masalah angin dalam badan, ambil segenggam pulut. Uli (gentel) supaya menjadi butir-butir kecil. Tambah halia sebesar ibu jari. Masukkan 7 helai daun pandan muda. Masukkan 2 ketul gula melaka. Rebus bersama 2 liter air. Tunggu sehingga ketulan pulut timbul di permukaan. Bila sejuk, tapis dan boleh minum. Amalkan dua hingga tiga kali sehari.

Ðaun pandan juga dikatakan mampu merawat perasaan gelisah. Caranya ialah dengan mengmbil 2 helai daun muda. Rendam dalam secawan air yang panas. Tapis dan minum dua atau tiga kali sehari.

Selain itu, daun pandan juga dikatakan mampu digunakan tujuan merawat penyakit demam campak, gonorrhea, sifilis, denggi dan anemia.

Lain-lain senarai kegunaan daun pandan :
  • Pewangi bedak sejuk
  • Pewangi asli bunga rampai
  • Salah satu daun yang dicampurkan ke dalam air mandian untuk ibu-ibu yang baru melahirkan (dalam pantang)
  • Ubat pencegah lipas - Ambil beberapa helai daun yang segar, simpulkan dan letak
  • dalam kabinet dapur. Insya Allah lipas akan berkurangan.
  • Pewangi kereta - gunting beberapa helai daun muda, masukkan ke dalam bekas plastik. Ia mampu bertahan selama 2 minggu.

Walaupun daun pandan mempunyai pelbagai kegunaan, namun untuk tujuan perubatan, dapatkanlah nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.


hasiat Ubatan Bunga Lawang

Buah: Mengeluarkan angin dari perut dan usus, merangsang dan melawaskan haid, merangsang dan melawaskan penghasilan susu, stimulant, tonik perut, membunuh atau menyingkirkan cacing dalam perut dan usus, merawat batuk kokol, cirit, demam panas, gastrik, gelisah, hernia, insomnia, konstipasi, kulit berminyak, lumbago, mual, mulas perut, muntah, penyakit kanak-kanak bengkak leher dan sukar bernafas, dan spasma. Buah dikunyah untuk menghilangkan nafas berbau busuk.
Daun, Kulit Kayu, dan Kayu: Merawat lumbago dan reumatisme.
Kandungan: Buah-asid anisik, kolesterin, minyak esen, minyak tetap, protein, asid protokatecuik, asid sikiminik, dan tannin. Minyak lawang mengandungi lebih kurang 20 sebatian (antaranya alfa-pinen, anetol, anisaldehid, beta-felandaren, karen, foenikulin, limonene, linolool, metilcavikol, nerolido, 1-felandren, dan 1- pinen).
Bunga lawang

Nyamuk dan bunga lawang

Hari tu aku ada post entri pasal nyamuk yang datang menyerbu rumah aku secara berjemaah. Dan dalam entri tersebut Cik Teddy ada bagi suggestion kat aku suruh rendam bunga lawang dalam air pastu letak kat dalam bilik. Dia cakap insyaAllah berkesan.




Bunga Lawang atau Cicak Tokek..mana yang power!!!

Dulu saya ada bercerita tentang Cicak Tokek  untuk mengubat pesakit HIV/H1N1.. ada pula berita terbaru, sumber dari seorang doktor di pusat kesihatan USM bahawa Bunga Lawang digunakan untuk membuat ubat Tamilflu iaitu  anti-virus untuk H1N1.Penyelidikan dan kajian telah dibuat dan mendapati ia adalah benar . Kaum India mengamalkan penggunaan bunga lawang secara meluas dalam masakan mereka, patut lee kesemua mangsa maut H1N1 di Malaysia, tiada satu pun dari kalangan kaum India.. Cuba rebus bunga lawang ni dan cuba rasa…eeee..payauu!!!
 Mungkin sedikit masa nanti harga bunga lawang melambung naik..rebut peluang yang ada...kita pakat2 beli sementara stok masih rendah… harga sekarang 50sen sepeket..boleh jana duit tuu..jadilah kita Jutawan Bunga Lawang pula..mmm…..ADA2 SAJA

Gambar pekak atau bunga lawang


Nama Lawang
Pekak atau bunga lawang mempunyai nama latin Illicium verum.
Di beberapa negara dan daerah, pekak memiliki nama yang berbeda, diantaranya adalah:
Orang keturunan Tionghoa di Jawa menyebutnya pekak.Orang Bali memanggilnya dengan sebutan bunga lawang.Sedangkan negara Eropa menyebutnya star anise karena bentuknya menyerupai bintang.Di Italia disebut anice stellato.Masyarakat Jerman menyebutnya Sternanis.Sedangkan dalam Bahasa Cina adalah ba jiao atau bat gok yang memiliki arti "delapan tanduk", sesuai dengan bentuknya yang memiliki delapan kelopak.

Pekak adalah buah, bukan bunga.
Bunga Lawang (Pekak) sebenarnya bukan bunga, ia adalah buah yang dihasilkan oleh sejenis pohon kecil. Tinggi pohonnya bisa mencapai 8 meter. Ia mempunyai bunga yang cantik berwarna kuning. Bunga lawang berkembang-biak melalui biji benih. Buahnya dipetik sebelum ranum dan dikeringkan dengan bantuan cahaya matahari.

Pekak memang kalah populer dibandingkan dengan bumbu lainnya pada kuliner Indonesia, seperti lada, pala, ketumbar dll. Lain halnya dengan kuliner di Asia, utamanya di China, Thailand, Vietnam, bumbu pekak banyak digunakan.

Manfaat pekak atau bunga lawang. 
Pekak berfungsi untuk membuat aroma masakan menjadi segar dan wangi, seperti pada kecap, pekak adalah salah satu bumbu untuk membuat kecap memiliki aroma yang khas. Bunga pekak memiliki rasa seperti Adas manis. Bunga lawang (pekak) dijadikan rempah untuk menjadi penyedap rasa untuk makanan.

Masakan yang menggunakan bumbu pekak atau bunga lawang. 
Bunga lawang juga banyak dipakai dalam masakan India yang kaya rempah misalnya untuk kari. BangsaThailand, Vietnam, dan Indonesia juga banyak memakai bunga lawang untuk penyedap masakan. DiIndonesia, bumbu ini digunakan di beberapa daerah yang memiliki ciri khas masakan berbumbu tajam. Misalnya saja gulai Aceh, Rendang  Padang, masakan Jawa, dan Bali. Masakan sup akan lebih sedap apabila ditambahkan bumbu ini.

Penggunaannya untuk masakan bisa pekak utuh atau yang sudah dihaluskan menjadi serbuk.

Manfaat lain
Selain menyedapkan masakan, bunga lawang juga memiliki khasiat kesehatan. Bumbu ini baik untuk mengatasi gangguan pencernaan dan memiliki fungsi diuretik atau melancarkan saluran kencing. Selain itu digunakan juga untuk pengobatan tradisional di Asia, contohnya untuk sakit sendi. Bunga lawang juga sering dimanfaatkan untuk minuman tradisional seperti jamu dan campuran minum teh. Salah satunya adalah minuman teh khas Thailand yang merupakan campuran teh hitam dan bubuk bunga lawang. Teh dari bunga lawang juga bisa dijadikan obat batuk. Minyaknya juga bisa mengurangi gejala mual-mual bagi ibu yang sedang mengandung. Kandungan asam shikimat (shikimic acid) dalam bunga lawang membuat rempah ini dimanfaatkan sebagai bahan utama pembuat obat antiflu burung, tamiflu. Hal ini menyebabkan stoknya sempat menghilang dari pasaran dan harganya melambung

engenali Rempah Ratus

Topik saya pada hari ini adalah Mengenali Rempah Ratus. Saya gemar memasak dan ianya adalah salah satu hobi yang membuat kan saya berasa gembira. Saya gembira apabila melihat tetamu "enjoy" dengan hidangan yang disediakan. Ketika dahulu saya agak sukar untuk mengingati rempah ratus yang digunakan dalam kehidupan seharian kita, namum disebabkan saya gemar mencuba resepi resepi baru, pengetahuan mengenai rempah ratus menjadi lebih baik. Ianya bukan saja digunakan didalam masakan malah untuk ubatan dan juga haruman. Mempunyai rupa,haruman dan bentuk yang berbeza beza. Disini saya ingin berkongsi maklumat yang saya kumpulkan dari web mengenainya agar dapat memudahkan bagi mereka yang tidak mengetahui atau yang mahu berjinak jinak dengan masakan....khususnya kaum hawa..jom...

 Kayu Manis - Cinnamon

Kulit kayu manis dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Cinnamomum zeylanicum dan berasal dari keluarga Lauracea. Ia juga dikenali sebagai : Jou Kuei, Yuk Gwai, Illavangam.
Didalam masakan ianya banyak digunakan sebagai penumis untuk kari,rendang dan sebagainya 


Didalam perubatan ianya berfungsi memanas dan mengering, dari itu sesuai diamalkan bagi megubati selesema serta melancarkan pengaliran darah. Ia dikunyah bagi mengeringkan hingus. Amalan membancuh susu yang dicampur dengan sedikit serbuk kulit kayu manis juga berkesan untuk meredakan sakit itu. Kesannya lebih lembut daripada halia tetapi tindakannya lebih keras. Kedua-dua herba itu seringkali direbus bersama-sama bagi menghasilkan minuman yang melegakan bagi mengatasi masalah lenguh-lenguh badan, terutamanya dibahagian kaki, tangan, lutut dan pinggang berpunca daripada kesejukkan. Air rebusan kulit kayu manis dan halia juga sesuai diamalkan oleh kaum wanita yang sering mengalami senggugut atau kesakitan
dibahagian ari-ari dan kaki. Disamping itu ia juga boleh digunakan untuk berkumur untuk mengubati sakit gusi dan juga menghilangkan masalah pernafasan berbau

Ketumbar - Coriander 


Daun Ketumbar dikenali di barat sebagai Cilantro. Kadang-kadang ia juga dipanggil Chinese Parsley. Daun dan biji Ketumbar menyumbang kebaikan yang hampir serupa dari segi perubatan terutama dalam membantu meredakan ketidakhadaman dan mencegah infeksi pada luka.

Biji Ketumbar telah ditemui dalam kubur Firaun di Mesir. Ia dipercayai digunakan bagi mencegah ketidakhadaman oleh simati ketika berada dalam alam baru. Beberapa hasil kajian memang didapati menyokong kegunaan ketumbar untuk meredakan sakit perut yang dialami samada oleh orang dewasa atau kanak-kanak. Selain itu ketumbar boleh digunakan untuk mereka yang mengalami perut berangin dan diarea.

Orang Rom purba dikatakan telah menggunakan daun dan biji ketumbar untuk mengawet daging. Oleh itu ia boleh digunakan untuk mencegah atau meredakan infeksi pada luka. Ini kerana ketumbar memiliki beberapa jenis fitokimia yang berupaya membunuh bakteria dan virus. Untuk mencegah infeksi, cuci luka kecil dengan cuka epal yang dicairkan dengan air, kemudian pupuk serbuk biji ketumbar pada tempat berkenaan.

Kegunaan Terapeutik:
Kegunaan tradisional : masalah penghadaman, hidung tersumbat, perut berangin, infeksi luka, kencing manis, darah tinggi, arthritis.

Daun dan biji ketumbar memiliki kesan anti-keradangan. Mereka yang mengalami arthritis biasanya mengalami rasa sakit yang berpunca dari keradangan. Daun dan biji ketumbar boleh diambil bagi meredakan keradangan tersebut.

Jika anda mula mengalami tanda-tanda demam sejuk atau demam selsema seperti badan seram sejuk dan hidung tersumbat, anda boleh cuba mengambil teh herba terdiri dari gabungan biji ketumbar dan jintan manis. Ini kerana ketumbar mempunyai sifat antibakteria dan antivirus . Jintan manis juga memiliki sifat yang serupa dan ditambah dengan afinitinya pada paru-paru. Walau bagaimana pun, kedua-dua jenis herba ini tidak sesuai diambil ketika anda mengalami tahap kedua demam sejuk/selsema yang disertai simtom-simtom seperti suhu badan meningkat, batuk, sakit sendi dan tubuh. 


Buah Pelaga-Cardamon
Buah Pelaga atau "Cardamom" mempunyai rasa dan aroma yang harum dan segar. Selain daripada penggunaannya dalam resepi masakan, masyarakat Arab di Timur Tengah menggunakan serbuk Pelaga sebagai penambah perisa di dalam minuman kegemaran mereka seperti kopi, teh dan sirap. Pelaga merupakan rempah yang paling bernilai di dunia selepas Za’faran. Selain dari menambahkan rasa di dalam masakan atau minuman kegemaran. Pelaga secara tradisi digunakan untuk pelbagai tujuan perubatan seperti :
  • Membantu penyembuhan ‘halitosis’ (nafas berbau) serta menguatkan gusi.
  • Sangat bermanfaat bagi mereka yang mengidap penyakit asma, bronchitis dan     pelbagai penyakit yang berkaitan dengan alahan pernafasan.
  • Merangsang pencernaan dan bermanfaat bagi mereka yang menderita kembung perut dan angin.
  • Membantu membersihkan badan dengan adanya ciri nyah toksik didalamnya.
  • Membantu melegakan asid di dalam perut.


Jintan Manis-Fennel
Jintan manis merupakan sejenis rempah yang selalu digunakna didalam masakan seprti kari, rendang dan lain lain. Nama sains jintan manis adalahPimpinella anisum.
Jintan manis banyak khasiatnya. Ia dapat melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ia juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu di sekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.Selain itu juga,jintan manis ini dapat membuang lemak di pangkal peha dengan cara rebus jintan manis dengan 5 cawan air sehingga mendidih,selepas itu biarkan sejuk.Amalkan meminum air rebusan jintan manis ini pagi dan petang selama empat minggu.


Jintan Putih-Cumin

Jintan putih adalah rempah yang aromatik dengan rasa pahit dan bau yang suam, disebabkan oleh kandungan minyaknya yang banyak. Name Saintifiknya Cuminum cyminum dan nama Inggerisnya Cumin, Jintan putih adalah buah kering kecil dari pokok yang berasal dari keluarga pasli. Dalam masakan Melayu, ia sering diguna bersama jintan manis.
Jintan putih digunakan dalam masakan yang mempunyai kandungan rempah yang banyak. Ia merupakan salah satu bahan di dalam serbuk kari dan serbuk campuran rempah lain. Ia digunakan dalam masakan stew dan panggang – terutamanya masakan kambing dan ayam. Ia menambah rasa ke dalam masakan nasi biasa, kekacang dan kek. Untuk mendapatkan rasa dan aroma sepenuhnya, panggang jintan putih secara perlahan dan sekejap sebelum mencampurkannya ke dalam resipi.


Bunga Cengkih-Clove
Cengkih (bahasa Inggeris: Clove, nama saintifik: Syzygium aromaticum; Eugenia aromatica) merupakan sejenis tumbuhan yang bunganya digunakan sebagai rempah sejak zaman dahulu lagi. Ia terdapat dengan banyaknya di Zanzibar, Madagascar dan Indonesia. 
Rempah cengkih merupakan kuntum bunga pokok cengkih yang dikeringkan.
 
Pokok Cengkih di Lindungan (Protectorate) Zanzibar, yang merupakan asas ekonomi pulau tersebut, dan merupakan sembilan per sepuluh bekalan dunia, kini diancam penyakit mati mengejut. Pada tahun 1950, ia kini dianggarkan sekurang-kurangnya separuh pokok cengkih di Pulau Zanzibar telahpun mati akibat penyakit mati mengejut, dan di pulau Pemba terdapat sekurang-kurangnya dua ribu wabak. Pokok tersebut kini semakin merebak semakin luas sejak tarikh tersebut
Bunga cengkih mengeluarkan aroma, digunakan sebagai rempah dalam beberapa jenis masakan dan ia boleh juga dimakan bersama daun sirih bagi menambah rasa manis dan lebih enak. Minyak cengkih digunakan dalam perusahaan membuat ubat-ubatan dan minyak wangi. Di sesetengah negara seperti Indonesia, cengkih dicampurkan dengan tembakau dalam rokok.

 Buah Keras-Candlenut
 Buah keras kerap didapati dalam masakan Indonesia dan Malaysia. Menpunyai Nama Saintifik: Aleurites moluccanus dan didalam bahasa Inggeris dikenali sebagai  Candlenut. Ianya digunakan untuk rasanya dan sebagai pemekat kuah. Ia selalunya dikisar menjadi pes bersama rempah lain untuk memekatkan dan menyedapkan rasa masakan berkari. Buah keras harus dimasak sebelum dimakan, kerana ia tinggi kandungan toksik apabila mentah. 

Di luar Asia Tenggara, kacang macadamia kadang-kala digunakan sebagai ganti buah keras, kerana ia mengandungi kandungan minyak dan tekstur yang sama apabila ditumbuk. Walaubagaimanapun, rasanya berlainan kerana buah keras lebih pahit.

Serbuk Kari -Curry Power
Serbuk kari adalah campuran lebih daripada 20 rempah dan herba yang dikisar bersama. Antaranya ialah cili, pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih, daun ketumbar, jintan putih, jintan manis, halba, buah pala, lada, kas-kas, bijiran bijan, saffron, asam jawa dan kunyit (yang memberikan warna unik keemasan).

Walaupun bahan utama adalah sama namun setiap pengguna mempunyai komposisi adunan tersendiri. Oleh itu rasa serbuk ini sering berlainan. Lebih elok kualiti bahan, lebih eloklah rasanya dan hidangan yang menggunakannya. Disebabkan perbezaan itulah, terjadinya pelbagai jenis serbuk kari dengan rasa yang unik dan bersesuaian dengan asal-usul terhasilnya serbuk ini. Ia dicampurkan ke dalam masakan bersama-sama rempah lain untuk menambahkan rasa. Walaupun namanya serbuk kari, namun ia tidak mengandungi daun kari langsung.

Daun Kari- Curry Leaf
Daun kari selain dari digunakan didalm masakan ia mempunyai khasiat perubatan yang tinggi dan digunakan dengan meluas dalam perubatan India.Ia dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masaalah penghadaman.Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif(julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit.Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan.
Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis.jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit birit dan buasir.Air rebusan kulit batangnya yang kering dapat digunakan untuk mengubat diabetes.Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.Selain dari itu daun kari juga dapat mencegah uban. Amalan memakanya tidak perlu direbus kerana akan mematikan kandungan enzim dan menjadi tidak berkesan. Buahnya yang didihkan dengan minyak kelapa hingga kehitaman boleh dihancurkan dan digunakan untuk merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa.Daunnya yang dihancurkan dan dijadikan pes boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak dengan cara menampalnya pada bahagian yang sakit itu.
Biji Sawi-Mustard Seeds
Biji sawi atau didalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Mustard Seedssering dicampurkan bersama rempah ratus ke dalam masakan sebenarnya memiliki kelebihan yang tidak diduga jika dibandingkan dengan kekerdilan saiz bijian itu.

Menurut Imam Abu Hanifah, biji sawi boleh menyembuhkan penyakit serta menghilangkan kesan penyakit. Kenyataan ini diceritakan oleh Rasulullah SAW. Hadis daripada Ibnu Abbas daripada Rasulullah SAW sesungguhnya baginda bersabda," Apakah dua perkara yang dapat menyembuhkan sesuatu? lalu baginda menjawabnya sendiri: biji sawi dan sifat sabar". Wujud percanggahan di antara ulama tentang kesahihan hadis ini, ramai yang mengatakan ia sebuah hadis dhaif. Namun begitu Ibnu Taiyim seorang ulama yang pakar perubatan telah menghuraikan khasiat-khasiatnya di dalam kitab Ath-Thibbun Nabawi :-

01. Memanaskan tubuh badan
02. Melawaskan perut dan melicinkan salur tahi perut
03. Mengeluarkan cacing daripada perut
04. Mengelakkan bengkak limpa
05. Mengikis kudis bernanah
06. Meransang nafsu syahwat
07. Mengelakkan sesak nafas
08. Menambah selera makan
09. Mengikis kekotoran dan kesat pada limpa
10. Membersihkan paru-paru
11. Melancarkan pengaliran darah haid
12. Mengeluarkan peluh daripada liang peluh yang tersekat
13. Menghilangkan rasa lenguh atau bisa pada pangkal peha
14. Melapangkan paru-paru dan daripada lendir yang melekat
15. Jika diminum dengan campuran biji sawi yang digiling, ia dapat membantu menyembuhkan penyakit sopak
16. Jika disalut dengan madu, seterusnya ia dimakan dapat meredakan bengkak pada limpa
17. Jika dicampur dengan air dan diminum ia dapat memasakkan sebiji bisul yang tumbuh

 Bunga Lawang - Star Anise
Bunga Lawang merupakan sejenis rempah yang banyak digunakan dalam masakan Melayu. Nama cina bagi bunga lawang ialah bat gok dan ba jiao membawa maksud segilapan atau oktogon bersesuaian dengan bentuk bunga lawang yang mempunyai lapan kelopak. Bunga lawang mempunyai bau wangi dan kuat. Ia mula diperkenalkan di Eropah pada awal kurun dan 17 dan mula menjadi popular semenjak itu.

Minyak yang terhasil dari proses ekstrak wap dijadikan bahan perasa dalam minuman.Bunga lawang sebenarnya bukannya bunga sebaliknya adalah buah yang dihasilkan oleh sejenis pokok kecil.Tinggi pokoknya boleh mencapai hingga 8 meter. Ia mempunyai bunga yang cantik berwarna kuning. Ia membiak melalui biji benih. Buahnya dipetik sebelum ranum dan dikeringkan menggunakan cahaya matahari.

Bunga lawang dijadikan rempah untuk menyedapkan makanan sama seperti kulit kayu manis dan bunga cengkih. Untuk kegunaan perubatan pula di Asia ia digunakan untuk mengubati colic (angin) dan rheumatik (sakit sendi). Ia juga biasa dijadikan perasa untuk pelbagai jenis teh.Teh dari bunga lawang juga boleh dijadikan ubat batuk. Minyaknya juga boleh mengurangkan gejala muntah dan loya bagi ibu mengandung.


Lada Hitam - Black Pepper

Di dalam sebuah artikel mengenai Khasiat Lada Hitam, Dr. Ramli Abdul Karim telah menulisdigunakan dengan meluas. - Ia dikenali oleh masyarakat di seluruh dunia sama ada sebagai ramuan masakan, perisa dan sos. - Lada hitam atau nama saintifiknya Piper nigrum L. dari keluarga Piperaceae dikenali dengan nama yang hampir serupa di kebanyakan negara Barat iaituberdasarkan sebutan PEPPER. Orang Belanda memanggilnya peber manakala di Perancis (poivre), Jerman (pfeffer), Greek
(piperi), Itali (pepe), Norway (pepper), Romania (piper), Sweden (peppar) dan Turki (biber). Dalam bahasa Thai, lada hitam dipanggil prik thai, Tamil (milagoo), Vietnam (hat-tieu), Punjabi (kali marich), Jepun (koshou), Hindi (gol mirch) dan Laos (mak phik noi). Tumbuhan itu dikatakan berasal dari Malabar di pantai barat India Selatan yang hari ini terletak dalam negeri Kerala. - Di Asia Tenggara, lada hitam dikatakan telah tumbuh di Malaysia dan Indonesia sejak 2,000 tahun lalu. - Selain lada hitam Malabar dan Tellicherry dari India serta Belem dari Brazil, lada hitam Sarawak ialah antara yang paling bermutu dan cukup terkenal di serata dunia. 

Walaupun ia lebih meluas penggunaannya dalam masakan dan makanan, namun
lada hitam juga mempunyai khasiat dan kegunaan dalam perubatan berasaskan herba.
Buah lada hitam boleh mengubati pening kepala, cirit-birit dan melawaskan kencing manakala daunnya pula merawat demam. Buah lada hitam muda yang telah dibersihkan perlu direbus terlebih dahulu sebelum airnya diminum.Bagi mengubati demam, daun pokok lada hitam perlu ditumbuk hancur dankemudian ditampalkan atau diikat pada dahi. 
 Halba-Fenugreek
Halba digunakan sebagai membantu penghadaman. Halba juga digunakan sebagai galactagogue (agen pengeluaran susu) oleh ibu yang menyusu untuk menambah susu yang kekurangan bekalan. Kajian telah menunjukkan halba adalah pemangkin pengeluaran susu ibu dan penggunaannya didapati meningkatkan pengeluaran susu sebanyak 900%. Halba digunakan dalam masakan harian orang Melayu dan India.
Jika tidak digunakan dalam masakan, Cara mengambilnya ialah ambil satu sudu teh halba ke dalam cawan atau gelas, masukkan air panas dan biarkan semalaman. Air halba diminum pada waktu pagi hanya sekali sehari. Jika hendak dimakan secara suplemen berkapsul, boleh dibeli di farmasi dengan nama Fenugreek. Halba boleh diminum sebagai teh untuk:-

- Melancarkan haid

- Menghilangkan kembung,sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lender tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan Bisul
- Menegangkan buah dada- Rebus 1 sudu besar halba dengan 1 cawan air. Minum 2 kali seminggu 

Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.
Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk.
Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani. 



No comments:

Post a Comment

Post a Comment