Monday 2 July 2012

Pengubat Lemah Syahwat Lelaki


Misai Adam Pengubat Lemah Syahwat Lelaki Julai 1, 2012

Filed under: Pokok liar — zainura66 @ 12:37 pm
Tags: 
Misai Adam atau Janggut Adam atau Misai Ali (nama saintifiknya ialah Gramineae themeda arguens Hack/Schizaea digitata / Actinostachys digitata) merupakan sejenis rumput rumpai yang mempunyai bentuk yang agak unik, biasa dijumpai dikawasan yang agak redup dan mempunyai tanah yang lembab seperti di kebun getah dan kawasan belukar serta kawasan hutan hujan tropika. Ia juga boleh hidup di kawasan yang tidak begitu subur. Di Malaysia, ia boleh didapati di padang yang terbiar, di tepi-tepi jalan atau di kawasan yang baru di buka. Nama lain tumbuhan ini ialah curlygrass fern, grass fern, paku rimba, fern of the virgin fores. Ia adalah dalam keluarga Schizaeaceae.
Ia tumbuh dalam rumpun, mempunyai batang yang kecil, beruas panjang dan berwarna merah kehitaman. Ia mempunyai rizom yang lebih pendek dari paku pakis.
Daunnya panjang menyerupai daun rumput dan agak kerinting , berbulu dan runcing. Buahnya mempunyai ekor seperti helaian misai atau janggut yang kasar dan pangkalnya mempunyai umbi. Pangkal umbi berbulu dan tajam. Apabila masak atau kering, buah yang tajam itu boleh terpacak ke tanah apabila gugur lalu tumbuh di situ.
Kegunaan
~ Tumbuhan ini boleh dihancurkan menjadi pulpa. Pulpa ini digunakan bagi merawat “lumbago”.
~ Akarnya pula digunakan sebagai ramuan ubat periuk bagi kaum lelaki. Ramuan yang dicadangkan ialah Janggut Adam, Tongkat Ali, Tapak Merpati, Selayar Hitam dan Serai Gunung. Ia dikatakan dapat mencuci darah dan juga menambahkan ketahanan !!

No comments:

Post a Comment