Monday 2 July 2012

ganja


Pokok ganja ialah herba tahunan yang tergolong dalam genus dioecious, keluarga Cannabaceae, dan order Rosales (dahulunya order Urticales). Dalam mengelaskan pokok ganja, kontroversi filogenetik berlaku sama ada pokok ganja yang ditanam/dibiak datang dari satu spesis (Cannabis sativa) atau dari pelbagai spesis (Cannabis indica, Cannnabis ruderalis atau Cannabis americana).
Pokok ganja boleh hidup dalam pelbagai iklim. Tumbuhan ini mempunyai serabut yang kuat yang dikenali sebagai gentian hem dan digunakan dalam industri tekstil. Biji pokok ganja digunakan sebagai makanan burung mempunyai kandungan protein, asid lemak rantai panjang dan tenaga yang tinggi. Pokok ganja mengandungi bahan halusinogenik dan bahan kimia aktif psikoaktif dan psikologi lain seperti cannabinoid. Putik/pucuk dan daunnya boleh digunakan untuk tujuan perubatan dan rekreasi. Penyediaan sebegini dipanggil Ganja. Ganja digunakan dengan cara menelannya atau dengan cara menghisap bersama tembakau atau tanpa tembakau. Ada juga keju yang dihasilkan berasaskan lemak ganja. Di beberapa negara di Eropah memberi lembu tenusu makanan dari pokok kanabis kerana dipercayai ia menggalakkan pengeluaran susu.
Fisiologi pokok ganja
Pokok ganja membiak melalui percantuman seks. Pokok betina akan mengeluarkan putik yang boleh menghasilkan ratusan biji benih. Pokok jantan matang lebih awal daripada pokok betina. Walaupun gen menentukan jantina pokok, faktor sekeliling turut terlibat. Misalnya hermaphrodyte asli mempunyai dua jantina dan kedua duanya mandul. Namun, organ seks hermaphrodyte bukan asli boleh berfungsi sepenuhnya. Pendekatan ini digunakan dalam menyediakan biji benih komersil. Biji benih betina dihasilkan dengan merawat hermaphrodyte betina yang kekurangan gen jantan dengan hormon.
Pokok ganja boleh mengadakan proses fotosintesis, jadi pembesaran pohon ini tidak bergantung kepada pusingan malam untuk menyerap karbon dioksida. Pokok ganja berupaya untuk berada dalam keadaan cerah selama 24 jam sehari (biasanya dengan bantuan cahaya lampu), walaubagaimana pun penanam pokok ganja menggalakkan tempoh rehat (gelap) supaya pokok tersebut tidak tertekan ( overstress ). Pokok ganja mula berbunga apabila kegelapan melebihi 11 jam sehari dan boleh kekal sehingga 6 minggu.
Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_ganja
Ganja (Marijuana) berasal daripada sejenis pokok hem yang bergelar Cannabis sativa. Perkataan “Ganja” berasal dari bahasa Sanskrit yang memberi maksud “Resin/getah dari pokok berserabut”. Ia merujuk kepada daun, batang, bunga dan biji benih kepada pokok Kanabis tersebut yang mengandungi resin dan selalunya dikeringkan (dengan menyalai) dahulu sebelum digunakan. Ganja selalunya berwarna kehijauan hingga keperangan, dengan berbau tengit dan boleh dimakan atau dihisap (tanpa atau bersama tembakau). Kesan daripada pengambilan ganja boleh dirasai dalam 10 minit yang pertama jika dihisap. Tempoh masanya adalah lebih panjang jika dadah ini dimakan. Secara amnya, seseorang itu boleh berkhayal selama 2 setengah jam atau lebih lama jika dimakan. Pengambilan dan memiliki ganja adalah haram di kebanyakan negara, dan telah diselubungi kontroversi mengenai penggunaannya dalam perubatan. Ganja mengandungi lebih 420 bahan kimia dan kesannya kepada manusia bergantung kepada individu dan situasi. Ini menyebabkan kesan ganja agak sukar untuk diperhati dan dikaji.
Kimia dan Kesan kepada Neuron

Bahan kimia psikoaktif utama dalam marijuana ialah delta 9 tetrahydrocannibinol (THC). Ganja juga mengandungi banyak cannabinoid lain yang berkaitan dengan THC. THC bersifat lilpofilik ( lilpophilic ) dan disimpan dalam lemak badan. Ini adalah antara sebab mengapa pengguna ganja kurang mengalami simptom tarikan ( withdrawal ). THC mengambil masa berminggu minggu untuk keluar dari badan manusia. THC mengikat pada reseptor CB1 yang dijumpai di beberapa bahagian badan. CB1 banyak terdapat di ganglia basal dan sistem limbik (sekumpulan struktur otak, termasuk amigdala, hipokamus dan hipotalamus yang berkaitan dengan aktiviti seperti autonomi, emosi, dan tingkah laku), selain ditemui di serebelum, dan sistem pembiakan manusia.
Reseptor CB2 pula dijumpai dalam zon peralihan limpa dan tiada reseptor CB2 dalam sistem saraf pusat (CNS). Apa yang menarik ialah jika dadah menjadikan CB2 sebagai sasaran, sudah pastilah penggunaan ganja dalam perubatan tidak mendatangkan kesan kesan psikotropik. Tiada reseptor CB dijumpai dalam medula, bahagian otak yang mengawal pernafasan dan fungsi jantung. Kekurangan reseptor CB di medula adalah punca mengapa pengguna ganja tidak mudah mati jika terlebih dos. Neil Goodman menyebut, ” Both subtypes (CB1 and CB2) belong to the seven transmembrane spannir receptor family with a seven a-helices spanning the cell membrane. The intracellular loops of the receptor protein are involved with the G-proteins responsible for the transduction of the intercellular signal. This G-protein-coupled receptor causes the inhibition of the enzymatic activity of adenylate cyclase responsible for the production of cyclic adenosine monophosphate (cAMP) in the cell.” [Neil Goodman, 2003, erowid.org]. Reseptor CB terletak di dalam neuron presinaps. Seperti kata Kreitzer dan Regehr, apabila salah satu penghantar biasa seperti glutamat atau GABA meransang neuron postsinaps, neuron tersebut membebaskan bahan kimia cannabinoid ( contohnya anandamide atau 2-AG). Penghantar tersebut kemudiannya kembali kepada neuron presinaps bagi mengurangkan penghasilan cannabinoid buat sementara waktu. THC boleh merencat keplastikan sinaps otak. Ini adalah disebabkan reseptor CB1 mengubah keplastikan sinaps bersandar cAMP dan seterusnya menghalang pengambilan sinaps baru dengan cara merencat penghasilan cAMP

No comments:

Post a Comment