Wednesday, 5 September 2012

KERATAN BATANG



PEMBIAKAN TANAMAN
Dalam bidang perkebunan atau hortikultur, cara- cara membiakkan pokok perlu diketahui oleh pekebun. Kita akan rugi besar jika cara ini tidak dipelajari. Kejayaan sepenuhnya boleh didapati jika pekebun-pekebun melakukannya dengan cara amali dan mengikut peraturan-peraturan yang tertentu. Oleh yang demikian kita perlu memberikan perhatian yang berat dalam perkara ini.

CARA MEMBIAKKAN POKOK
Cara membiakkan pokok dibahagikan kepada dua cara yang besar:
A. Pembiakan Aseks atau secara vegetatif (tampang)
B. Pembiakan Seks atau menggunakan biji benih
PEMBIAKAN VEGETATIF(TAMPANG)
Pembiakan vegetatif ialah cara membiak atau memperbanyak pokok dengan menggunakan bahagian-bahagian tertentu pokok seperti batang, dahan, ranting, akar dan lain-lain, bagi mendapatkan bilangan pokok yang banyak dan sama jenisnya. Pembiakan ini juga disebut pembiakan tidak mengawan atau pembiakan yang tidak ada hubungannya dengan jantina.

Pembiakan vegetatif perlu dilakukan pada pokok yang tidak mengeluarkan biji benih atau biji benihnya sukar didapati seperti bunga raya (Hibiscus rosa- sinensis) pokok sukun (Artoca1pus altilis) dan lain-lain.


Adakalanya pembiakan cara ini lebih senang dilakukan dan dapat menghasilkan bilangan anak pokok yang banyak serta tulen bakanya. Oleh itu, pembiakan vegetatif juga boleh memendekkan tempoh juvenil pokok, dengan ini bunga dan buah boleh didapati dalam tempoh yang singkat.

Kelemahannya pula ialah pokok-pokok yang dihasilkan tidak mempunyai akar tunjang,akamya tidak banyak, diriannya tidak tegap dan pembesarannya juga terhad.Sebaliknya, jika pokok-pokok itu dikehendaki dalam keadaan yang kecil, seperti untuk tanaman pasu, pembiakan cara vegetatif ini adalah yang baik dan memberi faedah yang besar.

Pembiakan vegetatif perlu menggunakan bahagian-bahagian pokok dan dengan itu merencatkan pokok asal. Bilangan pokok yang boleh dibiakkan dengan cara ini bergantung pada keadaan pokok itu sendiri.
   
Pembiakan vegetqtif boleh dibahagikan pula kepada beberapa cara. Pembahagian ini mengikut bahagian-bahagian pokok yang digunakan dan jenis-jenis pokok yang boleh dilakukan demikian.
(a) Keratan
(b) Tut
(c) Cantuman
(d) Belahan rumpun atau perdu
(e) Menanam bebawang.

(A) KERATAN
Pembiakan dengan keratan boleh dilakukan dengan mengambil bahagian-bahagian pokok seperti batang, dahan, ranting, pucuk, daun, akar, ubi dan isi. Bahagian-bahagian yang digunakan ini meng- ikut jenis-jenis pokok. Ada jenis yang boleh dibiakkan dengan keratan batang atau dahan dan ada yang boleh dibiakkan dengan keratan daun, akar, isi dan sebagainya.

Bagi memudahkan melakukan pembiakan dengan keratan ini, keratan dibahagikan pula kepada jenis-jenis seperti di bawah ini:
            1. Keratan batang, dahan atau ranting
2. Keratan hijau atau pucuk berdaun
            3. Keratan daun
            4. Keratan akar
            5. Keratan sukulen
           6. Keratan rizom
1. KERATAN BATANG, DAHAN ATAU RANTING;
Banyak spesies tumbuhan boleh dibiakkan dengan keratan batang, dahan atau ranting. Kebanyakan spesies yang boleh dibiakkan dengan cara ini ialah spesies dalam kumpulan dikotiledon. Bagaimana pun ada juga spesies yang tidak boleh dibiakkan dengan cara ini, seperti pokok manggis, durian, rambutan dan lain-lain. Walaupun penyelidikan telah dijalankan, hingga kini kejayaannya tidak begitu memuaskan. Ada juga spesies monokotiledon yang boleh dibiakkan dengan cara keratan batan seperti buluh, tebu dan lain-lain.
Pemilihan keratan
Dahan atau ranting tumbuhan dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian yang bawah sekali, biasanya berwarna perang dan bahagian hujung hingga ke pucuk berwrna hijau. Bahagian yang berwarna perang kayunya keras dan bahagian yang berwarna hijau pula berkayu lembut. Bahagian tengah yang berwarna perang kehijauan mempunyai kayu yang sederhana kerasnya.Oleh itu keratan dahan atau ranting tumbuhan terbahagi kepada:
(a) Keratan kayu keras
            (b) Keratan kayu sederhana
          (c) Keratan kayu lembut.
Pemilihan keratan ini umumnya bergantung pada spesies pokok yang hendak dibiakkan. Ada spesies tumbuhan yang mudah dibiakkan dengan keratan kayu keras dan ada pula yang mudah dibiakkan dengan keratan kayu sederhana atau kayu lembut. Hal ini tidak bermakna bahawa semua spesies yang boleh dibiakkan dengan keratan kayu keras tidak boleh dibiakkan dengan keratan kayu sederhana atau .kayu lembut atau sebaliknya. Contohnya: Pokok bunga kertas (Bougainvillea)lebih baik dibiakkan dengan keratan kayu keras kerana bukan sahaja keratan ini cepat mengeluarkan akar

tetapi juga mengeluarkan bunga lebih awal. Jika pokok ini dibiakkan dengan keratan kayu sederhana atau lembut ia tidak mudah berakar dan kejayaan- nya amat rendah. Sebaliknya pula ada spesies yang lebih mudah dibiakkan dengan keratan kayu sederhana atau lembut, jika dibiakkan dengan keratan kayu keras kejayaannya amat rendah.
Pemilihan keratan ini bergantung pada pengalaman pekebun-pekebun. Kejayaan tidak sahaja bergantung pada pemilihan keratan tetapi juga kepada kemahiran orang yang melakukan pembiakan keratan itu, iklim, tanah, air dan lain- lain. Pembiakan bagi tiap-tiap spesies akan dihuraikan dalam bab-bab akan datang.
Mengerjakan keratan
Cara mengerjakan pembiakan keratan ini berbeza mengikut spesies pokok. Adaspesies yang boleh terus hidup apabila keratan batangnya ditanam ke \'anah, Adajuga spesies apabila batangnya yang dibuatturus pagar, ia akan terus hidup. Kebanyakan s;pesies tumbuhan, keratannya memerlukan penjagaan yang rapi dan tanah semaian yang bersih dan bebas daripada jangkitan penyakit.

Tanah semaian adalah antara faktor yang penting yang menentukan kejayaan pembiakan keratan dan dengan ini perlu diberi perhatian. Dalam bab' yang akan datang cara-cara menyediakan tanah campuran untuk semaian keratan akan diterangkan.
(A)  Keratan berkayu keras
Keratan-keratan hendaklah diambil daripada pokok yang subur dan tidak berpenyakit. Panjang keratan ialah kira!.kira 15-20 cm panjang dan terdapat banyak mata tunas. Pisau yang tajam perlu digunakan untuk mengerat atau memotong keratan. :Potong pangkalnya serong sedikit, di bawah satu mata tunas atau pangkal ruas. Buang daun-daun yang terdapat pada keratan untuk mengelakkan keratan itu daripada cepat kekeringan. Bagai- manapun ada setengah-setengah pokok berkehendakkan daun-daunnya bersama keratan seperti Ficus elastica, Codieumdan lain-lain. Jika daun-daun ini dibuang, ia akan lambat mengeluarkan akar.

   Keratan perlu disemai sedalam ~ daripada pan- jangnya. Sebaik-baiknya disediakan lubang
   terlebih dahulu dan tidak dicucukkan sahaja. Padatkan pangkal keratan dan disiram dengan
   airsecukupnya. Tujuan menyiram air selepas menyemai keratan ini adalah supaya tanah di
   keliling keratan menjadi lebih mampat. .

Apabila keratan telah berakar, ia hendaklah dipindahkan dan ditanam dengan seberapa segera ke dalam pasu atau karung politena yang telah diisi dengan tanah campuran. Semasa menggali keratin perlu berhati-hatisupaya akamya tidakrosak. Sebaik- baiknya, sebelum keratan diambil, eloklah disiram air terlebih dahulu.

Keratan yang baru ditanam, diletakkan di tempat yang redup atau di dalam rumah pokok dan disiram air secukupnya. Pusat-pusat semaian yang besar meletakkan anak semaian di bawah semburan air kabus bagi mengeraskannya. Apabila telah mula hidup dan berkeadaan subur, biasakan dengan cahaya matahari secara beransur-ansur dan seterusnya ditanam ke lapangan.
(B) Keratan kayu sederhana dan lembut

Keratan kayu sederhana dan lembut digunakan
bergantung pada spesies tumbuhan. Tidak ada panduan tertentu yang boleh diikuti, umumnya cara menyediakannya sama seperti pembiakan yang menggunakan keratan kayu keras. Bagai- manapun, tanah campuran untuk semaian kayu sederhana dan lembut ini berbeza sedikit ber- gantung pada spesies tumbuhan yang dibiakkan.

2. KERATAN HIJAU ATAU PUCUK BERDAUN
Keratan hijau atau pucuk berdaun ini digunakan untuk spesies tumbuhan yang lembut, kebanyak- annya jenis herba. Ada juga pokok renek yang boleh dibiakkan dengan cara ini apabila keratan batang kayu keras atau sederhana lambat mengeluarkan akar. Contohnya Mussaenda, Dracaena, Cordyline dan lain-lain.


Keratan yang digunakan ialah pucuk berdaun kira-kira 10-15 cm panjang. Buangkan sedikit daun di pangkalnya dan biar beberapa helai di pucuknya. Semaikan ke dalam campuran semaian seperti keratan lain tetapi penjagaannya dibuat lebih rapi denga:n menyiram air lebih kerap dan tidak membiarkannya kekurangan air.

Keratan pucuk berdaun atau keratan hijau
3. KERATAN DAUN
Kebanyakan pokokherba dalamfamili Gesneriaceae seperti Saintpaulia, Gloxinia dan herba seperti Sanse- vieria, Kalanchoe, Begonia boleh dibiakkan dengan cara keratan daun. Bagaimanapun, pembiakan keratan daun ini tidak banyak dipraktikkan di kawasan tropika kerana pembiakan cara belahan rumpun adalah lebih praktik dan menghasilkan lebih banyak pokok.

Kebanyakan pokok dalam famili Cactaceae dan Euphorbiaceae disebut sukulen dan sifatnya yang berlendair. Pembiakannya dilakukan dengan cara keratan batang tetapi cara melakukannya berbeza sedikit. Keratan disemai ke dalam pasir tetapi pada permulaannya keratan ini tidak disiram dengan air yang banyak. Apabila telah mula berakar dan bertunas barulah disiram air.
6. KERATAN RIZOM
Setengah-setengah spesies dibiakkan dengan cara menanam rizomnya. T anaman seperti keladi, ubi nasi, lengkuas, halia dan lain-lain dibiakkan dengan cara menanam rizomnya. Rizom boleh terus ditanam ke ladang. Spesies yang mempunyai rizom yang besar perlu dikerat-kerat sebelum ditanam. Semasa melakukan keratan pastikan setiap keratan masih meinpunyai kulit dan beberapa mata tunas. Perlu diingatkan ada juga rizom yang berkehendakkan masa "rehat", iaitu tidak bolehditanamsehinggalah sampai musimnya. Contohnya, ubi nasi (Dioscorea sp). Pekebun-pekebun hendaklah mengecam jenis- jenis rizom atau ubi yang memerlukan tempoh rehat dan musim yang boleh ditanam.


Cara merehatkan rizom memadai dengan meletakkannya di tempat yang kering, berangin dan teduh. Apabila rizom itu mula mengeluarkan tunas, bolehlah ditanam.

(8) TUT

Pada bahagian awal bab ini telah diterangkan bahawa banyak pokok yang tidak boleh dibiakkan dengan cara keratan. Cara lain yang boleh dilakukan ialah cara tut.

Jika keliling satu dahan dipotong selebar kira-kira 3 cm dan kulitnya dibuang, dahan itu tidak akan mati. Ini   adalah kerana air bersama-sama larutan nutrien dari akar masih dapat sampai ke bahagian atas tempat yang  dipotong dan dibuang kulitnya tadi. Tempatyang dipotong itu kemudiannya, akan tumbuh bengkak-bengkak dan  akan bercantum semula. Jika tempatyang dipotong itu dibalut dengan tanah, akar akan tumbuh dan dahan itu  kemudian boleh dipotong dan ditanam ke tempat lain.
Cara menyediakan bahan tanaman tut

Pembiakan cara tut tidaklah begitu susah dilakukan hanya memerlukan sedikit usaha dan praktis. Pilih dahan yang subur dan tidak berpenyakit, kira-kira sebesar jari. Dahan itu sebaiknya tidak terlalu muda dan tidak terlalu tua. Ada pendapat yang menya- takan, dahan yang baik untuk ditut ialah dahan- dahan yang pemah berbuah. Potong kulitnya se- lebar kira-kira 3-5 cm keliling batang dan buangkan kulitnya. Jika terdapat kambiumnya masih melekat, kikis dengan pisau. Balut luka dengan tanah campuran 2 bahagian tanah atas dan 1 bahagian pasir. Bagi memudahkan kerja membalut, lembapkan tanah campuran itu terlebih dahulu. Kemudian balut tanah itu dengan politena. Bagi pokok-pokok yang lambat mengeluarkan akar atau akamya terlalu halus, balut tanah itu dengan sabut dan kemudian dengan politena.

Ada juga pokok yang ~ukar mengeluarkan akar dan dalam hal ini hormon pengakar diperlu- kan. Hormon ini disapu pada hujung luka tadi sebelum dibalut dengan tanah dan politena atau sabut.
Apabilaranting yang telah ditutitusudah berakar, potong di sebelah bawah balut dan tanam ke dalam karung plastik. Letakkan di dalam rumah pokok atau di tempat yang redup sehingga subur. Biasakan bahan tut ini dengan cahaya matahari secara beransur-ansur dan kemudian barulah boleh ditanam ke lapangan .

Tut lentur
Kebanyakan pokok, apabila dahannya tertanam atau terbenam ke dalam tanah, pada tempat yang tertanam itu akan tumbuh akar. Fakta ini boleh merupakan asas untuk membiakkan pokok dan pembiakan cara ini disebut tut lentur.

Pembiakan cara tut lentur ini dilakukan pada pokok yang rendah dan dahannya mencapai ke tanah, seperti pada pokokrenekdan pokokmemanjat. Caranya pada asasnya sama dengan cara tut.)

Caranya adalah dengan melentur satu dahan atau ranting yang sihat dan sederhana keadaannya hingga ke aras tanah. Paku dahan itu supaya sedikit bahagian dahan atau ranting itu tertanam dan tidak bingkas semula. Bahagian yang tertanam itu lama-kelamaan akan mengeluarkan akar. Bagi mempercepatkan pertumbuhan akar dibahagian yang tertanam atau ditimbus itu, dibuang kulitnya seperti juga pembiakan cara tut. Apabila sudah berakar, bahagian pangkalnya dipotong dan ditanam semula ke dalam karung plastik atau pasu.

Semasa memindahkannya, pastikan akar-akamya tidak rosak. Pelihara sehingga pokok ini segar dan kemudian biasakan dengan cahaya matahari secara beransur -ansur .

Tut baringan
Pembiakan tut baringan ini sama seperti tut lentur tetapi sebatang pokok dilentur dan dibaringkan ke atas tanah Kebanyakan pokok renek dan pokok memanjat boleh dilakukan cara ini. Bagaimana-pun, cara ini tidak banyak dijalankan di kawasan tropika kerana pembiakan cara lain lebih mudah dilakukan.

   CANTUMAN

Cantuman ertinya memindahkan dan mencantumkan sedikit bahagian pokok seperti tunas pucuk atau mata tunas kepada pokok yang lain yang sama famili dan genusnya, bertujuan untuk mendapatkan Pokok yang tulen dan terpilih bakanya.

Pokok cantuman terdiri daripada dua bahagian iaitu penanti dan sion. Pokok penanti ialah anak pokok, tempat mata tunas atau tunas ditempel atau dicantumkan. Sion ialah mata tunas atau tunas yang ditempelkan kepada pokok penanti.

Cantuman dilakukan untuk mendapatkan pokok yang baik dan tulen bakanya. , Cara ini juga dilaku- kan bagi mendapatkan sebatang pokok tetapi mempunyai beberapa wama bunga atau klon buah- buahan. "

Pembiakan secara cantuman ini boleh dibahagikan kepada dua jenis:
(1) Cantuman tunas atau pucuk
(2) Cantuman mata tunas
CANTUMAN T UNAS
Cantuman tunas ialah cara cantuman yang memin- dahkan dan mencantumkan tunas atau pucuk sesuatu pokok yang baik bakanya, iaitu sion kepada pokok penanti bagi menghasilkan pokok yang tulen dan baik bakanya:

Ada beberapa cara cantuman boleh dilakukan iaitu seperti yang berikut:
(i) Cantuman sandingan
(ii) Cantuman baji sisi
(iii) Cantuman baji
(iv) CantumaI} rencong.
(i) Cantuman sandingan
Cantuman sandingan ialah cara yang mudah dilakukan oleh pekebun-pekebun bagi tujuan membiakkan pokok yang terpilih bakanya. Cara ini mudah dilakukan dan pokok yang dihasilkan dengan cara ini, mempunyai sifat yang lebih tegap dan subur.

Sediakan pokok penanti di dalam karung plastik. Biji benih yang digunakan untuk meriyediakan pokok penanti ini, hendaklah daripada jenis yang cepat membesar. Apabila telah cukup besar, iaitu kira-kira sebesarjari, cari tunas hujung yang terdapat pada pokok yang hendak dibiakkan. Pilih tunas hujung yang baik sahaja, tidak berpenyakit dan sebaik-baiknya mempunyai umuryang sama dengan pokok penanti. Buat penyokong bagi membolehkan anak-anak pokok penanti didekatkan dengan tunas hujung tadi. Dengan menggunakan pisau yang tajam, potong sedikit kulit anak pokok penanti dan iuga tunas tadi. Cantumkan anak pokok penanti dan tunas itu pada luka tadi dan kemudian balut kedua-duanya dengan pita politena. Sebaik~baiknya

Apabila luka itu sembuh, anak pokok penanti dan tunas tadi (sion) akan bercantum. Pastikan pokok penanti dan sion itu benar- benar bercantum dan kemudian ceraikan sion dengan memotong di bawah balutan dan kemudian potong pokok penanti di bahagian atas balutan. Pelihara pokok cantum ini di tempat yang redup sehingga subur . Biasakan pokok ini dengan cahaya matahari dengan cara beransur-ansur dan kemudian bolehlah ditanam ke ladang.

(ii) Cantuman baji sisi
Satu lagi cara cantuman yang lain diseblit cant"uman baji sisi. Cantuman ini tidak banyak diamalkan di negara ini kerana cantuman mata tunas lebih mlidah dilaklikan dan biasanya kejayaan yang lebih baik diperoleh. Pembiakan cara ini hanya dilaklikan sekiranya pc'.ok yang hendak dibiakkan itu slikar didapati mata tunasnya atali tidak boleh dilaklikan cantuman mata tunas.

Teknik cantuman baji sisi ini seperti yang beriklit. Sediakan pokok penanti sebesar ibli jari atali lebih besar. Potong kira-kira 15 cm dari permlikaan tanah dengan mengglinakan glinting pokok. Permlikaan yang dipotong kemlidian dipotong nipis dengan mengglinakan pisali yang tajam. Kemlidian belah di tepi menghala ke bawah kira-kira 4 cm. Belahan hendaklah di antara lapisan kambilim dan kayu. Elakkan daripada terkena lapisan kayu.

Sediakan tunas atali pliClik yang sliblir kira-kira 6- 10 cm panjangnya. Bliangkan semlia dalinnya. Bahagian pangkalnya direncong pada kedlia-dlia belah berbentuk seperti baji, kira-kira 4 cm panjang, kemudian dimasukkan ke celah belahan yang telah dibuat pada pokok penanti tadi. Perhatikan lapisan kambium tunas yang direncong dan kambium penanti yang dibelah tadi benar-benar melekap antara satu sama lain. Balut melilit dengan pita politena sehingga sion dan penanti menjadi rapat. Sebelum dibalut sebaik-baiknya disembur dahulu dengan racun kulat. Tempat yang dibalut tadi, kemudian dibalut pula dengan lumut Spagnum bertujuan untuk melembapkan cantuman. Lumut ini dikatakan mengandungi air yang boleh mengawal pembiakan kulat atau bakteria. (Lumut Spagnum ini boleh didapati di kawasan tanah tinggi yang berhawa dingin seperti di Cameron Highlands).

Keseluruhan pokok cantuman ini dilindungi dengan balutan politena nipis. Apabila tunas sion mula hidup, buangkan balutan politena itu. Pelihara pokok cantuman ini sehingga subur. Semua kerja mencantum hendaklah dilakukan di tempat yang teduh.

(iji) Cantuman baji
Pada masa ini cantuman baji merupakan teknik yang banyak digunakan bagi mencantumkan pokok-pokok seperti manggis, duku, langsat dan lain-Iain yang sukar dibiakkan dengan cara cantuman mata tunas atau keratan.

Teknik cantuman ini tidak banyak bezanya dengan cantuman baji sisi. Pokok penanti yang masih muda disediakan. Dengan menggunakan pisau yang tajam, pucuknya dipotong dan dibuang pada tempat yang berkayu lembut dan kemudian dibuat belahan berbentuk V dari atas hingga ke bawah sepanjang 4 cm.


Pada masa yang sama, sion, iaitu pucuk atau tunas, sepanjang 6-10 cm disediakan.Potong separuh daripada daun-daun dan tinggalkan sedikit sahaja di pucuk. Pangkal tunas sion tadi dipotong serong di kedua-dua belahnya, sepanjang 2-4 cm berbentuk seperti bentuk baji. Masukkan tunas ini di celah belahan baji yang dibuat pada pokok penanti dan pastikan kedua-duanya benar-benarmelekap antara satu dengan lain. Sembur sedikit di tempat cantuman dengan racun kulat dan kemudian dibalut dengan politena nipis sehingga sion dan penanti menjadi rapat. Keseluruhan pokok cantuman ini kemudiannya dilindungi dengan balutan politena nipis lut sinar dan diletakkan di tempat yang teduh. Apabila tunas itu mula hidup, politena tersebut dibuang. Semua kerja mencantum hendaklah dilakukan di tempat yang redup dan bersih.

Perlu diingatkan bahawa ada jenis-jenis pokok seperti manggis, langsat, duku, durian dan lain-lain perlu ditinggalkan sedikit daun pada sion dan penanti seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.7. Tujuan meninggalkan sedikit daun pada sion dan penanti ini adalah bagi mengurangkan kehilangan air dari pokok penanti dan sion. Pekebun-pekebun hendaklah mengecam jenis-jenis pokok yang dibiakkan dengan cara ini.

(iv) Cantuman tunas rencong
Teknik cantuman tunas rencong ini hampir sama dengan cantuman belahan baji. Dalam cantuman ini penanti dan sion dipotong rencong dan dicantumkan ( Rajah 1.8 ). Cara ini baik untuk pokok herba dan renek yang lembut.
2. CANTUMAN MATA TUNAS
Cantuman mata tunas bererti , memindahkan dan mencantumkan
mata tunas sesuatu pokok yang baik bakanya kepada pokok penanti bagi mendapatkan pokok-pokok yang tulen dan baik bakanya) Dalam teknik- teknik cantuman yang lain, tunas atau pucuk digunakan tetapi bagi teknik ini mata tunas digunakan.

Kejayaan telah pun dicapai di negara ini untuk membiakkan pokok buah-buahan dan bunga-bungaan dengan kaedah cantuman mata tunas. Cara ini merupakan cara yang mudah untuk mendapatkan benih pokok yang terpilih bakanya.
Pokok cantuman hasil daripada teknik cantuman mata tunas ini mempunyai sifat yang sama seperti induknya (sion) dan cepatpula menghasilkan buah. Pekehun-pekehun hunga pula menggunakan cara cantuman ini hagi mendapatkan heherapa wama hunga pada satu pokok.)
Teknik mencantum mata tunas
Sediakan pokok penanti yang subur dan sihat, kira- kira sehesar jari. Dengan menggunakan pisau pencantum yang tajam, potong dua garisan selari, selebar 1.5 cm, dari atas ke hawah sedalam kulitnya, sepanjang 4 cm. Potongan ini ialah kira- kira 15 cm dari aras tanah. Kamudian potong pula satu garis melintang di atas dua garis tadi sedalam kulitnya hagi memholehkan kulitnya dikopekkan. Pastikan kulit itu holeh dikopekkan dengan baik, dengan cara mengopekkan sedikit kulit di bahagian atasnya.

Pilih satu mata tunas yang haik dan sihat pada kayu mata tunas. Potong dua garisan sedalam kulitnya, selari anfara mata tunas selehar 1.4 cm atau selehar yang dihuat pada pokok penanti tadi. Kemudian potong melintang di hujungnya sedafam yang holeh. Dipangkalnya pula dipotong sedalam kulitnya sahaja. Potong mata tunas itu mengikut dua garisan selari tadi berserta dengan kayunya. Dengan cermat pisahkan kayu daripada kulit. Perhatikan bintil mata tunas masih melekat di hawah kulitnya. Jika bintil mata tunas itu masih melekat, lakukan cantuman dengan mengopekkan kulit pokok penanti dan menempelkan mata tunas berserta dengan kulitnya. Pastikan kambium pokok penanti dan mata tunas hetul-hetul melekap dan rapat antara satu dengan lain. Balut melilit cantuman dengan pita politena dan pastikan balutan itu tidak dimasuki air.

Selepas 20-30 hari, buka balutan dengan menggunakan pisau yang tajam dan kikis sedikit hahagian kulit yang ditempel itu bagi menentukan kejayaan cantuman. Jika kulit itu masih hijau, ini bermakna cantuman itu berjaya. Kemudian pangkas bahagian atas cantuman. Beharapa hari kemudian, mata tunas yang dicantum itu akan mengeluarkan tunas. Pelihara pokok cantuman ini dengan haik dan jangan sekali-kali dibiarkan kering. Sembur racun serangga dan kulat dua minggu sekali.
Panduan mencantum
Cara mencantum seperti yang telah diterangkan adalah sehagai panduan sahaja. Kejayaan sepenuhnya bergantung pada kecekapan dan kemahiran pencantum. Tiap-tiap jenis pokok atau klon yang hendak dicantum berheza caranya. Terpulanglah kepada kemahiran pekebun-pekebun melakukan kerja mencantum ini bagi mendapatkan keiayaan sepenuhnya. Di bawah ini ialah panduan mencantum yang perlu diberi perhatian:
(a)  Pokok penanti dan mata tunas dipastikan dalam keadaan yang subur dan segar dan tidak diserang oleh penyakit. Kesuburan ini amatpenting kerana semasa melakukan cantuman, kulitnya mudah dikopek atau dipisahkan daripada kayu.
(b ) Pokok penanti dan mata tunas ( sion ) hendaklah dalam lingkungan umur yang sama.
(c) Semasa melakukan cantuman, kambium penanti dan mata tunas hendaklah betul-betul melekap antara satu sama lain, sebelum dibalut.
(d) Pastikan bintil mata tunas benar-benar melekat di bawah kulitnya dan keadaannya sihat dan normal. Jangan gunakan mata tunas yang bintilnya telah terkeluar atau rosak.
(e) Semasa memotong dan mengopek kulit penanti dan mata tunas, pastikan tidak terdapat kotoran atau kulit-kulit yang masih melekat. Sebaik- baiknya kulit dapat dikopek atau dipisahkan daripada kayu dalam keadaan yang licin dan berair.
(f) Pisau pencantum perlu dipastikan supaya sentiasa taiam dan bersih. Segala pekerjaan hendaklah teratur, pantas tetapi cermat dan bersih.
(g) Semasa mencantum keadaan udara di keliling hendaklah berkeadaan tenang dan teduh. £lakkan kerja mencantum selepas huian atau apabila cuaca terlalu panas.
.
Menyediakan pokok penanti
Dalam pembiakan cantuman, masalah yang besar adalah untuk menyediakan pokok penanti yang sesuQi untuk dicantum. Keiayaan cantuman, bukan sahaia terletak kepada kemahiran keria-keria mencantum, tetapi iuga kepada pokok penanti yang subur, tegap, cepat. membesar, tidak berpenyakit dan bebas daripada serangan serangga. Satu lagi hal yang perlu diingati ialah pokok-pokok penantr dipastjkan supaya mempunyai lingkungan umur yang sama dengan sion.

Bagi mengatasi masalah ini, pokok penanti perlu disediakan dengan cara yang baik. Pokok penanti ini boleh disediakan sama ada di ladang atau di dalam karung plastik. Cara penanaman menggunakan karung plastik adalah lebih mudah dan murah.

Karung plastik diisikan dengan tanah campuran yang terdiri daripada tanah, naiis haiwan dan pasir dalam nisbah 5:3:2 atau 7:3:2. Biji benih boleh terus ditanam. Bagi biji benih yang kecil seperti belimbing, limau, jambu batu dan sebagainya, hendaklah disemai terlebihdahulu. Setelahanak-anaksemaian itu besar dan mudah dikendalikan, baharulah dipindahkan ke dalam karung plastik.

Anak-anak pokok penanti ini, perlu diberi baja yang cukup dan dikawal daripada serangan serangga dan penyakit. Selain itu, anak-anak pokok ini perlu dicantas bagi mendapatkan pokok yang tegap dan berbatang lurus. Apabila telah berukuran sebesar jari, cantuman bolehlah dilakukan.
Menyediakan ladang mata tunas
Dalam pembiakan cantuman mata tunas, masalah yang sentiasa dihadapi oleh pekebun adalah untuk mendapatkan mata tunas yang baik daripada klon- klon yang terpilih dan yang disyorkan. Masalah ini bertambah rumit kerana kayu mata tunas tidak boleh dibawa jauh. Mata-mata tunas mestilah dicantum secepat mungkin, iaitu sebaik-baik sahaja dipotongdaripadapokoknya.Sungguhpunadacara untuk menyimpan kayu mata tunas, tetapi umur mata tunas juga perlu diambil kira, iaitu perlu ada persamaan umur dengan pokok penanti.

Pengusaha-pengusaha ladang semaian yang besar biasanya mempunyai ladang mata tunasnya sendiri. Penyediaan ladang mata tunas ini bukanlah bertujuan untuk menghasilkan buah atau bunga, tetapi semata-mata untuk mendapatkan mata tunas.
Berbagai-bagai klon yang terpilih ditanam pada jarak tanaman yang rapat dan dilabel. Pokok-pokok ini digalakkan banyak berdahan atau bercabang dengan melakukan cantasan. Pembajaannya juga bertujuan untuk menyuburkan pokok.
(D) BELAHAN RUMPUN ATAU PERDU
Banyak jenis pokok yang hidupnya berumpun atau berperdu dan beranak di pangkal rumpunnya seperti Alpinia, pokok palma, pak!l pakis dan sebagainya. Pokokini boleh dibiakkan dengan memisahkan anak- anakpokokdaripadarumpunnyadanmenanamnya semula.'\Pembiakan cara ini disebut pembiakan dengan belahan rumpun.

Pokok-pokok ini jika ditanam di dalam pasu, lama-kelamaan akan memenuhi pasu. Apabila hendak dibiakkan keluarkan sahaja daripada pasu dan kemudian dibelah-belah rumpunnya dan ditanam semula. Cara ini juga dikatakan pembiakan dengan belahan rumpun.

(E) MENANAM BEBAWANG
Di Malaysia terdapat pokok-pokok yang mempunyai bebawang seperti, Gladiolus, Hippeastrum, Crinum dan sebagainya. Kebanyakannya boleh dipiakkan dengan cara menanam bebawangnya.

Bebawang boleh diambil dari pokok yang sudah tu~ atau pokok yang telah mati. Kebanyakan bebawangmempunyaitempoh "rehatl'nyqdanakan bercambah apabila sampai musimnya,,} Pekebun hendaklah memerhatikan jenis-jeriis pokok bebawang dan mengecam tempoh rehatnya dan musim untukmenanamnya. Semua bebawang boleh ditanam terus j(e tanah dan tidak perlu disemai terlebih dahulu.)
PEMBIAKKAN BIJI BENIH
Pembiakan menggunakan biji benih ialah cara yang paling mudah untuk membiakkan pokok.
Bagaimanapun, ada beberapa keburukan dalam pembiakan ini yang perlu diketahui oleh pekebun- pekebun.
Kebanyakan biji benih tidak menurunkan baka yang tulen. Jika biji benih daripada pokok rambutan yang manis disemai pokoknya nanti tidak semestinya menjadi baka yang manis juga. Hal ini disebabkan biji benih ialah hasil daripada berlakunya pendebungaan kacukan.

Kita juga selalu mendengar pokok jantan dan pokok betina. Bagi setengah-setengah jenis pokok pembiakan daripada biji benih boleh menghasilkan pokok jantan. Sekiranya anak pokok yang hidup daripada biji benih menghasilkan pokok jantan, sudah tentu kita akan rugi. Sesungguhnya belum ada satu cara pun untuk mengetahui sama ada biji benih itu jantan atau betina. Oleh itu pembiakan cara vegetatif seperti tut atau cantuman merupakan pilihan yang baik. Bagaimanapun, adaspesies yang tidak boleh dibiakkan secara vegetatif dan hanya boleh dibiakkan dengan biji benih. Contohnya kebanyakan jenis tanaman semusim seperti padi, jagung, sayur-sayuran, palma dan lain-Iain. Oleh yang demikian pemilihan biji benih perlu dilakukan bagi mendapatkafi baka yang baik.
Di negara-negara maju dalam pertanian, pemilihan biji benih tidak lagi menjadi masQlah kerana terdapat undang-undang yang menjamin ketulenan baka biji benih. Terdapat industri yang mengeluarkan biji benih yang bermutu tinggi dan dijamin ketulenan bakanya. Pekebun tidak lagi perlu memilih biji benih daripada ladangnya sendiri malah digalakkan membeli biji benih daripada pengeluar biji benih.

Di Malaysia, kemajuan seperti ini masih belum lagi dicapai dan kerapkali pekebun-pekebun kecewa dengan hasil yang rendahsemata-matakeranamutu biji benihnya rendah dan tidak tulen bakanya. Pekebun perlu memilih biji benih yang tulen dan bermutu. Di bawah ini diterangkan panduan cara- cara memilih biji benih.
1. Bagi pokok semusim, biji benih perlu diambil daripada pokok yang sihat sahaja, tidak terlampau besar dan tidak terlalu kecil.
2. Buah yang dipetik hendaklah cukup masak dan tidak ada tanda-tanda penyakit dan serangan serangga. Buah yang tidak normal atau luar biasa bentuknya tidak dikehendaki.
3. Biji benih perlu diambil daripada buah yang dihasilkan pada pertengahan musim dan tidak daripada buah permulaan atau buah peng- hujung musim. Buah ini juga sebaik-baiknya diambil daripada pokok yang di tengah-tengah kebun dan tidak daripada pokok yang di tepi atau di sempadan.
4. Biji benih perlu dibersihkan dan dikeringkan di tempatyang teduh. Biji benih disimpan di dalam botol atau di tempat yang selamat daripada serangga.
5. Semasa menanam, tentukan biji benih itu masih baru, subur dan baik percambahannya.
MENYEMAI BIJI BENIH
Biji benih boleh dikelaskan kepada tiga kumpulan yang besar, iaitu
(a) Biji benih halus
(b) Biji benih kecil
(c) Biji benih besar

  (A) BIJI BENIH HALUS
Biji benih yang dianggap halus ialah biji-biji sebesar biji bayam hinggalah sebesar biji cili. biji-biji daripada kumpulan ini sebaik-baiknya disemai di dalam kotak atau pasu semaian terlebih dahulu dan apabila anak-anak semaian telah besar atau mudah dikendalikan lalu dipindahkah ke batas atau pasu. Dengan cara ini anak semaian dapat dijaga dengan baik. Semasa pemindahan dilakukan, anak benih yang subur sahaja dipilih dan ditanam.

Biji-biji yang halus boleh juga disemai terus ke batas dan kemudian dijarangkan. Contohnya seperti biji bayam, sawi dan sebagainya.

Semasa menyemai biji-biji yang halus sebaik- baiknya, biji-biji itu dicampurkan dengan pasir halus terlebih dahulu. Ini bertujuan untuk mendapatkan jarak anak-anak semaian yang sesuai. Tanah campuran bagi menyemai biji-biji halus ialah 2 bahagian tanah bakar dan 1 bahagian pasir.

(BBIJI BENIH KECIL
Biji benih yang dikelaskan sebagai kecil ialah biji- biji sebesar biji timun hinggalah sebesar biji jagung: Biji-biji dalam kumpulan ini boleh ditanam terus ke batas atau pasu~\Sebelum ditanam sebaik- baiknya dicambahkan terlebih dahulu dengan merendam dan melembapkannya, Biji-biji yang mempunyai percambahan yang baik sahaja digunakan. Semasa merendam, hanya biji-biji yang tenggelam sahaja yang digunakan dan biji-biji yang terapung dibuang. biji benih memadai ditanam sedalam 2-3 cm. Seelok-elok selepas disemai sungkupan diberi bagi melindunginya daripada hujan dan cahaya matahari yang terik. Setelah bercambah, sungkupan dibuang dengan cara beransur-ansur untuk membiasakan anak benih dengan cahaya matahari.
(C) BIJI BENIH BESAR
Biji benih yang dianggap besar adalah seperti saiz biji rambutan hingga sebesar biji durian.
Terdapat biji benih yang lebih besar seperti kelapa dan biji yang terbesar di dunia, iaitu kelapa laut, 
Lodoicea maldivica.


Biji benih yang besar boleh ditanam terus ke ladang. Bagi tujuan pemilihan biji benih, biasanya biji-biji dibiarkan bercambah terlebih dahulu dan hanya yang mempunyai percambahan yang baik sahaja ditanam ke ladang atau ke dalam karung plastik. Ada spesies palma yang tidak boleh disemai terlebih dahulu dan hendaklah terus ditanam ke lapangan. Contohnya seperti lontar kepau dan lain-lain yang mempunyai percambahan legul jarak jauh.
KEBOLEHHIDUPAN (VIABILITI )
Kebanyakan biji benih spesies tumbuhan kawasan tropika mempunyai tempoh kebolehhidupan (viabiliti) yang singkat. Contohnya biji durian, manggis, rambutan yang mempunyai tempoh kebolehhidupan 2-3 hari sahaja. Selepas tempoh itu, biji tidak akan bercambah lagi. Biji-biji seperti ini hendaklah ditanam terus.


Kebanyakan biji benih tumbuhan yang bukan berasal dari kawasan tropika, seperti pokok kekacang, bijirin dan beberapa pokok herba dari kawasan subtropika dan iklim sederhana, mempunyai tempoh kebolehhidupan yang lama.

Biji benih yang mempunyai tempoh kebolehhidupan yang lama biasanya menjadi keras dan adakalanya menyulitkan percambahannya. Contohnya,biji-biji kekacang penutup bumi; biji ini perlu direndam di dalam air panas atau asid cair bagi membantu percambahannya.

Biji-biji tumbuhan palma juga tidak mempunyai tempoh kebolehhidupan yang lama seperti yang disangka oleh ramai orang. Kita selalu melihat buah kelapci bercambah di pokok sebelum buah itu gugur. Sebenamya buah palma akan terus hidup selepas dipersenyawakan. Pendapat yang menyatakan buah nipah yang hanyut di laut berbulan-bulan dan bercambah apabila terdampar di pantai adalah tidak benar.


Membiak Tumbuhan Melalui Keratan Batang (Propagasi)

Ada jenis pokok yang boleh dibiak melalui keratan batang.  Pokok mulberry, bunga raya, bunga ros, bunga melor, moringa, roselle dan bendi boleh dibiak dengan cara ini.  Anda perlukan gunting kebun (atau gunting dapur) atau pisau yang tajam, agen penggalak pertumbuhan akar, tanah, pasu atau bekas tanaman dan pokok induk.  Proses membiak tanaman melalui keratan batang dikenali sebagai propagasi.  

Alatan yang diperlukan, gunting kebun  dan agen penggalak pertumbuhan akar.

Saya gunakan agen penggalak pertumbuhan akar dalam bentuk gel.  Anda juga boleh gunakan agen penggalak dalam bentuk serbuk. Jika anda tidak memiliki agen penggalak pun tidak mengapa, anda masih boleh biakkan tanaman dengan cara ini.  Cuma pertumbuhan akar lambat sedikit, tetapi saya yakin ia tetap akan berhasil juga.

Pelbagai jenis agen penggalak pertumbuhan akar.


Kebanyakan artikel mengesyorkan anda menggunakan tanah dalam bentuk pasir atau vermaculite.  Sebenarnya anda boleh gunakan tanah organik biasa, cuma tanah tersebut jangan terlalu basah.  Ini untuk mengelakkan bahagian keratan diserang penyakit.

Tanah organik.

Lakukan kaedah ini di sebelah petang untuk mengelakkan panas tengahari di hari pertama proses propagasi.  Isikan tanah ke dalam bekas.  Siram dengan sedikit air untuk melembapkan tanah tetapi jangan terlalu basah.

Isikan tanah ke dalam bekas dan siram dengan air.

Kerat batang yang ingin dibiakkan.  Bahagian pangkal kira-kita 4 cm daripada tunas.  Di bahagian hujung kira-kira 2 cm daripada tunas.  Potong batang bahagian hujung menyerong tetapi tidak menuju ke arah mata tunas.  Lihat gambar berikut sebagai panduan.


Contoh keratan batang.

Celupkan bahagian pangkal ke dalam gel atau serbuk penggalak pertumbuhan akar kira-kira sedalam 1.5 cm.  Sekiranya anda tidak memiliki bahan ini, langkah ini boleh diabaikan.

Celup pangkar keratan kira-kira 1.5 cm ke dalam agen penggalak pertumbuhan akar.
Jangan cucuk terus ke dalam tanah.  Ini akan mencederakan pangkal keratan batang.  Buat lubang dalam tanah menggunakan jari kira-kira sedalam 4 cm.  Kemudian masukkan keratan batang.

Masukkan keratan ke dalam lubang di dalam tanah.

Tutup lubang dengan tanah.  Jangan padatkan tanah.  


Kambus lubang dan pastikan keratan batang dalam kedudukan mencacang.

Labelkan.  Simpan bekas propagasi di tempat yang teduh.  Lazimnya daun akan tumbuh dari mata tunas dalam masa 2 minggu.
Labelkan keratan dan letakkan di tempat yang tidak terlalu terik.




Berita Transformasi Pertanian
Lembaga Pertubuhan Peladang Bil .2/2007 Edisi Februari

 
ASAS PEMBIAKAN TANAMAN
Pada masa kini kebanyakan tanaman dibiakkan dengan berbagai kaedah menggunakan teknologi yang berbeza tetapi melalui asas pembiakan yang sama.  Asas pembiakan tanaman yang betul perlu diketahui terlebih dahulu sebelum mengusahakan sesuatu projek pertanian bagi menjamin hasil dan mutu yang dikeluarkan.
Terdapat beberapa asas pembiakan tanaman yang boleh dijadikan panduan oleh umum dalam mengusahakan kultura kebunan.  Di sini diterangakn asas pembiakan tanaman yang sering dipraktikkan mengikut kesesuaian tanaman tersebut.
Pembiakan Biji Benih
Tanaman yang dibiakkan melalui biji benih adalah tanaman semusim seperti padi, jagung, sayur-sayuran dan juga tanaman hiasan.  Biji benih biasanya mengalami pendebungaan kacuk dan faktor ini tidak menjamin tanaman yang dibiakkan akan menghasilkan anak yang mempunyai ciri-ciri yang sama seperti induknya.  Bagi tanaman yang hendak dibiakkan dengan cara ini, pemilihan biji benih perlu dilakukan untuk mendapatkan baka yang tulen.  Pemilihan boleh dibuat dengan mengambilkira beberapa faktor seperti berikut:-
·         pokok induk yang sihat
·         buah yang cukup masak dan tiada serangan penyakit dan perosak
·         buah yang normal
·         buah dipertengahan musim dan terletak di bahagian tengah ladang
Pembiakan Vegetatif (Tampang)
Pembiakan vegetatif atau tampang adalah cara pembiakan dengan menggunakan bahagian tertentu tanaman seperti keratan batang, pucuk daun dan rizom. Ia dilakukan bagi tanaman yang tidak mengeluarkan biji benih atau sukar berbunga.  Kaedah pembiakan ini kerap menjadi pilihan kerana caranya mudah dan dapat menghasilkan pokok dengan baka tulen.  Kaedah ini juga dapat memendekkan tempoh matang di mana pokok mengambil masa lebih pendek untuk berbunga atau berbuah, tetapi tumbesaran tanaman dengan cara ini adalah terhad.  Kaedah keratan, tut, cantuman, belahan rumpun dan bebawang selalu dilakukan, tetapi kajayaan pembiakan ini bergantung kepada pemilihan bahan tanaman, keadaan iklim, tanah, air dan juga kemahiran.
Keratan batang terbahagi kepada keratan batang keras, sederhana dan lembut.  Bahagian tanaman yang sihat serta mempunyai beberapa mata tunas dipilih.  Keratan tanaman sepanjang 15-20 cm digunakan.  Keratan dipotong serong sedikit di bawah mata tunas atau pangkal ruas.  Biasanya daun-daun tanaman dibuang untuk mengelakkan pokok yang disemai kekeringan.  Keratan disemai menggunakan media semaian 2:1:1 (dua bahagian tanah, satu bahagian bahan organik dan satu bahagian pasir).  Kaedah ini selalu digunakan bagi membiakkan tanaman hiasan.
Keratan pucuk berdaun digunakan bagi tanaman yang berbatang lembut jenis herba dan renek.  Keratan rizom digunakan untuk tanaman seperti kunyit dan halia.  Semaian yang dilakukan perlu disiram dan diletakkan di tempat redup sehingga tanaman mengeluarkan pucuk.
Kaedah tut merupakan cara pembiakan yang biasa digunakan bagi tanaman buah-buahan.  Tut melalui proses pembuangan kulit kayu untuk tujuan pengakaran.  Kulit ranting atau dahan pokok dengan saiz 1-2 cm garis pusat dipotong kira-kira 5 cm panjang dan dibuang kulitnya.  Bahagian yang terdedah disapukan dengan hormon penggalak akar dan ditutupkan dengan tanah campuran.  Bahagian tersebut dibalut dengan plastik untuk menghalang kemasukan air dari luar.  Media yang digunakan adalah campuran dua bahagian tanah atas dan satu bahagian bahan organik bersama sedikit air.
Manakala kaedah cantuman sering digunakan bagi mendapatkan klon pokok yang dikehendaki.  Cara ini dapat menjamin baka tulen diperturunkan kepada anak oleh induk.  Terdapat berbagai kaedah cantuman seperti mata tunas, cantuman baji dan sanding.  Kaedah ini kerap digunakan bagi tanaman buah-buahan seperti durian, rambutan dan lain-lain lagi.
Disamping itu, pembiakan dengan kedah belahan rumpun boleh dilakukan bagi pokok yang hidup berumpun.  Ia dapat menghasilkan tanaman yang banyak daripada satu induk.  Pokok dibelah kepada beberapa belahan yang dikehendaki dan ditanam.  Tanaman yang boleh dibiakkan dengan cara kebanyakannya terdiri daripada tanaman hiasan.
Kaedah menanam dengan menggunakan bebawang boleh ditanam terus tanpa perlu disemai.  Bahan tanaman dipilih daripada pokok yang sudah tua atau matang.  Tanaman yang dibiakkan dengan cara ini antaranya mempunyai peratus hidup yang tinggi.  Sayuran jenis bawang dan beberapa pokok hiasan dibiakkan melalui cara ini.
Berbekalkan pengetahuan tentang bahan tanaman, kemahiran dan pengalaman pembiakan pelbagai jenis tanaman boleh dilakukan sendiri yang mampu memberikan kepuasan kepada individu yang menceburi dalam bidang pertanian sama ada sebagai hobi atau kemersial.




KERATAN BATANG
Menggunakan bahagian tumbuhan seperti batang, ranting dan dahan tanaman

- Jenis keratan batang
      i.      Keratan Kayu Lembut - bahagian termuda sekali atau masih hijau
                                             - panjang keratan 10-15 cm, 2-3 helai daun
                                             - contoh : Altenanthera sp., Portulaca sp. dan Coleus sp.
     ii.      Keratan Kayu Sederhana  - bahagian dahan atau ranting yang baru matang
                                                  - panjang keratan 10-20 cm, beberapa helai daun
                                                  - contoh : Hibiscus sp., Duranta sp. dan Ixora sp.
    iii.      Keratan Kayu Keras  - bahagian batang atau dahan yang telah matang
                                           - semua daun hendaklah dibuang
                                           - contoh : Pterocarpus indicus, Tecomaria capensis dan Baphia nitida

  - Medium penyemaian
    * medium mpunyai saliran baik, gembur, tdak mgandungi biji benih rumpai & agen penyakit serta serangga                                  
    * medium yang sesuai 1 bahagian pasir dan 1 bahagian bahan organik

  - Hormon pengakaran
    * digunakan untuk membantu dan menggalakkan pengeluaran dan pertumbuhan akar
    * jenis hormon Seradix 1, 2, 3 dan Hormoton A dan B

  - Menyemai keratan
   * sebelum menyemai, celup bahagian bawah keratan dengan hormon penggalak akar
   * masukkan ke dalam lubang atau alur yang disediakan

  - Pembentukan akar
   * akar keratan akan mula tumbuh dalam masa 1 minggu hingga 6 minggu
   * keratan yang tidak mudah dicabut menunjukkan ianya telah mula berakar


pertama : Pucuk atau hujung la..(bhagian dedaun).
cantas skit dedaun ..tinggalkan sikit..
mula-2 daunyer smua kaler ijau..sebab duduk tmpt teduh..
letak kat tmpt panas...gerenti tukar kaler belang-2..
yg ni luv terus masuk pasu...
slepas beberapa ari dia bleh segar dah



Kedua : Bahagian pangkal atau akar
mula-2 memang kompiden idup coz ada akar yg byk.
slepas 3 minggu baru nampak pucuknyer.



Ketiga... dan Keempat
lebih kurang sama panjang...
sapu penggalak akar kat pangkal..
masuk dlm polibag itam..
pastu letak la bwh tmpt redup...
siran cam biasa..
klau bleh jgn kena langgar la..
lepas 4 minggu baru tumbuh cenggini..



sekarang keempat pokok tu idup...
tak sabar nak nengok dia menguning..












ALATAN KERJA

I. Sudip tangan II.
Serampang tangan
1.      Serampang
- digunakan untuk menggembur tanah
2.      Sudip tangan
- digunakan untuk menyodok dan mengaul medium/tanah
3.      Penapis
- untuk menapis bahan-bahan yang tidak diperlukan dan menghaluskan medium
4.      Penyiram
- digunakan untuk menyiram tanaman
5.      Sketuar
- digunakan untuk mecantan ranting dan dahan kecil

Sketuar

Penapis

Penyiram
BAHAN-BAHAN

I. Pasu II. Beg poli hitam
  1. Tapak semaian
  2. Beg poli hitam
  3. Pasu
  4. Hormor pengakaran
  5. Baja
  6. Racun

Jenis baja yang digunakan I. Baja kimia II.
Baja organik ( najis haiwan )

PEMBIAKAN TANAMAN
  1. Tanaman dibiakkan dengan tujuan seperti :
    1. membanyakkan anak benih dan baka tanaman
    2. memelihara spesis tanaman
    3. memelihara alam sekitar
    4. mendapat keuntungan hasil jualan
  2. Jenis-jenis pembiakan tanaman adalah
a.       Pembiakan seks
Membiakkan tanaman dengan menggunakan biji benih
b.      Pembiakan aseks
Membiakan tanaman tanpa menggunakan biji benih
      • membiakkan dengan menggunakan keratan daun
      • membiakkan dengan menggunakan keratan batang
      • membiakkan dengan menggunakan akar
      • membiakkan dengan menggunakan rumpun
PROSES PEMBIAKAN

anak benih daripada beg poli perlu dipindahkan ke dalam pasu apabila besar

PENYEDIAN MEDIUM
1.      Nisbah Campuran
    • Medium semaian menggunakan nisbah campuran yang diperkenalkan oleh John Innes
    • bahan yang digunakan ialah tanah loam, bahan organik dan pasir sungai
    • Bahan organik adalah najis haiwan seperti lembu, ayam dan kambing
    • Bahan organik atau kompos amat baik digunakan kerana ia dapat
      • mengekalkan kelembapan medium
      • membaiki struktur tanah dan saliran
      • mengurangkan kepadatan tanah
      • lebih mesra alam dan bebas kesan bahan kimia
    • Nisbah medium semaian ialah 2:1:1 iaitu 2 tanah loam, 1 bahan organik atau kompos dan 1 pasir sungai
    • Nisbah medium tanaman ialah 3:2:1 (atau 7:3:2) iaitu 3 tanah loam, 2 bahan organik atau kompos dan 1 pasir sungai
    • Semua bahan hendaklan ditapis dan digaul sehingga rata
2.      Kompos
Kompos ialah bahan organik yang telah cukup reput

Bahan campuran medium adalah terdiri daripada I. Tanah loam II. Bahan organik III. Pasir sungai

KERATAN BATANG

Keratan batang boleh dibahagikan kepada 3 bahagian
I. Bahagian batang keras II.
Bahagian batang sederhana keras III. Bahagian batang lembut
1.      Jenis keratan
    • Bahagian keras
      • Hendaklan dibuang semua daun
    • Bahagian sederhana keras
      • Hendaklah dibuang semua daun kecuali daun paling atas sekali
    • Bahagian lembut
      • Hendaklah dibuang daun bahagian bawah sahaja
2.      Langkah-langkah penyediaan keratan batang
    • Pilih batang yang sesuai dan berkeadaan baik
    • Kerat dengan menggunakan sketuar
    • Buang daun-daun yang tidak diperlukan
    • Kerat batang kepada beberapa bahagian
    • Celupkan hujung keratan ke dalam hormon pengakaran
    • Cucuk ke dalam medium di tapak semaian atau beg poli hitam
    • Siram dan letakkan ditempat yang teduh
    • Batang keras - Alamanda kuning, Bunga raya, bunga ros dan bunga kertas

I. Bunga ra II. Bunga Alamanda kuning III. Bunga kertas IV. Bunga ros

Semaian keratan batang boleh dibuat di dalam i. tapak semaian dan ii.
Beg poli hitam


PENJAGAAN TANAMAN
1.      Merumput
    • Merumput dilakukan dengan tujuan membuang pesaing tanaman
    • Rumput dan rumpai sekeliling batang pokok tanaman hendaklan dibuang dengan tangan atau dengan menggunakan alatan yang sesuai seperti serampang tangan

Rumput hendaklan dibuang untuk mengelakkan ia bersaing dengan tanaman

2.      Menyiram

Tanaman berbatang lembut memelukan air yang lebih

    • Penyiraman dilakukan 2 kali sehari. Pagi dan petang
3.      Menggembur
    • Mengembur dilakukan dengan tujuan untuk membaiki saliran

Mengembur akan membolehkan air dan udara memasuki rongga medium dengan segera

4.      Membaja
    • Membaja dilakukan dengan tujuan untuk mengekal kesuburan tanaman dan membekalkan nutrien secara berterusan kepada tanaman
    • Membaja boleh dilakukan sekali dalam 2 minggu
    • Baja tiruan NPK (Nitrogen, Posforus, kalium) atau baja organik boleh digunakan

Membaja hendahkah dijauhkan sedikit daripada pangkal pokok
5.      Pengawalan
    • Tanaman perlu dilindungi daripada musuh seperti serangga, siput dan kulat
    • Kawalan boleh dilakukan secara terus dengan membuang serangga atau menggunakan racun yang dibenarkan dan mengikut prosedur yang betul

I. Belalang II. Siput III.
Kumbang

Untuk merawat muntah


kenapa aku mesti sakit bila nak dekat exam?semalam dalam bus aku rasa mual sangat sangat tapi aku tahan tak nak kasik muntah.tapi last last muntah jugak kt rumah.banyak gila kot.nak dekat 3 1/2 cawan.ingat habis takat situ rupanya tak.malam tuh rasa loya dan tak dapat nak tidur sangat.bangun pukul 5 pagi pastu muntah balik.pahit gila sebab malam tu aku makan ubat.then pagi tadi aku tak makan pape pun sebab komfem muntah balik.tapi bila pi rumah sue byk pulak kuih raya aku pun baham jelah.bfore makan tghari aku muntah sekali lagi.memandangkan risau nak trial aku pon pi la klinik dr rosli.tup tup balik tuh muntah lagi sekali.ah gila cmane aku nak study ni.tadek energy doe.hurm.

ni yg aku search kt internet tadi.

Untuk merawat muntah, ada beberapa garis panduan yang harus diikuti:
• Elakkan memakan makanan pejal, susu, kopi dan jus sitrus.
• Minum minuman bergas, jus buah-buahan dan berais sedikit demi sedikit.
• Makan makanan dengan kerap dalam jumlah yang sedikit sepanjang hari.
• Elakkan mengambil makanan yang pedas.
• Kerap mandi dan minum untuk mengelakkan kekeringan tubuh.
• Elakkan makanan yang berminyak dan berlemak.

rawatan Herba dan Ruqyah untuk Muntah dan cirit birit

Assalamualaikum,

penulis ingin berkongsi rawatan ruqyah dan herba untuk demam, muntah dan cirit birit.

Anak sulung, isteri, adik ipar penulis dan juga kenalan penulis mendapat ujian ini beberapa minggu lepas. penulis terpaksa membatalkan rancangan menghadiri KIRI akrine 30-31 Oktober. menurut Wak, penulis blog Diari Ana, ini adalah satu wabak.

Penulis telah membaca dan melakukan sedikit studi bekenaan herba untuk rawatan wabak ini yang hampir menyerupai kolera@thypoid@taun. Maklumlah musim hujan ni mudah kena. banyak juga herba yang ada namun fokus penulis ialah herba yang paling mudah didapati dan ringkas. Satu herba yang paling simple dan praktikal telah dibuat di India iaitu LEMON!
alhamdulillah, Izin-Nya.hasilnya sakit isteri makin berkurangan dan akhirnya dipulihkan oleh Allah SWT.

caranya: Lemon diperah begitu sahaja@diblender dan dicampur garam kasar (garam halus beracun), atau campur gula batu@ boleh dicampur air ribena. Minum sedikit-sedikit, sesudu @ selepas setiap kali selepasmuntah @ cirit birit.

Menurut kajian semasa, Bahan dalam Lemon dengan Izin Allah, dapat membunuh kuman bascili pada perut. Sebaiknya juga diamalkan untuk pencegahan di musim wabak melanda.

Rawatan Ruqyah :
1. fatihah 7 x
2. Solawat Thib 7x, solawat Kamilah 7x
3. Ayatul Kursi 7x
4. Al hasyr 21-24,Lauanzalna
5.Surah al Lahab: ayat 1 diulang-ulang min 7x


Pengalaman penulis semasa membaca ayatul Kursi dan Al Lahab, anak penulis masa itu tengah tidur, seolah-olah terkanjat-kanjat kakinya. (rawatan dillakukan dihospital-anak penulis terpaksa dimasukkan air, masalah muntah tak boleh masuk apa pun).

Segalanya dengan kehendak dan Izin-Nya jua. 

Obat tradisional lainnya untuk mengobati sakit perut karena perut kembung bisa juga dibuatkan air beras kencur. Selainpengobatan alternatif mengatasi sakit perut dengan kunyit, bisa juga dengan menggunakan beras kencur. Jadi, ramuan bersas kencur tidak hanya untuk mengobati keseleo dan memar saja.


Untuk mengatasi muntah-muntah karena perut kembung pada anak-anak, berikut cara membuat ramuan obat tradisionalnya. Caranya, cuci 1 sendok makan beras dan direndam sebentar. Sangrai beras tersebut sampai berwarna kecokelatan, lalu ditumbuk halus bersama dengan 1 ruas jari kencur, 1 ruas jari kunyit, dan 1/4 sendok teh adas manis. Setelah itu diseduh dengan air panas, tambahkan gula merah, sedikit garam, dan asam jawa. Saring, lalu diminumkan pada anak agar tubuhnya hangat.



Monday, 3 September 2012

POKOK BELALAI GAJAH


Nama pokok tanaman herba ini dikenali sebagai Sabah Snake Grass (SSG), nama saintifiknya Clinacanthus atau Clinathanus. Nama dalam bahasa cinanya berbagai, ada yang memanggilnya Yu Xun Cao dan ada mengelarnya Shen Caodan nama tempatan dipanggil sebagai Pokok Belalai Gajah atau Gendis.

Tidak jelas bilakah pokok ini menjadi terkenal kepada umum, tetapi mula diperkatakan dalam tahun 2005, yang pastinya mengikut cerita dari mulut ke mulut pokok ini diberi nama Sabah Snake Grass berdasarkan pada cerita yang mengesahkan seorang pelabur dari Pulau Ketam datang ke Sabah untuk mencari tempat yang sesuai bercucuk tanam tanaman pokok herba, bersama dengannya ada sejenis pokok yang dipercayai dapat menghalau ular. Bila pelaburan tanaman pokok herba gagal dan tidak mendapat sambutan, dia meninggalkan tempat itu dengan meninggalkan semua tanaman, tanaman ini kemudiannya di beri nama sebagai Rumput atau pokok Ular olih penduduk setempat.

Tanaman ini juga digunakan secara meluas di Thailand sebagai rawatan gigitan ular atau apa sahaja jenis serangga berbisa dan juga digunakan sebagai ubat gatal dan ubat rawatan kulit bertoksik

Di Sabah, ia juga digunakan sebagai herba rawatan buah pinggang dan ia juga dikenali sebagai pokok buah pinggang, didalam bahasa cina ia digelar “Shen Cao” minuman dari perahan daun segar atau melalui rendaman dalam air panas (seperti teh) diminum untuk membuang biasa dan racun dari dalam buah pinggang. Jus perahan menggandungi Chlorophyll yang membantu dalam membuang toksik.

Punca Kanser

Perkataan Ketumbuhan dan kanser adalah menakut. Reaksi orang terhadap pesakit kanser adalah berbeza. Ada yang terlalu takut kepada penyakit kanser, ada yang biasa sahaja dan ada juga yang tidak kisah terhadap penyakit kanser. Ada sesetengah orang pula mengalami ketakutan atau fobia kanser. Ini merupakan suatu keadaan di mana seseorang itu sentiasa bimbang dan terganggu fikirannya; mungkinkah dia diserang penyakit kanser apabila timbul sesuatu tanda di badannya! Orang seperti ini sering menemui doktor jika timbul apa-apa masalah walaupun remeh-temeh dan fikirannya sentiasa terganggu oleh sebab ketakutan terhadap penyakit kanser. Walaupun kita mesti berwaspada terhadap kemungkinan penyakit kanser, khususnya mereka dalam golongan berisiko sama ada dari segi umur, terdedah terhadap bahan-bahan yang mungkin karsinogenik seperti tabiat merokok, pendedahan terhadap bahan kimia, pancaran X-ray dan sebagainya, namun kita tidak perlulah sentiasa hidup dalam ketakutan hingga jiwa kita tidak tenteram.

Sebaiknya, kita mengambil langkah berjaga-jaga dan terdapat ujian-ujian penapisan seperti X-ray, ujian sel pangkal rahim (pap smear), ujian darah atau sebagainya yang boleh mengesan kanser sebelum ada tanda kita patut mengambil langkah-langkah yang sewajar.

Tanda-Tanda Penyakit Kanser
Di antara tanda-tanda penyakit kanser ialah:

1. Bagi wanita yang mengalami pendarahan selepas persetubuhan, pendarahan haid yang tidak tentu masa, keluar darah haid selepas putus haid, keluar keputihan dari kemaluan, perut kembung, bengkak kaki khususnya jika di sebelah sahaja, susut badan, tidak ada selera makan, bonggol atau ketumbuhan pada buah dada, keluar darah atau susu daripada puting buah dada walaupun tidak menyusukan dan kesakitan pada buah dada.

2. Bagi kanser paru-paru pula, tanda-tandanya ialah batuk yang tidak boleh dikawal dengan ubat biasa, batuk darah dan sesak nafas. Pada bahagian tekak pula, hidung berdarah atau muntah darah.

3. Bagi kanser dalam perut dan tali usus, antara tanda-tandanya ialah muntah darah, berak darah, sakit perut dan muntah-muntah yang tidak boleh dikawal. Bagi kanser pada buah pinggang dan saluran perkencingan, antara tanda-tandanya ialah kencing berdarah, sering hendak kencing dan sukar untuk membuang air kencing.

4. Antara tanda-tanda kanser pada bahagian otak pula ialah sakit kepala, pening kepala yang biasanya tidak boleh diubat dengan ubat penawar sakit biasa. Manakala tanda-tanda bagi kanser tulang dan sendi ialah bengkak tulang atau sendi. Tanda-tanda bagi kanser sistem pendarahan ialah muka pucat, letih-lesu, mudah berdarah jika terkena luka dan sukar hendak tos darahnya serta demam yang tidak dapat dikesan puncanya.

Pengesahan Penyakit Kanser

Pengesahan penyakit kanser biasanya dilakukan secara ujian tisu yang diambil daripada kawasan yang disyaki mengidap kanser (Biopsy) dan seterusnya dikaji di makmal kaji sel (hispatologi). Biasanya, di sinilah sel-sel kanser dapat dipasti dan disahkan. Walaupun demikian, ujian-ujian lain boleh menolong dalam membuat pengesahan kanser seperti ujian Ultrasound, X-ray, skaning MRI, Cat dan lain-lain.

Kaedah Rawatan Kanser 

Satu perkara yang sangat penting dalam menentukan kejayaan rawatan kanser ialah peringkat ketumbuhan kanser tersebut, sama ada ia masih terhad pada satu bahagian tubuh badan ataupun telah merebak ke kawasan persekitaran atau telah merebak jauh melalui saluran darah ke organ-organ penting seperti paru-paru, otak, hati, tulang dan sebagainya. Di peringkat awal, sebelum ketumbuhan kanser dapat merebak, rawatan yang tepat akan memberi hasil yang memuaskan, malah ia mungkin boleh pulih seperti sediakala. Tetapi, apabila kanser telah merebak jauh, kesan rawatan mungkin tidak begitu memuaskan dan pertumbuhan kanser mungkin sukar dikawal.

Satu lagi perkara yang sangat penting dalam menentukan kejayaan kanser ialah jenis sel kanser itu dan di bahagian mana kanser itu berlaku. Pelbagai jenis kanser boleh tumbuh dalam badan kita. Jika bentuk sel kanser itu amat luar biasa (anaplastik) maka kemungkinan sel itu membiak dengan cepat dan merebak luas dan ini akan menimbulkan masalah rawatan. Sesetengah sel-sel kanser pula kebal walaupun diberi rawatan dengan ubat-ubat kemoterapi atau dengan rawatan radioterapi. Dalam keadaan begini, hasil rawatan dari pemulihan tidak begitu memuaskan.

Sesetengah penyakit kanser mengeluarkan tanda di peringkat awal lagi, misalnya kanser pangkal rahim di kalangan wanita. Biasanya, sebelum menjadi kanser, sel-sel pada pangkal rahim menjalani beberapa peringkat perubahan, iaitu daripada sel normal kepada sel luar biasa. Kemudian ia menjadi kanser di peringkat awal dan seterusnya kanser membiak Lagipun, kanser pangkal rahim pada wanita boleh dikesan sebelum ia mencapai ke peringkat kanser dengan ujian pap smear. Dengan ini, ia mungkin boleh dicegah daripada menjadi kanser.

Dan jika ia telah menjadi kanser, dan dapat dikesan di peringkat awal, ia boleh dirawat sepenuhnya. Tetapi, kanser di dalam perut seperti kanser usus besar, perut, hati ataupun kilang ovari, kadang-kadang menimbulkan tanda yang agak lewat dan apabila tanda-tanda itu timbul, keadaannya telah tenat dan sel-sel kanser telah merebak. Dalam keadaan demikian, rawatan secara pembedahan dan rawatan dengan kaedah yang lain mungkin tidak akan memberi kesan pemulihan yang seratus-peratus baik.

Konsep Pembinasaan Sel Kanser Secara Spontan Pernah kita mendengar cerita orang yang telah disahkan menghidap kanser dan setelah dirawat doktor itu mengatakan keadaan kansernya amat berat dan dia diberi tempoh hidup selama enam bulan atau setahun. Kemudian selepas tempoh tersebut, pesakit itu masih hidup lagi, malah dia lebih sihat daripada sebelum terkena kanser. Ini adalah di antara cerita-cerita yang kita pernah dengar.

Pesakit-pesakit yang telah hampa dengan rawatan moden telah pergi berjumpa dengan perawat-perawat tradisional yang memberi bermacam-macam cara rawatan, mungkin secara jampi, atau secara rawatan tradisional seperti jamu, akar kayu, ubat sinseh dan sebagainya. Kita juga telah mendengar kisah seorang pengidap kanser, iaitu Jason Winters yang pernah menghidap penyakit kanser dan telah diberi tempoh hidup enam bulan tetapi dia terus hidup dengan menggunakan ubat-ubatan tradisional daripada berbagai-bagai ramuan akar kayu dan beliau telah mengolah satu ramuan yang dinamakan “Teh Jason Winters” yang beliau percaya boleh mengubati pelbagai penyakit kanser.

Dalam keadaan cemas dan genting seperti ini, manusia akan menggunakan bermacam-macam cara dan kaedah untuk mengatasi masalah dan apabila rakan, teman atau saudara memberi cadangan tentang rawatan yang berkesan, mereka akan terus mencubanya. Walaupun kadang-kala kita tidak mengetahui logik atau asas saintifiknya, memang tidak boleh disangkal, bahawa ramuan-ramuan dalam akar kayu atau ubat-ubatan tradisional mungkin mempunyai kesan yang boleh membinasakan sel-sel kanser. Setakat ini belum banyak kajian yang telah dilakukan ke atas ramuan ubat-ubatan tradisional dan ubat akar kayu ke atas pelbagai jenis penyakit termasuk juga kanser.

Jangan berputus asa dan putus harapan untuk hidup sekiranya disahkan oleh pakar perubatan bahawa anda mengidap kanser payudara atau apa-apa penyakit berkenaan kanser kerana ada penyakit ada penawarnya. Berita baik untuk pesakit kanser yang kronik pada peringkat 3 dan 4. Selalunya bila disahkan oleh pakar perubatan pada tahap ini. Sudah dianggap terlambat untuk diubati lagi. Pesakit hanya akan diberitahu oleh doktor berapa lama jangka hayat pesakit itu boleh hidup sahaja.

Pakar-pakar perubatan memang mengakui, bahawa sel-sel kanser pun boleh binasa dengan sendirinya, iaitu dalam proses yang dinamakan regresi spontan. Ini semua adalah dalam penguasaan Allah dan sebagai manusia kita hanya berdoa dan mengharapkan agar penyakit yang dihidapi sembuh. Sehat dan sakit seseorang itu adalah ketentuan ilahi. Hanya Allah yang dapat menyembuhkan seeorang itu jika hambaNya berusaha untuk mencari penawarnya yang dianugerahkan kepada kita diatas muka bumi ini. Pokok ini hanya sebab musabab untuk menyembuh penyakit sahaja.


Tulisan ini dituju kepada pembaca tempatan di Malaysia, bagaimana pun informasi ini berguna kepada sesiapa sahaja walau dimana seseorang itu berada. Herba untuk rawatan kanser ini tidak semestinya sesuai kepada semua orang, begitu juga dengan apa sahaja ramuan herba yang lain. Bagus untuk saya tidak semestinya bagus untuk orang lain, setiap seseorang itu berbeza dan keadaan penyakitnya juga berbeza. Maka apa yang diturunkan hanya sekadar berkongsi maklumat dan pilihan mudah mudahan mereka yang membaca tulisan ini mendapat manafaat dari maklumat seperti ini.

Kebelakangan ini banyak kenyataan dikeluarkan dalam ruangan internet berkenaan pesakit penyakit kanser dan bagaimana ia sembuh darinya walaupun telah disahkan bahawa dia tidak mungkin bertahan selama 3 bulan disebabkan kansernya telah memasuki tahap 4. Di petik dari kata seorang penulis yang pernah bertemu dengan seorang pesakit yang terkena kanser pada tahun 2008, dia menghadapi penyakit kanser Lymphatic tahap 4 dengan 123 tempat lymph nodes. Bahagian yang terjangkit adalah 1. Paru paru kanan 2. Paru paru kiri 3. Kelangkang 4. Mata dan 5. Mulut. Selepas menggambil 9 kali rawatan kimo dia berhenti rawatan pada 10/11/2008 kerana dia telah dinasihati olih 5 orang pakar yang beliau hanya dapat bertahan selama 3 bulan. Kini setelah lebih 2 tahun dia maseh segar dan telah sembuh sepenuhnya. Bila ditanya bagaimana dia sembuh, katanya setiap hari selepas sarapan dia akan mengisar daun pokok belalai gajah dengan buah apel hijau (tanpa kulit dan biji) dan minum, selepasa hari ke tiga (3) 6 bonggolan hilang dan selepas 13 hari dia keklinik menjalani pemereksaan darah berkata Oncologist dia telah sembuh 96%. Dia maseh menanam pokok Belali Gajah (SSG) dihalaman rumahnya.

PERAKUAN PESAKIT KANSER

Lebih dari 200 pesakit telah menggambil herba ini dan menunjuk kesembuhan. Diantara contoh kes yang berlaku seperti berikut:

Kes 1) Lelaki - Umur 54 tahun
Kanser Paru (Lung Cancer): Tahap 3.
Rawatan Kimo (Chemothrapy) 6 kali.
Ketumbuhan (Tumour) sebelum menggambil Sabah Snake Grass 29mm, 44mm, 76mm.
Ketumbuhan selepas dua minggu menggambil Sabah Snake Grass, mengecut kepada 20mm, 27mm, 67mm

Kes 2) Wanita – Umur
Kanser Uterus – Sais ketumbuhan 6cm
Telah diijadualkan untuk pebedahan, setelah penggambilan SSG, surut kepada 3.5cm.
Doctor kata tidak perlu dibedah. Terus penggambilan minuman SSG, ketumbuhan hilang.

Kes 3) Lelaki
Kanser Prostate
Setelah penggambilan SSG selama 11 hari ketumbuhan hilang. .

Kes 4) Wanita dari KL
Kanser payudara dan paru paru
Pembuangan kedua dua payudara – Tahap 4
Amat lemah, tidak boleh makan, bergantung kepada IV (drip) dan terbaring dikatil hospital.
Ahli keluarga memberi minuman jus SSG menggunakan tube kemulut.
Selepas beberapa hari pesakit telah mampu untuk makan dan dikeluarkan dari hospital.
Pada hari ke 28 semua ketumbuhan telah susut dan hilang.

Kes 5) Wanita dari Taiping
Kanser payudara
Setelah menggambil minuman SSG pada hari ke 3 kudis kanser kering dan sembuh.

Kes 6) Pesakit Leukemia
4 kes pesakit Leukemia telah sembuh setlah menggambil minuman jus SSG.
Mereka juga menggamal penggambilan 3 helai daun Guo Sai Por (Ti Tham Tou) seminggu sekali

Kes 7) Pesakit Dialysis
Selepas penggambilan jus SSG selama 10 hari, mereka tidak perlu lagi menjalani rawatan dialysis.

Kes 8) Pesakit Cholesterol Tinggi, Tekanan Darah Tinggi, Asid Uric tinggi dan kencing manis (Diabetes)
Setalah menggamalkan penggambilan SSG, keadaan kesihatannya berubah.

PEYEDIAAN DAN PENGGAMBILAN

Walaupun setelah sembuh dari penyakit kanser, bagi memastikan kita sentiasa terlindungan dari diserang semula, adalah digalakkan penggambilan minuman herba sekali sekala.

Jus atau perahan dari tanaman herba bagus diambil mentah, dengan molekul enzim yang utuh lagi mampu mempercepatkan proses kesembuhan dan kembali sihat. Ia juga dapat membekalkan rawatan yang kaya dengan ubat antikanser ber Ph alkali, yang dengan cepat dapat menstabil kandungan asid dalam tubuh. Dicadangkan penggambilan Clinathanus / Sabah Snake Grass / Belalai Gajah.

Jumlah daun digunakan dalam rawatan kanser:

Tahap 1 : 30 helai daun setiap hari.
Tahap 2 : 50 helai daun setiap hari.
Tahap 3 : 100 helai daun setiap hari.
Tahap 4 : 150 – 200 helai daun setiap hari.
Bila pesakit bertambah baik, kurangkan jumlah daun.

PENYEDIAAN JUS SSG 


a) Tuangkan separuh cawan air kedalam blender
b) Tambah 1 atau 2 ketul air batu cubes mengelakkan kepanasan melampau semasa kisar.
c) Campurkan 11/3 (satu suku) lemon atau jus limau (penambahan Vitamin C dan mengelak dari oksidasi)
d) Basuh daun segar SSG yang diperlukan dan masukkan kedalam blender
e) Kupas kulit buah epal dan keluarkan tengah dan bijinya
f ) Potong epal kepada 8 bahagian dan masukkan epal itu kedalam blender
g) Blend dan minum segera, kalau lewatpun dalam 5 minit. (penggambilan setiap hari)
h) Jika badan merasa sejuk, tambah sehiris dua halia atau minum air herba suam

PEMAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN

1. Gula dan segalan jenis manisan
2. Ikan kembung, ikan pari, 7 angled-fish
3. Daging, ayam, itik, lembu
4. Beras berkanji
5. Margarine
6. Durian
7. Herba sarang burung
8. Ginseng dan herba awek muda

Bersama sama dengan SSG, buah buahan seperti betik, biji apricot, serai dan banyak lagi buah buahan dan sayuran segar dan jus dari keduanya boleh diambil bersama dalam rawatan kanser. Sesungguhnya kebanyakan penyakit koronik boleh disembuh dengan makanan pembersihan oksida dalam tubuh (detoxification), pastikan penggambilan pemakanan yang berakali tinggi dan pastikan Ph darah 7.35-7.4. Makan makanan yang organic yang semulajadi dan amalkan hidup secara sihat.

Bagi separuh orang, kebiasaannya pada orang orang Cina, mereka lebih mengutamakan penggambilan sesuatu jenis herba bagi sesuatu penyakit bukan bersendirian. Mereka akan menggambilnya bersama dengan daun atau pokok atau akar herba yang lain. Mereka lebeh gemar penggambilan herba secara kukus, atau masakan berair berbanding dengan kaum lain yang mempelbagaikan ramuan herba dengan cara serbuk, majun, minuman tonik, titisan dan sebagainya.

POKOK BELALAI GAJAH/SABAH SNAKE GRASS/ Clinathanus


Nik Aziz


Nik Aziz kutuk tindakan biadab memijak gambar PM

KOTA BHARU 2 Sept. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) mengutuk perbuatan biadab peserta Himpunan Janji Bersih yang memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Beliau dengan nada marah berkata perbuatan memalukan itu bertentangan dengan amalan Islam dan budaya Melayu serta individu-individu terbabit sebenarnya telah dirasuk 'pelesit'.
Nik Abdul Aziz turut meluahkan kekecewaannya dengan tindakan peserta perhimpunan itu yang mahu menukar Jalur Gemilang kerana ia sudah diterima masyarakat antarabangsa.
"Kerja ini bukan kerja orang Melayu dan bukan kerja orang Islam tetapi benda lain yang sudah dimasuki pelesit. Ini sangat-sangat dukacita dan memalukan.
"Kalau orang bukan Islam buat lainlah ini gambar tu (gambar yang disiarkan media dan internet) nampak Melayu. Kita orang Islam diajar kita jangan buat benda yang kalau orang lain buat pada kita, kita marah maka ini tidak patut berlaku," tegas beliau ketika ditemui di sini hari ini.
Tindakan tidak bertamadun itu dilakukan pada penganjuran perhimpunan tersebut di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 30 Ogos lalu sempena sambutan ambang merdeka.
Aksi tidak senonoh individu-individu berkenaan kini tersebar luas di laman sesawang dan mengundang kemarahan orang ramai malah pelbagai pihak mendesak pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.
Dalam perhimpunan tersebut, mereka turut menuntut untuk menukar Jalur Gemilang dan ramai daripada peserta mengibar bendera berwarna merah putih seakan-akan bendera Singapura.
Sambil melahirkan rasa dukacitanya, Nik Abdul Aziz berkata, untuk menggantikan bendera bukan mudah.
''Ia perlu dibincang bertahun-tahun. Apa tujuan kita mahu tukar bendera yang sudah diterima masyarakat dunia dan tidak ada cacat pun. Saya dukacita sangat benda ini berlaku," katanya.