1. Tekanan Darah Tinggi / Hypertensi
Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah ini berbeza bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza. Hypertensi atau Tekanan darah tinggi adalah penyakit dalam diam yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat.
Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan II menunjukan peratus kejadian penyakit ini adalah 24%.
Lebih 2,800,000 rakyat Malaysia mempunyai tekanan darah tinggi. Malangnya 80% tidak menyedarinya. Ia merupakan pembunuh No.1 di Malaysia. (Persatuan Hipertensi Malaysia, 16 Sept 2008)
Kira-kira 4.8 juta orang atau 43 peratus daripada rakyat Malaysia yang berusia 30 tahun ke atas menghidapi hipertensi (darah tinggi). (The National Health and Morbidity Survey, Jan 2010)
2. Bacaan Tekanan Darah
Jantung anda bekerja seperti sebuah pam yang mengecut dan rehat. Tekanan darah diukur dalam dua bacaan contohnya 140/75
Tekanan sistolik-nombor yang diatas (dalam contoh ini 140)
Tekanan diastolik- nombor yang bawah (dalam contoh ini 75)
Kategori | Sistolik | Diastolik | |
Normal | < 120 | And | < 80 |
Pra Hypertensi | 120- 139 | or | 80 - 89 |
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1 | 140 - 159 | or | 90 - 99 |
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2 | > 160 | or | > 100 |
3. Penyebab-penyebab Tekanan Darah Tinggi
Penyebab hypertensi selalunya tidak diketahui walaupun selepas pemeriksaan doktor.Walau bagaimanapun hypertensi boleh disebabkan oleh:
Cara hidup tidak aktif
Umur melebihi 35 tahun
Kegemukan
Paras kolesterol tinggi
Faktor keturunan & Sejarah keluarga
Pengambilan alkohol yang berlebihan & merokok
Pengambilan garam yang tinggi
Ubatan seperti steroid, ubat antiradang bukan steroid
Penyakit buah pinggang
4. Tanda dan Gejala Tekanan Darah Tinggi
Pengidap Hypertensi/Darah Tinggi kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala
Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti sakit kepala atau pening kepala
Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi. Selalunya ianya berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut (bergantung kepada tahap keterukan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi)
Untuk memastikan atau mengesahkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, sila periksa tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa kerap anda perlu memeriksa tekanan darah.
Peringatan, jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah terlambat.
5. Komplikasi Tekanan Darah Tinggi
Otak: Serangan Stroke/Angin Ahmar atau Stroke ringan dan sementara (Transient Ischaemic Attack)
Penyakit jantung seperti : Kegagalan jantung, serangan jantung dan kematian disebabkan oleh Coronary Heart Disease, Congestive Heart Failure & Left Ventricular Hypertrophy.
Komplikasi pada mata: Perdarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata (Hypertensive Retinopathy)
Komplikasi pada buah pinggang: Kegagalan fungsi buah pinggang (paras serum kreatinin tinggi, Microalbuminuria, Proteinuria).
Peripheral vascular disease seperti: Aneurysm, Kehilangan satu atau lebih denyut nadi & pembuluh darah menjadi keras.
6. Rawatan Hypertensive / Darah Tinggi
Tanpa menggunakan ubatan:
Perlu mengubah amalan cara hidup andae
Amalkan permakanan sihat
Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol
Melakukan senaman berkala
Kurangkan berat badan jika berlebihan
Atasi tekanan secara berkesan
Berhenti merokok
Kategori tekanan darah normal/optima
Galakkan amalan Gaya Hidup Sihat .
Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang bersesuaian.
Pra Hypertensi
Amalkan gaya hidup sihat
Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan dan aktiviti fizikal yang bersesuaian.
Periksa semula tekanan darah anda dalam masa setahun
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1
Rawatan tanpa ubatan adalah rawatan utama
Anda perlu mengubahsuai gaya hidup
Amalkan pemakanan sihat
Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol dalam makanan
Lakukan aktiviti fizikal yang teratur
Kurangkan berat badan jika berlebihan
Atasi tekanan secara berkesan
Berhenti merokok
Periksa semula tekanan darah anda mengesahkan tiada Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi
Jika anda disahkan mengidap Hypertensive/Darah Tinggi, sila ikut nasihat yang diarahkan
Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2
Gabungan rawatan tanpa ubatan beserta pemberian ubatan diperlukan bagi merawat Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2
Amalkan gaya hidup sihat
Berhenti merokok
Mematuhi pengambilan ubat dan rawatan susulan
Prevent and treat complications early
Pengesanan komplikasi terutamanya :
Jantung
Ginjal
Mata
Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi
*Sebahagian besar maklumat diambil dari website KKM
Tips Menurunkan Darah Tinggi
Penyakit Darah Tinggi - merupakan salah satu penyakit yang turut berasal dari penyakit keturunan. Tapi jangan pulak kita salahkan keturunan sebab diorang pun bukannya nak ada penyakit macam tu.
Jadi buat mereka yang ada darah tinggi, disyorkan untuk membaca panduan di bawah ini:
- Banyak-banyakkan berehat supaya korang tak stress sebab stress boleh membuatkan darah tinggi korang naik. Tapi jangan lak berehat memanjang sampai tak nak buat kerja langsung. :)
- Elakkan berada di tempat-tempat yang panas melampau sebab pesakit darah tinggi ni selalu pening kepala. Tapi jangan pulak mintak aircond kalau korang kerja buat bangunan. Tu nak bagi bos korang naik darah pulak. Hehe.. :p
- Elakkan makan makanan yang boleh menaikkan potensi darah tinggi seperti durian, kopi atau makanan bergaram. Kurangkan jugak aktiviti merokok. Kalau boleh, makan la buah-buahan dan sayur-sayuran. Nak makan buah dam pun ikut suka.
- Buang tabiat tidur terlalu lewat sebab tidur yang lewat mengurangkan masa rehat yang diperlukan oleh tubuh badan. Ia juga mengurangkan kesabaran bos korang bila korang bangun lewat untuk ke tempat kerja.
- Selalu-selalulah mendapatkan nasihat doktor dan mengmbil ubat menurunkan darah tinggi. Bukannya pergi mendapatkan nasihat member supaya kahwin lagi atas alasan hidup dah tak lama.
Kawal Kencing Manis Sebelum Berkhatan
SAYA lelaki bukan Islam berusia awal 20-an. Masalah saya ialah kulit ‘kulup’ yang menutupi kepala zakar saya tidak terbuka.
Bagaimanapun, jika ia terbuka ia pasti terkoyak. Saya juga menghidap penyakit kencing manis yang dikesan tiga tahun lalu. Saya mahu berkhatan bagi mengatasi masalah yang dihadapi ini tetapi takut kesan lain pula berlaku. Apa harus saya lakukan?
LELAKI INGIN TAHU
Kuala Lumpur
Jika anda memaksa untuk melurutkan kepala zakar keluar dari kulup, ia pasti terkoyak. Anda sebenarnya mengalami masalah dikenali sebagai ‘Phimosis’.
Masalah ini hanya dapat dipulihkan melalui ‘circumcision’ atau berkhatan, di mana kulit kulup kepala zakar atau ‘foreskin’ anda dipotong.
Pembedahan ini boleh dilakukan oleh mana-mana doktor pakar dalam pembedahan ini. Sebelum anda menjalani pembedahan itu, penyakit kencing manis harus dikawal.
Jangan khuatir. Segera berjumpa doktor yang merawat kencing manis dan minta dia rujuk kepada doktor yang boleh melakukan pembedahan berkhatan. Jika kencing manis terkawal, luka daripada pembedahan ini akan pulih dalam seminggu.
http://www.hmetro.com.my/articles/Kawalkencingmanissebelumberkhatan/Article
Pemeriksaan Diabetes (Kencing Manis)
Perlukah anda menjalani pemeriksaan saringan Diabetes?
Anda tergolong dalam kategori berisiko kencing manis,jika:- Berumur 35 tahun dan ke atas.
- Sejarah diabetes pada kandungan lepas
- Indeks Jisim Tubuh (IJT/BMI) > 23.0
- Sejarah melahirkan bayi berat lebih 4kg
- Riwayat keluarga diabetes
- Tekanan darah tinggi (Hipertensi)
- Dislipidemia-Keabnormalan lemak dalam darah
- Hiperkolesterolemia-paras kolesterol tinggi dalam darah
Anda boleh menjalani ujian Diabetes di:
- Hospital dan klinik kerajaan
- Hospital swasta
- Klinik swasta seperti Klinik cybermedik
- Makmal perubatan swasta
Bagaimana caranya membuat pemeriksaan Diabetes?
Pemeriksaan Glukosa Darah Rawak boleh dilakukan bila-bila masa sahaja. hanya sedikit darah dihujung jari diperlukan.Kebiasaannya doktor anda menasihatkan mengambil darah berpuasa.
Penentuan kadar glukosa dalam darah
Sekiranya Pemeriksaan Glukosa Darah Rawak berpuasa > 6.0 mmol/l, atau nilai glukosa tidak berpuasa >10 mmo/l, ujian darah selanjutnyadiperlukan.
Anda diabetes jika kadar glukosa darah anda >7.0 mmo/l waktu berpuasa atau >11.00 mmo/l tidak berpuasa.
Bagaimana cara untuk mengekalkan nilai glukosa darah normal?
Kurangkan berat badan jika berat badan anda berlebihan.Amalkan makan secara sihat-kurangkan lemak dalam makanan
Amalkan gaya hidup aktif-lakukan senaman berjadual
No comments:
Post a Comment