Thursday, 27 September 2012

5'S


APA ITU 5'S & HASILNYA
5'S ialah amalan pengurusan yang teratur dan melibatkan 5 komponen yang utama iaitu Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Setiasa Amal untuk menghasilkan satu persekitran tempat kerja yang bersih dan harmoni di samping meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja dan perkhidmatan selaras dengan standard yang telah ditetapkan.

HASIL AMALAN 5'S
     1.  Pengurangan Kos
  • Mengurangkan inventori
  • Menghalang salah letak peralatan dan perkakasan
  • Menghalang penggunaan bahan mentah dan lain-lain
     2.  Kecekapan
  • Mengurangkan penggunaan kawasan/tempat
  • Penghapusan pencarian peralatan dan pembaziran bahan mentah
  • Mempermudahkan kawalan
     3.  Penyelenggaraan
  • Mengekalkan dan meningkatkan keupayaan mesin, peralatan dan kemudahan-kemudahan yang ada
  • Mengurangkan pembaziran dan kadar kerosakan barangan
     4.  Kualiti
  • Meningkatkan produktiviti dan kualiti barangan atau perkhidmatan 
     5.  Keselamatan
  • Menghapuskan keadaan yang merbahaya
  • Memperbaiki keadaan tempat kerja
  • Menghapuskan tempat kerja yang mendatangkan kecederaan dan kemalangan
  • Mengurangkan kesilapan dan kecuaian
  • Mematuhi peraturan-peraturan

     6.  Motivasi
  • Perhubungan yang baik antara kakitangan
  • Membentuk disiplin yang baik
  • Membentuk semangat kerjasam dan kerja berkumpulan

Tuesday, 25 September 2012

angan Jadi Sesiapa


Jangan Jadi Sesiapa Jika...


Ketika bertemu seseorang, riak wajahnya terlebih dahulu terpancar. Sekiranya yang ditemui sedang menangis, kita pasti akan mengatakan bahawa orang itu sedang bersedih. Jika orang itu sedang ketawa, tentu sekali akan dikatakan dia sedang gembira. Hebat sekali Allah ciptakan komunikasi perasaan.
Meskipun tanpa berkata apa-apa, sudah ada anggapan yang boleh dibuat. Begitu juga jika yang ditemui itu berbahasa asing. Sudah tentu komunikasi bahasa antara kita dan dia mungkin tidak dapat difahami. Dengan komunikasi perasaan sahaja, keadaan dia sudah dapat kita fahami. Nah! komunikasi perasaan itu tidak perlu kepada pemahaman antara dua bahasa. Tidak perlu kepada kata apa-apa.
Namun, itu hanya anggapan awal. Mana mungkin akan diketahui kenapa orang yang ditemui itu sedang begitu. Pasti membuak di dada mahu diketahui apa puncanya, apakah isi yang ingin disampaikan tanpa perlu kepada kata apa-apa.
"Jangan buat apa-apa, jangan cakap apa-apa,jangan jadi sesiapa, jika anda takut di Kritik " (Dr.'Aidh Abdullah Al-Qarni)
Ya, Jika anda takut untuk menerima kritikan, maka jangan jadi sesiapa!
Inilah perkara sebenar yang ingin saya kongsikan. Lumrah kehidupan manusia, sebelum melakukan sesuatu, kebiasaannya akan ada monolong dalaman. Adanya kebarangkalian positif dan negatif. Kebarangkalian positif itu tiada masalah, akan menjadi momentum untuk lekas melakukannya. Akan tetapi, kewujudan kebarangkalian negatif yang menjadi peragut momentum. Peragut itulah yang saya namakan 'kritikan'. Kritikan pula ada yang secara berhadapan dihambur bagai percikan bunga api. Indah kelihatan tetapi bila terkena pedih terasa. Tidak ketinggalan kritikan yang secara senyap. Cukup sekadar mencebik bibir, yang terkena makan dalam dibuatnya.
Diari Kritikan
Hari-hari berhadapan dengan berbagai manusia. Ada sahaja yang kena dan tidak kena dilalui.
" Saya duduk depan dalam kelas, tapi kawan-kawan cakap saya skema, nak bodek pensyarah"
" Saya nak tanya soalan masa dengar kuliah ustaz, tapi malu. Nampak yang saya kurang ilmu "
" Saya nak pergi solat sunat Dhuha masa break minum pagi kat office, tapi kawan-kawan office cakap saya alim sangat "
" Saya nak tegur student saya supaya berpakaian sopan menutup aurat masuk kelas saya, tapi student jadi tak suka saya, cakap saya strict sangat"
Saya yakin anda punyai diari kritikan tersendiri. Sebagai seorang pelajar, pekerja, pengajar, ahli masyarakat, dimana-mana ada kritikan. Inilah peragut yang bisa melenyapkan atom-atom kebaikan untuk bebas bergerak.
Kebebasan Dari Diragut
Mari kita mencari uraian-uraian atom bagi membebaskan diri dari diragut kritikan. Bukan sekadar mahu menyebut diari-diari di atas. Tetapi bagaimana penyelesaiannya?
Anda perlu kepada buat apa-apa. Anda perlu kepada gerakan mulut bercakap apa-apa. Anda perlu pembinaan identiti untuk menjadi sesiapa. Meskipun kritikan, persoalan dan anggapan sedang menari-nari di monitor minda. Allah menciptakan kita bersebab,bukan main-main. Kita adalah makhluk ciptaan Allah yang mutlak.
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar beribadah kepada-Ku"
(Surah az-Zariyat ayat 56)
Kita berasa takut untuk berbuat apa-apa kerana takut pada kritikan. Tetapi bagaimana kita hendak menjadi manusia yang beribadah kepada Allah kalau tidak melakukan apa-apa. Ibadah bukan hanya solat, puasa, sedekah, tetapi mencakupi seluruh kehidupan kita. Perlu untuk kita nyatakan yang benar. Yakni melakukan usaha-usaha untuk diri dan manusia lain kepada kebaikan dan meninggalkan perkara yang dilarang.

Membina Perisai Diri
Bercakap memang mudah. Semudah A,B,C. Tetapi bila hendak buat apa-apa bukan semudah bercakap. Teorinya tidak semudah praktikal. Khuatir dengan penerimaan rakan-rakan, jiran tetangga dan ahli keluarga terhadap apa yang kita buat. Seboleh mungkin mahu mereka menerima secara baik. Mahu mereka beri kritikan positif. Namun, harus bagaimana kalau belum di buat hendak tahu penerimaannya? Maka dengan itu, membina perisai itu salah satu inisiatifnya. Setiap hari kita solat, berdoalah pada Allah dengan penuh penghayatan. Surah yang wajib dibaca ketika solat ini punyai doa buat kita.
"Tunjukilah kami jalan yang lurus"
(Surah al-Fatihah ayat 6)
Kita pinta pada Allah jalan yang lurus. Iaitu jalan hidup yang benar, yang dapat membahagiakan di dunia dan juga di akhirat. Andai jalan-jalan yang akan kita lalui akan datang dapat kita lihat, sudah pasti akan kita bina pagar-pagar menahan diri daripada tersasar daripada landasan jalan yang lurus itu. Doa inilah yang boleh kita jadikan perisai dari tersasar dalam melakukan sesuatu.
Letupan Momentum
Anda pasti ada perkara-perkara yang mahu dilakukan. Namun terbatas kerana kritikan manusia. Ayat lebih mudah saya katakan, orang mengata, orang pertikaikan. Andai kemahuan yang baik, letakkan kritikan manusia dibelakang. Halakan keinginan yang baik, cita- cita yang murni kerana Allah ke hadapan. Gapailah bintang-bintang kejora yang indah buat diri. Kritikan dan ujian itu sememangya ada pada tingkat-tingkat kehidupan yang kita lalui. Ada tingkat yang mudah didaki. Ada yang perlu penat lelah untuk sampai ke puncak.
"Telur ayam kalau menetas, dapat anak ayam. Kalau dipecahkan dan digoreng,dapat telur mata. Kalau dibiar, cengkerang akan pecah,akan jadi telur busuk."
Kenapa analogi ini saya berikan?
Jika ada kemahuan untuk melakukan sesuatu yang baik, cita-cita yang murni, lakukanlah ketika lembar usia yang ada ini. Macam telur ayam, hasil yang baik akan dapat jika ditetaskan dengan baik. Ditetas pada masa yang betul, pada tujuan yang baik. Kalau dibiarkan jadi telur busuk, anda sudah mensia-siakan kebaikan daripada telur ayam itu.
Begitu juga kalau keinginan baik yang tidak dilaksanakan kerana takut dikritik akan berkarat dalam minda. Terbuku begitu sahaja tanpa manfaatnya terutama pada diri. Ibu ayam pun perlu lalui cabaran sebelum menetaskan telur. Diperam dengan penuh sabar dan dijaga daripada binatang lain yang mengintai-intai telur untuk dijamah. Keluarlah dari cengkerang minda yang disempitkan oleh kritikan. Keluarlah seperti kicau riang anak-anak ayam yang menetas daripada cengkerang telur ke dunia luar. Dunianya yang selama ini di dalam cegkerang kini luas di depan mata.
Penutup kepada bicara kritikan ini, jadikan kritikan ujian hidup. Ujian yang perlu dilalui secara positif. Bina persepsi yang betul tentang kehidupan. Anggap kritikan sebagai "learnig process" (proses pendidikan). Proses menjalani pendidikan kehidupan. Tentu sekali dalam melaui proses kehidupan ini kita pernah gagal, pernah sakit, pernah sedih, pernah terima pelbagai kritikan. Jadikanlah proses ini sebagai momentum ke arah kebaikan akan datang.
" Kritikan daripada orang zalim ialah sumber kekuatan untuk orang yang ingin berjaya. Kritikan tersebut umpama kempen percuma, iklan terhormat dan pemberitahuan tentang kebijaksanaan seseorang." (Dr.'Aidh Abdullah Al-Qarni)
Ayuh! Orakkan langkah. Lupuskan rasa lemah kerana kritikan. Neutralkan kritikan menjadi atom-atom positif kebaikan. Jadilah sesiapa, buatlah apa-apa, katalah apa-apa. Apa yang penting, buatlah kerana Allah

Tips Diet Untuk Kekal Muda


Tips Diet Untuk Kekal Muda


Tentu ada di antara kita yang menjangkakan sesetengah perubahan mental dan fizikal yang berlaku terhadap diri mereka adalah disebabkan umur yang makin meningkat. Ramai juga di antara mereka yang lupa bahawa makanan harian yang di makan atau tidak di makan juga boleh mempercepatkan proses penuaan tersebut sebelum tiba masanya.Adakah makanan yang anda makan membuatkan anda menghadapi simptom-simptom penuaan seperti selalu letih, pelupa, dan sengal-sengal badan? Berikut dikongsikan beberapa panduan untuk membantu anda kembali berasa muda dan kelihatan muda.
Salah satu faktor yang paling mudah ialah makanan diproses atau makanan segera. Makanan seperti ini biasanya mengandungi kalori yang sangat tinggi dan sangat kurang zat seperti B12 dan Omega-3s.
Ketidakseimbangan makanan seperti ini yang menyebabkan berlakunya simptom-simptom penuaan yang biasanya dianggap sebagai kesan peningkatan umur oleh sesetengah pihak. Sekiranya anda salah seorang yang mengalami simptom penuaan seperti keletihan dan pelupa ini, anda bolehlah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat samada mengubah diet anda atau menambah supplemen yang boleh membantu anda untuk berasa dan kelihatan muda.

1. Anda selalu berasa letih dan kurang bertenaga?

Anda mungkin memerlukan lebih  vitamin B12. Vitamin ini boleh didapati di dalam makanan yang berasaskan haiwan. Vitamin ini membantu menyelia penghasilan metabolisma dan tenaga serta merupakan salah satu kunci untuk mengekalkan kesihatan otak dan sistem saraf yang baik. Keletihan merupakan tanda-tanda kekurangan vitamin B12 yang biasanya berlaku kepada mereka yang kurang makan makanan yang mengandungi protein haiwan. Pengambilan antasid untuk mengurangkan pedih ulu hati dan gastrik juga boleh menyebabkan kekurangan vitamin B12 kerana ia menganggu penyerapan B12 ke dalam badan.
Bagaimana untuk mengetahui yang anda kekurangan vitamin B12? Sekiranya anda kurang makan daging atau produk tenusu atau tidak mengambil supplemen B12, anda tidur 7 – 8 jam setiap malam, dan anda seorang yang aktif, jadi kekurangan tenaga anda adalah berpunca dari kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Oleh itu anda perlu menambah pengambilan produk tenusu kurang lemak seperti yogurt dan juga makanan lain seperti ikan, ayam dan daging.

2. Anda selalu mengalami sakit-sakit sendi?

Anda mungkin memerlukan lebih zat mangan dan kuprum. Ini adalah kerana kedua-dua zat ini diperlukan untuk mengekalkan kesihatan sendi rawan dan fleksibiliti badan. Pengambilan supplemen zat ini boleh mengurangkan kesakitan sendi yang anda alami.
Apakah makanan yang kaya sumber zat mangan dan kuprum ini? Kekacang, daging, dan sayur bayam merupakan sumber yang baik untuk zat ini tetapi anda ia tidak akan mencukupi sekiranya anda hanya makan makanan tersebut. Oleh itu anda disarankan untuk mengambil supplemen bagi memperolehi zat yang cukup untuk mengelakkan dan mengurangkan kesakitan sendi yang anda alami.

3. Anda selalu dan mudah terlupa?

Anda mungkin memerlukan lebih omega-3, sejenis asid lemak yang diperlukan oleh badan. Asid lemak ini diperlukan dalam membina otak yang sihat. Jika anda tidak mendapatkan zat ini dengan secukupnya, otak anda akan menjadi lemah dan fungsi otak juga terjejas termasuk memori atau ingatan anda. Tetapi bukan sahaja omega-3s yang penting, keseimbangan di antara omega-3s dan omega-6s juga adalah sangat penting. Diet harian kebanyakan daripada kita terlalu banyak mengandungi omega-6s yang terdapat dari makanan yang diproses tinggi atau makanan segera. Oleh itu, semakin banyak omega-6s yang terkandung dalam makanan anda, semakin tinggi jumlah omega-3s yang anda perlukan untuk mencapai keseimbangan.
Bagaimana untuk mengetahui yang anda kekurangan omega-3s? Cuba lihat semula apa yang anda makan setiap hari. Sekiranya anda tidak makan ikan, kekacang dan kebanyakan lemak yang anda makan adalah dari sumber daging semata-mata, anda sememangnya tidak mendapat zat omega-3s ini.
Oleh itu, anda perlulah mengurangkan pengambilan makanan yang diproses atau makanan segera seberapa banyak yang boleh dan masak makanan anda dengan menggunakan minyak zaitun. Selain itu, ikan salmon dan ikan sardin juga antara sumber omega-3s yang baik. Anda juga bolehlah menambah pengambilan bijirin dan serat serta kekacang seperti kacang almond seterusnya menambah pengambilan zat omega-3s ini di dalam badan.

4. Tekanan darah anda semakin meningkat?

Anda mungkin memerlukan lebih zat potassium. Kekurangan zat potassium ini di dalam badan akan meningkatkan kesan toksin yang terdapat dari makanan yang mengandungi kandungan garam yang tinggi. Kebanyakan makanan diproses mengandungi sodium yang tinggi tetapi tidak untuk zat potassium. Lebih memburukkan apabila buah pinggang anda cuba untuk mengeluarkan kandungan garam ini dari badan anda, anda akan kehilangan lebih banyak zat potassium pada masa yang sama. Ketidakseimbangan inilah yang merosakkan saluran darah seterusnya meningkatkan tekanan darah anda.
Pemakanan yang sihat boleh menyembuhkan penyakit seperti ini. Oleh itu, anda hendaklah mengurangkan pengambilan sodium dan makan lebih kurang 4 – 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Untuk suplemen, anda bolehlah berbincang dengan doktor untuk mengetahui supplemen potassium yang tidak memberi kesan sampingan.
Berdasarkan faktor-faktor yang dikongsikan di atas, jelaslah bahawa corak pemakanan seharian kita merupakan sesuatu yang sangat penting untuk kesihatan seluruh anggota badan. Selain itu, ia juga jelas menunjukkan bahawa makanan yang diproses atau makanan segera ini merupakan antara faktor utama terjadinya pelbagai penyakit yang menyerang tubuh kita. Oleh itu, amalan pemakanan yang sihat adalah sangat disarankan untuk mendapatkan kesihatan yang baik.
Ingat, tubuh badan kita ini bukanlah untuk digunakan dalam jangka masa setahun dua tetapi untuk sepanjang hayat kita.

Sunday, 23 September 2012

Rosemary malasia

Rosemary

Nama Tempatan:

Rosemary

Nama Saintifik:

rosemarinus officinalis

Nama Lain:


Famili:

Labiatae

Lokasi dijumpai:

Herba Inggeris

Asal:



keterangan:

Rosemary merupakan sejenis herba yang banyak digunakan dalam masakan inggeris. Ia merupakan sejenis tumbuhan renek yang kecil dengan daunnya yang berbentuk jarum seperti daun pokok pine.Rosemary mempunyai bunga yang berwarna ungu kebiruan dan di negara empat musim ia akan berbunga sepanjang musim bunga dan musim panas. Tidak pasti adakah rosemary boleh berbunga dalam iklim tropika kerana rosemary yang saya tanam( gambar diatas ) tidak pernah berbunga lagi.Rosemary boleh tumbuh hingga mencapai ketinggia lima kaki.Pembiakannya mudah melalui keratan batang. Untuk hidup di Negara kita yang beriklim panas, rosemary tidak boleh didedahkan secara terus kepada cahaya matahari. Tanam ditempat yang agak redup dan pastikan airnya mencukupi. Jika ada bahagian tumbuhan yang telah kering , pastika ranting yang kering ini dipangkas untuk menggalakkan pertumbuhan tunas baru. Tumbuhan ini merupakan tumbuhan yang rimbun. Ia mempunyai aroma yang kuat.Nama tumbuhan ini yang mearik sebenarnya didapati dari perkataan lain yang bermaksud Embun dari laut.Di Negara barat rosemary merupakan simbol kepada persahabatan dan kasih sayang. Ia sering dijadikan hadiah kepada pasangan yang baru berkahwin.


sekadar untuk pengetahuan am: Menurut kepercayaan tradisi orang kristian, rosemary akan hidup selama 33 tahun dan sehingga ia mencapai ketinggian nabi isa sebelum ia mati.Mereka juga percaya daun rosemary yang diletak dibawah bantal ketika tidur akan menghalang mereka dari diganggu oleh roh jahat.


kegunaan:

Kajian saintis dari universiti Cincinnati mendapati bau rosemary boleh membantu menguatkan ingatan kita. Rosemary sesuai diletakkan diatas meja dipejabat atau diatas meja belajar kanak-kanak.Daun rosemary boleh dipetik bila-bila masa diperlukan. Tidak digalakkan memetik lebih dari yang perlukan kerana baunya akan berkurangan apabila kering. Satu kajian oleh Chi-Tang Ho, Ph.D., seorang profesor di jabatan sains makanan di Universiti Rutgers di New Brunswick, new jersey  mendapati penggunaan minyak rosemary yang disapu pada kulit (kajian dilakukan pada haiwan) mengurangkan separuh dari risiko terkena kanser.Kajian yang sama juga menunjukkan haiwan yang makan rosemary hanya mendapat separuh dari kebarangkalian mendapat kanser kolon dan kanser paru-paru berbanding dengan haiwan yang dietnya tidak mengandungi Rosemary.


selain daripada itu rosemary juga digunakan untuk merawat masalah penghadaman dan haid yang tidak teratur.Cara penggunaannya sama iaitu dengan minum secawan kecil teh rosemary setiap pagi sebaik sahaja bangun dari tidur.Jika digunakan sebagai losyen ia dapat menghilangkan masalah sakit kepala.Jika teh ini diminum bersama madu ia boleh digunakan untuk merawat batuk. Ia juga baik digunakan sebagai tonik untuk menyuburkan kulit kepala dan mencantikkan kulit.Ia juga boleh menghilangkan kedutan kecil pada kulit.

Wanita hamil tidak dibenarkan mengambil persediaan herba dari rosemary.Walaubagaimanapun kuantiti sedikit yang digunakan sebagai rempah dalam masakan tidak akan mendatangkan kemudaratan.

Wednesday, 12 September 2012

Amalan Murah Rezeki


Doa dan Amalan Murah Rezeki

Assalamualaikum,sahabat satu dunia.Dalam hidup sehari-hari ini ramai yang gelisah kerana kekurangan rezeki atau bisnes yang kurang menjadi dan lain-lain perkara lagi.Ada baiknya kita membaca doa dan amalan  yang disyorkan oleh Nabi S.a.w. ini, Insya-Allah akan termakbul segala apa yang dihajati.


  • Membaca surah Al-Waqiah setiap malam.



  • Membaca Surah Al-Ikhlas



- Sabda Rasulullah SAW: Barang siap yang membaca Qulhuwallu ahad ketika masuk ke rumahnya, nescaya dihindarkankefakiran dari ahli rumahnya serta jirannya. (Daripada Jarir Bin Abdullah: Kanzu al 'Ummal, Mu'jam Al-Tabarani, daripada Ibn Mas'ud: Muj'ma al- Zawaid





Sabda Rasulullah SAW: " Wahai sekalian manusia, jadikanlah taqwa itu suatu perniagaan, nescaya rezeki akan datang kepada kamu tanpa modal dan niaga." Kemudian Baginda membaca ayat di atas.(Riwayat daripada Mu'azbin Jabal: Maj'ma al- Zawaid, Kanz al-Ummal)

Saidina Ali mengatakan kepada seseorang yang datang kepadanya: Aku mahu mengajar kamu kalimah yang Rasulullah telah ajarkan kepada ku. Jika kau menanggung segunung hutang tentu Allah akan menunaikannya. Bacalah: (Doa di atas)... (Riwayat daripada Ali: Sunan al-Tirmizi; dinilai Hasan Gharib)





Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid lalu
terserempak seorang yang dipanggil Abu Umamah.
Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Wahai Abu
Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada
waktu solat, kenapa?” Jawab Abu Umamah: “Dukacita
dan hutang menyelubungiku, wahai Rasulullah!” Jawab
Rasulullah: “Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaan
jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa
dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.” Abu
Umamah menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.” Baginda
bersabda: “Apabila tiba waktu pada dan petang
bacalah: (Doa di atas). Kata
Abu Umamah: “Aku membaca doa tersebut, lalu Allah
menghilangkan rasa dukacitaku dan melangsaikan
hutangku.” (Riwayat Abu Daud daripada Abu Said al-
Khudri).


Diriwayatkan daripada ‘Aisyah RA katanya: “Abu Bakar
datang kepadaku lalu berkata: Adakah engkau telah
mendengar daripada Rasulullah SAW sebuah doa
Baginda ajarkan kepada. Aku bertanya: Apakah doa
itu? Jawab beliau: Pada waktu dahulu, Isa Ibn Maryam
mengajar sahabat-sahabat baginda: Seandainya sesiapa
di kalangan kamu yang berhutang sejumlah emas satu
bukit lalu ia berdoa dengan doa ini nescaya Allah
tunaikan untuknya.” Kata Abu Bakar: “Aku telah
berdoa dengan doa tersebut lalu Allah memberikan aku
suatu ganjaran sehingga aku dapat melangsaikan
hutang aku.” Kata ‘Aisyah: Aku pernah menanggung
hutang lalu aku mengamalkan tersebut, tidak lama
kemudian Allah memberi rezeki kepadaku sehingga aku
dapat bersedekah dan mewariskan harta.” (Riwayat al-
Bazzar, al-Hakim dan al-Asbahani)

Sabda Nabi SAW: “Doa saudaraku Yunus amat
menakjubkan; permulaannya tahlil, pertengahannya
tasbih dan penghujungnya pengakuan melakukan dosa.
Sesiapa yang berdukacita, berada dalam kekusutan,
ditimpa kesusahan dan dibebani hutang pada suatu
hari, lalu ia membacanya sebanyak tiga kali, nescaya
dimakbulkan untuknya.

Doa ini yang sering kali saya baca selepas solat. Dan setiap kali itu saya akan nangis.. (Nangis lagi.. Biasalah ratu air mata. Mak saya selalu pesan, kalau doa minta sesungguh hati. ) Jadi setiap kali saya baca doa berserta maknanya, saya akan nangis. Dalam hati berkata, hanya kepada engkau aku memohon pertolongan, sesungguhnya engkau lebih tahu apa yang terbaik buatku. Lebih memahami masalah ku. Tiada yang lebih mengetahui.

Dan tidak sampai sebulan, saya mendapat jawapan. Dibukakan jalan. Tidak semena-mena tawaran untuk memulakan perniagaan ini bermula. Tawaran yang tak pernah terlintas dalam fikiran.

Kini, alhamdulilah, rezeki datang tanpa disangka. Saya sendiri tidak pernah terfikir akan jadi begini. :) Jauh terpesong dari apa yang saya pelajari. Tapi saya kini lebih tenang, lebih gembira, lebih banyak masa untuk DIA.

Moga-moga amalan ini dapat diamalkan juga oleh sahabat semua. Ingat, jika ada rezeki lebih nanti, jangan lupa menunaikan tanggung jawab kita. Jangan lupa bagi kepada yang berhak- (Zakat, ayah ibu). Insya allah rezeki akan lebih diberkati dan melimpah ruah. Amin